kajian tindakan siti marliyana

184
KAEDAH ‘CECITE’ UNTUK PENGUASAAN TUMPUAN MURID SEMASA PENGAJARAN TUNJANG SAINS PRASEKOLAH SITI MARLIYANA BINTI LATIP Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Prasekolah INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN i

Upload: saranya-kaliappan

Post on 12-Dec-2015

274 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

kajian

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan Siti Marliyana

KAEDAH ‘CECITE’ UNTUK PENGUASAAN TUMPUAN MURID SEMASA

PENGAJARAN TUNJANG SAINS PRASEKOLAH

SITI MARLIYANA BINTI LATIP

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Prasekolah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

i

Page 2: Kajian Tindakan Siti Marliyana

SEPTEMBER 2011

ABSTRACT

The focus of students in the classroom is an important aspect that needs to be addressed by all teachers when they teach. When students do not focus on teaching sessions, teachers will be unable to control the class well. In addition, it leads to problems of other disciplines such as disrupting a friend, make noise and so on. This problem should be, prevented by not only by using common methods and skills such as advice, scold, but also using the method that involved all of the teachers and students. This study was carried out to increase the focus on pre-school students in the classroom during the teaching of Science cord implemented by teachers. The study included a total of 11 pre-school students at Sekolah Kebangsaan Kuala Tembeling, in Jerantut, Pahang. Researchers have been using storytelling as a step to overcome the problem. This method requires the teacher conducting lessons by telling stories. The stories are about the topic of instruction to be taught. The findings from this study found that all respondents have been paying attention when the teacher teaches using storytelling methods based on the increase in scores from the beginning to the end of observation, interviews with preschool teachers and video recordings that have been taken. A change has been observed compared to the previous regular teaching sessions. In conclusion, storytelling is highly efficient method to being used during teach students because it is able to improve their concentration during the pre-school teaching of Science cord. Researchers suggest this method be applied to Special Education students who have hyperactivity.

ii

Page 3: Kajian Tindakan Siti Marliyana

ABSTRAK

Tumpuan murid di dalam kelas adalah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh semua guru ketika mereka mengajar. Apabila murid tidak memberikan tumpuan dalam sesi pengajaran, guru akan dianggap tidak dapat mengawal kelas dengan baik. Selain itu, ia mendorong kepada masalah-masalah disiplin yang lain seperti menganggu rakan, membuat bising dan sebagainya. Justeru itu, wajarlah agar masalah tumpuan murid ini dibendung bukan dengan menggunakan kaedah biasa sepeti teguran dan dendaan tetapi menggunakan kaedah yang meliputi semua pihak iaitu guru dan murid. Kajian ini telah dijalankan untuk meningkatkan tumpuan murid prasekolah di dalam bilik darjah semasa pengajaran tunjang Sains yang dilaksanakan oleh guru. Kajian ini melibatkan seramai 11 orang murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang. Penyelidik telah menggunakan kaedah penceritaan sebagai satu langkah bagi mengatasi masalah yang berlaku. Kaedah ini memerlukan guru menjalankan pengajaran dengan cara bercerita. Cerita yang disampaikan adalah mengenai tajuk pengajaran yang ingin diajar. Hasil dapatan dari kajian ini mendapati bahawa semua responden telah memberikan perhatian ketika guru mengajar dengan menggunakan kaedah bercerita berdasarkan kepada peningkatan skor dari pemerhatian awal ke akhir, temubual bersama guru prasekolah dan rakaman video yang telah diambil. Satu perubahan telah diperhatikan berbanding sesi pengajaran biasa sebelumnya. Kesimpulannya, kaedah bercerita sangat berkesan untuk digunakan kepada murid kerana ia mampu untuk meningkatkan tahap tumpuan mereka semasa pengajaran tunjang Sains di prasekolah. Penyelidik mengesyorkan kaedah ini diaplikasikan untuk murid Pendidikan Khas yang mengalami hiperaktif.

iii

Page 4: Kajian Tindakan Siti Marliyana

“ Saya akui bahawa telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan saya

karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Perguruan Prasekolah “

Tandatangan :

Nama Penyelia :

Tarikh :

iv

Page 5: Kajian Tindakan Siti Marliyana

“ Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya “

Tandatangan :

Nama Penulis :

Tarikh :

v

Page 6: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Untuk ayah, Latip bin Md Said

Untuk mak, Asmah binti Ab Rahman

Siti Murnira, Siti Maizan dan Muhammad Akmal

Terima kasih atas segalanya

vi

Page 7: Kajian Tindakan Siti Marliyana

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada

pensyarah Penyelidikan Tindakan, Dr Mohamad Azhar bin Mat Ali atas segala

bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan ini. Jutaan terima

kasih diucapkan kepada beliau. Juga ribuan terima kasih untuk penyelia bagi

penyelidikan tindakan ini iaitu En Che Lah bin Che Mamat yang telah memberikan

kerjasama yang sangat baik dalam usaha menambahbaik penyelidikan tindakan ini.

Penghargaan kepada warga Sekolah Kebangsaan Kuala Tembeling

khususnya unit prasekolah. Ucapan terima kasih kepada guru prasekolah, Pn Safinaz

binti Mohamed Zainudin, Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah, Pn Hidayu binti

Abu dan semua murid prasekolah. Penghargaan juga turut diberikan kepada Guru

Besar, pihak pentadbiran sekolah, guru-guru, para pekerja dan semua murid Sekolah

Kebangsaan Kuala Tembeling.

Penyelidik turut berterima kasih kepada staf-staf di perpustakaan Institut

Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan yang telah banyak memberikan

kerjasama. Seterusnya kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak

langsung bagi membantu menjayakan penyelidikan ini, terima kasih atas kerjasama dan

sumbangan yang diberikan.

vii

Page 8: Kajian Tindakan Siti Marliyana

SENARAI JADUAL

Bab Jadual Muka

Surat

4 4.1 Senarai Nama Responden 27

5 5.1 Jadual Pelaksanaan Tindakan Minggu Pertama 28

5.2 Jadual Pelaksanaan Tindakan Minggu Kedua 30

5.3 Jadual Pelaksanaan Tindakan Minggu Ketiga 32

5.4 Jadual Pelaksanaan Tindakan Minggu Keempat 34

6 6.1 Kriteria Pemilihan Skor 41

7 7.1 Senarai Semak Keseluruhan Pemerhatian Awal 45

7.2 Sisihan Piawai Bagi Skor Pemerhatian Awal Dan

Akhir

50

7.3 Data Temubual Bersama Responden (soalan 1) 52

7.4 Data Temubual Bersama Guru dan PPM Prasekolah 54

7.5 Catatan Lapangan Analisis Rakaman Video (tumpuan) 55

7.6 Analisis Senarai Semak Pemerhatian (tumpuan) 56

7.7 Catatan Lapangan Analisis Rakaman Video (reaksi) 58

7.8 Data Temubual Bersama Responden (soalan 2) 59

7.9 Analisis Senarai Semak Pemerhatian (tingkah laku) 60

7.10 Analisis Senarai Semak Pemerhatian (penyampaian cerita)

61

7.11 Data Temubual Bersama Guru dan PPM Prasekolah 62

1

Page 9: Kajian Tindakan Siti Marliyana

SENARAI RAJAH

Bab Rajah Muka

Surat

5 5.2 Prosedur Tindakan Berdasarkan Model Kurt Lewin 1946 37

7 7.1 Peratus Skor Murid Dalam Skor Pemerhatian Awal 47

7.2 Skor Responden Semasa Pemerhatian Awal Dan Pemerhatian Akhir

48

7.3 Min Skor Bagi Pemerhatian Awal Dan Pemerhatian Akhir 49

7.4 Gambar Foto Pemerhatian Awal 51

7.5 Gambar Foto Pemerhatian Akhir 51

7.6 Peratus Responden Mengikut Jawapan (soalan 1) 54

7.7 Peratus Responden Mengikut Jawapan (soalan 2) 62

SENARAI LAMPIRAN

2

Page 10: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Lampiran

I Gambar Foto Pemerhatian Awal

II Gambar Foto Pemerhatian Akhir

III Senarai Semak Pemerhatian Awal

IV Senarai Semak Pemerhatian Akhir

V Transkripsi Temubual Bersama Responden

VI Transkripsi Temubual Bersama Guru Prasekolah

VII Transkripsi Temubual Bersama Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah

VIII Contoh Cerita Yang Digunakan

IX Borang Kolaborasi Penyelidikan

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

3

Page 11: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Pendidikan Prasekolah adalah suatu program pembelajaran yang diberikan kepada

kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun di kebanyakan sekolah rendah di Malaysia. Ia

juga sinonim dengan panggilan ‘kindergarten’, ‘nursery’ dan ‘preschool’ di negara

barat.

…”Pendidikan prasekolah ini adalah bertujuan untuk

memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dalam

aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran

pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang

menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Pendidikan Prasekolah berfokus

kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang

menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak. Melalui proses

pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh

konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan

pembelajaran di sekolah rendah kelak”.

( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009)

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan suatu elemen yang

penting untuk menyampai dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Pengajaran yang

berkesan dilihat sebagai suatu proses penyampaian maklumat dan memberikan

pengalaman yang akan mengubah tingkah laku seorang murid secara kekal. Perubahan

tingkah laku seseorang murid dapat dilihat dari segi kefahaman dan kemahiran yang

4

Page 12: Kajian Tindakan Siti Marliyana

mereka perolehi semasa sesi pengajaran berlaku ataupun semasa membuat latihan yang

diberikan oleh guru (Siti Atiqah Sharudin, 2008). Justeru itu adalah penting untuk

seseorang guru menjalankan sesi pengajaran yang efisyen ke atas murid. Ia adalah

cabaran untuk seorang guru prasekolah untuk memberikan pengajaran kepada kanak-

kanak yang masih belum dapat berfikir dengan sendiri.

Pengajaran tunjang Sains di Prasekolah adalah suatu pengajaran yang

berkisar tentang ilmu-ilmu mengenai Kemahiran Saintifik, Alam Hidupan, Alam Bahan

dan Alam Fizikal. Kandungan bagi setiap bahagian telah diperincikan mengikut

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Proses pengajaran bahagian-

bahagian ini perlulah dilakukan dengan teliti memandangkan ia merupakan suatu

bidang yang agak mencabar untuk seorang kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun.

Ia merupakan suatu cabaran untuk mereka kerana seawal usia ini mereka sudah perlu

untuk memahami ukuran asas, konsep tumbuhan dan haiwan, proses kejadian cuaca dan

kepelbagaian dalam alam bahan seperti konsep tenggelam dan timbul, penyerapan air

oleh bahan dan sebagainya.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Melalui pengalaman pengkaji ketika menjalani praktikum di Sekolah

Kebangsaan Kuala Tembeling, Jerantut Pahang, pengkaji mendapati bahawa murid-

murid di prasekolah ini sukar atau kurang memberikan tumpuan ketika pengajaran

tunjang Sains dijalankan oleh guru. Hanya segelintir dari mereka yang mendengar isi

pengajaran guru manakala murid-murid yang lain banyak bercakap sesama mereka.

5

Page 13: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Pengkaji telah menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Kuala

Tembeling. Daripada pengalaman P&P semasa praktikum ini, pengkaji telah mengesan

satu masalah di kalangan murid-murid iaitu mereka kurang memberikan tumpuan ketika

guru mengajar tunjang Sains di dalam kelas. Sebagai contoh, pengkaji telah mengajar

tentang konsep bahan yang menyerap air dan bahan yang tidak menyerap air. Pengkaji

telah menggunakan kaedah penerangan lisan disertakan dengan penggunaan bahan

maujud. Pengkaji meminta semua murid untuk duduk di dalam bulatan. Pengkaji pula

duduk di tengah-tengah bulatan. Pengkaji memberikan penerangan mengenai konsep

bahan yang menyerap air dan tidak menyerap air dengan dibantu oleh sebuah bekas

berisi air dan bahan-bahan seperti kapas, kertas, plastik dan span pencuci. Pengkaji

berasa kecewa apabila ada murid yang bercakap-cakap sesama rakan mereka dan tidak

menumpukan perhatian mereka terhadap apa yang saya lakukan.

Pengkaji memilih masalah tumpuan murid untuk dijadikan masalah dalam

kajian adalah kerana tumpuan murid di dalam bilik darjah adalah satu perkara paling

utama yang perlu diambil kira oleh semua guru semasa mereka mengajar. Sekiranya

mereka mencurahkan ilmu sebanyak mana pun, jika murid tidak menumpukan perhatian

semasa guru mengajar, ia akan menjadi satu perbuatan yang sia-sia. Apabila murid tidak

menumpukan perhatian dengan baik semasa pengajaran maka mereka juga tidak dapat

menjawab dengan baik soalan yang diberikan oleh guru berkaitan isi pengajaran.

Pengkaji juga berasa bimbang sekiranya murid-murid ini masih lagi tidak dapat

menguasai konsep asas Sains di prasekolah lantaran kurang penumpuan semasa sesi

pengajaran di dalam kelas.

6

Page 14: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Pengkaji merasakan masalah yang berlaku ini boleh memberikan kesan

kepada pembelajaran murid. Murid yang tidak memberikan tumpuan boleh

menyebabkan mereka tidak memahami apa yang telah diajari oleh guru. Ini

mengakibatkan prestasi pelajaran mereka akan menurun. Selain itu, suasana yang

berlaku ini menyebabkan guru tidak dapat mengawal murid-muridnya dengan sempurna

kerana menumpukan kepada 2 perkara dalam satu masa iaitu mengajar dan

menguruskan murid yang tidak memberikan tumpuan. Berdasarkan kepada pemerhatian

yang telah dijalankan, guru kerap menggunakan masa untuk mengajar bagi mengawal

murid supaya diam dan tidak menganggu rakan.

Menurut Hasmizi Abdul Hamid (2011) prinsip-prinsip dalam kemahiran

menerang ialah menggunakan kemahiran variasi rangsangan terutama untuk penerangan

yang memerlukan masa melebihi satu minit. Maka guru perlu mencari satu pendekatan

yang dapat membantu penerangan mereka supaya lebih berkesan. Berdasarkan kepada

kenyataan ini, pengkaji telah memilih satu langkah intervensi yang sesuai untuk

mengatasi masalah yang berlaku ini iaitu dengan menggunakan kaedah bercerita

sebagai satu cara untuk mengekalkan tumpuan murid ke tahap yang lebih tinggi.

Tumpuan murid di dalam kelas mempengaruhi sistem kawalan dalam

sesebuah kelas. Murid yang tidak memberikan perhatian di dalam kelas akan membawa

kepada satu suasana yang akan dipandang negatif oleh orang lain. Ia sekaligus

memberikan gambaran bahawa guru tidak mampu mengawal muridnya. Sebaliknya

sekiranya murid sentiasa mendengar arahan dan memberikan tumpuan semasa guru

mengajar, ia akan kelas akan kelihatan lebih tenang, ceria dan lancar.

7

Page 15: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru prasekolah ini,

pengkaji telah memberikan cadangan bahawa satu kaedah iaitu pendekatan penceritaan

boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pengajaran mereka semasa

mengajar. Ia sebagai salah satu teknik menerang yang perlu dikuasai oleh guru untuk

mencipta satu suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan efektif.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Masalah yang berlaku ini telah mendorong pengkaji untuk memikirkan satu

cara yang sesuai untuk mengekalkan tahap tumpuan murid dalam sesi pengajaran.

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu sentiasa mengambil langkah yang

sewajarnya supaya pembelajaran yang berkesan dapat berlaku. Berdasarkan kepada

nilai ini masalah tumpuan murid ini telah diatasi dengan pelbagai cara seperti teguran

dan dendaan. Namun ia hanya berhasil untuk jangka masa yang pendek.

Namun begitu, guru juga perlu membuat refleksi untuk dirinya sendiri supaya

dapat mengatasi masalah dengan berkesan. Guru juga perlu melakukan perubahan

sekiranya langkah intervensinya terhadap tingkah laku murid tidak berhasil.

Berdasarkan daripada kesedaran ini, pengkaji telah mengambil masalah ini sebagai

fokus dalam kajian dan memikirkan kaedah terbaik bagi pihak guru untuk

mengatasinya. Pengkaji mengharapkan agar kaedah intervensi yang dijalankan dapat

menyelesaikan masalah penumpuan murid secara meyeluruh. Selain itu, pengkaji juga

mengharapkan agar semua guru dapat sentiasa memperbaiki diri sendiri sekiranya

kelemahan dikesan dan bukannya hanya memperbaiki diri murid-muridnya

8

Page 16: Kajian Tindakan Siti Marliyana

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian

2.1.1 Tinjauan Masalah

Pengkaji memilih masalah tumpuan murid untuk dijadikan masalah dalam

kajian kerana tumpuan murid di dalam bilik darjah adalah satu perkara yang paling

utama yang perlu diambil kira oleh guru semasa mengajar. Sekiranya mereka

mencurahkan ilmu sebanyak yang mungkin, namun murid tidak menumpukan

perhatian, ia akan menjadi satu perbuatan yang sia-sia (Nor Fadzni & rakan-rakan,

2010). Masalah penumpuan di dalam kelas ini adalah relevan kepada kepentingan murid

kerana ia mendorong mereka untuk bersifat pasif atau aktif semasa aktiviti pengajaran

di dalam kelas.

Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kemungkinan besar masalah yang

dihadapi ini adalah berpunca daripada pendekatan yang digunakan oleh guru sendiri.

Ketiadaan aktiviti yang menyeronokkan yang dapat menarik minat murid terhadap

pengajaran Sains mungkin menyebabkan murid tidak mahu memberikan perhatian.

Murid kelihatan bosan apabila pengajaran hanya menggunakan carta dan penerangan

lisan. Mereka mungkin memerlukan suatu pendekatan yang lebih inovatif yang dapat

menarik minat mereka untuk mendengar dan memberikan perhatian. Mereka juga

memerlukan satu bentuk pengajaran dua hala yang aktif yang memberikan mereka

peluang untuk menyertai aktiviti pengajaran mereka.

9

Page 17: Kajian Tindakan Siti Marliyana

R.Hidayat Ayahndaru (2011) telah menggambarkan satu keadaan di dalam

kelas di mana murid-murid memegang buku masing-masing dan guru pula sibuk

menulis di papan hitam sambil menerangkan isi pengajarannya. Beliau menegaskan

bahawa keadaan ini adalah salah kerana menggambarkan seolah-olah guru juga sedang

belajar. Beliau telah memberitahu bahawa ramai guru yang menghafal ilmunya secara

luaran sahaja tanpa menguasai apa yang diajarinya kerana setiap hari menghadap

perkara yang sama. Guru harus berkemahiran untuk mengkomunikasikan apa yang

difikirkan kepada murid.

Pada peringkat sains awal, guru perlu menyediakan peluang pembelajaran sains

dengan cara menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai, menggalakkan

kanak-kanak memerhati, mencuba, bertanya soalan dan menyelesaikan masalah,

mengubahsuai dan membuat perkaitan antara satu sebab dengan sebab musabab yang

lain. Kanak-kanak juga mendapat pembelajaran melalui pengalaman dan membuat

rumusan saintifik daripada pengalaman.

Kanak-kanak sememangnya berminat untuk mempelajari perkara yang

berhubung dengan kehidupan mereka. Bagi mereka dunia ini penuh dengan pelbagai

peristiwa dan benda yang menarik dan penuh dengan misteri yang perlu diterokai dan

difikirkan. Sains bagi kanak-kanak bermula apabila mereka sedar mereka dapat belajar

berhubung dengan alam kehidupan melalui tindakan dan perlakuan mereka sendiri

seperti meniup belon atau buih sabun dan sebagainya.

Menurut Rohani Abdullah (2004) Sains adalah cara kita berfikir dan melihat

dunia persekitaran kita. Sains adalah suatu proses eksperimen yang berterusan dan

10

Page 18: Kajian Tindakan Siti Marliyana

mencuba jawapan terhadap kejadian dan tindak balas yang berlaku di dalam

persekitaran. Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman

sains seharusnya dapat membantu kanak-kanak memahami dan mencorakkan alam

sekeliling. Justeru, pendedahan awal dalam sains amat penting bagi membolehkan

kanak-kanak membina rasa tanggungjawab, prihatin serta hormat pada alam sekitar.

Program pendidikan sains prasekolah seharusnya memberi peluang kepada kanak-kanak

untuk menguasai kemahiran saintifik yang diperlukan bagi mengkaji dan memahami

alam. Selain itu, pengalaman dalam sains juga seharusnya dapat membantu kanak-

kanak membina sikap dan minat yang positif dalam diri mereka.

Justeru itu, pengkaji telah mengaplikasikan pendekatan penceritaan semasa

mengajar bagi mengatasi masalah yang berlaku ini. Pendekatan penceritaan adalah satu

kaedah di mana guru menggunakan kaedah bercerita semasa mengajar. Guru

memudahkan pengajarannya dengan menterjemahkan isi pengajaran tersebut ke dalam

suatu cerita yang direka untuk murid.

Bercerita adalah menuturkan sesuatu yang mengisahkan tentang perbuatan

atau suatu kejadian dan disampaikan secara lisan dengan tujuan memberikan

pengalaman dan pengetahuan kepada orang lain. Bercerita dalam konteks komunikasi

dapat dikatakan sebagai upaya mempengaruhi orang lain melalui ucapan dan penuturan

tentang suatu idea atau pengalaman. Pada kurikulum 1994, bercerita dinyatakan sebagai

salah satu metod yang dapat diterapkan dalam proses belajar mengajar. Metod bercerita

didefinisikan sebagai cara memberikan penerangan atau bertutur dan menyampaikan

cerita secara lisan. Bercerita adalah salah satu strategi pembelajaran yang dapat

memberikan pengalaman belajar bagi anak. Dunia kehidupan anak penuh dengan suka

11

Page 19: Kajian Tindakan Siti Marliyana

cita, maka kegiatan bercerita harus diusahakan dapat memberikan perasaan gembira,

lucu, dan mengasyikkan untuk dapat menarik perhatian anak.

2.1.2 Analisis Tinjauan Masalah

Kebolehtadbiran

Kajian ini mempunyai kebolehtadbiran yang tinggi kerana tindakan yang dijalankan

dapat mengatasi masalah yang berlaku. Pengkaji telah memilih kaedah bercerita sebagai

langkah intervensi untuk mengatasi masalah tumpuan murid di dalam kelas. Apabila

guru bercerita, ia dapat menarik minat murid untuk mendengar cerita yang disampaikan

tersebut. Murid akan duduk diam dan memberikan respon-respon positif berkaitan isi

cerita tersebut. Kaedah bercerita boleh dilaksanakan oleh guru kerana aktiviti bercerita

adalah satu aktiviti yang amat sinonim dalam dunia kanak-kanak. Mereka amat teruja

dan seronok apabila guru mahu bercerita. Mereka akan merasakan seolah-olah watak

dalam cerita itu berada dekat dengan mereka.

