kajian promosi desa water park2.5 limitasi kajian (masalah semasa kajian) 14 2.7 kesimpulan 15 bab3...

24
KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK LOH SHIANG YIN Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Seni Reka Grafik) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2007

Upload: lynga

Post on 04-Mar-2018

268 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK2.5 Limitasi Kajian (masalah semasa kajian) 14 2.7 Kesimpulan 15 Bab3 Hasil Dapatan Kajian 3.1 Pengenalan 16 3.2 Soal Selidik 16 ... Taman Tema kini didapati

KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK

LOH SHIANG YIN

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

(Seni Reka Grafik)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

Page 2: KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK2.5 Limitasi Kajian (masalah semasa kajian) 14 2.7 Kesimpulan 15 Bab3 Hasil Dapatan Kajian 3.1 Pengenalan 16 3.2 Soal Selidik 16 ... Taman Tema kini didapati

i

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN

JUDUL : KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK

SESI PENGAJIAN: SESI 1 2006/2007

Saya LOH SHIANG YIN

mengaku membenarkan tesis/ Laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

Akedemik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/ Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi

5. *sila tandakan √

SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD ( Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan

oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan

_______________________ _______________________________

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia

Tarikh: Tarikh:

Alamat Tetap :

78, Tingkat 3, Blok A,

Taman Rasa Sayang,

43200, Batu 9, Cheras,

Selangor.

Catatan: *Tesis/ Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

* Jika Tesis/ Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/

organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/ laporan ini perlu dikelaskan

sebagai SULIT atau TERHAD

Page 3: KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK2.5 Limitasi Kajian (masalah semasa kajian) 14 2.7 Kesimpulan 15 Bab3 Hasil Dapatan Kajian 3.1 Pengenalan 16 3.2 Soal Selidik 16 ... Taman Tema kini didapati

ii

Projek bertajuk ‘Kajian Promosi Desa Water Park’ telah disediakan oleh Loh Shiang Yin

dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Teknologi Seni Reka.

Diterima untuk diperiksa oleh:

_____________________________

(Cik Salmiah Binti Abdul Hamid)

Tarikh:

__________________________

Page 4: KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK2.5 Limitasi Kajian (masalah semasa kajian) 14 2.7 Kesimpulan 15 Bab3 Hasil Dapatan Kajian 3.1 Pengenalan 16 3.2 Soal Selidik 16 ... Taman Tema kini didapati

iii

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Fakulti Seni Gunaan

Dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak, kerana memberi peluang untuk memulakan dan

menyiapkan tesis ini dalam tempoh masa yang telah ditentukan. Saya berasa amat bangga

kerana dapat menghasilkan satu strategi promosi dan juga konsep yang baru atas kerjasama

dan dorongan para pensyarah di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sehinggalah tamatnya

kajian saya ini.

Terlebih dahulu, saya inigin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penyelia

Utama, Cik Salmiah Binti Abdul Hamid yang telah banyak membantu serta sentiasa memberi

idea, bimbingan, teguran dan ajaran sepanjang tempoh kajian promosi taman tema air ini

dijalankan. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah di Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

serta seluruh warga UNIMAS dan kawan-kawan yang pernah menolong saya semasa

menjalakan kajian ini. Saya amat berterima kasih kerana bantuan yang telah dihulurkan dan

keikhlasan mereka dalam menghasikan kajian rekabentuk ini.

Selain itu, saya ingin mengucapkan perhargaan setinggi-tinggi kepada Cik Shalini

A/P Lingam, Eksekutif Pemasaran Desa Water Park. Beliau telah membekalkan informasi

mengenai Desa Water Park untuk menyiapkan tesis ini.

Page 5: KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK2.5 Limitasi Kajian (masalah semasa kajian) 14 2.7 Kesimpulan 15 Bab3 Hasil Dapatan Kajian 3.1 Pengenalan 16 3.2 Soal Selidik 16 ... Taman Tema kini didapati

iv

ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

Borang Pengesahan Status Laporan i

Pengesahan dan Tandatangan Penyelia ii

Penghargaan iii

Kandungan iv

Senarai Kandungan vii

Abstrak viii

Abstract ix

Bab1 Pendahuluan

1.1 Pengenalan 1

1.1.1 Latar Belakang Taman Tema 2

1.1.2 Pembangunan Taman Tema di Malaysia 2

1.1.3 Latar Belakang Desa Water Park 3

1.2 Objektif Kajian 4

1.2.1 Membuat analisa promosi Desa Water Park 4

1.2.2 Mengenal pasti strategi promosi Desa Water Park 5

1.2.3 Menghasilkan strategi promosi yang lebih efektif 5

1.3 Permasalahan Kajian 5

1.4 Hipotesis 6

1.5 Skop Kajian / Scope of Research 6

1.6 Kaedah/Perancangan Kajian 7

Page 6: KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK2.5 Limitasi Kajian (masalah semasa kajian) 14 2.7 Kesimpulan 15 Bab3 Hasil Dapatan Kajian 3.1 Pengenalan 16 3.2 Soal Selidik 16 ... Taman Tema kini didapati

