borang pengesahan status tesis - fp.utm.my€¦alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat allah...

31
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KERJAYA PERGURUAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN, FAKULTI PENDIDIKAN , UTM SESI PENGAJIAN : 2007 / 2008 Saya : KHODIJAH BINTI HASSAN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 541, PERSIARAN 2, BANDAR DR YAHYA BIN BUNTAT BARU, BERIS JAYA, 08200 SIK KEDAH Tarikh : 22 APRIL 2008 Tarikh : 22 APRIL 2008 (NAMA PENYELIA) CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Upload: others

Post on 14-Sep-2019

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KERJAYA

PERGURUAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA SARJANA MUDA

TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN, FAKULTI PENDIDIKAN , UTM

SESI PENGAJIAN : 2007 / 2008

Saya : KHODIJAH BINTI HASSAN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan

dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar

yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 541, PERSIARAN 2, BANDAR DR YAHYA BIN BUNTAT BARU, BERIS JAYA, 08200

SIK KEDAH

Tarikh : 22 APRIL 2008 Tarikh : 22 APRIL 2008

(NAMA PENYELIA)

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Tandatangan :

Nama Penyelia : Dr Yahya Bin Buntat

Tarikh : 22 APRIL 2008

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KERJAYA

PERGURUAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA SARJANA MUDA

TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN, FAKULTI PENDIDIKAN , UTM

KHODIJAH BT HASSAN

Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

ii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan :

Nama Penulis : KHODIJAH BINTI HASSAN

Tarikh :22 APRIL 2008

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

iii

Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin,

rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana Muda ini dapat

disiapkan. Kutujukan dedikasi ini khas untuk semua yang tersayang...

Buat Ayahanda

HJ HASSAN BIN HJ MAT REJAB

Pendorong Utamaku

Buat Bonda

HJH CHEK BIN HJ HUSSEIN

Engkaulah sumber inspirasiku

Buat Penyelia

Dr Yahya B Buntat

Terima kasih atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan kepadaku

Buat kekanda-kekanda ku, kalian amat bermakna buat ku..kehadiran kalian amat

kuharapkan

Buat Sahabat Setiaku

SEMUA PELAJAR 4 SPH

Kenangan dan budi kalian tidak akan kulupakan untuk selamanya

Jutaan terima kasih atas pengorbanan, dorongan, kesabaran dan doa kalian

sepanjang pengajianku. Semoga kalian sentiasa mendapat rahmat serta hidayah

dari Allah s.w.t

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Lagi Maha Pemurah Dan Maha Pengasih.

Alhamdulliah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya

dapatlah saya menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada

Dr Yahya Bin Buntat selaku penyelia, diatas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang

membina sejak awal sehingga sempurnanya Projek Sarjana Muda ini. Semoga

segala pengorbanan dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan mendapat ganjaran dari

Allah s.w.t.

Terima kasih juga kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia Skudai, yang

banyak memberi kerjasama antaranya ialah Pejabat Pengurusan Akademik, Fakulti

Pendidikan.

Tidak lupa juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung, terima kasih, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Sesungguhnya

yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t. dan yang buruk itu datangnya daripada

saya jua.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

v

ABSTRAK

Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang

mempengaruhi pelajar dalam membuat keputusan untuk menceburi bidang kerjaya

sebagai profesion perguruan Antara faktor-faktor yang dikaji ialah Faktor minat,

faktor keluarga, faktor rakan sebaya dan juga faktor ganjaran. Sampel kajian

melibatkan pelajar Tahun Dua Sarjana Muda Teknolgi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Jentera dan Kemahiran

