kajian tindakan pengajaran bahasa melayu

9
Kajian Tindakan Pengajaran Bahasa Melayu Ini merupakan kajian tindakan yang perlu saya laksanakan untuk tugasan saya semester ini. Moga tugasan ini boleh kita kongsi bersama. PENGHARGAAN Saya berasa sangat bersyukur kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya dapatlah saya menyiapkan kajian tindakan yang bertajuk MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT DI DALAM DISIPLIN PENULISAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MURID TAHUN 4 dapat disempurnakan dengan sebaiknya. Saya memilih tajuk ini kerana beberapa sebab . Antara sebab utamanya ialah ingin membetulkan perlakuan dalam aspek penulisan . Ini kerana ada antara guru penyelidik yang masih belum dapat memberi penekanan sepenuhnya berkaitan tentang pembentukan ayat yang betul. Sepanjang proses pelaksanaannya , saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru besar yang banyak memberi input yang sangat berguna berkaitan kajian tindakan ini . Selain itu ribuan terima kasih juga saya hulurkan kepada guru panitia Bahasa Melayu yang selalu membimbing saya memantapkan lagi proses menyediakan Laporan Kajian Tindakan ini. Saya juga sangat terhutang budi dengan rakan-rakan sealiran saya yang membantu saya membuat refleksi berkaitan pengajaran dan pembelajaran saya. Dengan adanya bantuan mereka , saya dapat menyiapkan Kajian Tindakan ini dengan jayanya. Saya berharap dengan adanya kajian tindakan ini , dapatlah saya jadikan ia sebagai panduan dan rujukan . Selain itu , ia juga boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk rakan-rakan seperjuangan saya. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT DI DALAM DISIPLIN PENULISAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MURID TAHUN 4 Oleh : Puan Nor Azila binti Md. Nor Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya ABSTRAK

Upload: pearl-malaeka

Post on 20-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan Pengajaran Bahasa Melayu

Kajian Tindakan Pengajaran Bahasa Melayu

Ini merupakan kajian tindakan yang perlu saya laksanakan untuk tugasan saya semester ini. Moga tugasan ini boleh kita kongsi bersama. 

PENGHARGAAN            Saya berasa sangat bersyukur kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya dapatlah saya

menyiapkan kajian tindakan yang bertajuk MENINGKATKAN KEMAHIRAN  MEMBINA

AYAT DI DALAM DISIPLIN PENULISAN  BAHASA MELAYU DI KALANGAN MURID

TAHUN 4   dapat disempurnakan dengan sebaiknya.

            Saya memilih tajuk ini kerana beberapa sebab . Antara sebab utamanya ialah ingin

membetulkan  perlakuan dalam aspek penulisan . Ini kerana ada antara guru penyelidik

yang masih belum dapat memberi penekanan sepenuhnya berkaitan tentang pembentukan

ayat yang betul.

            Sepanjang proses pelaksanaannya , saya ingin merakamkan jutaan terima kasih

kepada guru besar yang banyak memberi input yang sangat berguna  berkaitan kajian

tindakan ini . Selain itu ribuan terima kasih juga saya hulurkan kepada  guru panitia Bahasa

Melayu yang selalu membimbing saya memantapkan lagi proses menyediakan  Laporan

Kajian Tindakan ini.

            Saya juga sangat terhutang budi dengan rakan-rakan sealiran saya yang membantu

saya membuat refleksi berkaitan pengajaran dan pembelajaran saya. Dengan adanya

bantuan mereka , saya dapat menyiapkan Kajian Tindakan ini dengan jayanya.

            Saya berharap dengan adanya kajian tindakan ini , dapatlah saya jadikan ia sebagai

panduan  dan rujukan . Selain itu , ia juga boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk rakan-

rakan seperjuangan saya.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN  MEMBINA AYAT DI DALAM DISIPLIN PENULISAN  BAHASA MELAYU DI KALANGAN MURID TAHUN 4

Oleh :Puan Nor Azila binti Md. Nor

Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya

 ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji masalah membina ayat di kalangan murid  di

Tahun 4 Bestari . Seramai 11 orang murid terlibat dalam kajian ini.  Selain itu , saya juga

ingin meningkatkan pemahaman mereka dalam aspek membina ayat yang betul dan

lengkap . Tinjauan awal  telah dilaksanakan melalui aktiviti di dalam kelas dan semakan

latihan di dalam buku latihan .  Saya dapati terdapat beberapa kesilapan dalam pembinaan

ayat iaitu dari segi morfologi dan sintaksis. Saya juga mendapati bahawa murid kurang peka

Page 2: Kajian Tindakan Pengajaran Bahasa Melayu

tentang penggunaan kata hubung , pengimbuhan dan tanda baca dalam pembinaan ayat .

