kandungan - maiwp

12

Upload: others

Post on 15-Oct-2021

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: kandungan - MAIWP
Page 2: kandungan - MAIWP

kandungan3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

11

11

12

12

kandunganMAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR BAITULMAL MAIWP

RUMAH KOLONG DI PUSAT BANDAR

TERIMA KASIH BAITULMAL MAIWP

BENGKEL PENYELARASAN TUNGGAKAN SEWA

BENGKEL PENYELARASAN HARTANAH MAIWP

BENGKEL S.O.P PEROLEHAN

PROGRAM TEMUDUGA TASMI’ SKIM BANTUAN GALAKAN HAFAZ AL-QURAN

PROGRAM TASKA DARUL HANAN BERSAMA IBUBAPA

IHTIFAL PERDANA DAR ASSAADAH

BAITULMAL ANJUR PENGURUSAN ZAKAT FITRAH TAHUN 2015M/1436H

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

BENGKEL STANDARD OPERATIN PROCUDER DAR ASSAADAH

BENGKEL PERMURNIAAN S.O.P TADIKA ISLAM (MAIWP) TAHUN 2015

LAWATAN TAPAK KE DARUL QURAN ITTIFAQIAH

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR

MAIWP TERIMA LAWATAN UITM

MESYUARAT PENGURUSAN PELAJAR WILAYAH PERSEKUTUAN-MESIR BIL.1/2005

NAHAS DUKE: MAIWP BANTU KELUARGA MANGSA

PERHIMPUNAN BULANAN MAIWP

Page 3: kandungan - MAIWP

20 Mei - Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar Baitulmal MAIWP bagi tahun 2014 telah diadakan di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Daripada 32 Skim Bantuan Baitulmal yang disediakan oleh Baitulmal MAIWP, 9 daripada bantuan ini memfokuskan kepada memperkasakan anak-anak asnaf dengan ilmu pendidikan. Pada tahun 2014 sahaja, sebanyak RM78.8 juta telah diagihkan kepada 59,644 pelajar dan mahasiswa menerusi dana zakat yang diterima oleh MAIWP.

‘Pelajar-pelajar yang menerima bantuan Baitulmal, belajarlah bersungguh-sungguh dan ingatlah bahawa bantuan ini adalah dari sumber zakat dan suatu hari nanti seandainya pelajar-pelajar semua telah berjaya menceburi bidang pekerjaan, tunaikanlah pula kewajipan zakat untuk terus membantu kepada yang memerlukan’, ujar YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP.

Pada majlis hari ini, MAIWP akan menyampaikan saguhati sebanyak RM110,300.00 kepada penerima anugerah kecemerlangan akademik pelajar Baitulmal tahun 2014. Jumlah insentif yang diberikan berjumlah dari RM150 hingga RM750 mengikut peringkat peperiksaan masing-masing.

Pada tahun 2014 ini juga, MAIWP telah meluluskan Bantuan Am Persekolahan sebanyak RM15,108,450.00 kepada seramai 27,742 orang pelajar. Jumlah tersebut merangkumi pelajar-pelajar dari sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah rendah agama.

Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar Baitulmal MAIWP Tahun 2014 ini telah dihadiri oleh lebih 1,200 orang tetamu termasuk pelajar Baitulmal MAIWP, guru-guru Baitulmal serta ibubapa pelajar.

3 |

bu

leti

n M

AIW

P

YB Menteri beramah mesra bersama pelajar-pelajar penerima bantuan Baitulmal MAIWP

YB Menteri bergambar kenangan bersama pelajar-pelajar penerima bantuan Baitulmal MAIWP

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR BAITULMAL MAIWP

Page 4: kandungan - MAIWP

21 Mei - “Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”, itulah ungkapan yang dapat diberikan terhadap kisah kehidupan Puan Ramlah seorang warga emas yang berumur 88 tahun di Taman Sri Segambut Tengah. Dalam usianya yang uzur, beliau amat berasa terharu dengan kedatangan pihak Baitulmal, MAIWP apabila menerima aduan dari Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), Segambut mendapat perhatian pantas daripada Skuad Jejak Asnaf Baitulmal.