Kepentingan

Kaedah bercerita penting untuk diaplikasikan kepada murid-murid yang kurang

tumpuan kerana ia adalah satu cara yang efektif untuk kanak-kanak. Ia dapat

meningkatkan tahap tumpuan murid terhadap sesi pengajaran guru. Murid-murid akan

teruja untuk melihat watak yang digunakan, memberikan perhatian terhadap gaya

penyampaian cerita oleh guru dan memberikan respon kepada sesi bercerita tersebut. Ini

akan menyebabkan mereka memberikan tumpuan terhadap sesi pengajaran yang

12

Page 20: Kajian Tindakan Siti Marliyana

berlangsung. Kaedah bercerita juga dapat membantu guru untuk meningkatkan kualiti

dalam pengawalan kelas. Kaedah bercerita amat sesuai untuk mengatasi masalah

penumpuan murid berbanding kaedah lain kerana ia berhasil untuk jangka masa

sehingga tamat sesi pengajaran. Sesetengah kaedah hanya dapat mencuri tumpuan

murid selama beberapa minit sahaja.

Kebolehgunaan

Kaedah bercerita boleh dijalankan dalam berbagai cara. Watak-watak dan isi cerita

memainkan peranan penting dalam keberkesanan sesi bercerita guru. Isi cerita perlu

dicipta berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Laras bahasa yang digunakan perlu sesuai

dan difahami oleh kanak-kanak. Bercerita bukan sahaja mampu meningkatkan tahap

tumpuan murid normal namun ia boleh juga digunakan untuk murid-murid yang

mengalami hiperaktif. Dengan menggunakan kaedah bercerita, ia mampu untuk

menarik murid tersebut untuk mendengar kerana cerita adalah fitrah dalam hidup

kanak-kanak. Mereka hidup dengan cerita-cerita yang disampaikan oleh ibu bapa dan

orang di sekeliling. Selain itu, bercerita juga mampu untuk membantu murid yang tidak

boleh mengenal huruf. Guru boleh bercerita berdasarkan bentuk huruf. Sebagai contoh

untuk huruf ‘b’, guru akan berkata, “Ada satu tiang lampu. Tiang lampu ini perutnya

buncit kerana dia suka makan banyak”.

Kawalan

13

Page 21: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Kajian yang dijalankan ini dapat dikawal dengan baik kerana ia sentiasa di bawah

pemantauan pengkaji. Ia telah dijalankan sewaktu sesi persekolahan dan bukannya di

rumah. Pengkaji perlu meminta semua murid untuk hadir ke sekolah. Setiap hari

pengkaji akan berkata kepada murid, “Kalau nak cikgu sayang awak, perlu selalu

datang sekolah”. Semua rakaman video, senarai semak dan temubual juga telah

dijalankan sewaktu sesi persekolahan.

Kolaborasi

Pendekatan penceritaan ini boleh juga dijalankan secara kolaborasi. Guru prasekolah

boleh bersama-sama dengan pembantu murid melakonkan watak dalam cerita yang

disampaikan. Watak-watak yang berbeza dapat meningkatkan keseronokan murid

dalam mendengar cerita. Pengkaji merasakan pendekatan ini wajar diamalkan di

prasekolah kerana ia mendatangkan kesan yang menyeronokkan kepada murid semasa

pengajaran. Apabila murid berasa seronok dengan pembelajaran yang berlangsung, isi

pengajaran juga dapat disampaikan dengan baik. Ini memberikan peningkatan kepada

prestasi murid di prasekolah. Pengkaji juga turut berkolaborasi bersama guru prasekolah

dan rakan guru pelatih yang turut sama dalam program ‘Internship’ ini untuk bertindak

sebagai pemerhati semasa tindakan dijalankan. Mereka telah memerhatikan murid

berpandukan senarai semak yang telah disediakan untuk diisi semasa pengkaji

menjalankan tindakan dalam sesi pengajaran.

Halangan

14

Page 22: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Semasa menjalankan kajian ini, pengkaji telah menghadapi beberapa masalah

atau kekangan. Pertama, dari segi masa. Pada program Internship ini, guru pelatih

diberikan dua waktu untuk menjalankan pengajaran dalam seminggu. Maka, pengkaji

terpaksa mencari waktu yang sesuai untuk menjalankan tindakan. Ada ketikanya,

pengkaji perlu meminta bantuan guru prasekolah ini untuk memberikan waktunya agar

kajian dapat dijalankan. Kedua, adalah ketika temubual dijalankan bersama murid.

Kajian yang dijalankan ini adalah dikhususkan kepada murid prasekolah yang berumur

5 dan 6 tahun. Mereka adalah kanak-kanak yang masih kecil dan mempunyai bahasa

pertuturan yang terhad. Maka, ia menjadi satu masalah untuk menemubual mereka

kerana jawapan yang diberikan adalah pendek dan ringkas. Sebagai contoh, apabila

ditanya “Kamu suka tak dengar cerita tadi?”, mereka hanya akan menjawab “Suka”.

Untuk mengatasi masalah ini pengkaji cuba untuk mencari jalan untuk membantu

mereka supaya terus menyatakan pendapat. Contohnya dengan berkata “Kenapa suka?”.

Relevan kepada sekolah

Kajian ini dianggap relevan untuk sekolah kerana masalah ini adalah berkaitan dengan

sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah. Maka, kajian ini boleh

memberikan impak positif kepada sekolah apabila guru-gurunya mempunyai daya

usaha untuk berubah ke arah yang lebih baik. Menerusi kajian ini, sekolah boleh

menjadikan kaedah bercerita ini sebagai satu kaedah yang amat disarankan kepada

semua guru di sekolah. Suasana pembelajaran di sekolah akan berubah kepada lebih

menarik dan terkawal. Diperingkat yang lebih tinggi, ia mungkin mampu meningkatkan

prestasi murid di sekolah khususnya dalam subjek Sains.

15

Page 23: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Peluang penambahbaikan

Masalah tumpuan murid ini dapat diselesaikan dengan kaedah bercerita. Ia telah

memberikan kesan positif kepada murid prasekolah ini. Selain daripada mereka

memberikan tumpuan ketika guru mengajar, satu lagi yang dapat dilihat adalah mereka

sangat ceria. Semua murid kelihatan sangat gembira apabila guru berkata “Hari ini

cikgu mahu bercerita!”. Kaedah bercerita juga telah memupuk kemahiran komunikasi

kepada murid-murid. Mereka sudah berani untuk bersifat responsif. Mereka suka untuk

meneka apakah pengakhiran cerita yang disampaikan oleh guru.

Pengumpulan Data Awal

Pengkaji telah menjalankan pemerhatian awal untuk mengenalpasti

responden dalam kajian. Pengkaji melakukan sebanyak 3 kali pemerhatian awal semasa

mengajar tunjang Sains menggunakan kaedah biasa. Murid-murid telah diperhatikan

dan pengkaji telah mengenalpasti murid-murid yang tidak memberikan perhatian

mengikut tempoh masa tertentu. Setiap senggat masa ini diberikan satu skala khas.

Sebagai contoh, untuk murid yang memberikan perhatian sehingga tamat sesi

pengajaran, skala yang diberikan adalah 3. Murid yang hanya menumpukan perhatian

kurang dari 10 minit diberi skala 2 dan murid yang memberikan perhatian kurang dari 5

minit diberi skala 1. Hasil analisis ketiga-tiga pemerhatian ini, pengkaji telah mengesan

11 orang murid yang sukar untuk menumpukan perhatian ketika guru mengajar.

Setelah itu, pengkaji telah menjalankan beberapa sesi pengajaran tunjang

Sains menggunakan kaedah bercerita pula. Pada peringkat pemerhatian akhir, pengkaji

telah menjalankannya sebanyak 2 kali. Pengkaji telah mengajar tajuk Bahan Tenggelam

16

Page 24: Kajian Tindakan Siti Marliyana

dan Timbul menggunakan pendekatan penceritaan yang jalan ceritanya telah pun saya

cipta sendiri. Pengkaji telah menggunakan 3 orang guru untuk bertindak sebagai

pemerhati semasa tindakan dijalankan. Mereka diminta untuk memerhatikan keadaan

murid ketika sesi pengajaran. Mereka telah diberi satu set senarai semak yang

merangkumi beberapa item seperti tumpuan murid, tingkah laku murid dan cerita yang

disampaikan. Untuk pemerhatian akhir kedua, pengkaji telah menjalankan sesi

pengajaran berkaitan tajuk Cuaca juga menggunakan pendekatan bercerita. Guru yang

sama turut dijemput sebagai pemerhati keadaan murid.

Pengkaji turut menggunakan kaedah temubual untuk mendapatkan.

pandangan mengenai reaksi responden terhadap tindakan yang telah dijalankan dan juga

keberkesanan tindakan tersebut. Pengkaji telah menemubual guru dan PPM Prasekolah

serta semua responden. Soalan-soalan yang disediakan adalah mengenai pendapat

mereka terhadap tindakan yang dijalankan.

Selain itu, pengkaji turut melakukan rakaman video ketika mengajar. Ini bagi

membuktikan bahawa tindakan yang dijalankan itu benar-benar berkesan untuk murid.

Pengkaji telah meminta bantvuan rakan guru pelatih untuk merakam sesi pengajaran

yang dijalankan. Beliau turut membantu untuk memfokuskan kepada keadaan

responden-responden ketika tindakan dijalankan pada pemerhatian akhir.

17

Page 25: Kajian Tindakan Siti Marliyana

2.2 TINJAUAN LITERATUR BERKAITAN DENGAN ISU KAJIAN

2.2.1 Masalah Tumpuan Murid

Ramai murid yang pergi ke sekolah namun pada hakikatnya mereka tidak

belajar. Hal ini terjadi apabila mereka tidak tahu apa yang mereka belajar di sekolah

setelah pulang ke rumah dan disoal oleh ibu atau ayah. Suasana negatif ini berlaku atas

beberapa sebab. Satu kajian yang telah dijalankan oleh Ismail Kailani dan

Khairuzaman Ismail (2007) yang mengkaji tentang Faktor-Faktor Yang

Menyebabkan Pelajar Kurang Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Sains. Hasil dapatan

dari kajian ini menunjukkan bahawa faktor utama murid kurang cemerlang adalah

kerana faktor pembelajaran iaitu 21.5%. Faktor pembelajaran adalah seperti gaya

pembelajaran mereka termasuklah tumpuan ketika di dalam bilik darjah. Ini jelas

menunjukkan bahawa tumpuan murid di dalam kelas sangat penting sehingga ia boleh

mendatangkan kesan yang negatif sekiranya tidak diberi perhatian.

2.2.2 Langkah Mengatasi Masalah Tumpuan Murid

Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Siti Marlina (2005) banyak langkah

yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tumpuan murid ini. Salah satu caranya

adalah guru perlu menguasai teori kecerdasan pelbagai. Pengaplikasian teori kecerdasan

pelbagai ini adalah dengan cara memberi motivasi kepada pelajar tentang kebolehan

masing-masing, mengasingkan tahap soalan berdasarkan kepada kebolehan individu

yang telah dibahagi kepada 3 kumpulan, memasang muzik (classic-ballad) untuk

menjana penggunaan otak kiri dan otak kanan pelajar sewaktu menjawab soalan dan

menggunakan pendekatan interpesonal untuk merapatkan jurang antara pelajar dengan

18

Page 26: Kajian Tindakan Siti Marliyana

guru ( meminta pelajar memberi komen tentang pendekatan yang telah digunakan oleh

guru pada sehelai kertas) .

Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Radzuan Esa (2009)

terdapat kaedah pengajaran berpusatkan murid adalah langkah terbaik untuk mengatasi

masalah tumpuan murid di dalam kelas. Beliau telah menjalankan kaedah

’perbengkelan’ ke atas sekumpulan murid dan guru bertindak sebagai fasilitator. Guru

bertanggungjawab untuk merangsang murid memberikan jawapan, menambahbaik

jawapan dan melakukan sumbang saran. Kaedah ini dilihat berkesan untuk

meningkatkan tahap tumpuan murid di dalam kelas.

2.2.3 Definisi Kaedah Bercerita

Menurut Zaroh Nurlaily dan rakan-rakan (2010) bercerita adalah menuturkan

sesuatu yang mengisahkan tentang perubahan atau suatu kejadian dan disampaikan

secara lisan dengan tujuan memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada orang

lain. Bercerita dalam konteks komunikasi dapat dikatakan sebagai usaha mempengaruhi

orang lain melalui ucapan dan penuturan tentang suatu idea. Sementara dalam konteks

pembelajaran kanak-kanak, bercerita dapat dikatakan sebagai usaha untuk

mengembangkan potensi kemampuan berbahasa anak melalui pendengaran kemudian

menuturkannya kembali dengan tujuan melatih ketrampilan anak dalam bercakap-cakap

untuk menyampaikan idea dalam bentuk lisan.

Kaedah bercerita adalah satu kaedah terawal digunakan (Isabelle, 2007).

Kaedah ini sangat berkait rapat dengan komunikasi. Ia boleh digunakan secara berkesan

19

Page 27: Kajian Tindakan Siti Marliyana

sebagai strategi pengajaran dalam kelas Sains. Murid yang mendengar cerita akan

menggunakan imaginasi, pengalaman aktif dan penambahan pengetahuan.

Bercerita adalah satu kaedah yang mana guru membacakan isi buku kepada

murid dengan cara yang lebih jelas. Sperling dan Head (2002) mencadangkan supaya

guru-guru membacakan buku setiap hari, iaitu lima kali seminggu kepada kanak-kanak.

Namun mereka mendapati bahawa tidak ada seorang guru pun yang berbuat demikian.

Kaedah bercerita yang digunakan sebagai salah satu kemahiran dalam

menyampaikan isi pengajaran adalah cara terawal yang digunakan oleh manusia untuk

mengajar seperti yang dinyatakan oleh Pederson (1995) bahawa kaedah bercerita

merupakan bentuk literatur yang tertua dalam tamadun manusia.

2.2.4 Kelebihan Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita telah disokong dalam pendidikan bercirikan Islam seperti

yang dinyatakan oleh Hanafi Mohamed (1996) penyampaian pendidikan melalui teknik

penceritaan atau kisah yang terkandung dalam Al Quran dengan gaya yang indah dan

menarik mendatangkan pengajaran yang amat baik dan memberi kesan yang mendalam

pada jiwa manusia.

Al Qaishash (cerita) adalah salah satu faktor pendidikan pada masa lampau

dan moden. Setiap tokoh pedidik tidak memungkiri pengaruh cerita pada jiwa

pendengarnya. (Abdurrahman Umdirah, 1995)

Menurut, Asna (2009) bercerita adalah satu aktiviti yang menarik perhatian

kanak-kanak. Melalui bercerita, mereka dapat memahami sesuatu itu dengan lebih

mendalam dan secara tidak langsung mengaktifkan daya imaginasi kanak-kanak untuk

20

Page 28: Kajian Tindakan Siti Marliyana

berfikir dengan lebih kreatif. Melalui teknik penceritaan, kanak-kanak dapat belajar

dalam suasana yang gembira dan ceria. Kanak-kanak akan lebih mudah faham apabila

mereka belajar dalam keadaan mereka bersedia dan ceria kerana mereka akan lebih

ingat apa yang telah mereka pelajari. Hal ini kerana secara lumrahnya manusia sentiasa

mengingati perkara yang menyeronokkan berbanding perkara yang tidak memberi

kesan apa-apa dalam diri mereka. Nilai-nilai murni juga dapat diterapkan dalam diri

kanak-kanak kerana mereka akan mengingatinya.

Kaedah penceritaan merupakan satu kaedah yang digunakan untuk jangka

masa yang panjang dengan berusaha belajar di antara satu sama lain untuk memperoleh

pengalaman. Kaedah ini terbukti sewaktu ketika dahulu berjaya memberikan

keuntungan kepada pelajar iaitu pemahaman dan empati terhadap ras dan budaya lain

meningkat, memori dipertingkatkan dan rentang perhatian yang diperpanjang (Vojko

Strahovnik Biljana Mecava Stortelling, 2009, seperti yang dinyatakan dalam Mastura,

2009).

Kajian Loh Siew Lee (2004) di Malaysia mendapati bahawa apabila teknik

bercerita dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan, kanak-kanak prasekolah berpandangan

positif terhadap bahasa Inggeris di mana sebahagian besar dari mereka dapat

menguasai, berkomunikasi dan berminat dalam bahasa Inggeris setelah guru

menggunakan teknik bercerita dalam pengajaran.

Menurut Mastura dan rakan-rakan (2009) kaedah penceritaan yang digunakan

oleh guru secara tidak langsung dapat menerapkan kecekapan mendengar maklumat

dengan baik yang mana memerlukan pelajar fokus terhadap cerita yang disampaikan

21

Page 29: Kajian Tindakan Siti Marliyana

oleh guru. Melalui kaedah ini, pelajar akan berusaha menumpukan perhatian terhadap

topik yang disampaikan oleh guru.

Cerita adalah mudah untuk disimpan dalam ingatan kerana menurut James

Atherton (2010) struktur naratif dan kesinambungannya membuatkan ia mudah untuk

diingat oleh murid. Persoalan seperti “ Apa akan berlaku selepas ini?” adalah format

yang paling asas untuk menarik murid bagi mengingat cerita tersebut. Cerita juga

memberikan nilai tertentu kepada murid. Sebagai contoh menceritakan tentang

seseorang yang gagal bagi menyedarkan murid bahawa manusia perlu sentiasa bersedia

dalam menghadapi semua dugaan.

Menurut Muhamad Hugerat dan rakan-rakan (2005) kaedah bercerita dalam

Sains perlu diterima oleh umum kerana beberapa perkara. Cerita telah menggunakan

berbagai aspek intelektual iaitu kemahiran imaginasi, kemahiran mengingat, membuat

kesimpulan dan membuat pemahaman. Kedua, cerita memperkenalkan kepada murid

tentang kepelbagaian budaya. Ketiga, cerita memenuhi keperluan murid semasa belajar

iaitu keseronokan, kepelbagaian riak emosi dan ketakjuban. Cerita memberikan

informasi yang mana tidak boleh diperolehi melalui kaedah saintifik. Keempat, cerita

membantu murid untuk bertutur dengan baik dan kelima, cerita adalah sebagai guru

untuk mengajar murid tentang nilai murni.

Bercerita juga membolehkan kanak-kanak menyuarakan pendapat dan

perasaan secara lisan. Melalui Rohizani Yaakob (2009) beliau mencadangkan bahawa

guru boleh bertanya kepada kanak-kanak apakah yang mereka fikir akan berlaku selepas

sesuatu kejadian dalam cerita. Dengan cara ini, daya imaginasi kanak-kanak akan dilatih

22

Page 30: Kajian Tindakan Siti Marliyana

untuk memberikan pendapat dan pandangan. Bercerita juga boleh dijadikan alat untuk

melatih kemahiran mendengar dan bertutur secara menyeronokkan. Hal ini demikian

kerana, sewaktu bercerita, kanak-kanak atau guru juga tidak terikat dengan nada dan

intonasi perbualan yang biasa. Setiap patah perkataan perlu diucapkan bersesuaian

dengan cerita. Guru juga dapat memperkenalkan kosa kata yang baharu bersesuaian

dengan isi. Selain itu, bercerita dapat menjadi cara yang sesuai untuk mengenali

keunikan individu. Semasa cerita disampaikan, ada murid yang akan memberikan

respon yang pelbagai. Dari respon-respon ini, guru boleh mengenal murid dan semakin

memahami mereka. Sewaktu sesi bercerita, guru dapat menunjukkan contoh kepada

pelajar untuk dijadikan panduan dan pedoman hidup. Guru juga dapat menerapkan

nilai-nilai murni yang perlu diamalkan seperti taat kepada ibu bapa, mendengar nasihat

adik-beradik, berkongsi kemudahan dalam kelas atau di rumah, dan pelbagai lagi

bergantung kepada kreativiti guru.

Menurut Zaroh Nurlaily dan rakan-rakan (2010) strategi pembelajaran melalui

bercerita merupakan salah satu strategi yang banyak digunakan pada pembelajaran

Taman Kanak-kanak, Kegiatan itu selalu dimulai dengan merencanakan, melaksanakan

dan menilai kegiatan pengajaran. Jika dikaitkan dengan dunia kehidupan anak, bercerita

adalah salah satu strategi pembelajaran yang dapat memberikan pengalaman belajar

bagi anak. Dunia kehidupan anak penuh dengan suka cita, maka kegiatan bercerita

harus dilakukan agar dapat memberikan perasaan gembira, lucu, dan mengasyikkan

untuk dapat menarik perhatian anak.

23

Page 31: Kajian Tindakan Siti Marliyana

2.2.5 Halangan Semasa Menjalankan Kaedah Bercerita

Menurut Mastura dan rakan-rakan (2009) untuk pelajar yang bermasalah

pembelajaran, kaedah penceritaan adalah kaedah yang merangsang pelajar untuk

berfikir disamping membina kreativiti guru dalam P&P kerana melalui penceritaan guru

perlu membina cerita yang membina dan menggunakan bahasa badan (body language)

untuk membantu pelajar lebih memahami jalan cerita yang disampaikan. Sekiranya

mereka tidak dapat melihat, cerita yang disampaikan mampu untuk melatih murid untuk

berimaginasi dan berfikir mengenai jalan cerita yang disampaikan. Untuk murid yang

kurang pendengaran, kaedah bercerita adalah kurang sesuai digunakan ke atasnya.

Guru perlu mengelakkan memberi penekanan yang terlalu berat terhadap

pemupukan nilai sehinggakan sesi bercerita bertukar menjadi sesi ceramah. Ini kerana

menurut Rohizani Yaakob (2009) keadaan ini tidak dapat meninggalkan impak yang

positif terhadap pelajar. Sekiranya keadaan ini berlaku, pelajar akan berasa bosan dan

enggan memberi kerjasama pada masa-masa akan datang. Misalnya terdapat watak

tertentu dalam cerita yang boleh dijadikan panduan kepada pelajar, guru bolehlah

mengaitkannya dengan mengambil pelajar-pelajarnya sebagai contoh. Misalnya,

“Tengok, apa yang jadi kalau tidak mendengar nasihat ibu” atau “Piko sakit gigi sebab

tidak memberusnya sebelum tidur”. Guru boleh menyambung “Siapa nak jadi seperti

Piko?” atau “Siapa tak suka dengar cakap ibu?”. Seterusnya mungkin dia boleh berkata

“Cikgu tahu Amar suka dengar cakap ibu kan?” atau “Semua pelajar cikgu ni suka

dengar cakap ibu, kan?”. Secara tidak langsung kanak-kanak itu akan terasa dihargai

kerana dilibatkan dalam penceritaan. Perkara ini dapat menaikkan imej kendiri mereka.

24

Page 32: Kajian Tindakan Siti Marliyana

2.2.6 Kesan Kaedah Bercerita

Melalui dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Mastura dan rakan-rakan

(2009) mendapati bahawa kaedah penceritaan yang digunakan dalam proses pengajaran

menyebabkan pelajar tertarik dengan proses pengajaran tersebut. Hal ini dinilai

berdasarkan kepada fokus dan tumpuan yang ditunjukkan oleh pelajar di dalam kelas.

Setelah menggunakan teknik penceritaan dalam pengajaran dan pembelajaran

iaitu berdasarkan pemerhatian guru, pelajar dilihat positif terhadap penyampaian guru

dan menunjukkan minat terhadap pengajaran yang disampaikan. Kesan penyampaian

cerita berteraskan pengalaman membantu merangsang pelajar untuk berkongsi

maklumat dan pengalaman mereka sama ada melalui pembacaan, tontonan atau

kejadian yang dialami pelajar. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti gambar

membantu merangsang minat pelajar untuk berimaginasi dan menghayati cerita.

