kala menulis

18
Definisi Menulis Secara umumnya, menulis merupakan perlakuan menggunakan pen, pensel at sebarang alat tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea mahupun Namun begitu, definisi ini begitu umum dan bersifat mekanikal. Def menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (muka surat 17!", ialah mencatat kata#ka dengan huruf dan memakai pena seperti kalam, kapur , pensel dan Di samping itu, menulis $uga bermaksud melahirkan perasaan (fikiran da dengan catatan yang memakai huruf, membuat surat atau mengarang. Konsep Menulis. K%nsep menulis secara khusus dikaitkan dengan pr%ses penyaluran ilmu, atau maklumat secarabersistem yang mengambil kira aspek tu$uanmenulis, penggunaan bahasa, audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh. &leh yang demikian, ke menulis bukan suatu yang bersifat tetap tetapi mampu membantu ke arah pemah pemikiran terhadap pr%sespenulisan terutama dalam suasanapenga$aran dan pembela$aran di dalam bilik dar$ah c%nt%hnya keupayaan murid menulis perkat ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai $enis penulisan. Dalam pr%ses penga$aran dan pembela$aran, peranan tulisan sangat penting kerana tulisan sebagai alat bagi menurunkan segala isi pela$aran dan mempamerkan sese%rang. 'ulisan berhubung rapatdengan membaca di mana kedua#duanya mementingkan teknik dan akal. embaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tul begitu $uga sebaliknya. Di sek%lah, pela$aran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpis sifatnya malah seharusnya di$alankan serentak atau dalam masa selari. )alau dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi kadangkala kan telah pandai menulis ketika masuk sek%lah. *ni tidaklah merisaukan kerana s mereka menulis mereka $uga membaca.