Hidup) yang berjumlah seramai 136 orang. Instrumen kajian adalah menggunakan

soal selidik. Data yang telah diperolehi di analisis dengan menggunakan perisian

SPSS (Statistical Package For The Social Science) Version 14.00. Nilai Indeks

kebolehpercayaan item dalam kajian rintis yang telah dijalankan ialah 0.88. Kajian

ini mendapati bahawa faktor minat dan faktor ganjaran telah mempengaruhi pelajar

dalam membuat pemilihan kerjaya sebagai profesion perguruan. Manakala bagi

faktor keluarga dan faktor rakan sebaya merupakan faktor yang sederhana dalam

pengaruhnya terhadap pemilihan kerjaya sebagai profesion perguruan. Beberapa

cadangan telah dikemukakan bagi kajian selanjutnya.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

vi

ABSTRACT

The purpose of this descriptive study is to examine the factors that influence

students in making decision to participate in the career field as a teaching profession.

The factors which are been study was the interest factor, family factor, the peer

group factor and also the reward factor. The study sample 136 second year students

Bachelor of Technology Education (Civil Engineering, Electrical Engineering,

Mechanical Engineering and Living Skill). The instruments of study are carried out

by using the questionnaire. The data were analyze by using software SPSS

(Statistical Package for the Social Science) Version 14.00. The index values of item

reliability in pilot study were 0.88. Research found that the interest factor and the

reward factor of influence students to make the selection career as their teaching

profession. Meanwhile the family factor and the peer group factor get a moderate

level. Several proposals had been proposed for the follow-up study further

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SIMBOL / SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 8

1.4 Persoalan Kajian 9

1.5 Objektif Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Batasan Kajian 12

1.8 Definisi Istilah 12

1.9 Penutup 15

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

viii

2 SOROTAN KAJIAN 16

2.1 Pengenalan 16

2.2 Sistem Pendidikan Masa Kini 18

2.3 Teori Pemilihan Kerjaya 19

2.4 Faktor Minat Dalam Pemilihan Kerjaya 24

2.5 Faktor keluarga dalam pemilihan kerjaya 26

2.6 Faktor Rakan Sebaya Dalam Pemilihan Kerjaya 28

2.7 Faktor Ganjaran Dalam Pemilihan Kerjaya 29

2.8 Penutup 31

3 METODOLOGI 32

3.1 Pengenalan 32

3.2 Rekabentuk Kajian 32

3.3 Populasi Dan Sampel 33

3.4 Instrumen Kajian 34

3.5 Kajian Rintis. 36

3.6 Prosedur Kajian 37

3.7 Analisis Data 37

3.8 Penutup 38

4 ANALISIS DATA 39

4.1 Pengenalan 39

4.2 Analisis Data 39

4.3 Analisis Data Bahagian A : Biodata

Responden 40

4.4 Analisis Bahagian B: Analisis Setiap Item

Mengikut Faktor Pemilihan Kerjaya 42

4.5 Analisis keseluruhan 52

4.6 Kesimpulan 53

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

ix

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 54

5.1 Pengenalan 54

5.2 Perbincangan 55

5.3 Rumusan 62

5.4 Cadangan 64

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 65

5.6 Penutup 66

RUJUKAN 67

LAMPIRAN 70

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

x

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Perbandingan Purata Gaji Sektor Awam Dan Swasta 6