Berdasarkan refleksi selepas pengajaran, jawapan yang diberikan adalah pelajar mudah

mengingat semula maklumat-maklumat penting. Secara tidak langsung, pengajaran

melalui penceritaan membantu pelajar menguatkan daya ingatan mereka dengan

mengimbas kembali cerita yang disampaikan oleh guru. Bagi pelajar yang lemah,

kaedah penceritaan yang menggunakan strategi mencipta cerita untuk memudahkan

pelajar memahami sesuatu konsep atas situasi dan pada masa yang sama jalan cerita

yang diberikan oleh guru membantu pelajar yang lemah untuk mengingat fakta tersebut.

Satu kajian telah dilakukan oleh Muhamad Hujerat dan rakan-rakan (2005)

dengan mengaplikasikan kaedah bercerita ini di sebuah sekolah. Tajuk cerita mereka

adalah “The Magic Liquid” yang menggunakan watak seperti arnab, kucing dan

musang. The Magic Liquid diceritakan bagi menerangkan tentang tajuk Air kepada

25

Page 33: Kajian Tindakan Siti Marliyana

murid. Dalam cerita ini, pengkaji ingin memberitahu murid bahawa tidak semua cecair

yang jernih adalah air.

Dapatan kajian ini menyatakan bahawa kaedah bercerita adalah satu kaedah

yang amat sesuai dan disenangi oleh semua murid. Ia membina semangat untuk murid

belajar. Penggunaan cerita dalam pengajaran Sains tidak banyak berbeza dengan kaedah

lain kerana ia juga merangsang kemahiran saintifik seperti kemahiran berfikir. Mereka

mengatakan bahawa adalah tidak menjadi satu kesusahan untuk memperkenalkan Sains

dalam bentuk penceritaan kerana kanak-kanak sangat suka akan cerita. Selain itu,

bercerita adalah salah satu kaedah halus yang digunakan untuk memberi maklumat

kepada murid. Mereka juga mendapati bahawa murid-murid menganggap cerita sebagai

satu permainan yang mereka boleh memainkan peranan dan turut sama-sama berlakon

bersama guru.

2.2.7 Bagaimana Kaedah Bercerita Dijalankan

Menurut Asna (2009) keberkesanan kaedah bercerita adalah melalui nada

suara yang bersesuaian dengan watak yang diceritakan. Intonasi suara yang sesuai

menjadikan kanak-kanak akan lebih tertarik dan faham tentang suara yang digunakan.

Nada suara hendaklah jelas dan lantang agar mereka dapat memahami dengan lebih

jelas tentang apa yang hendak disampaikan. Nada suara juga haruslah disertakan dengan

emosi yang sesuai agar apa yang disampaikan adalah betul dan difahami oleh murid.

Guru haruslah menggunakan struktur ayat dan kosa kata yang betul serta bersesuaian

agar kanak-kanak dapat memahami cerita. Bahasa yang digunakan mestilah bersesuaian

26

Page 34: Kajian Tindakan Siti Marliyana

dengan aras kanak-kanak kerana mengikut prinsip-prinsip pembelajaran guru hendaklah

mengajar murid dari senang ke susah dan dari konkrit ke abstrak. Mimik muka

memainkan peranan yang penting kerana mimik muka membantu kanak-kanak untuk

memahami dengan lebih jelas mengenai emosi yang hendak disampaikan oleh guru.

Dengan itu murid akan lebih peka dengan apa yang hendak disampaikan oleh guru dan

secara tidak langsung kanak-kanak dapat dikawal tingkahlaku mereka kerana mereka

akan lebih menumpukan perhatian kepada guru.

Hasil dapatan kajian Mastura dan rakan-rakan (2009) mereka menerangkan

bahawa guru perlu berdaya kreatif dalam menghubungjalinkan cerita dan mempunyai

intonasi atau nada yang tidak mendatar. Hal ini bertujuan agar jalan cerita yang

disampaikan oleh guru itu hidup seterusnya mampu menarik minat pelajar dan memberi

penghayatan dalam menyampaikan mesej utama topik pembelajaran. Penyampaian

secara penceritaan yang berintonasi dan berkesinambungan oleh guru menyebabkan

suasana pembelajaran ketika itu dilihat menghiburkan dan santai kerana pelajar

menonjolkan minat yang mendalam iaitu sentiasa memberi respon yang positif dan

bersoal jawab bersama guru. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti gambar

membantu merangsang minat pelajar untuk berimaginasi dan menghayati cerita.

Kajian yang telah dilakukan oleh Muhamad Hujerat dan rakan-rakan (2005)

menegaskan bahawa guru perlu berhati-hati dalam pemilihan atau pembinaan cerita.

Cerita perlu menggunakan watak-watak yang dikenali oleh murid seperti haiwan dan

tumbuhan. Cerita adalah sesuai dengan keadaan persekitaran murid. Jalan cerita perlu

mempunyai plot tertentu dan diakhiri dengan jalan penyelesaian yang dapat diterima

serta berkesan.

27

Page 35: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Menurut Rohizani Yaakob (2009) semasa bercerita guru perlu memastikan

keadaan kanak-kanak selesa, dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap cerita, tidak

ada gangguan yang boleh mengalihkan perhatian mereka dan melibatkan kanak-kanak

dengan memberi peluang menjawab soalan atau melakonkan semula. Suara guru perlu

jelas,bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap kanak-kanak dan istilah yang

diperkenalkan daripada yang konkrit kepada abstrak. Gerak badan dan mimik muka

yang sesuai boleh digunakan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Bahan-bahan yang

sesuai perlu digunakan bagi membantu penyampaian guru dan membantu kefahaman

kanak-kanak terhadap jalan cerita. Guru perlu peka terhadap reaksi yang ditunjukkan

oleh kanak-kanak. Sekiranya sesuai, guru bolehlah memakai pakaian yang khas untuk

menambahkan keseronokan kepada kanak-kanak. Nada dan intonasi guru sangat

penting. Sekiranya suara guru ‘rata’ dan tidak ‘bertukar-tukar’ mengikut ceritanya, sesi

akan menjadi hambar. Selepas bercerita, guru perlu menyediakan aktiviti susulan sama

ada menjawab soalan-soalan, meminta kanak-kanak bercerita semula atau aktiviti

simulasi bahagian tertentu cerita bagi memastikan kanak-kanak memahami cerita.

Selain itu, nyanyian, melukis, dan kuiz juga boleh dijadikan sebagai pengukuhan.

Kaedah bercerita yang dijalankan perlu mengambil kira cerita yang dibina.

Menurut Zaroh Nurlaily dan rakan-rakan (2010) isi cerita harus berkaitan dengan dunia

kehidupan anak, sehingga mereka dapat lebih memahami dan menangkap isi cerita.

Jalan cerita adalah menarik, asyik, lucu dan memberikan perasaan gembira dan penuh

suka cita. Guru seharusnya menguasai isi cerita secara tuntas, memiliki ketrampilan

bercerita, berlatih dalam irama dan modulasi suara secara terus menerus, menggunakan

28

Page 36: Kajian Tindakan Siti Marliyana

perlengkapan yang menarik perhatian anak dan menciptakan situasi emosional sesuai

dengan tuntutan cerita.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

Kajian ini adalah untuk mengatasi masalah tumpuan murid di dalam kelas semasa

pengajaran tunjang Sains di prasekolah dengan menggunakan kaedah penceritaan oleh

guru semasa mengajar agar murid dapat memberikan tumpuan kepada sesi pengajaran.

3.2 Soalan Kajian

1. Adakah pendekatan penceritaan semasa pengajaran tunjang Sains dapat

meningkatkan tahap tumpuan murid prasekolah?

2. Bagaimanakah reaksi murid apabila guru menjalankan kaedah bercerita?

3. Bagaimana kaedah penceritaan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran

Sains di kelas prasekolah?

29

Page 37: Kajian Tindakan Siti Marliyana

4.0 KUMPULAN SASARAN

Pengkaji telah menjalankan kajian ke atas 25 orang murid prasekolah di Sekolah

Kebangsaan Kuala Tembeling, Jerantut. Setelah pemerhatian awal dijalankan terhadap

mereka, seramai 11 orang daripadanya telah disenaraikan sebagai responden. Jadual 1

menunjukkan butir-butir peribadi responden :

Jadual 4.1: Senarai Nama Responden

BIL NAMA UMUR JANTINA

1 Azwa Sufia bt Amirudin 6 P

2 Muhammad Haziq Haikal bin Sazali 6 L

3 Muhammad Nabil Iskandar bin Mohamad 6 L

4 Muhammad Rafizi bin Mohamad Rodzi 6 L

5 Nur Inshahridatul Atira bt Jamili 6 P

6 Kamilia Zahirah bt Kamaruddin 5 P

7 Mohammad Afiq Syukri bin Mat Zain 5 L

8 Muhammad Alim Mukhrizs bin Ramzan 5 L

9 Muhammad Syakir Taufik bin Ibrahim 5 L

10 Waizatul Ulumi bt Mohd Arif 5 P

11 Nur Hiza Damia bt Zazali 5 P

5.0 TINDAKAN

30

Page 38: Kajian Tindakan Siti Marliyana

5.1 Jadual Pelaksanaan Tindakan

Jadual 5.1 : Jadual Pelaksanaan Tindakan Minggu Pertama

TARIKH/ HARI

AKTIVITI RASIONAL CATATAN

04.07.2011 (Isnin)

- Membuat tinjauan awal berkaitan masalah yang dikaji iaitu tumpuan murid ketika pengajaran tunjang Sains oleh guru di dalam kelas prasekolah.

- Melihat keadaan murid ketika guru mengajar tunjang Sains di prasekolah

- Meneliti apakah punca kepada masalah yang berlaku.

- Pengkaji perlu mendekatkan dirinya dengan masalah yang hendak dikaji agar pengkaji lebih memahami apa yang berlaku dan apa yang boleh dilakukan.

Tinjauan awal melalui pemerhatian

05.07.2011( Selasa )

Dan06.07.2011

( Rabu )

- Membuat pencarian mengenai kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan masalah yang berlaku.

- Memikirkan langkah intervensi yang sesuai untuk dijadikan alternatif bagi mengatasi masalah.

- Menyemak semula sejarah intervensi sama ada ianya relevan untuk digunakan.

- Panduan dari kajian-kajian lepas dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepada peyelidik mengenai apakah alternatif yang boleh dilakukan.

- Alternatif perlulah bersesuaian dengan masalah dan boleh dilaksanakan.

Membuat rujukan dari internet, buku-buku, jurnal dan kajian tindakan lepas.

07.07.2011( Khamis )

- Merancang bagaimana kaedah pengumpulan data yang sesuai.

- Membina set instrumen yang diperlukan seperti ujian pra, ujian pasca, senarai semak pemerhatian dan soalan temubual.

- Cara pengumpulan data perlu dirancang dengan teliti bagi memastikan tiada data yang tercicir hingga menyebabkan kajian tidak mempunyai kebolehpercayaan.

Pembinaan senarai semak untuk pemerhatian dan soalan temubual

- Menjalankan satu pengajaran - Responden perlu Pengajaran

31

Page 39: Kajian Tindakan Siti Marliyana

08.07.2011( Jumaat )

tunjang Sains berkaitan bahan yang tenggelam dan bahan yang timbul menggunakan kaedah biasa.

- Pemerhatian awal dijalankan ke atas murid.

- Mengenalpasti murid yang tidak memberikan perhatian dan merekod nama mereka di dalam senarai semak yang telah dibina.

- Pegajaran turut di rakam menggunakan kamera.

dipilih dengan teliti agar kajian dijalankan kepada orang yang benar-benar mengalami masalah tersebut.

- Pemilihan reseponden perlu dipilih hasil pemerhatian yang sah.

tunjang Sains untuk pemerhatian awal menggunakan kaedah biasa

Berdasarkan kepada Jadual 5.1, pengkaji telah menjalankan tinjauan awal pada hari

Isnin. Tinjauan dilakukan menggunakan kaedah pemerhatian terhadap murid. Pengkaji

memerhatikan murid semasa guru menjalankan sesi pengajaran tunjang Sains di dalam

kelas. Pengajaran yang dijalankan ini adalah menggunakan kaedah penerangan lisan

dengan bantuan kad gambar. Pada hari Selasa da Rabu, pengkaji memfokuskan bidang

kerja kepada pencarian maklumat dan kajian-kajian terdahulu mengenai masalah yang

berlaku. Pengkaji menyemak kembali adakah tindakan penambahbaikan yang telah

difikirkan untuk masalah relevan untuk murid. Pada hari Khamis, pengkaji meneliti dari

aspek instrumen kajian. Pengkaji mengenalpasti instrumen yang sesuai untuk digunakan

serta membina instrumen tersebut dengan lebih jelas. Pada hari Jumaat, pengkaji telah

mula melakukan pemerhatian awal terhadap sesi pengajaran semasa tunjang Sains

dengan menggunakan instrumen yang telah dibina.

Jadual 5.2 : Jadual Pelaksanaan Tindakan Minggu Kedua

32

Page 40: Kajian Tindakan Siti Marliyana

TARIKH/HARI

AKTIVITI RASIONAL CATATAN

11.07.2011

( Isnin)

- Menjalankan pencarian berkaitan data peribadi responden seperti tahap pencapaian dalam pelajarannya, ciri-ciri unik yang dimiliki, umur dan sebagainya melalui guru prasekolah.

- Pengkaji mengenal responden dengan baik dan mengetahui tentang latar belakang asas responden. Selain itu, tahap pencapaian akademik responden juga dianggap penting.

Penetapan responden

12.07.2011

( Selasa )

- Menjalankan satu pengajaran tunjang Sains berkaitan haiwan

- Pemerhatian awal dijalankan ke atas murid.

- Mengenalpasti murid yang tidak memberikan perhatian dan merekod nama mereka di dalam senarai semak yang telah dibina.

- Pegajaran turut di rakam menggunakan kamera.

- Responden perlu dipilih dengan teliti agar kajian dijalankan kepada orang yang benar-benar mengalami masalah tersebut.

- Pemilihan reseponden perlu dipilih hasil pemerhatian yang sah.

Pengajaran tunjang Sains untuk pemerhatian awal menggunakan kaedah biasa

13.07.2011

( Rabu )

- Menganalisis hasil dapatan kedua-dua pemerhatian awal dalam jadual pemerhatian keseluruhan dan menentukan skor tertentu.

- Menetapkan skor yang perlu dicapai oleh murid.

- Penetapan skor adalah berdasarkan tempoh masa penumpuan murid. Murid yang tidak melepasi skor yang ditetapkan akan diletakkan sebagai responden.

Analisis pemerhatian awal menggunakan skor

14.07.2011

( Khamis )

- Membina satu cerita berkaitan konsep Sains iaitu bahan yang tenggelam dan bahan yang timbul.

- Merancang aktiviti pengajaran menggunakan kaedah bercerita.

- Menyediakan bahan-bahan ABM yang diperlukan semasa pengajaran.

- Perancangan terhadap tindakan perlu teliti agar tindakan yang dijalankan sistematik.

Merancang cerita

33

Page 41: Kajian Tindakan Siti Marliyana

15.07.2011

( Jumaat )

- Menjalankan satu sesi pengajaran seperti yang telah dirancangkan ke atas murid yang telah dikenal pasti sebagai responden.

- Membuat pemerhatian terhadap tahap tumpuan murid-murid tersebut dengan berpandukan senarai semak yang telah dibina.

- Pengajaran ini turut dirakam menggunakan kamera.

- Menjalankan temubual bersama murid berkaitan dengan sesi pengajaran yang telah berlangsung dan pendekatan bercerita yang telah dijalankan.

- Pelaksanaan tindakan perlu dilengkapi dengan instrumen pengumpulan data supaya penilaian terhadap tindakan boleh dilakukan.

Pengajaran Sains menggunakan kaedah bercerita

Berdasarkan kepada Jadual 5.2, pengkaji telah membuat penelitian terhadap responden

yang telah dipilih. Pengkaji mengumpul data mengenai responden dari guru prasekolah.

Pada hari Selasa, pengkaji sekali lagi menjalankan pengajaran tunjang Sains bersama

murid dengan menggunakan kaedah sama iaitu penerangan lisan dengan bantuan kad

gambar. Pengkaji menjalankan pemerhatian kedua ketika sesi pengajaran ini

berpandukan instrumen yang telah dibina. Pada hari Rabu, pengkaji telah menjalankan

analisis berdasarkan dapatan yang telah diperolehi dari kedua-dua pemerhatian awal.

Skor yang diperolehi oleh murid dijumlahkan. Murid yang mendapat skor 1 hingga 4

akan diletakkan dalam senarai sebagai responden. Pada hari Khamis, pengkaji telah

mencari idea untuk membina satu cerita berdasarkan tajuk ‘Bahan Tenggelam dan

Timbul’ dalam tunjang Sains. Pengkaji turut menyediakan ABM yang diperlukan

semasa bercerita. Pada hari Jumaat, pengkaji telah menjalankan sesi pengajaran tunjang

Sains menggunakan kaedah bercerita. Pengkaji turut menjemput guru prasekolah dan 2

orang guru pelatih untuk bertindak sebagai pemerhati. Mereka memerhatikan responden

34

Page 42: Kajian Tindakan Siti Marliyana

berdasarkan senarai semak yang telah diberikan. Setelah sesi pengajaran selesai,

pengkaji telah menjalankan temubual bersama respoden untuk mengetahui pandangan

mereka mengenai kaedah bercerita yang digunakan.

Jadual 5.3: Jadual Pelaksanaan Tindakan Minggu Ketiga

TARIKH/HARI

AKTIVITI RASIONAL CATATAN

18.07.2011

( Isnin)

- Menyusun hasil data dari setiap instrumen yang digunakan dengan lebih kemas.

- Menyemak kesahan instrumen-instrumen yang telah diguna pakai.

- Melakukan penambahbaikan terhadap instrumen sekiranya perlu.

- Data perlu disusun selepas diperolehi agar lebih kemas dan mudah untuk ditadbir.

Menyusun data

19.07.2011

( Selasa )

- Membina satu cerita berkaitan konsep Sains iaitu berkenaan dengan tajuk ‘Cuaca’

- Merancang aktiviti pengajaran berkaitan tajuk menggunakan kaedah bercerita.

- Menyediakan bahan-bahan ABM yang diperlukan semasa pengajaran.

- Perancangan terhadap tindakan perlu teliti agar tindakan yang dijalankan sistematik.

Merancang cerita

20.07.11( Rabu )

- Menjalankan satu sesi pengajaran seperti yang telah dirancangkan ke atas murid yang telah dikenal pasti sebagai responden.

- Membuat pemerhatian terhadap tahap tumpuan murid-murid tersebut dengan berpandukan senarai semak yang telah dibina.

- Pengajaran ini turut dirakam menggunakan kamera.

- Menjalankan temubual bersama murid berkaitan dengan sesi

- Pelaksanaan tindakan perlu dilengkapi dengan instrumen pengumpulan data supaya penilaian terhadap tindakan boleh dilakukan.

Pengajaran Sains menggunakan kaedah bercerita

35

Page 43: Kajian Tindakan Siti Marliyana

pengajaran yang telah berlangsung dan pendekatan bercerita yang telah dijalankan.

21.07.11( Khamis )

- Menjalankan temubual bersama guru dan PPM Prasekolah berkaitan sesi pengajaran yang telah diperhatikan sebelum ini.

- Soalan yang diajukan adalah bagi mendapatkan pendapat beliau apakah intervensi yang dijalankan berkesan untuk mengatasi masalah murid.

- Memperoleh data dari orang yang lebih berpengalaman adalah baik supaya data yang diperolehi lebih luas dan menyeluruh.

Temubual guru dan PPM Prasekolah

22.07.2011

( Jumaat )

- Menyusun hasil data dari setiap instrumen yang digunakan dengan lebih kemas.

- Menyemak kesahan instrumen-instrumen yang telah diguna pakai.

- Melakukan penambahbaikan terhadap instrumen sekiranya perlu.

- Data perlu disusun selepas diperolehi agar lebih kemas dan mudah untuk ditadbir.

Berdasarkan kepada Jadual 5.3 di atas, pada hari Isnin pengkaji telah menyusun segala

data yang telah diperolehi melalui instrumen-instrumen. Instrumen turut ditambahbaik

berdasarkan kepada nasihat yang telah diberikan oleh guru prasekolah. Pada hari Selasa,

pengkaji telah mencari idea untuk membina cerita menggunakan tajuk ‘Cuaca’ dalam

tunjang Sains. Pengkaji turut membina ABM yang diperlukan semasa bercerita. Pada

hari Rabu, pengkaji sekali lagi telah menjalankan satu sesi pengajaran menggunakan

kaedah bercerita. Guru prasekolah dan 2 orang guru pelatih telah dijemput untuk

bertindak sebagai pemerhati. Mereka akan memerhatika responden menggunakan set

senarai semak yang telah diberikan. Setelah sesi pengajaran berlangsung, pengkaji telah

menemubual responden bagi mengetahui perasaan dan pandangan mereka semasa guru

36

Page 44: Kajian Tindakan Siti Marliyana

mengajar menggunakan kaedah bercerita. Pada hari Khamis, pengkaji telah

menjalankan temubual bersama guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid bagi

mendapatkan pandangan mereka mengenai tindakan intervensi yang telah dijalankan.

Pada hari Jumaat, pengkaji telah menyusun semula data-data yang telah diperolehi

supaya lebih kemas dan teratur.

Jadual 5.4: Jadual Pelaksanaan Tindakan Minggu Keempat

TARIKH AKTIVITI

25.07.2011( Isnin)

- Menulis laporan untuk kajian.- Dimulai dengan merangka pendahuluan iaitu :a) Menghurai pengalaman P&P yang berkaitan fokusb) Menilai kembali pengalaman P&P berkaitan fokusc) Membincang secara mendalam andaian, nilai dan kepercayaand) Jurang antara nilai kepercayaan dengan amalan P&Pe) Kajian literatur

26.07.2011( Selasa )

- Merangka fokus kajian iaitu :a) Mengenalpasti isu keprhatinan yang berkaitan pengalaman pengkaji dan

relevan kepada keperluan muridb) Menilai fokus dari segi kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan dan

kawalan.c) Kolaborasid) Relevan kepada sekolahe) Peluang penambahbaikanf) Cara pengumpulan data awal

27.07.2011( Rabu )

- Menulis objekif kajian yang perlu mempunyai fokus, tindakan dan pencapaian tindakan.

- Menulis soalan kajian berdasarkan kepada objektif kajian.- Menulis tentang kumpulan sasaran kajian termasuk umur, jantina, nama dan

prestasi akademik.- Membina jadual pelaksanaan tindakan serta rasional untuk setiap tindakan- Merangka model kajian tindakan.- Menerangkan tentang cara pengumpulan data dilakukan.

28.07.2011( Khamis )

- Melakukan penganalisisan data berdasarkan data-data yang telah diperolehi. Data-data yang dianalisi perlu dapat menjawab soalan kajian yang telah

37

Page 45: Kajian Tindakan Siti Marliyana

dibina.

29.07.2011( Jumaat )

- Mengenalpasti dapatan kajian.- Memberikan idea tentang cadangan kajian seterusnya dari segi

penambahbaikan.