v

Bab2 Metodologi

2.1 Pengenalan 8

2.2 Kaedah Penyelidikan 8

2.2.1 Sumber Primer 9

2.2.1.1 Soal Selidik 9

2.2.1.2 Pemerhatian 10

2.2.1.3 Wawancara 10

2.2.2 Sumber Sekunder 10

2.2.2.1 Kajian Lepas (Literature Review) 11

2.2.2.2 Internet 13

2.3 Sampel dan Populasi 13

2.4 Instrumentasi/ instrumen kajian 14

2.5 Limitasi Kajian (masalah semasa kajian) 14

2.7 Kesimpulan 15

Bab3 Hasil Dapatan Kajian

3.1 Pengenalan 16

3.2 Soal Selidik 16

3.2.1 Graf analisis 18

3.3 Temubual 38

3.4 Kesimpulan 39

Bab4 Cadangan

4.1 Pengenalan 41

Page 7: KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK2.5 Limitasi Kajian (masalah semasa kajian) 14 2.7 Kesimpulan 15 Bab3 Hasil Dapatan Kajian 3.1 Pengenalan 16 3.2 Soal Selidik 16 ... Taman Tema kini didapati

vi

4.2 Kajian Terhadap Periklanan 41

4.2.1 Media 41

4.2.2 Promosi 50

4.3 Kajian Terhadap Penggunaan Elemen Grafik Dalam Iklan 53

4.4 Kajian Terhadap Lokasi Perletakan Media Promosi 54

4.5 Unique Selling Proposition 54

4.6 Kesimpulan 55

Bab5 Kesimpulan 56

BIBLIOGRAFI

Page 8: KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK2.5 Limitasi Kajian (masalah semasa kajian) 14 2.7 Kesimpulan 15 Bab3 Hasil Dapatan Kajian 3.1 Pengenalan 16 3.2 Soal Selidik 16 ... Taman Tema kini didapati

vii

LAMPIRAN

Lampiran A : Borang Kajian Soal Selidik

Lampiran B : Soalan Temubual

Lampiran C : Suansana dan Bahan Promosi Desa Water Park

Lampiran D : Bahan Promosi Luar Negara

Page 9: KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK2.5 Limitasi Kajian (masalah semasa kajian) 14 2.7 Kesimpulan 15 Bab3 Hasil Dapatan Kajian 3.1 Pengenalan 16 3.2 Soal Selidik 16 ... Taman Tema kini didapati

viii

Abstrak

Taman tema air merupakan tempat hiburan yang menyediakan tempat permainan

yang jenis perairan. Desa Water Park merupakan taman tema yang menarik dan terletak di

sekitar Lembah Klang. Desa Water Park ditubuhkan pada 27 Julai 1998 dan ia merupakan

sebuah taman tema air yang mengutamakan keluarga. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk

mengkaji tentang keberkesanan periklanan dalam mempromosikan Desa Water Park. Di

samping itu, pengkaji akan mengkaji dan mengenalpasti pesaing Desa Water Park kerana

pesaing adalah satu sumber yang boleh mempengaruhi prestasi sesebuah penubuhan

perusahaan. Pada masa yang sama, pengkaji juga menyelidikan promosi dan kepelbagaian

dalam kaedah komunikasi periklanan serta elemen-elemen grafik yang digunakan oleh

pesaing. Berdasarkan pemerhatian serta penyelidikan yang telah dijalankan, pengkaji

mendapati bahawa strategi promosi yang dijalankan oleh Desa Water Park masih belum

memenuhi matlamat organisasi tersebut. Dalam penyelidikan ini, pengkaji lebih menekankan

penggunaan strategi baru dalam kempen periklanan dan strategi baru ini akan digunakan

dalam mempromosi Desa Water Park yang berkonsep baru iaitu lebih seronok dan meriah.

Justeru, pengkaji berharap kajian ini dapat membantu dalam menjayakan strategi promosi

Desa Water Park bagi mencapai matlamat organisasi tersebut.