Tahun 1994 – 2000

1.2 Kemasukan Pelajar Peringkat Sarjana Muda Ke IPTA 7

Mengikut Bidang, Tahun 2000 – 2005

2.1 Peringkat-peringkat Kehidupan Manusia 21

2.2 Perkaitan Kehidupan Individu Dengan Persekitaran

Pekerjaan 23

3.1 Jumlah Responden 33

3.2 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Latar 35

Belakang Responden

3.3 Pembahagian Item Bahagian B Berdasarkan Faktor Yang 35

Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya Perguruan

3.4 Pemeringkatan Skala Lima Mata 36

3.5 Jadual Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 38

3.6 Pengkelasan Pemeringkatan Skor Skala Lima Mata 38

4.1 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

Pengkhususan 40

4.2 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina. 41

4.3 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Bangsa. 41

4.4 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Umur. 41

4.5 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Akademik

Tertinggi. 42

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

xi

4.6 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan,

dan Min bagi Faktor Minat. 43

4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan,

dan Min bagi Faktor keluarga. 46

4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan,

dan Min bagi Faktor Rakan Sebaya 48

4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan,

dan Min bagi Ganjaran. 51

4.10 Taburan Min Keseluruhan Bagi Faktor Pemilihan Profesion

Perguruan 53

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

xii

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK HALAMAN

5.1 Taburan Min Setiap Item bagi faktor minat. 55

5.2 Taburan Min Setiap Item bagi faktor keluarga 57

5.3 Taburan Min Setiap Item bagi faktor rakan sebaya 59

5.4 Taburan Min Setiap Item bagi faktor ganjaran 61

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

xiii

SENARAI SIMBOL / SINGKATAN

SPA - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

SPE - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

SPH - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

SPJ - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Jentera)

SPSS - Statistical Package For The Social Science

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

f - Frekuensi

% - Peratus

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 67

B Pengesahan Soal Selidik 70

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Guru merupakan satu kerjaya yang sangat mulia. Seorang pemimpin agung

mula belajar menulis, membaca dan mengira hanya daripada seorang guru biasa

(cendikawan Usman Awang). Begitu bernilainya seorang guru dalam sesebuah

masyarakat. Perguruan juga merupakan suatu profesion yang murni dan penting

kerana dengan adanya guru, barulah dapat melahirkan individu yang bergelar

doktor, peguam, jurutera, arkitek dan malah ahli politik. Selain itu guru juga mampu

menyemaikan dan membangun para penuntut sejak bertahun-tahun lamanya untuk

menjadi pemimpin agung dunia hari ini dan mereka akan terus menyediakan para

penuntut masa kini untuk menghadapi masa hadapan. Mereka jugalah yang

memainkan peranan yang aktif dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, dan

membantu membina kemahiran yang berguna untuk membangunkan aset Negara

kita yang penting dalam sumber manusia. Tambahan pula, mereka adalah pembina

watak yang boleh memainkan peranan dan terlibat dalam menanamkan nilai etika

yang baik, disiplin dan perasaan cinta dan bangga terhadap negara.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

2

Secara tradisional dalam konteks negara kita terutama di kawasan luar

bandar/pendalaman seorang guru dijangkakan memainkan peranan sebagai kaunselor,

penasihat, akuantan dan penterjemah, sekadar menyebut beberapa peranan. Hari ini,

guru juga dijangkakan menjadi pemimpin komuniti (Ibrahim Abu Shah – 1995)

Oleh kerana guru menyediakan asas bagi membina sumber tenaga manusia

negara, mereka mempunyai peranan yang besar dalam mencapai objektif menjadikan

Malaysia sebuah negara membangun menjelang 2020. Antara lainnya, mereka harus

menjadi pendorong yang utama supaya mereka dapat menggalakkan pelajar mereka

menyedari potensi mereka yang sepenuhnya. Walaubagaimanapun, sebelum boleh

menjadi pendorong, mereka mesti didorong dan ini bergantung pula kepuasan kerja

mereka (Ibrahim Abu Shah – 1995)

Bagi merealisasikan impian kerajaan terhadap pendidikan negara, maka

profesion perguruan haruslah ditingkatkan. Kerjaya sebagai seorang guru sepatutnya

lahir daripada minat seseorang guru itu sendiri. Profesion perguruan harus diberi

keutamaan sejajar dengan sumbanganya dalam pembangunan negara dan bukan

sekadar dijadikan plihan kedua dalam kedua dalam kerjaya. Tanggapan masyarakat

yang menyatakan profesion perguruan sebagai kerjaya kelas dua adalah tidak tepat

dan perlu diubah kerana ia merupakan satu tugas yang mulia. Profesion ini juga

haruslah dijadikan pilihan utama kerana sekiranya profesion ini tidak diutamakan

maka kualiti pendidikan yang akan menjadi rendah (Datuk Seri Abdullah Ahmad

Badawi, Perdana Menteri Malaysia).

