kajian sarjana

8
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Kekurangan Pelajar Lelaki Menceburi Profesion Perguruan Sebagai Kerjaya : Satu Tinjauan Abstrak Isu kekurangan guru lelaki yang kritikal pada masa kini sentiasa dikaitkan dengan pelbagai masalah disiplin di sekolah hari ini. Oleh itu satu kajian telah dijalankan bagi mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan kurangnya pelajar lelaki memilih profesion perguruan sebagai kerjaya. Faktor-faktor tersebut adalah ciri- ciri kerjaya guru, persekitaran dan persepsi terhadap profesion perguruan. Seramai 100 orang pelajar lelaki Tingkatan lima dan Tingkatan enam dari sekolah-sekolah yang terpilih dalam Negeri Sembilan yang dipilih sebagai responden. Data dan maklumat yang diperolehi melalui borang soal selidik telah di analisis dengan menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) Versi 15.0 serta analisis deskriptif berbentuk frekuensi dan peratusan. Hasil dapatan kajian menunjukkan hanya dua faktor iaitu ciri-ciri kerjaya guru dan faktor persekitaran yang menyebabkan kurangnya golongan lelaki memilih perguruan sebagai kerjaya. 1.1 Pengenalan Isu yang sering di perkatakan berhubung sistem pendidikan di Malaysia dewasa ini adalah isu kekurangan guru lelaki dalam profesion perguruan. Masalah tersebut semakin serius apabila bilangan pelajar lelaki yang menceburi profesion perguruan di IPTA semakin berkurangan. Guru lelaki di sekolah rendah dan menengah masih lagi diperlukan berikutan jumlah guru wanita pada ketika ini masih lagi ramai berbanding guru lelaki. Memandangkan 1

Upload: wbf8264

Post on 27-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kajian

TRANSCRIPT

Page 1: kajian sarjana

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIAKekurangan Pelajar Lelaki Menceburi Profesion

Perguruan Sebagai Kerjaya : Satu Tinjauan

Abstrak

Isu kekurangan guru lelaki yang kritikal pada masa kini sentiasa dikaitkan dengan pelbagai

masalah disiplin di sekolah hari ini. Oleh itu satu kajian telah dijalankan bagi mengkaji faktor-

faktor yang menyebabkan kurangnya pelajar lelaki memilih profesion perguruan sebagai kerjaya.

Faktor-faktor tersebut adalah ciri-ciri kerjaya guru, persekitaran dan persepsi terhadap profesion

perguruan. Seramai 100 orang pelajar lelaki Tingkatan lima dan Tingkatan enam dari sekolah-

sekolah yang terpilih dalam Negeri Sembilan yang dipilih sebagai responden. Data dan

maklumat yang diperolehi melalui borang soal selidik telah di analisis dengan menggunakan

Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) Versi 15.0 serta analisis deskriptif berbentuk frekuensi

dan peratusan. Hasil dapatan kajian menunjukkan hanya dua faktor iaitu ciri-ciri kerjaya guru

dan faktor persekitaran yang menyebabkan kurangnya golongan lelaki memilih perguruan

sebagai kerjaya.

1.1 Pengenalan

Isu yang sering di perkatakan berhubung sistem pendidikan di Malaysia dewasa ini adalah isu

kekurangan guru lelaki dalam profesion perguruan. Masalah tersebut semakin serius apabila

bilangan pelajar lelaki yang menceburi profesion perguruan di IPTA semakin berkurangan. Guru

lelaki di sekolah rendah dan menengah masih lagi diperlukan berikutan jumlah guru wanita pada

ketika ini masih lagi ramai berbanding guru lelaki. Memandangkan guru lelaki mempunyai

peranan yang penting di sekolah, isu berkaitan kekurangan guru lelaki perlu diambil perhatian

dengan lebih mendalam.

1.2 Pernyataan Masalah / Objektif Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik ingin mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan kurangnya pelajar

lelaki yang sedang belajar di tingkatan lima dan enam di sekolah-sekolah terpilih dalam Negeri

Sembilan menceburi profesion perguruan sebagai kerjaya yang mana faktor-faktor tersebut

meliputi ciri-ciri kerjaya guru, persekitaran, dan persepsi terhadap profesion perguruan.

Objektif kajian adalah:-

i. Mengenalpasti sama ada ciri-ciri kerjaya guru merupakan faktor yang menyebabkan kurangnya

pelajar lelaki memilih perguruan sebagai kerjaya.

