kajian tindakan: kesan penggunaan kaedah kotak magik dalam kemahiran mendarab

11
KESAN PENGGUNAAN KAEDAH KOTAK MAGIK DALAM KEMAHIRAN MENDARAB AZIZI BIN SUBELI 1 HU LAEY NEE 2 ABSTRAK Ramai murid menghadapi masalah dalam mempelajari kemahiran mendarab dalam Matematik. Punca masalah ini wujud disebabkan murid-murid bermasalah dalam sifir. Maka, kajian ini dilaksanakan untuk melihat kesan kaedah kotak magik dalam mempelajari sifir 6 sehingga 9 dan seterusnya mengaplikasikan kaedah tersebut dalam kemahiran mendarab. Pengkaji juga mengkaji masalah-masalah yang wujud semasa pengaplikasian kaedah ini dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban. Lima peserta dilibatkan dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian Pra, Ujian Pasca, Ujian Progresif, temubual, pemerhatian, dan dokumen. Data yang dikumpul kemudian dianalisis secara diskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa kaedah kotak magik mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian pelajar dalam sifir 6 sehingga sifir 9, kemahiran mendarab, dan sikap pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat lima masalah yang wujud berikutan dengan pengaplikasian kaedah kotak magik dalam pendaraban iaitu (1) peserta keliru tentang arah menghitung petak kecil dalam mencari jawapan menggunakan kaedah kotak magik, (2) peserta keliru di mana hendak mula menulis nombor di dalam membina kotak magik, (3) nombor dalam kotak magik yang sepatutnya ditulis kecil tetapi ditulis besar, (4) peserta cuai dalam proses penambahan dua nombor dan cuai dalam menulis nombor dengan betul, dan (5) kesilapan dalam proses mengumpul semula. ABSTRACT Many students are facing the problems in learning the multiplication skills in mathematics. This is caused by the pupils problem in the times tables. Thus, this study was conducted to determine the effect of magic box method in learning times tables 6 to 9 and applied the method in multiplication skills. The researcher also reviewed the problems that existed when the method is applied in solving problems involving multiplication. Five participants are involved in this study. The instruments used in this study are Pre-Test, Post Test, Progressive Test, interviews, observations, and documents. The data collections were analyzed descriptively. The results showed that the magic box method brought a positive impact on student achievement in times tables 6 to 9, multiplication skills and attitudes. The findings also shows that there are five problems that exist due to the application of magic box method in learning multiplication which are (1) participants confused about the direction of counting small parcels while searching the answer using the magic box, (2) participants confused where to start writing the number in constructing the magic box, (3) the number in the box that should be written in small number was written in big number, (4) the participants are careless in the process of adding two digits numbers and careless in writing the numbers correctly, and (5) errors in the process of grouping. PENDAHULUAN Matematik merupakan salah satu subjek teras yang amat penting untuk dikuasai oleh murid khasnya murid di sekolah rendah. Kegagalan dalam menguasai subjek ini diperingkat awal akan mendatangkan kesan yang negatif kepada pembelajaran diperingkat yang lebih tinggi. Dalam mencapai status negara maju

Upload: ajiji

Post on 01-Jul-2015

10.738 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Prosiding kajian tindakan berkaitan operasi darab

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN TINDAKAN: Kesan penggunaan kaedah kotak magik dalam kemahiran mendarab

KESAN PENGGUNAAN KAEDAH KOTAK MAGIK

DALAM KEMAHIRAN MENDARAB

AZIZI BIN SUBELI1

HU LAEY NEE2

ABSTRAK Ramai murid menghadapi masalah dalam mempelajari kemahiran mendarab dalam

Matematik. Punca masalah ini wujud disebabkan murid-murid bermasalah dalam sifir.

Maka, kajian ini dilaksanakan untuk melihat kesan kaedah kotak magik dalam

mempelajari sifir 6 sehingga 9 dan seterusnya mengaplikasikan kaedah tersebut dalam

kemahiran mendarab. Pengkaji juga mengkaji masalah-masalah yang wujud semasa

pengaplikasian kaedah ini dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban.

Lima peserta dilibatkan dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini

adalah Ujian Pra, Ujian Pasca, Ujian Progresif, temubual, pemerhatian, dan dokumen.

