kandungan

62
BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI 1.1 Pengenalan Laporan akhir latihan industri perlu disediakan oleh setiap pelajar yang telah tamat menjalani tempoh latihan sepanjang enam bulan untuk melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan semasa latihan dijalankan di mana-mana agensi kerajaan atau swasta. Laporan ini turut dapat memberi gambaran mengenai keseluruhan pengalaman dan ilmu yang diperolehi sepanjang tempoh tersebut. Seperti yang telah ditetapkan, pelajar-pelajar politeknik perlu menjalani tempoh latihan industri selama satu semester sebagai syarat untuk penganugerahan sijil atau diploma. Sepanjang menjalani tempoh latihan industri, pelajar diharapkan supaya dapat menimba segala ilmu pengetahuan dan pengalaman bagi memudahkan pelajar menempuhi alam pekerjaan yang penuh dengan dugaan dan cabaran kelak. Dengan kemahiran yang ada pada diri 1

Upload: kharrkis

Post on 30-Oct-2014

149 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kandungan

BAB 1

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 Pengenalan

Laporan akhir latihan industri perlu disediakan oleh setiap

pelajar yang telah tamat menjalani tempoh latihan sepanjang

enam bulan untuk melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah

dilakukan semasa latihan dijalankan di mana-mana agensi

kerajaan atau swasta. Laporan ini turut dapat memberi

gambaran mengenai keseluruhan pengalaman dan ilmu yang

diperolehi sepanjang tempoh tersebut. Seperti yang telah

ditetapkan, pelajar-pelajar politeknik perlu menjalani tempoh

latihan industri selama satu semester sebagai syarat untuk

penganugerahan sijil atau diploma.

Sepanjang menjalani tempoh latihan industri, pelajar

diharapkan supaya dapat menimba segala ilmu pengetahuan

dan pengalaman bagi memudahkan pelajar menempuhi alam

pekerjaan yang penuh dengan dugaan dan cabaran kelak.

Dengan kemahiran yang ada pada diri pelajar, ia amat

memudahkan pelajar untuk mencari pekerjaan di masa

hadapan kelak. Segala kemahiran dan ilmu pengetahuan yang

dimiliki oleh setiap pelajar perlu ditonjolkan semasa menjalani

tempoh latihan industri agar syarikat mengetahui segala

1

Page 2: Kandungan

kepakaran dan kebolehan yang terdapat pada pelajar.

Kemahiran yang dimiliki akan dapat membantu pelajar untuk

lebih memahami apa yang dipelajari secara teori dan

mempraktikkan dalam persekitaran pekerjaan.

1.2 Pendahuluan

Latihan Industri (LI) merupakan sebahagian daripada syarat

kurikulum Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

yang mesti dipatuhi oleh pelajar sebelum dianugerahkan sijil

atau diploma selepas tamat tempoh pembelajaran

kelak.Tempoh latihan industri ialah satu semester iaitu

bersamaan dengan 22 minggu. Program latihan industri

dilaksanakan dalam dua sesi iaitu sesi Disember (pertengahan

Disember hingga pertengahan Mei) dan sesi Julai (pertengahan

Julai hingga pertengahan Disember).

Proses permohonan tempat latihan praktikal berlaku dalam

masa lima bulan sebelum pelajar menjalani latihan industri.

Proses permohonan dilakukan oleh pihak Unit Pelajar Latihan

Industri, tetapi sekiranya permohonan yang dilakukan pada kali

pertama itu gagal,pelajar dikehendaki melakukan permohonan

sendiri dengan hadir sendiri ke jabatan / syarikat untuk

mengajukan permohonan. Sekiranya jabatan / syarikat tidak

menerima permohonan terus melalui dokumen yang dibawa

oleh pelajar, pihak pengurusan Unit Pelajar Latihan Industri

sekali lagi akan membantu untuk proses permohonan

2

Page 3: Kandungan

berkenaan jika diminta oleh pelajar. Proses permohonan yang

dilakukan sendiri oleh pelajar perlulah dilengkapi dengan surat

permohonan latihan industri.

1.3 Objektif Latihan Industri

Kurikulum modul Latihan Industri bertujuan untuk memupuk

dan menilai prestasi pelajar dalam pelbagai aspek. Antaranya

ialah :

1.3.1 Membina personaliti individu yang positif.

i. Mempamerkan keyakinan diri yang kuat dan berani.

ii. Berpenampilan kemas bersesuaian dengan suasana

pekerjaan.

iii. Sentiasa mengamalkan sikap disiplin yang baik serta

menepati masa seperti yang ditetapkan.

iv. Menjalankan tugas dengan dedikasi.

1.3.2 Kemahiran berkomunikasi.

i. Mengamalkan komunikasi yang berkesan sama ada

melalui telefon atau bersemuka.

ii. Melibatkan diri dalam perbincangan dan tugas

berkumpulan.

iii. Bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara

yang baik.

iv. Menerima teguran dan membaiki kesalahan dengan

cekap.

3

Page 4: Kandungan

1.3.3 Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.

i. Melaksanakan arahan dengan penuh tanggingjawab.

ii. Mengamalkan peraturan syarikat.

iii. Mengamalkan prosedur keselamatan yang baik.

iv. Mengamalkan sikap amanah dalam sesebuah organisasi.

