sarjana falak

32
1 TOKOH FALAK "AL-KHAWARIZMI(780-850M)" Beliau ialah Abu Abdullah Mohammad Ibnu Musa dan lebih dikenali dengan Al- Khawarizmi. Beliau dilahirkan di Khawazim (Kheva), selatan Laut Aral, Uzbekistan. Sumbangan al-Khawarizmi: Beliau telah berjasa dalam bidang falak pada zaman pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, Bani Abbasiyah di Baghdad. Beliau telah dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan dan kajian beliau. Al-Khawarizmi adalah seorang ahli falak yang agung. Diantara hasil kerja beliau ialah membuat penyemakan dan memperkemaskan semula ilmu astronomi pada ketika itu dan membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy. Beliau juga telah menghasilkan peta dunia pertama yang telah diterokai pada zaman itu. Beliau juga telah menghitung isipadu dan ukurlilit bumi, mencipta alat penentu kedudukan bintang, sukatan masa dan jam matahari. Selain bidang falak, Al-Khawarizmi juga adalah seorang ahli matematik yang agung. Beliau telah merintis algebra (arithmatic), penggunaan angka sifar dan perpuluhan, fungsi sinus dan tangen, ungkapan quadratik secara geometri dan trigonometri. Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Upload: mamasalsabila

Post on 02-Jul-2015

213 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: SARJANA FALAK

1

TOKOH FALAK

"AL-KHAWARIZMI(780-850M)"

Beliau ialah Abu Abdullah Mohammad Ibnu Musa dan lebih dikenali dengan Al-

Khawarizmi. Beliau dilahirkan di Khawazim (Kheva), selatan Laut Aral, Uzbekistan.

Sumbangan al-Khawarizmi:

Beliau telah berjasa dalam bidang falak pada zaman pemerintahan Khalifah al-Ma’mun,

Bani Abbasiyah di Baghdad. Beliau telah dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas

sumbangan dan kajian beliau. Al-Khawarizmi adalah seorang ahli falak yang agung.

Diantara hasil kerja beliau ialah membuat penyemakan dan memperkemaskan semula

ilmu astronomi pada ketika itu dan membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy. Beliau

juga telah menghasilkan peta dunia pertama yang telah diterokai pada zaman itu. Beliau

juga telah menghitung isipadu dan ukurlilit bumi, mencipta alat penentu kedudukan

bintang, sukatan masa dan jam matahari.

Selain bidang falak, Al-Khawarizmi juga adalah seorang ahli matematik yang agung.

Beliau telah merintis algebra (arithmatic), penggunaan angka sifar dan perpuluhan, fungsi

sinus dan tangen, ungkapan quadratik secara geometri dan trigonometri.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 2: SARJANA FALAK

2

Karya-karya al-Khawarizmi:

Diantara karangan Al-Khawarizmi ialah Kitab at-Tarikh (falak), Kitab al-

Rukhmat(falak), Istkhraj Tarikh al-Yahudi (falak), Kitab Surat al-Ard (falak-geografi),

Hisab al-Jabr wal Muqabalah (matematik) dan Kitab al-Jam’a bil Hisab al-Hindi

(arithmatic).

Kitab al-Jam'a wal-Tafreeq bil Hisab al-Hindi tentang kira-kira telah hilang di benua

Arab tetapi masih boleh diperoleh dalam buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa

Latin.

Bukunya Al-Maqala fi Hisab-al Jabr wa-al-Muqabilah mengenai Algebra juga telah

diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 dan ia adalah terjemahan yang

diperkenalkan dalam dunia sains baru kepada Barat.Hasil kerjanya dalam ilmu falak turut

telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah dan kemudian ke dalam bahasa Cina.

Buku geografinya, Kitab Surat-al-Ard bersama-sama peta lakarannya juga telah

diterjemahkan. Selain itu, beliau turut menulis kalendar Yahudi, Istikhraj Tarikh al-

Yahud.

Beliau juga menulis Kitab al-Tarikh dan buku mengenai alat yang menunjukkan waktu

dengan bayangan matahari dikenali Kitab al-Rukhmat.Malangnya kedua-dua buku itu

telah hilang.Pengaruh Khawarizmi dalam perkembangan ilmu sains khususnya

matematik, astronomi dan geografi kini menjadi lakaran sejarah.Buku-bukunya turut

menjadi buku teks di beberapa universiti sehingga kurun ke-16.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 3: SARJANA FALAK

3

"AL-KINDI(800-873M)"

Beliau ialah Abu Yousouf Yaqub Ibnu Ishaq al-Kindi dan lebih dikenali dengan nama al-

Kindi. Dilahirkan di Kufa, Iraq sekitar tahun 800 Masihi.

Sumbangan al-Kindi:

Beliau telah berjasa mengembangkan ilmu falak pada zaman Khalifah al-Ma’mun, al-

Mu’tasim dan al-Mutawakkil, Bani Abbasiyah di Baghdad. Beliau pernah bertugas

bersama-sama Al-Khawarizmi dan pernah menjadi guru peribadi anak Khalifah al-

Mu’tasim. Al-Kindi juga disenaraikan salah seorang ahli falak yang amat berjasa dalam

dunia astronomi.

Diantara hasil kerja beliau ialah kajian tentang optik, gelombang, monograf pasang surut,

peralatan astronomi, ruang dan waktu dan kaedah penghitungan untuk bulatan. Al-Kindi

juga adalah seorang ahli matematik yang agung. Beliau telah mengulas dan menerangkan

tentang manuskrip pernomboran India, kesepaduan angka, garis dan pendaraban nombor,

quantiti bandingan, kira-kira perkadaran dan masa, kaedah-kaedah pengangkaan dan

pembatalan dalam satu ungkapan persamaan dan teori keselarian.

Karya-karya al-Kindi:

Al-Kindi telah menulis 16 buah buku berkenaan falak, fizik 12 buah, arithmatik 11 buah

dan geometri 32 buah. Diantara tajuk buku-buku beliau ialah Tanjim Ikhtiya-rat al-

Ayyam, Ilahyat-e-Aristu, al-Mosiqa, Mad-o-Jazr dan Aduiyah Murakkaba.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 4: SARJANA FALAK

4

”AL-FARGHANI (805-880M)”

Beliau adalah Abu’l-Abbas Ahmad ibn Muhammad ibn Kathir al-Farghani. Dilahirkan di

Farghana, Transoxiana. Beliau merupakan salah seorang ahli astronomi yang terkenal

ketika berkhidmat sepanjang era al-Mamun.

Sumbangan al-Farghani:

Al-Farghani menerima teori Ptolemy dan nilai-nilainya yang dicatatkan berlaku lebih

awal. Menurut Al-Farghani, teori itu jika diteliti bukan sahaja memberi kesan kepada

bintang tetapi juga planet di alam semesta ini.Kejayaan Al-Farghani yang lain ialah

beliau mendapati bumi mempunyai ukur lilit sejauh 11,700 km termasuk menentukan

ukur lilit planet.