Upload: loshjaya

Post on 05-Oct-2015

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

guru

TRANSCRIPT

Definisi MenulisSecara umumnya, menulis merupakan perlakuan menggunakan pen, pensel atau sebarang alat tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea mahupun pernyataan. Namun begitu, definisi ini begitu umum dan bersifat mekanikal. Definisi menulis menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (muka surat 1729), ialah mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena seperti kalam, kapur , pensel dan lain-lain. Di samping itu, menulis juga bermaksud melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan catatan yang memakai huruf, membuat surat atau mengarang.Konsep Menulis.Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan bahasa, audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh. Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap tetapi mampu membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contohnya keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca di mana kedua-duanya mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan begitu juga sebaliknya.Di sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya malah seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa selari. Walaupun pada dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi kadangkala kanak- kanak telah pandai menulis ketika masuk sekolah. Ini tidaklah merisaukan kerana sewaktu mereka menulis mereka juga membaca.Fungsi-fungsi Kemahiran Menulis.Ann Raimes (1983 : 3) telah mengemukakan tiga fungsi kemahiran menulis melalui bukunya Techniques In Teaching Writing, iaitu yang pertama merangsang dan memahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata dan perasaan. Yang kedua pula memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai bidang bahasa. Yang terakhir pula ialah memperluaskan pengetahuan, melahirkan idea, dan menggunakan seluruh anggota mekanis (mata, tangan, akal dan lain-lain) untuk merangsang pembelajaran.Tujuan Menulis.Walau bagaimanapun, fungsi kemahiran menulis akan lebih jelas peranannya, apabila fungsi itu dilihat melalui tujuan yang berikut iaitu tujuan serta-merta yang mana tujuannya ialah membina asas menulis yang kukuh untuk membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas. Selain itu, ia membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat m betul dan boleh difahami oleh pembaca. Tambahan pula ia juga membolehkan kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambahkan isi bacaannya. Seperkara lagi ia membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan. Selain itu ia memupuk minat suka menulis atau mengarang dalam kalangan kanak-kanak. Ia juga menambah dan meluaskan pengetahuan kanak-kanak dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan. Yang terakhir pula ia menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan.Terdapat beberapa tujuan menulis secara yang diterangkan secara umum iaitu yang pertama ialah memberi respons. Menulis bertujuan untuk memberikan reaksi terhadap suatu perkara dengan menggunakan bahasa sebagai perantara. Apabila menulis, penulis sering berasakan dirinya dalam situasi terasing seperti perlakuan penulis dengan helaian kertas yang digunakan semasa menulis. Keadaan tersebut menggambarkan penulis melakukan tingkah laku sosial bagi memberikan respons kepada orang lain atau memaparkan persekitaran dan pengalaman yang dilaluinya. Hal ini disebabkan oleh aktiviti menulis sering dilaksanakan dalam situasi dan konteks yang spesifik contohnya penulis menggambarkan keindahan alam atau perwatakan manusia.Di samping itu, penulisan adalah proses menyampaikan buah fikiran, idea, atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentuk grafik. Bentuk grafik tersebut disusun sehingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya .Yang kedua pula ialah komunikasi. Proses komunikasi sememangnya memerlukan hubungan dua hala antara penulis dengan pembaca. Dalam hal ini, penulis akan menulis berita, memo, iklan atau kenyataan untuk dikongsi bersama pembaca dengan berharap agar pembaca dapat memahami mesej yang disampaikan. Mesej tersebut dapat menimbulkan pelbagai reaksi. Komunikasi sehala yang wujud dapat membantu melahirkan idea konstruktif dalam kalangan penulis. Keadaan ini akan menimbulkan suasana perlunya saling memahami antara kedua belah pihak iaitu penulis dan pembaca, selepas masing-masing mentafsirkan tulisan yang ditulis dan dibaca dengan rasional.Yang ketiga pula ialah ekspresi kendiri. Penulisan berbentuk naratif mahupun bukan naratif sebenarnya memberi peluang kepada penulis menyatakan idea, harapan, falsafah hidup atau gambaran imaginasi dalaman yang dapat memberikannya kepuasan serta menimbulkan pelbagai bentuk reaksi daripada pembaca. Dari segi pernyataan personaliti, penulisan yang dihasilkan oleh pelajar sering dapat ditafsirkan oleh guru bagi menggambarkan personaliti pelajarnya.Yang keempat pula ialah sifat sejagat. Dalam penulisan, sifat umum dapat dilihat melalui prosedur penulisan tersebut manakala kesejagatan pula daripada segi bahan yang ditulis. Sifat umum dalam penulisan juga digambarkan dari segi kepentingan menggunakan bahasa yang baik untuk memudahkan pembaca memahami mesej yang disampaikan. Dalam penulisan berita umpamanya, mempunyai mesej yang sama yang dapat ditulis dalam gaya yang berlainan. Penulisan berbentuk fiksyen juga begitu, pengolahan cerita biasanya mempunyai sifat yang sejagat sama ada penghuraian plot, perkembangan watak mahupun peleraian konflik.Yang kelima pula ialah mengikut peraturan. Peraturan yang telah ditetapkan dalam proses menulis adalah bertujuan untuk mengawal penulis supaya dapat menyampaikan mesej dengan lebih tepat dan memberi makna kepada pembaca. Selain itu, peraturan juga dapat menjamin penulisan tidak bersifat bebas sehingga boleh mengakibatkan salah faham terhadap maklumat yang disalurkan melalui tulisan. Keberkesanan peraturan tersebut jelas terdapat dalam penulisan berformat serta penulisan kreatif. Peraturan dan prosedur penulisan adalah penting supaya hasil tulisan itu dapat dipertanggungjawabkan.Yang terakhir pula ialah proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan, kemahiran menulis juga amat penting bagi pelajar untuk dikuasai menerusi pembelajaran secara formal. Kemahiran tersebut memerlukan penulisnya menguasai kaedah yang begitu berkesan supaya penyampaian maklumat dapat disampaikan tanpa sebarang halangan komunikasi. Oleh yang demikian, proses memberikan kefahaman kepada pembaca menjadi lebih baik apabila penulis menunjukkan penguasaan yang mendalam dalam bidang penulisan secara lebih sistematik.KAEDAHKaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedurtersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih. Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran (Mangantar Simanjuntak, 1982:72).Kesesuaian Pendekatan Pengajaran Penulisan RaimesKaedah dan teknik pengajaran dalam bilik darjah amat penting untuk memastikan pelajar dapat memahami dan mengaplikasi hasil daripada pengajaran yang dilaksanakan. Penulisan wacana sekolah menengah juga mempunyai banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi memastikan pelajar dapat menulis dengan baik. Namun, pendapat mengatakan bahawa tidak ada satu pun pendekatan, kaedah, atau teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah kecuali setiap pendekatan, kaedah dan teknik tersebut disesuaikan dengan tajuk penulisan yang hendak diajar.Raimes telah mengemukakan empat pendekatan pengajaran penulisan wacana iaitu Pendekatan Terkawal, Pendekatan Bebas, Pendekatan Komunikatif dan Pendekatan Pola-Perenggan. Terdapat dua pendekatan yang menarik perhatian saya iaitu Pendekatan Terkawal dan Pendekatan Bebas. Saya juga bersetuju dengan pendapat di atas yang mengatakan bahawa tidak ada satu pun pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah kerana setiap guru mempunyai pendekatan yang berbeza untuk menyampaikan sesuatu pelajaran. Selain itu, faktor pelajar juga mendorong guru untuk menggunakan pendekatan yang berlainan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, murid yang berbeza memerlukan pendekatan yang berbeza.Berdasarkan Pendekatan Terkawal yang diperkenalkan oleh Raimes, para pelajar melakukan aktiviti mengikut panduan yang diberikan oleh guru. Pada pendapat saya, pendekatan ini sesuai untuk diaplikasikan kepada pelajar-pelajar yang lemah atau masih belum menguasai sesuatu kemahiran dengan baik. Ini kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pendekatan ini adalah lebih mudah dan akan dapat dilakukan oleh murid-murid yang lemah. Sebagai contoh, murid-murid hanya perlu mengisi tempat kosong dengan perkataan yang diberi untuk melengkapkan sebuah karangan.Sekiranya murid-murid telah menguasai sesuatu kemahiran dengan lebih baik, kelonggaran akan diberikan kepada murid-murid tersebut untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar. Ini bermakna murid-murid tersebut mempunyai sedikit kebebasan untuk menjalankan aktiviti mengikut daya pemikiran atau kemampuan mereka tetapi masih dikawal oleh guru. Sebagai contoh, jika pada peringkat awal murid-murid hanya mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai untuk melengkapkan karangan, pada peringkat ini murid-murid akan melengkapkan ayat dengan menggunakan frasa yang diberi. Ini menunjukkan bahawa pada peringkat ini latihan yang diberi adalah lebih mencabar berbanding dengan peringkat awal.Jelas kepada kita bahawa Pendekatan Terkawal memulakan proses pengajaran daripada mudah kepada perkara yang lebih susah atau daripada konkrit kepada abstrak. Pendekatan ini memang sesuai untuk murid-murid yang lemah seterusnya dapat memberi motivasi kepada mereka untuk terus belajar kerana aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian dengan kebolehan mereka. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang agak sukar dan tidak sesuai dengan kebolehan murid-murid akan mematahkan semangat mereka untuk terus belajar. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan untuk memberi bimbingan kepada para pelajar sama ada secara kelas, kumpulan atau individu agar mereka tidak mudah berasa jemu atau memudahkan mereka untuk menyiapkan sesuatu tugasan.Dengan menggunakan Pendekatan Terkawal, para pelajar akan diberi panduan dan bimbingan sepenuhnya. Jadi, mereka akan dapat belajar tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahan-bahan yang diberi oleh guru sebagai contoh untuk melaksanakan tugasan yang baru. Misalnya, jika guru memberi lembaran kerja yang mengandungi format surat rasmi untuk dilengkapkan oleh murid-murid, mereka akan dapat menjadikan format surat rasmi tersebut sebagai contoh untuk menulis surat rasmi yang lain dengan tajuk yang berbeza. Jadi, mereka akan dapat mempelajari sesuatu perkara berdasarkan contoh yang diberi tanpa melakukan banyak kesalahan. Berdasarkan pengalaman, para pelajar yang lemah biasanya tidak mampu untuk berfikir secara mendalam tentang sesuatu perkara dan tidak dapat mengemukakan pendapat atau idea yang berkaitan dengan sesuatu tajuk tanpa bantuan atau bimbingan daripada guru. Mereka juga agak malas untuk berfikir. Kadangkala mereka akan mengemukakan pendapat atau pandangan yang tidak logik atau tidak berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan untuk menggalakkan para pelajar mengemukakan pendapat dengan memberi gambaran tentang sesuatu perkara atau tajuk yang dibincangkan. Dengan ini, mereka akan berasa lebih yakin untuk memberikan pendapat dan sudah pasti pendapat atau idea yang dikemukakan tidak akan terpesong. Berdasarkan keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa Pendekatan Terkawal yang diperkenalkan oleh Raimes ini sesuai diaplikasikan kepada pelajar-pelajar yang lemah. Ini kerana mereka agak pasif dan masih belum menguasai sesuatu kemahiran dengan baik. Dengan adanya bimbingan dan latihan yang berterusan, murid-murid pasti akan dapat menguasai sesuatu kemahiran itu sedikit demi sedikit. Pendekatan ini tentu sekali tidak sesuai untuk diaplikasikan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang kerana mereka lebih aktif, berfikiran terbuka dan mampu mengemukakan pendapat mereka berdasarkan sesuatu tajuk yang dibincangkan. Jadi, pendekatan ini tidak sesuai untuk