Dunia kerjaya semakin hari semakin berkembang pesat mengikut peredaran

zaman. Perkembangan kerjaya melibatkan usaha yang sentiasa meningkat dalam

penyelidikan pekerjaan, pemilihan dan penilaian terhadap segala kemungkinan

pekerjaan yang merangkumi aspek umum dalam perkembangan kerjaya, kejayaan

dalam sesuatu pekerjan yang diceburi semasa hayat dan peranan kerja yang khusus

dalam sesuatu bidang tugas. Menurut Mohamed Fadzil (2002) pekerjaan

menggambarkan cara hidup dan persekitaran, bukan semata-mata satu set fungsi kerja

atau kemahiran yang berasingan.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

3

Oleh hal yang demikian kerjaya sebagai pendidikan bukan hanya sebagai

sandaran kepada profesion seseorang sekiraya gagal memiliki profesion lain sebagai

kerjayanya. Ini adalah kerana seorang pendidik melambangkan keperibadian sistem

pendidikan sesebuah Negara. Sesetengah masyarakat akan menjadikan profesion guru

sebagai pilihan terakhir sekiranya gagal mencapai cita-cita mereka dalam profesion

lain seperti doktor.

Menurut Yusof dalam Mohamed Sharif dan Roslee (2002a) kerjaya

didefinisikan sebagai profesion yang menjadi salah satu cara mencari nafkah.

Manakala Mohamed fadzil (2002) mendefinisikan kerjaya sebagai kerja atau aktiviti

untuk memenuhi keperluan psikologi, ekonomi dan social individu dan ini

direaliasikan dengan bekerja sehingga berjaya. Zunker (1998) pula merujuk kerjaya

itu sebagai aktiviti dan peranan yang dimainkan dalam profesion, perkerjaan dan kerja

yang berkaitan dengan tugas sepanjang hidup. Oleh itu, kerjaya ialah rangkaian

pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang dengan cara melibatkan dirinya dalam

pekerjaan tersebut sama ada sepanjang hayatnya atau mempunyai pekerjaan yang

berbeza.

Oleh itu pemilihan kerjaya sebagai seorang guru haruslah dititikberatkan.

Seorang guru seharusnya mempunyai sifat ikhlas dan ini termasuk dalam

kesempurnaan sifat Rabbaniyyah. Ini bermaksud, disepanjang melaksanakan tugas

pengajaran dan penyelidikan, niat guru tidak lain kecuali menuntut keredaan Tuhan

kemudian berusaha untuk mencapai kebenaran dan mendidik pelajarnya supaya

mencintai kebenaran dan mempertahankannya. Selain itu seharusnya mengamalkan

sifat sabar dalam menanggung beban tanggungjawab pengajaran.Mereka seharusnya

berusaha untuk memudahkan penyampaian maklumat pengajaran supaya mudah

diterima dan difahami oleh pelajar. Usaha itu tidak akan terlaksana kecuali melalui

pengorbanan yang tinggi oleh guru yang mengajar.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

4

1.2 Latar Belakang masalah

Dunia pendidikan sering menjadi isu penting yang ditengahkan dan juga

menjadi isu yang hangat diperkatakan tidak kira sama ada dari segi pendidikannya,

kaedah yang digunakan, ganjaran dan kenaikan pangkat serta isu-isu semasa yang

tidak pernah sunyi dari membabitkan diri pendidik tersebut. Dalam satu kajian yang

dibuat oleh Ibrahim Bin Ahmad Fakulti Pendidikan UTM bidang perguruan sering

dianggap sebagai satu kerjaya terakhir bagi sesetengah orang. Ini kerana mereka

menganggap bidang perguruan sebagai profesion kelas pertengahan yang jauh

ketinggalan daripada bidang-bidang profesion yang lain seperti kedoktoran,

kejuruteraan mahupun bidang perakuanan. Masyarakat menganggap bidang ini

pilihan terakhir sekiranya tiada kerjaya lain yang sesuai atau tidak mendapat kerja.

