judul; persepsi pelajar program khas pensiswazahan guru ... file1.8 definisi istilah kajian 9 1.9...

23
Judul; Persepsi Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Bagi Kursus SPH dalam Mengimplementasikan Penyenggaraan Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu Komponen Kemahiran Teknikal Di Sekolah Menengah.

Upload: phamthien

Post on 03-Mar-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Judul; Persepsi Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru ... file1.8 Definisi Istilah Kajian 9 1.9 Penutup 14 BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Pengurusan 16

Judul; Persepsi Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Bagi Kursus SPH dalam Mengimplementasikan Penyenggaraan Bengkel Kemahiran Hidup

Bersepadu Komponen Kemahiran Teknikal Di Sekolah Menengah.

Page 2: Judul; Persepsi Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru ... file1.8 Definisi Istilah Kajian 9 1.9 Penutup 14 BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Pengurusan 16

PENGESAHAN PENYELIA

Page 3: Judul; Persepsi Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru ... file1.8 Definisi Istilah Kajian 9 1.9 Penutup 14 BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Pengurusan 16

PERSEPSI PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BAGI KURSUS SPH DALAM MENGIMPLEMENTASIKAN

PENYENGGARAAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KOMPONEN ( KEMAHIRAN TEKNIKAL )

DI SEKOLAH MENENGAH.

ABD HALIM BIN HJ HUSSIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

2004

Page 4: Judul; Persepsi Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru ... file1.8 Definisi Istilah Kajian 9 1.9 Penutup 14 BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Pengurusan 16

ii

Page 5: Judul; Persepsi Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru ... file1.8 Definisi Istilah Kajian 9 1.9 Penutup 14 BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Pengurusan 16

iii

DEDIKASI “ Khas buat ibu, ayah, isteri, anak-anak serta keluarga yang tersayang........ “Buat rakan-rakan seperjuangan.........

Doaku moga kita semua dilimpahi rahmat illahi dan sentiasa mendapat keredhaan-

Nya

Amin Ya Rabalalamin…………..

Page 6: Judul; Persepsi Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru ... file1.8 Definisi Istilah Kajian 9 1.9 Penutup 14 BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Pengurusan 16

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bersyukur ke hadrat Allah S. W. T berkat limpah dan Kurnia Nya dan kepada

Nya jualah saya memohon taufik dan hidayah dalam menempuh liku-liku kehidupan.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S. A. W.

Salam penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Penyelia Projek

En. Md Yusup Bin Kayat di atas segala tunjuk ajar, bimbingan, teguran dan nasihat

yang berterusan sehingga laporan projek ini berjaya disiapkan.

Tidak lupa juga, kalungan terima kasih dihulurkan buat para pensyarah, tutor

dan tenaga pengajar di Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional di atas segala

ilmu dan kemahiran yang dicurahkan selama saya menuntut di sini.

Ucapan terima kasih kepada buat isteri, anak dan keluarga tersayang. Segala

pengorbanan dan juga sokongan yang diberikan tidak akan dapat dilupakan. Akhir

sekali kepada rakan-rakan sekuliah di atas segala dorongan yang diberikan dan

kepada semua insan yang mendoakan kejayaan dan kebahagiaan saya.

Sekian Wassalam

ABD HALIM BIN HJ HUSSIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 7: Judul; Persepsi Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru ... file1.8 Definisi Istilah Kajian 9 1.9 Penutup 14 BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Pengurusan 16

v

ABSTRAK

Kajian ini berbentuk deskriptif dengan membuat tinjauan bagi mengetahui

persepsi pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Kemahiran Hidup (SPH) dalam

mengimplementasikan pengurusan penyenggaraan bengkel Kemahiran Teknikal di

sekolah menengah. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti persepsi pelajar

berdasarkan kepada 4 aspek iaitu, aspek pengetahuan, kemahiran, beban tugas dan

aspek amalan keselamatan. Sampel kajian adalah seramai 73 orang pelajar tahun 3

dan 4 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai sesi 2003/2004. Soal selidik telah digunakan

sebagai instrumen kajian dan diedarkan kepada responden untuk mendapatkan data.

Data di kumpul dan dianalisis menggunakan SPSS versi 11.0 ( Statistical Package

For Social Science ). Analisis dinyatakan dalam bentuk frekuensi dan peratus.

Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengurusan penyenggaraan bengkel

kemahiran Teknikal secara keseluruhan adalah sederhana. Berdasarkan empat aspek

yang dikaji, aspek amalan keselamatan berada pada tahap yang tinggi. Bagi aspek

pengetahuan dan kemahiran guru KH masih berada pada tahap sederhana. Manakala

beban tugas guru KH berada pada tahap rendah. Berdasarkan dapatan kajian ini,

beberapa cadangan telah dikemukakan untuk memperbaiki tahap pengurusan

penyenggaraan bengkel Kemahiran Teknikal di sekolah menengah.

Page 8: Judul; Persepsi Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru ... file1.8 Definisi Istilah Kajian 9 1.9 Penutup 14 BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Pengurusan 16

vi

ABSTRACT

This study is conducted in descriptive way to identify perception of student

Program Khas Pensiswazahan Guru Kemahiran Hidup (SPH) in implementing the

management maintenance workshop of Technical Skills in Secondary school. The

objective of this study is to identify the perception of students PKPG based on 4

aspects, that is aspect of knowledge, skills, work job and safety practice. The study

is based on 73 sample of student of Year 3 and Year 4 of First Degree of Technology

and Education (Living Skills) at Universiti Teknologi Malaysia, Skudai intake

2003/2004. Questionnaires are used as an instrument for this study and are

distributed to all respondens for obtaining the data. Data was analyzed using SPSS

Version 11.0 (Statistical Package For Social Science), to obtained a percentage and

frequency. The result of this study shows that overall level of management

maintainance of Technical Skills Workshop is average. Based on four aspects as

studied, the safety aspect is the highest level. The responden knowledge and skill are

medium, and their work job is the lowest level. Based on this study a few proposal

are forwarded to improve the level of managing Technical Skills Workshop in

Secondary school.