mereka kerana akan membataskan pemikiran mereka dan membuatkan mereka berasa terkongkong. Pendekatan yang lebih sesuai perlu digunakan untuk murid-murid yang aktif.Satu lagi pendekatan pengajaran penulisan Raimes yang saya pilih ialah Pendekatan Bebas. Pendekatan Bebas sesuai digunakan untuk mengajar murid-murid yang aktif dan telah menguasai kemahiran bahasa dengan baik. Melalui pendekatan ini, murid-murid diberi kebebasan untuk mengemukakan idea atau pendapat tentang isu-isu atau tajuk yang dibincangkan. Pendekatan ini dapat meningkatkan daya imaginasi dan pemikiran pelajar agar mereka berfikir dengan lebih kreatif dan kritis. Pelajar juga akan dapat menggunakan pengetahuan sedia ada mereka untuk mengemukakan pendapat yang bernas atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Ini akan mendorong murid-murid supaya rajin membaca dan mencari maklumat untuk menambahkan pengetahuan mereka.Jenis-jenis Kemahiran MenulisTerdapat dua jenis kemahiran yang perlu dikuasai dalam menyampaikan pengajaran kemahiran menulis iaitu kemahiran menulis secara mekanis dan kemahiran menulis untuk pelahiran (mental).Kemahiran Menulis Secara MekanisKemahiran menulis secara mekanis merupakan kemahiran menulis secara peringkat awal yang perlu dikuasai agar para pelajar dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf adalah penting untuk memberi latihan dan pengalaman asas agar pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran selanjutnya seperti menulis suku kata, rangkai kata dan sebagainya.Kebolehan menulis dalam kalangan kanak-kanak timbul daripada keinginan mereka untuk menyatakan sesuatu melalui perantaraan tulisan. Sebelum mereka dapat berbuat demikian dengan cara yang dapat difahami oleh orang lain, mereka perlu menguasai mekanik tulisan itu dahulu. Keinginan tersebut haruslah digunakan sebagai pemangkin semangat untuk belajar menulis.Kematangan urat saraf dan urat daging adalah diperlukan bagi mengawal jari dan tangan, seterusnya kematangan tersebut perlu untuk penyelarasan antara mata dan tangan. Contengan merupakan asas bagi kebolehan menulis kerana semasa kanak-kanak mempelajari fungsi lambang huruf (tulisan) sebagai mewakili bunyi suara (bahasa), mereka dapat membezakan bentuk-bentuk huruf yang digunakan dalam bacaan. Kemudian, daripada latihan contengan tersebut mereka dapat meniru huruf yang dilihat dalam bacaan mereka.Peringkat-peringkat Kemahiran Menulis.Kemahiran menulis sememangnya perlu diajar kepada kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat tertentu supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif iaitu Peringkat Pra menulis (Persediaan). Peringkat pra menulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Ketika tempoh ini, latihan otot-otot, tangan, dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi pendedahan kepada murid-murid sejak dari awal lagi.Berdasarkan kajian Wilma dan David Debitt (1978), konsep peringkat pra menulis adalah berdasarkan aspek berikut yang pertama melampiaskan otak isi atau idea sesuatu tajuk. Yang kedua pula perbincangan. Yang ketiga pula ialah membuat pembacaan dan rujukan. Yang keempat pula ialah membuat rangka dasar. Yang kelima pula ialah mencari pendekatan yang sesuai. Bagi membolehkan murid-murid menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan mestilah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pra menulis yang berbentuk bebas.Latihan-latihan pra menulis menitikberatkan perkara-perkara berikut iaitu melakukan latihan-latihan pergerakan tangan. Selain itu menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Tambahan pula melakukan latihan-latihan pergerakan mata. Yang terakhir pula ialah melakukan latihan-latihan koordinasi tangan dan mata.Yang kedua ialah peringkat asas menulis (Mekanis). Selepas murid-murid menjalankan latihan pra menulis, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, seterusnya mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan. Peringkat ini dijalankan secara serentak dengan pengajaran bacaan murid-murid. Mereka diperkenalkan dengan lambang-lambang huruf yang bersesuaian dengan gambar dan seterusnya menulis ayat pendek. Semasa menulis, pelajar digalakkan menyebut huruf dan membaca perkataan tersebut.Pada peringkat awal, dicadangkan agar murid-murid membentuk huruf di atas kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan, barulah mereka dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan yang harus bermula daripada garisan yang lebar hingga kepada lembaran satu garis.Semasa menyampaikan kemahiran-kemahiran yang telah dinyatakan di atas, guru haruslah memberi perhatian terhadap beberapa perkara iaitu yang pertama anak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf-huruf dengan menggunakan gambar. Yang kedua sebelum dilatih menulis, baik juga diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-urat daging kanak-kanak. Yang ketiga kanak-kanak menulis dengan mengeja dan menyebut nama-nama huruf. Yang keempat menggunakan kertas, mula-mula tidak bergaris kemudian barulah menggunakan buku yang bergaris. Yang kelima setelah kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik, seterusnya mereka boleh dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai.Aktiviti-aktiviti yang perlu ditekankan dalam melatih murid-murid semasa peringkat asas menulis adalah seperti berikut yang pertama menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan. Yang kedua menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan. Yang ketiga memadankan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna.Yang keempat menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan. Yang kelima menyalin ayat-ayat mudah dan sebagainya.Yang ketiga ialah peringkat menulis untuk pelahiran. Setelah peringkat asas menulis telah dikuasai oleh murid-murid, mereka seharusnya digalakkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis. Kaedah-kaedah yang dicadangkan adalah bermula daripada yang terkawal iaitu berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong, melengkapkan ayat-ayat dan perenggan sehingga murid-murid itu boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan.