Bagi mereka guru bukan satu tugas yang sukar. Hanya perlu duduk didalam kelas dan

menyampaikan ilmu kepada pelajar.

Persoalannya di sini bagaiamanakah sistem pendidikan Negara akan maju

sekiranya kebanyakan masyakat tertanggapan sedemikian. Seperti yang kita ketahui

misi Pendidikan Kebangsaan adalah menbangunankan sistem pendidikan yang

berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan

memenuhi aspirasi Negara Malaysia ( Misi pendidikan Kebangsaan).

Dalam zaman teknologi sekarang profesion perguruan sudah dianggap satu

profesion yang tidak ' glamour' untuk dijadikan sebagai profesion kerjaya. Mereka

akan menjadikan profesion ini sebagai pilihan terakhir sekiranya gagal memenuhi

cita-cita. Keadaan ini berbeza pada awal-awal tahun 60an dulu yang menganggap

guru sebagai insan yang terpilih yang didatangkan untuk membawa ilmu dan

kemajuan kepada masyarakat setempat. Sumbangan guru sangat besar dan menjadi

pemangkin kepada pembangunan negara. Kini profesion perguruan dianggap sebagai

profesion peringkat pertengahan dibawah profesion-profesion yang lain seperti

doktor, jurutera, peguam dan lain-lain (Ibrahim Bin Ahmad fakulti pendidikan UTM).

Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama, iaitu

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

5

untuk mengajar, mendidik dan merubah manusia yang bernama pelajar dari keadaan

yang tidak mengenal huruf, tidak tahu mengira dan tidak boleh membaca kepada celik

huruf, bijak mengira dan menjadi manusia yang berjaya (Shuib & Johari, 2001).

Tetapi persoalannya kenapakah pandangan masyarakat terhadap guru dan

profesionnya telah berubah. Dulu masyarakat memandang mulia kepada guru

sekarang profesion keguruan seakan terpinggir dan sudah berada dalam kategori

terakhir pemilihan kerja. Adakalanya juga seringkali para guru menjadi sasaran jika

berlaku kepincangan dalam masyarakat. Dapatan yang dibuat oleh Shuib dan Johari

(2001) melalui pemerhatian, temubual dan pengalaman, mereka dadapati bahawa ada

beberapa sebab mengapa bidang keguruan ini kurang mendapat tempat pada

pandangan masyarakat dan remaja yang memilih kerjaya

• Profesion keguruan adalah profesion yang statik, kurang masa dan peluang

terlalu kecil. Bakhtiar Mansor (1993) mengambil beberapa statistik

mengenai perbandingan peluang kenaikan pangkat di kalangan beberapa

profesion utama antaranya

Pendidikan 3.5%

Jurutera Awam (Kerja Raya) 27.1%

Pegawai Perubatan 15.1%

Polis 18.6%

Pegawai Pertanian 13.4%

Pegawai Tadbir Dan Diplomatik 38.4%

• Berhadapan dengan berbagai kerenah pelajar yang begitu ramai yang

datang dari pelbagai keturunan, adat resam, sosio ekonomi, peringkatan

umur, masalah disiplin yang perlu ditangani. Malah guru juga perlu

melayani kerenah ibu bapa, masyarakat, pihak atasan, kerajaan,

pertubuhan dan masalah peribadi.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

6

• Pembelaan pula kurang dan tidak memuaskan hati guru sehingga ada

cadangan meletak Pegawai Tadbir dan diplomatik (PTD) di bahagian

pengurusan samaada di sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah ataupun di

Jabatan Pendidikan Negeri

• Wujud profesion lain yang lebih baik hasil dari sistem pendidikan dan

kerja keras guru yang mengajar

• Beban kerja dan kurang insentif yang diterima oleh para guru. Masyarakat

melihat kerja guru mudah, masa kerja yang pendek dan banyak cuti. Guru

pula merasa beban kerja terlalu banyak sehingga membawa ke bilik tidur.