Data yang dikumpul kemudian dianalisis secara diskriptif. Dapatan kajian mendapati

bahawa kaedah kotak magik mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian

pelajar dalam sifir 6 sehingga sifir 9, kemahiran mendarab, dan sikap pelajar. Dapatan

kajian juga menunjukkan terdapat lima masalah yang wujud berikutan dengan

pengaplikasian kaedah kotak magik dalam pendaraban iaitu (1) peserta keliru tentang arah

menghitung petak kecil dalam mencari jawapan menggunakan kaedah kotak magik, (2)

peserta keliru di mana hendak mula menulis nombor di dalam membina kotak magik, (3)

nombor dalam kotak magik yang sepatutnya ditulis kecil tetapi ditulis besar, (4) peserta

cuai dalam proses penambahan dua nombor dan cuai dalam menulis nombor dengan

betul, dan (5) kesilapan dalam proses mengumpul semula.

ABSTRACT Many students are facing the problems in learning the multiplication skills in

mathematics. This is caused by the pupils problem in the times tables. Thus, this study

was conducted to determine the effect of magic box method in learning times tables 6 to 9

and applied the method in multiplication skills. The researcher also reviewed the

problems that existed when the method is applied in solving problems involving

multiplication. Five participants are involved in this study. The instruments used in this

study are Pre-Test, Post Test, Progressive Test, interviews, observations, and documents.

The data collections were analyzed descriptively. The results showed that the magic box

method brought a positive impact on student achievement in times tables 6 to 9,

multiplication skills and attitudes. The findings also shows that there are five problems

that exist due to the application of magic box method in learning multiplication which are

(1) participants confused about the direction of counting small parcels while searching

the answer using the magic box, (2) participants confused where to start writing the

number in constructing the magic box, (3) the number in the box that should be written in

small number was written in big number, (4) the participants are careless in the process

of adding two digits numbers and careless in writing the numbers correctly, and (5)

errors in the process of grouping.

PENDAHULUAN

Matematik merupakan salah satu subjek teras yang amat penting untuk

dikuasai oleh murid khasnya murid di sekolah rendah. Kegagalan dalam menguasai

subjek ini diperingkat awal akan mendatangkan kesan yang negatif kepada

pembelajaran diperingkat yang lebih tinggi. Dalam mencapai status negara maju

Page 2: KAJIAN TINDAKAN: Kesan penggunaan kaedah kotak magik dalam kemahiran mendarab

Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

2

dalam tahun 2020, beberapa perubahan dasar telah dibuat oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia dalam proses memperkasa sistem pendidikan di Malaysia bagi

memenuhi keperluan negara di masa hadapan. Dalam perubahan dasar tersebut, ia

turut melibatkan subjek Matematik. Hal ini kerana, Matematik dianggap sebagai satu

subjek yang amat penting dan juga merupakan subjek kritikal khasnya di sekolah

rendah.

Ramai guru sekolah menyatakan Matematik sukar dipelajari oleh murid-

murid. Ramai murid gagal dalam menguasai Matematik dengan baik kerana

menghadapi masalah dalam menguasai konsep operasi asas. Terdapat empat operasi

asas dalam Matematik. Operasi asas tersebut adalah tambah, tolak, darab, dan

bahagi. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), antara perkara yang

menjadi fokus adalah membolehkan murid menguasai keempat-empat kemahiran

tersebut. Menguasai keempat-empat kemahiran asas Matematik itu adalah sangat

penting kerana ia merupakan asas dalam menguasai tajuk yang lebih komplek di

dalam subjek Matematik itu sendiri dan juga menjadi asas dalam menguasai subjek-

subjek lain seperti subjek Sains. Kemahiran matematik tidak hanya diaplikasi dalam

subjek Matematik. Sebaliknya, kemahiran matematik diaplikasi di dalam subjek-

subjek dan bidang-bidang lain termasuk dalam urusan seharian manusia.

Di kebanyakan sekolah, operasi darab merupakan satu operasi asas yang

sukar dikuasai murid. Masalah penguasaan operasi darab seterusnya menyebabkan

murid bermasalah dalam menguasai tajuk-tajuk Matematik yang melibatkan

kemahiran mendarab. Pada dasarnya, punca masalah ini adalah kerana murid

bermasalah dalam menghafal sifir. Cooper (1994) menyatakan

“The number facts of multiplication are more difficult for some

students because the patterns are less obvious and the number are

larger. However, there are students who count the addition facts but

know the multiplication facts. This phenomena occurs because the

students are instruct to memorize the multiplication facts, but are

allowed to count the addition facts.”