Hasil aduan tersebut, Skuad Jejak Asnaf Parlimen Segambut yang diketuai oleh Ustaz Mohd Fadli Bin Adam telah turun padang menyantuni asnaf tersebut. Keadaan Puan Ramlah yang semakin uzur dengan menghidap penyakit kencing manis dan disarankan oleh pihak hospital untuk dipotong kakinya kerana dikhuatiri penyakit akan merebak ke anggota lain.

Beliau dijaga oleh anak-anaknya yang terpaksa bergilir-gilir memantau keadaannya. Pada pertemuan tersebut, Baitulmal MAIWP telah menyarankan beliau dengan permohonan Bantuan Perubatan Am, Bantuan Peralatan Kesihatan (Pampers & Kerusi Roda) dan Bantuan Skim Kewangan Bulanan serta Bantuan Membaiki Rumah di mana pihak Baitulmal MAIWP mendapati keadaan rumahnya yang mempunyai kerosakan.

bu

letin M

AIW

P | 4

RUMAH KOLONG DI PUSAT BANDAR

TERIMA KASIH BAITULMAL MAIWP28 Apr - Skuad Jejak Asnaf Baitulmal, MAIWP telah turun padang menziarahi Puan Sawiyah bt Ismail yang berusia 85 tahun, yang dilaporkan tinggal bersendirian setelah kematian dua orang anaknya di Bandar Tun Razak.

Hasil aduan dari Ketua Wanita Kawasan Bandar Tun Razak, Skuad Jejak Asnaf Parlimen Bandar Tun Razak yang diketuai oleh Ustaz Mohd Rodzi Bin Osman telah turun padang menyantuni asnaf tersebut. Hasil siasatan mendapati, Puan Sawiyah tidak mampu menguruskan kehidupnya sendiri kerana masalah kesihatan beliau yang uzur. Dalam usianya yang uzur, beliau hanya dapat mengharapkan ihsan jiran tetangga dalam urusan sehariannya.

Pada pertemuan tersebut, Baitulmal MAIWP telah menyarankan dan akan menguruskan permohonan Bantuan Skim Kewangan Bulanan bagi menampung perbelanjaan seharian beliau dan bagi meringankan lagi beban Puan Sawiyah Pihak Baitulmal, MAIWP mencadangkan permohonan Bantuan Peralatan

Ustaz Mohd Rodzi Bin Osman, Pegawai Baitulmal MAIWP menyampaikan bantuan keperluan harian

Ustaz Fadhli Adam, Pegawai Baitulmal MAIWP menyerahkan bantuan beras kepada Puan Ramlah

Kesihatan (Pampers) bagi memudahkan lagi kehidupan Puan Sawiyah di masa akan datang.

Page 5: kandungan - MAIWP

5 |

bu

leti

n M

AIW

P

Antara Panel Peguam Yang Mengikuti Bengkel PenyelarasanBENGKEL PENYELARASAN

TUNGGAKAN SEWA

BENGKEL PENYELARASAN HARTANAH MAIWP BERSAMA AGENSI KERAJAAN DAN PBT

21 Mei - Bengkel Penyelarasan Tunggakan Sewa telah diadakan di Bilik Seminar Tingkat 1, Bangunan PERKIM, No.150 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur. Kesemua panel peguam MAIWP yang sedang mengendalikan kes-kes tunggakan sewa telah menghadiri bengkel tersebut dengan jayanya.

Bengkel tersebut diadakan bertujuan membincangkan dan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengurangkan jumlah kes tunggakan sewa yang telah sekian lama tertangguh. Panel peguam telah berkongsi idea dan pendapat selaras dengan perspektif perundangan dalam menangani masalah ini bermula

dari permohonan sewaan sehingga ke peringkat pelaksanaan.

Pemantauan berkala hendaklah dilakukan di mana panel peguam akan melaporkan mengenai status terkini kes yang dikendalikan setiap bulan bagi memastikan rekod tindakan undang-undang dikemaskini dari semasa ke semasa.

Berdasarkan langkah-langkah seperti dinyatakan di atas, jumlah kes tunggakan sewa dapat dikurangkan di samping memastikan rekod kewangan MAIWP dapat dipertingkatkan ke tahap lebih baik.