1.3.4 Memberikan pendedahan kepada alam pekerjaan.

i. Memahami sistem pengurusan dan proses kerja.

ii. Kebolehan menerima dan melaksanakan aktiviti.

iii. Kebolehan menggunakan peralatan dan teknologi.

iv. Dapat menerima dan memberi pengetahuan dalam masa

yang sama.

1.4 Objektif Laporan

Objektif laporan ini adalah bertujuan untuk :

i. Memaklumkan kepada pihak politeknik / jabatan akademik

pelajar mengenai keseluruhan aktiviti yang dijalani.

ii. Memberi panduan kepada pelajar junior yang ingin mencari

tempat latihan industri.

iii. Memberi maklumat am mengenai kepentingan atau fungsi

sesuatu organisasi.

iv. Membantu pelajar mempelajari kemahiran untuk

melaksanakan kerja yang diberikan secara sistematik.

4

Page 5: Kandungan

v. Membantu pelajar untuk membuat laporan ini sebagai

panduan kelak sewaktu memasuki alam pekerjaan.

vi. Mendisiplinkan pelajar untuk tidak alpa atau leka dalam setiap

pekerjaan yang dilaksanakan.

1.5 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Kepentingan latihan industri kepada pelajar adalah :

i. Mendedahkan kepada pelajar situasi sebenar di alam

pekerjaan.

ii. Memberi pengalaman yang boleh diaplikasikan (yang

telah dipelajari semasa proses pembelajaran) apabila

berada di alam pekerjaan.

iii. Mendedahkan pelajar untuk berhubung dengan penggiat

industri yang terdiri daripada sektor kerajaan,

perhotelan, pelancongan dan sebagainya.

iv. Mewujudkan sikap bekerjasama dalam satu kumpulan.

v. Meningkatkan daya saing yang sihat sewaktu belajar

untuk mendapat pekerjaan yang diimpikan.

5

Page 6: Kandungan

BAB 2

LATAR BELAKANG SYARIKAT

2.1 Pengenalan Syarikat

Rajah 2.1.1 Logo Universiti Utara Malaysia (UUM)

Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam negara

yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984. UUM

juga satu-satunya Universiti yang ditetapkan supaya

mengkhusus bidang pengurusan sejak awal penubuhannya.

Perancangan pembinaan Universiti Keenam ini bermula apabila

Kementerian Pendidikan Malaysia (sekarang ini IPTA berada di

bawah Kementerian Pengajian Tinggi) merancang untuk

menubuhkan Universiti ini dalam bulan ogos 1983. Pada 19

Oktober 1983 Jemaah Menteri telah memberi kelulusan rasmi ke

atas projek yang pada waktu itu dinamakan "Projek Universiti

Keenam", di Kedah. Beberapa bulan kemudian, pejabat rasmi

Universiti Keenam ini diberi nama Universiti Utara Malaysia

dibuka secara rasminya pada 15 Februari 1984 di Jitra. Empat

6

Page 7: Kandungan

bulan kemudian, UUM berpindah ke Kampus Darul Aman di Jitra

pada bulan Jun 1984 apabila fasa pertama projek berkenaan

siap.Perpindahan itu dilakukan untuk menyambut ketibaan

pelajar sulung universiti menjelang kemasukan mereka pada

awal bulan Julai 1984.

Dalam catatan sejarah UUM, universiti yang terletak paling

utara ini bermula di kampus sementaranya di Bandar Darul

Aman dekat Jitra dan kemudian setelah enam tahun di sana,

berpindah ke Kampus Sintok, kira-kira 30 km di utara Jitra.

Sebelum terbinanya kampus UUM di Sintok, kawasan Hutan

Simpan Sintok seluas 4,000 hektar ini adalah kawasan yang

digazetkan sebagai kawasan hitam akibat aktiviti pengganas

komunis oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang bergerak di

selatan Thailand.

Apabila PKM meletak senjata dan menamatkan perjuangan

mereka, kawasan Sintok telah digazetkan menjadi kawasan

putih semula pada Disember 1988 oleh bekas Perdana Menteri

Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad, selaku Menteri Dalam

Negeri ketika itu. Tindakan itu membolehkan UUM memulakan

pembinaan Kampus Sintok mulai 7 Januari 1989.

Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan

Badlishah, Sultan Kedah dilantik sebagai Canselor. Naib

Canselor UUM yang pertama ialah Prof. Tan Sri Dato' Awang

Had Salleh.

7

Page 8: Kandungan

Penubuhan UUM adalah bagi memenuhi matlamat asas mengisi

permintaan guna tenaga yang berkelayakan dan terlatih dalam

bidang pengurusan.

2.2 Objektif

Universiti Utara Malaysia ditubuhkan untuk mengembangkan

dan memajukan pendidikan pengurusan. Program akademiknya

tertumpu kepada bidang pengurusan teknologi, logistik dan

pengangkutan, komunikasi, perakaunan, ekonomi, teknologi

maklumat, matematik perniagaan, statistik industri, pengurusan

perniagaan, pelancongan,pentadbiran awam, pengurusan

sumber manusia, keusahawanan, kewangan, perbankan,

undang-undang, pemasaran, kerja sosial, multimedia,

pendidikan, sains pemutusan, hal ehwal antarabangsa,

pentadbiran muamalat, pengurusan pembangunan, hospitaliti,

pengurusan risiko dan insurans, teknologi media, perniagaan

tani, dan kaunseling.

