tingkatan : - lamanbahasa's blog | guru … · web viewkepupusan spesies flora dan fauna...

22
Tingkatan Dua Masa 80 Minit Genre Novel Tajuk Lestari Bukit Menghijau Fokus Utama 10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan. Aras 2 (iii) Memberi pandangan tentang aspek watak dan perwatakan. Fokus Sampingan 2.5 Memberikan penjelasan secara spontan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan isu yang dikemukakan. Aras 1 (i) Mengenal pasti isu dalam topik perbincangan untuk mencungkil idea. Objektif Pada akhir pelajaran, murid dapat: i. Menyatakan tiga sifat luaran dan tiga sifat dalaman watak utama menggunakan borang pengurusan grafik. ii. Menyatakan isu utama yang terdapat dalam novel yang dibaca. iii. Membina ayat tanya menggunakan kata tanya dan tanda tanya dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik. Kemahiran Bahasa Kemahiran membaca Kemahiran menulis Sistem Bahasa Tatabahasa: Ayat tanya Kosa kata: Istilah Saintifik Pengisian Kurikulum Ilmu: Sains, Geografi Nilai: Tabah, gigih, kerjasama, cinta akan alam sekitar Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran Berfikir: Borang penyusunan grafik, peta minda, ulasan, membuat rumusan Kecerdasan pelbagai: Interpersonal, verbal linguistik, lakonan 1

Upload: lamkhanh

Post on 07-Jul-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tingkatan : - Lamanbahasa's Blog | Guru … · Web viewKepupusan spesies flora dan fauna KUMPULAN 2 & 5 Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar Mengambil tindakan sewajarnya oleh pihak

Tingkatan Dua

Masa 80 Minit

Genre Novel

Tajuk Lestari Bukit Menghijau

Fokus Utama

10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan.

Aras 2(iii)

Memberi pandangan tentang aspek watak dan perwatakan.

Fokus Sampingan

2.5 Memberikan penjelasan secara spontan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan isu yang dikemukakan.

Aras 1(i)

Mengenal pasti isu dalam topik perbincangan untuk mencungkil idea.

Objektif

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

i. Menyatakan tiga sifat luaran dan tiga sifat dalaman watak utama

menggunakan borang pengurusan grafik.

ii. Menyatakan isu utama yang terdapat dalam novel yang

dibaca.

iii. Membina ayat tanya menggunakan kata tanya dan tanda

tanya dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik.

Kemahiran Bahasa

Kemahiran membacaKemahiran menulis

Sistem Bahasa Tatabahasa: Ayat tanyaKosa kata: Istilah Saintifik

Pengisian Kurikulum

Ilmu: Sains, GeografiNilai: Tabah, gigih, kerjasama, cinta akan alam sekitar

Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran Berfikir: Borang penyusunan grafik, peta minda, ulasan, membuat rumusanKecerdasan pelbagai: Interpersonal, verbal linguistik, lakonan

1

Page 2: Tingkatan : - Lamanbahasa's Blog | Guru … · Web viewKepupusan spesies flora dan fauna KUMPULAN 2 & 5 Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar Mengambil tindakan sewajarnya oleh pihak

Langkah Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran PenilaianFormatif KBT / Catatan

Set Induksi

2 orang pelajar diminta berlakon seperti dalam kad arahan (Lampiran 1).

Pelajar lain diminta menyaksikan lakonan tersebut sambil mendengar dengan teliti dialog-dialog yang dilafazkan.

Guru bersoal jawab dengan pelajar dan mengaitkan tajuk pelajaran hari ini.

Murid telah membaca novel

Lampiran 1

KBT: Kecerdasan Pelbagai:- Berlakon

Perbincangan

1 Teknik Kerusi Panas

Pelajar diminta menyatakan watak-watak yang terdapat dalam novel. Seorang pelajar diminta mencatat di papan tulis.

Pelajar diminta mengkategorikan watak utama dan watak sampingan berdasarkan watak-watak yang telah disenaraikan dan mencatatkan watak utama dan watak sampingan dalam buku catatan.