Untuk mengatasi masalah ini , saya telah  menyediakan formula yang mudah untuk murid ini

memperbaiki kemahiran membina ayat iaitu murid perlu hafal formula yang diberikan.

Hasilnya saya dapati , terdapat peningkatan dalam pembinaan ayat oleh anak-anak murid

saya ini.  Saya juga berasa teruja untuk meneruskan aktiviti yang dijalankan dalam

pengajaran dan pembelajaran saya.

1.0  LATAR BELAKANG KAJIAN:

            Bahasa Melayu Penulisan terdiri daripada tiga item iaitu Bahagian A , bahagian B

dan Bahagian C . Bahagian A membina ayat yang lengkap dan gramatis. Kajian saya

berkaitan dengan masalah Bahagian A .Masalah membina ayat yang lengkap dalam

penulisan terutama dalam penulisan bahagian A akan mengganggu murid mendapat

markah yang baik dalam penulisan Bahasa Melayu. Selain itu , jika murid tidak dapat

membina ayat dengan baik , menyebabkan murid juga tidak mampu untuk membina sebuah

karangan yang baik dalam penulisan bahagian B dan C. Masalah membina bina ayat ini

dikesan semasa saya menyemak latihan murid di dalam buku latihan penulisan. Saya dapati

murid gagal membina ayat dengan baik. Struktur ayatnya tidak tersusun dengan betul. Murid

gemar menggunakan bahasa pasar semasa menulis ayat.  Tanda bacan yang ditulis  tidak

menepati ciri-ciri penulisan yang sebenar.  Berdasarkan refleksi pengajaran saya , saya

dapati murid belum boleh membina ayat secara gramatis  dengan hanya melalui aktiviti

perbincangan dalam kelas dan perbincangan melalui kumpulan. Melalui aktiviti

pembentangan hasil kerja murid dalam pembinaan ayat juga tidak banyak membantu murid

saya .  Jadi , melalui perbincangan saya dengan rakan sealiran juga termasuk guru

pemeriksa kertas Penulisan Bahasa Melayu , saya disarankan menggunakan formula SPPA

iaitu subjek + predikat + penerangan ayat ( siapa - buat - dimana -apa / bagaimana ) bagi

mengatasi kelemahan murid ini.

2.0  FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

Saya memilih isu ini kerana berdasarkan tinjauan awal saya, saya dapati bahawa 11 orang

murid ini tidak boleh menulis ayat dengan baik sedangkan bacaan dan lisan yang dijalankan

di dalam kelas tidak mempunyai banyak masalah. Cuma apabila mereka mula menulis ,

mereka gagal menyusun struktur dengan baik selain penggunaan kata yang kurang tepat.

Oleh yang demikian , saya terpanggil untuk membantu 11 orang murid ini memperbaiki

kemahiran  dalam pembinaan ayat agar murid-murid  ini tidak terus tercicir dalam aspek

penulisan.

3 .0 OBJEKTIF KAJIAN

            Selepas kajian tindakan ini dijalankan , diharapkan agar dapat mencapai objektif

tersebut:

            3.1 )  Objektif Am

Page 3: Kajian Tindakan Pengajaran Bahasa Melayu

      Meningkatkan kemahiran murid untuk membina ayat  dengan lengkap dan gramatis.

           3.2 )  Objektif Khusus

       Murid dapat memilih penggunaan kata yang sesuai untuk membina ayat.

      Murid boleh membezakan penggunaan tanda baca dalam ayat.

      Murid boleh menulis ayat yang lengkap serta gramatis berdasarkan kata kerja / rangkaikata

yang diberikan dengan baik.

4.0  KUMPULAN SASARAN

            Kumpulan murid yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 11 orang murid Tahun 4

Bestari . 7 orang murid India dan 4 orang murid Melayu.  Kumpulan sasaran ini terdiri

daripada 6 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan.