Aktiviti penyelidikan Al-Farghani tidak terhad kepada ilmu bintang tetapi turut meliputi

bidang kejuruteraan. Menurut Ibn Tughri Birdi, Al-Farghani telah menyelia projek

pembinaan Great Nilometer di al-Fustat (Cairo lama). Projek itu siap sepenuhnya pada

tahun 861 Masehi iaitu selepas al-Mutawakkil yang mengarahkan pembinaan itu

meninggal dunia.Pada awalnya, Al-Mutawakkil telah mengamanahkan dua anak lelaki

Musa ibn Shakir iaitu Muhammad dan Ahmad untuk menjalankan projek yang dikenali

al-Ja’fari. Dua beradik itu kemudiannya telah mengadakan perundingan dengan Al-

Farghani yang sekali gus meminggirkan jurutera terkenal ketika itu, Sind ibn Ali. Terusan

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 5: SARJANA FALAK

5

yang dibina itu melalui kota baru iaitu Al-Ja’fariyya iaitu sebuah kota yang Al-

Mutawakkil bina berdekatan Samarra di Tigris.

Bagaimanapun berlaku sedikit kesilapan dan Al-Farghani telah diarahkan membetulkan

kesilapan.Beliau kemudian memulakan kerja dengan mengorek lebih dalam terusan

berkenaan.Dengan itu, air yang cukup akan melalui terusan `baru’ itu kecuali pada ketika

paras Sungai Tigris meningkat naik. Berita mengenai itu telah membangkitkan

kemarahan Caliph dan dua beradik itu telah diselamatkan daripada menerima hukuman

hanya apabila Sind ibn Ali bersedia menjamin pembetulan yang telah dibuat oleh Al-

Farghani walaupun ia memberi risiko kepada kebajikan dan

kehidupannya.Bagaimanapun al-Mutawakkil telah dibunuh sejurus sebelum kesilapan itu

menjadi nyata. Beberapa penjelasan telah dibuat berhubung kesilapan yang berlaku,

antaranya Al-Farghani lebih menumpukan kepada teori berbanding praktikal dalam

kejuruteraan sehingga akhirnya beliau dikatakan tidak pernah berjaya menyiapkan

sesuatu projek.

Karya-karya al-Farghani:

Al-Farghani telah menulis mengenai buku bertajuk Elements of Astronomy iaitu Kitab Fi

al-Harakat al-Samawiya wa Jawami Ilm al-Nujum iaitu sebuah buku mengenai

pergerakan objek di langit yang lengkap. Kitab ini juga turut membincangkan hal

mengenai sains bintang dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12.

Terjemahan itu sekali gus memberi pengaruh yang besar kepada ahli astronomi Eropah.

The Fihrist daripada Ibn al-Nadim ditulis pada tahun 987 Masehi dan telah menghasilkan

dua karya mengenai Al-Farghani: (1) “The Book of Chapters - satu ringkasan mengenai

Almagest” (Kitab al-Fusul, Ikhtiyar al-Majisti) dan (2) “Book on the Construction of

Sun-dials” (Kitab ‘Amal al-Rukhamat).

The Jawami atau `The Elements’ merupakan buku paling dikenali mengenai Al-Farghani

dan pengaruh kerjanya yang paling baik. Beliau tetap dapat menghasilkan karya yang

baik walaupun beliau dikatakan pernah melakukan kesilapan dalam projek membina

terusan di Cairo Lama.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 6: SARJANA FALAK

6

"AL-BATTANI(858-929M)"

Nama sebenar beliau ialah Abu Abdallah Mohammad Ibnu Jabir Ibn Sinan al-Raqqi al-

Harrani al-Sabi al-Battani dan lebih dikenali dengan al-Battani. Beliau dilahirkan di

Battan, Harran, Turki dan meninggal di Samarak, Iraq.

Sumbangan Al Battani:

Beliau memulakan kajiannya di Bitan, Iraq, kemudian di Antokiah, Syria. Beliau telah

menggariskan dengan cukup teliti mengenai pusingan tahun dan musim, kadar peredaran

matahari dan menggariskan miring buruj di garisan khatulistiwa. Beliau juga mempunyai

penyelidikan yang teliti dalam gerhana matahari, bulan dan pergerakanya. Beliau

merupakan orang pertama menggunakan kosain dan garis sendeng dalam segitiga dan

sudut juga penggunaan lambang dan trigonometri ke barat.

Karya-Karya Al Battani:

Beliau memperbetulkan hasil Batlimous dalam bukunya “ Al Zaiju al Sabik". Bukunya

terdiri dari muqaddimah dan 57 bahagian tentang cara-cara pengiraan, sifat buruj, kadar

miring, bintang dan permasalahan nya, berjenis-jenis taqwim, ukuran masa dan tempoh

tahunan, alat-alat astronomi dan cara membuatnya. Buku tersebut diterjemah ke bahasa

Latin oleh Aplaton Al Tipoli pada kurun 18 Masihi dan terjemahan ini memberi kesan

terhadap perkembangan astronomi di Eropah dan sebagai contoh yang nyata ialah

mengenai kajian Copernicus terhadap penghasilan beliau.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 7: SARJANA FALAK

7

Lain-lain karangan beliau ialah “Zaiju al Ralqani" yang mengandungi hasil kajian beliau,

“Syarah Arbau’u Maqolat Li Batlimous", “ Kitab Ta’ dil Kawakib" dan “Kitab Ma’rifatul

Matoli’u al Buruj fima Baina Arba’i al Falak". Beliau juga mempunyai beberapa rencana

di bidang geografi.

"AL-KHAZIN (900-971M)"

Abu Jafar Muhammad ibn al-Hasan Khazin lahir pada tahun 900 Masehi di Khurasan

yang terletak di timur Iran. Lebih dikenali sebagai al-Khazin dan merupakan ahli

astronomi dan matematik terkenal pada zamannya. Beliau meninggal dunia pada tahun

971 Masihi

Sumbangan al-Khazin:

Pada tahun 959 atau 960 Masihi, Perdana Menteri Rayy yang dilantik oleh Adud ad-

Dawlah meminta al-Khazin mengukur sudut tidak tepat gerhana iaitu sudut di mana

permukaan rata atau datar yang muncul pada matahari untuk bergerak ke arah garisan

Khatulistiwa di bumi.

Al-Khazin pernah dikritik oleh al-Biruni yang menuduhnya mengeluarkan kenyataan

yang tidak perlu berhubung ulasannya terhadap teori aloi oleh Ptolemy. Hanya satu

bahagian kecil daripada ulasan itu dapat diselamatkan iaitu yang mengandungi topik

perbincangan al-Khazin mengenai pendapat Ptolemy yang menyatakan alam semesta

adalah berbentuk sfera.Hasil kerja al-Khazin dikatakan banyak dipengaruhi oleh motivasi

yang diterimanya daripada ahli Matematik, al-Khujandi.

Selain itu, al-Khazin telah mengusulkan model solar yang berbeza daripada

Ptolemy.Beliau mempunyai pendapat yang berbeza mengenai model solar yang

dikemukakan oleh Ptolemy yang menyatakan bahawa pergerakan matahari adalah

mengikut kitaran seragam yang bukan berpusatkan bumi. Al-Khazin yang tidak setuju

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 8: SARJANA FALAK

8

dengan model itu mengusulkan satu model yang mana menurut beliau, matahari bergerak

dalam satu pusingan yang berpusatkan bumi.

Karya al-Khazin:

Hasil kerja al-Khazin iaitu Zij al-Safa’ih telah dinobatkan sebagai satu kejayaannya yang

terbaik dalam kerja lapangan yang akhirnya menjadi bahan rujukan utama saintis

lain.Kerja itu menggambarkan peralatan astronomi dan salinannya telah dibuat di Jerman

pada waktu Perang Dunia Kedua.