FOKUS KAJIAN

Selalunya, murid-murid tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak tahu

bagaimana menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi darab kerana mereka

lemah dalam sifir. Menurut Cooper (1994), sesetengah pelajar mendapati corak

adalah berguna dalam mempelajari pendaraban. Oleh itu, kajian ini memfokus

kepada satu kaedah iaitu kaedah kotak magik dalam membantu murid untuk

menguasai sifir daripada sifir 6 sehingga sifir 9 seterusnya dapat menjawab soalan

pendaraban melibatkan nombor 5 digit dengan 2 digit dan 1 digit. Pendekatan kaedah

kotak magik yang digunakan pengkaji dalam kajian ini ada diperkenalkan dalam

Modul Skim Baucar Tuisyen Mathematics Year 5 Kementerian Pelajaran Malaysia

(2004).

Kotak magik adalah grid yang mengandungi susunan nombor tertentu bagi

tujuan pendaraban. Kotak magik tersebut terdiri daripada sembilan petak. Dalam

petak-petak berkenaan, nombor-nombor tertentu disusun bagi tujuan pendaraban.

Pendaraban menggunakan kaedah kotak magik sebenarnya mengaplikasikan corak

nombor dalam memudahkan pendaraban kerana ia melibatkan susunan nombor yang

membentuk corak nombor yang tertentu. Berikut merupakan kotak magik bagi sifir 6

sehingga sifir 9.

Page 3: KAJIAN TINDAKAN: Kesan penggunaan kaedah kotak magik dalam kemahiran mendarab

Azizi Subeli & Hu Laey Nee

3

Rajah 1: Kotak magik sifir 6 Rajah 2: Kotak magik sifir 7

Rajah 3: Kotak magik sifir 8 Rajah 4: Kotak magik sifir 7

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu:

a. Menilai keberkesanan pengaplikasian kaedah kotak magik terhadap

pencapaian murid dalam sifir 6 sehingga sifir 9.

b. Menilai keberkesanan kaedah kotak magik dalam mempelajari kemahiran

mendarab yang melibatkan nombor 5 digit dengan nombor 2 digit dan 1 digit.

c. Mengenal pasti masalah yang wujud dalam pengaplikasian kaedah kotak

magik dalam menyelesaikan soalan darab melibatkan nombor 5 digit dengan

2 digit dan 1 digit.

Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut:

a. Adakah pengaplikasian kaedah kotak magik mendatangkan kesan yang

positif terhadap pencapaian murid dalam sifir 6 sehingga sifir 9?

b. Adakah kaedah kotak magik berkesan dalam membantu murid mempelajari

kemahiran mendarab yang melibatkan nombor 5 digit dengan nombor 2 digit

dan 1 digit?

c. Apakah masalah yang wujud dalam pengaplikasian kaedah kotak magik

dalam menyelesaikan soalan darab yang melibatkan nombor 5 digit dengan 2

digit dan 1 digit?

2 4

4 2

6

8 4

0 3

2 1

4 5

6 3

8 1

1 2

2 4

3 6

4 1

5 3

6 5

7

8 2

9 4

1 8

2 7

3 6

4 5

5 4

6 3

7 2

8 1

9

2 7

4 6

6 5

8 4

0 4

2 3

4 2

6 1

8

Page 4: KAJIAN TINDAKAN: Kesan penggunaan kaedah kotak magik dalam kemahiran mendarab

Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

4

KUMPULAN SASARAN

Peserta yang terlibat dalam kajian ini adalah murid Tahun 5 di sebuah

sekolah di Miri. Kajian ini melibatkan lima orang murid iaitu dua orang murid lelaki

dan tiga orang murid perempuan. Kesemua peserta yang terlibat dalam kajian ini

adalah berumur sebelas tahun.

Berdasarkan markah penilaian akhir tahun 2009, pencapaian peserta-peserta

kajian dalam subjek Matematik adalah dalam kategori sangat lemah di mana

kesemua peserta yang dipilih dalam kajian ini memperolehi markah kurang daripada

40%. Melalui maklumat daripada guru subjek Matematik yang mengajar mereka,

peserta-peserta ini merupakan murid yang memang dalam kategori lemah di dalam

kelas mereka.

PROSEDUR TINDAKAN

Kajian ini berbentuk kajian tindakan dan pengkaji menggunakan model Kurt

Lewin sebagai panduan melaksanakan kajian. Model Kurt Lewin melibatkan lima

langkah utama iaitu mengenal pasti aspek amalan, merancang pelan tindakan,

melaksanakan pelan tindakan, melihat kesan tindakan, dan membuat refleksi ke atas

segala tindakan. Kerangka konseptual kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam

Rajah 5.