Pelajar diminta menjalankan aktiviti kerusi panas dengan mengambil peranan sebagai Zahiran. (Lampiran 2(a) 2(b)

Pelajar diminta menyoal dan mencatat jawapan daripada kawannya yang memegang peranan Zahiran – Borang grafik peta minda. (Lampiran 3)

Guru merumuskan sifat-sifat luaran dan dalaman watak utama. (Lampiran 4)

Murid telah mengenali watak

Murid tahu cara penyoalan

Objektif (i) tercapai

Teknik: kerusi panas

Lampiran 2(a) / 2 (b)

Lampiran 3

Lampiran 4

2

Page 3: Tingkatan : - Lamanbahasa's Blog | Guru … · Web viewKepupusan spesies flora dan fauna KUMPULAN 2 & 5 Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar Mengambil tindakan sewajarnya oleh pihak

Langkah Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran PenilaianFormatif KBT / Catatan

2 Isu Utama Novel – Alam Sekitar

Pelajar diminta membentuk 6 kumpulan. Setiap kumpulan diberi satu isu tentang alam sekitar dan diminta mencari penyelesaian tentang isu yang dikemukakan. (Lampiran 5)

Wakil-wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan.

Guru merumuskan isu yang telah dibentangkan oleh pelajar.

Objektif (ii) tercapai

Teknik: persidangan meja bulat

Lampiran 5: peta minda

KBT: peta minda

3 Tatabahasa – Ayat Tanya

Guru memberikan 3 contoh ayat tanya kepada pelajar.

Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang ayat tanya.

Pelajar diminta memetik lima ayat tanya yang terdapat dalam petikan muka surat 22 hingga 23.

Pelajar diarahkan supaya menuliskan ayat tersebut di dalam buku latihan.

Objektif (iii) tercapai

Lampiran 6:Contoh ayat tanya

Lampiran 7:Contoh ayat tanya daripada petikan muka surat 22 hingga 23.

4 Penilaian dan Pengukuhan

Guru merumuskan isi pelajaran hari ini dan memberikan pengukuhan (soalan pemahaman) kepada pelajar.

Lampiran 8

3

Page 4: Tingkatan : - Lamanbahasa's Blog | Guru … · Web viewKepupusan spesies flora dan fauna KUMPULAN 2 & 5 Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar Mengambil tindakan sewajarnya oleh pihak

Lampiran 1

4

Zahiran: Barang kali batang bintangor mahal di pasaran.

Zahiran: Pak Tua nak jual batang bintangor itukah?

Zahiran: Kenapakah Pak Tua mengeluh pula?

Pak Tua: Sebenarnya, bintangor ada nilai dan kisah tersendiri pada diri Pak Tua.

Pak Tua: Pak Tua suburkannya semata-mata kerana Kamariah!

Zahiran: Kamariah? Siapakah Kamariah tu, Pak Tua?

Pak Tua: Dia isteri Pak Tua. Isteri yang telah menganugerahi Pak Tuasepasang zuriat dambaan kasih – Zahirah dan Zuwairah namanya.

Zahiran: Tapi, di manakah mereka sekarang?

Pak Tua: Sayang, mereka semua telah pergi meninggalkan Pak Tua.Kamariah pergi sewaktu uji kaji kami di peringkat pengumpulansampel. Sedih amat mengenangkan peristiwa itu.

Page 5: Tingkatan : - Lamanbahasa's Blog | Guru … · Web viewKepupusan spesies flora dan fauna KUMPULAN 2 & 5 Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar Mengambil tindakan sewajarnya oleh pihak

Lampiran 2 (a)

TEKNIK KERUSI PANAS

1. Guru memilih seorang pelajar yang akan memainkan peranan watak Zahiran dalam novel Lestari Bukit Menghijau.

2. Pelajar yang dipilih dikehendaki duduk di atas kerusi di hadapan kelas menghadap pelajar-pelajar lain.

X X X - Pelajar

1. Beberapa orang pelajar mengemukakan soalan kepada Zahiran berdasarkan peranannya sebagai watak utama dalam novel tersebut dan Zahiran menjawabnya secara spontan.

