kajian pengaplikasian komunikasi visual sebagai … pengaplikasian komunikasi visual... · sarjana...

24
KAJIAN PENGAPLIKASIAN KOMUNIKASI VISUAL SEBAGAI REKA CORAl{ BAKU PADA FABRIK UNTUK REKAAN KASUAL Annisa Binti Md Yasin Z Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian 21t6 (Thknologi Senireka) A615 2007 2007

Upload: trinhbao

Post on 15-Mar-2019

243 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

• KAJIAN PENGAPLIKASIAN KOMUNIKASI VISUAL SEBAGAI

REKA CORAl{ BAKU PADA FABRIK UNTUK REKAAN KASUAL

Annisa Binti Md Yasin

Z Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian 21t6 (Thknologi Senireka) A615 2007 2007

' t'usat K.t1idmat M8JUumal Akaaeml P.KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIVERSlTI MALAYSIA SARAWA.'iJ

UNIMAS Q4100 Kora SamarahaD

1111111111111111111111111 1000191111

KAJIAN PENGAPLIKASIAN KOMUNIKASI VISUAL SEBAGAI REKA CORAK BARU PADA FABRIK UNTUK REKAAN KASUAL

ANNISA BINTI MD. Y ASIN

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan Dengan Kepujian

(Teknologi Seni Reka Tekstil dan Fesyen)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

2007

L­%

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

JUDUL: KAJIAN PENGAPLIKASIAN KOMUNIKASI VISUAL SEBAGAI REKA CORAK BARU PADA FABRIK UNTUK REKAAN KASUAL

SESI PENGAJIAN: 2006/2007

Saya ANNISA BINTI MD. Y ASIN

mengaku membenarkan tesis/Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengaj ian tinggi

5. *sila tandakan D

(Mengandungi maklumat yang berdarjahSULIT keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia Tarikh: Tarikh:

Alamat Tetap: No 190 Jalan 4, Taman Ampang Indah, 44000 Kuala Kubu Sharu, Selangor

Catatan: *Tesis/Laporal1 dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda *lika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa Organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan Sebagai SULIT atau TERHAD

Projek bertajuk "Kajian Pengaplikasian Komunikasi Visual Sebagai Reka Corak Baru

Pada Fabrik Untuk Rekaan Kasual" telah disediakan oleh Annisa Binti Md. Yasin dan

telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni reka Tekstil dan

Fesyen)

Oiterima untuk diperiksa oleh:

(Dr. Nazlina Shaari)

Tarikh:

II

,...

PENGHARGAAN

Bismillah;rrahmanirrahim ...

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Iliahi kcrana dcngan limpah dan kurnia-Nya

dapat lah saya menyiapkan penulisan ilmiah projek tahun akhir ini dalam jangka masa yang

telah ditetapkan.

Setinggi-tinggi pcnghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya

ucapkan kepada kedua ibubapa saya iaitu Hjjh. Ruslina Harun dan Hj. Md Yasin Abd

Rahman. Berkat doa, restu sel1a pengorbanan yang tidak berbelah bagi untuk saya sampai

ke tahap ini. Tidak lupa juga kepada ahli kduarga dan teristimewa buat saudara .lefrizain

Nordin yang ban yak membcri sokongan sel1a galakan.

Oi samping itu, tidak dilupakan penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah

itu Dr Nazlina Shaari selaku penycJia, Cik Norhayati SuJeiman dan para pensyarah serta

-tutor T~knologi Seni Reka kerana member tunjuk ajar, galakkan dan sokongan kepada saya

dalam menyiapkan projek tahun akhir ini.

Buat teman-teman seperJuangan terutamanya Siti Salwani Oollah dan YusJina

Yahya, serta kepada semua yang terlibat. Setinggi-tinggi terima kasih di atas bantuan dan

ja a yang telah diberikan.