8-9 Mei - Bahagian Pembangunan Dan Pelaburan (BPP) telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Hartanah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Bersama Agensi Kerajaan Dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertempat di Morib, Selangor Darul Ehsan.

Bengkel yang diadakan adalah bertujuan membuat penyelarasan berhubung beberapa isu dan masalah yang dihadapi oleh MAIWP bersama Agensi Kerajaan yang lain dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Peserta bengkel adalah terdiri daripada Pengurus-Pengurus Bahagian, ketua-ketua unit dan pegawai-pegawai BPP. Turut hadir ke bengkel tersebut adalah wakil dari Pejabat Tanah & Galian (PTG) Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),

Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (JKPTG) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Semua peserta bengkel telah berbincang dan memberikan pandangan serta kepakaran masing-masing bagi menyelesaikan dan mendapat keputusan untuk kemudahan semua pihak yang terlibat dalam menjalankan urusan berkaitan isu yang dibangkitkan.

Terdapat 6 perkara utama yang dibincangkan dan memerlukan keputusan dasar telah dapat diselesaikan, manakala sebanyak 65 isu berkaitan status-status berkaitan tanah dan pembangunan juga dapat diselesaikan.

Page 6: kandungan - MAIWP

bu

letin M

AIW

P | 6

BENGKEL S.O.P PEROLEHAN

PROGRAM TEMUDUGA

TASMI’ SKIM BANTUAN GALAKAN

HAFAZ AL-QURAN

14-16 Mei - Unit Perolehan Bahagian Kewangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan Bengkel Standard Operating Procedure (S.O.P.) Perolehan MAIWP di Genting Highlands, Pahang.

Bengkel ini bertujuan untuk mewujudkan S.O.P perolehan MAIWP dengan memperbaiki kelemahan – kelemahan yang wujud dan memperkemaskan sistem pengurusan perolehan sekiranya prosedur perolehan yang dilaksanakan tidak memenuhi kehendak yang ditetapkan. Bengkel ini juga bertujuan menghasilkan inovasi baru di dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan prosedur perolehan dari semasa kesemasa.

Bergambar Kenangan di Akhir Bengkel

Seramai 38 Pegawai dan Kakitangan MAIWP termasuk MAIWP cawangan Labuan telah mengikuti bengkel ini. Bengkel yang telah diadakan selama 3 hari telah diketuai oleh Puan Zaitun binti Hussin selaku Ketua Unit Perolehan, Bahagian Kewangan.

16-23 Mei – Program Temuduga Perujian Tasmi’ Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran Bagi Sekolah-Sekolah Menengah telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda, Sentul bagi Zon Sentul & Keramat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mulia, Bandar Tun Razak bagi Zon Pudu & Bangsar. Program dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP).

Program selama dua hari ini telah berjaya mengumpulkan seramai 375 orang peserta. Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah.

Program ini bertujuan memberi galakan menghafaz Al-Quran di dalam pelajar sekolah menengah. Ianya adalah merupakan komitmen berterusan MAIWP dalam membantu pelajar-pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan di bawah Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran, Bahagian Baitulmal bagi mencapai objektif tersebut.

Program ini juga melibatkan seramai 20 orang panel yang terdiri daripada Bahagian Baitulmal, MAIWP dan juga Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL) yang bertujuan untuk menilai dari segi pemarkahan perujian tasmi’ setiap pelajar yang terlibat.

Salah seorang ibubapa yang ditemui mengucapkan terima kasih atas usaha MAIWP menganjurkan program sebegini. Beliau seperti ibubapa lain yang hadir amat berharap program-program sebegini akan terus dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan dorongan kepada pelajar-pelajar selain memberi imbuhan kewangan kepada mereka.

Sesi Perbentangan Kumpulan

Para Panel Bergambar Kenangan di Akhir Sesi Temuduga

Page 7: kandungan - MAIWP

7 |

bu

leti

n M

AIW

P

PROGRAM TASKA DARUL HANAN BERSAMA IBUBAPA

IHTIFAL PERDANA DAR ASSAADAH

16 Mei – Seramai 30 orang kanak-kanak Taska Darul Hannan bersama-sama ibubapa telah menjalankan aktiviti gotong-royong dan Majlis Sambutan Hari Guru di peringkat Taska bertempat di Masjid Wilayah.