Contoh-contoh aktiviti yang sesuai dijalankan adalah seperti berikut . Yang pertama mengisi teka silang kata. Yang kedua pula ialah mengisi tempat kosong dalam ayat. Yang ketiga melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai. Yang keempat ialah menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi. Yang kelima memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai. Yang keenam membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita. Yang ketujuh pula ialah menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan. Yang kelapan menulis jawapan-jawapan kefahaman. Yang kesembilan menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan. Yang terakhir ialah menulis karangan daripada tajuk yang disediakan dan sebagainya. (rujuk sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah di bahagian lampiran).Prinsip-prinsip Kemahiran Menulis.Kemahiran menulis seharusnya diajar dengan prinsip yang betul dan sesuai agar pengajaran untuk menguasai kemahiran tersebut lebih efektif. Prinsip-prinsip kemahiran menulis yang boleh dijadikan garis panduan melakukan latihan menulis adalah seperti berikut latihan imlak mestilah diberi penegasan wajar kerana ia memberi latihan bertulis yang berguna kepada pelajar dengan memerlukan mereka menyalin dengan tepat sesuatu yang telah dibaca oleh guru.ii. Latihan yang mencukupi perlu dijalankan untuk membolehkan pelajar membuat ayat-ayat yang betul untuk melahirkan fikiran dan perasaan tertentu.