Universiti Utara Malaysia juga memainkan peranan sebagai

pemangkin pembangunan di kawasan utara Semenanjung

Malaysia. Prasarana dan kemudahan asas yang disediakan serta

tenaga manusia di Universiti ini menjadi penggerak kepada

kegiatan sosioekonomi yang lain. Di samping pengajaran dan

penyelidikan, Universiti ini memberi sumbangan kepada

perkembangan sosial, ekonomi dan intelektual di kawasan utara

8

Page 9: Kandungan

Malaysia. Projek kemasyarakatan sama ada secara sendiri

mahupun dengan kerjasama badan-badan kerajaan dan sektor

swasta kerap dilaksanakan.

Kesimpulannya, kerangka objektif UUM adalah:

a. Untuk menjadi institusi pendidikan pengurusan yang

terkemuka

b. Untuk menjadi pusat rujukan dalam semua aspek

pengurusan

c. Untuk menjadi pusat perunding dalam semua aspek

pengurusan di peringkat nasional dan antarabangsa.

2.3 Visi Universiti

Menjadi sebuah universiti pengurusan terkemuka.

2.4 Misi Universiti

Merealisasikan Universiti Utara Malaysia sebagai pusat

kecemerlangan pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan,

penerbitan dan perundingan yang terkemuka dalam bidang

pengurusan secara berterusan demi menghasilkan modal insan

yang mampu dan beriltizam membangunkan negara dan

kemanusiaan.

2.5 Latar belakang syarikat

9

Page 10: Kandungan

Rajah 2.5.1 Logo International Telecomunication Union (ITU-

UUM)

Penubuhan Pusat Kecemerlangan (CoE) adalah suatu inisiatif

oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) untuk faedah

negara-negara membangun.Fungsi utama daripada CoE adalah

untuk melatih penggubal dasar, pentadbir dan pengawal selia,

dan untuk menubuhkan garis panduan dan peraturan-peraturan

dalam sektor telekomunikasi di peringkat kebangsaan, serta

melatih industri dalam pengurusan rangkaian telekomunikasi

dan perkhidmatan.

Semasa mesyuarat kali pertama Mesyuarat Pusat

Kecemerlangan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa

Wilayah Asia Pasifik (ITU ASP CoE) di Bangkok, Thailand pada 19

hingga 20hb Oktober 2006, Universiti Utara Malaysia (UUM)

telah dipilih dan diberikan mandat untuk menjadi Pusat

Kecemerlangan bagi Rantau Asia Pasifik dalam bidang

Pembangunan ICT Luar Bandar.

10

Page 11: Kandungan

International Telecomunication Union (ITU) adalah sebuah

agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang

bertanggungjawab bagi telekomunikasi dan pembangunan

teknologi maklumat global dan komunikasi (ICT), terutamanya

sektor telekomunikasi. Intenational Telecomunication Union,

beribu pejabat di Geneva, Switzerland, telah ditubuhkan di Paris

pada tahun 1885 dan telah diberi mandat sebagai agensi khas

PBB sejak 15 Oktober 1947.

Rajah 2.5.2 ITU-UUM merupakan salah satu daripada 5 Pusat

kecemerlangan di International Telecommunication Union (ITU)

11

Page 12: Kandungan

Di rantau Asia Pasifik, rangkaian CoE terdiri daripada

lapan bahagian yang ditubuhkan untuk menawarkan

program latihan mengenai telekomunikasi tertentu / tema

ICT.Ini termasuk dasar dan peraturan (Pakistan

Telekomunikasi Pihak Berkuasa, Pakistan), spektrum

pengurusan (Kementerian Teknologi Maklumat dan

Komunikasi, Iran), luar bandar pembangunan ICT

(Universiti Utara Malaysia, Malaysia); teknologi kesedaran

(Pusan National Universiti, Republik Korea), pengurusan

perniagaan (Kementerian Teknologi Maklumat dan

Komunikasi, Thailand), penyiaran (Asia Pasifik Institut

penyiaran Pembangunan), aplikasi ICT (Viettel) dan

CyberSecurity (IMPACT).Setiap bahagian bertindak

sebagai titik tumpuan untuk tema dan bekerjasama untuk

menyampaikan kursus latihan yang berkualiti tinggi

khusus dengan beberapa rakan kongsi - termasuk

penggubal dasar, pengawal selia, industri dan ahli

akademik.

2.6 Objektif

ITU adalah untuk mengharmonikan hubungan

antarabangsa untuk pembangunan sosio-ekonomi melalui

penggunaan yang cekap dengan perkhidmatan

12

Page 13: Kandungan

telekomunikasi, yang akan membolehkan kerjasama

antarabangsa dalam menyalurkan bantuan teknikal

kepada negara-negara membangun, dalam usaha untuk

menggalakkan pembangunan rangkaian telekomunikasi

dan perkhidmatan di negara-negara (ITU, 2004).

ITU-UUM Asia Pacific Centre Of Excellence telah mula

beroperasi pada 2 Januari 2007. Pusat itu berperanan

dalam memacu pembangunan luar Bandar melalui inisiatif

ICT di seluruh rantau Asia Pasifik.Tugas utama pusat ini

pada awal penubuhannya adalah menyediakan program

latihan eksekutif semuka, gedung ilmu berkaitan

pembangunan ICT luar bandar, penyelidikan dan

pembangunan dan perkhidmatan perundingan. Secara

umumnya, bidang pembangunan ICT yang dipelopori oleh

ITU-UUM merangkumi perkara-perkara berikut:

i) Aplikasi dan Perkhidmatan - Ini termasuk e-

kerajaan,

e-hiburan, e-demokrasi, Literasi Digital.

ii) Peraturan - ia meliputi membangunkan Pelan

Kebangsaan dan Dasar, Harta Intelek, isu-isu gender

iii) Teknologi - teknologi termasuk berwayar dan

teknologi tanpa wayar, jalur lebar, pengurusan

rangkaian dan opera.