III

eu:. UI . 1M' tun a . 0 TIll

UNlVER ITI ~ ALAYSlA SARi u 10() K U1. am rah:UJ

lsi Kandungan

Kandunga n Muka

Pengesahan

Pengakuan II

lsi Kandungan

Abstrak

Penghargaan III

Abstract

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1-2

l.l Latar Belakang Kaj ian 3-8

1.2 ObjektifKajian 8

1.3 Penyataan Masalah 9

1.4 Limitasi Kajian 9

1.5 Skop Kajian 10

BAB2 METODOLOGI PENYELIDlKAN

2.0 Pengenalan II

2.0.1 Borang soal selidik 11-12

2.0.2 Temuramah 13

2.0.3 Kaedah pemerhatian dan fotografi 13-16

BAB3 ANALISIS DATA 17-23

BAB4 CADANGANREKABENTUK

4.0 Pengenalan 24-25

4.1 Perkembangan Idea 26-30

4.2 Keputusan Rekaan

4.2.1 Kelemahan 30

4.2.2 Kelebihan 31

4.3 Rekaan dan Produk Akhir 31-33

4.4 Kesimpulan 33

BABS KESIMPULAN 34

BIBLIOGRAFI 35-36

LAMPIRAN

,...

Abstrak

Kajian ini memfokuskan isu dadah sebagai isu semasa yang paling berpengaruh

dikalangan remaja Malaysia. Keprihatinan dan masyarkat yang sihat penting dalam

mewujudkan kesedaran terhadap masalah gejala ini. Imej grafik dan taipografi

digunakan sebagai elemen asas untuk memperkenalkan rekaan bagi pakaian kasual.

Rekaan ini akan menyampaikan mesej dan informasi yang bertindak sebagai medium

komunikasi terhadap penyalahgunaan dadah.

,.... ,.

Abstract

This research focuses on current issues ofdrug abuse among Malaysian youths. A caring/

and socially healthy community is important to encourage awareness among our youth

on drug abuse. Graphical images and typography will be used as a basic element to

produce a range ofdesign for casual wear. The designs carry by positive messages and

in/ormation act in as a medium ofcommunication on the consequences ofdrug abuse.

I

,...

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Menurut Karnus DwiBahasa Oxford kornunikasi berrnaksud perhubungan;

kornunikasi. Hal ini rnerujuk kepada penyarnpaian atau penerirnaan idea dan inforrnasi

kepada orang rarnai. Menurut Frank Cheathern, Jane Cheathern dan Sheryl Haler (1983)

pengertian idea dapat dipecahkan kepada beberapa unsur asasnya seperti kesedaran,

penterjernahan, penerokaan dan penggarapan yang boleh dianalisis secara berasingan.

Andaian seni ialah satu bahasa untuk kornunikasi, sarna ada pengertiannya

rnelibatkan peribadi rnahupun sosial. Seni juga rnerujuk kepada adalah satu perkataan

yang rnerangkurni sernua aktiviti dan hasil karya rnanusia yang indah dan kreatif bagi

sernua kaurn dan bangsa di dunia. Pada rnasa kini, seni rnerupakan luahan kreativiti

rnanusia yang paling dikenali dan dianggap sebagai keunggulan daya cipta dan dan

proses hasil dari pernilihan saluran 'medium' untuk rnenyarnpaikan sarna ada

kepercayaan, idea, rasa, atau perasaan dalarn bentuk terbaik untuk saluran tertentu .

. Idea rnerupakan sesebuah hasrat, lalu rnenjadi dasar kepada kornunikasi.

Kernampuan rnanusia berfikir rnernbolehkan ia sentiasa rnencari pengertian dalarn

pernikiTan rnelalui pernerhatian.