Berdasarkan kepada Jadual 5.4 di atas, minggu keempat adalah minggu di mana

pengkaji memfokuskan bidang kerja kepada kerja-kerja pelaporan awal kajian. Ini

penting agar data-data tidak tercicir lebih kemas. Pada hari Isnin, pengkaji telah

memberikan penekanan kepada penulisan pendahuluan dalam pelaporan. Pengkaji perlu

menyatakan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku yang

berkaitan dengan masalah yang ditemui. Pengkaji turut membincangkan dengan lebih

mendalam mengenai masalah yang telah berlaku. Selain itu, pengkaji perlu

menghubungkan masalah dan tindakan yang telah diambil dengan nilai-nilai yang

sepatutnya ada dalam diri guru dalam bidang pendidikan. Pada hari Selasa, pengkaji

menumpukan perhatian kepada penulisan fokus kajian. Pengkaji perlu menyatakan

apakah relevan masalah yang dikaji kepada keperluan murid. Selain itu, beberapa fokus

yang perlu diberi keutamaan dalam isu kajian adalah kebolehtadbiran, kebolehgunaan,

kepentingan dan kawalan dalam kajian. Pada hari Rabu, pengkaji memberikan perhatian

terhadap penulisan objektif dan soalan kajian. Objektif kajian perlu mempunyai 3 aspek

utama iaitu fokus, tindakan dan pencapaian yang diinginkan. Soalan kajian perlu berkait

rapat dengan objektif yang telah dibina. Selain itu, pengkaji turut membina jadual

pelaksanan tindakan yang menyerupai catatan jurnal pengkaji sendiri. Pada hari

Khamis, pengkaji telah menganalisis data-data yang diperolehi dengan terancang

menggunakan soalan-soalan kajian yang telah dibina. Pengkaji perlu memastikan data-

38

Page 46: Kajian Tindakan Siti Marliyana

data yang diperolehi berjaya menjawab soalan-soalan tersebut dengan berkesan. Pada

hari Jumaat, pengkaji membuat rumusan awal mengenai dapatan kajian berdasarkan

analisis yang telah dilakukan. Pengkaji turut memberikan beberapa cadangan

penambahbaikan untuk kajian seterusnya andai ia dijalankan.

39

Page 47: Kajian Tindakan Siti Marliyana

5.2 Reka Bentuk Kajian

Pengkajian ini mengaplikasikan model pengkajian ( Model Kurt Lewin, 1946 ) seperti

gambarajah berikut:

40

3. MERANCANG

- Merancang tindakan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah yang berlaku.

- Tindakan boleh berpandukan bahan-bahan rujukan dan kajian-kajian yang pernah dilakukan oleh individu lain.

2. TINJAUAN / PENCARIAN FAKTA

Melakukan pencarian melalui media cetak dan elektronik kajian-kajian lepas berkaitan masalah

1. MENGENALPASTI IDEA AWAL

Murid kurang tumpuan ketika sesi pengajaran tunjang Sains

4. MENGAMBIL LANGKAH TINDAKAN PERTAMA

- Melaksanakan tindakan yang telah dirancang iaitu menjalankan pengajaran tunjang Sains menggunakan pendekatan penceritaan semasa mengajar tunjang Sains

5. MENILAI

Penilaian terhadap keberkesanan tindakan melalui :

- Min dari skor yang diperoleh

- Temubual bersama murid, guru dan PPM Prasekolah

- Senarai semak

- Rakaman video

6. PEMBETULAN PERANCANGAN

Merancang tindakan yang baru sekiranya tindakan yang

terdahulu gagal mengatasi masalah

7. MENGAMBIL LANGKAH TINDAKAN KEDUA

Melaksanakan tindakan yang baru bagi menggantikan tindakan pertama

Rajah 5.2 : Prosedur Tindakan Berdasarkan Model Kurt Lewin 1946

Page 48: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Mengenalpasti Idea Awal

Pengkaji telah mengesan satu masalah di prasekolah Sekolah Kebangsaan Kuala

Tembeling iaitu murid-murid kurang memberikan tumpuan ketika sesi pengajaran

tunjang Sains dijalankan oleh guru. Mereka gemar bercakap-cakap dan tidak

memberikan perhatian terhadap apa yang diajar oleh guru di hadapan.

Tinjauan / Pencarian Fakta

Sebaik sahaja mengenalpasti masalah yang berlaku, pengkaji telah menjalankan

pencarian maklumat di internet mengenai tindakan yang boleh saya ambil untuk

mengatasi masalah yang berlaku. Pengkaji menjalankan pencarian tentang kajian-kajian

lepas yang pernah dilakukan oleh individu lain. Banyak kajian yang saya temui

mencadangkan pendekatan penceritaan sebagai salah satu kaedah untuk mengatasi

masalah kurangnya tumpuan murid di dalam bilik darjah. Pengkaji juga mencari

maklumat mengenai pendekatan penceritaan. Banyak pendapat yang diperolehi

mengenai kebaikan pendekatan bercerita dalam pengajaran di sekolah.

Merancang

Pengkaji telah merancang satu tindakan untuk mengatasi masalah yang telah

dikenalpasti iaitu melalui pendekatan penceritaan. Pengkaji merancang bagaimana

untuk melaksanakan tindakan ini. Pengkaji memilih satu tajuk dalam tunjang Sains di

prasekolah dan mereka bentuk satu slot pengajaran untuknya. Semasa pengajaran,

pengkaji akan mengaplikasikan pendekatan penceritaan ini untuk menyampaikan isi

pengajaran mengenai tunjang Sains. Semasa pengajaran juga, pengkaji akan

41

Page 49: Kajian Tindakan Siti Marliyana

memerhatikan keadaan murid, perasaan murid dan respon murid terhadap sesi

pengajaran.

Mengambil Langkah Tindakan Pertama

Setelah menetapkan masa, tempat dan kelas yang akan digunakan, pengkaji

menjalankan tindakan iaitu mengaplikasikan pendekatan penceritaan semasa mengajar.

Pengkaji menganggarkan masa untuk saya laksanakan tindakan ini adalah selama

sebulan.

Menilai

Pengkaji perlu menilai tindakan yang telah dilakukan untuk mengetahui tahap

keberkesanan tindakan bagi mengatasi masalah yang berlaku. Pengkaji menggunakan

beberapa instrumen penilaian iaitu pemerhatian awal, pemerhatian akhir, temubual

bersama responden, senarai semak yang telah dibina serta maklumat yang disampaikan

oleh guru pembimbing dan rakan guru pelatih. Semua data yang diperoleh dari

instrumen-instrumen di atas akan direkod untuk dianalisis.

Pembetulan Perancangan

Setelah semua data yang diperolehi dianalisis, ia akan menunjukkan keberkesanan

tindakan yang telah dijalankan. Sekiranya semua data membuktikan bahawa tindakan

yang dijalankan telah gagal untuk mengatasi masalah, pengkaji perlu merancang satu

tindakan baru bagi menggantikan tindakan terdahulu untuk mengatasi masalah yang

sama. Kelemahan dari tindakan pertama dapat diperbaiki dalam tindakan kedua untuk

memastikan masalah dapat diatasi.

42

Page 50: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Mengambil Langkah Tindakan Kedua

Setelah merancang tindakan yang baru, pengkaji boleh mengujinya kepada murid

mengikut perancangan yang telah dilakukan. Setelah tindakan dijalankan, proses akan

diulang kepada proses menilai seperti tindakan pertama

43

Page 51: Kajian Tindakan Siti Marliyana

6.0 CARA MENGUMPUL DATA

6.1 Pemerhatian

Menjalankan pemerhatian awal dan pemerhatian akhir

Pemerhatian awal dijalankan ketika sesi pengajaran Sains dijalankan oleh guru

menggunakan kaedah biasa. Guru akan mengenalpasti murid yang tidak memberikan

perhatian mengikut senggat masa tertentu. Murid yang dapat memberikan perhatian

sehingga tamat sesi pengajaran dan pembelajaran diberikan skor 3. Murid yang dapat

memberikan perhatian selama kurang dari 10 minit diberi skor 2 dan murid yang dapat

memberikan perhatian kurang dari 5 minit diberi skor 1. Pemerhatian awal akan

dijalankan sebanyak 2 kali. Skor pemerhatian awal dalam kedua-dua pemerhatian akan

dijumlahkan. Murid yang mendapat skor sebanyak 1 hingga 4 akan dimasukkan dalam

senarai responden.

Jadual 6.1 : Kriteria Pemilihan Skor

ITEM SKOR KRITERIA

15 minit 3 Murid dapat memberikan perhatian sehingga tamat sesi pengajaran iaitu lebih kurang 15 minit

Kurang 10 minit 2 Murid hanya dapat memberikan perhatian semasa pengajaran tidak lebih dari 10 minit

Kurang 5 minit 1 Murid hanya dapat memberikan perhatian semasa pengajaran tidak lebih dari 5 minit

Pemerhatian akhir dijalankan ketika sesi pengajaran Sains dijalankan oleh guru

menggunakan kaedah bercerita. Pengkaji menjemput 3 orang pemerhati bagi membantu

memerhati responden semasa guru mengajar. Skor yang sama seperti pemerhatian awal

digunakan. Semua pemerhati bertanggungjawab untuk meletakkan skor kepada

44

Page 52: Kajian Tindakan Siti Marliyana

responden. Setiap responden akan mempunyai 3 skor dalam satu pemerhatian. Skor

majoriti akan dipilih. Sebagai contoh, sekiranya 2 pemerhati meletakkan skor 3 kepada

responden dan seorang pemerhati meletakkan skor 2, maka skor 3 akan dipilih untuk

mewakili responden. Pemerhatian akhir telah dijalankan sebanyak 2 kali sama seperti

pemerhatian awal. Skor pemerhatian akhir dalam kedua-dua pemerhatian akan

dijumlahkan.

Gambar Foto Pemerhatian Awal [ Lampiran I(a) ]

Gambar Foto Pemerhatian Akhir [ Lampiran I(b) ]

6.2 Temubual

Temubual dijalankan kepada responden dan guru serta PPM prasekolah yang turut

memerhatikan sesi pengajaran.

Pengkaji menemubual responden dengan bertanyakan kepada mereka mengenai

perasaan mereka ketika sesi pengajaran. Selain itu pengkaji turut bertanya mengenai

perasaan responden terhadap kaedah pengajaran baru yang telah dijalankan. Pengkaji

juga menguji responden dengan bertanyakan mengenai apakah yang telah dipelajari dan

meminta responden menerangkan kembali beberapa isi pengajaran. Temubual bersama

responden dijalankan sebaik sahaja tamat sesi pengajaran bagi mengelakkan responden

terlupa sekiranya temubual ditangguhkan lama selepas pengajaran.

Pengkaji menemubual guru prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah

(PPM) berkaitan dengan keberkesanan kaedah yang dijalankan dalam pengajaran,

penambahbaikan yang boleh dicadangkan untuk memperbaiki kelemahan kaedah,

45

Page 53: Kajian Tindakan Siti Marliyana

pemerhatian guru semasa kaedah dijalankan di dalam kelas dan refleksi pengalaman

pengajaran guru sebelum intervensi ini dilakukan.

Transkripsi temubual bersama responden [ Lampiran III(a) ]

Transkripsi temubual bersama guru Prasekolah [ Lampiran III(b) ]

Transkripsi temubual bersama PPM Prasekolah [ Lampiran III(c) ]

6.3 Senarai Semak

Senarai semak telah dibina untuk memudahkan pengkaji menjalankan pemerhatian

dengan menyeluruh dan berkesan.

Pengkaji telah membina satu senarai semak dengan membahagikannya kepada beberapa

aspek agar lebih sistematik dan tidak bercelaru. Aspek-aspek yang perlu diberi

perhatian ialah tumpuan murid, tingkah laku murid, pemahaman murid dan cerita yang

disampaikan. 3 orang pemerhati akan dipilih untuk mengisi senarai semak ini.

Pemerhati perlu menandakan () pada item yang dilihat ada pada responden semasa

pengajaran guru, atau () pada item-item tidak dilihat pada responden. Satu ruang untuk

catatan turut disediakan sekiranya pengkaji mendapat maklumat tambahan mengenai

item melalui pemerhatian yang dijalankan.

Senarai Semak Pemerhatian Awal [ Lampiran II(a) ]

Senarai Semak Pemerhatian Akhir [ Lampiran II(b) ]

46

Page 54: Kajian Tindakan Siti Marliyana

6.4 Rakaman video

Rakaman video adalah sebagai bahan bantu yang digunakan semasa pengkaji

menjalankan pemerhatian dan temubual.

Sesi pengajaran yang dijalankan akan dirakam untuk mendapatkan gambaran yang jelas

mengenai keadaan responden. Pengkaji akan menyemak kembali rakaman yang telah

diambil untuk membina catatan lapangan rakaman video.

Sesi temubual bersama responden dan guru prasekolah turut akan dirakam. Ini bagi

membantu pengkaji sekiranya pengkaji sukar untuk menyalin jawapan yang diberikan

akibat kekangan masa. Pengkaji boleh menyemak kembali rakaman suara semasa

temubual untuk mengenalpasti jawapan yang telah diberikan oleh orang yang

ditemubual.

47

Page 55: Kajian Tindakan Siti Marliyana

7.0 KEPUTUSAN KAJIAN

7.1 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

7.1.1 Soalan Kajian 1 :

Adakah pendekatan penceritaan semasa pengajaran tunjang Sains dapat

meningkatkan tahap tumpuan murid prasekolah?

Analisis Skor Pemerhatian Awal

Jadual 7.1 : Senarai Semak Keseluruhan Pemerhatian Awal

BIL NAMASKOR

PEMERHATIAN 1

SKORPEMERHATIAN

2JUMLAH

SKOR1 Adibah Nasuha bt M. Supardi 3 3 62 Anum Zulaikha bt Za Ismadi 3 3 6*3 Azwa Sufia bt Amirudin

(R1)1 1 2

4 Kamarul Zahran bin Kamaruddin

3 3 6

5 Maidatul Wahyu bt Mohd Arif

3 3 6

6 Muhammad Aidil Iqwan bin Ahmad

3 2 5

*7 Muhammad Haziq Haikal bin Sazali (R2)

1 1 2

*8 Muhammad Nabil Iskandar bin Mohamad (R3)

2 2 4

*9 Muhammad Rafizi bin Mohamad Rodzi (R4)

2 2 4

*10 Nur Inshahridatul Atira bt Jamili (R5)

2 2 4

11 Shazleen Natasya bt Fadli 3 3 612 Wan Nur Asikin bt Wan

Abdul Razak2 3 5

13 Wan Nurul Azilah bt Wan Ibrahim

3 3 6

14 Alya Mardhiah bt Mohd Sanusi

3 3 6

48

Page 56: Kajian Tindakan Siti Marliyana

15 Arif Iskandar bin Za Ismadi 3 2 516 Haziq Hazlam bin Shamsul 3 3 6*17 Kamilia Zahirah bt

Kamaruddin (R6)2 2 4

*18 Mohammad Afiq Syukri bin Mat Zain (R7)

1 1 2

19 Muhammad Ikmal Haikal bin Zulfatah

3 2 5

*20 Muhammad Alim Mukhrizs bin Ramzan (R8)

2 2 4

*21 Muhammad Syakir Taufik bin Ibrahim (R9)

2 2 4

22 Nur Nadia Hazwani bt D. Isaimi

3 3 6

*23 Waizatul Ulumi bt Mohd Arif (R10)

1 2 3

*24 Nur Hiza Damia bt Zazali (R11)

1 1 2

Petunjuk :

* Murid yang mendapat skor 1-4 dan diletakkan sebagai responden

Berdasarkan kepada Jadual 7.1 di atas, seramai 24 orang murid telah diperhatikan dan

diberikan skor dalam dua pemerhatian awal yang dijalankan. Hasil daripada jumlah skor

antara kedua-dua pemerhatian awal ini, skor keseluruhan murid telah diperolehi.

Seramai sembilan orang murid dengan peratus sebanyak 36% telah mendapat skor 6.

20% orang murid dengan bilangan sebanyak lima orang telah mendapat skor 5. Enam

orang murid atau 24% telah mendapat skor 4. Seorang murid bersamaan dengan 4%

telah mendapat skor 3. Empat orang murid iaitu 16% mendapat skor 2. Tiada murid atau

0% yang mendapat skor 1. Peratus murid dalam skor 1 hingga 6 telah ditunjukkan pada

Rajah 7.1 di bawah :

49

Page 57: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Rajah 7.1 : Peratus Skor Murid Dalam Skor Pemerhatian Awal

Rajah 7.1 diatas menunjukkan murid yang mendapat skor 1 hingga 4 telah diletakkan

dalam senarai sebagai responden. 36% murid telah mendapat skor 6 pada pemerhatian

awal. 20% murid telah mendapat skor 5 dan 24% murid mendapat skor 4. 4% murid

telah mendapat skor 3 dan sebanyak 16% murid mendapat skor 2. Tiada murid yang

mendapat skor 1 pada pemerhatian awal. Ini bermaksud sebanyak 44% orang murid

telah disenarai sebagai responden dan akan dinilai semasa pemerhatian akhir.

50

636%

520%

424%

34%

216%

Peratus Murid Setiap Skor

Page 58: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Analisis Skor Pemerhatian Akhir

Rajah 7.2 : Skor Responden Semasa Pemerhatian Awal Dan Pemerhatian Akhir

Berdasarkan Rajah 7.2 histogram telah menunjukkan skor yang diperolehi oleh

responden semasa pemerhatian awal dan pemerhatian akhir. Histogram telah

menunjukkan bahawa kesemua sebelas responden telah menunjukkan peningkatan dari

segi skor mereka. Seramai enam orang responden telah mencapai sehingga ke skor

maksimum iaitu 6. Manakala 5 orang responden lagi telah memperoleh skor 5. Seramai

lima orang calon mencatat kadar peningkatan tertinggi iaitu pada kadar 3 skor. Empat

51

R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 R110

1

2

3

4

5

6

Skor Pemerhatian Awal

Skor Pemerhatian Akhir

Page 59: Kajian Tindakan Siti Marliyana

responden yang mendapat skor terendah pada pemerhatian awal iaitu 2 telah

menunjukkan kadar peningkatan skor yang tertinggi ke skor 5 pada pemerhatian akhir.

Hal ini disokong oleh kadar peningkatan min seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.3

di bawah :

Rajah 7.3 : Min Skor Bagi Pemerhatian Awal Dan Pemerhatian Akhir

Jumlah skor semua responden pada pemerhatian awal adalah 35 skor. Manakala jumlah

skor semua responden pada pemerhatian akhir pula adalah 61. Rajah 7.3 menunjukkan

min bagi skor responden pada pemerhatian awal adalah 3.18 dan min bagi skor

responden pada pemerhatian akhir adalah 5.45. Ini menunjukkan berlaku peningkatan

min skor sebanyak 2.27.

Dengan berlakunya peningkatan min maka kajian yang dijalankan ini didapati telah

berhasil untuk meningkatkan tahap tumpuan murid ketika pengajaran tunjang Sains di

kelas prasekolah. Tindakan yang dijalankan mempunyai kaitan yang sangat rapat

52

Pemerhatian Awal Pemerhatian Akhir0

1

2

3

4

5

6

3.18

5.45

Min Skor

Page 60: Kajian Tindakan Siti Marliyana

sehingga ia mampu untuk memberikan keputusan yang positif terhadap responden. Ini

dibuktikan melalui pekali korelasi yang telah ditunjukkan pada Jadual 7.2 dibawah :

Jadual 7.2 : Sisihan Piawai Bagi Skor Pemerhatian Awal Dan Akhir

Responden (X) ( Y )X –

Min XY –

Min Y(X –

Min X) 2

(Y –MinY

)2

(X - Min X)

(Y – Min Y)R1 2 5 -1.18 -0.45 1.392 0.203 0.531

R2 2 5 -1.18 -0.45 1.392 0.203 0.531

R3 4 6 0.82 0.55 0.672 0.303 0.451

R4 4 6 0.82 0.55 0.672 0.303 0.451

R5 4 6 0.82 0.55 0.672 0.303 0.451

R6 4 6 0.82 0.55 0.672 0.303 0.451

R7 2 5 -1.18 -0.45 1.392 0.203 0.531

R8 4 6 0.82 0.55 0.672 0.303 0.451

R9 4 6 0.82 0.55 0.672 0.303 0.451

R10 3 5 -0.18 -0.45 0.032 0.203 0.081

R11 2 5 -1.18 -0.45 1.392 0.203 0.531

JUMLAH 35 61 JUMLAH 9.632 2.833 4.911

MIN 3.18 5.45 SISIHAN PIAWAI 0.981 0.532

Pekali Korelasi (r) :

[ (X - Min X) (Y – Min Y) ]______________________

[ (n-1) (Sx) (Sy) ]

4.911_______________ = 0.94

53

Page 61: Kajian Tindakan Siti Marliyana

(10) (0.981) (0.532)

Julat pekali korelasi yang telah diperolehi dari Jadual 7.2 adalah 0.94. Ini menunjukkan

hubungan linear yang kuat dalam kajian ini. Angka 0.94 adalah angka yang semakin

hampir dengan julat pekali korelasi terkuat iaitu 1.0. Ini membuktikan bahawa kajian ini

menunjukkan perhubungan yang kuat antara skor responden pada pemerhatian awal dan

skor responden pada pemerhatian akhir. Tindakan yang dijalankan berupaya untuk

mengubah skor pemerhatian murid secara positif.

Gambar Foto Pemerhatian

Rajah 7.4 : Gambar Foto Pemerhatian Awal

Rajah 7.5 : Gambar Foto Pemerhatian Akhir

54

Page 62: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Rajah 7.4 dan Rajah 7.5 menunjukkan perbezaan keadaan murid ketika guru mengajar

tunjang Sains di dalam kelas. Rajah 5 menunjukkan keadaan murid semasa guru

mengajar tunjang Sains menggunakan kaedah biasa iaitu penerangan lisan dengan

bantuan kad gambar. Rajah 6 menunjukkan keadaan murid semasa guru mengajar

tunjang Sains menggunakan kaedah bercerita. Dalam Rajah 7.4, gambar foto

menunjukkan ada murid yang tidak memandang guru dan bergurau dengan rakan. Ada

juga murid yang memusingkan badan ke arah kawan dan memegang tangan rakannya

itu. Berbeza dengan Rajah 7.5, gambar foto menunjukkan semua murid memandang ke

arah guru dan memberikan perhatian.

Temubual Bersama Responden

Soalan : Apakah yang kamu belajar sebentar tadi?

Jadual 7.3 : Data Temubual Bersama Responden (soalan 1)RESPONDEN RINGKASAN JAWAPAN KOD

1 Batu dan sudu tenggelam dalam air. 12 Buang batu dalam air. Batu tenggelam. Sudu juga

tenggelam. Layang-layang atau plastik timbul.2

3 Baling batu. Batu tenggelam dalam air. 14 Batu tenggelam, sudu pun tenggelam. Yang timbul itik dan

plastik.2

5 Cik Nab baling batu dalam air. Batu tenggelam. Dia baling sudu pun tenggelam. Dia bermain layang-layang. Layang-layang die jatuh. Itik tolong ambil. Itik dan layang-layang tenggelam.