"AL-SUFI(903-986M)"

Al-Sufi merupakan ahli astronomi Parsi (Iran) . Beliau dikenali sebagai Abd ar-Rahman

as-Sufi atau Abd al-Rahman Abu al-Hussain atau lebih dikenali sebagai Azophi di Barat.

Beliau yang merupakan salah seorang ahli sains Islam dilahirkan pada 7 Disember 903

dan meninggal dunia pada 25 Mei 986. Al-Sufi tinggal di kawasan Emir adud ad-Daula

di Isfahan.

Sumbangan al-Sufi

Beliau melakukan tugas menterjemah dan mengembangkan kerja-kerja astronomi Greek,

terutama almagest of Ptolemy.Al-Sufi melakukan beberapa sumbangan dalam astronomi

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 9: SARJANA FALAK

9

pada zaman pertengahan dengan membetulkan senarai bintang Ptolemy dan melakukan

anggaran magnitud serta kejelasan yang menyimpang daripada kerja-kerja Ptolemy.

Beliau mengenal pasti Awan Besar Megallanic yang kelihatan di Yaman dan bukan di

Isfahan yang tidak dapat dilihat oleh bangsa Eropah sehingga penggembaraan Megellan

pada abad ke 16.

Beliau merupakan penterjemah utama ke Bahasa Arab mengenai Astronomi Hellenistic

yang berpusat di Iskandariah. Beliau memerhati dan dapat mengira tempoh panjang tahun

tropika dan menerangkan mengenai bintang, posisi, magnitud dan warna serta

menghasilkan keputusan mengenai buruj demi buruj. Beliau menghasilkan dua lukisan

bagi setiap buruj, satu dari luar cakerawala dan satu lagi dari sebelah dalam yang dilihat

dari Bumi. Beliau telah mengenalpasti galaksi Andromeda M31. Beliau juga berjaya

menyenaraikan dan menerangkan dengan terperinci kegunaan astrolab.

Karya-karya al-Sufi

Diantara hasil tulisan beliau yang amat terkenal ialah Kitab Al-Kawakib As- Sabit Al-

Musawwar yang menerangkan tentang kedudukan buruj bintang.As-Sufi mengeksplorasi

bukan hanya kedudukan bintang tetapi juga kedudukan buruj bagi bintang itu sendiri,

menggambarkannya, serta menghurai pantulan sinar dan warnanya.

Al-Sufi menulis dalam bahasa Arab walau dia sendiri berbahasa Parsi. Beliau

menghitung tahun matahari dengan tepat. As-Sufi juga adalah saintis pertama yang

menerangkan tentang kewujudan nebula dan galaksi di angkasaraya.

Al-Sufi juga menulis mengenai astrolab dan mencari beberapa kegunaan mengenainya.

Beliau menerbitkan bukunya ‘Book of Fixed Stars’ pada 964, yang memaparkan

mengenai kerjayanya dalam bentuk teks dan gambar.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 10: SARJANA FALAK

10

"AL-BUZGANI (940-998M)"

Beliau ialah Abu Al Wafa’ Mohd b. Mohd b. Ismail b. Al Abbasi. Seorang ahli

matematik dan astronomi Parsi yang telah dilahirkan di Bauzijan, Iran dan mati di

Baghdad, Iraq.

Sumbangan al-Buzgani:

Beliau telah memepelajari Matematik, atronomi dan mengkaji satah-satah. Termasuk di

antara perintis di dalam lukisan, analisa dan kejuruteraan dan trigonometri. Beliau

mengikut cara baru di dalam penggunaan kosain dan menetap undang-undang am kosain

dalam trigonometri bulatan.

Beliau dianggap orang pertama pencipta nisbah segitiga dan memasukkan penggunaan

garisan linear dan berjasa besar dalam memperkemaskan trigonometri . Di dalam

trigonometri beliau mengarang buku “Kitab Isthikhraj al Autar”. Dan “Kitab al Amal bi

al Jadual Satini”.

Karya-karya al-Buzgani:

Beliau telah mengarang kitab-kitab mengkritik penghasilan Eucleides. Diaphantos dan

Khuarizmi. Beliau telah mengarang buku-buku Matematik diantaranya ialah “Kitab al

Madkhal fi al Arasmatiq” dan “Tafsir Kitab Abrakhas fi Algebra”.

Didalam kejuruteraan beliau mengarang buku “Kitab fi ma Yahtaju Illaihi al Shona’ min

al A’malul Hindasah" dan “Kitab fi Amal al Masthurah wa al Bukar wa al Kunia”.

Didalam kitab ini beliau telah menggunakan kaedah terbaru cara melukis bulatan,

segitiga dan sektornya. Beliau juga telah mengarang buku “Kitab Isthikraj al Do’il

Murabba’ bimali Mal wama Tartabu minha”.

Beliau berjasa kerana telah menyingkap ketidak seimbang di dalam perangkap bulan dan

hasil dari penelitian beliau maka di karang buku “Az Zaij al Syamil”. Diantara karangan

beliau di dalam astronomi ialah “Kitab al Majesti" dan “Kitab al Kamil”.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 11: SARJANA FALAK

11

"AL-HAITHAM (965 M)"

Abu Ali Hasan Al Haitham yang dikenali sebagai Alhazen di barat, merupakan Bapa

Optik Moden. Beliau merupakan pakar fizik yang terunggul melalui sumbangan terhadap

kaedah optik dan saintifik. Abu Ali Hasan dilahirkan pada 965 Masihi di Basrah dan

mendapat pendidikan di Basrah dan Baghdad.

Sumbangan al-Haitham:

Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang gemar melakukan penyelidikan. Antara uji kaji

yang dijalankan ialah penyebaran cahaya dan warna, pantulan dan ilusi optik. Beliau

mengkaji pembiasan sinaran cahaya melalui medium telus seperti air dan udara dan

menemui undang-undang yang terdapat dalam pembiasan.

Selain itu beliau merupakan tokoh yang pertama menjalankan kajian mengenai

penyerakan cahaya kepada warna konstituen.Semasa kajian mendalam mengenai segmen

sfera (gelas yang diisi air) beliau hampir membuat penemuan mengenai teori lensa

pembesar yang dibangunkan di Itali tiga abad kemudiannya.Snell dan Descartes pula

terpaksa mengambil masa selama tiga abad kemudiannya untuk mencadangkan mengenai

undang-undang sinus.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 12: SARJANA FALAK

12

Beliau menghabiskan banyak masa dengan teori pelbagai fenomena fizikal seperti

pelangi, bayang-bayang, gerhana matahari dan ramalan mengenai keadaan fizikal cahaya.

Pada abad ke-13 Roger Bacon, Pole Witelo (Vitellio) dan penulis-penulis mengenai optik

era pertengahan di barat, menggunakan Opticae Theasaurus tulisan Ali Abu Hasan

sebagai asas dalam kerja optik. Hasil kerja Ali Abu Hasan turut mempengaruhi Leonardo

da Vinci dan Johann Kepler. Pendekatan beliau terhadap optik menghasilkan idea-idea

baru dan terbukti melalui penemuan dalam kaedah uji kaji.