Visual pula rnerupakan pandangan atau garnbaran yang dapat dilihat dengan

rnenggunakan rnata kasar. Urnurnnya reka bentuk grafik rnenjurus kepada reka bentuk

visual yang berkepentingan sebagai kornunikasi dengan audien. Menurut buku

'F.ncyclopaedia of graphic Design and Designer ' yang ditulis oleh Alan dan Isabella

rnenyatakan istilah reka bentuk grafik adalah rnerujuk kepada aktiviti yang rnelibatkan

1

,....

taipografi iaitu seni yang melibatkan pemilihan dan pengaturan huruf, illustrasi iaitu

melibatkan gambaran, fotografi, percetakan dan pemujukan (pengiklanan dan

informasi).

Oleh yang demikian, komunikasi visual memainkan peranan yang penting dalam

kehidupan seharian. Ia boleh menjadi satu unsur yang dapat memberi impak yang besar

kepada umum. Ini dilihat pada masyarakat hari ini yang mengamalkan gaya hidup yang

moden dan dipenuhi dengan jadual aktiviti yang padat setiap hari. Masing-masing

mengejar kebendaan dan menguruskan kehidupan. Ibubapa pula banyak menghabiskan

masa dengan kerjaya berbanding dengan kehidupan di rumah dan anak-anak. Oleh itu,

anak-anak mereka tidak mendapat perhatian yang sewajamya. Didikan yang kurang dari

ibubapa inilah menyebabkan mereka berasa terabai. Masa yang diperuntukan untuk

mereka terlalu terhad akibat kesibukan. Pengaruh yang datangnya dari pelbagai aspek

termasuk rakan sebaya menyebabkan terjadilah gejala-gejala yang kurang sihat

dikalangan remaja seperti dadah/ganja, vandalisme, merokok dan minum minuman

beralkohol.

2

1.1 Latar Belakang Kajian

Dewasa ini masalah keruntuhan akhlak dikalangan masyarakat menjadi semakin

rum it untuk ditangani. Salah satu masalah sosial tersebut adalah dadah. Isu dadah ini

merupakan masalah paling rumit dihadapi sejak tahun 70-an lagi. Mengikut

penilaian United Nations International Drug Control Program, dalam tahun 1993

sahaja sebanyak 24023 orang penagih telah dikenal pasti di Malaysia.

Sebagai rantau yang dikatakan banyak menerima perubahan serta pembangunan,

Malaysia turut mengalami pelbagai gejala sosial. Penyalahgunaan dadah

terutarnanya dikalangan remaja amat membimbangkan dan masih belum selesai.

Apa yang lebih membimbangkan ialah penggunaan dadah berkait rapat dengan

masalah sosiallain seperti pelacuran, lepak, perjudian dan sebagainya.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk membasmi gejala ini. Antaranya adalah

propaganda, pengiklanan, kempen, penubuhan persatuan dan sebagainya untuk

meningkatkan kesedaran anggota masyarakat. Berikut adalah gambaran gejala so sial

remaja pada hari ini;

Rajah 1 : Remaja yang mengambil dan ketagihan dadah

3

Keadaan remaja kini lebih terdedah dengan pelbagai pengaruh sekeliling. Rajah

1 (rujuk rajah 1) memperlihatkan remaja kini lebih bebas dan berani mengambil pil-pil

yang tidak disarankan seperti Estacy, Syabu, Ketamin dan Eramin. Pil-pil sebegini lebih

mudah diperolehi berbanding masa dahulu. Selain itu, pengambilan pil seumpama ini

dianggap dapat menghilangkan rasa tekanan dan melegakan.

Walaupun dadah dikenali umum terutamanya dalam bidang perubatan namun ia

boleh memudaratkan jika tidak digunakan dengan betul. Ubat dan dadah mempunyai

perbezaan yang agak ketara. Ubat berfungsi untuk menyembuh dan merawat penyakit

manakala dadah pula dikenali sebagai bahan psikoaktif dan penggunaannya tertakluk di

bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, pindaan 1982. Kesan daripada pengambilan dadah

dapat dilihat pada Rajah 2 (rujuk rajah 2) dibawah;

Rajah 2: Kesan daripada pengambilan dadah

4

Bilangan penagih kian bertambah walaupun kesannya telah di ketahui umum.