Dalam mengenal pasti aspek amalan, pengkaji telah mengenal pasti aspek

amalan dengan menggunakan tiga kaedah iaitu menemubual guru subjek Tahun 5

secara tidak rasmi, menjalankan pemerhatian semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dan menganalisis markah penilaian akhir tahun 2009.

Selepas masalah dikenal pasti, satu pelan tindakan bagi mengatasi masalah

telah direkabentuk. Tindakan seterusnya adalah memilih strategi untuk

menyelesaikan masalah yang wujud dan mengenal pasti instrumen bagi proses

pengumpulan data. Sebelum sesi rawatan dijalankan, pengkaji telah menjalankan

Ujian Pra ke atas peserta-peserta kajian.

Langkah seterusnya adalah memberi rawatan menggunakan strategi yang

telah ditentukan. Dalam langkah ini, kaedah kotak magik telah dipilh oleh pengkaji

bagi mengatasi masalah yang telah dikenal pasti. Rawatan bagi kitaran pertama

melibatkan lima sesi manakala rawatan bagi kitaran kedua hanya melibatkan dua

sesi. Langkah seterusnya bagi memenuhi reka bentuk kajian tindakan mengikut

model Kurt Lewin adalah membuat penilaian terhadap strategi yang telah dipilih dan

dijalankan ke atas peserta kajian. Tujuan penilaian tersebut adalah bagi menentukan

keberkesanan strategi atau rawatan yang telah diberikan terhadap peserta. Penilaian

bagi kajian ini dibuat dengan menganalisis data mengikut alat kajian yang telah

ditetapkan.

Selepas membuat penilaian, langkah seterusnya dalam model Kurt Lewin

adalah membuat refleksi terhadap rawatan yang telah diberikan terhadap peserta

kajian. Selepas mengambil kira data yang telah dikumpul dan keputusan daripada

data yang telah dikumpul, pengkaji meneruskan satu lagi kitaran bagi

penambahbaikan dan untuk mengatasi masalah yang wujud dari kitaran pertama.

Selepas kelemahan dalam kitaran pertama itu dikenalpasti, pengkaji menjalankan

kitaran kedua. Penggunaan strategi diperbaiki dalam kitaran kedua. Strategi yang

diperbaiki adalah dari segi bagaimana membina kotak magik dengan pantas,

Page 5: KAJIAN TINDAKAN: Kesan penggunaan kaedah kotak magik dalam kemahiran mendarab

Azizi Subeli & Hu Laey Nee

5

penekanan kepada saiz kotak magik yang sesuai dan penekanan dalam membuat

anak panah yang lebih sesuai bagi mengelak kekeliruan.

(Diadaptasi dari Bahagian Pendidikan Guru, 2002)

Rajah 5: Kerangka Konseptual

CARA PENGUMPULAN DATA

Dalam kajian ini, enam instrumen telah digunakan pengkaji untuk membuat

pengumpulan data iaitu Ujian Pra, Ujian Pasca, Ujian Progresif, Temubual,

Pemerhatian, dan dokumen.

Ujian Pra mengandungi seratus soalan berkenaan dengan sifir 2 sehingga sifir

9 diberikan kepada peserta dimana soalan tidak mengikut urutan sifir tertentu

TINDAKAN/IMPLEMENTASI

- Melaksanakan strategi yang

telah dipilih

MELIHAT KESAN TINDAKAN

- Menganalisis data

menggunakan;

a. Ujian Pra

b. Ujian Pasca

c. Ujian Progresif

d. Temubual

e. Pemerhatian

f. Dokumen

Kitaran

Seterusnya

REFLEKSI

- Menganalisis dan menilai

- Membuat refleksi mengenai

keberkesanan tindakan

berdasarkan data yang dikumpul

MENGENAL PASTI ASPEK

AMALAN

- Pernyataan masalah

a. Temubual tidak rasmi

b. Pemerhatian tidak berstruktur

c. Analisis markah Ujian Akhir

Tahun 2009.

MERANCANG

- Menyelesaikan masalah

dengan menggunakan kaedah

kotak magik.