13

Page 14: Kandungan

2.7 Visi

ITU-UUM ialah menjadi pusat pengetahuan global utama

dalam pembangunan komuniti ICT.

2.8 Misi

ITU-UUM adalah menggalakkan pembangunan kapasiti

manusia dengan menyediakan latihan eksekutif yang

berkualiti melalui penyebaran ilmu pengetahuan dalam

pembangunan ICT luar bandar dan bertindak sebagai

perunding serta menyokong program kemasyarakatan di

seluruh dunia.

2.9 Halatuju Organisasi di ITU-UUM

Setakat ini International Telecomunication Union (ITU-

UUM) telah berusaha dengan pantas untuk mencapai

matlamat tersebut. Antaranya:

i. Mengadakan program latihan, seminar dan

persidangan di peringkat nasional dan

antarabangsa

ii. Mengadakan bengkel latihan ICT untuk komuniti

setempat

iii. Melestarikan pusat komuniti

14

Page 15: Kandungan

iv. Menjalankan penyelidikan dan perundingan

berkaitan pembanggunan ICT luar bandar

2.10 Maklumat Organisasi

NAMA ORGANISASI : International Telecomunication Union

( ITU-UUM )

MAJIKAN : Prof. Madya Dr. Wan Rozaini Sheik Osman

ALAMAT : Universiti Utara Malaysia

06010 Sintok

Kedah Darul Aman

NO TELEFON : 04-9284751

EMAIL : www.itu.uum.edu.my

15

Page 16: Kandungan

2.11 Carta Organisasi

Rajah 2.5.3 Carta Organisasi

16

Page 17: Kandungan

BAB 3

RINGKASAN MINGGUAN

3.1 Pengenalan

Aktiviti harian latihan industri amat penting bagi seseorang

pelajar Politeknik di seluruh Malaysia.Melaluinya pelajar dapat

mempelajari segala pekerjaan yang tidak pernah dilakukan oleh

pelajar sebelum ini.Di samping itu juga pelajar dapat

mempraktikkan segala ilmu yang telah dipelajarinya semasa

pembelajaran di Politeknik. Selama enam bulan menjalani

latihan praktikal di International Telecomunication Union(ITU-

UUM), pelajar berpeluang untuk mempelajari pelbagai selok

belok dalam menjalankan segala kerja-kerja dan aktiviti yang

berkaitan dengan IT.

Walaupun bidang di kerja tempat latihan praktikal berbeza

dengan kursus yang diambil di politeknik, tetapi saya amat

menyukai dan bersyukur dapat menimba ilmu baru yang di

perolehi di tempat praktikal tersebut.

Tempoh perkhidmatan organisasi ini adalah lima hari seminggu

bermula pada hari Ahad dan berakhir pada hari Khamis dan

akan bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu. Waktu operasi harian

adalah bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang

setiap hari, kecuali pada hari Khamis hanya beroperasi dari pulul

8.00 pagi sehingga 3.30 petang.

17

Page 18: Kandungan

3.2 LAPORAN HARIAN (09 JULAI 2012 – 06 DISEMBER 2012)

Minggu Aktiviti

1

(09/07/12 -

12/07/12)

i. Melapor diri di International

Telecomunication Union (ITU-UUM).

ii. Berkenalan dengan staf-staf di ITU-UUM.

iii. Mengisi maklumat pada ‘punch card’ dan

diwajibkan untuk ‘punch’ ketika masuk

kerja dan pulang kerja.

iv. Belajar dalam penggunaan “ Prezi ”

v. Membuat kertas kerja Program yang akan

dijalankan di Pusat Komuniti Oran,Perlis

2

(15/07/12 –

19/07/12)

i. Belajar memasang poster

ii. Melawat tempat projek di Pusat Komuniti

Oran,Perlis

iii. Menjalankan aktiviti 5S bersama staf ITU-

UUM

3

(22/07/12 –

i. Belajar cara mengedit gambar

menggunakan ‘Pixlr.com’

18

Page 19: Kandungan

26/07/12)

ii. Diberi tugasan membuat banner

menggunakan kaedah Pixlr

iii. Melawat ke Accaunting Resource Institute

yang bertarikh 25/07/2012-26/07/2012

4

(29/07/12 –

02/08/12)

i. Belajar mengedit blog

ii. Belajar menggunakan badgesuntuk

diletakkan ke dalam blog

iii. Menjalankan aktiviti 5S bersama staf ITU-

UUM

5

(05/08/12 –

11/08/12)

i. Membuat kertas kerja untuk program

Prezi yang akan dijalankan ketiga-tiga

tempat iaitu :-

a. Pusat Komuniti Oran,Perlis

b. Kampung Tradisi, Lembah

Keriang, Kedah

c. Kolej Islam DarulUlum, Alor

Setar, Kedah

ii. Memasukkan maklumat mengenai identiti

pelajar Asean Universiti

iii. Diberi tugasan membuat kad raya untuk

staf ITU-UUM menggunakan kaedah

Pixlr.com

iv. Membuat pembentangan tentang kaedah

19

Page 20: Kandungan

penggunaan “Prezi” kepada staf-staf ITU-

UUM sebagai percubaan pertama menjadi

pelatih.