3

6 Cik Nab jalan-jalan. Dia terjumpa batu. Dia baling batu. Batu tenggelam. Itik timbul. Itik tolong Cik Nab.

2

7 Tenggelam dan timbul. Bahan tenggelam batu dan sudu. Bahan yang timbul plastik dan itik.

2

8 Cik Nab baling batu. Batu tenggelam. Itik tolong dia ambil layang-layang. Layang-layang itu plastik. Plastik timbul dalam tasik.

3

55

Page 63: Kajian Tindakan Siti Marliyana

9 Baling batu. Batu tenggelam. 110 Batu tenggelam dalam air sebab Cik Nab baling. Bila Cik

Nab habis makan, dia baling sudu. Sudu pun tenggelam.2

11 Cik Nab baling batu. Batu tenggelam 1

Penentuan Kod :

KOD KRITERIA

1 Menyatakan bahan yang tenggelam atau bahan yang timbul

2 Menyatakan bahan yang tenggelam dan bahan yang timbul

3 Menyatakan bahan yang tenggelam dan timbul dan menggunakan cerita yang

didengari sepenuhnya

Berdasarkan kepada Jadual 7.3 di atas, satu temubual telah dilaksanakan kepada semua

responden. Satu soalan iaitu “Apakah yang kamu belajar sebentar tadi?” telah disoal

kepada semua responden. Jawapan-jawapan responden telah diringkaskan dan telah

dikategorikan mengikut kod-kod seperti yang ditunjukkan.

Kod 1 adalah jawapan yang kurang lengkap. Responden hanya menyatakan salah satu

antara bahan yang tenggelam atau bahan yang timbul. Kod 2 diberikan apabila murid

menyatakan dengan lengkap bahan yang tenggelam dan bahan yang timbul namun tidak

menggunakan cerita yang telah disampaikan. Manakala kod 3 diberikan kepada

responden yang memberikan jawapan yang lengkap iaitu mengandungi bahan yang

tenggelam dan timbul serta menggunakan cerita yang telah disampaikan dengan baik.

Sebanyak empat orang responden telah mendapat kod 1 melalui jawapan mereka

kepada soalan. Sebanyak lima orang responden telah mendapat kod 2 dan dua orang

responden telah mendapat kod 3. Ini menunjukkan bahawa 7 dari 11 orang responden

telah berjaya menyatakan bahan yang timbul dan tenggelam dengan lengkap. 4 orang

56

Page 64: Kajian Tindakan Siti Marliyana

responden lagi telah menjawab hanya salah satu daripada bahan yang tenggelam atau

bahan yang timbul.

Responden kelima (R5) dan kelapan (R8) telah dapat menyatakan bahan yang

tenggelam dan bahan yang timbul dengan lengkap. Mereka juga turut mengulang

kembali cerita yang telah disampaikan oleh guru.

Peratus murid mengikut jawapan yang diberikan telah ditunjukkan dalam Rajah 7.6 di

bawah :

Rajah 7.6 : Peratus Responden Mengikut Jawapan (soalan 1)

Temubual Bersama Guru dan PPM Prasekolah

Jadual 7.4 : Data Temubual Bersama Guru dan PPM Prasekolah

ITEM PEMERHATI JAWAPAN

PerhatianMurid

Pn Safinaz Memang murid telah memberikan pehatian sepenuhnyaMurid lebih lama dapat memberikan perhatian terhadap aktiviti yang dijalankan.

Pn HidayuSemua melihat kamu di hadapan kelasYa. Semua memberikan perhatianSemua suka tengok kamu berceritaTerutama Haziq Haikal. Boleh bagi perhatianMurid yang sebelum ini kurang beri perhatian

57

Kod 1 Kod 2 Kod 305

101520253035404550

36.4

45.5

18.2

Peratus Responden (%)

Peratus Responden (%)

Page 65: Kajian Tindakan Siti Marliyana

sudah boleh beri perhatianBerkesan Pn Safinaz Ya. Amat baik sekali dan sangat berkesan

Pn Hidayu Ya. Sangat berkesan sekali

Berdasarkan kepada Jadual 7.4 bagi item ‘perhatian’, ia banyak digunakan oleh kedua-

dua pemerhati ini. Guru prasekolah menyatakan murid telah memberikan perhatian dan

menyatakan murid lebih lama memberikan perhatian untuk menjawab soalan mengenai

perubahan yang diperhatikan. PPM pula banyak menyatakan bahawa murid

memberikan perhatian kepada guru. Beliau ada menggunakan perkataan ‘tengok’ dalam

ayat ‘Semua suka tengok kamu bercerita’. Ia bagi menggambarkan bahawa semua

murid memberi perhatian ketika guru bercerita.

Bagi item ‘berkesan’, ia ada digunakan oleh kedua-dua pemerhati ketika menjawab

soalan adakah intervensi yang dilakukan berkesan. Kedua-duanya menjawab ‘sangat

berkesan’.

Rakaman Video

Jadual 7.5 : Catatan Lapangan Analisis Rakaman Video (tumpuan)

Tarikh : 15 Julai 2011Masa : 9 pagi hingga 9.20 pagi

ASPEK CATATANTUMPUAN MURID

1. Semua murid menumpukan perhatian dengan mendengar cerita yang disampaikan.

2. Murid menunjukkan keseronokan semasa mendengar cerita.

3. Murid mempunyai

1. Semua murid menumpukan perhatian. Semua mata melihat ke arah Cik Nab (ke arah guru).

2. Mereka ketawa apabila guru mengaplikasikan unsur kecindan ketika bercerita.

3. Jika mereka tidak dapat melihat watak, mereka akan berusaha untuk dapat melihat watak. Sebagai contoh apabila Cik Nab sedang membeli makanan dari seorang murid yang diminta untuk berlakon, semua murid bangun untuk melihat ke arah murid tersebut.

58

Page 66: Kajian Tindakan Siti Marliyana

4. Apabila Cik Nab bermain layang-layang ke kiri dan kanan, mata murid mengikut pergerakan layang-layang tersebut.

5. Pada akhir cerita, itik telah membantu Cik Nab untuk mengambil layang-layangnya, semua murid bertepuk tangan sambil menyebut “Yey..”.

minat terhadap watak dalam cerita.

4. Pandangan semua murid adalah kepada guru.

Senarai Semak Pemerhatian

Senarai semak telah diberikan kepada 3 pemerhati yang dijemput untuk membantu

sebagai pemerhati semasa pemerhatian akhir dijalankan. Pemerhati-pemerhati telah

diberikan satiu senarai semak. Mereka telah menanda senarai semak tersebut sama ada

bersetuju atau tidak item yang telah dinyatakan berlaku semasa pengkaji menjalankan

pengajarannya. Pemerhati juga boleh mencatat apa sahaja yang berkaitan dengan apa

yang diperhatikan dalam ruangan catatan pemerhati.

Jadual 7.6 : Analisis Senarai Semak Pemerhatian (tumpuan)

ITEM JAWAPAN CATATAN PEMERHATI

TINGKAH LAKU MURID1. Murid diam dan

menumpukan perhatian

- 3 pemerhati setuju

2. Riak muka murid kelihatan gembira

- 3 pemerhati setuju a) Hampir semua responden dapat tumpukan perhatian

b) Murid gembira dan ketawa3. Turut sama melakukan

pergerakan seperti dalam cerita yang disampaikan

- 3 pemerhati setuju a) Murid mengajuk bunyi watak yang diceritakan

TUMPUAN MURID1. Memberi tumpuan

ketika cerita disampaikan

- 3 pemerhati setuju a) Murid sangat teruja dengan cerita yang disampaikan

b) Murid ada rasa ingin tahu untuk mendengar cerita seterusnya

59

Page 67: Kajian Tindakan Siti Marliyana

2. Kerap bertanya tentang cerita

- 3 pemerhati setuju

3. Menyambung cerita yang disampaikan oleh guru

- 3 pemerhati setuju

4. Berkongsi pengalaman berkaitan cerita dengan guru

- 3 pemerhati setuju a) Murid mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka

b) Murid berkata ‘makan arnab yang dimasak’

5. Memberi idea-idea berkaitan cerita yang disampaikan

- 3 pemerhati setuju

6. Boleh melakukan simulasi bersama-sama guru dalam cerita

- 3 pemerhati TIDAK setuju

Tiada aktiviti simulasi yang dijalankan

PEMAHAMAN MURID1. Menjawab soalan lisan

dengan betul- 3 pemerhati setuju a) Murid dapat menjawab

pertanyaan guru dengan baik2. Boleh menerang

kembali cerita yang didengari

- 3 pemerhati setuju

Pengkaji telah menjalankan triangulasi data melalui skor pemerhatian awal dan akhir,

temubual bersama responden, guru dan PPM Prasekolah, catatan lapangan rakaman

video dan senarai semak.

60

Page 68: Kajian Tindakan Siti Marliyana

7.1.2 Soalan Kajian 2 :

Bagaimanakah reaksi murid apabila guru menjalankan kaedah bercerita?

Rakaman Video

Jadual 7.7 : Catatan Lapangan Analisis Rakaman Video (reaksi)

Tarikh : 15 Julai 2011Masa : 9 pagi hingga 9.20 pagi

ASPEK CATATANREAKSI MURID

1. Mimik muka murid kelihatan sangat gembira ketika mendengar cerita.

2. Murid memberikan respon setiap kali watak berkomunikasi dengan mereka.

3. Murid memberikan kerjasama apabila diminta untuk berlakon.

4. Murid menyebut perkataan yang sesuai dengan isi pengajaran ketika mendengar cerita.

5. Murid boleh berkongsi pengalaman dengan guru.

6. Murid boleh menjawab soalan lisan yang diberikan oleh guru.

1. Apabila Cik Nab diperkenalkan, semua menjerit “Waaah!”. Reaksi muka mereka kelihatan sangat gembira.

2. Cik Nab berkata “Hai kawan-kawan”. Semua murid menjawab “Hai”. Kemudian Cik Nab berkata “Nak dengar tak cerita saya?”. Semua murid menjawab “Nak”.

3. Guru meminta seorang responden untuk berlakon sebagai ayam. Dia telah membuat bunyi “kok kok kok”.

4. Guru meminta semua murid bertanya kepada Cik Nab mahu berjalan kemana. Semua murid bertanya, “Cik Nab nak jalan ke mana?”.

5. Apabila Cik Nab membaling batu ke dalam air, seorang responden berkata “Tenggelam!”.

6. Guru meminta seorang murid berlakon sebagai peniaga yang menjual makanan. Murid tersebut menjual nasi lemak dan memberitahu harganya kepada Cik Nab.

7. Semasa guru sedang bercerita, ada murid menyebut “Dekat belakang rumah saya ada arnab”. Seorang responden pula menyebut “Saya makan arnab”.

8. Guru bertanya boleh atau tidak membuang sudu di dalam tasik. Beberapa orang murid menjawab “Tidak boleh. Nanti kotor”.

61

Page 69: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Temubual Bersama Responden

Soalan : Kenapa kamu seronok semasa belajar tadi?

Jadual 7.8 : Data Temubual Bersama Responden RESPONDEN RINGKASAN JAWAPAN KOD

1 Seronok. Ada arnab. 42 Seronok. Sebab cikgu cerita. 33 Sebab cikgu suka cerita. 34 Sebab lucu. 25 Sebab cikgu cerita pasal Cik Nab. 36 Sebab cikgu kelakar. 27 Seronok sebab cikgu berlakon. 38 Ada Cik Nab dengan Kimi. 49 Seronok. 110 Sebab nak ketawa. 211 Suka cerita. 3

Penentuan Kod :

KOD KRITERIA1 Tiada sebab2 Kelakar/lucu3 Suka tengok guru bercerita4 Ada Cik Nab (watak dalam cerita)

Melalui temubual yang dijalankan ke atas responden, 9 daripada 10 responden telah

menyatakan bahawa mereka seronok mendengar cerita yang disampaikan oleh guru

dengan pelbagai sebab. Seramai 2 orang responden telah menjawab mereka berasa

seronok semasa belajar kerana adanya Cik Nab dan Kimi iaitu watak yang digunakan

oleh pengkaji dalam cerita. Seramai 3 orang responden berasa seronok ketika belajar

kerana merasakan guru sangat kelakar. Majoriti responden iaitu seramai lima orang

telah berada dalam kod 3 iaitu mereka berasa seronok ketika belajar kerana guru

bercerita kepada mereka.

62

Page 70: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Senarai Semak Pemerhatian

Jadual 7.9 : Analisis Senarai Semak Pemerhatian (tingkah laku)

ITEM JAWAPAN CATATAN PEMERHATI

TINGKAH LAKU MURID1. Murid diam dan

menumpukan perhatian

- 3 pemerhati setuju

2. Riak muka murid kelihatan gembira

- 3 pemerhati setuju a) Hampir semua responden dapat tumpukan perhatian

b) Murid gembira dan ketawa3. Turut sama melakukan

pergerakan seperti dalam cerita yang disampaikan

- 3 pemerhati setuju a) Murid mengajuk bunyi watak yang diceritakan

Berdasarkan kepada Jadual 7.9, 3 pemerhati telah bersetuju bahawa murid telah

menunjukkan riak muka yang gembira. Mereka menyatakan bahawa murid ketawa dan

menumpukan perhatian semasa guru mengajar. 3 Pemerhati juga bersetuju bahawa

murid turut sama melakukan pergerakan seperti dalam cerita dan mengajuk bunyi

haiwan dalam cerita.

Pengkaji telah menjalankan triangulasi data menggunakan catatan lapangan rakaman

video, temubual bersama responden dan senarai semak.

63

Page 71: Kajian Tindakan Siti Marliyana

7.1.3 Soalan Kajian 3 :

Bagaimana pendekatan penceritaan diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran tunjang Sains di kelas prasekolah?

Senarai Semak Pemerhatian

Jadual 7.10 : Analisis Senarai Semak Pemerhatian (penyampaian cerita)

ITEM JAWAPAN CATATAN PEMERHATI

CERITA1. Ringkas, padat dan

bermakna- 3 pemerhati setuju

2. Mudah untuk difahami oleh murid

- 3 pemerhati setuju a) Ayat yang mudah digunakan sesuai dengan umur murid

3. Isi cerita setara dengan isi pelajaran

- 3 pemerhati setuju a) Cerita berkaitan dengan bahan tenggelam (batu&sudu), bahan timbul (plastik&itik)

4. Menarik minat murid untuk mendengar

- 3 pemerhati setuju a) Murid bersemangat dan kelihatan seronok

5. Menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai

- 3 pemerhati setuju a) Alat bantu mengajar yang sesuai dan maujud sangat membantu P&P yang dilaksanakan

b) Alat yang sesuai dengan isi pelajaran yang ingin disampaikan

6. Mempunyai plot cerita yang sesuai

- 3 pemerhati setuju a) Susunan cerita yang teratur

7. Murid mendapat input tentang isi pengajaran dari cerita yang disampaikan

- 3 pemerhati setuju

64

Page 72: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Temubual Bersama Responden

Soalan : Kenapa kamu seronok semasa belajar tadi?

Rajah 7.7 : Peratus Responden Mengikut Jawapan

Rajah 7.7 menunjukkan peratus responden berdasarkan jawapan kepada soalan “Kenapa

kamu seronok belajar tadi?”. Sebanyak 27.3% responden telah menyatakan mereka

berasa seronok ketika belajar kerana melihat guru yang kelakar atau lucu. Ia disebabkan

oleh guru yang mengaplikasikan unsur kecindan semasa bercerita bagi menarik

perhatian murid.

Temubual Bersama Guru dan PPM Prasekolah

Jadual 7.11 : Data Temubual Bersama Guru dan PPM Prasekolah

ITEM PEMERHATI JAWAPAN

Penambahbaikan terhadap tindakan

Pn Safinaz Perlu membuat penambahbaikan dari segi penglibatan murid, kepekaan terhadap reaksi dan jawapan yang diberikan oleh murid dan penekanan nilai-nilai murni kepada murid semasa sesi pengajaran.

Pn Hidayu Perlu membuat penambahbaikan dari segi

65

Tiada Sebab Lucu Suka Lihat Guru

Bercerita

Ada Watak Dalam Cerita

05

101520253035404550

9

27.3

45.5

18.2

Peratus Responden (%)

Peratus Responden (%)

Page 73: Kajian Tindakan Siti Marliyana

kepelbagaian watak, kepelbagaian suara dalam watak serta penyediaan pentas untuk memudahkan guru bercerita.

Pengkaji telah menjalankan triangulasi data menggunakan senarai semak pemerhatian,

temubual bersama responden dan temubual bersama guru dan PPM Prasekolah.

7.2 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

7.2.1 Soalan Kajian 1:

Adakah pendekatan penceritaan dapat meningkatkan tahap tumpuan murid

dalam bilik darjah?

Aspek penumpuan murid di dalam kelas adalah satu aspek yang penting yang

perlu dilihat dalam kajian ini. Pemerhatian awal telah dijalankan di mana seramai 11

orang murid telah dikesan kurang penumpuan ketika guru mengajar. Kebanyakan skor

yang diperolehi oleh 11 orang murid ini ialah 2, 3 dan 4 berdasarkan dua pemerhatian

awal yang telah dijalankan. Seorang daripada responden yang dikenal pasti mempunyai

masalah suka menganggu rakan-rakan di dalam kelas. Ini menyebabkan rakan-rakannya

turut tidak memberikan perhatian dan mengalihkan tumpuan terhadap murid tersebut.

Kesemua responden yang telah dikenal pasti ini mempunyai tingkah laku seperti tidak

memandang kea rah guru ketika sesi pengajaran, bercakap-cakap dengan rakan yang

lain, melakukan tingkah laku peribadi seperti membuka tudung. Ini menunjukkan

masalah tumpuan murid sememangnya berlaku dan dalam pelbagai keadaan.

Pada pemerhatian akhir, 3 orang pemerhati telah dijenput untuk melihat

keadaan murid berpandukan senarai semak yang telah disediakan. Melalui jumlah skor

66

Page 74: Kajian Tindakan Siti Marliyana

yang telah dicapai oleh murid, telah berlaku peningkatan sebanyak 26 skor iaitu dari 35

skor dari pemerhatian awal kepada 61 skor pada pemerhatian akhir. Min skor juga turut

meningkat sebanyak 2.27 dari 3.18. Berdasarkan kepada peratus skor yang diperoleh

semasa pemerhatian akhir, semua responden mencatat skor antara 5 dan 6 berbanding 2,

3 dan 4 sebelum ini. 45% responden telah mendapat skor 5 dan 55% skor telah

mendapat skor 6. Hasil dapatan ini jelas menunjukkan bahawa berlaku peningkatan

dalam tahap tumpuan murid apabila kaedah bercerita diaplikasikan dalam sesi

pengajaran tunjang Sains. Kaedah yang dijalankan ini berkesan untuk meningkatkan

tahap tumpuan murid sehingga mereka dapat menunjukkan peningkatan terhadap skor

yang diperolehi dari sebelumnya. Ini kerana kesemua responden yang telah dipilih telah

menunjukkan peningkatan dalam skor. Kesemua dari mereka mencatat peningkatan

pada kadar 2 dan 3 skor.

Julat pekali korelasi telah didapati berada pada nombor positif. Ini

menunjukkan bahawa maka nilai skor responden pada pemerhatian awal telah berubah

secara positif pada skor pemerhatian akhir. Skor yang diperolehi oleh semua responden

sememangnya meningkat sebanyak 2 dan 3 skor pada pemerhatian akhir. Ini

menunjukkan bahawa tindakan yang dijalankan telah berjaya untuk meningkatkan skor

pemerhatian responden.

Keadaan murid ketika sesi pengajaran dalam pemerhatian awal sangat

berbeza dengan keadaan murid ketika pemerhatian akhir. Ini kerana, ketika sesi

pengajaran menggunakan kaedah bercerita dijalankan pada pemerhatian akhir, semua

murid menumpukan perhatian dan mendengar apa yang diceritakan oleh guru dengan

tekun seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.5. Mata mereka sentiasa memandang ke

67

Page 75: Kajian Tindakan Siti Marliyana

arah guru berbanding pengajaran sebelumnya yang dapat dilihat dalam Rajah 7.4.

Murid dilihat tidak menumpukan perhatian dan memandang rakan mereka sambil

melakukan sesuatu. Ini jelas menunjukkan berlaku perubahan terhadap penumpuan

murid di dalam bilik darjah apabila guru menggunakan kaedah bercerita.

Guru telah menjalankan temubual terhadap kesemua responden dengan

soalan “Apakah yang kamu belajar sebentar tadi?”, Soalan yang diberikan ini adalah

bagi mengetahui sama ada berlaku peningkatan dalam pemahaman murid terhadap isi

pengajaran. Jika mereka boleh menjawab dengan baik ini bermaksud mereka

mendengar apa yang diajar oleh guru. Temubual telah dijalankan kepada 11 orang

responden. Pengkaji telah bertanya mereka soalan iaitu “Apakah yang kamu belajar

sebentar tadi”. Seramai 7 orang iaitu 45% dari responden telah dapat menjawab isi

pengajaran dengan lengkap dan memenuhi kriteria jawapan yang dikehendaki dan

diletakkan dalam kod 2. Mereka telah memberikan jawapan yang lengkap dengan

menyatakan bahan yang tenggelam dan bahan yang timbul seperti di bawah :

S : Apakah yang kamu belajar sebentar tadi?J : Buang batu dalam air.S : Lagi?J : Batu tenggelam.S : Apa lagi yang tenggelam?J : Sudu.S : Benda yang timbul?J : Layang-layang.S : Layang-layang tu apa?J : Mmmm…plastik.

Buang batu dalam air. Batu tenggelam. Sudu juga tenggelam. Layang-layang atau plastik timbul.

Murid tahu bahan yang tengelam dan bahan yang timbul

Seramai 2 orang responden iaitu 18.2% dapat menjawab dengan sangat

lengkap iaitu mereka dapat menggunakan kembali cerita yang telah didengari untuk

memberi jawapan terhadap soalan seperti contoh jawapan responden di bawah :

68

Page 76: Kajian Tindakan Siti Marliyana

S : Apa yang kamu belajar sebentar tadi?J : Cik Nab bangun pagi. Jalan-jalan.S : Lepas dia jalan-jalan?J : Cik Nab buang batu dalam air.S : Batu jadi apa?J : Aaaa..(berfikir)..tenggelam.S : Siapa yang tolong Cik Nab?J : Mmmmm..itik.S : Tolong apa?J : Tolong ambil layang-layang. Layang-layang timbul.S : Layang-layang tu apa?J : Mmmm..plastik.

Cik Nab bangun pagi dan berjalan-jalan. Cik Nab baling batu. Batu tenggelam. Itik tolong dia ambil layang-layang. Layang-layang itu plastik. Plastik timbul dalam tasik

Murid tahu bahan yang tenggelam dan bahan yang timbul serta menggunakan cerita yang didengari.

Seramai 4 orang responden lagi telah mendapat kod 1. Mereka tidak dapat

menjawab soalan dengan lengkap seperti yang ditetapkan. Ini mungkin disebabkan oleh

beberapa faktor. Pertama faktor umur. Responden ke sebelas (R11) adalah berumur 4

tahun. Dia tidak dapat menjawab soalan dengan lengkap oleh kerana tahap penguasaan

bahasanya yang amat terhad. Kemahiran pertuturannya juga masih belum pada tahap

yang baik. Kedua ialah faktor tahap perkembangan murid. Ada murid yang berkembang

dengan cepat dan ada murid yang lambat. Ia bergantung kepada individu itu sendiri.

