calendar persatuan insaf murni malaysiamasjid jamek kajang, sambutan hari aids sedunia 2009 yang...

1
Persatuan Insaf Murni Malaysia Ke Arah Masyarakat Bebas Dadah Persatuan Insaf Murni Malaysia (PIMM) ditubuhkan pada tahun 2006 dengan objektif untuk membantu membasmi penyalahgunaan dadah hingga ke akar umbi, membawa bekas pengguna dadah ke arah kehidupan yang lebih baik dan berkualiti serta menerapkan nilai-nilai agama dan kerohanian dalam jiwa mereka. Antara program yang dijalankan oleh PIMM ialah Program Penggantian Metadon (MMT) dan Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan (NSEP). Pengurusan Persatuan ini diketuai oleh golongan profesional dan pakar perubatan serta dibantu oleh ahli-ahli yang terdiri daripada bekas pengguna dadah yang telah stabil dalam rawatan untuk menjayakan program-program Persatuan. Selain dua program utama iaitu MMT dan NSEP, PIMM juga menyediakan beberapa perkhidmatan lain seperti rawatan perubatan, pemulihan psikososial, kaunseling, rumah perlindungan serta kerjasama dengan pihak berkuasa seperti AADK, PDRM dan KKM dalam membasmi penyalahgunaan dadah. Pada tahun 2009, PIMM telah berjaya menjalankan beberapa aktiviti, antaranya Program Taklimat Kaedah Rawatan Metadon AADK di Stadium Kajang, Program Majlis Berbuka Puasa NSEP di Masjid Jamek Kajang, Sambutan Hari AIDS Sedunia 2009 yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia serta beberapa siri lawatan daripada pihak luar ke Persatuan Insaf Murni seperti Delegasi Ahli Parlimen Kementerian Kesihatan Thailand dan Wakil PBB/UNESCO dari Republik Islam Iran. Perancangan masa hadapan PIMM termasuklah pembukaan Pusat Singgah Masuk untuk pengguna dadah, pembukaan rumah perlindungan bagi Mereka Yang Hidup dengan HIV, dan pembukaan pusat rawatan untuk pemulihan ketagihan dadah. Di samping itu, latihan untuk kakitangan PIMM akan dilipatgandakan untuk meningkatkan kualiti kerja serta menambahbaikkan kemahiran individu. Ringkasan Februari CALENDAR ------------------------------------------- i’m positive | 24 – 28 March http://www.youtube.com/watch?v=J O0Uiky80yU Marathon Des Sables | April ------------------------------------------- ADVOCACY MEETING Site visit to Sekolah Tunas Bakti (P) in Melaka and ILZ Johor Exhibition and HIV 101 Talk at SMK Danau Kota For more information contact Guna @ +603 40451033 ------------------------------------------- MAF FUNDRAISING ------------------------------------------- Melinda Looi vibrant “Circle of Lives” design umbrellla for sale For more information contact Shanthini @+ 603 40451033 Umbrella RM25.00 Malaysian AIDS Council and Malaysian AIDS Foundation can now be followed on http://twitter.com/mac_maf Jabatan Kebajikan Masyarakat Dalam usaha memperkasakan advokasi terhadap isu-isu HIV, Majlis AIDS Malaysia (MAM) telah mengadakan mesyuarat dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Kanak- Kanak untuk mengintegrasikan sukatan pelajaran pencegahan HIV dalam program-program sekolah JKM (Tunas Bakti/Asrama Akhlak/Taman Seri Putri). Biarpun inisiatif ini disambut baik oleh JKM, modul sukatan pelajaran itu wajar diteliti semula sebelum proses integrasi dapat dilaksanakan. “ADAM – The Musical” Syarikat KL StarRail Sdn Bhd yang menguruskan Monorail akan melancarkan kempen publisiti untuk pementasan “ADAM – The Musical” pada bulan April ini sebagai tanda sokongan mereka terhadap usaha-usaha Yayasan AIDS Malaysia (MAF). Syarikat KL StarRail juga telah bersetuju untuk menyediakan ruang publisiti di empat stesen utama seminggu sebelum pelancaran muzikal tersebut. Dalam perkembangan yang lain, pihak MAF juga telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Pengarah Perbadanan Pelancongan Malaysia bagi mendapatkan sokongan dan bantuan dana. Namun begitu, keputusan tertakluk kepada perbincangan susulan. “Marathon Des Sables” Pusat Belia Antarabangsa telah menunjukkan tanda sokongan mereka kepada acara “Marathon Des Sables” dengan menyumbang dana berjumlah RM 20,000. Pameran Kesedaran HIV/AIDS di Parlimen Perancangan untuk menganjurkan pameran di Pameran Malaysia bersempena dengan Persidangan Parlimen pada bulan Mac ini sedang giat di atur. Perbincangan peringkat awal telah menunjukkan petanda yang positif dan pihak MAM kini sedang menantikan penetapan tarikh akhir untuk melaksanakan program tersebut. Hari Memperingati AIDS Sedunia di Kuala Terengganu Dua program sedang dijalankan menerusi pelan tugasan JAKIM dan MAM tahun 2010; pertama, projek di negeri Johor dengan gabungan Pertubuhan Kebajikan Zon Kehidupan Intan; dan kedua, acara Hari Memperingati AIDS Sedunia di Kuala Terengganu. Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan dengan kerjasama Jabatan Perikanan Perbincangan dengan Ketua Pengarah Perikanan tentang pelaksanaan Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan (NSEP) di kalangan komuniti nelayan dengan kerjasama Jabatan Perikanan telah mendapat sambutan yang positif. Pihak Jabatan Perikanan telah bersetuju untuk membuka ruang dan akses terhadap komuniti nelayan ini kepada pihak MAM. Sementara itu, perbincangan dengan organisasi- organisasi berasaskan agama Hindu untuk mengkaji potensi pelaksanaan program usaha sama masih di peringkat perancangan. Charity Bazaar dan Pameran Baru-baru ini, acara Charity Bazaar di Bandar Warisan, Jalan Conlay dan pameran anjuran NCWO di Petaling Jaya telah berjaya dilangsungkan. Kedua-dua acara tersebut merupakan sebahagian daripada usaha-usaha pemantapan advokasi terhadap isu-isu HIV di negara ini 2