6

(12/08/12 –

16/08/12)

i. Diberi tugasan membuat modul prezi

ii. Membuat modul mengenai banjir dan

tsunami di dalam bentuk “prezi”

iii. Mesyuarat kelab kebajikan

7

(19/08/12 –

23/08/12)

i. Menyambung kerja membuat modul

menggunakan kaedah prezi

8

(26/08/12 –

01/09/12)

i. Memasukkan maklumat banjir ke dalam

‘Prezi’

ii. Menghubungi Pusat Komuniti Oran,Perlis

mengenai bengkel ‘Prezi’ yang akan di

adakan pada 01/09/2012 (Sabtu)

iii. Mengadakan bengkel di Pusat Komuniti

Oran, Perlis

9

(03/09/12 –

06/09/12)

i. Membuat laporan “program Inovasi

penggunaan Prezi”

ii. Memperbaiki maklumat tsunami

menggunakan kaedah ’prezi’

iii. Menyertai aktiviti paintball bersama staff

UUM semperna Hari Kemerdekaan

i. Belajar menggunakan peralatan pejabat

20

Page 21: Kandungan

10

(09/09/12 -

13/09/12)

ii. Majlis Hari Raya di banggunan HTML UUM

iii. Mengikuti bengkel “adobe photoshop”

11

(17/09/12 –

21/09/12)

i. Membuat poster ‘Literature Review’

menggunakan “adobe photoshop”

ii. Memasukkan maklumat mengenai

penilaian Bengkel (Workshop evualation)

iii. Berbincang dengan pihak sekolah

Pangkalan Hulu, Perak untuk

mengadakan satu program ICT kepada

orang asli

12

(24/09/2012-

27/09/12

i. Mesyuarat tentang Laporan banjir dan

Tsunami

ii. Membuat poster ‘Literature Review’

menggunakan adobe photoshop

iii. Mempelajari kaedah baru iaitu

‘Photostory’

13

(30/09/12 –

04/10/12)

i. Membuat poster karnival info Medan

Desa di Yan Kedah

ii. Mesyuarat mengenai program yang akan

di jalankan di Sekolah Kuar

Luar,Pangkalan Hulu Perak

iii. Menghadiri Bengkel “Professional Slides

Powerpoint” anjuran Pusat Pengajian

21

Page 22: Kandungan

Pembelajaran Universiti (UTLC) UUM

iv. Memasukkan nama-nama aplikasi 2.0 dan

logo ke dalam “Microsoft powerpoint”.

v. Menghadiri ceramah bersama Imam Muda

22

14

(07/10/12-

11/10/12)

i. Memasukkan maklumat Literature review

ke dalam Microsoft excel

ii. Mencari kreatif game

iii. Belajar software baru iaitu ‘evernote’

15

(14/10/12-

18/10/12)

i. Memasukkan maklumat Literature review

ke dalam Microsoft excell

ii. Membuat modul evernote

16

(21/10/12 –

25/10/12)

i. Membuat modul prezi menggunakan

kaedah Microsoft powerpoint

ii. Belajar software baru iaitu ‘dropbox’.

17

(28/10/12-

01/11/12)

i. CUTI SAKIT

18

(04/11/12-

10/11/12)

i. Mesyuarat jawatankuasa perlaksanaan

untuk program latihan ‘Training of

Trainers’ bersama SUK Terangganu yang

akan dijalankan pada 08-11/11/12

ii. Membantu dalam penyediaan ‘file’

iii. Berurusan dengan Encik Amir (pelatih

program) mengenai modul yang telah

dihasilkan

iv. Mencetak modul

v. Mengikuti program ITU-UUM bersama

komuniti iaitu Teknologi ICT dalam

pendidikan

i. Membuat blog mengenai program yang

Page 23: Kandungan

BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Pengenalan

Sepanjang 22 minggu pelajar menjalani latihan industri di

International Telecomunication Union (ITU-UUM) banyak ilmu

dan pengalaman bekerja yang saya perolehi. Antara tugasan

yang di berikan sepanjang tempoh menjalani latihan industri ini

ialah membuat kertas kerja, membuat laporan, membuat

poster, membuat banner dan sebagainya.Selain itu juga pelajar

ditugaskan mendalami kaedah aplikasi Web 2.0.

4.2 Web 2.0

Web 2.0 merujuk pada generasi kedua dalam pembangunan

Internet yang merangkumi perubahan sesuatu laman menjadi

satu platform aplikasi laman web interaktif untuk pengguna.

Web 2.0 merupakan satu fenomena sosial yang memberikan

kebebasan kepada pengguna untuk menggunakan semula,

berkongsi, bersosial dan berkomunikasi melalui elemen-elemen

yang diterapkan dalam laman web tersebut.

Perkara baru seperti perkongsian maklumat dan maklumat diri

boleh dikongsikan lebih mudah dan interaktif berbanding

sebelum ini. Maklumat dari berlainan laman web boleh diambil

dan dimuatkan dalam laman web yang lain.

23

Page 24: Kandungan

Teknologi baru ini sesungguhnya merupakan perkara yang

hebat namun begitu ianya masih lagi dalam pembangunan.

Pembentukan struktur Web 2.0 masih lagi dipantau bagi

membolehkan ianya berinteraksi dan berfungsi dengan lebih

cepat apabila melibatkan penggabungan dua laman web yang

berbeza.