Maka, 3 orang responden lagi iaitu R1, R3 dan R9 berkemungkinan besar tidak dapat

menyatakan isi pelajaran walaupun mereka menumpukan perhatian kerana

perkembangan akademik mereka yang lemah.

Peratus responden yang memberikan jawapan dalam kategori Kod 1 adalah

36.4%. Jawapan yang diberikan responden ini adalah tidak lengkap seperti di bawah :

S : Apakah yang kamu belajar sebentar tadi?J : Batu tenggelam dalam air.S : Lagi?J : Mmmmm…S : Apa lagi yang tenggelam?

Batu dan sudu tenggelam dalam air.

Tidak menyatakan bahan yang timbul.

69

Page 77: Kajian Tindakan Siti Marliyana

J : Sudu.S : Lagi?J : ……………..

Pengkaji telah bertanya mengenai apakah yang mereka dapat perhatikan

semasa guru mengajar. Guru prasekolah telah menyatakan bahawa beliau telah

mendapati bahawa guru telah menjalankan satu sesi pengajaran yang menyeronokkan.

Beliau turut menyatakan bahawa guru sangat kreatif. PPM pula menyatakan bahawa

beliau telah melihat semua murid gembira semasa belajar dan merasakan guru telah

melakukan satu perubahan yang baik. Terdapat satu ayat yang diberikan oleh PPM iaitu

“Ada yang sampai ternganga mulut” seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:

SOALAN JAWAPAN RINGKASAN CATATANApa yang cikgu dapat perhatikan semasa saya mengajar sebentar tadi?

Saya lihat semua murid gembira. Semua melihat kamu di hadapan kelas. Ada yang sampai ternganga mulut. Saya rasa kamu sudah lakukan satu perubahan yang baik.

Semua murid gembira dan melihat guru di hadapan. Guru telah melakukan perubahan yang baik.

Semua murid gembira apabila guru mengajar menggunakan kaedah bercerita. Mereka menumpukan perhatian. Guru telah membawa perubahan yang baik.

Berdasarkan jadual, PPM telah berkata sedemikian untuk menggambarkan

keadaan di mana murid menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Pengkaji

bertanya pula sama ada murid dilihat seronok semasa sesi pengajaran. Guru prasekolah

telah menyatakan bahawa semua murid seronok dan memberi respon terhadap

pengajaran. Manakala PPM pula berkata “Ya. Semua suka tengok kamu bercerita”.

Soalan seterusnya adalah mengenai adakah murid memberikan perhatian

semasa guru mengajar. Guru prasekolah menyatakan bahawa murid telah memberikan

perhatian sepenuhnya ketika guru mengajar. Mereka membuat pelbagai aksi mengikut

70

Page 78: Kajian Tindakan Siti Marliyana

cerita dan memberi respon terhadap guru. PPM pula menjawab murid yang nakal turut

memberikan perhatian. Murid yang nakal yang dimaksudkan oleh PPM ialah seorang

daripada 11 responden iaitu Haziq Haikal seperti dalam jadual :

SOALAN JAWAPAN RINGKASAN CATATANAdakah murid memberikan perhatian semasa saya mengajar?

Ya. Semua memberikan perhatian. Yang nakal-nakal pun diam je bila tengok kamu bercerita. Terutama Haziq Haikal. Boleh bagi perhatian. Sebelum ini jangan harap nak suruh dia diam. Kalau diam pun sekejap je.

Semua murid memberikan perhatian terutama murid yang nakal.

Semua murid memberikan perhatian. Seorang responden iaitu Haziq Haikal adalah responden yang menunjukkan perubahan yang amat ketara.

Soalan seterusnya yang diajukan ialah mengenai perubahan yang dapat

diperhatikan sebelum dan selepas intervensi. Guru prasekolah dan PPM telah

memberitahu bahawa perubahan yang dapat diperhatikan ialah murid lebih lama dapat

memberikan perhatian semasa sesi pengajaran. Mereka sependapat bahawa perubahan

yang ketara dapat diperhatikan dari aspek tumpuan murid.

Ia dapat menjelaskan sebab mengapa jumlah skor yang diperolehi responden

meningkat. Menurut Isabelle (2007) murid yang mendengar cerita akan menggunakan

imaginasi, pengalaman aktif dan penambahan pengetahuan. Pengalaman aktif dan

penambahan pengetahuan yang dimaksudkan mendorong murid untuk membuat aksi

dan memberi pendapat.

Pengkaji telah mendapati bahawa semua murid melihat ke hadapan kelas dan

semua mata tertumpu kepada watak dalam cerita yang disampaikan iaitu boneka arnab

yang bernama ‘Cik Nab’. Sekiranya mereka tidak dapat melihat watak dengan jelas,

mereka akan berusaha pelbagai cara agar dapat melihat watak seperti bangun dari

71

Page 79: Kajian Tindakan Siti Marliyana

duduk. Terdapat satu kaedaan di mana watak perlu bermain layang-layang, pengkaji

telah mendapati pandangan murid mengikut layang-layang tersebut ke kiri dan ke

kanan. Ini amat menunjukkan bahawa tumpuan murid tidak terjejas apabila pendekatan

bercerita digunakan oleh guru semasa mengajar tunjang Sains. Hasil dapatan ini

disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Mastura dan rakan-rakan (2009) yang

mengatakan bahawa kaedah penceritaan yang digunakan oleh guru secara tidak

langsung dapat menerapkan kecekapan mendengar maklumat dengan baik yang mana

memerlukan pelajar fokus terhadap cerita yang disampaikan oleh guru.

Melalui analisis senarai semak, ketiga-tiga pemerhati yang dijemput telah

bersetuju bahawa murid sememangnya memberikan tumpuan ketika guru mengajar

menggunakan kaedah bercerita. Mereka mengatakan bahawa murid sangat teruja

dengan cerita yang disampaikan dan mempunyai rasa ingin tahu untuk mendengar cerita

selanjutnya. Ini terbukti seperti dalam catatan lapangan rakaman video bahawa ada

murid yang bertanya mengenai cerita seterusnya kepada guru.

Hasil dari kajian ini juga mendapati bahawa murid yang paling nakal di

dalam kelas juga sudah boleh memberikan perhatiannya kepada guru semasa pengajaran

tunjang Sains dijalankan menggunakan kaedah bercerita. Ia dinyatakan sendiri oleh

PPM Prasekolah yang amat gembira apabila murid ini yang juga terpilih dalam senarai

11 responden sudah boleh memberikan tumpuan. Pengkaji sendiri bersetuju dengan

kenyataan tersebut kerana melalui pemerhatian di dalam rakaman video, murid tersebut

jelas memandang ke arah guru dan tidak bergerak sesuka hati seperti sebelumnya. Ayat

dari PPM prasekolah yang menyatakan bahawa “ada yang sampai ternganga mulut”,

72

Page 80: Kajian Tindakan Siti Marliyana

jelas menunjukkan bahawa semua murid menumpukan sepenuh perhatian ketika guru

mengajar.

7.2.2 Soalan Kajian 2 :

Bagaimanakah reaksi murid apabila guru menjalankan kaedah bercerita?

Kesemua responden mempamerkan reaksi muka yang gembira sepanjang sesi

pengajaran berlangsung. Namun reaksi muka murid sentiasa berubah-ubah mengikut

plot cerita yang disampaikan. Melalui catatan lapangan rakaman video, pengkaji

mendapati bahawa apabila berlaku sesuatu terhadap watak, reaksi murid tiba-tiba akan

menjadi seperti terkejut. Apabila dalam keadaan biasa, semua murid akan gembira dan

ketawa. Ini menunjukkan bahawa pengajaran menggunakan kaedah penceritaan berjaya

memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid.

Reaksi murid juga boleh dilihat apabila ada murid yang berkongsi

pengalaman bersama guru berkaitan dengan cerita yang disampaikan. Melalui catatan

lapangan rakaman video, pengkaji mendapati terdapat banyak reaksi yang telah

diberikan oleh murid ketika guru sedang bercerita. Ada murid yang memberi reaksi

terhadap watak dan ada juga yang memberikan reaksi terhadap guru. Pertanyaan guru

menjadi satu cara bagaimana untuk mendapatkan reaksi dari murid sebagaimana yang

dinyatakan oleh Rohizani Yaakob (2009) yang mencadangkan bahawa guru boleh

bertanya kepada kanak-kanak apakah yang mereka fikir akan berlaku selepas sesuatu

kejadian dalam cerita. Dengan cara ini, daya imaginasi kanak-kanak akan dilatih untuk

memberikan pendapat dan pandangan. Terdapat murid yang menyatakan pengalaman

73

Page 81: Kajian Tindakan Siti Marliyana

mereka semasa guru bercerita. Apabila murid melihat boneka arnab, mereka

mengaitkan berbagai-bagai pengalaman berkaitan dengan arnab tersebut. Ada murid

yang berkata “Saya makan daging arnab”. Ada juga yang mengatakan “Saya ada arnab

di rumah”. Semua reaksi ini menunjukkan bahawa murid memberikan perhatian semasa

guru mengajar.

Guru telah memainkan peranan apabila memperkenalkan watak yang dikenali

oleh murid seperti di dalam kajian yang telah dilakukan oleh Muhamad Hujerat dan

rakan-rakan (2005) dari Universitas Scientiarum, Colombia, mereka menegaskan

bahawa guru perlu berhati-hati dalam pemilihan atau pembinaan cerita. Cerita perlu

menggunakan watak-watak yang dikenali oleh murid seperti haiwan dan tumbuhan.

Oleh kerana murid mengenali watak, maka amat mudah untuk mereka memberikan

reaksi kepada guru. Hasil dapatan dalam kajian yang sama mendapati bahawa murid-

murid menganggap cerita sebagai satu permainan yang mereka boleh memainkan

peranan dan turut sama-sama berlakon bersama guru. Melalui rakaman video yang

ditonton, pengkaji telah mendapati satu lagi bentuk reaksi yang telah dilakukan oleh

murid ialah dengan memberikan kerjasama kepada guru. Semasa bercerita, guru telah

meminta seorang murid untuk menjadi watak sampingan. Murid tersebut memberikan

kerjasama yang sangat baik apabila berjaya berlakon dengan watak tersebut dengan

amat berkesan. Ini bertepatan dengan saranan Rohizani Yaakob (2009) yang

menggalakkan guru melibatkan murid dalam penceritaan agar murid rasa lebih dihargai.

Responden kesembilan (R9) tidak menyatakan apa-apa sebab mengapa

berasa seronok. Ini mungkin kerana responden ini seorang yang sangat pemalu. Dia

sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Kebiasaannya apabila satu soalan

74

Page 82: Kajian Tindakan Siti Marliyana

ditanya, dia hanya akan mengangguk atau menggelengkan kepala. Guru terpaksa

menggunakan pelbagai cara untuk meminta responden ini supaya bercakap.

Berdasarkan hasil analisis temubual, majortiti responden berasa seronok adalah

disebabkan guru bercerita kepada mereka. Responden menyukai cerita yang

disampaikan oleh guru.

Seramai dua orang responden dikategorikan dalam kod 4. Mereka telah

menjawab mereka berasa seronok semasa belajar kerana adanya Cik Nab dan Kimi iaitu

watak yang digunakan oleh pengkaji dalam cerita seperti dalam contoh transkripsi :

S : Kenapa kamu seronok belajar tadi?J : Seronok.S : Sebab?J : Ada kawan-kawan Cik Nab.

Seronok kerana ada kawan-kawan Cik Nab.

Murid seronok semasa belajar kerana ada watak-watak dalam cerita.

Seramai tiga orang responden telah dikategorikan dalam kod 2. Mereka

berasa seronok ketika belajar kerana merasakan guru sangat kelakar seperti di bawah :

S : Kenapa kamu seronok belajar tadi?J : (Angguk kepala)S : Ya?J : Seronok.S : Kenapa seronok?J : Sebab cikgu buat kelakar.

Seronok kerana cikgu kelakar.

Murid seronok semasa belajar kerana guru kelakar.

Seorang responden tidak menyatakan apa-apa sebab mengapa berasa seronok

seperti dibawah :

S : Kenapa kamu seronok belajar tadi?J : ……..S : Kenapa?J : Seronok.

Seronok. Tidak menyatakan apa-apa sebab.

75

Page 83: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Majoriti responden iaitu seramai lima orang responden telah berada dalam

kod 3 iaitu mereka berasa seronok ketika belajar kerana guru bercerita kepada mereka.

Ini jelas menunjukkan bahawa kebanyakan murid sangat seronok semasa belajar kerana

guru menjalankan kaedah bercerita kepada mereka seperti bukti di bawah :

S : Kenapa kamu seronok belajar tadi?J : (Angguk kepala)S : Sebab?J : Suka sebab cikgu cerita.S : Kenapa seronok?J : Sebab cikgu cerita.

Seronok kerana cikgu cerita.

Murid seronok semasa belajar kerana guru bercerita.

Menurut Muhamad Hugerat dan rakan-rakan (2005), cerita memenuhi

keperluan murid semasa belajar iaitu keseronokan, kepelbagaian riak emosi dan

ketakjuban. Ini dibuktikan dengan catatan lapangan rakaman video yang menunjukkan

pelbagai reaksi murid semasa guru mengajar. Pada pengakhiran cerita, watak telah

diberikan plot cerita yang ini menyebabkan semua murid berkata “Yey!” bagi

menggambarkan perasaan gembira mereka terhadap cerita yang disampaikan. Apabila

watak diperkenalkan pada pertama kali, semua murid berkta “Wah!” bagi

menggambarkan perasaan teruja dalam diri mereka.

Daripada senarai semak yang dibina, 3 pemerhati bersetuju bahawa murid

memberikan reaksi yang baik ketika guru mengajar menggunakan kaedah bercerita.

Mereka telah menulis bahawa ada murid yang mengajuk bunyi haiwan seperti dalam

cerita yang disampaikan oleh guru. Selain itu, murid turut berkongsi pengalaman

mereka semasa guru mengajar. Ini membuktikan bahawa terdapat berbagai reaksi yang

telah diberikan oleh murid sebagai gambaran bahawa mereka memberikan perhatian

terhadap aktiviti pengajaran guru.

76

Page 84: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Bagi item riak muka murid dalam senarai semak yang disediakan, semua

pemerhati bersetuju dengan penyataan bahawa riak muka murid kelihatan gembira.

Seorang pemerhati telah menulis murid gembira dan ketawa. Maksud ketawa yang

dinyatakan adalah bagi menggambarkan yang murid seronok dengan pengajaran yang

berlangsung.

7.2.3 : Soalan Kajian 3 :

Bagaimana pendekatan penceritaan diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran tunjang Sains di kelas prasekolah?

Cerita yang disampaikan oleh guru juga memainkan peranan penting untuk

menggalakkan murid memberikan perhatian semasa guru mengajar. Cerita yang

menarik adalah cerita yang sesuai dengan tahap umur pendengar, mempunyai plot dan

jalan cerita yang baik serta menggunakan watak yang pelbagai. Mengikut analisis

senarai semak yang telah dibina, semua pemerhati bersetuju dengan kesemua item yang

telah dibina di bawah aspek cerita. Mereka menyatakan bahawa cerita yang telah

disampaikan adalah ringkas, padat dan bermakna.

Cerita yang disampaikan juga mudah untuk diingati oleh murid. Seorang

pemerhati telah menyatakan baahawa ayat mudah telah digunakan sesuai dengan tahap

umur murid. Hal ini sesuai dengan saranan Rohizani Yaakob (2009) yang menyatakan

bahawa suara guru perlu jelas, bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap kanak-kanak

dan istilah yang diperkenalkan daripada yang konkrit kepada abstrak. Ia juga disokong

oleh Asna (2009) yang mengatakan bahawa bahasa yang digunakan mestilah bersesuian

77

Page 85: Kajian Tindakan Siti Marliyana

dengan aras kanak-kanak kerana mengikut prinsip-prinsip pembelajaran guru hendaklah

mengajar murid dari senang ke susah dan dari konkrit ke abstrak. Selain itu, pemerhati

bersetuju bahawa cerita yang disampaikan mempunyai plot cerita yang sesuai iaitu

susunan cerita yang teratur. Ini telah disarankan oleh Muhamad Hugerat dan rakan-

rakan (2005) dalam kajian mereka yang mencadangkan agar jalan cerita mempunyai

plot tertentu dan diakhiri dengan jalan penyelesaian yang dapat diterima serta berkesan.

Penggunaan bahan bantu mengajar turut menyebabkan murid memberikan

perhatian kepada guru. Ini kerana, bahan yang menarik dan lain dari yang lain

membangkitkan rasa keterujaan murid dan murid akan tertarik untuk melihat. Melalui

senarai semak yang dibina, semua pemerhati bersetuju bahawa guru telah menggunakan

alat bantu mengajar yang sesuai iaitu penggunaan bahan maujud seperti boneka, bekas

air, sudu dan plastik. Murid dapat merasai pengalaman seperti berada dalam cerita yang

sebenar. Ini dibuktikan oleh Mastura binti Hasim dan rakan-rakan (2009) yang

menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar membantu merangsang minat

pelajar untuk berimaginasi dan menghayati cerita. Ia juga dipersetujui oleh Rohizani

Yaakob (2009) yang beranggapan bahawa bahan-bahan yang sesuai perlu digunakan

bagi membantu penyampaian guru dan membantu kefahaman kanak-kanak terhadap

jalan cerita.

Penyampaian cerita oleh guru turut memainkan peranan penting untuk

menarik minat murid supaya memberikan perhatian kepada guru. Penyampaian cerita

yang baik ialah penyampaian yang mempunyai variasi dalam nada atau ton suara,

penggunaan laras bahasa yang mengikut tahap umur murid dan kebolehan membuat

memek muka mengikut emosi cerita.

78

Page 86: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Mengikut temubual bersama responden, seramai 3 orang responden berasa

sangat seronok adalah disebabkan guru kelakar. Ada juga yang menggantikan perkataan

kelakar kepada ‘lucu’. Ini jelas menunjukkan penyampaian cerita oleh guru yang

diselitkan dengan unsur kecindan juga boleh membantu murid untuk mengalami

pembelajaran yang menyeronokkan dan ia mendorong murid untuk menumpukan

perhatian kepada sesi pengajaran guru. Unsur kecindan yang diberikan oleh guru ini

selaras dengan saranan Zaroh Nurlaily dan rakan-rakan (2010) yang menyatakan

bahawa Dunia kehidupan anak penuh dengan suka cita, maka kegiatan bercerita harus

dilakukan agar dapat memberikan perasaan gembira, lucu, dan mengasyikkan untuk

dapat menarik perhatian anak. Unsur kecindan yang ada pada guru ini turut disokong

oleh PPM Prasekolah hasil temubual bersamanya. Beliau menyatakan bahawa semua

murid suka melihat guru bercerita. Apabila guru membuat kelakar, semua murid akan

ketawa.

Melalui temubual yang telah dijalankan bersama guru prasekolah dan PPM

Prasekolah, mereka telah memberikan beberapa idea atau cadangan sebagai

penambahbaikan terhadap kaedah bercerita yang dijalankan. Pertama, libatkan murid

dalam setiap aktiviti. Guru boleh memberikan peranan sebagai salah satu watak dalam

cerita kepada murid. Murid akan berasa lebih dihargai dan ia sekaligus meningkatkan

tumpuan rakan-rakan lain pada cerita kerana ingin melihat rakan mereka berlakon.

Kedua, peka terhadap reaksi murid. Guru perlu peka terhadap apa sahaja reaksi murid.

Sekiranya murid sedang gembira, guru perlu meneruskan cerita dengan baik supaya

murid terus menghayati cerita. Ketiga, beri reaksi terhadap jawapan dan reaksi murid.

79

Page 87: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Apa sahaja pandangan murid perlu diberi perhatian oleh guru kerana ia menunjukkan

bahawa murid sedang memberikan tumpuan kepada guru.

Keempat, penekanan nilai murni kepada murid. Cerita yang dibina perlulah

mempunyai unsur yang akan memberi kesedaran kepada murid pada akhir cerita. Selain

itu, guru perlu memperkenalkan setiap watak dalam cerita. Sekiranya watak tersebut

watak jahat, guru perlu menerangkan mengapa murid tidak boleh berkelakuan seperti

watak jahat tersebut. Kelima, pelbagaikan watak dalam cerita. Kepelbagaian watak

dalam cerita akan menghasilkan satu jalan cerita yang lebih menarik. Keenam, perlu ada

pentas ketika bercerita agar semua murid dapat melihat watak. Pentas untuk bercerita

penting untuk memberikan suasana yang adil untuk semua murid khususnya yang

duduk di bahagian belakang. Dengan adanya pentas, semua murid berpeluang melihat

sendiri setiap gerak geri watak dengan lebih selesa. Ketujuh, pelbagaikan suara yang

mewakili watak. Kreativiti guru dalam mengolah suara untuk setiap watak akan

memberikan satu persembahan bercerita yang amat menarik dan memberi suasana

gembira kepada murid. Tidak hairan sekiranya murid juga meniru suara tersebut kerana

mereka sangat menyukai sesuatu yang menghiburkan.

8.0 RUMUSAN/REFLEKSI AKHIR

80

Page 88: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Peringkat Memulakan Kajian

Pengkaji telah menemui satu masalah di dalam kelas prasekolah di Sekolah

Kebangsaan Kuala Tembeling. Masalah yang berlaku adalah berkaitan dengan aspek

penumpuan murid di dalam kelas ketika sesi pengajaran tunjang Sain. Sepanjang

pemerhatian yang telah dilakukan, seramai 11 orang murid prasekolah telah dikesan

sukar untuk menumpukan perhatian sehingga tamat sesi pengajaran tunjang Sains.

Selepas 5 atau 10 minit pengajaran berlangsung, mereka mula menganggu rakan dan

membuat tingkah laku sendiri serta tidak memandang ke arah guru.

Masalah yang berlaku ini adalah berpunca daripada strategi pengajaran guru

yang kurang menarik sehingga menyebabkan murid berasa bosan dan tidak mahu

menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru. Tiada aktiviti yang menyeronokkan

semasa sesi pengajaran menyebabkan murid cepat berasa bosan dan membuat tingkah

laku lain termasuk tingkah laku yang boleh menganggu sesi pengajaran.

Masalah ini boleh diatasi jika guru melakukan satu inovasi terhadap kaedah

dalam penyampaian pengajaran di dalam kelas. Strategi yang digunakan adalah dengan

menggunakan kaedah bercerita semasa menyampaikan pengajaran tunjang Sains.

Kaedah bercerita ini dijalankan dengan cara guru menyampaikan isi pengajaran melalui

cerita yang telah dibina berdasarkan tajuk pengajaran. Cerita ini disampaikan oleh guru

menggunakan pelbagai kemahiran bercerita seperti dengan penggunaan watak yang

menarik, bahan bantu (prop) yang lengkap dan sebagainya.

81

Page 89: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Strategi yang dijalankan ini boleh dinilai dengan menggunakan kaedah

pemerhatian, senarai semak yang telah dibina, catatan lapangan rakaman video dan

temubual bersama responden, guru dan PPM Prasekolah.