Upload: others

Post on 12-Jan-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CALENDAR Persatuan Insaf Murni MalaysiaMasjid Jamek Kajang, Sambutan Hari AIDS Sedunia 2009 yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia serta beberapa siri lawatan daripada pihak

Persatuan Insaf Murni Malaysia

Ke Arah Masyarakat Bebas Dadah Persatuan Insaf Murni Malaysia (PIMM) ditubuhkan pada tahun 2006 dengan objektif untuk

membantu membasmi penyalahgunaan dadah hingga ke akar umbi, membawa bekas

pengguna dadah ke arah kehidupan yang lebih baik dan berkualiti serta menerapkan nilai-nilai

agama dan kerohanian dalam jiwa mereka. Antara program yang dijalankan oleh PIMM ialah

Program Penggantian Metadon (MMT) dan Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan

(NSEP).

Pengurusan Persatuan ini diketuai oleh golongan profesional dan pakar perubatan serta dibantu oleh

ahli-ahli yang terdiri daripada bekas pengguna dadah yang telah stabil dalam rawatan untuk

menjayakan program-program Persatuan. Selain dua program utama iaitu MMT dan NSEP, PIMM

juga menyediakan beberapa perkhidmatan lain seperti rawatan perubatan, pemulihan psikososial,

kaunseling, rumah perlindungan serta kerjasama dengan pihak berkuasa seperti AADK, PDRM dan

KKM dalam membasmi penyalahgunaan dadah.

Pada tahun 2009, PIMM telah berjaya menjalankan beberapa aktiviti, antaranya Program Taklimat

Kaedah Rawatan Metadon AADK di Stadium Kajang, Program Majlis Berbuka Puasa NSEP di

Masjid Jamek Kajang, Sambutan Hari AIDS Sedunia 2009 yang diadakan di Universiti Kebangsaan

Malaysia serta beberapa siri lawatan daripada pihak luar ke Persatuan Insaf Murni seperti Delegasi

Ahli Parlimen Kementerian Kesihatan Thailand dan Wakil PBB/UNESCO dari Republik Islam Iran.

Perancangan masa hadapan PIMM termasuklah pembukaan Pusat Singgah Masuk untuk pengguna

dadah, pembukaan rumah perlindungan bagi Mereka Yang Hidup dengan HIV, dan pembukaan pusat

rawatan untuk pemulihan ketagihan dadah. Di samping itu, latihan untuk kakitangan PIMM akan dilipatgandakan untuk meningkatkan

kualiti kerja serta menambahbaikkan kemahiran individu.

