kalau ini masalah korang, tok cadangkan untuk...

6

Upload: vutram

Post on 13-Mar-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Mungkin ramai yang tak berani beli rumah sebab tak tahu proses dan prosedur yang terlibat.

Sebab terlampau baru, ramai yang tak berani nak bertindak sebab tak tahu selok-

belok membeli rumah pertama.

Takut pula kalau “terkena” nanti. Ya lah, banyak duit boleh lebur kalau tersalah

langkah kan?

Kalau ini masalah korang, Tok cadangkan untuk teruskan bacaan sampai habis.

Tuan Arif Hussin ada kongsikan tutorial membeli rumah secara komprehensif dan

mudah nak hadam. Semoga ia bermanfaat buat korang semua.

Anda dijamin berani bertindak bila dah tahu prosedur ini.

Prosedur beli rumah mungkin asing bagi korang yang bercadang membeli hartanah

pertama.

Membeli hartanah secara amnya, melibatkan 5 langkah:

1. Membuat persediaan pembelian,

2. membuat tawaran,

3. mendapatkan khidmat guaman dan pinjaman,

4. menandatangani perjanjian,

5. Urusan pindah milik.

Mengetahui prosedur adalah penting kerana ianya dapat:

• Membantu anda membuat perancangan, dan

• Mengelakkan kelewatan yang boleh menyebabkan kerugian.

Dalam tutorial kali ini, saya akan berkongsi tentang jangkamasa dan prosedur

membeli hartanah.

Apa yang anda perlu sediakan sebelum membeli rumah?

Korang dah bersedia bersedia untuk membeli rumah, kalau cukup syarat di bawah

ini:

1. Ada 10% tunai dari nilai rumah untuk deposit (30% deposit untuk rumah

ketiga dan seterusnya). Untuk pengeluaran KWSP, kebanyakan pemilik

masih memerlukan korang membayar deposit dahulu & kemudian baru

buat pengeluaran,

2. Ada tunai 4% dari nilai rumah untuk kos guaman dan duti setem,

3. layak buat pinjaman dengan bank atau perunding hartanah,

4. Untuk pinjaman sedia ada (pinjaman peribadi, kad kredit), korang dah

urus bayaran dengan baik dan tak ada sebarang kelewatan,

5. jika berkerja tetap, status perkerjaan korang dah confirm sebagai pekerja

tetap, atau melebihi 6 bulan,

6. dokumen untuk permohonan pinjaman dan guaman lengkap,

7. mesti ada sedikit komitmen. Kalau bersih, tak pernah ada pinjaman, susah

juga bank nak terima. Dapatkan credit card, guna sikit, bayar terus dalam

tempoh grace period yang ditetapkan.

Masuk pula bab surat tawaran.

Setelah memilih hartanah untuk dibeli, korang akan menandatangani surat tawaran.

Korang dinasihatkan supaya meneliti terma-terma dalam surat tawaran tersebut.

Korang juga akan membuat bayaran sebanyak 3% sebagai wang tanda jadi,

atau booking fee dekat agensi hartanah.

Agensi hartanah akan bertindak sebagai pemegang amanah. Ini bagi memastikan

wang diurus dengan selamat dan adil.

Tip elakkan booking fee anda hangus begitu saja.

• Pastikan kita berurusan dengan perunding hartanah berdaftar. Minta

mereka tunjukkan tag & business card,

• Kalau beli terus dengan pemilik, wang tanda jadi dibayar dekat peguam

sebagai pemegang amanah,

• Baca, teliti dan patuh klausa perjanjian (offer to purchase),

• Pastikan kita layak meminjam berkadaran dengan harga rumah. Letak

klausa wang tanda jadi (booking fee) akan dipulangkan kalau pinjaman tak

lulus.

Macam mana nak dapatkan khidmat guaman dan pinjaman perumahan?

Apabila tawaran dipersetujui pemilik, kita perlu mendapatkan pinjaman jika belian

dibuat melalui pembiayaan.

Selain itu, kita juga perlu mendapatkan khidmat guaman untuk mengurus pindah

milik hartanah dan pinjaman.

Untuk kemudahan, kebanyakan ejen hartanah boleh membantu untuk

menghubungkan pembeli dengan peguam dan juga jurubank.

Tip memilih peguam yang ohsem.

Peguam ni ada kepakaran masing-masing.

Seeloknya pilihlah yang berpengalaman dalam mengurus jual beli hartanah.

Jangan tergesa-gesa dalam memilih. Terutama kalau kita pakai pinjaman kerajaan

yang perlukan banyak bantuan dari mereka. Minta pendapat rakan taulan atau

perunding hartanah.

Siapkan dokumen ini sebelum buat pinjaman perumahan.

Untuk mereka yang berkerja tetap, berikut adalah senarai dokumen yang perlu

disediakan untuk memohon pinjaman perumahan dan juga untuk tujuan guaman:

• Salinan kad pengenalan,

• slip gaji 3 bulan,

• bank statement 3 bulan,

• EPF statement dan /atau borang EA,

• dokumen sokongan untuk pendapatan sampingan (sewa, ASB, atau lain-

lain),

• Surat tunjuk minat membeli rumah (surat tawaran / tunjuk minat

/ booking form).

Tiba masa untuk tandatangan surat perjanjian.

Dalam tempoh 14 hari berkerja selepas surat tawaran dipersetujui, anda dan pemilik

akan menandatangani perjanjian jual beli atau Sales and Purchase

Agreement (S&P).

Kita juga perlu membuat bayaran baki 7% kepada peguam. Wang tanda jadi 3%

ditambah dengan baki 7% ini menjadi deposit 10% untuk rumah tersebut.

Proses uruskan pindah milik hartanah jenis pegangan bebas (freehold).

Kemudian, proses pindah milik bermula. Proses ini diurus dengan bantuan peguam

dan perlu diselesaikan dalam tempoh 90 hari.

Bayaran baki 90% harga hartanah juga perlu dibuat oleh kita atau bank dalam

tempoh ini.

Untuk hartanah berstatus hakmilik kekal atau ‘freehold’ tempoh 90 hari ini bermula

dari tarikh perjanjian jual beli.

Apa nak buat kalau hartanah itu bukan jenis pegangan bebas (freehold)?

Ini adalah berbeza untuk hartanah selain freehold. Contohnya hartanah:

• Berstatus hakmilik pajakan (atau leasehold),

• geran induk belum disempurnakan.

Pindah milik untuk hartanah ini perlu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa

negeri atau pemaju.

Proses ini boleh memakan masa antara 1 hingga 6 bulan. Tempoh 90 hari untuk

menyelesaikan pindah milik hanya bermula setelah kebenaran diperoleh.

Apa akan jadi kalau terlewat?

Kalau proses pindah milik dan bayaran 90% baki harga hartanah tak diselesaikan

dalam tempoh 90 hari, pembeli akan diberi tempoh tambahan 30 hari.

Dalam tempoh ini pembeli dikenakan penalti, amnya pada kadar faedah 8%

setahun.

Ambil kunci rumah.

Setelah kesemua proses ini selesai, pembeli akan menerima kunci rumah daripada

pemilik.