Pelbagai usaha kerajaan mahupun badan-badan tertentu telah dijalankan dengan

sewajamya. Medium komunikasi seperti propaganda, billboard, risalah dan lain-lain

termasuklah pergiklanan telah banyak dilakukan bagi tujuan peringatan.

Walaubagaimana pun ia masih kurang dihayati sepenuhnya terutamanya dari golongan

remaja seperti yang terdapat pada Rajah 3 (rujuk rajah 3).

Rajah 3 : Komunikasi visual sedia ada berkaitan isu dadah dalam bentuk poster

dan risalah

'Seperti saluran komunikasi untuk 'anti perang', terdapat perbezaan dari segi cara

penyampaian maklumat yang dilakukan. Jika dilihat pada Rajah 4 (rujuk rajah 4) jenis

komunikasi yang dilakukan berbentuk papan tanda. Penggunaan visual yang ringkas

digunakan seperti soalan-soalan pertanyaan yang menyampaikan maksud dan jawapan

disebalik papan tanda tersebut. Papan tanda ini secara tidak lang sung menyeru orang

ramai agar menghentikan peperangan dan mengharapkan pendamaian.

5

Rajah 4: Papan tanda 'anti-perang'

Berbeza pula dengan bentuk komunikasi pada kempen WWF (World Wide

Foundation) yang terdapat pada Rajah 5 (rujuk rajah 5) lebih kepada poster, banner

dan produk. Visual yang digunakan lebih kepada illustrasi sebenar untuk memberi

impak tentang mesej yang ingin disampaikan. Selain daripada memberi kesedaran ia

secara langsung boleh dijadikan saluran informasi berkenaan alam sekitar dan haiwan.

Justeru ito melalui penghasilan produk seperti beg dan lain-lain berfungsi sebagai bahan

promosi terhadap kempen yang dij alankan.

6

, ­ ll~ ~ • • • f .. .

Rajah 5 : Komunikasi visual berbentuk poster, banner dan

prod uk untuk kemp en WWF

Contoh komunikasi yang ditunjukkan daripada kemp en anti-perang dan WWF

pada rajah-rajah di atas, kebanyakkan daripada bentuk komunikasi yang diaplikasikan

hanya tertumpu kepada medium yang sedia ada. Penggunaan visual yang bebas

menunjukkan rekaan kelihatan ringkas namun masih lagi memberi kesan yang menarik.

Jelas di sini, penggunaan visual dari segi imej , taipografi yang sesuai serta elemen lain

seperti garisan dan simbol merupakan an tara yang penting dalam rekaan. Namun

daripada bentuk-bentuk komunikasi yang sedia ada, medium dari segi pemakaian masih

lum lagi diteroka dan dihasilkan. Ini dapat dilihat pada jenis komunikasi yang

pat pada kempen berkaitan dengan dadah yang hanya menggunakan saluran biasa

7

seperti propaganda, risalah, pengiklanan, billboard, papan tanda, banner dan poster.

Temyata medium seumpama ini tidak dapat dihayati dan memberi kesan yang

mendalam terhadap informasi yang disampaikan.

1.2 Penyataan Masalah

Perkembangan dunia hari ini semakin maJu dengan pelbagai teknologi yang

canggih dan luar biasa. Kewujudan pelbagai media elektronik mahupun media cetak

yang terkini mampu menghasilkan saluran komunikasi yang sedia ada lebih menarik.

Namun keberkesanan dari aspek penyampaian maklumat itu sendiri kurang mendapat

penghayatan dan perhatian.

Bentuk komunikasi yang sedia ada seperti propaganda, risalah, pengiklanan,

billboard, papan tanda, dan sebagainya masih lagi tidak memberi kesan atau impak

yang mendalam terutamanya dalam memberi nilai positif mahupun kesedaran.