Aktiviti ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara ibubapa, pendidik dan mengeratkan lagi dan anak-anak mereka. Selain itu juga, ia bertujuan bagi memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang

kepentingan menjaga kebersihan terutama sekali kepada pengurusan sampah.

Bagi Sambutan Hari Guru di peringkat Taska pula, ia telah dirancang dan dijalankan oleh ibubapa sendiri bagi meraikan para pendidik. Antara acara yang telah dijalankan adalah acara memotong kek, pemberian kad ucapan kepada pendidik dan lain-lain lagi.

Ibubapa yang hadir bergambar bersama-sama

28 Mei - Dar Assaadah telah menganjurkan program ihtifal Perdana bagi tahun 2015. Seramai 120 orang yang terlibat dalam program tersebut yang melibatkan 5 buah pusat perlindungan iaitu Baitul Ilmi, Baitul Ihsan, Raudatul Sakinah, Perkid dan Dar Assaadah. Banyak acara telah di pertandingkan antaranya ialah pertandingan kuiz agama, hafazan, nasyid, masakan dan lain-lain lagi.

Johan keseluruhan bagi acara tersebut ialah dari rumah perlindungan Baitul Islah mendapat wang tunai RM 1000.00, tempat kedua rumah perlindungan Perkid RM 700.00, manakala Dar Assaadah hanya memperoleh tempat ketiga RM 500.00.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Hjh.Hasnah bt Haji Sulaiman selaku AJK Dar Assaadah.

Semoga ini menjadi pendorong yang akan lebih memotivasikan pelatih-pelatih untuk berusaha dengan lebih gigih lagi di dalam bidang akademik dan menjadi dorongan yang memotivasikan guru-guru.

Pertandingan mengisi manik 7 |

bu

leti

n M

AIW

P

Page 8: kandungan - MAIWP

bu

letin M

AIW

P | 8

BAITULMAL ANJUR PENGURUSAN ZAKAT FITRAH TAHUN 2015M/1436H

Encik Mohd Suffian, Pegawai dari Unit Audit Dalam MAIWP sedang menyampaikan taklimat

Amali mengkafankan model jenazah bagi menguji kefahaman peserta setelah mendengar ceramah.

Para Amil yang sedang mengikuti kursus pengurusan zakat fitrah

Kursus pengurusan jenazah telah berjaya dijalankan pada 5 Mei yang lalu dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelatih dan kakitangan Dar Assaadah dengan penyertaan seramai 40 orang kesemuanya. Kursus yang bermula pada pukul 9 pagi telah menampilkan Ustaz Nor Azman Bin Abdul Ghani daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI), sebagai penceramah jemputan.

Beliau telah menerangkan mengenai kematian dan solat jenazah dengan menyelitkan pelbagai kisah pengajaran daripada pengalamannya sebagai pengurus jenazah. Aktiviti bertambah menarik apabila peserta kursus menawarkan diri untuk menjadi model jenazah bagi amali memandikan jenazah.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Kursus berakhir pada jam 1.00 tengahari. Pada majlis penutup, para peserta telah diajar untuk membuat praktikal mengkafankan model jenazah. Peserta yang hadir pada kursus tersebut telah diberikan sijil penyertaan

Kursus yang dianjurkan bertujuan memberi kesedaran kepada peserta berkenaan peranan dan tanggungjawab amil dalam urusan pungutan zakat fitrah. Selain itu, ianya juga memberi pendedahan kepada peserta berkaitan pengurusan kewangan dan masa.

Baitulmal MAIWP telah menjemput wakil daripada Bahagian Kewangan, Unit Audit Dalam dan Bahagian Baitulmal sendiri untuk menyampaikan taklimat dan pendedahan kepada peserta-peserta tentang Pengurusan Zakat Fitrah yang dianjurkan.

Oleh yang demikian, selaras dengan harapan MAIWP agar kutipan zakat fitrah pada tahun ini meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya dan menjadi contoh kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang lain.

Unit Pengurusan Zakat Fitrah, Wakaf dan Sumber Am, Baitulmal MAIWP telah menganjurkan Kursus Pengurusan Zakat Fitrah Tahun 2015M/1436H sebanyak tiga siri bertempat di Melaka. Peserta-peserta yang terlibat dengan kursus ini adalah amil-amil yang telah dilantik oleh Baitulmal, MAIWP. Kursus ini telah disertai seramai 745 orang peserta.