Contoh soalan pelajar:

“Bagaimanakah sikap Zahiran?

5

ZAHIRAN

X X XX X X X X X X X X

X X X X X X X X X X X X

X X XX X X

X X X X X X

Page 6: Tingkatan : - Lamanbahasa's Blog | Guru … · Web viewKepupusan spesies flora dan fauna KUMPULAN 2 & 5 Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar Mengambil tindakan sewajarnya oleh pihak

Contoh jawapan Zahiran:

“Saya berperasaan serba salah untuk bertanya Pak Tua tentang tujuannya menanam pokok bintangor.”

Catatan:

Semasa pelajar bersoal jawab dengan Zahiran, guru mengawal kelas dan memberhentikan aktiviti ini apabila masa yang diperuntukkan bagi aktiviti ini telah cukup.

2. Guru perlu merumuskan peranan watak Zahiran dalam novel Lestari Bukit Bintangor.

Lampiran 2 (b)

Pelaksanaan Aktiviti:

1. Setiap kumpulan memilih satu watak yang telah ditetapkan, contoh: Zahiran, Pak

Tua dan Cikgu Idham.

2. Dalam kumpulan, bincangkan perwatakan Zahiran.

3. Bina soalan-soalan berdasarkan perwatakan tersebut untuk ditanyakan kepada

Zahiran. Contohnya: Siapakah nama awak?, Di manakah kamu tinggal?

Bagaimanakah awak mengenali Pak Tua? Dan seumpamanya.

4. Setelah soalan disiapkan, setiap kumpulan membuat persembahan. Seorang akan

menjadi Zahiran – duduk di kerusi hadapan kelas dan kemudian dia diajukan

soalan-soalan tersebut dan akan menjawabnya secara spontan. Penonton juga

dibenarkan menyoal beberapa soalan berhubung perwatakan Zahiran. Jika Zajiran

tidak dapat menjawab, rakan-rakan dalam kumpulan boleh membantunya. Ketika ini

rakan yang menonton akan mencatatkan perwatakan dalam borang perwatakan.

Kad Arahan:

Kumpulan 1 : Zahiran

Kumpulan anda dikehendaki membincangkan tentang watak dan perwatakan

Zahiran. Bina beberapa soalan dan jawapan untuk menjelaskan watak dan perwatakan

tersebut. Pilih seorang ahli kumpulan yang akan memainkan peranan sebagai Zahiran.

Pelajar yang memegang peranan watak Zahiran harus bersedia menjawab soalan-soalan

yang diajukan. Nyatakan rumusan anda terhadap watak tersebut, adakah wataknya jenis

6

Page 7: Tingkatan : - Lamanbahasa's Blog | Guru … · Web viewKepupusan spesies flora dan fauna KUMPULAN 2 & 5 Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar Mengambil tindakan sewajarnya oleh pihak

dinamik atau statik serta watak utama atau watak sampingan. Isikan borang watak dan

perwatakan.

Kumpulan 2 : Pak Tua

- sama seperti di atas –

Lampiran 3

Watak dan Perwatakan Zahiran

7

ZAHIRAN

Page 8: Tingkatan : - Lamanbahasa's Blog | Guru … · Web viewKepupusan spesies flora dan fauna KUMPULAN 2 & 5 Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar Mengambil tindakan sewajarnya oleh pihak

Lampiran 4

Zahiran

Sifat Luaran / Fizikal Sifat Dalaman / Sikap

1. Anak yatim. Ayahnya meninggal dunia semasa berusia 5 tahun.

2. Berusia 14 tahun

3. Bersekolah dalam tingkatan 3

4. Akan mengambil peperiksaan PMR tahun ini.

5. Ingin meneruskan persekolahan ke MRSM

6. Bertubuh sihat

7. Lahir di kampung Alor Rambai

8. Suka menolong orang

9. Menjadi ketua kumpulan mencari burung

10. Belajar nama saintifik tumbuhan daripada Pak Tua

1. Baik hati

Contoh: Menolong Pak Tua membetulkan

tayar jipnya yang pancit.