Ali Abu Hasan memperincikan secara tepat pelbagai bahagian mata dan memberi

penjelasan saintifik mengenai proses penglihatan.Beliau menyangkal teori penglihatan

Ptolemy dan Euclid yang menyebut bahawa mata menghantar sinaran visual kepada

objek yang dilihat.Menurut Ali Abu Hasan, sinaran berasal dalam objek yang dilihat dan

dan bukan dalam mata. Beliau cuba menjelaskan mengenai penglihatan binokular dan

memberi penjelasan yang betul mengenai pembesaran yang ketara dalam saiz matahari

dan bulan semasa ia mendekati horizon.

Ali Abu Hasan juga dikenali melalui penggunaan awal kamera obscura. Melalui kajian

lanjut mengenai optik maka beliau digelar sebagai Bapa Optik Moden.

Kajian beliau dalam catoptrics memfokuskan mengenai cermin parabolik dan sfera serta

penyimpangan sfera. Beliau melakukan pemerhatian penting bahawa nisbah antara sudut

biasan dan tuju tidak kekal dan tetap serta menyiasat mengenai kuasa lensa pembesar.

Sumbangan beliau kepada fizik dan matematik amat besar. Dalam matematik beliau

membangunkan geometri analitikal dengan penemuan hubungan antara algebra dan

geometri.

Dalam fizik beliau mengkaji mengenai pergerakan mekanik tubuh manusia dan beliau

merupakan manusia pertama mengemukakan bahawa tubuh manusia bergerak terus

menerus kecuali suatu paksaan dari luar menghalangnya atau mengubah arah pergerakan.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 13: SARJANA FALAK

13

Karya-karya al-Haitham:

Dalam bukunya Mizan al-Hikmah, Ali Abu Hasan membincangkan ketumpatan

atmosfera dan menghasilkan hubungan antara atmosfera dan ketinggian.Beliau turut

mengkaji pembiasan atmosfera dan membuat penemuan bahawa fajar senja hilang dan

timbul apabila matahari berada pada 19 darjah di bawah horizon dan cuba mengukur

ketinggian atmosferanya.

Kitab-al-Manazir hasil tulisan Ali Abu Hasan telah diterjemahkan ke bahasa Latin

semasa era pertengahan yang turut memuatkan perihal warna matahari terbenam.Antara

lain karyanya termasuk:

1. Al'Jami' fi Usul al'Hisab yang mengandungi teori-teori ilmu metametik dan

metametik penganalisaannya;

2. Kitab al-Tahlil wa al'Tarkib mengenai ilmu geometri;

3. Kitab Tahlil ai'masa^il al 'Adadiyah tentang algebra;

4. Maqalah fi Istikhraj Simat al'Qiblah yang mengupas tentang arah kiblat bagi

segenap rantau;

5. M.aqalah fima Tad'u llaih mengenai penggunaan geometri dalam urusan hukum

syarak dan

6. Risalah fi Sina'at al-Syi'r mengenai teknik penulisan puisi.

"IBN YUNUS (975-1009M)"

Beliau ialah Ali bin Abd Rahman, telah menjalankan penyelidikan dalam astronomi sejak

tahun 975-1009 M.

Sumbangan Ibn Yunus:

Sumbangan beliau ialah menghasilkan jadual astronomi yang dikenali Zij al-Hakimi.

Beliau banyak menjalankan penyelidikan di Mesir dan Sepanyol pada zaman Fatimiyah.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 14: SARJANA FALAK

14

Ibn Yunus merupakan pakar dalam bidang matematik, justeru itu beliau banyak

melakukan kiraan semula terhadap beberapa jadual yang telah dibuat oleh ahli-ahli falak

sebelumnya.

Banyak maklumat tentang pemerhatiannya terhadap cakerawala dan telah direkodkan

oleh Ibn Yunus. Antaranya ialah tentang kesan pembiasan udara kasa dan rekod

pemerhatian kejadian gerhana bulan dan matahari yang dibuat di Masjid Abu Jaafar,

Mesir. Ibn yunus telah menyusun jadual tentang pengiraan waktu terbit dan terbenamnya

matahari berdasarkan sudut waktu, azimuth dan ketinggian matahari. Dengan ini

pengiraan waktu solat menjadi lebih mudah dan jadual yang seumpama ini diubahsuai

untuk kegunaan negara-negara Islam beratus-ratus tahun kemudiannya. Antara lain,

beliau memperkenalkan kaedah pengiraan trigonometri sfera untuk penentuan arah kiblat.

"AL-BIRUNI (973-1048M)"

Beliau adalah Abu Rayhan al-Biruni. Dilahirkan di Khwarazm (kini Uzbekiztan) di Asia

Tengah yang pada masa itu terletak dalam sempadan Kerajaan Parsi. Al-Biruni mendapat

pendidikan dari seorang pakar astronomi dan matematik bernama Abu Nasr al-Mansur.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 15: SARJANA FALAK

15

Sumbangan al-Biruni:

Bidang kajian al-Biruni tidak terbatas dalam bidang matematik dan astronomi sahaja,

malahan meliputi teori-teori abstrak tentang falfasah. Kritikan terhadap pemikiran

falsafah Yunani seperti Aristotle tentang kejadian alam merupakan sebahagian daripada

pandangan kritisnya terhadap falsafah Yunani bahawa alam bersifat kekal dan

mengemukakan pendapat bahawa alam ini terjadi secara exnihilo, iaitu daripada tiada

kepada ada. Al-Biruni juga menjalankan kajian tentang geografi dan fizik.

Karya-karya al-Biruni:

Antara karya beliau yang teragung adalah Qanun al-Mas’udi yang setanding dengan buku

Almagest olehn Ptolemy. Dalam buku yang berjudul Ifrad al-Maqal fi Amr al-Dalal, al-

Biruni menggunakan teknik geometri bagi mengukur baying untuk mengetahui jarajk

antara dua tempat dan menentukan ukur lilit bumi. Malahan menurut Nasr lagi, nilai ukur

lilit bumi yang dihasilkan al-Biruni adalah yang paling baik pada zaman pertengahan. Al-

Biruni banyak membuat kajian tentang matahari, bulan dan planet-planet, khususnya

tentang sifat – sifat fizikal, pergerakan tahunan, panjang tahun tropika, jarak diantara

planet dengan matahari, fenomena gerhana, fajar-fajar ( twilight ), pergerakan bulan,

keserongan ekliptik bulan, pasang surut, kenampakan anak bulan dan kajian tentang jarak

dan magnitude bintang.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 16: SARJANA FALAK

16

"IBNU SINA (980-1050M)"

Beliau adalah Abu Ali Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina, dan dikenali di Eropah dengan

nama Avicenna. Mendapat pendidikan dalam bidang ilmu logika, ilmu ukur dan

astronomi dari Abu Abdullah Natali.

.

Sumbangan Ibnu Sina:

Dalam kajian, beliau lebih banyak menekankan aspek uji kaji seperti dalam penyelidikan

astronomi, kimia dan perubatan ( Nasr, 1992 ). Walaupun beliau dikenali sebagai salah

seorang tokoh ilmuan falak Islam yang terkemuka, namun di Eropah beliau dikenali

sebagai pakar perubatan melalui buku-bukunya seperti al-Qanun fi al-Tibb dan al-Shifa.

Buku-buku perubatan beliau telah dijadikan bahan rujukan wajib untuk pelajar – pelajar

perubatan selama beberapa kurun.