1

Page 2: kajian sarjana

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIAKekurangan Pelajar Lelaki Menceburi Profesion

Perguruan Sebagai Kerjaya : Satu Tinjauan

ii. Mengenalpasti sama ada persekitaran merupakan faktor yang menyebabkan kurangnya pelajar

lelaki memilih perguruan sebagai kerjaya.

iii. Mengenalpasti sama ada persepsi terhadap profesion perguruan merupakan faktor yang

menyebabkan kurangnya pelajar lelaki memilih perguruan sebagai kerjaya.

1.3 Latar belakang masalah

Guru lelaki mempunyai peranan yang penting dalam insititusi pendidikan terutamanya di

sekolah-sekolah rendah dan menengah. Walau bagaimanapun jika dilihat pada senario yang

berlaku pada hari ini, bilangan lelaki yang memohon untuk menceburi bidang perguruan sangat

kecil dan kritikal. Ini terbukti daripada data yang diperolehi misalnya pada sekitar tahun 1960-an

dan 1970-an, bilangan guru lelaki adalah lebih ramai daripada perempuan tetapi pada masa

tahun-tahun 1990-an bilangan wanita yang memasuki profesion perguruan adalah lebih ramai.

Kekurangan guru yang terdiri daripada golongan lelaki ini juga tidak dapat dinafikan berikutan

kira-kira 88 peratus guru di bandar besar adalah wanita dan ketidakseimbangan ketara dengan

jumlah guru lelaki ini dikatakan antara punca kemerosotan disiplin yang serius di kalangan

pelajar.

Secara kesimpulannya, profesion perguruan di Malaysia masih lagi kekurangan tenaga pengajar

daripada golongan lelaki dan ianya berada di tahap yang kritikal. Keadaan ini, boleh

menyumbang kepada ketidakseimbangan proses pendidikan serta kecacatan pada perlaksanaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan di sekolah-sekolah khasnya iaitu memperkembangkan lagi

potensi individu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Oleh itu, kajian ini perlu di

jalankan untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor yang menyebabkan kurangnya pelajar lelaki

memilih profesion perguruan sebagai kerjaya mereka. Hasil kajian ini adalah penting untuk

memberi kesedaran kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak institusi pengajian tinggi

mahupun masyarakat terhadap ketidakseimbangan tenaga pengajar yang ada di negara kita pada

masa kini. Daripada maklumat yang diperolehi, pihak Kementerian Pendidikan Malaysiaat

merangka dan melaksanakan strategi untuk menarik lebih ramai golongan lelaki menceburi

bidang perguruan.

2

Page 3: kajian sarjana

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIAKekurangan Pelajar Lelaki Menceburi Profesion

Perguruan Sebagai Kerjaya : Satu Tinjauan

1.4 Skop Kajian/ Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah keseluruhan rangka projek yang menyatakan corak jenis kajian yang

hendak dijalankan, jenis maklumat yang perlu dikumpul, sumber maklumat didapati dan kaedah

yang digunakan bagi memperolehi maklumat. Kajian ini adalah jenis expo-faktor. Dalam kajian

ini fenomena yang dikaji ialah faktor yang mempengaruhi pemilihan profesion perguruan di

kalangan 100 orang pelajar lelaki tingkatan lima dan enam sekolah-sekolah terpilih dalam Negeri

Sembilan.

Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai alat kajian bagi mendapatkan data secara

kuantitatif. Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian. Bahagian A merupakan bahagian maklumat

diri responden sementara bahagian B pula merupakan set soalan yang terdiri daripada faktor-

faktor yang mendorong pelajar memilih profesion perguruan.

Responden diperlukan untuk melengkapkan borang soal selidik tentang latar belakang masalah

dan beberapa aspek lain yang bertujuan untuk menjawab persoalan kajian. Kesemua persoalan

kajian yang dinyatakan di dalam bab satu digunakan untuk membentuk item-item solan di dalam

borang soal selidik. Borang soal selidik tersebut kemudiannya diedarkan kepada responden.

Seterusnya, borang soal selidik yang telah diisi oleh responden dianalisis oleh pengkaji

menggunakan SPSS Versi 15.0. Maklumat yang diperolehi daripada analisis data ditukar ke

dalam bentuk perangkaan dan statistik. Keputusan akan dibincang dan dirumuskan bagi

menerangkan keadaan sebenar permasalahan penyelidikan.