2. Rajin

Contoh: Membantu keluarganya

3. Sabar

Contoh: Sabar dengan karenah rakan-rakan yang mempersendakan Pak Tua

4. Gigih

Contoh: Belajar dan menelaah pelajaran di

pondok Pak Tua

8

Page 9: Tingkatan : - Lamanbahasa's Blog | Guru … · Web viewKepupusan spesies flora dan fauna KUMPULAN 2 & 5 Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar Mengambil tindakan sewajarnya oleh pihak

Lampiran 5(a)

Isu Utama Novel – Alam Sekitar

9

Page 10: Tingkatan : - Lamanbahasa's Blog | Guru … · Web viewKepupusan spesies flora dan fauna KUMPULAN 2 & 5 Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar Mengambil tindakan sewajarnya oleh pihak

KUMPULAN 1 & 4

Punca-punca PencemaranAlam Sekitar

10

Page 11: Tingkatan : - Lamanbahasa's Blog | Guru … · Web viewKepupusan spesies flora dan fauna KUMPULAN 2 & 5 Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar Mengambil tindakan sewajarnya oleh pihak

KUMPULAN 2 & 5

Kesan-kesanPencemaranAlam Sekitar

11

Page 12: Tingkatan : - Lamanbahasa's Blog | Guru … · Web viewKepupusan spesies flora dan fauna KUMPULAN 2 & 5 Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar Mengambil tindakan sewajarnya oleh pihak

Lampiran 5(b): JAWAPAN

KUMPULAN 3 & 6

Langkah-langkah Mengatasi

PencemaranAlam Sekitar

12

Page 13: Tingkatan : - Lamanbahasa's Blog | Guru … · Web viewKepupusan spesies flora dan fauna KUMPULAN 2 & 5 Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar Mengambil tindakan sewajarnya oleh pihak

Isu Utama Novel – Alam Sekitar

Penebangan hutan yang

tidak terancang

Pembebasan asap dan

pembakaran terbuka

Pembebasan gas-gas

berbahaya

Pembuangan sisa

kilang, sisa toksik dan domestik

Sikap manusia yang rakus dan

tidak bertanggungjawab

KUMPULAN 1 & 4

Punca-punca PencemaranAlam Sekitar

13

Page 14: Tingkatan : - Lamanbahasa's Blog | Guru … · Web viewKepupusan spesies flora dan fauna KUMPULAN 2 & 5 Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar Mengambil tindakan sewajarnya oleh pihak

Mengancam hidupan:- manusia- haiwan- tumbuhan

Penipisan lapisan ozon:- kanser kulit- sistem pernafasan

Peningkatan kos untuk membaik pulih kerosakan

Hujan asid:- penyakit kulit- kerosakan harta

Kepupusan spesies flora dan

fauna

KUMPULAN 2 & 5

Kesan-kesanPencemaranAlam Sekitar

14

Page 15: Tingkatan : - Lamanbahasa's Blog | Guru … · Web viewKepupusan spesies flora dan fauna KUMPULAN 2 & 5 Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar Mengambil tindakan sewajarnya oleh pihak

Lampiran 6

Mengambil tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa

Mendidik rakyat tentang kepentingan menjaga alam sekitar

Kerajaan menguatkuasakan undang-undang dan memantau aktiviti pembangunan

Mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan alam sekitar

Mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran

KUMPULAN 3 & 6

Langkah-langkah Mengatasi

PencemaranAlam Sekitar

15

Page 16: Tingkatan : - Lamanbahasa's Blog | Guru … · Web viewKepupusan spesies flora dan fauna KUMPULAN 2 & 5 Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar Mengambil tindakan sewajarnya oleh pihak

Contoh Ayat Tanya

1. “Kenapa mahu ditebang pokok tu?” Zahiran berdebar, terpinga-pinga dan kehairanan.