Pelajar mesti diberi latihan yang memadai untuk menulis perenggan yang terdiri daripada urutan ayat yang teratur dan logik. Penulisan karangan pada peringkat awal (menengah rendah) mestilah bersifat terpimpin atau terkawal dalam erti kata guru memberi bantuan dari segi perbendaharaan kata dan/atau kandungan. Guru mestilah menitikberatkan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar termasuk kesalahan ejaan, tanda bacaan dan imbuhan. Untuk membolehkan pelajar mengenal hasil penulisan yang bermutu tinggi, guru patutlah mendedahkan mereka kepada karya penulisan yang baik daripada pelbagai sumber termasuk bahan yang ditulis oleh rakan sebaya.

Terdapat beberapa pendekatan yang boleh dipilih oleh guru untuk meningkatkan para pelajar untuk melibatkan diri dalam penagajaran dan pembelajaran dengan aktif dan berkesan.

Pendekatan berpusatkan muridPendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran.Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan dan pengayaan merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu.Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.

Pendekatan berpusatkan bahanDalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting. Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani. Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas.

Pendekatan berasaskan projekDalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.

Pendekatan berasaskan masalahPengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang guru secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh mendorong minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran berbahasa untuk menyelesaikan masalah.Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan menentukan tugasan untuk menyelesaikan masalah.

Pembelajaran berasaskan aktivitiMelalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian minat dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah.

Pembelajaran berasaskan situasionalPendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-gambar dan bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.Guru hanya bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapat menciptakan struktur bahasa sasaran dan kemudian mengemukakan contoh-contoh untuk diikuti secara berulang untuk mengukuhkan pembelajaran.

Pembelajaran berasaskan permainanDalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolah-olah hidup dengan permainan-permainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami sendiri aktiviti permainan yang dilaksanakan.Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui permainan yang disediakan dengan menarik dan berkesan. Murid-murid dapat berkomunikasi dengan berkesan dan melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa dan aksi

Cara untuk Meningkatkan Kemahiran MenulisPeranan guru amat penting dalam membimbing murid-murid untuk menguasai kemahiran menulis. Kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar yang pertama latihan imlak (dictation) di mana pelajar dikehendaki menyalin dengan betul ayat atau perenggan yang dipilih. Latihan menyempurnakan ayat atau urutan ayat dengan perkataan/frasa yang paling sesuai dan tepat. Latihan menyusun semula bahagian-bahagian ayat supaya menjadi ayat yang betul tatabahasanya. Latihan mengatur semula sebilangan ayat supaya menjadi satu perenggan yang tersusun dan logik. Penulisan karangan bergambar sama ada berdasarkan sebuah gambar atau satu gambar bersiri.

Penulisan surat biasa kepada ahli keluarga dan sahabat. Penulisan surat biasa kepada guru, jabatan kerajaan, dan syarikat untuk pelbagai tujuan. Penulisan notis, ucapan, mesej, kad jemputan, dan sebagainya. Latihan mengenal pasti dan membetulkan kesalahan (termasuk perbendaharaan kata, ejaan, tanda bacaan, imbuhan) dalam sebuah karangan. Menulis rangka karangan yang tajuknya telah diberi. Menulis karangan berformat (laporan, perbahasan, syarahan, ceramah, dan sebagainya) berdasarkan tugas yang diberi. Menilai suatu karangan dari segi kekuatan dan kelemahannya. Mengenal teknik-teknik untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik termasuk teknik membuat pendahuluan, huraian dan kesimpulan. Membuat rumusan daripada pelbagai bahan prosa. Menterjemahkan petikan daripada bahasa tertentu ke bahasa Malaysia tanpa menjejaskan makna asalnya.TEKNIK

DefinisiMenurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Teknik Latih - TubiTeknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu. Ia boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini murid akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.

Teknik SimulasiSimulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Selain itu, ia juga dapat memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran menulis. Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Teknik Main PerananMain peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada murid-murid lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

Teknik SumbangsaranTeknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Teknik ini boleh diaplikasikan sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional. Teknik ini juga menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.