Peringkat Semasa Kajian

Tindakan yang dijalankan adalah tindakan yang berkesan untuk mengatasi

masalah yang berlaku. Pengkaji sangat bersetuju bahawa kaedah bercerita yang

dijalankan mampu untuk mengubah tingkah laku murid supaya menumpukan perhatian

kepada pengajaran guru.

Pengkaji merasakan bahawa kaedah bercerita adalah satu kaedah yang

kreatif. Guru perlu membina cerita berdasarkan tajuk pengajaan dan melibatkan

pelbagai watak serta bahan bantu yang sesuai untuk cerita. Ia menguji daya kreativiti

guru untuk menghasilkan sebuah cerita yang menarik. Cara penyampaian cerita juga

memainkan peranan agar cerita dapat disampaikan dengan berkesan. Maka guru perlu

mendalami kemahiran tertentu seperti menyampaikan cerita dengan dilengkapi unsur

kecindan.

Terdapat beberapa kekangan yang telah pengkaji hadapi semasa menjalankan

kajian ini. Pertama dari segi penggunaan alat bantu mengajar. Pengkaji menghadapi

kesukaran untuk memperoleh ABM yang sesuai dengan cerita yang ingin disampaikan.

Sebagai contoh, bekas air yang tidak bewarna (jernih). Ia digunakan untuk

memudahkan murid melihat bahan yang tenggelam dan bahan yang timbul. Pengkaji

82

Page 90: Kajian Tindakan Siti Marliyana

bernasib baik kerana rakan guru pelatih sudi membantu untuk mencari bekas air

tersebut.

Selain itu, sesi temubual bersama murid juga tidak dapat berjalan dengan lancar. Ini

kerana, pengkaji telah menemubual murid yang berumur 5 dan 6 tahun. Umum

mengetahui iaitu pada usia begini kebanyakan dari mereka mempunyai kemahiran

pertuturan yang terhad. Maka apabila pengkaji bertanya soalan kepada mereka, jawapan

yang diberikan juga amat terhad. Sebagai contoh, apabila ditanya “Kamu suka tak

dengar cerita tadi?”, mereka hanya akan menjawab “Suka”. Untuk mengatasi masalah

ini pengkaji cuba untuk mencari jalan untuk membantu mereka supaya terus

menyatakan pendapat. Contohnya dengan berkata “Kenapa suka?”.

Pengkaji juga turut berdepan dengan seorang murid praskeolah yang beremosi. Pengkaji

terpaksa menenangkannya dari menangis sebelum memulakan pengajaran. Murid ini

suka merajuk dan menangis. Maka, pengkaji perlu memastikan dia benar-benar bersedia

untuk belajar kerana jika dia terus menangis ia akan memberikan gangguan kepada

pengkaji untuk bercerita dan gangguan kepada murid lain untuk mendengar cerita.

Peringkat Selepas Kajian

Setelah menggunakan kaedah bercerita ini, pengkaji telah menemui satu

pembaharuan yang positif yang menjadi penggalak kepada satu perubahan iaitu

menjalankan sesi pengajaran dengan lebih efektif. Pengkaji telah mendapat kefahaman

baru mengenai makna sebenar tanggungjawab sebagai seorang guru. Seorang guru

seharusnya memberikan yang terbaik kepada pelanggannya iaitu murid-murid. Maka

83

Page 91: Kajian Tindakan Siti Marliyana

adalah menjadi peranan guru untuk berusaha sebaik mungkin bagi memberikan

perkhidmatan yang terbaik untuk muridnya.

Apabila menjalankan kajian ini dan menemui satu kaedah yang amat baik

untuk digunakan, pengkaji mula mengaplikasikannya ketika mengajar. Pengkaji amat

terkejut apabila melihat semua murid melihat ke arah pengkaji dari mula mengajar

hingga tamat sesi pengajaran. Murid yang nakal yang sebelum ini sukar untuk

memberikan perhatian dilihat tekun melihat pengkaji bercerita. Apabila berlakunya

keadaan ini, persepsi pengkaji mula berubah. Dahulu, pengkaji merasakan murid yang

nakal susah untuk dibentuk dan mengambil masa yang lama untuk diubah. Namun

setelah mengaplikasikan kaedah bercerita ini, pengkaji merasakan persepsi pengkaji itu

perlu diubah. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengubah sikap

murid. Ia bergantung kepada kreativiti guru itu sendiri. Aktiviti pengajaran melalui

bercerita jelas berkesan untuk mengubah sikap murid-murid agar mereka lebih

menumpukan perhatian semasa pengajaran guru.

Perubahan yang berlaku ini mendorong pengkaji untuk mengubah segala

amalan yang biasa dilakukan sekiranya murid tidak memberikan perhatian seperti tegur,

marah dan denda kepada satu amalan yang lebih positif iaitu bercerita. Pengkaji juga

menjalankan kaedah bercerita dalam waktu-waktu lain. Sebagai contoh, apabila murid

sedang beratur dan bising. Pengkaji telah bercerita mengenai seorang budak bernama

Kimi yang tidak dapat makan makanan kerana suka berebut dan membuat bising.

Kadangkala, bercerita tidak perlu mengambil masa yang lama, cerita pendek juga

memadai untuk mengawal murid.

84

Page 92: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Selain itu, pengkaji juga mula menyedari tentang kepentingan penggunaan

alat bantu mengajar (ABM). ABM yang menarik amat membantu untuk menarik

perhatian murid. Seperti ketika bercerita, pengkaji telah menggunakan boneka arnab.

Semua murid sangat menyukainya dan sentiasa memandang ke arahnya. Sehingga

selepas waktu sekolah, seorang murid telah berpesan kepada pengkaji untuk membawa

boneka tersebut pada hari esok.

Murid juga menunjukkan perubahan yang positif selepas pengkaji

menggunakan kaedah bercerita dalam sesi pengajaran. Perkara pertama yang boleh

dilihat ialah tumpuan mereka. Sebelum ini, beberapa orang murid amat sukar untuk

memberikan perhatian ketika guru mengajar. Ketika pengkaji menjalankan kaedah

bercerita semasa mengajar, pengkaji dapat melihat murid-murid ini diam, mendengar

cerita dengan baik dan memandang ke arah pengkaji. Pengkaji amat terkejut namun

pengkaji sedar itulah kelebihan kaedah yang pengkaji gunakan ini.

Perkara kedua yang boleh pengkaji kesan mengenai perubahan positif murid

ialah mengenai mereka semakin mudah untuk dikawal. Melalui kaedah bercerita ini,

pengkaji mempunyai satu alternatif baru yang boleh digunakan untuk mengawal murid

supaya mendengar arahan. Murid lebih terkawal ketika pengkaji mengajar kerana

mereka lebih memberikan tumpuan. Pergerakan mereka terhad dan kelihatan sangat

berminat mendengar cerita dari guru.

Perkara ketiga adalah murid mudah untuk mengingat isi pelajaran. Pengkaji

mengesan murid-murid mudah untuk mengingat apa yang pengkaji ajar selepas

pengkaji mengajar mereka menggunakan kaedah bercerita ini. Ketika pengkaji dan

85

Page 93: Kajian Tindakan Siti Marliyana

seorang murid berada di luar kelas. Pengkaji telah bertanya kepadanya “batu tenggelam

ke timbul?”. Dia menjawan “tenggelam”. Pengkaji bertanya lagi “Mana kamu tahu?”.

Dia menjawab “Cikgu kan dah cerita”.

Pengkaji berasa amat gembira apabila melihat semua murid dapat

memberikan kerjasama yang baik sepanjang kajian ini dijalankan. Murid memberikan

perhatian semasa pengkaji mengajar. Walaupun ada kamera yang merakam pergerakan

mereka, mereka tetap melihat pengkaji bercerita. Pengkaji amat berbangga dengan

mereka. Pengkaji juga gembira kerana hubungan pengkaji dengan mereka semakin erat

kerana mereka mula menyukai pengkaji.

Pengkaji juga amat berterima kasih kepada semua warga Sekolah

Kebangsaan Kuala Tembeling yang banyak memberikan kerjasama ketika pengkaji

menjalankan kajian ini. Guru prasekolahnya sentiasa memberikan idea-idea yang bernas

yang boleh pengkaji gunakan untuk memperbaiki tindakan pengkaji dalam kajian.

Secara peribadi kajian yang dijalankan ini banyak mengajar pengkaji tentang

sikap sabar yang perlu ada dalam diri seorang guru. Walaupun murid senakal mana,

guru tidak boleh sekali-kali berputus asa dan sentiasa mencari jalan untuk

menyelesaikan masalah tersebut. Sebelum ini, pengkaji tidak pernah cuba untuk

memikirkan kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah tumpuan murid ini, pengkaji

hanya akan menegur dan memberi dendaan kepada murid yang tidak memberikan

tumpuan tanpa memperbaiki diri sendiri. Pengkaji juga merasakan adalah perlu untuk

seorang guru sentiasa mencari ilmu-ilmu baru bagi memantapkan diri menjadi seorang

guru yang berkualiti.

86

Page 94: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Kesimpulan dari kajian adalah dari segi kekuatan dalam kaedah ini, pengkaji

telah merasakan bahawa kaedah ini adalah idea yang sangat kreatif dan mendorong guru

untuk menjadi lebih kreatif. Ia menguji daya kreativiti guru untuk membina cerita

berpandukan isi pengajaran. Ia juga memerlukan daya kreativiti guru untuk

menyediakan watak dan kelengkapan yang sesuai untuk cerita. Selain itu, kaedah ini

bukan sahaja boleh diaplikasikan untuk murid prasekolah, malah ia turut boleh

dijalankan oleh guru-guru Tahun 1, 2 dan 3.

Dari segi kelemahan, pengkaji merasakan kaedah ini kurang sesuai untuk

dijalankan untuk guru mengajar teras di prasekolah seperti pengajaran huruf dan

nombor. Ini kerana penggunaan cerita semasa mengajar mengambil masa yang agak

lama untuk dilaksanakan. Pengajaran teras di prasekolah perlu dilakukan dengan pantas

agar murid dapat mengenal huruf dan nombor dengan cepat. Maka pengkaji merasakan

kaedah ini hanya sesuai untuk pengajaran bertema di prasekolah.

Untuk kajian seterusnya, pengkaji menyarankan agar kajian yang dijalankan

menguji adakah kaedah bercerita boleh mempengaruhi tahap pemahaman murid

terhadap isi pengajaran.

87

Page 95: Kajian Tindakan Siti Marliyana

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Pengkaji mencadangkan beberapa idea untuk melakukan kajian lanjutan terhadap

kajian ini. Pertama, kajian lanjutan tersebut perlulah dijalankan pada kumpulan sampel

yang sama dalam masa yang lebih panjang. Ini bagi melihat sama ada tumpuan seseorang

itu berubah atau tidak. Ia perlu untuk mengesan sama ada masa yang lama mempengaruhi

tumpuan murid di dalam kelas atau tidak.

Kedua, kajian lanjutan perlu dijalankan untuk melihat keberkesanan kaedah

bercerita untuk meningkatkan pemahaman murid prasekolah dalam tunjang Sains. Kajian

ini telah mengkaji hubungan kaedah bercerita dengan penguasaan tumpuan murid. Maka

kajian lanjutan akan mengkaji hubungan kaedah bercerita dengan penguasaan ilmu murid

dalam tunjang Sains yang dipelajari.

Ketiga, kajian lanjutan dijalankan untuk melihat perbezaan antara murid yang

telah didedahkan kepada pengajaran menggunakan kaedah bercerita dengan murid yang

sebaliknya. Kajian boleh melihat dari segi perbezaan tingkah laku mereka, penguasaan ilmu

mereka terhadap isi pelajaran dan cara mereka berkomunikasi dengan orang lain.

Keempat, kajian lanjutan boleh dijalankan kepada murid Tahap 2 untuk melihat

keberkesanan kaedah bercerita untuk meningkatkan tumpuan dalam sesi pembelajaran

murid. Murid Tahap 2 adalah murid yang berusia 10 hingga 12 tahun. Maka, kajian lanjutan

ini perlu mengkaji adakah kaedah bercerita ini sesuai digunakan semasa pengajaran murid

Tahap 2.

Kelima, kajian lanjutan perlu dijalankan untuk mengkaji pengaplikasian kaedah

bercerita semasa pengajaran ke atas mata pelajaran lain selain Sains. Antara mata pelajaran

yang dicadangkan ialah Matematik dan Kajian Tempatan.

88

Page 96: Kajian Tindakan Siti Marliyana

RUJUKAN

Abdurrahman Umdirah (1995). Membentuk insan kamil. Kuala Lumpur : Darul Nu’man.

Adams, S.W. (2006). Action research in education. Diperoleh Jun 20, 2011 dari http://www.edu.plymouth.ac.uk/resined/actionresearch/arhome.htm

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan Tindakan. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Asna (2009). Teknik bercerita dan guru. Diperoleh Jun 20, 2011 dari http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=43458

Atherton (2010). Learning and teaching : stories, tales and myths in teaching. Diperoleh Januari 15, 2011 dari http://www.learningandteaching.info/teaching/narrative.htm

Chua Yan Piaw (2006). Buku 1 Kaedah Penyelidikan. Malaysia : McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Hanafi Mohamed (1996). Falsafah pendidikan menurut Al Quran. Selangor : Pustaka Ilmi.

Isabelle (2007, October 1). Teaching science using stories : the storyline approach. Science Scope.

Ismail bin Kailani & Khairuzaman bin Ismail (2007). Mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran Sains. Tesis tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia.

Loh Sew Lee (2004). Tinjauan pengajaran guru Bahasa Inggeris menggunakan teknik bercerita di kalangan kanak-kanak prasekolah kebangsaan daerah Bentong. Tesis tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Mastura binti Hasim, Nurul Huda binti Mohd Tasrif & Nurul Huda binti Abdul Razak (2009). Penceritaan dan permainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Mohd Radzuan bin Esa (2009). Meningkatkan daya usaha murid-murid Tahun 4 Pujangga dalam aspek penghantaran buku latihan Bahasa Melayu. Laporan Kajian Tindakan, SK Bukit Kuari, Negeri Sembilan.

Muhamad Hugerat, Salman Elyian & Rina Zadik (2005). New prospects in teaching science. The Science Story Case, 10, 69-77

89

Page 97: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Nor Fadzni binti Azmi, Maimunah binti Johari & rakan-rakan (2010). Gaya dan kaedah pengajaran guru prasekolah dalam sains awal. Penulisan Ilmiah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia.

Publication Manual of The American Psychological Association, 6th ed. (2009). Diperoleh September 7, 2011 dari http://library.csus.edu/guides/rogenmoserd/general/apa.html

Rohaty Mohd Masjud & Abu Bakar Nordin (2004). Pendidikan prasekolah. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Rohizani Yaakob (2009). Teknik bercerita dalam perkembangan emosi kanak-kanak prasekolah. Tesis tidak diterbitkan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.

Siti Marlina binti Sabran (2005). Usaha untuk meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas tusyen matematik tambahan dengan pendekatan teori kecerdasan pelbagai. Laporan Kajian Tindakan. SMK Bandar Putra, Kulai, Johor.

Sperling, R.A. & Head, D.M. (2002). Reading attitudes and literacy skills in prekindergarten children. Early Childhood Education, 29(4), 233-236

Taylor, E & Renner M. (2003). Analyzing qualitative data. Diperoleh Jun 20, 2011 dari http://learningstore.uwex.edu/assets/pdfs/g3658-12.pdf

Zaroh Nurlaily, Linggar Pawesti & rakan-rakan (2010). Penerapan strategi pembelajaran melalui bercerita dengan pendekatan konstruktivistik. Laporan Kajian, Universitas Negeri Yogyakarta, Indonesia.

Zurida, Sharifah Norhaidah & Maznah (2003). Pendidikan sains prasekolah. Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

90

Page 98: Kajian Tindakan Siti Marliyana

LAMPIRAN I(a)

GAMBAR FOTO PEMERHATIAN AWAL

91

Page 99: Kajian Tindakan Siti Marliyana

LAMPIRAN I(b)

GAMBAR FOTO PEMERHATIAN AKHIR

92

Page 100: Kajian Tindakan Siti Marliyana

LAMPIRAN II(a)

SENARAI SEMAK PEMERHATIAN AWAL (1)

Tarikh : 06.07.2011

Masa : 9 pagi hingga 9.10 pagi

Pengajaran : Bahan timbul dan tenggelam

BI

L

NAMA Kurang 5

minit

Kurang 10

minit

15 minit

1 Adibah Nasuha bt M. Supardi /

2 Anum Zulaikha bt Za Ismadi /

3 Azwa Sufia bt Amirudin /

4 Kamarul Zahran bin

Kamaruddin /

5 Maidatul Wahyu bt Mohd Arif /

6 Muhammad Aidil Iqwan bin

Ahmad /

7 Muhammad Haziq Haikal bin

Sazali /

8 Muhammad Nabil Iskandar bin

Mohamad /

9 Muhammad Rafizi bin

Mohamad Rodzi /

10 Nur Inshahridatul Atira bt Jamili /

11 Shazleen Natasya bt Fadli /

12 Wan Nur Asikin bt Wan Abdul

Razak /

13 Wan Nurul Azilah bt Wan

Ibrahim /

93

Page 101: Kajian Tindakan Siti Marliyana

14 Alya Mardhiah bt Mohd Sanusi /

15 Arif Iskandar bin Za Ismadi /

16 Haziq Hazlam bin Shamsul /

17 Kamilia Zahirah bt Kamaruddin /

18 Mohammad Afiq Syukri bin

Mat Zain /

19 Muhammad Ikmal Haikal bin

Zulfatah /

20 Muhammad Alim Mukhrizs bin

Ramzan /

21 Muhammad Syakir Taufik bin

Ibrahim /

22 Nur Nadia Hazwani bt D. Isaimi /

23 Waizatul Ulumi bt Mohd Arif /

24 Nur Hiza Damia bt Zazali /

94

Page 102: Kajian Tindakan Siti Marliyana

LAMPIRAN II(a)

SENARAI SEMAK PEMERHATIAN AWAL (II)

Tarikh : 06.07.2011

Masa : 9 pagi hingga 9.10 pagi

Pengajaran : Bahan timbul dan tenggelam

BI

L

NAMA Kurang 5

minit

Kurang 10

minit

15 minit

1 Adibah Nasuha bt M. Supardi /

2 Anum Zulaikha bt Za Ismadi /

3 Azwa Sufia bt Amirudin /

4 Kamarul Zahran bin

Kamaruddin /

5 Maidatul Wahyu bt Mohd Arif /

6 Muhammad Aidil Iqwan bin

Ahmad /

7 Muhammad Haziq Haikal bin

Sazali /

8 Muhammad Nabil Iskandar bin

Mohamad /

9 Muhammad Rafizi bin

Mohamad Rodzi /

10 Nur Inshahridatul Atira bt Jamili /

11 Shazleen Natasya bt Fadli /

12 Wan Nur Asikin bt Wan Abdul

Razak

/

13 Wan Nurul Azilah bt Wan

Ibrahim /

95

Page 103: Kajian Tindakan Siti Marliyana

14 Alya Mardhiah bt Mohd Sanusi /

15 Arif Iskandar bin Za Ismadi /

16 Haziq Hazlam bin Shamsul /

17 Kamilia Zahirah bt Kamaruddin /

18 Mohammad Afiq Syukri bin

Mat Zain /

19 Muhammad Ikmal Haikal bin

Zulfatah /

20 Muhammad Alim Mukhrizs bin

Ramzan /

21 Muhammad Syakir Taufik bin

Ibrahim /

22 Nur Nadia Hazwani bt D. Isaimi /

23 Waizatul Ulumi bt Mohd Arif /

24 Nur Hiza Damia bt Zazali /

LAMPIRAN II(b)

96

Page 104: Kajian Tindakan Siti Marliyana

SENARAI SEMAK PEMERHATIAN AKHIR I

BIL NAMA PEMERHATI SKOR MAJORITI

1 Azwa Sufia bt

Amirudin

Pn Safinaz 3

2Pn Nazurah 2

Cik Noramira 2

2 Muhammad Haziq

Haikal bin Sazali

Pn Safinaz 3

3Pn Nazurah 2

Cik Noramira 3

3 Muhammad Nabil

Iskandar bin

Mohamad

Pn Safinaz 3

3Pn Nazurah 3

Cik Noramira 3

4 Muhammad Rafizi

bin Mohamad

Rodzi

Pn Safinaz 2

3Pn Nazurah 3

Cik Noramira 3

5 Nur Inshahridatul

Atira bt Jamili

Pn Safinaz 2

3Pn Nazurah 3

Cik Noramira 3

6 Kamilia Zahirah bt

Kamaruddin

Pn Safinaz 3

3Pn Nazurah 3

Cik Noramira 3

7 Mohammad Afiq

Syukri bin Mat

Pn Safinaz 3

3Pn Nazurah 3

97

Page 105: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Zain Cik Noramira 2

8 Muhammad Alim

Mukhrizs bin

Ramzan

Pn Safinaz 3

3Pn Nazurah 3

Cik Noramira 2

9 Muhammad Syakir

Taufik bin Ibrahim

Pn Safinaz 3

3Pn Nazurah 3

Cik Noramira 3

10 Waizatul Ulumi bt

Mohd Arif

Pn Safinaz 2

2Pn Nazurah 2

Cik Noramira 2

11 Nur Hiza Damia bt

Zazali

Pn Safinaz 3

3Pn Nazurah 3

Cik Noramira 3

LAMPIRAN II(b)

98

Page 106: Kajian Tindakan Siti Marliyana

SENARAI SEMAK PEMERHATIAN AKHIR II

BIL NAMA PEMERHATI TEMPOH

PERHATIAN

MAJORITI

1 Azwa Sufia bt

Amirudin

Pn Safinaz 2

3Pn Nazurah 3

Cik Noramira 3

2 Muhammad Haziq

Haikal bin Sazali

Pn Safinaz 3

2Pn Nazurah 2

Cik Noramira 2

3 Muhammad Nabil

Iskandar bin

Mohamad

Pn Safinaz 3

3Pn Nazurah 3

Cik Noramira 2

4 Muhammad Rafizi

bin Mohamad

Rodzi

Pn Safinaz 3

3Pn Nazurah 3

Cik Noramira 3

5 Nur Inshahridatul

Atira bt Jamili

Pn Safinaz 3

3Pn Nazurah 3

Cik Noramira 3

6 Kamilia Zahirah bt

Kamaruddin

Pn Safinaz 2

3Pn Nazurah 3

Cik Noramira 3

7 Mohammad Afiq

Syukri bin Mat

Pn Safinaz 2

2Pn Nazurah 2

99

Page 107: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Zain Cik Noramira 3

8 Muhammad Alim

Mukhrizs bin

Ramzan

Pn Safinaz 3

3Pn Nazurah 3

Cik Noramira 3

9 Muhammad Syakir

Taufik bin Ibrahim

Pn Safinaz 2

3Pn Nazurah 3

Cik Noramira 3

10 Waizatul Ulumi bt

Mohd Arif

Pn Safinaz 3

3Pn Nazurah 3

Cik Noramira 2

11 Nur Hiza Damia bt

Zazali

Pn Safinaz 3

2Pn Nazurah 2

Cik Noramira 2

LAMPIRAN II(b)

100

Page 108: Kajian Tindakan Siti Marliyana

SENARAI SEMAK KESELURUHAN PEMERHATIAN AKHIR

BI

L

NAMA

SKOR

PEMERHATIAN

1

SKOR

PEMERHATIAN

2

JUMLAH

SKOR

1 Azwa Sufia bt Amirudin 2 3 5

2 Muhammad Haziq Haikal bin

Sazali

3 2 5

3 Muhammad Nabil Iskandar

bin Mohamad

3 3 6

4 Muhammad Rafizi bin

Mohamad Rodzi

3 3 6

5 Nur Inshahridatul Atira bt

Jamili

3 3 6

6 Kamilia Zahirah bt

Kamaruddin

3 3 6

7 Mohammad Afiq Syukri bin

Mat Zain

3 2 5

8 Muhammad Alim Mukhrizs

bin Ramzan

3 3 6

9 Muhammad Syakir Taufik bin

Ibrahim

3 3 6

10 Waizatul Ulumi bt Mohd Arif 2 3 5

11 Nur Hiza Damia bt Zazali 3 2 5

LAMPIRAN III(a)

TRANSKRIPSI TEMUBUAL BERSAMA RESPONDEN

Perkara : Pengajaran Bahan Tenggelam dan Bahan Timbul

101

Page 109: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Responden 1 ( R1 )

SOALAN & JAWAPAN RINGKASAN

JAWAPAN

CATATAN

S : Apakah yang kamu belajar

sebentar tadi?