Ibnu Sina juga dikenang sebagai orang yang banyak memberikan idea yang bersifat

astrofizik. Menurut Shaharir ( 1987 ), terdapat persamaan fakta tentang konsep hubungan

antara masa dengan pergerakan dan ruang yang dikemukakan oleh Ibnu Sina dengan teori

Einstein. Konsep tersebut menjadi sebahagian daripada asas kosmologi moden.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 17: SARJANA FALAK

17

"OMAR KHAYYAM (1099-1166M)"

Beliau ialah Ghiyath al-Din Abul Fateh Omar Ibn Ibrahim al-Khayyam dan dilahirkan

pada tahun 1044 di Parsi. Khayyam sebenarnya bermaksud pembuat khemah.

Sumbangan Omar Khayyam

Sumbangan terbesar Omar Khayyam ialah dalam bidang Algebra.Beliau pernah membuat

percubaan untuk mengklasifikasikan kebanyakan persamaan algebra termasuk persamaan

darjah ke tiga.Malah beliau juga menawarkan beberapa penyelesaian untuk beberapa

masalah algebra. Ini termasuklah penyelesaian geometrik bagi persamaan kiub dan

sebahagian daripada penyelesaian kebanyakan persamaan lain.

Pengklasifikasian persamaan yang dilakukan oleh Omar Khayyam adalah berasaskan

kerumitan sesuatu persamaan.Omar Khayyam telah mengenal pasti 13 jenis bentuk

persamaan kiub. Kaedah penyelesaian persamaan yang digunakan oleh Omar Khayyam

adalah bersifat geometrikal.

Dalam bidang geometri pula, beliau banyak membuat kajian-kajian yang menjurus

kepada pembentukan teori garisan selari.

Beliau juga pernah diarahkan oleh Sultan Saljuq - Malikshah Jalal al-Din untuk bekerja

di balai cerap.Di sana, beliau ditugas untuk menentukan kalendar solat yang tepat.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 18: SARJANA FALAK

18

Khayyam berjaya memperkenalkan kalendar yang hampir-hampir tepat dan dinamakan

Al-Tarikh-al- Jalali.

Selain itu, Omar Khayyam juga turut menyumbang dalam bidang lain seperti

pembangunan kaedah menentukan graviti.Dalam bidang metafizik, beliau menulis tiga

buku. Beliau juga terkenal sebagai seorang ahli astronomi terkenal dan juga doktor.Selain

dalam bidang sains, Omar Khayyam juga terkenal sebagai seorang penyair yang hebat di

zamannya.

Karya-karya Omar Khayyam

Malah, beliau pernah menjadi terkenal di kalangan dunia barat sejak tahun 1839 apabila

Edward Fitzgerald menerbitkan terjemahan bahasa Inggeris bagi bukunya -

Rubaiyat.Buku ini menggambarkan kehebatan dan kekayaan ilmu yang dimiliki Omar

Khayyam. Omar Khayyam juga menulis pelbagai jenis buku dan monograf dalam

pelbagai jenis bidang.

Antaranya ialah 10 buku dan 30 monograf berjaya dikesan. Daripada jumlah ini, empat

buah buku adalah berkaitan matematik, fizik (tiga), metafizik (tiga) dan satu untuk

algebra dan geometri.

Bukunya `Mazalat fi al-Jabr wa al-Muqabila’ adalah karya agungnya dalam bidang

algebra dan sangat penting dalam perkembangan algebra.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 19: SARJANA FALAK

19

"AL-IDRISI(1099-1166M)"

Beliau ialah Abu Abdallah Mohammed Ibnu As-Syarif Al-Idrisi. Beliau lebih dikenali

dengan panggilan Al-Idrisi, sempena nama bapanya. Al-idrisi dilahirkan pada tahun 1099

masihi di Ceuta, Sepanyol dan meninggal dunia pada tahun 1166 masihi.

Sumbangan al-Idrisi

Sumbangan utama tokoh ini ialah menghasilkan bebola perak seberat 400 paun untuk

Raja Roger II, lengkap dengan membahagikan dunia kepada 7 iklim, laluan perdagangan,

teluk, tasik, sungai, bandar-bandar besar, bukit dan lembah serta gunung-ganang.

Beliau juga mencatatkan jarak dan ketinggian sesuatu tempat dengan tepat. Tokoh

Geografi kurun ke-12 ini kemudiannya menghasilkan buku Nuzhah al Musytaq fi Ishtiraq

al Afaq (Kenikmatan pada Keinginan Untuk Menjelajah Iklim) atau Roger's Book iaitu

sebuah ensiklopedia geografi yang mengandungi peta dan informasi tentang negara

Eropah, Afrika dan Asia. Mencatatkan perihal masyarakat, budaya, kerajaan dan cuaca

negara-negara yang terdapat di dalam petanya.

Beliau turut menggunakan semula garisan lintang dan garisan bujur yang diperkenalkan

sebelumnya dalam peta yang dihasilkan. Beberapa abad lamanya, Eropah menggunakan

peta Al Idrisi dan turut menggunakan hasil kerja ilmuwan ini ialah Christopher

Columbus.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 20: SARJANA FALAK

20

"NASIR AL-DIN AL-TUSI (1201-1274M)"

Beliau dilahirkan di Tous, Khorasan, Iran, Nasir memulakan pendidikannya pada masa

awal lagi. Di Tous, beliau mengaji al-Quran, Hadis, dan jurisprudens Syiah, serta belajar

bahasa Arab, logik, falsafah, matematik, perubatan, dan astronomi. Ketika masih muda,

beliau berpindah ke Nishapur untuk belajar falsafah di bawah Farid al-Din Damad, dan

matematik di bawah Muhammad Hasib.

Sumbangan Nasir al-Din al-Tusi:

Nasir merupakan orang pertama untuk mengolahkan trigonometri sebagai satu bidang

matematik yang berasingan. Nasir mencipta jadual-jadual pergerakan planet yang persis

seperti yang digambarkan dalam bukunya kedudukan planet. Sistem planetnya

merupakan sistem yang paling maju pada zamannya dan digunakan secara meluas

sehingga perkembangan model heliosentrik pada zaman Copernicus. Antara Ptolemy dan

Copernicus, Nasir dianggap sebagai ahli astronomi yang paling unggul pada masanya.

Nasir mereka teknik geometri yang dipanggil Gandingan Tusi untuk model-model

planetnya yang menjanakan gerakan linear daripada jumlah dua gerakan bulat. Beliau

juga menghitung nilai sebanyak 51" untuk liukan tahunan ekuinoks dan menyumbang

kepada sebilangan pembinaan dan penggunaan alat astronomi, termasuk astrolab.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 21: SARJANA FALAK

21

Nasir memberikan penjelasan pertama tentang seluruh sistem trigonometri sfera dan satah

yang masih wujud pada hari ini. Beliau juga banyak menulis tentang biologi dan

merupakan salah satu perintis untuk sejenis evolusionisme dalam pemikiran saintifik.

Karya-karya Nasir al-Din al-Tusi:

Beliau menulis sebuah buku, Zij-i ilkhani (Jadual-jadual Ilkhani). Buku ini mengandungi

nama-nama bintang, serta jadual astronomi untuk menghitung.

Antara lain Karya mengenai Sisi Empat, beliau merupakan orang pertama untuk

menyenaraikan enam kes yang berbeza bagi segi tiga sudut tegak dalam trigonometri

sfera.