Page 9: kandungan - MAIWP

9 |

bu

leti

n M

AIW

P

BENGKEL PERMURNIAAN S.O.P TADIKA ISLAM (MAIWP) TAHUN 2015

Bergambar kenangan di akhir bengkel

Soal jawab perbentangan

Bergambar kenangan di akhir bengkel

Pada 20 – 22 Mei yang lalu, Dar Assaadah telah mengadakan Bengkel Standard Operating Procedure (S.O.P) bertempat di kuala Selangor. Ia telah melibatkan beberapa orang pegawai dari Bahagian Pembangunan Insan, wakil dari unit Undang-Undang, Wakil Penjara dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tujuan diadakan bengkel tersebut adalah untuk menyemak semula manual dan S.O.P yang sedang digunapakai sekarang adakah bersesuaian dengan keadaan semasa.

Selain itu, bagi memastikan sistem dan amalan yang dilaksanakan mematuhi perundangan terkini yang berkaitan dengan keselamatan pelatih dan memastikan sistem pengurusan pelatih dapat diselenggarakan dengan lebih berkesan dan sentiasa menjalani proses penambahbaikan yang berterusan.

Selain itu juga, antara lain objektif bengkel adalah menambahbaik Manual dan S.O.P Dar Assaadah selaras dengan perkembangan terkini skop kerja dengan mengambil kira teguran audit.

BENGKEL STANDARD OPERATING PROCEDURE DAR ASSAADAH

28-30 Apr - Unit Tadika Islam, Bahagian Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan Bengkel Pemurniaan Standard Operating Procedure (S.O.P) Tadika Islam MAIWP Tahun 2015 bertempat di Melaka.

Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan atau gerak kerja yang boleh dijadikan sebagai rujukan dalam mencapai sasaran kerja yang telah ditetapkan. Ia juga boleh dijadikan sebagai penanda aras dalam menganalisis tindakan selanjutnya.

Seramai 30 orang peserta telah menghadiri bengkel ini. Bengkel yang diadakan selama 3 hari 2 malam telah diketuai oleh YBhg. Tuan Haji Mohammad Rushdan

bin Ab. Hamid, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan merangkap Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP. Turut hadir dalam bengkel ini ialah YBhg. Puan Dayang Raihan binti Abd Fatah, selaku Timbalan Pengurus Besar, IIUM Educare, Gombak dan Pengetua serta ketua-ketua unit institusi di bawah Bahagian Pembangunan Insan.

Page 10: kandungan - MAIWP

bu

letin M

AIW

P | 10

LAWATAN TAPAKKE DARUL QURAN ITTIFAQIAH

6 Mei - Satu lawatan tapak oleh unit undang-undang telah diadakan di Darul Quran Ittifaqiah yang beralamat di Rumah Banglo No.75, Jalan Keramat Hujung, Dato’ Keramat, Kuala Lumpur. Lawatan tapak ini diketuai oleh YBhg. Tuan Haji Mohammad Rushdan B Ab Hamid, Pengurus BPI merangkap TKPE MAIWP dengan diiringi oleh wakil dari Unit Undang-Undang, Unit Senggara (BPP) dan Bahagian Pembangunan Insan.

Lawatan tapak ini bertujuan untuk melihat dan meninjau dengan lebih dekat keadaan bangunan dan tanah di sana memandangkan MAIWP dalam proses untuk membeli bangunan dan tanah tersebut daripada pemilik bernama Encik Ahmad Zaharil Muhaiyar. Bangunan tersebut telah digunakan sebagai pusat tahfiz yang menempatkan 40 orang pelajar fakir dan miskin yang berumur 8 hingga 18 tahun. Sistem pembelajaran pusat tahfiz tersebut menekankan hafazan Al-Quran di samping pengajian kitab-kitab turathi.