- Pengumpulan data

a. Ujian Pra

b. Ujian Pasca

c. Ujian Progresif

d. Temubual

e. Pemerhatian

f. Dokumen

Page 6: KAJIAN TINDAKAN: Kesan penggunaan kaedah kotak magik dalam kemahiran mendarab

Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

6

manakala Ujian Pasca mengandungi seratus soalan yang hanya melibatkan sifir 6

sehingga sifir 9. Namun begitu, bagi menguji kebolehan peserta kajian dalam sifir 6

sehingga sifir 9 hanya 48 soalan sahaja yang terlibat. Oleh itu, terdapat soalan-soalan

yang berulang dan tidak mengikut urutan sifir yang berkenaan. Bagi Ujian Progresif,

hanya lima soalan yang telah dikemukakan. Soalan Ujian Progresif ini melibatkan

soalan pendaraban nombor 5 digit dengan 1 digit dan 2 digit.

Bagi instrumen temubual, sembilan soalan temubual telah digunakan oleh

pengkaji untuk mendapatkan maklum balas peserta kajian terhadap penggunaan

kaedah kotak magik dalam mempelajari sifir dan kemahiran mendarab. Dalam kajian

ini juga, pemerhatian telah dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Pemerhatian yang digunakan adalah berbentuk pemerhatian tidak berstruktur.

Perkara yang diperhatikan adalah seperti sikap dan kesilapan peserta dalam

mengaplikasikan kaedah kotak magik. Selain itu, dokumen dalam bentuk hasil kerja

peserta kajian iaitu latihan juga merupakan sebahagian daripada data dalam kajian

ini. Hasil kerja peserta disemak dan dianalisis bagi mengesan masalah yang timbul

semasa penggunaan strategi kaedah kotak magik dalam mempelajari kemahiran

mendarab.

CARA MENGANALISIS DATA

Ujian Pra dan Ujian Pasca dalam kajian ini dianalisis menggunakan peratusan

dan min. Setiap soalan membawa pemberat sebanyak 1%. Bagi menentukan markah

setiap peserta, kaedah yang digunakan adalah dengan menentukan sama ada peserta

menjawab setiap soalan dengan jawapan yang betul atau salah. Setiap soalan yang

dijawab salah akan menyebabkan markah ditolak 1%. Ujian Progresif dalam kajian

ini juga dianalisis menggunakan peratusan dan min. Setiap soalan membawa

pemberat 20%. Markah yang diperolehi peserta adalah ditentukan melalui sama ada

jawapan yang diberikan adalah betul atau salah.

Data yang diperolehi melalui temubual telah dianalisis berdasarkan respon

peserta-peserta kajian. Pengkaji akan menilai sama ada peserta memberikan maklum

balas yang positif ataupun negatif terhadap setiap soalan yang diajukan. Bagi

menganalisis hasil pemerhatian yang telah dijalankan, pengkaji akan menilai sama

ada murid menunjukkan minat atau tidak terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan. Pengkaji juga menganalisis apakah kesilapan yang

dilakukan murid dalam menjawab soalan pendaraban. Proses memerhati kesilapan

murid dalam menjawab soalan pendaraban dilakukan semasa murid membuat

latihan.

Hasil kerja peserta sepanjang kajian dianalisis untuk mengesan masalah yang

timbul semasa penggunaan strategi kaedah kotak magik dalam mempelajari

kemahiran mendarab. Kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh peserta dalam

menjawab soalan dinilai dan ditemakan mengikut jenis kesilapan yang sama.

DAPATAN KAJIAN

Kesan Pengaplikasian Kaedah Kotak Magik Terhadap Pencapaian

Jadual 1 menunjukkan perbezaan markah Ujian Pra dan Ujian Pasca dalam

kitaran pertama kajian.

Page 7: KAJIAN TINDAKAN: Kesan penggunaan kaedah kotak magik dalam kemahiran mendarab

Azizi Subeli & Hu Laey Nee

7

Jadual 1: Markah bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca

Peserta Ujian Pra (%) Ujian Pasca 1(%) Perbezaan Markah (%)

P1

P2

P3

P4

P5

51

64

62

50

76

97

93

100

87

92

46

29

38

37

16

Daripada Jadual 1, didapati bahawa terdapat perbezaan markah yang telah

dicapai oleh kesemua peserta kajian. Perbezaan adalah positif dimana berlaku

peningkatan markah oleh kesemua kelima-lima peserta kajian. Bagi peserta P1,

peningkatan markah yang dicapai adalah sebanyak 46%, peserta P2 adalah sebanyak

29%, peserta P3 adalah sebanyak 38%, peserta P4 adalah sebanyak 37% , dan peserta

P5 adalah sebanyak 16%.