Model Pengajaran PenulisanModel Pengajaran Penulisan Kaedah Bergambar dan CartaPenggunaan kaedah ini bermaksud penulisan yang dihasilkan adalah dengan berasaskan gambar yang dilihat dan ditunjukkan. Kebiasaannya, gambar bersiri akan digunakan sebagai bahan bantu mengajar dan peristiwa yang terdapat dalam gambar-gambar itu akan dijadikan bahan penulisan. Namun begitu, kaedah ini juga dapat dilaksanakan menerusi teknik penyampaian dengan menggunakan slaid. Teknik slaid lebih menarik dan dapat menimbulkan minat pelajar kerana menyeronokkan, ditambah lagi dengan iringan irama muzik yang bersesuaian, umpamanya pertunjukan slaid tentang kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan. Namun, teknik slaid memerlukan peralatan yang tertentu. Jika menggunakan teknik ini, pelajar mesti mempunyai daya ingatan yang kuat untuk mengingati gambar-gambar slaid yang telah ditonton.Dalam menggunakan kaedah bergambar, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti dalam menyampaikan pengajaran, iaitu yang pertama gambar yang digunakan mestilah sesuai sebagai bahan bantu mengajar dan tahap peringkat pelajar, disamping tidak mengenepikan aspek kualiti gambar. Yang kedua, guru mengarahkan pelajar meneliti gambar yang disediakan dan memikirkan perkara-perkara yang dapat diperkatakan mengenainya. Yang ketiga pula ialah pelajar disuruh mencatat idea atau isi penting yang hendak diperkatakan berdasarkan gambar yang dilihat. Yang keempat pula ialah aktiviti sumbang saran dapat dijalankan, iaitu pelajar diberikan peluang menyuarakan pendapat dan idea mereka secara lisan dan kemudian guru menulisnya pada papan tulis, sambil menyemak kegramatisan ayat-ayat yang diutarakan.

Yang seterusnya ialah guru mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar tentang isi-isi yang diberikan dan membuat rumusan tentang penyusunan isi-isi penting dan yang terakhirnya ialah pelajar menulis dengan berlandaskan perbincangan yang telah dilakukan. Sementara itu, teknik carta aliran bermaksud guru mengedarkan atau menunjukkan sebuah carta aliran berdasarkan proses-proses penghasilan sesuatu bahan atau produk. Teknik carta aliran agak bersistematik mengikut kronologi peristiwa. Teknik ini ada persamaan dengan teknik gambar bersiri, bahawasanya setiap proses itu digantikan dengan frasa-frasa yang menceritakan secara ringkas apa-apa yang berlaku pada setiap peringkat yang dipaparkan dalam carta.PenutupTugasan ini memberi penekanan kepada pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran khususnya dalam aspek pengajaran penulisan. Setelah melaksanakan tugasan ini, saya lebih memahami tentang pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sepatutnya diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengetahuan guru-guru tentang pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran sangat penting untuk membolehkannya melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan lebih menarik dan berkesan.Semua guru sepatutnya mengenal pasti tahap pencapaian pelajar mereka untuk memudahkan mereka merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sesungguhnya, pengetahuan tentang pendekatan, kaedah dan teknik serta pengaplikasiannya oleh guru-guru di dalam bilik darjah akan memberikan kesan yang positif kepada para pelajar seterusnya akan dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang akademik. Kesimpulannya, guru-guru perlu menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran demi kebaikan dan kejayaan para pelajar.RUJUKAN

Tuan Jah Tuan Yusof PHD.(2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Adenan Ayob,Khairuddin Mohamad.(2012).Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Faridah Nazir.(2011)Kurikurum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor: Open University Malaysia.

Dr.Ali Mahmood,Mashudi Bahari,Lokman Abd Wahid.(2011).Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu.Selangor: Open University Malaysia.Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar

bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Kamarudin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.Raminah Hj. Sabran. (1993). Kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Raminah Sabran & Rahim Syam. (1985). Kaedah pengajaran bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti.Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (2001). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.RUJUKAN INTERNET

Institut Pendidikan Guru.2011.Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.(atas talian).www.imsipda.net//BMM3117_kaedah_pengajaran_bahasa_SR.pdf(27Mac 2013).