Kerja lebih masanya (over-time) tidak dihargai. Pandangan dan persepsi

yang berbeza akan menyebabkab segelintir guru kecewa.

Selain itu masyarakat juga kurang berminat dalam profesion perguruan kerana

tahap gaji sektor kerajaan adalah lebih rendah berbanding dengan sektor swasta.

Contoh yang dapat dibuat adalah kerjaya sebagai jurutera. Kebiasaanya jurutera

memperolehi gaji purata RM2000 sebulan bagi jurutera yang yang baru menjejaki

alam pekerjaan dan ia terus meningkat bergantung kepada pengalaman dan kemahiran

yang dimiliki oleh seseorang jurutera. Kajian semasa menunjukkan pendapatan

jurutera yang bekerja disektor swasta mendapat gaji purata lebih daripada 25 peratus

berbanding yang berkerja dalam kerajaan seperti guru. Ini adalah gambaran tujuh

tahun lepas. Kini kerajaan telah menaikan gaji para pekerja sektor kerajaan

termasuklah profesion perguruan

Jadual 1.1 : Perbandingan purata gaji sektor awam dan swasta tahun 1994- 2000.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

7

Persoalan sering timbul tentang profesion ini. Walaupun pada pandangan

kasarnya masyarakat seakan-akan memandang rendah terhadap profesion ini dan

menganggap profesion ini merupakan pilihan terakhir atau pilihan kedua namun

setiap tahun permohanan terhadap profesion ini makin bertambah. Pertambahan ini

boleh dilihat dalam statistik kemasukan pelajar peringkat sarjana muda ke IPTA

mengikut bidang, tahun 2000 – 2005.

Jadual 1.2 : kemasukan pelajar peringkat sarjana muda mengikut bidang, tahun 2000 – 2005

2000 2001 2002 2003 kKEKALLLKK2004 2005

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

8

1.3 Pernyataan masalah

Berdasarkan latar belakang masalah diatas, pengkaji mendapati bahawa

masyarakat sekarang menganggap profesion perguruan sebagai kerjaya terakhir

ataupun pilihan kedua dalam pemilihan kerjaya mereka. Walaubagaimana pun mereka

tetap menceburi bidang perguruan ini. Keadaan ini menjadi masalah kepada

Kementerian Pelajaran dalam membentuk pendidikan negara yang seiring dengan

Misi dan Falsafah Pendidikan Negara. Sebenarnya bidang ini harus dipegang oleh

individu yang meminati bidang perguruan serta individu yang sememangnya bercita-

cita menjadi seorang guru. Keadaan ini akan mempengaruhi kualiti pengajar mereka

dan personaliti seorang guru.

Dalam kajian ini pengkaji cuba mengkaji tentang pelajar tahun dua Fakulti

Pendidik yang menyertai Jabatan Pendidik Teknikal iaitu SPA, SPJ, SPE dan SPH.

Pengkaji cuba menyelidik sama ada pelajar tahun dua ini memilih bidang kerjaya ini,

disebabkan oleh faktor minat, faktor keluarga, faktor rakan sebaya atau pun faktor

gaji. Diharap pelajar ini bukan memilih bidang pendidikan semata-sama untuk

kepentingan diri sendiri tanpa ada niat untuk menjadi seorang pendidik sebenar yang

berkhidmat untuk memajukan anak bangsa.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

9

1.4 Persoalan kajian

Pengkaji merasakan kajian ini perlu dijalankan kerana beberapa persoalan

perlu dijawab. Diantara persoalanan-persoalanannya ialah :-

1. Apakah faktor minat mempengaruhi pemilihan dalam kerjaya perguruan di

kalangan pelajar tahun dua Sarjana Muda Serta Pendidikan, Fakulti

Pendidikan, UTM.