Jadual 2: Markah Ujian Pasca bagi kitaran pertama dan kitaran kedua

Peserta Ujian Pasca 1 (%) Ujian Pasca 2 (%) Perbezaan Markah (%)

P1

P2

P3

P4

P5

97

93

100

87

92

94

89

100

98

100

3

4

0

11

8

Jadual 2 menunjukkan perbandingan markah Ujian Pasca kitaran pertama

dengan kitaran kedua kajian. Dalam ujian tersebut, seorang peserta mengekalkan

markah yang sama, dua orang peserta telah mencapai peningkatan markah manakala

dua orang peserta telah mencapai penurunan markah. Peserta P1 dan peserta P2 telah

memperolehi penurunan markah iaitu sebanyak 3% bagi peserta P1 dan 4% bagi

peserta P2. Peserta P4 dan peserta P5 pula telah memperolehi peningkatan markah

iaitu sebanyak 11% bagi peserta P4 dan 8 % bagi peserta P5. Bagi peserta P3,

prestasi yang cemerlang telah dikekalkan dengan mendapat markah 100% dalam

Ujian Pasca bagi kedua-dua kitaran kajian.

Jadual 3: Markah Ujian Progresif bagi kitaran pertama dan kitaran kedua

Peserta Ujian Progresif 1

(%)

Ujian Progresif 2

(%)

Perbezaan Markah (%)

P1

P2

P3

P4

P5

100

60

60

60

80

60

100

100

60

100

40

40

40

0

20

Jadual 3 menunjukkan perbandingan markah Ujian Progresif kitaran pertama

dan kitaran kedua kajian. Berdasarkan analisis data bagi Ujian Progresif seperti yang

ditunjukkan dalam Jadual 3, tiga orang peserta telah mencapai peningkatan markah

dalam kedua-dua kitaran kajian, seorang peserta mengekalkan markah kitaran

Page 8: KAJIAN TINDAKAN: Kesan penggunaan kaedah kotak magik dalam kemahiran mendarab

Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

8

pertama dalam kitaran kedua kajian, dan seorang peserta telah mencapai penurunan

markah kitaran pertama dan kitaran kedua kajian. Peserta yang mendapat

peningkatan markah adalah peserta P2 iaitu sebanyak 40%, peserta P3 sebanyak

40%, dan peserta P5 20%. Peserta yang mengekalkan markah kitaran pertama dalam

kitaran kedua adalah peserta P4 manakala peserta yang mendapat penurunan markah

pula adalah peserta P1. Markah yang dikekalkan peserta P4 dalam kedua-dua kitaran

kajian adalah 60% manakala penurunan markah yang dialami peserta P1 adalah

sebanyak 40%.

Jadual 4: Min markah setiap ujian

Jenis ujian Min (%)

Ujian Pra

Ujian Pasca kitaran pertama

Ujian Pasca kitaran kedua

Ujian Progesif kitaran pertama

Ujian Progresif kitaran kedua

60.6

93.8

96.2

72.0

84.0

Jadual 4 pula menunjukkan min markah bagi semua jenis ujian yang

dijalankan dalam kajian ini. Min markah yang dicapai oleh kelima-lima peserta

kajian dalam Ujian Pra adalah sebanyak 60.6% dan meningkat sehingga 93.8% dan

96.2% dalam Ujian Pasca kitaran pertama dan kitaran kedua kajian. Min markah

Ujian Progresif kitaran pertama pula adalah 72.0% dan meningkat sehingga 84.0 %

dalam kitaran kedua kajian. Jika dibuat perbandingan, berlaku peningkatan min

sebanyak 33.2% dalam Ujian Pra dengan Ujian Pasca kitaran pertama kajian. Min

markah Ujian Pasca telah meningkat lagi sebanyak 2.4% dalam kitaran kedua jika

dibandingkan dengan min markah kitaran pertama kajian. Jika dibuat perbandingan

Ujian Progresif pula, min markah telah meningkat sebanyak 12.0% bagi kedua-dua

kitaran kajian.

Kesan Pengaplikasian Kaedah Kotak Magik Dalam Mempelajari Kemahiran

Mendarab

Hasil analisis instrumen temubual dan pemerhatian mendapati pengaplikasian

kaedah kotak magik dalam mempelajari kemahiran mendarab memberikan kesan

yang positif kepada peserta dimana kaedah tersebut berkesan dalam membantu

peserta dalam mempelajari kemahiran mendarab yang melibatkan nombor 5 digit

dengan 2 digit dan 1 digit.