4.2.1Membuat modul

Sepanjang pelajar menjalani latihan industri di International

Telecomunication Union of Excellent ( ITU-UUM) pelajar telah di

beri tugasan untuk membuat beberapa modul untuk sesuatu

program yang akan dijalankan.

Antara modul yang telah pelajar hasilkan ialah :

i ) Prezi

Preziialah aplikasi dari Web 2.0 dimana ia berfungsi sama

dengan powerpoint tetapi ia mempunya ciri-ciri yang lebih

canggih dan menarik. Persembahan melalui prezi di bina pada

‘kanvas’ dan bukannya slaid. Ini memudahkan penyampai

memberi tumpuan

24

Page 25: Kandungan

terhadap penggabungan teks, imej dan multimedia. Item-item

di atas kanvas boleh di heret, di sengetkan dan di zum agar

lebih menarik.

Proses kerja dalam membuat modul Prezi

Langkah 1- Mulakan dengan Prezi dan pergi ke: www.prezi.com

Langkah 2- Mendaftar masuk Prezi

Langkah 3- Menggunakan Prezi

Langkah 4- Menerbitkan dalam talian

25

Page 26: Kandungan

26

Page 27: Kandungan

Rajah 4.1.2 Contoh hasil modul Prezi

ii) Dropbox

Dropbox ialah aplikasi ruang simpanan untuk file secara online.

Aplikasi dropbox Aplikasi Dropboxakan mencipta satu folder baru

27

Page 28: Kandungan

didalam komputer anda secara automatik dan folder itu sama macam

folder dalam komputer anda. Bezanya ialah setiap kali anda

masukkan fail ke dalam folder Dropbox, fail akan di upload secara

automatik ke dalam folder anda yang terletak di dropbox.com.

Maknanya anda boleh akses ke dalam folder anda walau dimana anda

berada. (macam pen-drive versi online).

Untuk mendapat link download produk percuma anda, anda hanya

perlu masuk ke dalam folderpublic, “right-click” ke atas folder

tersebut dan pilih “copy public link”. Selepas itu,link download anda

akan dipaparkan. Inilah link download yang anda berikan kepada

subscriber anda dan ianya PERCUMA sehingga 2GB.

Proses membuat modul dropbox :

Langkah 1 :Pergi ke: http://www.dropbox.com

Langkah 2 : Masukkan maklumat yang di minta dan klik pada “create

account”

Langkah 3 : Klik pada “Run”untuk install dropbox ke dalam

laptop/desto

Langkah 4 : Klik pada ruang install

Langkah 5 : Lengkapkan maklumat dropbox

Langkah 6 : Pilih 2GB untuk free user dan klik “next”

Langkah 7 : Klik “next” sehingga “finish”

28

Page 29: Kandungan

Langkah 8 : Akaun anda sudah didaftarkan

29

Page 30: Kandungan

Rajah 4.1.3 Modul dropbox

iii) Modul Evernote

30

Page 31: Kandungan

Evernote ialah satu alat web 2.0 yang boleh digunakan dalam

apa jua keadaan. Ia membolehkan merakam gambar yang ingin

diingati. Dalam beberapa langkah mudah dan pantas, gambar

boleh disimpan ke dalam Evernote, disusun dan diberi

penerangan ringkas untuk menjadikan gambar tersebut mudah

diperoleh pada masa akan datang. Aplikasi ini unik dalam

beberapa perkara anaranya penggunaan aplikasi ini

membolehkan setiap pengguna menambah teks, maklumat,

gambar, video dan pautan sebagaimana yang boleh dilakukan

dengan aplikasi web yang lain, sehinggakan dalam bidang ini

sahaja pun terhasil banyak peluang untuk menyerlahkan

kretiviti. Oleh itu Evernote membolehkan pengguna merakam

semua idea atau kenangan dan pengalaman daripada

kehidupan sebenar secara digital supaya idea atau kenangan

tersebut tidak lenyap begitu sahaja.

Proses membuat modul Evernote

Langkah pertama – Pergi ke : http://www.evernote.com

Langkah kedua – Memasang evernote

Langkah ketiga – Daftar masuk evernote

Langkah keempat – Mmembina Buku evernote

Langkah kelima – Mengeksport Nota

angkah ketujuh – Membina Nota/ Nota dakwat / Nota webcam

31

Page 32: Kandungan

Langkah kelapan – Membina Nota multimedia

Langkah kesembilan – Membuat tag

Langkah kesepuluh – Email Nota

Langkah kesebelas – Berkongsi buku nota

32

Page 33: Kandungan

33

Page 34: Kandungan

4.1.4 Modul Evernote

iv) Modul Google Docs

Google Docs ialah aplikasi dimana ia boleh membuat, mengedit

dan diguna pakai secara online. Maklumat yang di simpan akan

disimpan terus ke dalam google drive. Dengan menggunakan

google docs masalah kehilangan maklumat dapat dielakkan. Di

samping itu juga maklumat dapat dikongsi dengan mudah dan

cepat.