Page 10: KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK2.5 Limitasi Kajian (masalah semasa kajian) 14 2.7 Kesimpulan 15 Bab3 Hasil Dapatan Kajian 3.1 Pengenalan 16 3.2 Soal Selidik 16 ... Taman Tema kini didapati

ix

Abstract

A water park is an amusement park that features water play areas. Desa Water Park

is one of the famous water theme park available in the Klang Valley area. Desa Water Park

commencing in 27 July 1998, the only and first water park located within the Kuala Lumpur

City limits. The park offers wholesome family entertainment and because of its features it is

also an ideal location for hosting gatherings and family day. The purpose of this research is

to study the effectiveness of the current advertising campaign in promoting Desa Water Park.

Meanwhile, the researcher will examine and identify Desa Water Park competitor because it

contains the source information that will affect one’s development organization. At the same

time, researcher also research on different method of advertising communication and

promotion element that is to be use against competitor. Based on the research’s observation,

the organization’s promotional strategy is still far from achieving Desa Water Park’s goals.

This project emphasizes on the new strategic advertising campaigns that will be implement in

promoting the new concept of more exciting water theme park in Malaysia. The researcher is

optimistic that this research is able to help achieve the organization’s goals through

improved promotional strategies.

Page 11: KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK2.5 Limitasi Kajian (masalah semasa kajian) 14 2.7 Kesimpulan 15 Bab3 Hasil Dapatan Kajian 3.1 Pengenalan 16 3.2 Soal Selidik 16 ... Taman Tema kini didapati

1

BAB 1

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Taman tema air, (water park) merupakan tempat hiburan yang menempatkan

permainan berasaskan air seperti water slides, splash pads, spraygrounds (water

playgrounds), lazy rivers ataupun tempat rekreasi yang lain. Pada masa kini, ia juga

dilengkapi dengan pemainan jenis surfing ataupun bodyboarding environment seperti

wave pool buatan manusia. Taman tema air bukan sahaja terdapat di Malaysia malah di

seluruh dunia. Setiap taman tema air juga mempunyai sistem pengurusan dan kaedah

promosi yang tersendiri. Ini kerana setiap taman tema ini mempunyai daya tarikan yang

tersendiri dan berbeza.

Promosi merupakan salah satu bentuk komunikasi pemasaran antara penjual

dengan pembeli. Promosi jualan mengandungi semua bentuk komunikasi bertaja, iaitu

selain daripada periklanan dan penjualan. Promosi menjadi sebahagian panduan

pemasaran dan ia melibatkan aktiviti perhubungan awam, pemberian sampel percuma,

demonstrasi barangan, premium, potongan harga, penggunaan kupon, pakej potongan

Page 12: KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK2.5 Limitasi Kajian (masalah semasa kajian) 14 2.7 Kesimpulan 15 Bab3 Hasil Dapatan Kajian 3.1 Pengenalan 16 3.2 Soal Selidik 16 ... Taman Tema kini didapati

2

harga, peraduan dan sebagainya. Peranan promosi adalah untuk berkomunikasi dengan

individu, kumpulan ataupun organisasi untuk memberitahu dan memujuk pengguna

secara langsung atau tidak langsung untuk menerima produk organisasi tersebut.

1.1.1 Latar Belakang Taman Tema

Taman Tema kini telah menjadi satu trend pembangunan rekreasi dan

pelancongan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Taman tema

dibangunkan berasaskan konsep pendidikan (educational) dan hiburan (amusement)

dengan harapan mendapat pulangan ekonomi yang sewajarnya. Konsep pembangunan

Taman Tema kini didapati cenderung kepada bentuk ‘amusement park’ yang

menekankan kepada aspek fantasi, pendidikan dan budaya sesebuah negara dengan

menggunakan kaedah teknologi tinggi. Taman Tema dibangunkan dengan suatu tema

tersendiri yang eksklusif di mana setiap komponen rekreasi dan hiburan dalaman adalah

menyokong kepada kejayaan tema tersebut.

1.1.2 Pembangunan Taman Tema di Malaysia

Di Malaysia, Taman Tema juga dibangunkan dengan tema tertentu. Contohnya

A’Famosa Water World, The Mines Wonderland, Sunway Lagoon Water Theme Park,

Bukit Merah Water World, dan sebagainya. Selain daripada Taman Tema yang

berkonsepkan hiburan, terdapat juga taman-taman rekreasi yang juga dikategori sebagai

Taman Tema yang berkonsepkan pendidikan. Contohnya Taman Pertanian Malaysia di

Shah Alam (educational – agro forestry).