Di Malaysia seumpamanya, masih belum lagi terdapat medium lain. Contohnya

medium dari segi pemakaian ataupun penghasilan produk seperti tuala, topi, beg,

aksesori yang dijadikan bahan untuk saluran komunikasi atau simbol terhadap sesuatu

kempen untuk penyampaian maklumat. Kesibukan masyarakat dalam mengejar masa

dan aktiviti harian menyebabkan bentuk komunikasi yang biasa tidak dapat disampaikan

sepenuhnya. Sikap 'acuh tak acuh' masyarakat dan memandang ringan terhadap

masalah sosial dikalangan remaja menyebabkan semakin berleluasa aktiviti yang tidak

sihat berlaku.

8

1.3 Objektif Kajian

• Mengkaji konsep komunikasi visual dalam industri fesyen dan tekstil.

• Menganalisa visual yang berkesan dan dapat memberi kesedaran positif kepada

masyarakat khususnya remaja.

• Menghasilkan rekaan kasual berdasarkan elemen komunikasi visual iaitu imejan

dan taipografi pada t-shirt, jaket dan seluar.

1.4 Limitasi Kajian

Dalam penyelidikan ini terdapat limitasi untuk menghasilkan produk. Antaranya

adalah:­

• Penghasilan rekaan tidak tertumpu kepada medium sedia ada seperti billboard,

papan tanda, surat khabar dan lain-lain. Rekaan produk hanya tertumpu kepada

pakaian kasual. Penghasilan produk seumpama ini dipilih kerana berpotensi

menjadi medium bergerak kepada penyampaian maklumat melalui pemakaian.

• Komunikasi visual ini diaplikasi kepada rekaan kasual iaitu t-shirt, jaket dan

seluar sahaja. Jenis rekaan ini banyak dipilih oleh masyakat terutamanya

golongan remaja kerana ianya ringkas dan selalu digunakan.

• Maklumat dan mesej dapat dihayati bukan sahaja melalui pembelian sesuatu

produk namun dari segi pemakaian ia dapat mewujudkan kesan yang positif.

9

Skop Kajian

Kajian dijalankan di kawasan yang berdekatan sumber yang akan digunakan

untuk penyelidikan :­

a. Kuching - kedai pakaian remaja, Parkson, Tun Jugah, sekitar Waterfront,

Sarawak Plaza dan UNIMAS

h. Kuala Lumpur dan Selangor- Pusat membeli belah, Butik Pakaian

Remaja (Converse, Tropicana Life, Radioactive, Billabong, Quicksilver

dan lain-lain)

10

DAD 2

METODOLOGI PENYELIDlKAN

U Pengenalan

Dalam penyelidikan ini, kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengumpul

data primer dan sekunder adalah kajian kuantitatif dan kajian kualitatif. Ini termasuklah

kajian tentang penggunaan rekaan baru iaitu elemen grafik sebagai salah satu reka corak

terkini dalam tekstil.

Kajian kuantitatif dijalankan melalui borang soal selidik. Selepas mendapat data

(pandangan dan responden) dari boring soal selidik, data kemudiannya dianalisa.

Selain itu, kajian kualitatif juga dijalankan menerusi temuramah, pemerhatian,

fotografi, dan analisis data sekunder iaitu buku dan internet mengenai bentuk visual

dari segi visual imej jenis foto, illustrasi, symbol/ikon atau grafik mahupun jenis

taipografi samada muka taip serif, san serif, krusif ataupun dekoratif. Data primer

dikwnpulkan melalui:­

. 2.0.1 Borang soal selidik

mengandungi soalan-soalan yang akan ditanya kepada respondan

mengikut keperluan penyelidikan. Borang kaji selidik adalah set

soalan yang mengandungi beberapa bahagian iaitu bahagian A ( Data

Demografi ) berkaitan maklumat responden, bahagian B (

Pengetahuan Am ), bahagian C ( Rekabentuk dan Rekacorak )

dengan menggunakan kaedah Likert yang menggariskan tahap

11

persetujuan responden. Carta 1 menunjukkan tahap persetujuan

yang digunakan (rujuk carta 1)