2. Apakah faktor keluarga mempengaruhi dalam pemilihan kerjaya perguruan di

kalangan pelajar tahun dua Sarjana Muda Serta Pendidikan, Fakulti

Pendidikan, UTM.

3. Apakah faktor rakan sebaya mempengaruhi dalam pemilihan kerjaya

perguruan di kalangan pelajar tahun dua Sarjana Muda Serta Pendidikan,

Fakulti Pendidikan, UTM

4. Apakah ganjaran yang ditawarkan dalam profesion perguruan mempengaruhi

dalam pemilihan kerjaya perguruan di kalangan pelajar tahun dua Sarjana

Muda Serta Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM.

1.5 Objektif kajian

1. Mengenalpasti faktor minat dalam mempengaruhi pemilihan kerjaya

perguruan di kalangan pelajar tahun dua Sarjana Muda Serta Pendidikan,

Fakulti Pendidikan UTM.

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

10

2. Mengenalpasti faktor keluarga dalam mempengaruhi pemilihan kerjaya

perguruan di kalangan pelajar tahun dua Sarjana Muda Serta Pendidikan,

Fakulti Pendidikan UTM.

3. Mengenalpasti faktor rakan sebaya dalam mempengaruhi pemilihan kerjaya

perguruan di kalangan pelajar tahun dua dua Sarjana Muda Serta Pendidikan,

Fakulti Pendidikan UTM.

4. Mengenalpasti faktor ganjaran dalam mempengaruhi pemilihan kerjaya

perguruan di kalangan pelajar tahun dua Sarjana Muda Serta Pendidikan,

Fakulti Pendidikan UTM.

1.6 Kepentingan kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi

pemilihan kerjaya perguruan di kalangan pelajar tahun dua Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan, Fakulti Pendidikan , UTM, skudai sesi 2007/2008. Hasil kajian dan

maklumat-maklumat yang di kumpulkan adalah penting dan berguna sebagai garis

panduan dan bahan rujukan kepada beberapa pihak tertentu.

1.6.1 Pelajar

Dengan maklumat kajian ini pelajar tersebut akan dapat membuat penilaian

kendiri terhadap penglibatannya dalam memilih bidang pendidikan tersebut. Disini

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

11

pelajar tersebut dapat memotivasikan diri dan mengetahui sejauh manakah faktor

yang mempengaruhinya dalam pemilihan kerjayanya sebagai seorang guru.

1.6.2 Fakulti pendidikan UTM

Kajian yang di jalankan ini boleh di jadikan panduan kepada pihak Fakulti

pendidikan UTM bagi mengenalpasti faktor yang mempengaruhi dalam pemilihan

kerjaya perguruan di kalangan pelajar tahun dua Sarjana Muda Teknogi Serta

Pendidikan. Sekiranya hasil dapatan ini positif maka Fakulti Pendidikan boleh

memberi jaminan kepada Kementerian Pendidikan bahawa Fakulti Pendidikan UTM

melahir bakal guru yang betul-betul meminati bidang perguruan ini. Sekiranya

dapatan hasil kajian negatif maka pihak fakulti boleh mengambil langkah-langkah

tertentu dalam memupuk kesungguhan dan minat pelajar tahun dua supaya meminati

bidang perguruan ini. Langkah yang boleh diambil oleh pihak Fakulti adalah seperti

memotivasikan pelajar.