Ringkasan Februari

CALENDAR -------------------------------------------

i’m positive | 24 – 28 March

http://www.youtube.com/watch?v=J

O0Uiky80yU

Marathon Des Sables | April

-------------------------------------------

ADVOCACY MEETING Site visit to Sekolah Tunas Bakti

(P) in Melaka and ILZ Johor

Exhibition and HIV 101 Talk at

SMK Danau Kota

For more information contact Guna

@ +603 40451033

-------------------------------------------

MAF FUNDRAISING

-------------------------------------------

Melinda Looi vibrant “Circle of

Lives” design umbrellla for sale

For more information contact

Shanthini @+ 603 40451033

Umbrella RM25.00

Malaysian AIDS Council and

Malaysian AIDS Foundation

can now be followed on

http://twitter.com/mac_maf

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Dalam usaha memperkasakan advokasi terhadap isu-isu HIV,

Majlis AIDS Malaysia (MAM) telah mengadakan mesyuarat

dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Kanak-

Kanak untuk mengintegrasikan sukatan pelajaran pencegahan HIV

dalam program-program sekolah JKM (Tunas Bakti/Asrama

Akhlak/Taman Seri Putri). Biarpun inisiatif ini disambut baik oleh

JKM, modul sukatan pelajaran itu wajar diteliti semula sebelum

proses integrasi dapat dilaksanakan.

“ADAM – The Musical”

Syarikat KL StarRail Sdn Bhd yang menguruskan Monorail akan

melancarkan kempen publisiti untuk pementasan “ADAM – The

Musical” pada bulan April ini sebagai tanda sokongan mereka

terhadap usaha-usaha Yayasan AIDS Malaysia (MAF). Syarikat

KL StarRail juga telah bersetuju untuk menyediakan ruang publisiti

di empat stesen utama seminggu sebelum pelancaran muzikal

tersebut. Dalam perkembangan yang lain, pihak MAF juga telah

mengadakan perbincangan dengan Ketua Pengarah Perbadanan

Pelancongan Malaysia bagi mendapatkan sokongan dan bantuan

dana. Namun begitu, keputusan tertakluk kepada perbincangan

susulan.

“Marathon Des Sables”

Pusat Belia Antarabangsa telah menunjukkan tanda sokongan

mereka kepada acara “Marathon Des Sables” dengan menyumbang

dana berjumlah RM 20,000.

Pameran Kesedaran HIV/AIDS di Parlimen

Perancangan untuk menganjurkan pameran di Pameran Malaysia

bersempena dengan Persidangan Parlimen pada bulan Mac ini

sedang giat di atur. Perbincangan peringkat awal telah

menunjukkan petanda yang positif dan pihak MAM kini sedang

menantikan penetapan tarikh akhir untuk melaksanakan program

tersebut.

Hari Memperingati AIDS Sedunia di Kuala

Terengganu

Dua program sedang dijalankan menerusi pelan tugasan

JAKIM dan MAM tahun 2010; pertama, projek di negeri

Johor dengan gabungan Pertubuhan Kebajikan Zon

Kehidupan Intan; dan kedua, acara Hari Memperingati AIDS

Sedunia di Kuala Terengganu.

Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan

dengan kerjasama Jabatan Perikanan

Perbincangan dengan Ketua Pengarah Perikanan tentang

pelaksanaan Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan

(NSEP) di kalangan komuniti nelayan dengan kerjasama

Jabatan Perikanan telah mendapat sambutan yang positif.

Pihak Jabatan Perikanan telah bersetuju untuk membuka

ruang dan akses terhadap komuniti nelayan ini kepada pihak

MAM. Sementara itu, perbincangan dengan organisasi-

organisasi berasaskan agama Hindu untuk mengkaji potensi

pelaksanaan program usaha sama masih di peringkat

perancangan.

Charity Bazaar dan Pameran

Baru-baru ini, acara Charity Bazaar di Bandar Warisan, Jalan

Conlay dan pameran anjuran NCWO di Petaling Jaya telah

berjaya dilangsungkan. Kedua-dua acara tersebut merupakan

sebahagian daripada usaha-usaha pemantapan advokasi

terhadap isu-isu HIV di negara ini

2