5.0  PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Awal Masalah

Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam menjalankan kajian tindakan , tinjauan

awal terhadap masalah yang dikenalpasti, Langkah-langkah telah dilakukan berdasarkan

pemerhatian , pemeriksaan buku latihan dan ujian pra.

i ) Pemerhatian :

Saya telah memerhatikan tingkahlaku murid melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas. Saya mendapati murid mempunyai masalah membina ayat secara gramatis.

Pada awalnya, saya merasakan murid belum biasa membina ayat secara gramatis kerana

mereka baru berada di tahap 2. Tetapi selepas beberapa minggu , murid masih lagi belum

menguasai cara untuk membina ayat secara gramatis.

ii )  Pemeriksaan buku latihan.

Setiap kali selesai sesi pengajaran dan pembelajaran , murid akan menyerahkan buku

latihan kepada saya. Setelah disemak , saya dapati murid belum dapat menguasai cara

untuk membina ayat secara gramatis. Mereka membina ayat selapis dan kadangkala ayat

yang dibina tiada kaitan dengan gambar yang diberkan ,

iii)  Ujian pra.

Satu ujian diagnostik telah dijalankan kepada murid-murid tahun 4. Ia bertujuan menguji

tahap penulisan murid. Saya dapati hasil daripada ujian tersebut , murid tidak mahir untuk

membina ayat dengan baik. Kemudian , murid telah diberi uiian bulanan , namun 11 orang

murid ini masih gagal membina ayat secara gramatis.

5.2  Analisis Tinjauan Masalah

Page 4: Kajian Tindakan Pengajaran Bahasa Melayu

 Hasil pemerhatian , pemeriksaan buku latihan dan ujian pra dapat dilihat melalui jadual data

yang di sediakan.

Senarai Rekod Pencapaian. (Jumlah markah = 10 M)BIL NAMA MURID Ujian

DiagnostikUjian

bulan Feb

1 Basker a/l Subramaniam 3 4

2 Danny Dave a/l Raman 4 4

3 Jaynishia a/p Bala 3 4

4 Justin a/l  Fernendez 4 5

5 Kapil a/l Jaynesan 3 4

6 Kirthana a/p Vinod Kumar 4 4

7 Muhammad Isma bin Kamsan 4 5

8 Nurul Alina binti Yusof 4 4

9 Nurul Fatehah binti Fauzi 5 5

10 Sabrina a/p Ramandran 3 4

11 Zaidi bin Harun 3 4

Rajah  1 menunjukkan hasil ujian pra yang dijalankan kepada murid-murid. Data tersebut

dibuat sebelum pelaksanaan tindakan saya. Saya mendapati tahap penguasaan murid

dalam membina ayat gramatis masih lemah walau pun telah menjalani dua kali latihan.

5.3 Tindakan yang dijalankan.

            Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan dalam tempoh

tiga bulan melibatkan 11 orang murid khasnya dan 27 orang murid amnya. Pengajaran dan

pembelajaran ini dijalankan setiap hari Isnin kerana mempunyai 2 waktu bekembar.

            Saya telah melaksanakan pengajaran kaedah bina pelan maklumat berdasarkan

gambar yang diberi dan kaedah  kata tanya. Saya telah menggunakan kaedah ini semasa

sesi pengajaran selama 60 minit. . Saya menggunakan 1 waktu untuk murid memahami 

gambar , mencari maklumat atau kata kerja berkaitan gambar , bulatkan gambar dan

catatkan kata kerja yang sesuai dengan gambar. Kaedah ini saya panggil Kaedah Bulat dan

Tarik .  Dalam kaedah ini ,murid perlu cari fahamkan situasi gambar , kemudian perlu cari

aktiviti yang terdapatkan dalam gambar. Kemudian , setelah kenalpasti maklumat , murid

perlu bulatkan gambar dan catat maklumat berkaitan gambar. Contoh : membajak ,

mengubah dan sebagainya. Pada waktu yang kedua , guru , membimbing murid membina

ayat menggunakan kata tanya ( siapa . buat apa , di mana , bila / bagaimana )

            Saya telah melaksanakan beberapa langkah pengajaran dan pembelajaran berkaitan

kaedah ini. Saya sediakan Rancangan Pengajaran bagi aktiviti ini.