Page 13: KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK2.5 Limitasi Kajian (masalah semasa kajian) 14 2.7 Kesimpulan 15 Bab3 Hasil Dapatan Kajian 3.1 Pengenalan 16 3.2 Soal Selidik 16 ... Taman Tema kini didapati

3

Di Malaysia, aktiviti Taman Tema dibangunkan secara bersepadu dengan

aktiviti pembangunan yang lain seperti The Mines (dalam pembangunan Integrated

Resort dan Township), Sunway Lagoon (kawasan Integrated Township Bandar Sunway),

Desaru Impian (dibangunkan di kawasan pembangunan Kondominium), Agarta

Universe Theme Park (di kawasan pembangunan perumahan Seri Alam) dan sebagainya.

1.1.3 Latar Belakang Desa Water Park

Desa Water Park merupakan taman tema yang pertama di Kuala Lumpur. Ia

terletak di Taman Danau Desa dan bersebelahan dengan lebuhraya Utara-Selatan dari

Seremban ke Kuala Lumpur. Desa Water Park adalah taman tema yang bertemakan

keluarga. Desa Water Park ini dimiliki dan diurus oleh Amat Muhibah Sdn Bhd, anak

syarikat Berjaya Land Berhad dan mula beroperasi pada 27 Julai 1998. Desa Water Park

telah didaftarkan kepada Kementerian Budaya, Kesenian dan Pelancongan Malaysia

(Ministry of Culture, Arts and Tourism Malaysia) sebagai salah satu projek pelancongan

di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986.

Desa Water Park menyediakan pelbagai kemudahan dan permainan yang

menarik. Terdapat 12 jenis hiburan dalam Desa Water Park; ‘Thunderbolt’ merupakan

luncur air yang paling panjang di Asia. Terdapat dua jenis wave pool iaitu ‘Shock Wave’

dan ‘Baby Wave’. ‘Shock Wave’ adalah kolam ombak yang besar dan menyeronokan, ia

mempunyai ombak setinggi 1.5 meter serta membolehkan pelancong beraksi serta

menguji ketahanan fizikal dan mental. Manakala ‘Baby Wave’ pula merupakan kolam

yang berombak rendah dan ia sesuai untuk kanak-kanak. ‘Ripple Bay’ adalah datang

terus dari ‘Shock Wave’, pelancong akan merasakan sesuatu yang menyeronokan sambil

Page 14: KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK2.5 Limitasi Kajian (masalah semasa kajian) 14 2.7 Kesimpulan 15 Bab3 Hasil Dapatan Kajian 3.1 Pengenalan 16 3.2 Soal Selidik 16 ... Taman Tema kini didapati

4

menikmati suasana rehat berterusan. ‘Bubble Pool’ adalah kolam yang sesuai untuk

memberi ketengangkan dimana mempunyai jakuzi dan sentuhan buih yang merehatkan

fikiran. ‘Action River’ pula merupakan sebatang anak sungai 1000 meter panjang,

pelancong boleh bertenang atas pelambung sambil menikmati suasana Desa Water Park.

‘Water Factor’ adalah sejenis pemainan yang membenarkan kanak-kanak untuk

menembak ataupun memancutkan air dengan tangan ke merata tempat, begitu juga ‘Surf

Shack’, ‘Pink Slide’ dan ‘Clown-A-Round’ yang khas untuk kanak-kanak. ‘Supertube’

yang berukuran 76 meter (250 kaki) panjang merupakan tube slide yang berbentuk

berpasangan. Manakala ‘Splash Out’ pula merupakan kolam air di mana pelancong

boleh melompat dari satu pelampung ke pelampung yang lain.

Desa Water Park juga menyediakan pakej promosi bagi acara khas iaitu seperti

perayaan, hari jadi, majlis perkahwinan ataupun hari keluarga. Secara keseluruhannya,

Desa Water Park ini adalah sangat menarik, berwarna-warni dan dapat memenuhi

keperluan dan cita rasa seluruh keluarga.

1.2 Objektif Kajian

Secara umumnya, objektif kajian adalah bertujuan untuk mengkaji

bagaimanakah caranya untuk memperkenalkan dan mempromosikan Desa Water Park

kepada orang ramai secara berkesan.