34

Page 35: Kandungan

4.1.5 Modul Google Docs

v) Modul Voicetread

Voicetread ialah aplikasi dimana pengguna boleh membina

persembahan album media yang boleh dikongsi dan di

komen.Persembahan tersebut boleh merangkumi sebarang bentuk

media digital termasuk imej,audio, video dan teks.Voicetread yang

lengkap kemudiannya boleh dipaparkan pada laman web Voicetread

atau laman web lain ataupun boleh juga dipaparkan kedalam laman

blog. Selain itu Voicetread boleh dieksport kepada atur cara luar

talian yang dikendalikan dari komputer, DVD, pemain MP3 dengan

keupayaan video atau telefon bimbit. Dikenali sebagai “blog audio

berkumpulan”kerana seperti blog, VoiceThread bukan sahaja

35

Page 36: Kandungan

menggalakkan penonton untuk menulis komen dan membenarkan

komen tersebut diberikan dalam format audio.

Proses membuat modul Voicetread

Langkah 1 – Pergi ke: http://www.voicethread.com

Langkah 2 – Daftar masuk / pendaftaran

Langkah 3 – Membina Voicetread

Langkah 4 – Boleh menggunakan Voicetread

Rajah 1.6 Modul Voicetread

36

Page 37: Kandungan

4.2 Membuat banner/ Poster

Pelajar turut diberi tugasan membuat poster dan

banner.Sebelum itu pihak organisasi telah menghantar pelajar

untuk menghadiri kursus adobe photoshope di Pusat

37

Page 38: Kandungan

Konvensyen .Di bengkel tersebut pelajar telah diberi

pendedahan menggunakan adobe photoshope dengan lebih

jelas. Sebagai seorang pelajar jurusan perniagaan ia memberi

peluang yang baik mempelajari cara membuat banner dan

poster kerana ia dapat menjimatkan kos untuk membuat

sesuatu benner atau poster. Pelajar telah belajar cara membuat

banner dan poster dengan beberapa kaedah. Terdapat 2 cara

membuat banner antaranya menggunakan kaedah pixlr.com

atau menggunakan kaedah adobe photoshope.

38

Page 39: Kandungan

Rajah 4.2.1 Banner staf ITU-UUM sempena Menyambut Hari Raya

Puasa

39

Page 40: Kandungan

Rajah 4.2.2 Poster untuk program Literature review

40

Page 41: Kandungan

Rajah 4.2.3 Banner untuk karnival Mini RTC

41

Page 42: Kandungan

Rajah 4.2.4 Poster Karnival Mini RTC

42

Page 43: Kandungan

4.3 Aktiviti yang terlibat sepanjang menjalani latihan

industri

a) Bengkel Prezi

Pelajar telah ditugaskan menjadi pelatih untuk bengkel“Prezi ”

yang di adakan di Pusat Komuniti Oran,Perlis yang telah

diadakan pada 1 September 2012. Tujuan bengkel tersebut

adalah untuk memperkenalkan kaedah penggunaan “Prezi”

kepada pelajar sekolah rendah dan menengah bagi

meningkatkan penggunaan ICT kepada pelajar luar Bandar.

Objektif program tersebut adalah untuk :

a. Mencungkil bakat ICT dikalangan pelajar luar Bandar

b. Memberi pendedahan alternative cara membuat

pembentangan melalui “slideshow” selain menggunakan

kaedah Microsoft Powerpoint.

c. Meningkatkan lagi input-input berguna berkaitan ICT kepada

pelajar luar Bandar.

43

Page 44: Kandungan

Rajah 4.3.1 pelatih memberi tunjuk ajar kepada pelajar

dalam bengkel prezi

Rajah 4.3.2 Bergambar bersama pelajar Pusat

Komuniti,Oran, Perlis

44

Page 45: Kandungan

b) Program bersama pelajar orang asli di Pengkalan

Hulu, Perak

Dalam program ini ITU-UUM telah memberi inisiatif untuk

memberikan pendidikan ICT kepada para pelajar orang asli.

Bengkel bertemakan “Menjana Kreativiti Menerusi kretiviti ICT”

ini bertempat di Sekolah rendah Kuar Luar,PangkalanHulu, Perak.

Sekolah itu di pilih berdasarkan kedudukan yang berada di luar

dan mengambil kira komposisi pelajar orang asli yang sukar

menerima kemudahan ICT.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan

dan menjana pemikiran yang kretif dalam menggunakan

kemudahan ICT ini seterusnya dapat mengaplikasikannya dalam

kehidupan seharian.Bengkel ini telah di adakan pada 1-2

November 2012. Dalam program ini pelatih telah dilantik menjadi

urusetia.

45

Page 46: Kandungan

Rajah 4.3.3 Program bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Kuar Luar,

Pengkalan Hulu, Perak

46

Page 47: Kandungan

c) Program ‘Training of Trainer’ kepada pengurus

Bestari.Comm

Terangganu

ITU-UUM dengan kerjasama Unit Pengurusan negeri Terangganu

(UPMN) telah melaksanakan program Training of Trainers ‘ITU-UUM

Bersama Komuniti: Teknologi ICT Dalam Pendidikan’ kepada

pengurus-pengurus Pusat Bestari.Comm. Bengkel yang berlangsung

selama dua hari ini bertujuan untuk memberikan latihan kepada

pengurus pusat komuniti dalam lapangan aplikasi Web 2.0.

Seterusnya mereka akan menjalankan latihan-latihan ini kepada

penduduk sekitar tempat kerja mereka.