Page 5: Kajian Tindakan Pengajaran Bahasa Melayu

Set Induksi      : Beri penerangan tentang jenis gambar, kemudian bincang berkaitan gambar

yang ditunjukkan

Langkah 1       : Murid teliti keseluruhan gambar dan soal jawab berkaitan gambar

Langkah 2       : Murid mencari  5 kata kerja / aktiviti  yang ada kaitan dengan kehendak

soalan . Kemudian bulatkan gambar tersebut serta catatkan pada gambar aktiviti yang telah

dikenalpasti.

Langkah 3       : Murid bina rangkaikata menggunakan kata tanya ( siapa , buat apa , di

mana . bila / bagaimana )

Langkah 4       : Latihan bina ayat gramatis perpandukan pelan maklumat yang telah dibina.

Penutup           : Menyemak ejaan , struktur ayat dan kosa kata yang digunakan.

            Berdasarkan rancangan harian , saya memulakan pengajaran dengan menyatakan

jenis gambar yang akan murid temui. Bincangkan secara ringkas sebagai pengenalan murid.

            Seterusnya pada langkah yang pertama , saya meminta murid meneliti keseluruhan 

gambar dan fahamkan situasi gambar. Kemudian, murid mencari 5 perbuatan / aktiviti yang

ada kaitan dalam gambar. Bulatkan gambar tersebut dan catatkan kata kerja yang sesuai

dengan gambar.

            Langkah seterusnya , saya telah meminta murid membina rangkaikata berpandukan

kata kerja ( siapa - buat apa - di mana - bila /bagaimana )

Contoh: soalan            : siapa di dalam gambar ?

              jawapan         : Pak Kassim

              soalan            : sedang buat apa ?

              jawapan         : membanting padi.

              soalan            : di mana ?

            jawapan           :  di sawah padi / di bendang

              soalan           : bila ?

              jawapan         : di musim menuai.

Langkah yang terakhir , saya telah memberi latihan untuk menulis ayat secara gramatis

kepada murid-murid. Kami juga membimbing murid ini secara individu dari segi pemilihan

kosa kata yang sesuai dan tepat agar ayat yang dibina lebih gramatis.. Setelah siap

membina 5 ayat , murid diminta menyemak ejaan , tanda baca dan sebagainya.

Contoh ayat gramatis : Pak Kasim sedang membanting padi yang sudah masak di

                                     bendang semasa musim menuai.

            Saya telah melaksanakan kaedah ini setiap kali menjalankan sesi pengajaran dan

pembelajaran yang berkaitan dengan penulisan bahagian A mulai penghujung Julai 2012

sehinggalah penghujung bulan Oktober 2012. Sepanjang tempoh itu , saya telah

mengadakan 3 kali siri ujian. Ujian ini dijalankan pada setiap penghujung bulan dalam

tempoh pelaksanaan kajian ini. Ia bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah yang

digunakan bagi mencapai objektif kajian dalam penulisan Bahasa Melayu.

Page 6: Kajian Tindakan Pengajaran Bahasa Melayu

5.4 Dapatan Kajian

Saya telah mengumpul pengskoran markah murid hasil daripada 3 siri ujian yang telah

dijalankan. Markah-markah tersebut telah dicatatkan dalam jadual yang disediakan. Jadual

ini merupakan borang Analisa berkaitan dengan hasil ujian murid.

BIL NAMA MURIDJENIS UJIAN

Ujian 1 Ujian 2 Ujian 3

1 Basker a/l Subramaniam 5 7 9

2 Danny Dave a/l Raman 6 6 9

3 Jaynishia a/p Bala 6 7 10

4 Justin a/l  Fernendez 7 8 10

5 Kapil a/l Jaynesan 5 7 8

6 Kirthana a/p Vinod Kumar 4 5 7

7 Muhammad Isma bin Kamsan 7 8 10

8 Nurul Alina binti Yusof 6 7 9

9 Nurul Fatehah binti Fauzi 7 8 10

10 Sabrina a/p Ramandran 7 7 9

11 Zaidi bin Harun 7 8 10

Berdasarkan jadual pengskoran ini , saya dapati ada peningkatan markah bagi murid-murid

tersebut. Seramai 10 orang iaitu  91% murid berada ditahap cemerlang manakala hanya

seorang murid sahaja iaitu 9 % berada di tahap baik. Ini menunjukkan satu peningkatan

yang amat ketara,

            Saya juga menemubual dua orang murid berkaitan hasil pengajaran -pembelajaran

yang telah dijalankan.