1.6.3 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hasil kajian ini juga dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia

dalam pengambilan pelajar untuk bidang perguruan setiap tahun. Pihak kementerian

pelajaran malaysia boleh menilai secara lebih terperinci tentang personaliti pelajar

yang benar-benar layak mengikuti program bidang perguruan ini. Selain itu pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia juga akan mengetahui faktor-faktor sebenar

pemilihan pelajar dalam bidang perguruan ini. Dengan kajian ini juga, pihak

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

12

Kementerian Pelajaran boleh mengambil langkah untuk memperbaiki perkhidmatan

guru yang sedia.

1.7 Batasan kajian

Kajian ini dijalankan kepada pelajar tahun dua Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan, Fakulti Pendidikan , UTM, Skudai sesi 2007/2008. Kajian ini dijalan

untuk mengenalpasti beberapa faktor yang mempengaruhi pelajar tahun dua milih

bidang perguruan sebagai kerjaya. Antara faktor yang dikaji adalah seperti faktor

minat, faktor keluarga, faktor rakan sebaya dan faktor ganjaran.

1.8 Definisi istilah

Terdapat beberapa istilah yang boleh diperjelaskan bagi menerangkan dengan

lebih tepat menurut kehendak serta keperluan yang akan dibincangkan dalam kajian

ini nanti.

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

13

1.8.1 Profesion

Menurut Esah Sulaiman dalam bukunya amalan profesionalisme perguruan

(2003), profesion bermaksud pekerja yang memerlukan kepengetahuan dan kepakaran

tertentu. Ini bererti seseorang itu perlu melalui latihan yang berstruktur dan sistematik

untuk suatu jangka masa tertentu.

1.8.2 Kerjaya

Menurut Yusof dalam Mohamed Sharif dan Roslee (2002a) kerjaya

didefinisikan sebagai profesion yang menjadi salah satu cara mencari nafkah.

Manakala Mohamed fadzil (2002) mendefinisikan kerjaya sebagai kerja atau aktiviti

untuk memenuhi keperluan psikologi, ekonomi dan sosial individu dan ini

direalisasikan dengan bekerja sehingga berjaya. Zunker (1998) pula menuruk kerjaya

itu sebagai aktiviti dan peranan yang dimainkan dalam profesion, pekerjaan dan kerja

yang berkaitan dengan tugas sepanjang hidup.

1.8.3 Guru

Menurut kamus Dewan (2000) guru bermaksud orang yang mengajar,

pendidik, pengajar dan juga pengasuh. Dari Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia

bebas guru dikenali sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh merupakan

tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seprti sekolah atau tiusyen (kelas

bimbingan). Dalam zaman moden ini guru juga merupakan istilah yang digunakan

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

14

untuk seseorang yang pakar dalam sesuatu bidang.Diperingkat universiti guru diberi

gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata

pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahun dalam bidang pedagogi atau

sains prinsip pengajaran.

1.8.4 Faktor

Menurut kamus Dewan (2000), foktor ialah unsur atau sebab yang

menyumbang kepada sesuatu hasil

1.8.5 Pemilihan

Menurut kamus Dewan (2000), pemilihan ialah hal atau perbuatan memilih.

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana

15

1.9 Penutup

Komponen yang paling penting dalam pengurusan sekolah ialah guru. Guru

dianggap sebagai rukun asasi dalam pengurusan pendidikan. Aspek penting tentang

guru ialah peranan dan tanggungjawab guru, personaliti dan sifat-sifat yang ada pada

guru, hak-hak guru, penyediaan guru terlatih dan peranan mereka terhadap pelajar.

Pendidikan yang baik tidak akan berlaku kecuali guru berada dalam posisi

yang membolehkannya mengurus pendidikan dengan baik serta mampu

mempermudahkan pengajaran sehingga manfaat yang optimum dapat dicapai oleh

pelajarnya. Guru yang lengkap dengan sifat-sifat yang baik tidak akan ragu-ragu lagi

berupaya memperbaiki kelemahan yang wujud. Guru yang memiliki kualiti peribadi

yang tinggi mampu menjadi guru yang terbaik dikalangan guru.