"ULUGH BEG(1393-1449M)"

Beliau ialah Mohammad Taragay ibnu Shah Rukh. Beliau adalah cucu kepada Timurlane

(1336-1405), panglima Mongol yang amat terkenal. Ulugh Beg dilahirkan di Soltaniyah,

Iran. Beliau memerintah Empayar Timurid dari tahun 1447 sehingga 1449. Dalam

konflik perebutan kuasa pemerintahan zamannya beliau telah di bunuh oleh anaknya,

Abdul Latif yang kemudian menggantinya memerintah Empayar Timurid di Samarkand

(Tajikistan).

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 22: SARJANA FALAK

22

Sumbangan Ulugh Beg

Ulugh Beg adalah adalah seorang pemerintah, guru, saintis dan ahli astronomi. Pada

zaman pemerintahannya beliau telah membina sebuah pusat pengajian ilmu di Samarkand

dan menjemput ramai sarjana khasnya di bidang astronomi dan matematik agar belajar

dan mengajar di sana. Beliau juga telah membina sebuah balai cerap yang diberi nama

Zurkhani Zij. Balai cerap ini menggunakan sebuah sextant gergasi untuk menentukan

kedudukan objek-objek samawi.

Sextant itu diberi nama Sextant Fakhri. Dengan tanpa bantuan alatan moden seperti

teleskop, Ulugh Beg telah berjaya mengenalpasti dan membina zij (jadual) menerangkan

tentang kedudukan 1012 butir bintang secara tepat. Beliau juga mencatit kaedah-kaedah

dan teori sfera geometri dan trigonometri.

Hasil kerja beliau ditulis dalam bahasa Arab kemudian diterjemahkan kepada bahasa

Parsi dan Latin dan menjadi rujukan sehingga ke Eropah.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 23: SARJANA FALAK

23

TOKOH FALAK MALAYSIA

SHEIKH MUHAMMAD TAHIR JALALUDDIN

Nama penuhnya Muhammad Tahir bin Syeikh Muhammad. atau dikenali dengan

gelaran Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki Al-Azhari (9 Disember 1869 - 26

Oktober 1956), merupakan tokoh bidang Falak Syari di alam Melayu Nusantara yang

telah memantapkan bidang fardu kifayah tersebut di rantau ini menerusi pengajaran,

penggunaan dan penyibaran ilmu tentangnya di kalangan 'alim ulamak yang

bertanggungjawab membuat taqwim Islam tempatan.

Kehidupan Awal:

Sheikh Muhammad Tahir dilahirkan pada hari Selasa 4 Ramadhan 1286 Hijrah

bersamaan 7 November 1869 di Ampat Angkat, Bukit Tinggi Minangkabau, Sumatra

Barat. Bapanya seorang ulamak dikenali sebagai Sheikh Muhammad (juga bergelar

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 24: SARJANA FALAK

24

Tuanku Muhammad atau Tuanku Cangking); datuknya keturunan bangsawan

Minangkabau bernama Tuanku Ahmad Jalaluddin.

Beliau yatim ketika kecil lagi dan dibesarkan oleh keluarga pihak ibunya; dan apabila

berumur hampir 12 tahun, telah dihantar ke Makkah untuk belajar dan mendalami ilmu-

ilmu agama Islam. Beliau berada di Makkah selama lebih 12 tahun. Di antara bidang-

bidang yang telah beliau perolehi dan perdalami ialah ilmu-ilmu al Qur'an, Hadith,

Tauhid, Fiqah, Usul Fiqh, Nahu, Saraf, Bayan, Ma'ani, Badi', 'Arudh, Mantiq, Tafsir,

Hisab Handasah dan Falak. Beliau banyak dipengaruhi oleh ilmu, pendekatan dan

kealiman peribadi gurunya, Sheikh Ahmad Khatib iaitu saudara berpangkat sepupu

dengannya yang pada waktu itu terlantik sebagai Mufti Mazhab Shafi'i di Masjidil

Haram. Sheikh Tahir pulang ke Sumatra ketika berumur 24 tahun dan selepas 4 tahun di

sana, sekali lagi berangkat ke Timur Tengah, kali ini ke Mesir.

Pengajian:

Bidang Falak telah beliau perdalami lagi semasa belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir

selama 4 tahun (1314-1318 H. bersamaan 1893-1897 M.). Semasa di situ beliau

menerima juga pengaruh daripada pemikiran Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Sheikh

Muhammad Abduh, tokoh Gerakan Isiah (Pembersihan) dan Reformasi Islam yang

berjuang untuk membersihkan Islam daripada fahaman yang bercampur-baur adat-resam

kuno, dan mengembalikan Islam ke landasan al-Qur'an dan Hadith yang suci. Lantaran

kegiatan Sheikh Muhammad Tahir yang berkait dengan pemikiran Reformasi inilah,

beliau dikenali juga sebagai ahli'Kaum Muda'atau golongan ulamak Reformis di kalangan

masyarakat Melayu-Nusantara.

Semasa di Mesir beliau mula berdampingan dengan tokoh-tokoh perjuangan Islam -

seperti Sheikh Muhammad Rashid Ridha -- yang bergiat dalam penulisan rencana-

rencana melalui akhbar yang berunsur Islam, seperti Al-Manar. Sheikh Muhammad Tahir

pernah juga menyumbangkan rencana-rencana ilmiah dalam akhbar tersebut. Pendekatan

seperti ini telah beliau terapkan sekembalinya ke Tanah Melayu, dengan membuat

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 25: SARJANA FALAK

25

banyak sumbangan kepada majalah-majalah Al-lmam dan Al-lkhwan (di bawah kelolaan

Syed Sheikh Syed Ahmad Al-Hadi dan lain-lain rakannya, dan akhbar -Saudara.

Dalam zaman mudanya, Sheikh Tahir kerap berulang-alik ke Makkah dan Mesir, sama

ada untuk membawa jemaah haji dari Sumatra ataupun untuk membuat perniagaan secara

sampingan. Perkahwinan Sheikh Muhammad Tahir semasa zaman mudanya di Sumatra

tidak kekal. Beliau bernikah dan bercerai sebanyak 5 kali semasa itu, di atas persetujuan

pihak-pihak isteri berkenaan, kerana adat Minangkabau waktu itu sangat mendorong para

wanita dan keluarga mereka untuk memperolehi zuriat daripada 'alim ulamak. Walau

bagaimanapun, sistem Adat Perpatih yang kuat itulah juga di antara sebab-sebab Sheikh

Tahir berpindah keluar dari daerah Minangkabau dan merantau ke Tanah Melayu mulai

tahun 1317H/ 1899M.

Sumbangan:

Sheikh Muhammad Tahir telah melahirkan karya-karya yang meliputi beberapa bidang.

Yang paling penting dari sudut Falak Syar'i ialah kitab Natijatul'Umur (diterbitkan pada

tahun 1357 H./ 1936 M.) iaitu kira-kira untuk Taqwim Hijrah dan persamaannya dengan

Taqwim Miladi (Masehi), hala kiblat, dan waktu solat untuk sepanjang zaman; dan Kitab

Jadual Pati Kiraan iaitu panduan untuk menentukan waktu solat dan arah kiblat berserta

logarithms untuk mengiranya (diterbitkan pada tahun 1362 H./ 1941 M.).

Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki Al-Azhari telah kembali ke rahmatullah

pada pagi Jumaat 21 Rabiulawal 1377 (bersamaan 26 Oktober 1956) pada usia 87 tahun,

dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Baru, Kuala Kangsar, Perak. Jabatan

Muzium Negara Malaysia telah mengistiharkan tempat pemakaman beliau sebagai

makam bersejarah untuk memperingati jasa beliau. Kini Kerajaan Negeri Pulau Pinang

menamakan sebuah Pusat Observatori di Pantai Acheh Pulau Pinang sebagai Pusat Falak

Sheikh Tahir, bagi memperingati peranan dan ketokohan beliau dalam bidang Falak.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 26: SARJANA FALAK

26

TUAN HAJI MOHD KHAIR BIN HAJI TAIB

Allahyarham Tuan Haji Mohd. Khair Bin Hj. Mohd Taib, atau dikenalinya juga dengan

nama Pak Khair dilahirkan pada malam Jumaat, 11.30 malam, 8 September 1922 M

bersamaan dengan 7 Rabiul awal, 1340 H. Beliau dilahirkan di Kampung Bakar Bata,

Alor Setar.

Allahyarham Tuan Haji Mohd Khair Bin Hj. Mohd Taib, mendapat pendedahan awal

mengenai ilmu falak ketika beliau belajar di Madrasah al-Hamidiah ( Limbung Kapal )

pada tahun 1936. Ketika itu melalui gurunya Ku Arifin, beliau mempelajari kaedah

pengiraan waktu solat.

Ketika Ma’had Mahmud, mata pelajaran ilmu falak syarie telah diajar. Walaupun modul

pengajaran ketika itu hanya merangkumi penggunaan Rubu’ Mujayyab, beliau tetap

menunjukkan minat yang mendalam terhadap ilmu falak. Guru yang mengajarnya itu

ialah Ku Ariffin.

Setelah tamat pengajian di al-Mahsyur, Pulau Pinang, di dorong minat yang sangat

mendalam terhadap ilmu falak, beliau pergi ke Kuala Kangsar, Perak bagi berguru

dengan seorang tokoh falak yang sangat dihormati ketika itu iaitu Syeikh Tahir

Jalaluddin. Dalam pertemuan itulah, Tuan Haji Mohd Khair melahirkan hasratnya untuk

bergurukan ilmu falak dari Syeikh Tahir, dengan nada yang bersungguh-sungguh. Syeikh

Tahir dengan senang hatinya menerima beliau sebagai muridnya. Beliau yakin bahawa

Tuan Haji Mohd. Khair akan menjadi satu-satu anak muridnya nanti yang mewarisi

kemahiran dalam ilmu falak.

Dengan penerimaannya sebagai murid, Tuan Haji Mohd. Khair telah diberikan sebuah

peti besi yang penuh berisi dengan peralatan untuk mempelajari ilmu falak. Setelah itu

bermulalah pengajian beliau dengan Syeikh Tahir dalam pengajian ilmu falak sesudah

sekian lama menantikan saat tersebut.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 27: SARJANA FALAK

27

Dirumah Syeikh Tahir menjadi sekolah bagi Tuan Hj. Mohd Khair mendalami ilmu falak.

Dalam masa pengajiannya, beliau turut membantu gurunya menguruskan hal hariannya.

Beliau mencari kayu api, mengangkut air dan sebagainya. Beliau juga mengambil

kesempatan belajar secara sambilan di Sekolah Agama Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala

Kangsar di mana pada paginya di Idrisiah dan sebelah petangnya di rumah Syeikh Tahir.

Setelah 2 tahun berguru dengan Syeikh Tahir, setelah beliau merasa yakin dan dapat

mengusai dengan ilmu falak, Tuan Hj. Mohd Khir mengambil keputusan untuk pulang ke

Alor Setar. Beliau kembali dengan semangat yang berkobar untuk menyebarkannya dan

menggunakannya bagi berbakti kepada masyarakat.

Sumbangan:

Sekembali beliau dari Kuala Kangsar, beliau menemui sahabatnya Haji Salleh

Shamsuddin[ bagi mengumpulkan di antara 15-20 orang yang meminati ilmu falak. Tidak

kira samada muda atau tua. Beliau menyampaikan hasrat ini dengan bersungguh-sungguh

kepada sahabatnya itu. Walau bagaimanapun beliau telah menerima ujian pertama daalm

usahanya dalam mengembangkan ilmu falak ini, setelah sahabatnya tidak dapat mencari

mereka yang benar-benar berminat dengan ilmu falak.

Beliau tidak patah semangat dan masih cuba mengembangkan ilmu ini pada masyarakat.

Akhirnya beliau menemui Tuan Guru Haji Yahya Junid, iaitu abang iparnya sendiri yang

merupakan pengasas kepada Madrasah al-Taufiqiyah. Setelah berpuas hati dengan

penjelasan Tuan Hj. Mohd Khir, beliau membenarkan adik iparnya itu mengajar ilmu

falak di sekolah tersebut. Maka jadilah Madrasah al-Taufiqiyah tempat beliau

mencurahkan segala ilmu berkait dengan ilmu falak. Bukan saja murid-muridnya terdiri

dari pelajar-pelajar, tapi juga dari kalangan guru-guru di Madrasah tersebut. Beliau bukan

saja mengajar ilmu falak tapi turut mengajar lain-lain subjek. Antara buku yang menjadi

rujukan utama beliau ketika mengajar ilmu falak ialah :

1. Sebuah buku yang ditulis oleh gurunya sendiri iaitu Tuan Syeikh Tahir.

2. Nautical al-Manac yang diterbitkan di England.

3. Sebuah buku bahasa Arab.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 28: SARJANA FALAK

28

Beliau telah menumpahkan sepenuh perhatian dan usahanya dalam mengembangkan ilmu

falak ini di Madrasah ini. Hampir 9 tahun lamanya beliau tanpa jemu dan letih berusaha

mengembang ilmu falak ini pada setiap mereka yang berminat.

Setelah pulang ke tanahair sekitar 1978, beliau telah bekerja dengan Institut Dakwah

( INDAH ), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ). Beliau telah ditugaskan

memberikan kuliah ilmu falak kepada pegawai-pegawai kerajaan, orang awam dan

pelajar-pelajar yang berminat mempelajari ilmu falak.

Beliau juga berusaha menyiapkan beberapa modul berkaitan, bagi menjadikaan kursus ini

menjadi lebih sistematik dan efektif. Modul kursus Falak Syarie tersebut ialah :

i. Pengenalan ilmu falak Syarie dan perkembangan pengajian dalam sejarah

tamadun Islam.

ii. Nas-nas Naqliah dan pandangan ulama’ berkaitan dengan falak syarie.

iii. Penentuan Tarikh/ Taqwim.

iv. Pengiraan waktu solat.

v. Penentuan arah kiblat.

vi. Pengiraan Hilal.

vii. Penentuan Gerhana.

viii. Hisab Pergerakan Cakerawala/Planet sistem suria.

ix. Astronomi Fizikal.

x. Penggunaan Peralatan Falak.

xi. Lawatan

xii. Latihan dan Ujian.

Beliau juga telah diberi penghormatan untuk mewakili Malaysia dalam Persidangan di

Istanbul, Turki pada 27-30 November 1978. Di antara resolusi yang telah dikeluarkan

adalah hasil dari cadangan beliau sendiri. Ianya berbunyi :

“ Ijtimak matahari dan bulan tidak kurang dari 8 jam sebelum ghurub matahari.”