47

Page 48: Kandungan

Rajah 4.3.4 Urusetia untuk program ITU-UUM bersama komuniti

48

Page 49: Kandungan

Rajah 4.3.5 Memberi tunjuk ajar kepada peserta

49

Page 50: Kandungan

Rajah 4.3.6 Sijil penghargaan sebagai Urusetia untuk

Program ITU- UUM bersama komuniti

50

Page 51: Kandungan

BAB 5

KESIMPULAN

7.1.1 Kesimpulan

Program latihan industri adalah satu program yang baik dan amat

menggalakkan. Latihan industri ini, dapat memberi peluang kepada

pelajar untuk mempelajari perkara-perkara baru dan dapat

meluaskan lagi pengetahuan pelajar dengan aspek-aspek pekerjaan

yang bakal ditempuh oleh setiap pelajar selepas tamat pengajian.

Di sini dapat disimpulkan beberapa perkara yang boleh pelajar

perolehi daripada kesan menjalani latihan industri. Antara

kesimpulan-kesimpulannya adalah seperti berikut :

a) Memberi ruang kepada pelajar untuk menyesuaikan diri dengan

alam pekerjaan yang sebenar.

b) Melatih pelajar hingga berupaya berkomunikasi dengan baik

semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab yang

diamanahkan.

c) Mendisiplinkan pelajar melalui pematuhan peraturan yang telah

ditetapkan oleh pihak syarikat serta politeknik.

d) Memupuk sikap bekerjasama dan saling hormat menghormati

dikalangan staf-staf di dalam sesebuah syarikat.

e) Melatih pelajar supaya menepati masa.

51

Page 52: Kandungan

f) Memberi peluang kepada pelajar untuk menilai kebolehan

mereka yang sebenar dalam mengaplikasikan teori yang telah

dipelajari.

g) Menjadikan pelajar lebih berkualiti dalam pelbagai aspek.

h) Melatih pelajar sehingga berupaya mencetus idea sendiri yang

dapat memajukan syarikat serta diri pelajar sendiri.

i) Menjadikan seseorang pelajar itu lebih berani dan berkeyakinan

tinggi untuk menempuh cabaran-cabaran yang mendatang.

Latihan industri amat penting kepada pelajar-pelajar politeknik

kerana sepanjang tempoh menjalani latihan banyak faedah dan

pengalaman-pengalaman yang amat berharga telah diperolehi

sebagai bekalan untuk melangkah kehadapan.

Oleh itu, sebagai seorang pelajar mereka perlu memanfaatkan

peluang yang diberikan dengan menjalani latihan industri ini

dengan baik serta bersungguh-sungguh supaya objektif

sebenar latihan industri dapat dicapai dengan jayanya.

52

Page 53: Kandungan

BAB 6

KOMEN DAN CADANGAN

6.1 Komen

Semasa saya menjalankan latihan industri di International

Telecommunication Union (ITU-UUM), saya telah di ajar dan

didedahkan dengan pelbagai perkara yang penting dalam industri ini.

Pendedahan yang diberikan adalah penting untuk meningkatkan

keyakinan dan kecekapan saya dalam menjalankan tugasan yang

diberi dan kecekapan dalam mengendalikan perkara-perkara yang di

arahkan seperti melakukan kerja-kerja pejabat, membuat kertas

kerja, membuat laporan membuat modul , membuat poster,

membuat ’banner’ dan sebagainya.

Sepanjang tempoh latihan pelajar berpuas hati dengan bidang kerja

yang telah di berikan. Pelajar berasa lebih bersedia untuk memasuki

bidang ini. Layanan dan tunjukan yang diberikan oleh kakitangan

amatlah pelajar hargai keranadapat berkongsi pendapat dan

pengalaman sepanjang menjalani latihan industri.

6.2 Cadangan

53

Page 54: Kandungan

Berikut merupakan beberapa cadangan pelajar untuk pihak politeknik

dan pihak organisasi sepanjang menjalani tempoh latihan industri ini :

6.2.1 Kepada Pihak Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah:

I. Pihak Politeknik hendaklah berbincang dengan pihak

organisasi mengenai skop sebenar latihan industri

sebelum menghantar pelajar untuk menjalani latihan

industri di sana kerana sesetengah organisasi tidak tahu

teknik sebenar latihan industri. Ini akan mendatangkan

masalah kepada pelajar tersebut.

II. Lawatan pensyarah hendaklah dilakukan. Dengan ini

pihak Politeknik dapat mengetahui secara menyeluruh

mengenai semua aktiviti pelajar sepanjang tempoh

latihan serta dapat memberi serba-sedikit nasihat dan

tunjuk ajar kepada pelajar.

6.2.2 Kepada pihak organisasi International

Telecomunication Union

I. Pihak organisasi memberi peluang kepada pelajar latihan

industri untuk menjalankan aktiviti di luar organisasi

agar pelajar lebih terdedah kepada industri pelancongan.

II. Pihak organsasi perlu menyediakan jadual aktiviti

pengajaran yang lebih sistematik supaya pelajar dapat

belajar dengan lebih teratur dan tidak ketinggalan

sesuatu dari pihak firma.

54

Page 55: Kandungan

III. Pihak organisasi juga perlu memberi penekanan kepada

pihak pekerja sendiri mahupun pelajar yang menjalani

latihan industri mengenai disiplin kerja. Ini didapati

ramai yang tidak mematuhi segala arahan dengan

sempurna.

IV. Pihak organisasi juga tidak sewenang-wenangnya

mengarah pelajar industri untuk melakukan kerja di luar

syarikat tanpa sebarang pengawasan.

6.3 Bibliografi / Rujukan

i. http://www.itu.uum.edu.my/

ii. http://lalasemput.blogspot.com/

iii. http://malek-ict.blogspot.com/

55