kajian tindakan siti mariam

3
UNIT PENGURUSAN AKADEMIK PEJABAT PELAJARAN DAERAH SAMARAHAN Samarahan, Sarawak. KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2011 TAJUK Meningkatkan penguasaan huruf vokal bagi 10 orang murid LINUS TEGAR Tahun 1 di SK Kampung Baru melalui Program “KeKal (Kenali Vokal)” OLEH Siti Mariam Bt Sulaiman

Upload: siti-mariam-sulaiman

Post on 05-Jul-2015

872 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

PEJABAT PELAJARAN DAERAH SAMARAHAN

Samarahan, Sarawak.

KERTAS CADANGANKAJIAN TINDAKAN

2011

TAJUK

Meningkatkan penguasaan huruf vokal bagi 10 orang murid LINUS

TEGAR Tahun 1 di SK Kampung Baru melalui Program “KeKal

(Kenali Vokal)”

OLEH

Siti Mariam Bt Sulaiman

Tajuk:

Meningkatkan penguasaan huruf vokal bagi 10 orang murid LINUS TEGAR Tahun 1 di SK Kampung Baru melalui Program “KeKal (Kenali Vokal)”

Refleksi pengajaran yang lalu:

Berdasarkan keputusan Saringan 1 Program LINUS, saya mendapati terdapat 10 orang murid Tahun 1 di SK Kampung Baru yang belum menguasai abjad hasil proses pengajaran & pembelajaran guru selama ini yang bersifat konvensional. Saya hairan mengapa perkara ini masih terjadi sedangkan murid-murid tersebut mempunyai pengalaman persekolahan selama 1 tahun di prasekolah. Antara masalah yang dihadapi oleh murid-murid tersebut ialah menyebut, mengenal, menulis abjad atau gabungan mana-mana kemahiran tersebut.

Apabila saya melaksanakan saringan lisan kepada salah seorang murid tersebut, saya dapati dia tidak dapat menyebut abjad yang ditunjukkan dan hanya terdiam. Ada juga murid yang menjawab dengan salah walaupun diminta mencuba berkali-kali. Selain daripada masalah mengenal abjad secara lisan, ada juga dalam kalangan murid tersebut tidak dapat menulis abjad dengan betul di dalam saringan menulis. Saya bertanya kepada murid-murid tersebut kenapa mereka masih tidak dapat mengenal abjad dan jawapan yang mereka berikan mudah sahaja iaitu “saya tidak tahu”. Apabila ditanya kenapa tidak tahu, mereka jawab “saya tidak suka”. Saya bertanya lagi, kenapa tidak suka dan murid menjawab “belajar abjad tidak seronok”. Daripada jawapan yang diberikan, saya menyedari bahawa terdapat sebilangan murid saya tidak dapat menerima kaedah pengajaran yang saya gunakan selama ini iaitu bersifat konvensional.

Adakah kaedah pengajaran saya selama ini kurang berkesan? Bagaimana saya boleh mewujudkan suasana “learning is fun” kepada murid-murid yang lemah ini. Bagaimana saya boleh menarik minat murid untuk menyebut, mengenal dan menulis abjad dengan kaedah pengajaran yang lain? Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah ini saya bercadang untuk menjalankan suatu kajian tindakan yang dapat menyelesaikan masalah penguasaan murid terhadap menyebut, mengenal dan menulis abjad melalui kaedah pengajaran yang bersifat “learning is fun”.

Fokus kajian

Walaupun murid-murid masih belum dapat menyebut, mengenal dan menulis kesemua 26 abjad, diperingkat awal kajian ini, saya hanya akan memfokuskan kepada huruf-huruf vokal sahaja. Murid-murid akan diperkenalkan dengan huruf a, e , i, o dan u melalui pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik seperti permainan dan nyanyian. Aktiviti-aktiviti ini merangkumi kemahiran menyebut, mengenal dan menulis abjad.