kajian terhadap pemeliharaan alam semulajadi

Upload: nanatask

Post on 15-Jul-2015

857 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KAJIAN TERHADAP PEMELIHARAAN ALAM SEMULAJADI

Oleh: Aida Raihanah binti Mohd Marzuki

Kepentingan Pemeliharaan Alam Semulajadi- Mengelakkan ancaman terhadap hidupan liar.

- Mengekalkan keadaan hutan dan tumbuh-tumbuhan semulajadi.

- Mengekalkan kawasan tadahan semulajadi.

Langkah-langkah Pemeliharaan Alam SemulajadiPemeliharaan hutan ialah langkah atau usaha mengekalkan hutan yang sedia ada supaya tidak musnah.

1) Mewartakan hutan simpan dan taman negara. _ Menubuhkan Majlis Perhutanan Negara. _ Penerokaan hutan tidak dibenarkan di kawasan hutan simpan. _ Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bertanggungjawab untuk melindungi hidupan liar dan taman negara di negara kita.

Taman NegaraPeranan PERHILITAN:-

Penyelidikan dan pengurusan ke atas spesies hidupan liar. Mengurus kawasan Taman Negara bagi tujuan saintifik. Mengenal pasti dan meningkatkan keupayaan ekopelancongan.

2) Menguatkuasakan undang-undang.

Beberapa akta digubal untuk melindungi pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semulajadi dah hidupan liar.

Di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, 70 spesies hidupan liar dan 551 jenis burung liar dilindungi.

Contoh akta lain ialah Akta Taman Negara 1993.

3) Menjalankan penyelidikanInstitusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia(FRIM) ditubuhkan untuk menjalankan penyelidikan bagi menghasilkan baka pokok yang berkualiti tinggi, cepat matang dan tahan serangan penyakit. Penyelidikan dijalankan untuk meningkatkan pengurusan sumber hutan dan menjamin pengekalan tumbuh-tumbuhan semulajadi serta bekalan sumber balak yang berterusan.

4) Rawatan silvikulturKaedah ini dapat memastikan pokok-pokok yang ditanam cepat matang. Pokok-pokok yang berharga diberi perhatian serta bantuan untuk hidup subur. Pokok-pokok yang tidak bernilai dan bersaing akan ditebas, diracun atau digelang.

5) Penebangan terpilihHanya pokok-pokok yang matang dan dewasa sahaja yang ditebang. Pokok-pokok yang kecil dan muda dibiarkan tumbuh dan membesar.

6) Mengehadkan pengeluaran lesen memburu dan membalakPengeluaran lesen untuk kedua-dua aktiviti ini dihadkan untuk mengawal pemburuan binatang dan pembiakan pokok-pokok hutan. Rondaan renjer-renjer dari Jabatan Perhutanan dapat mengawasi kegiatan pemburuan dan pembalakan haram.

7) Pendidikan alam sekitar dan kempen kesedaranProgram Pendidikan Alam Sekitar diperkenalkan pada tahun 1980-an untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk bersama-sama bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Pendidikan alam sekitar diterapkan dalam sistem pendidikan sama ada pada peringkat sekolah atau pengajian tinggi.Pelbagai kempen kesedaran dianjurkan oleh pihak kerajaan dan pertubuhan alam sekitar seperti Tabung Alam Malaysia(WWF Malaysia) dan Persatuan Pencinta Alam (MNS).

Pertandingan Warga Sekolah Prihatin Alam Sekitar.e@siswa telah mengajurkan pertandingan ini untuk menerapkan pendidikan alam sekitar.

WWF Malaysia

Earth HourMasyarakat dikehendaki menutup lampu rumah selama 60 minit pada masa yang telah ditetapkan untuk menjimatkan penggunaan elektrik.

Lampiranwww.nre.gov.my www.jas.sains.my

Perkhemahan - Gunung Nuang, Selangor.

Mandi sungai.

Perkhemahan di Perting Valley, Pahang.

Air terjun Lata Hammer.

TAMATSEKIAN, TERIMA KASIH.