1.5 Metodologi Kajian

Bab ini membincangkan metadologi yang digunakan dalam kajian ini bagi mencapai objektif

kajian. Sehubungan dengan itu, metodologi kajian ini adalah menumpukan perbincangan

mengenai metodologi yang digunakan dalam penyelidikan yang meliputi aspek-aspek;

1.5.1 Rekabentuk penyelidikan,

1.5.2 Populasi dan sampel kajian;

1.5.3 instrumen kajian

1.5.4 Pengumpulan Data

1.5.5 Analisis Data.

3

Page 4: kajian sarjana

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIAKekurangan Pelajar Lelaki Menceburi Profesion

Perguruan Sebagai Kerjaya : Satu Tinjauan

1.6 Rangka Jadual Kerja

Kajian yang akan dijalankan berdasarkan jadual kerja kajian menggunakan Carta Gantt. Sebagai

panduan untuk menyediakan jadual kerja, berikut adalah anggaran masa yang diperlukan bagi

setiap aktiviti dalam kajian yang akan dilakukan dalam tempoh 3 hingga (12 Minggu) hingga 6

bulan (24 minggu).

Aktiviti Kajian Anggaran Masa

Menyediakan cadangan kajian 2-3 minggu

Meneliti kajian lalu/teori/metodologi 2-4 minggu

Merangka instrumen kajian 2-3 minggu

Menjalankan pilot test 1-2 minggu

Mengumpul data 2-5 minggu

Menganalisis data 1-2 minggu

Menulis laporan 2-5 minggu

Jumlah minggu 12 – 24 minggu

Anggaran masa yang diberikan tersebut adalah sekadar panduan supaya pengkaji dapat memberi tumpuan seimbang kepada semua aktiviti dan proses yang terlibat dalam kajian yang akan dijalankan.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan diharap dapat memberikan maklumat yang baik dan berguna kepada

semua pihak terutamanya pihak yang terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan iaitu

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Institut Perguruan Malaysia (IPGM) / UPSI , serta

ibu bapa dan masyarakat.

i. Kementerian Pendidikan Malaysia

4

Page 5: kajian sarjana

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIAKekurangan Pelajar Lelaki Menceburi Profesion

Perguruan Sebagai Kerjaya : Satu Tinjauan

Kajian ini di harap dapat memberikan makluman tentang apakah sebenarnya punca kepada

kekurangan bilangan pelajar lelaki menceburi profesion perguruan sebagai kerjaya. Dapatan

kajian tentang ciri dan faktor yang menyebabkan pelajar tidak memilih kerjaya sebagai guru ini

boleh dijadikan maklumbalas kepada usaha Kementerian Pendidikan untuk mempertingkatkan

lagi profesion perguruan agar memiliki ciri-ciri yang lebih menarik.

ii. UPSI / Institusi Perguruan/ Program Perguruan

Dapatan kajian juga diharap memberikan maklum balas kepada pihak IPG dalam usaha

mewujudkan keseimbangan dalam pemilihan bakal pelajar yang akan mengikuti kursus

perguruan di IPG dan UPSI. Daripada dapatan kajian ini, diharapkan pihak Universiti dapat

mengenalpasti calon-calon yang sesuai semasa pemilihan dan pengambilan dilakukan. Ini untuk

memastikan graduan IPG dan UPSI adalah mereka yang benar-benar mampu menjadi guru yang

bukan sahaja cemerlang dari segi penguasaan ilmu tetapi juga dari segi sikap dan komitmen

terhadap profesion ini.

iii. Ibu bapa dan Masyarakat

Memberi kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat dalam membentuk minat dan mendorong

golongan muda mudi terutama kaum lelaki menceburi profesion perguruan.

1.8 Bibliografi

Atan Long (1982). “Psikologi Pendidikan”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Crow & Crow (1981). “Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan”. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Maridah Mariani Johari dan Widad Othman (1998). ”Faktor Pengaruh Pilihan Kerjaya Pelajar Tingkatan

Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sutan Omar, Dungun, Terengganu”. Jurnal Pendidikan,1-

14.

Hishammuddin bin Mohd.Tajuddin (1995). Faktor–faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya Di

Kalangan Pelajar–pelajar Tingkatan Empat Di Dua Buah Sekolah Menengah Vokasional Di Negeri

Perak.

5