Carta 1 : Tahap persetujuan (likert scale)

1 = Sangat tidak setuju 4 = Setuju

2 = Tidak setuju 5 = Sangat setuju

3 = Neutral

Respondan difahamkan dengan sample, gambarajah dan penerangan

ringkas. Hasil yang di perolehi daripada soal selidik tersebut, data itu

dianalisa. Keputusan data analisis melalui skala 1- 5 dapat

menunjukkan pendapat responden terhadap masalah atau kekurangan

yang ada pada rekaan kasual mahupun dari segi imejan / taipografi.

Berdasarkan pengumpulan data visual dan kajian dari segi imej serta

wama, pemilihan teknik untuk membuat reka corak ditentukan

seperti menggunakan kaedah printing, double printing, hand screen,

emboss, heat transfer atau silk printing dan pemilihan fabrik yang

sesual.

12

2.0.2 Temuramah

Temuramah dilakukan terhadap pihak yang berkaitan. Temuramah

dijalankan ke atas golongan sasaran iaitu remaja berusia 15 tahun

hingga 25 tahun dan pihak yang pakar mengenai rekaan grafik yang

juga berfungsi sebagai rujukan untuk mendapatkan konsep yang

sesuai dalam menghasilkan rekaan yang menarik.

2.0.3 Kaedah pemerhatian dan fotografi

Pemerhatian dan fotografi dilakukan ke atas mural dan lukisan yang

terdapat di sekolah, poster, propaganda, skatepark, billboard, papan

tanda serta pada rekaan t-shirt sedia ada yang digunakan untuk

mengumpul data yang berbentuk visual.

Berikut adalah visual yang diambil daripada hasil pemerhatian yang telah

dilakukan;

Rajah 6 : Mural berbentuk taipografi (street stail)

13

Rajah 6 (rujuk rajah 6) menunjukkan mural yang diambil pada 9-0is-06

eli Skate Park, Shah Alam; 3.26pm. Rajah ini merupakan salah satu contoh mural

taipografi yang berbentuk bebas (street stail). Jenis taipografi ini sukar difahami

dan maklumat disebalik mural ini tidak tercapai. Ia hanya berunsurkan sebuah

ekspresi dalarn rekaan.

Rajah 7 : Mural berbentuk imej dan taipografi

Mural imejan dan taipografi pada Rajah 7 (rujuk rajah 7) merupakan

mural diambil pada 24-Dis-06 di bahagian Luar Butik Tropicana Life; One

Utarna pada pukul 4.02pm. Ia merupakan salah satu tarikan atau promosi

barangan" jeriarna tersebut terhadap remaja sebagai salah satu rekaan yang

menunjukkan gaya keremajaan.

Kedua-dua contoh rajah di atas (rajah 6 dan 7) merupakan contoh

komunikasi visual sedia ada yang menunjukkan ekspresi remaja dan pemujukan.

Ia tidak membantu dalam menyampaikan maklumat namun ia berfungsi sebagai

daya penarik atau promosi penjualan barangan.

14

Berbeza dengan jenis komunikasi yang ditunjukkan pada Rajah 8

(rujuk rajah 8). Ia merupakan salah satu komunikasi visual iaitu banner

tentang dadah. Imej ini pad a diambil pada 2S-Dis-06 di bahagian

kempen dadah yang dijalankan.

Rajah 8 : Banner tentang dadah

Visual pada Rajah 9 (rujuk rajah 9) menunjukkan antara salah satu

contoh bentuk komunikasi yang sedia ada iaitu dalam bentuk poster. Poster ini

berkenaan dengan dadah yang diambil pad a 22-Dis-06 di kempen dadah anjuran

Agensi Dadah Kebangsaan. Walaupun poster ini dapat menyampaikan maklumat

namun ia kurang mendapat penghayatan masyarakat.

IS