Satu pertemuan singkat telah diadakan bersama pengasas dan beberapa tenaga pengajar pusat tahfiz tersebut membincangkan mengenai proses ambil alih pentadbiran dan pengurusan pusat tahfiz tersebut setelah proses pindahmilik disempurnakan. Berdasarkan pertemuan tersebut, satu mesyuarat akan diadakan dengan dihadiri oleh pihak-pihak berkaitan untuk membincangkan dengan lebih terperinci mengenai halatuju dan masa depan pusat tahfiz tersebut.

Pengetua Ittifaqiah sedang menyampaikan taklimat ringkas kepada peserta lawatan

Darul Ittifaqiah

13 & 14 Mei – Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Pelajar Baitulmal MAIWP bagi tahun 2015 telah diadakan di Dewan Kompleks Darul Kifayah, Kuala Lumpur.

Bengkel yang dianjurkan bertujuan memberi galakan motivasi dan teknik menjawab soalan UPSR kepada pelajar-pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan penting pada tahun ini. Ianya adalah merupakan komitmen berterusan MAIWP dalam membantu anak-anak asnaf penerima Bantuan Am Persekolahan mencapai kecemerlangan dalam akademik. Pada bengkel ini, seramai 300 orang pelajar telah hadir menyertai bengkel yang disampaikan oleh Guru Cemerlang daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP).

Pemilihan pelajar-pelajar tersebut adalah daripada 300 buah sekolah di Wilayah Persekutuan yang dibantu oleh Baitulmal di mana pelajar-pelajar tersebut dipilih dari sudut kecemerlangan akademik di sekolah masing-masing.

Program ini akan diteruskan sebagai program tahunan yang akan disusuli dengan Bengkel Teknik Menjawab Soalan PT3 dan SPM yang dijangka akan diadakan pada bulan Ogos. Selain Bantuan Am Persekolahan, MAIWP juga turut menawarkan Bantuan Pakaian dan Peralatan Sekolah bagi meringankan beban keluarga semasa sesi persekolahan yang baru setiap tahun. Ianya selaras dengan harapan MAIWP agar anak-anak asnaf mencapai kejayaan dalam akademik supaya dapat membantu keluarga keluar dari kepompong kemiskinan dan seterusnya menjadi pembayar zakat suatu hari nanti.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSRPara pelajar bergambar beramai-ramai di akhir program

Page 11: kandungan - MAIWP

11

| bu

leti

n M

AIW

P

MAIWP TERIMA LAWATAN UITM

MESYUARAT PENGURUSAN PELAJAR WILAYAH PERSEKUTUAN-MESIR BIL.1/2015

Bergambar kenangan di akhir lawatan

16 Apr – Seramai 20 orang wakil daripada Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam telah mengadakan lawatan ke MAIWP. Lawatan ini diketuai oleh Tuan Haji Abdul Aziz bin Haji Ramli, Ketua Timbalan Bendahari UiTM telah disambut oleh pengurus-pengurus MAIWP di Bangunan Perkim.

Menurut Tuan Haji Abdul Aziz, lawatan tersebut diadakan bagi menimba pengalaman kejayaan MAIWP yang mendapat penarafan 4 bintang bagi Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan.

Taklimat pada hari tersebut telah menerangkan kepada para peserta lawatan tentang usaha yang dilaksanakan oleh MAIWP sehingga ke tahap sekarang. Para

peserta amat kagum dengan usaha MAIWP yang mempunyai tenaga yang cukup terhad namun amat efisen dalam melaksanakan tugas. Kesungguhan MAIWP itu menjadi pemangkin untuk mereka menimba ilmu daripada MAIWP dan meminta kerjasama agar hubungan ini dapat membantu UiTM meningkatkan kecekapan dalam menguruskan hal-hal berkaitan indeks akauntabiliti.

YBhg. Datuk Hj. Zainal Abidin bin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP mengalu-alukan kedatangan rombongan dan berharap perkenalan ini dapat dimanfaatkan untuk hubungan dan kerjasama yang lebih erat di masa-masa akan datang.

7 Apr - Satu perjumpaan di antara Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) dengan Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir telah diadakan pada jam 8.30 malam bertempat di surau asrama sementara. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Ahmad Yahya bin Mohd Haniff, selaku Pegawai Atase Pendidikan Wilayah.