1.2.1 Membuat analisa promosi Desa Water Park

Analisa promosi ini bertujuan untuk memahami lebih mendalam yang

berkaitan promosi Desa Water Park. Analisa promosi terbahagi kepada tiga

Page 15: KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK2.5 Limitasi Kajian (masalah semasa kajian) 14 2.7 Kesimpulan 15 Bab3 Hasil Dapatan Kajian 3.1 Pengenalan 16 3.2 Soal Selidik 16 ... Taman Tema kini didapati

5

kategori iaitu analisa pengguna, analisa pesaing dan analisa diri sendiri (Desa

Water Park)

1.2.2 Mengenal pasti strategi promosi Desa Water Park

Pengkaji akan mengenal pasti strategi promosi yang digunakan oleh

Desa Water Park dan menalisis kelemahan dan kelebihan yang ada dalam usaha

mempromosi dan mengiklankan Desa Water Park. Di samping itu, pengkaji juga

akan mengenal pasti pesaing dan melakukan penyelidikan ke atas pesaing Desa

Water Park sama ada tempatan mahupun luar negara. Pengkaji akan cuba

menilai dan menganalisis keunikan, kelemahan promosi dan kepelbagaian dalam

kaedah komunikasi periklanan. Di samping itu, pengkaji akan mengkaji elemen-

elemen grafik yang meliputi pemilihan dari aspek warna yang sesuai, rekaan

imej dan ilustrasi yang sesuai dan tepat, rekabentuk logo, dan jenis tipografi

yang digunakan serta menjadi rujukan kepada kajian ini.

1.2.3 Menghasilkan strategi promosi yang lebih efektif

Pengkaji akan menghasilkan kaedah promosi yang baru untuk

mempromosikan Desa Water Park di Taman Danau Desa, Kuala Lumpur, yang

masih kurang pendedahan promosinya kepada masyarakat secara berkesan

dengan kaedah yang lebih efektif.

1.3 Permasalahan Kajian

1. Dalam kajian yang telah dibuat, didapati bahawa Desa Water Park tidak

mempunyai promosi yang cukup dan efektif. Promosi yang dilakukan oleh Desa

Page 16: KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK2.5 Limitasi Kajian (masalah semasa kajian) 14 2.7 Kesimpulan 15 Bab3 Hasil Dapatan Kajian 3.1 Pengenalan 16 3.2 Soal Selidik 16 ... Taman Tema kini didapati

6

Water Park hanya mempunyai iklan percetakkan seperti majalah dan banner,

tiada menggunakan iklan elektronik seperti TVC dan radio.

2. Desa Water Park ditubuh selama 8 tahun tetapi masih kurang menarik minat dan

perhatian orang ramai dan kurang dikenali.

3. Logo asal Desa Water Park tidak memenuhi konsep Desa Water Park.

1.4 Hipotesis

Pengkaji menjangkakan selepas kajian ini dibuat, satu kaedah periklanan dan

promosi yang baru dapat dikenalpasti dan dapat diaplikasikan dalam usaha untuk

mempromosikan taman tema air ini khususnya kepada pelancong tempatan mahupun

luar negara. Dengan kaedah pengiklanan dan promosi yang strategik dan berkesan, Desa

Water Park akan lebih mantap dan maju.

1.5 Skop Kajian

Skop kajian pengkaji hanya meliputi aspek periklanan dan kaedah promosi bagi

memperkenalkan Desa Water Park yang masih kurang dikenali oleh masyarakat.

Kesemua ini merangkumi penggunaan kaedah periklanan yang sesuai contohnya

melalui periklanan televisyen, majalah, suratkhabar, radio dan sebagainya. Di samping

itu, kajian juga meliputi pencarian kaedah serta idea baru dalam periklanan bagi

menunjukkan kelainan dalam mempromosikan taman tema ini di Malaysia mahupun ke

luar negara.

Kajian ini lebih menitikberatkan dengan strategi promosi yang diadakan oleh Desa

Water Park. Penyelidikan ini adalah berkisarkan tentang promosi dan kajian lebih

Page 17: KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK2.5 Limitasi Kajian (masalah semasa kajian) 14 2.7 Kesimpulan 15 Bab3 Hasil Dapatan Kajian 3.1 Pengenalan 16 3.2 Soal Selidik 16 ... Taman Tema kini didapati

7

mendalam mengenai strategi dan perancangan pengiklanan yang dilakukan oleh Desa

Water Park dalam memperkenalkan Desa Water Park dengan lebih meluas. Pada masa

yang sama, mengkaji tentang kelemahan dan kebaikan Desa Water Park melalui soal

selidik yang dijalankan dengan pengunjung sama ada Desa Water Park boleh

dikategorikan sebagai water park yang berjaya atau tidak.