J : Batu tenggelam dalam air.

S : Lagi?

J : Mmmmm…

S : Apa lagi yang tenggelam?

J : Sudu.

S : Lagi?

J : ……………..

Batu dan sudu

tenggelam dalam

air.

Murid tahu apa yang telah

dipelajari.

S : Adakah kamu seronok semasa

belajar tadi?

J : (Angguk kepala)

S : Seronok?

J : Seronok. Nak ketawa.

Seronok. Nak

ketawa.

Murid seronok semasa

belajar.

S : Adakah kamu menyukai cerita

yang kamu dengar?

J : (Angguk kepala)

S : Suka?

J : Suka.

Suka. Murid menyukai cerita

yang didengari.

S : Boleh ceritakan kembali cerita yang

kamu dengar tadi?

J : Cik Nab.

S : Cik Nab jalan-jalan. Lepas tu?

J : Baling batu.

S : Baling apa lagi?

J : Baling batu kecil.

Cik Nab jalan-

jalan. Cik Nab

baling batu. Baling

batu kecil. Baling

sudu. Baling

plastik.

Murid menceritakan secara

ringkas cerita yang telah

didengari.

102

Page 110: Kajian Tindakan Siti Marliyana

S : Lagi?

J : Baling sudu.

S : Sudu je?

J : Plastik.

S : Nak dengar cikgu cerita lagi tak?

J : Nak.

S : Kenapa?

J : Best.

Mahu kerana

seronok.

Murid mahu guru bercerita

lagi.

LAMPIRAN III(a)

Responden 5 ( R5 )

103

Page 111: Kajian Tindakan Siti Marliyana

SOALAN RINGKASAN

JAWAPAN

CATATAN

S : Apakah yang kamu belajar

sebentar tadi?

J : Buang batu dalam air.

S : Lagi?

J : Batu tenggelam.

S : Apa lagi yang tenggelam?

J : Sudu.

S : Benda yang timbul?

J : Layang-layang.

S : Layang-layang tu apa?

J : Mmmm…plastik.

Buang batu dalam

air. Batu

tenggelam. Sudu

juga tenggelam.

Layang-layang

atau plastik timbul.

Murid tahu secara

menyeluruh apa yang telah

dipelajari.

S : Adakah kamu seronok semasa

belajar tadi?

J : Seronok.

S : Kenapa seronok?

J : Sebab lucu.

S : Lucu kenapa?

J : ………………..(senyum)

Seronok kerana

lucu.

Murid seronok semasa

belajar kerana cerita yang

disampaikan lucu.

S : Adakah kamu menyukai cerita

yang kamu dengar?

J : Suka

Suka. Murid menyukai cerita

yang didengari.

S : Boleh ceritakan kembali cerita yang

kamu dengar tadi?

J : Boleh.

S : Ok. Cerita.

J : Cik Nab bangun pagi. Jalan-jalan.

S : Lepas dia jalan-jalan?

J : Cik Nab buang batu dalam air. Buang

sudu. Buang layang-layang.

Cik Nab bangun

pagi dan berjalan-

jalan. Cik Nab

buang batu dalam

air. Buang sudu.

Buang layang-

layang atau

plastik. Itik tolong

Murid menceritakan secara

menyeluruh cerita yang

telah didengari.

104

Page 112: Kajian Tindakan Siti Marliyana

S : Layang-layang tu apa?

J : Aaaa..(berfikir)..plastik.

S : Siapa yang tolong Cik Nab?

J : Mmmmm..itik.

Cik Nab ambil

layang-layang.

S : Nak dengar cikgu cerita lagi tak?

J : Nak. (Angguk kepala)

S : Kenapa?

S : …..(senyum)

Nak. Murid mahu guru bercerita

lagi.

LAMPIRAN III(a)

Responden 10 ( R10 )

105

Page 113: Kajian Tindakan Siti Marliyana

SOALAN RINGKASAN

JAWAPAN

CATATAN

S : Apakah yang kamu belajar

sebentar tadi?

J : Baling batu.

S : Lepas itu?

J : Tenggelam dalam air.

S : Apa yang tenggelam.

J : Batu la.

Baling batu. Batu

tenggelam dalam

air.

Murid tahu apa yang

dipelajari.

S : Adakah kamu seronok semasa

belajar tadi?

J : (Angguk kepala)

S : Ya?

J : Seronok.

S : Kenapa seronok?

J : Sebab cikgu buat kelakar.

Seronok kerana

cikgu kelakar.

Murid seronok semasa

belajar kerana guru

kelakar.

S : Adakah kamu menyukai cerita

yang kamu dengar?

J : Suka.

Suka. Murid menyukai cerita

yang didengari.

S : Boleh ceritakan kembali cerita yang

kamu dengar tadi?

Cik Nab ambil batu. Selepas itu buang

dalam air. Lepas itu buang sudu. Cik Nab

buang plastik. Itik tolong ambil.

Cik Nab ambil

batu. Kemudian

buang dalam air.

Cik Nab buang

plastik dan itik

tolong ambil.

Murid menceritakan secara

ringkas cerita yang telah

didengari.

S : Nak dengar cikgu cerita lagi tak?

J : Nak.

S : Kenapa?

J : Sebab cikgu cerita ‘best’.

Nak kerana cerita

cikgu

menyeronokkan.

Murid mahu guru bercerita

lagi.

106

Page 114: Kajian Tindakan Siti Marliyana

LAMPIRAN III(b)

TRANSKRIPSI TEMUBUAL BERSAMA GURU PRASEKOLAH

Perkara : Kaedah Bercerita dalam Pengajaran Tunjang Sains

107

Page 115: Kajian Tindakan Siti Marliyana

SOALAN JAWAPAN RINGKASAN CATATAN

1. Apa yang cikgu

dapat perhatikan

semasa saya

mengajar sebentar

tadi?

Pengajaran yang

menyeronokkan dan

bermakna serta memberi

impak positif terhadap

kanak-kanak. Ada pelbagai

kreativiti yang ditunjukkan

hingga dapat mengekalkan

minat murid untuk

meneruskan pembelajaran

mereka.

Guru kreatif.

Pengajaran

menyeronokkan

dan menarik

minat murid.

Guru berjaya

menjalankan

pengajaran yang

menyeronokkan dan

bermakna.

Murid berkelakuan

positif dapat

diperhatikan semasa

pengajaran

dijalankan.

2. Adakah murid

kelihatan

seronok?

Ya. Semuanya kelihatan

seronok dan teruja dengan

aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Respon

terhadap P&P adalah amat

baik.

Semua murid

seronok dan

memberi respon

terhadap

pengajaran.

Murid seronok

dengan sesi

pengajaran.

3. Adakah murid

memberikan

perhatian semasa

saya mengajar?

Ya. Memang murid telah

memberikan pehatian

sepenuhnya dan mengambil

bahagian dalam aktiviti

dengan membuat aksi atau

memberi pendapat terhadap

soalan-soalan yang

dikemukakan.

Murid memberi

perhatian dan

mengambil

bahagian dalam

aktiviti.

Murid memberikan

perhatian

sepenuhnya semasa

sesi pengajaran.

4. Apakah

perubahan yang

telah cikgu

perhatikan

sebelum dan

selepas

Murid lebih lama dapat

memberikan perhatian

terhadap aktiviti yang

dijalankan.

Tumpuan murid

lebih lama.

Perubahan dari segi

tumpuan murid yang

semakin meningkat.

108

Page 116: Kajian Tindakan Siti Marliyana

intervensi?

5. Pada pendapat

cikgu, adakah

kaedah bercerita

yang saya

gunakan

berkesan?

Ya. Amat baik sekali dan

sangat berkesan. Murid

prasekolah selalunya amat

tertarik dan berminat dengan

cerita-cerita yang melibatkan

pelbagai variasi.

Berkesan. Kaedah bercerita

yang digunakan

sangat berkesan.

6. Apakah

penambahbaikan

yang perlu saya

lakukan?

a. Kita perlu melibatkan

murid dalam aktiviti tersebut

sepanjang proses pengajaran

dan pembelajaran

berlangsung.

b. Kita perlu peka terhadap

reaksi murid semasa

pelaksanaan aktiviti.

c. Kita perlu memberi

maklum balas secara spontan

terhadap jawapan atau

pendapat dan idea yang

dicetuskan oleh murid.

d. Nilai-nilai murni sentiasa

ditekankan supaya murid

dapat menjaga tingkah laku

mereka.

a. Libatkan

murid dalam

aktiviti.

b. Peka terhadap

reaksi murid.

c. Beri respon

terhadap

jawapan atau

idea murid.

d. Penekanan

nilai murni

kepada murid.

Perlu membuat

penambahbaikan

dari segi penglibatan

murid, kepekaan

terhadap reaksi dan

jawapan yang

diberikan oleh murid

dan penekanan nilai-

nilai murni kepada

murid semasa sesi

pengajaran.

7. Apakah kaedah

yang selalu cikgu

gunakan semasa

Pelbagai kaedah, bergantung

kepada tahap perkembangan

murid. Selalunya kaedah

Pelbagai.

Selalunya :

a. Eksperimen

Guru prasekolah ini

biasanya

menggunakan

109

Page 117: Kajian Tindakan Siti Marliyana

mengajar tunjang

Sains kepada

murid?

eksperimen dalam kumpulan

dan kaedah ‘field-trip’.

Bergantung kepada tajuk

pengajaran. Jika berkaitan

tumbuhan, cuaca boleh

menggunakan kaedah ‘field-

trip’. Jika kaedah eksperimen

biasanya apabila mengajar

tajuk-tajuk seperti bahan

menyerap air, warna dan

sebagainya.

b. Field trip

Bergantung

kepada tajuk

pengajaran.

kaedah pengajaran

bergantung kepada

tajuk pengajaran.

Antara kaedah yang

biasa digunakan

untuk mengajar

tunjang Sains ialah

kaedah eksperimen

dan ‘field-trip’.

8. Bagaimana

keadaan murid

semasa cikgu

mengajar

menggunakan

kaedah tersebut?

Jika terdapat murid yang

tidak dapat menyukai sesuatu

kemahiran lagi, kaedah lain

akan ditukar bagi

mendapatkan hasil

pembelajaran yang

bermakna.

Fleksibel.

Kaedah akan

ditukar jika

murid tidak

menumpukan

perhatian lagi.

Keadaan murid

berubah-ubah.

Kaedah yang

digunakan akan

diubah sekiranya

dirasakan kurang

sesuai.

LAMPIRAN III(c)

TRANSKRIPSI TEMUBUAL BERSAMA PEMBANTU PENGURUSAN MURID PRASEKOLAH

110

Page 118: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Perkara : Kaedah Bercerita dalam Pengajaran Tunjang Sains

SOALAN JAWAPAN RINGKASAN CATATAN

1. Apa yang cikgu

dapat perhatikan

semasa saya

mengajar sebentar

tadi?

Saya lihat semua murid

gembira. Semua melihat

kamu di hadapan kelas. Ada

yang sampai ternganga

mulut. Saya rasa kamu sudah

lakukan satu perubahan yang

baik.

Semua murid

gembira dan

melihat guru di

hadapan. Guru

telah melakukan

perubahan yang

baik.

Semua murid

gembira apabila

guru mengajar

menggunakan

kaedah bercerita.

Mereka

menumpukan

perhatian. Guru telah

membawa

perubahan yang

baik.

2. Adakah murid

kelihatan seronok?

Ya. Semua suka tengok

kamu bercerita. Apabila

kamu buat kelakar, semua

ketawa.

Semua murid

suka dan ketawa.

Semua murid

seronok dan suka

mendengar cerita.

3. Adakah murid

memberikan

perhatian semasa

saya mengajar?

Ya. Semua memberikan

perhatian. Yang nakal-nakal

pun diam je bila tengok

kamu bercerita. Terutama

Haziq Haikal. Boleh bagi

perhatian. Sebelum ini

jangan harap nak suruh dia

diam. Kalau diam pun

sekejap je.

Semua murid

memberikan

perhatian

terutama murid

yang nakal.

Semua murid

memberikan

perhatian. Seorang

responden iaitu

Haziq Haikal adalah

responden yang

menunjukkan

perubahan yang

amat ketara.

4. Apakah

perubahan yang

telah cikgu

perhatikan

Murid yang sebelum ini

kurang beri perhatian sudah

boleh beri perhatian.

Pengajaran kamu berjalan

Murid yang

dahulu tidak beri

perhatian sudah

memberi

Perubahan yang

ditunjukkan ialah

murid tidak beri

perhatian dulu telah

111

Page 119: Kajian Tindakan Siti Marliyana

sebelum dan

selepas intervensi?

dengan baik. Murid-murid

pun seronok je.

perhatian semasa

guru mengajar.

memberikan

perhatian.

5. Pada pendapat

cikgu, adakah

kaedah bercerita

yang saya

gunakan

berkesan?

Ya. Sangat berkesan sekali.

Saya suka melihat kamu

bercerita di hadapan kelas.

Sangat berkesan. Kaedah bercerita

yang digunakan

sangat berkesan.

6. Apakah

penambahbaikan

yang perlu saya

lakukan?

a. Pelbagaikan lagi watak

dalam cerita. Contohnya

tambah boneka-boneka lain.

b. Mungkin semua

prasekolah wajib ada pentas

untuk bercerita. Biar semua

murid dapat lihat dengan

jelas watak-watak. Tadi ada

murid yang terpaksa berdiri

untuk melihat watak kerana

kurang nampak.

c. Pelbagaikan lagi suara

untuk watak. Bagi perbezaan

yang lebih ketara.

a. Pelbagaikan

watak dalam

cerita.

b. Perlu ada

pentas ketika

bercerita agar

semua murid

dapat lihat

watak.

c. Pelbagaikan

suara yang

mewakili watak.

Perlu membuat

penambahbaikan

dari segi

kepelbagaian watak,

kepelbagaian suara

dalam watak serta

penyediaan pentas

untuk memudahkan

guru bercerita.

LAMPIRAN IV

CONTOH CERITA YANG DIGUNAKAN

Pengajaran : Bahan Timbul Dan Bahan Tenggelam

112

Page 120: Kajian Tindakan Siti Marliyana

ABM : Besen, Air, Plastik, Itik, Batu, Duit syiling, Boneka arnab

Tajuk Cerita : Cintai Tasik Kita

Tutu adalah seekor arnab yang sangat comel. Dia tinggal di dalam sebuah

taman yang sangat indah dengan pokok-pokok, bunga-bungaan dan ditambah dengan

kejernihan tasik yang terletak di tengah-tengah kawasan taman ini. Tutu sangat gembira

tinggal di taman ini.

Pada suatu hari, Tutu baru sahaja bangun dari tidurnya.

Tutu : “Ah! cerah sungguh hari ini. Alangkah baiknya jika saya dapat bermain-main di

tasik. Boleh juga menghirup udara yang segar”.

Tutu pun bersiap-siap untuk keluar dari rumah. Dia berjalan-jalan sambil menarik nafas

yang panjang. Sesekali terlihat dia berlari-lari anak. Tutu kelihatan sungguh riang

sekali. Ketika Tutu sedang berjalan-jalan itu, Tutu mengutip batu-batu di kawasan dia

berjalan dan terus melontarkannya ke dalam tasik. Dia tidak sedar yang dia telah

melakukan satu kesalahan.

Kemudian, Tutu berasa sangat lapar.

Tutu : “Aduh, lapar rasanya perutku ini. Dari pagi aku tidak menjamah makanan. Aku

harus ke gerai di tepi jalan sana”.

Tutu pun berjalan ke gerai dan membeli makanan. Setelah membeli makanan, Tutu

duduk di tepi tasik dan menikmati makanan yang dibeli menggunakan sudu.

113

Page 121: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Tutu : “Uh, kenyang sungguh. Alamak, di mana saya harus membasuh sudu ini. Ah,

buang sajalah dalam tasik ni. Senang”.

Tutu pun membuang sudu yang digunakannya di dalam tasik tersebut. Satu kesalahan

lagi yang telah dilakukan oleh Tutu. Tutu tidak menyedari perbuatannya itu telah

diperhatikan oleh rakannya iaitu Kimi.

Kimi : “Tutu, saya telah lihat kamu membuang sudu ke dalam tasik. Tidak baik kamu

berbuat demikian Tutu. Tasik ini sangat bersih. Jika kamu suka membuang sampah ke

dalamnya, ia akan kotor suatu hari nanti dan kawasan taman kita ini tidak akan seindah

dulu. Kamu mahu taman kita ini kotor?”.

Tutu : “Tidak. Saya tidak mahu taman ini kotor. Saya berjanji tidak akan berbuat begitu

lagi. Terima kasih Kimi”.

Tutu berjalan-jalan lagi.

Tutu : “Ha! Lebih baik saya bermain layang-layang dari plastik!”

Tutu pun mengambil plastik dan membinanya seperti layang-layang. Dia pun berlari-

berlari bersama layang-layang tersebut.

Tutu : “Wah! Hebat! Layang-layang saya boleh terbang tinggi!”.

Tiba-tiba, layang-layang yang sedang dipegang Tutu telah terjatuh ke dalam tasik. Dia

cuba mengambil layang-layang tersebut namun tidak sampai. Mujur juga ada seekor itik

di dalam tasik tersebut.

114

Page 122: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Tutu : “Hai itik. Bolehkah kamu membantu saya mengambil layang-layang saya yang

terjatuh itu?”.

Itik : “Saya akan membantu kamu jika kamu berjanji tidak akan membuang sampah di

dalam tasik ini lagi”.

Tutu : “Ya, baik. Saya berjanji. Saya telah sedar. Saya minta maaf ya itik?”.

Itik : “Baiklah. Saya akan membantu kamu”.

Itik pun mengambilkan layang-layang Tutu yang terjatuh di dalam tasik tadi. Tutu

sangat gembira kerana layang-layangnya sudah boleh dimain semula. Dia juga berjanji

tidak akan membuang sampah di dalam tasik lagi.

LAMPIRAN IV

CONTOH CERITA YANG DIGUNAKAN

115

Page 123: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Pengajaran : Cuaca

ABM : Manila kad, Lidi, Boneka arnab

Tajuk Cerita : Tutu dan Kawan-kawan

Adik-adik! Jumpa Tutu lagi. Adik-adik nak dengar Tutu cerita tak?

Hari ini, Tutu nak cerita tentang kawan-kawan Tutu. Adik-adik pun ada kawan-kawan

kan? Siapa kawan adik-adik?

Tutu pun ada kawan-kawan jugak. Tutu ada 3 orang kawan baik. Nama mereka Cerah,

Mendung dan Hujan. Ha! Adik-adik nak jumpa tak kawan-kawan Tutu ni?

Ok, tunggu sekejap ye. Tutu pergi panggil kawan-kawan Tutu itu. Adik-adik kena tutup

mata dulu. 1,2,3! Ha! Buka mata!

Ha! Inilah kawan Tutu. Nama dia Cerah.

Cerah : Hai Tutu! Hai adik-adik. Nama saya Cerah. Saya kawan Tutu.

Tutu : Hai Cerah! Cerah, boleh tak kamu cerita tentang kamu pada adik-adik ni.

Cerah : Adik-adik, saya ada awan. Awan saya warna kuning. Saya juga ada

matahari. Matahari saya panas tau adik-adik.

Tutu : Apa yang manusia selalu buat apabila awak keluar ya Cerah?

Cerah : Manusia selalu menjemur pakaian. Saya ada matahari yang panas. Jadi, saya

boleh mengeringkan pakaian manusia yang basah. Manusia juga suka bermain

ketika saya keluar.

116

Page 124: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Tutu : Ha…itulah kawan saya adik-adik. Terima kasih Cerah sudi berkongsi cerita

dengan adik-adik ni.

Cerah : Sama-sama Tutu. Bye..

Tutu : Adik-adik, Tutu ada seorang lagi kawan tau. Namanya Mendung. Adik-adik

nak tengok Mendung?

Ok. Cepat tutup mata adik-adik.

Tutu : Ha! Inilah Mendung.

Mendung : Hai adik-adik! Nama saya Mendung.

Tutu : Hai Mendung! Mendung, boleh tak kamu cerita tentang kamu pada adik-

adik ni.

Mendung : Adik-adik, saya ada awan. Awan saya warna kelabu. Saya tiada matahari

macam cerah tau adik-adik. Kadangkala, saya juga mempunyai angin yang kuat.

Tutu : Apa yang manusia selalu buat apabila awak keluar ya Mendung?

Mendung : Manusia biasanya duduk di rumah sahaja. Tapi ada juga yang selalu bermain

layang- layang kerana kadangkala saya mempunyai angin yang kuat.

Tutu : Ha…itulah kawan saya adik-adik. Terima kasih Mendung kerana sudi

berkongsi cerita dengan adik-adik ni.

Mendung : Sama-sama Tutu. Bye..

117

Page 125: Kajian Tindakan Siti Marliyana

Tutu : Adik-adik sudah kenal dengan Cerah dan Mendung. Adik-adik nak kenal

dengan lagi seorang kawan Tutu?

Ok, tutup mata ya!

Tutu : Ha! Ini kawan Tutu. Namanya Hujan.

Hujan : Hai adik-adik. Nama saya Hujan.

Tutu : Hai Hujan! Hujan, boleh tak kamu cerita tentang kamu pada adik-adik ni.

Hujan : Saya ada awan. Awan saya warna hitam. Saya pun tiada matahari macam

Mendung. Tapi saya ada titisan air yang jatuh dari awan saya.

Tutu : Apa yang manusia selalu buat apabila awak keluar ya Hujan?

Hujan : Manusia biasanya tidak akan keluar rumah apabila saya ada. Kalau mereka

keluar pun mereka akan memakai payung dan baju hujan.

Tutu : Owh..patutlah mak Tutu pun tak bagi keluar rumah. Mak Tutu cakap, nanti

Tutu demam jika bermain dalam hujan.

Hujan : Betul tu Tutu.

Tutu : Adik-adik, itulah kawan-kawan Tutu. Adik-adik da kenal kan? Cuba sebut

macam mana Cerah, Mendung dan Hujan?

118

Page 126: Kajian Tindakan Siti Marliyana

119