Perjumpaan ini merupakan julung kali diadakan oleh PPMM bersama dengan AJKT BKAWM dan akan diadakan secara berkala pada masa akan datang. Pelbagai agenda yang telah dibincangkan di antara kedua-dua pihak. Antaranya ialah keperluan BKAWM bernaung di bawah MAIWP secara rasmi, bantuan kepada BKAWM dan takwim tahunan.

Di samping itu, perjumpaan ini merupakan medan kepada BKAWM melontarkan sebarang permasalahan, cadangan dan pertukaran pendapat dengan pihak PPMM. Semua cadangan dan permasalahan yang telah dilontarkan akan diambil tindakan yang sewajarnya.

Pada akhir perjumpaan, Pegawai Atase Pendidikan menyarankan agar kerjasama yang terjalin di antara PPMM dan BKAWM akan terus utuh dan BKAWM dapat menjalankan sebarang program dan aktiviti dengan baik dan lancar setelah bernaung di bawah MAIWP sepenuhnya.

Barisan kepimpinan pelajar (AJKT) ikhwah mendengar taklimat dari Pegawai Atase Wilayah

Barisan kepimpinan pelajar (AJKT) akhawat

Page 12: kandungan - MAIWP

5 Mei – Keluarga mangsa kemalangan di Lebuhraya DUKE pada 2 Mei yang lalu menerima sumbangan daripada MAIWP. Kemalangan tersebut telah mengorbankan sepasang suami isteri dan seorang anak mereka iaitu Fairuz Nizam Husain, 35 tahun; Nova Safitri Azhari, 25 tahun dan Nur Firuza Annisa, 7 bulan. Mereka meninggalkan dua orang anak iaitu Nur Firuza Amira, 7 tahun dan Nur Firuza Aqila, 4 tahun. MAIWP telah menghulurkan sumbangan berbentuk bantuan kecemasan berjumlah RM3,000. Bantuan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Hj. Zainal Abidin bin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP di rumah waris mangsa di Taman Batu Muda, Batu Caves. Selain bantuan kecemasan yang diberikan, MAIWP akan turut menampung kos pengajian dua orang anak mereka sehingga peringkat pengajian tinggi. “Menerusi bantuan zakat sedia ada, MAIWP akan menanggung pengajian dua orang anak mereka dan berharap ia akan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga Allahyarham Fairuz,” kata YBhg. Datuk Haji Zainal di majlis tersebut.

NAHAS DUKE: MAIWP BANTU KELUARGA MANGSA

PERHIMPUNAN BULANAN MAIWP

YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar menyampaikan cek kepada Kumpulan Al-Fateh diatas kejayaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif 2014 YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar sedang

menyampaikan ucapan

29 Mei – Seramai 200 orang warga MAIWP hadir ke Perhimpunan Bulanan MAIWP Mei 2015 yang telah diadakan di Dewan Seminar Bangunan Perkim.

YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) MAIWP ketika berucap di majlis tersebut berpesan kepada warga MAIWP untuk meningkatkan kualiti kerja dan komitmen memasuki pertengahan tahun 2015 ini. “Pertengahan tahun ini banyak tugas telah kita laksanakan dengan jayanya. Di harap momentum tersebut dapat dikekalkan sehingga ke penghujung tahun ini,” kata beliau lagi.

Beliau pada majlis tersebut mengingatkan kepada semua warga MAIWP agar bersama-sama membangunkan MAIWP dalam menjaga keperluan ummah khususnya di Wilayah Persekutuan.

Selain itu, sebagai kakitangan kerajaan, beliau menggesa setiap berita yang diterima hendaklah ditapis terlebih dahulu kebenarannya sebelum disebarkan kepada orang ramai.

Seterusnya telah diadakan pada majlis perhimpunan tersebut ialah penyampaian hadiah kepada pasukan boling, Futsal dan pasukan bola sepak MAIWP FC.

Sebagai penutup MAIWP turut mengundang pihak PICOMS Nursing Home Care untuk menyampaikan taklimat kesihatan kepada warga MAIWP. Mereka turut membuka kaunter penerangan dan saringan kesihatan di luar dewan.

bu

letin M

AIW

P | 12

YBhg. Datuk Hj. Zainal Abidin bin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP melawat adik Nur Firuza Amira, anak kepada pasangan mangsa kemalangan jalanraya di DUKE