1.6 Kaedah/Perancangan Kajian

1. Kajian ini adalah spesifik kepada promosi Desa Water Park.

2. Melalui kajian awal yang dibuat ini, didapati bahawa kekurangan promosi pada

Desa Water Park menyebabkan ramai pelancong tempatan tidak tahu kewujudan

tempat ini.

3. Kajian elemen-elemen yang ada pada identiti korporat seperti logo, pakaian

seragam, rekaan dalaman, barangan promosi dan pakej promosi yang ditawarkan.

4. Pengkaji akan cuba mengunjungi dan mangenali taman-taman tema yang ada

sekarang di Malaysia untuk mendapat lebih gambaran dan maklumat tentang

taman tema.

Page 18: KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK2.5 Limitasi Kajian (masalah semasa kajian) 14 2.7 Kesimpulan 15 Bab3 Hasil Dapatan Kajian 3.1 Pengenalan 16 3.2 Soal Selidik 16 ... Taman Tema kini didapati

8

BAB 2

2.0 METODOLOGI

2.1 Pengenalan

Menerusi bab ini, pengkaji akan membuat penekanan terhadap kajian tentang

promosi taman tema di Malaysia menerusi borang soal selidik, wawancara, rujukan

buku, internet dan pemehatian untuk mendapat maklum balas dan kajian yang terperinci

dari pihak umum. Ini diikuti dengan penjelasan kepada setiap komponen yang

dikenalpasti dalam kajian terdahulu dan dihuraikan satu persatu serta menjadi asas

kepada kaedah kajian ini.

2.2 Kaedah Penyelidikan

Kaedah yang digunakan ini sedikit sebanyak dapat memberi tunjuk ajar serta

panduan untuk memudahkan proses menyiapkan kajian ini. Pengkaji memilih sumber

primer dan sekunder untuk mendapat keputusan penyelidikan.

Page 19: KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK2.5 Limitasi Kajian (masalah semasa kajian) 14 2.7 Kesimpulan 15 Bab3 Hasil Dapatan Kajian 3.1 Pengenalan 16 3.2 Soal Selidik 16 ... Taman Tema kini didapati

9

2.2.1 Sumber Primer

Sumber primer dapat diperolehi daripada pengguna serta masyarakat sekeliling

melalui maklumbalas daripada borang soal selidik yang telah diedarkan dan soal jawab

serta wawancara dari individu ataupun organisasi yang berkenaan Pemilihan responden

secara rawak akan dilakukan di sekitar Kuala Lumpur bagi mendapat suara umum

mengenai kajian yang dilakukan. Kebanyakan soalan yang diajukan kepada responden

merujuk kepada tajuk objektif kajian sahaja, iaitu pandangan responden terhadap taman

tema air yang sedia ada dan promosi yang dilakukan. Selepas maklumat diperolehi,

data-data tersebut akan dianalisis dan kemudian akan dijadikan sumber maklumat dalam

menyiapkan kajian ini.

2.2.1.1 Soal Selidik

Kajian ini merangkumi strategi promosi dan juga media periklanan. Soal selidik

akan mengemukakan soalan yang berkaitan dengan masalah terhadap kajian yang

dijalankan. Diikuti beberapa bahagian persoalan kecil sebagai pendokong soalan utama

seperti soalan panduan perkhidmatan yang memberi pemahaman kepada mereka.

Borang soal selidik diedarkan kepada individu-individu yang terdiri daripada

demografik yang berbeza dari segi jantina, status pekerjaan dan umur. Soal selidik yang

diedarkan bertujuan untuk mendapat pendapat individu tentang promosi yang dijalankan

oleh sesebuah taman tema di sekitar Malaysia. Terdapat dua cara pengukuran data yang

digunakan untuk borang soal selidik ini iaitu soalan pelbagai pilihan dan skala Likert.

Contoh soal selidik boleh rujuk lampiran A.

Page 20: KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK2.5 Limitasi Kajian (masalah semasa kajian) 14 2.7 Kesimpulan 15 Bab3 Hasil Dapatan Kajian 3.1 Pengenalan 16 3.2 Soal Selidik 16 ... Taman Tema kini didapati

10

2.2.1.2 Pemerhatian

Selain itu, pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian untuk mendapatkan

maklumat mengenai strategi promosi taman tema di Malaysia. Semasa menjalankan

kaedah ini, pengkaji mengambil inisiatif untuk pergi ke Desa Water Park. Ini

memudahkan pengkaji untuk memperoleh maklumat serta gambar-gambar daripada

risalah taman tema. Melalui kaedah ini, pengkaji dapat melihat sendiri bagaimana

suasana dan senario di Desa Water Park. Selain itu, pengkaji juga mendapatkan

maklumat melalui informasi pelancongan di Kuala Lumpur. Melalui cara ini, pengkaji

telah memperolehi banyak maklumat daripada risalah, buku pelancongan dan poster

taman tema di Malaysia. Rujuk lampiran C, D.