Ia akhirnya diterima sebagai salah satu dari kriteria kenampakan hilal.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 29: SARJANA FALAK

29

Pada 6 Okt 1981, Tuan Haji Mohd Khair telah dilantik denagn rasminya sebagai

Karyawan Tamu di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam. Bersesuaian dengan

kepakaran beliau dalam ilmu falak beliau telah ditugaskan untuk :

i. memberi kuliah-kuliah falak kepada pelajar dan pensyarah;

ii. membantu pihak jabatan dalam perkara yang berkait dengan falak seperti menentukan

waktu solat, kenampakan hilal dan penentuan arah kiblat;

iii. menghasilkan karya dalam bidang falak syarie dan menyusun kelendar;

Dalam satu seminar Falak Syarie pada 22-24 Jan 1982 anjuran Jabatan Syariah, Fakulti

Pengajian Islam, UKM, beliau telah membentangkan satu kerja yang bertajuk “

Perkembangan Ilmu Falak Syarie Selepas Zaman Rasulullah SAW ”. Pada penutup dan

resolusi kursus tersebut beliau telah mengemukakan cadangan dan syor. Antaranya

penubuhan Persatuan Falak Syarie Malaysia. Ia bagi tujuan mengumpulkan semua

peminat-peminat ilmu falak dan medan untuk mereka bertukar-tukar fikiran.

Akhirnya dengan usaha beliau dan anak-anak muridnya, pada 1 Muharram 1404 H

bersamaan 7 Okt 1983 M bertempat di Dewan Kuliah II, Fakulti Pengajian Islam,

mesyuarat pertama bagi penubuhan persatuan ini telah diadakan. Mesyuarat telah

bersetuju , menubuhkan Jawatan Kuasa Penaja bagi Persatuan Falak Syarie Malaysia dan

beberapa port folio telah diwujudkan. Tuan Haji Mohd Khair telah dilantik menjadi

penasihat kepada ini.

Pada 28 Oktober 1989, ahli Falak Syarcie yang terkenal, Haji Mohd Khair Haji Mohd

Taib telah meninggal dunia di Hospital Besar Ipoh pada kira-kira jam 10.00 malam

kerana sakit barah. Beliau disemadikan di tanah perkuburan orang Islam di Rapat Jaya,

Ipoh.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 30: SARJANA FALAK

30

TUAN HAJI ABDUL GHANI BIN SALLEH

Lahir di Kampung Paya Keladi, Kuala Terengganu tahun 1929. Kini menetap di alamat

25, Jalan Bakti, Off Jalan Kamaruddin, 20400 Kuala Terengganu. Mendapat pendidikan

di Sekolah Rendah, Paya Bunga, Kuala Terengganu. Memulai dengan kerjaya sebagai

nelayan kini dikenali sebagai ahli falak syarie yang berkebolahan. Dengan ilmu yang ada

beliau telah banyak memberikan khidmat dalam memperkembangkan ilmu ini dengan

mengajarkannya di Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura. Kerana kepakarannya

itu selalu juga beliau diundang ke Persidangan Antarabangsa dalam bidang ilmu falak.

Pencapaiannya dalam ilmu falak syarie dengan menggunakan peralatan baru sangat

memudahkan pelajar yang berminat untuk mempelajari ilmu ini. Keikhlasannya untuk

mengajar ilmu ini sungguh mengkagumkan.

Pernah menjadi pensyarah ilmu falak di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA)

1986 - 1996 juga bekas pesara penguasa penjara pada 31.12.1984 ini telah berjaya

menghasilkan bermacam-macam jenis buku mengenai penentuan dan perbandingan bulan

Hijrah dan Masihi.

Antara terbaik setakat ini ialah buku taqwin istilah 0001 Hijrah ke 1,500 Hijrah dan

Masihi setebal 1,501 muka terbitan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu pada 1992

(1413 Hijrah) itu dijual dengan harga RM70. Ianya bermula daripada 1.1.0001 Hijrah

bersamaan 16.7.622 Masihi hingga 29.12.1500 Hijrah bersamaan 16.11.2077 Masihi.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 31: SARJANA FALAK

31

Sumbangan:

1.6.1949- Warder Penjara, Penjara Kuala Terengganu (sekarang tapak Perhentian Bas

Majlis Perbandaran Kuala Terengganu),1950-bertukar ke Penjara Pengkalan Chepa,

Kelantan,1963 -bertukar ke Sekolah Latihan Pegawai-pegawai Penjara, Taiping, Perak

,bertugas sebagai Pensyarah Undang-Undang dan Peraturan Penjara.1976 bertukar ke

Penjara Kuantan, Pahang.1978 bertukar ke Penjara Pengkalan Chepa dan menjadi Kem

Komander di Pulau Bidong (1979).1980 bertukar ke Pusat Pemulihan Akhlak Pulau

Jerejak, Pulau Pinang. 31.12.81- Bersara wajib dari Jabatan Penjara sebagai Pengasas

Penjara.

1985 - Mengajar Ilmu Falak Syarie di Yayasan Islam Terengganu, Sekolah Menengah

Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Burok dan Pusat Islam Malaysia

(JAKIM).1986 – 1996 mengajar Ilmu Falak Syarie di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin,

Gong Badak, Kuala Terengganu secara sambilan dan kontrak.

1988 - Mengajar Ilmu Falak Syarie di bawah Kementerian Hal Ehwal Agama Negara

Brunei Darussalam.1992 mengajar Ilmu Falak Syarie di Majlis Agama Islam Singapura

(MUIS).1995 mengajar Ilmu Falak Syarie di Selatan Thailand dan 1998 mengajar Ilmu

Falak Syarie di Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia.

Julai 1999- Mengajar Ilmu Falak Syarie di INSANIAH Taman Wira Mergang, Jalan

Sultanah, Alor Setar, Kedah selama dua tahun (kontrak).

Tokoh yang mempunyai 12 orang anak iaitu 6 lelaki dan 6 perempuan ini mendapat

didikan ilmu Falak daripada Ustaz Haji Mohd Khair bin Haji Mohd Taib di Pusat Islam

Malaysia tahun 1983 / 1984 (sebelum bersara). Juga diperolehi di Indonesia dalam tahun

1985. Mempunyai hobi mengembara ini memudahkan beliau menyambut seruan tugas ke

seluruh pelusuk tanah air dan luar negeri juga, terutama di negara ASEAN.

Malah beberapa buah agensi seperti Esso pernah memintanya menyediakan waktu solat

di pelantar minyak laut Terengganu kerana waktu di daratan dan di lautan, juga di dalam

pesawat waktu solat berbeza-beza.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Page 32: SARJANA FALAK

32

Sesungguhnya minatnya yang begitu mendalam terhadap Ilmu Falak itu tidak dapat

dikawal. Apa lagi tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan semasa bertugas di Pulau

Jerjak. Dalam masa yang sama pula, beliau sering mendengar kakitangan dari jabatan

agama yang mengajar banduan tentang Ilmu Falak sehingga beliau sanggup berulang alik

ke Pusat Islam di Kuala Lumpur untuk mendalami ilmu tersebut.

Berkat kesabarannya dan ketekunannya mengambil cuti khas untuk belajar, beliau kini

lebih dikenali sebagai ahli Falak yang baik dan bukan penguasa penjara.

Abdul Ghani yang mempunyai berbagai-bagai jenis alat moden dan canggih untuk

mengajar ilmu falak kepada sesiapa yang berminat.

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.