Daripada temubual didapati bahawa empat daripada lima peserta malas

menghafal sifir. Keempat-empat peserta tersebut menyatakan bahawa kaedah kotak

magik yang diperkenalkan dalam kajian ini mudah difahami, dapat memberi lebih

keyakinan dalam menjawab soalan pendaraban, dapat membantu menyelesaikan

soalan melibatkan operasi darab, mereka memahami dan suka menggunakan kaedah

tersebut, dapat menjawab soalan melibatkan operasi darab walaupun tidak hafal sifir,

dan mereka lebih berminat dengan subjek matematik setelah mempelajari kaedah

tersebut. Namun, seorang peserta yang rajin menghafal sifir menyatakan bahawa

kaedah kotak magik mudah difahami dan suka menggunakan kaedah tersebut tetapi

kaedah tersebut tidak menambah keyakinan beliau dalam menjawab soalan

pendaraban dan minat beliau terhadap subjek matematik tetap sama selepas

diperkenalkan dengan kaedah kotak magik.

Page 9: KAJIAN TINDAKAN: Kesan penggunaan kaedah kotak magik dalam kemahiran mendarab

Azizi Subeli & Hu Laey Nee

9

Hasil pemerhatian mendapati, peserta-peserta kajian telah menunjukkan sikap

yang baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka didapati lebih

berminat dan bermotivasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan

disamping mereka nampak ceria dan seronok sepanjang preoses pengajaran dan

pembelajaran. Semua peserta juga didapati suka mempelajari subjek matematik

dimana mereka suka menghadiri kelas kajian dan mereka sentiasa patuh dengan

arahan guru. Apabila diberi arahan untuk menyelesaikan soalan di papan hitam,

mereka didapati berebut untuk pergi ke hadapan dan menyelesaikan soalan tersebut.

Masalah Pengaplikasian Kaedah Kotak Magik

Hasil analisis data mendapati terdapat lima masalah yang wujud berikutan

pengaplikasian kaedah kotak magik dalam pendaraban melibatkan nombor 5 digit

dengan 2 digit dan 1 digit. Masalah-masalah tersebut adalah:

1. Peserta keliru tentang arah menghitung petak kecil dalam mencari jawapan

menggunakan kaedah kotak magik.

2. Peserta keliru di mana hendak mula menulis nombor di dalam membina kotak

magik.

3. Peserta menulis nombor dalam kotak magik yang sepatutnya ditulis kecil tetapi

ditulis besar.

4. Peserta cuai dalam proses penambahan dua nombor dan cuai dalam menulis

nombor dengan betul.

5. Peserta melakukan kesilapan dalam proses mengumpul semula yang seterusnya

menyebabkan jawapan akhir menjadi salah.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Daripada dapatan kajian didapati bahawa pengaplikasian kaedah kotak magik

telah mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian murid dalam sifir 6

sehingga sifir 9. Kesan ini ditunjukkan melalui dapatan bahawa berlaku peningkatan

dalam min markah dalam semua jenis ujian yang dijalankan kepada peserta kajian

dalam kedua-dua kitaran kajian. Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan Yusniza

Mohamad Yusoff (2004) dan Rizal Jusoh (2005) dimana berlaku peningkatan dalam

Ujian Pra dan Ujian Pasca setelah kajian dijalankan ke atas responden.

Dapatan kajian juga menunjukkan kaedah kotak magik adalah berkesan

dalam membantu murid mempelajari kemahiran mendarab melibatkan nombor 5

digit dengan nombor 2 digit dan 1 digit. Hasil analisis temubual dan pemerhatian

yang mendapati setelah diperkenalkan dengan kaedah kotak magik, peserta yang

tidak hafal sifir lebih seronok, ceria, dan suka mempelajari subjek matematik.

Mereka juga didapati yakin bahawa kaedah tersebut dapat membantu mereka

menyelesaikan soalan darab walaupun mereka tidak hafal sifir. Dapatan ini adalah

selaras dengan dapatan Faddren Jingan (2006) yang mendapati kaedah yang

diperkenalkannya dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari Matematik. Hasil

kajian ini juga senada dengan dapatan Aida Ibrahim (2006) yang mendapati telah

berlaku peningkatan dari segi minat, sikap, dan pencapaian murid dalam Matematik

setelah tindakan dijalankan ke atas responden kajiannya.