2.2.1.3 Wawancara

Kaedah wawancara perlu dilakukan bagi membantu memperjelaskan lagi data

yang diperlukan daripada kaedah yang lain sebelum ini dan mendapatkan maklumat

yang lebih mendalam tentang bahan yang dikaji. Kaedah ini juga dapat membantu

penyelidik untuk mendapatkan data-data sampingan yang berbentuk subjektif yang

berkemungkinan besar berguna untuk menyokong penulisan. Kaedah ini dilakukan ke

atas individu-individu ataupun organisasi-organisasi yang berkenaan. Contoh soal

selidik boleh rujuk lampiran B.

2.2.2 Sumber Sekunder

Sumber sekunder diperolehi dari rujukan bahan bacaan seperti majalah, surat

khabar, jurnal, buku ilmiah, internet dan buku-buku yang berkaitan. Sumber ini lebih

memberi penekanan dalam menggunakan kaedah untuk menjalankan sesuatu promosi.

Page 21: KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK2.5 Limitasi Kajian (masalah semasa kajian) 14 2.7 Kesimpulan 15 Bab3 Hasil Dapatan Kajian 3.1 Pengenalan 16 3.2 Soal Selidik 16 ... Taman Tema kini didapati

11

2.2.2.1 Kajian Lepas (Literature Review)

Kajian lepas merupakan sebahagian dari dapatan data pembacaan yang dapat

membantu dalam kajian yang dijalankan agar berjalan lancar dengan maklumat-

maklumat yang diperolehi. Kajian lepas adalah kaedah yang lebih menjurus kepada

dapatan data yang telah dibuat oleh mana-mana individu sebelum kajian ini berdasarkan

kepada tajuk dan skop kajian yang bersesuian. Bahan-bahan bacaan tersebut banyak

membantu pengkaji dalam kajian kerana sumber maklumat yang diperolehi

kebanyakannya telah melalui proses penyelidikan oleh individu terhadap bidang yang

diperkatakan.

Periklanan dan promosi memainkan peranan yang penting dalam pasaran untuk

menyampaikan maklumat dan infomasi produk atau perkhidmatan kepada pengguna.

Periklanan dan promosi adalah tujuan untuk memujuk dan menyakinkan sasaran

pengguna. Menurut Rossiter (1987, hlm 4), ‘Advertising aims at turning the buyer or

consumer’s mind toward purchase and promotion aims at immediately stimulating

purchase’. Periklanan adalah disampaikan selepas membeli dan tujuan promosi adalah

untuk merangsangkan keinginan dalam membeli sesuatu dengan segera. Pengguna

didedahkan kepada direct mail, retail, iklan televisyen, iklan suratkhabar dan iklan

majalah. Manakala, promosi berkomunikasi secara langsung dengan pengguna dan

memberi manfaat segera.

Menurut Rosli Salleh et al. (2002) dalam buku ‘Rujukan Asas Pemasaran’,

promosi merupakan salah satu elemen di dalam pemasaran campuran. Ianya boleh

didefinisikan sebagai komunikasi yang digunakan oleh pemasar-pemasar untuk

Page 22: KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK2.5 Limitasi Kajian (masalah semasa kajian) 14 2.7 Kesimpulan 15 Bab3 Hasil Dapatan Kajian 3.1 Pengenalan 16 3.2 Soal Selidik 16 ... Taman Tema kini didapati

12

memberitahu, menggalakkan dan meyakinkan pembeli-pembeli yang berpotensi supaya

mencuba dan membeli keluaran yang dipasarkan.

Menurut Addison Wesley (1998, hlm 31), ‘The success of promotion strategy

depends partly on the scientific judgement of managers, partly on the native creativity

of individuals and partly on luck.’ Strategi promosi yang berjaya sebahagian bergantung

kepada pertimbangan pengurusan secara saintifik, sebahagian kepada kreativiti individu

dan sebahagian lagi bergantung kepada nasib.

Menurut Rossiter (1987, hlm 4), ‘Promotion is often regarded as a more direct

from of persuasion, based frequently on external incentives rather than inherent product

benefits, whish is designed to stimulate immediate purchase and to ‘move sales

forward’ more rapidly than would otherwise occur’.