Cikgu       : Fatehah , cikgu lihat , skor markah kamu sangat cemerlang dan                      

meningkat setelah  belajari melalui kaedah dan teknik ini.

Fatehah  : Ya cikgu . Saya semakin faham bagaimana hendak membina ayat      

                 dengan baik. Kaedah ini sangat membantu saya , cikgu!

Cikgu      : Kirthana , nampaknya skor awak pada tahap baik berbanding rakan-rakan

                 kamu yang berada di skor cemerlang.  Awak masih ada masalah dengan        

penggunaan kaedah ini ? 

Kirthana : Tidak cikgu, Saya faham bagaimana untuk membina ayat dengan lebih baik.  

Cuma kosa kata saya sahaja yang masih lagi kurang.

Cikgu     : Tidak mengapa Kirthana , apa yang penting , kamu perlu banyak membaca

                 untuk menambahkan kosa kata kamu.

5.5  Refleksi   Kajian.     

Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas murid , kaedah yang telah  dilaksanakan dalam

pengajaran dan pembelajaran itu telah memberikan suatu impak yang positif. Peningkatan

skor markah murid ketara meningkat. Ini menunjukkan kaedah yang dilaksanakan sangat

bersesuaian danberkesan. Murid semakin yakin untuk membina ayat yang gramatis.

Page 7: Kajian Tindakan Pengajaran Bahasa Melayu

Daripada tinjauan yang dibuat , murid telah mengikut kaedah yang dipelajari.Murid tidak lagi

memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan maklumat dan membina ayat yang

gramatis. Saya juga melihat murid seronok apabila saya menyatakan bahawa hari ini saya

akan membuat latihan penulisan bahagian A. Tiada lagi rungutan yang kurang ebak

didengari daripada nmurid-murid saya.

            Sebagai seorang guru , saya merasakan suatu kejayaan yang besar apabila saya

melihat peningkatan skor murid-murid saya yang lemah. Kajian dan strategi serta kaedah

yang diberikan sangat bersesuaian dengan murid . Pada pandangan saya , murid ini mampu

melakukan sesuatu perkara itu dengan baik asalkan mereka mendapat panduan dan cara

yang betul untuk membina ayat dengan baik.  Saya juga telah dapat membaiki kelemahan

saya dalam pengajaran dan pembelajaran.

5.6  Cadangan Kajian Tindakan Seterusnya.

Secara keseluruhan , kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian

murid semakin baik walaupun bukan 100%. Namun begitu , usaha diteruskan agar murid

mahir sehingga mereka boleh membina ayat dengan gramatis semasa UPSR nanti. Saya

juga akan menggunakan pendekatan ini untuk membimbing murid dalam penulisan

bahagian B.  Ini kerana langkah dan caranya sama iaitu untuk membina ayat dengan baik.

Sebagai kesimpulan , kajian tindakan yang saya lakukan ini sangat memberi manfaat

kepada murid untuk meningkatkan prestasi khususnya dan memberi kelebihan kepada guru

untuk memperbaiki pengajaran amnya. Saya berharap hasil kajian saya ini boleh diguna

pakai oleh rakan-rakan saya nanti.

Rujukan :Abdul Rahman Abd Majid ( 2007 ) Guru Sebagai Penyelidik , Kuala Lumpur , PTS

            Profesional Publishing Sdn Bhd.

Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia , Modul Kajian

            Tindakan Teknologi Pendidikan

Bahagian Perancangan , Penyelidikan Dasar Pendidikan : Panduan Asas Menulis

             Laporan Kajian Tindakan , Kementerian Pelajaran Malaysia

Sulaiman Masri , Abdullah Yusof , Mohd Ra’in Shaari (2006), Bahasa Melayu : Dimensi

             Pengajaran dan Pembelajaran ,Kuala Lumpur , Utusan Publication & Distributor

             Sdn Bhd.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011) Pengajaran , Teknologi dn Penaksiran 2 KPD

             3026.

http:// pengajaranbahasamelayu.blogspot.com

http:// mariasalamperpaduan .blogspot.com