2. “Err…, apa kebaikan pokok ni, pak cik?” soal Zahiran tercolek ingin tahu.

3. “Hoi Zahiran! Bilakah kamu bertiga nak cari ikan untuk kolam kita tu?” Tanya Hamzah.

Lampiran 7(a)

Cari dan tuliskan lima Ayat Tanya yang terdapat pada muka surat 22- 23.

Muka Surat Ayat Tanya

Muka Surat 22

Muka Surat 23

Lampiran 7(b)

16

Page 17: Tingkatan : - Lamanbahasa's Blog | Guru … · Web viewKepupusan spesies flora dan fauna KUMPULAN 2 & 5 Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar Mengambil tindakan sewajarnya oleh pihak

Contoh Ayat Tanya (petikan muka surat 22- 23)

Muka Surat Contoh Ayat Tanya

Muka Surat 22 1. “Kenapa dia larang kita tangkap burung di bukit tu?”

suara Zahiran bernada kesal2. “Kenapa pula? Apakah yang di nak?” cantas Zahiran

tidak sabar.3. “Sebabnya?” Zahiran mencantas lagi.4. “Sebab apa dia hilang kita?” Zahiran tidak puas hati.

Muka Surat 23 1. “Yalah…, apa alasannya?” Zahiran seperti mendesak.

2. “Kegiatan haram?” Zahiran semakin ingin tahu.3. Habis, kamu berdua ni percayalah cerita abang

Seleman tu?” Zahiran inginkan kepastian.

Lampiran 8(a)

17

Page 18: Tingkatan : - Lamanbahasa's Blog | Guru … · Web viewKepupusan spesies flora dan fauna KUMPULAN 2 & 5 Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar Mengambil tindakan sewajarnya oleh pihak

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata tidak sebatang kayu ditebang sesuka hati dalap petikan di atas. (2 markah)

_________________________________________________________________________

2. Berdasarkan petikan teks, senaraikan tiga perwatakan Pak Tua.(3 markah)

_________________________________________________________________________

3. Pada pendapat anda, mengapakah orang Kampung Alor Rambai menganggap Pak Tua gila? (4 markah)

_________________________________________________________________________

Lampiran 8(b)

Setahu Zahiran, Pak Tua bukan anak jati Kampung Alor Rambai. Asal-usulnya tidak diketahui. Yang nyata Pak Tua memang sudah tua berumur dalam lingkungan 60-an, selekeh, pendiam dan hidup sendirian di sebuah pondok kayu di bukit itu.

Pada mula Pak Tua membeli bukit seluas empat hektar daripada seorang tauke Cina beberapa tahun lalu, orang Kampung Alor Rambai menganggap dia gila. Manakan tidak? Seorang setua dia sanggup membeli sebuah bukit yang penuh dengan hutan belantara? Tidak berfaedah langsung!

Bukit itu dibiarkan begitu seperti asal. Tidak sebatang kayu ditebang sesuka hati. Di pinggir jeram kecil didirikan sebuah pondok kayu. Sebatang jalan tanah merah menghubungkan pondok Pak Tua dengan Kampung Alor Rambai.

18

Page 19: Tingkatan : - Lamanbahasa's Blog | Guru … · Web viewKepupusan spesies flora dan fauna KUMPULAN 2 & 5 Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar Mengambil tindakan sewajarnya oleh pihak

1. Maksud rangkai kata tidak sebatang kayu ditebang sesuka hati dalam petikan di atas adalah tidak menebang walaupun sebatang pokok dengan sewenang-wenangnya.

2. Tiga perwatakan Pak Tua ialah:

asal-usulnya tidak diketahui berumur dalam lingkungan 60-an. seorang yang selekeh dan pendiam hidup bersendirian

3. Pada pendapat saya, orang Kampung Alor Rambai menganggap Pak Tua gila kerana:

Pak Tua sanggup membeli sebuah bukit yang penuh dengan hutan belantara. bukit yang dibeli itu dianggap tidak berfaedah langsung.

19