Selain itu, periklanan memang dapat menarik perhatian orang ramai kepada

sesuatu produk atau perkhidmatan. Menurut Amy E. Arntson (1990, hlm 24) dalam

buku Graphic Design Basic, Reinchart and Winston, Inc, ‘sesebuah iklan yang berkesan

adalah iklan yang mampu menarik perhatian orang ramai, mampu menyampaikan mesej

secara telus serta menjadi satu medium untuk merayu supaya melihat iklan tersebut.

Iklan juga boleh dikatakan sebagai ‘menjual sikap dan cara hidup’.

Menurut Nick Cohen dalam buku New York agency, Mad Dogs & Englishmen,

‘ A television commercial is a bit of deal air that you can use to connect with someone.

It’s almost as though if you don’t fill it, the whole of the world will just see nothings.

Page 23: KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK2.5 Limitasi Kajian (masalah semasa kajian) 14 2.7 Kesimpulan 15 Bab3 Hasil Dapatan Kajian 3.1 Pengenalan 16 3.2 Soal Selidik 16 ... Taman Tema kini didapati

13

What we’re there to do is build a brand, not to do a one-off’. Media elektronik seperti

televisyen dan radio merupakan saluran untuk memudahkan orang ramai mengenalpasti

sesuatu jenama produk ataupun bentuk perkhidmatan yang diiklankan.

Media cetak juga merupakan satu kepentingan dalam usaha mempromosi dan

pengiklanan. Pada asalnya, iklan cetak mempunyai empat elemen asas iaitu tajuk utama,

illustrasi, isi kandungan dan pengenalan diri pengeluar di mana setiap elemen ini

menyokong penyampaian maklumat utama periklanan. Menurut David (1993), ‘ It

quickly present the problem that the ad is direct to or the benefit offered.’ Ini bermaksud,

iklan bercetak jelas menyatakan masalah serta memberitahu secara langsung faedah

yang ditawarkan. Maka, medium ini seharusnya dapat membentuk komunikasi secara

tepat dan selain daripada saluran utama seperti surat khabar, sesuatu perniagaan itu

boleh dipromosikan melalui cara yang lain.

2.2.2.2 Internet

Internet merupakan sumber yang paling mudah bagi pengkaji. Melalui internet,

pengkaji mendapat maklumat dangan cara yang lebih mudah dan pantas. Selain itu,

pengkaji berpeluang untuk membaca maklumat mengenai taman tema yang berada di

luar negara.

2.3 Sampel dan Populasi

Populasi kajian merangkumi kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Sarawak, iaitu

di Kuching dan Kota Samarahan terutamanya di kawasan kepadatan pendudukan yang

tinggi. Penyelidik memilih tempat sebegini di mana lokasi tersebut dapat memberi

Page 24: KAJIAN PROMOSI DESA WATER PARK2.5 Limitasi Kajian (masalah semasa kajian) 14 2.7 Kesimpulan 15 Bab3 Hasil Dapatan Kajian 3.1 Pengenalan 16 3.2 Soal Selidik 16 ... Taman Tema kini didapati

14

maklumat yang lebih jelas dan seterusnya akan memudahkan proses penyelidikan yang

akan dijalankan. Sampel penyelidikan terdiri daripada responden pelbagai peringkat

umur, status pekerjaan dan jantina. Dengan adanya pemilihan dan penyelidikan pelbagai

demografik responden, pengkaji mendapat maklumbalas tentang keberkesanan promosi

ke atas Desa Water Park di Malaysia. Setelah maklumat dikumpul, rumusan akan dibuat

sebagai rujukan kajian.

2.4 Instrumentasi/ instrumen kajian

Pengkaji akan menggunakan peralatan tersebut untuk menjalankan kajian ini

supaya maklumat mudah didapati. Berikut adalah beberapa peralatan yang akan

digunakan dalam menyiapkan kajian tersebut:

a. Mengedarkan borang soal selidik

b. Maklumbalas daripada orang ramai

c. Mengumpul maklumbalas temubual daripada responden

d. Fotografi

e. Buku ilmiah

f. Jurnal

g. Internet

2.5 Limitasi Kajian (masalah semasa kajian)

Pelbagai kaedah kajian telah dijalankan untuk mengetahui keberkesanan

promosi terhadap Desa Water Park, tetapi pengkaji turut mengalami masalah dalam

mendapatkan maklumat untuk hasil dapatan seperti kekurangan risalah bagi Desa Water