Melalui analisis, dirumuskan bahawa terdapat lima masalah dalam

pengaplikasian kaedah kotak magik dalam menyelesaikan soalan darab yang

melibatkan nombor 5 digit dengan 2 digit dan 1 digit. Masalah-masalah berkenaan

Page 10: KAJIAN TINDAKAN: Kesan penggunaan kaedah kotak magik dalam kemahiran mendarab

Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

10

adalah berhubungkait dengan arah menghitung petak kecil, tempat mula menulis

nombor semasa membina kotak magik, saiz nombor, proses penambahan dua

nombor dan menulis nombor dengan betul, dan kemahiran mengumpul semula.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Untuk kajian lanjutan, beberapa cadangan telah disarankan seperti berikut:

1. Kajian boleh dilanjutkan kepada murid-murid dalam tahun lain seperti Tahun 4

dan Tahun 3 memandangkan kajian ini hanya melibatkan murid Tahun 5.

2. Kaedah kotak magik ini boleh dilanjutkan kepada sifir 2 sehingga sifir 9

memandangkan kajian ini hanya melibatkan sifir 6 sehingga 9 untuk tahap murid-

murid yang berbeza.

3. Pengaplikasian kaedah kotak magik ini boleh dilanjutkan untuk melibatkan

pendaraban menggunakan digit pendarab yang lebih besar.

RUMUSAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk melihat kesan kaedah kotak

magik dalam mempelajari sifir 6 sehingga 9 dan seterusnya mengaplikasikan kaedah

tersebut dalam kemahiran mendarab. Hasil analisis kajian, didapati kaedah kotak

magik telah mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian dan sikap pelajar.

Kajian ini juga telah mengesan beberapa masalah yang timbul dalam

mengaplikasikan kaedah kotak magik.

RUJUKAN Aida Ibrahim. (2006). Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab melalui

Pendekatan Permainan Domino. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006, 1-13.

Bahagian Pendidikan Guru. (2002). Garis Panduan Kursus Penyelidikan Tindakan Untuk

Maktab/Institut Perguruan Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Cooper, R. (1994). Alternative Math Techniques Instructional Guide. Dalam database ERIC Digital

Dissertations. [Online]. Available: http//www.eric.ed.gov.eserv.uum.edu.my/ERICWebPortal/

search/recordDetails.jsp?searchtype=keyword&pageSize=10&ERICExtSearch_SearchValue_0

=Alternative+Math+Techniques+Instructional+Guide&eric_displayStartCount=1&ERICExtSe

arch_SearchType_0=kw&_pageLabel=RecordDetails&objectId=0900019b8009ece4&accno=E

D376355&_nfls=false. [2010, Mac 23].

Faddreen Jingan. (2006). Menguasai Fakta Asas Sifir Darab Dengan Kaedah Mudah Sifir dalam

Prosiding Seminar Kajian Penyelidikan Pendidikan 2006. Diterbitkan oleh Institut Perguruan

Tun Abdul Razak: Institut Perguruan Tun Abdul Razak, 10-16. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2004). Modul Skim Baucar Tuisyen Mathematics Year 5. Putrajaya:

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rizal Jusoh. (2005). Meningkatkan Kemahiran Mendarab Sifir 9 Melalui Teknik Bermain Sambil

Belajar dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Tahun 2005. Diterbitkan oleh

Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme Perguruan Maktab Perguruan Perlis:

Maktab Perguruan Perlis, 173-185.

Yusniza Mohamed Yusoff. (2004). Meningkatkan Kemahiran Mendarab Angka Melebihi 2 Digit

Dengan 2 Digit Bagi Murid-murid Tahun 4. Jurnal Kajian Tindakan Guru 2004: Maktab

Perguruan Perlis, 115-127.

Jabatan Matematik

Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,

Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak.

Email: [email protected],

[email protected]

Page 11: KAJIAN TINDAKAN: Kesan penggunaan kaedah kotak magik dalam kemahiran mendarab

Azizi Subeli & Hu Laey Nee

11

Penulisan Rujukan Kajian ini:

Azizi Subeli & Hu, Laey Nee. (2010). Kesan Penggunaan Kaedah Kotak Magik Dalam Kemahiran

Mendarab dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2010). Diterbitkan oleh

Jabatan Matematik Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak: Institut Pendidikan Guru

Kampus Sarawak, 31-41.