Page 9: Judul; Persepsi Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru ... file1.8 Definisi Istilah Kajian 9 1.9 Penutup 14 BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Pengurusan 16

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAHAGIAN SATU

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 6

Page 10: Judul; Persepsi Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru ... file1.8 Definisi Istilah Kajian 9 1.9 Penutup 14 BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Pengurusan 16

viii

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Rasional Kajian 8

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Definisi Istilah Kajian 9

1.9 Penutup 14

BAHAGIAN DUA

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Pengurusan 16

2.3 Bengkel Kemahiran Teknikal 18

2.4 Pengetahuan penyenggaraan di bengkel KT 20

2.5 Kemahiran penyenggaraan di bengkel KT 22

2.6 Beban tugas guru KHB 26

2.7 Amalan keselamatan 28

2.8 Penutup 32

Page 11: Judul; Persepsi Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru ... file1.8 Definisi Istilah Kajian 9 1.9 Penutup 14 BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Pengurusan 16

ix

BAHAGIAN TIGA

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 33

3.2 Reka Bentuk Kajian 33

3.3 Populasi dan Sampel 34

3.4 Instrumen Kajian 35

3.5 Prosedur Kajian 37

3.6 Kajian Rintis 38

3.7 Kajian Sebenar 39

3.8 Analisis Data 39

3.9 Penutup 41

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 42

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 42

4.3 Analisis Persoalan Kajian 48

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian Pertama 49

4.3.2 Dapatan Persoalan kajian Kedua 52

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 55

4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian Keempat 58

4.3.5 Analisis Keseluruhan 61

Page 12: Judul; Persepsi Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru ... file1.8 Definisi Istilah Kajian 9 1.9 Penutup 14 BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Pengurusan 16

x

BAHAGIAN LIMA

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 62

5.2 Rumusan 63

5.3 Perbincangan 65

5.3.1 Mengenal pasti aspek pengetahuan 65

5.3.2 Mengenal pasti aspek kemahiran 67

5.3.3 Mengenal pasti aspek beban tugas 69

5.3.4 Mengenal pasti aspek keselamatan 71

5.4 Cadangan 72

5.4.1 Guru 72

5.4.2 Pihak Sekolah 73

5.4.3 Pihak Jabatan Pendidikan Negeri 73

5.4.4 Pihak Kementerian Pendidikan 74

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 74

5.6 Penutup 75

BIBLIOGRAFI 76 - 82

LAMPIRAN A - D 83 - 98

Page 13: Judul; Persepsi Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru ... file1.8 Definisi Istilah Kajian 9 1.9 Penutup 14 BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Pengurusan 16

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Tanggungjawab Dan Beban Tugas Guru Secara Umum 27

2.2 Tanggungjawab Guru KH Di Dalam Bengkel

Dari Segi Ruang Kerja. 29

2.3 Tanggungjawab Guru KH Di Dalam Bengkel

Dari Segi Keselamatan Diri. 29

2.4 Tanggungjawab Guru KH Di Dalam Bengkel

Dari Segi Alatan Dan Bahan. 30

3.1 Bilangan Populasi Pelajar PKPG (SPH) 34

3.2 Taburan Item-item Soal selidik 36

3.3 Skala Pemeringkatan Likert 37

3.4 Analisis Purata Nilai Alpha

Berdasarkan Persoalan Kajian 38

3.5 Pemeringkatan Skala 5 (Lima) Mata

Kepada 3 (tiga) Mata 40

3.6 Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus 41

4.1 Jadual Taburan Mengikut Jantina 43

4.2 Jadual Taburan Mengikut Bidang Pengkhususan 43

4.3 Jadual Taburan Mengikut Tugasan Lain Selain

Mengajar 44

4.4 Jadual Taburan Mengikut Kelulusan Tertinggi 45

Page 14: Judul; Persepsi Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru ... file1.8 Definisi Istilah Kajian 9 1.9 Penutup 14 BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Pengurusan 16

xii

4.5 Jadual Taburan Kekerapan Menghadiri Kursus

Pengurusan dan Penyenggaraan Bengkel KHB 46

4.6 Jadual Taburan Mengikut Pengalaman Mengajar

Mata Pelajaran KH 46

4.7 Jadual Taburan Mengikut Jumlah Waktu

Pengurusan Bengkel KHB Seminggu 47

4.8 Jadual Taburan Mengikut Jumlah Waktu

Mengajar Seminggu 47

4.9 Aspek pengetahuan Guru KH 49

4.10 Aspek Tahap Kemahiran Guru KH 52

4.11 Aspek Beban Tugas Guru KH 55

4.12 Aspek Amalan Keselamatan 58

4.13 Analisis Keseluruhan 61

Page 15: Judul; Persepsi Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru ... file1.8 Definisi Istilah Kajian 9 1.9 Penutup 14 BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Pengurusan 16

xiii

SENARAI SINGKATAN

ERT - Ekonomi Rumah Tangga

f - Frekuensi

HSP - Huraian Sukatan Pelajaran

JPNJ - Jabatan Pendidikan Negeri Johor

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

KT - Kemahiran Teknikal

PK - Perdagangan dan Keusahawanan

PKBS - Penilaian Berasaskan Sekolah

PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

PSM - Projek Sarjana Muda

SPN - Sains Pertanian

SP - Seni Perusahaan

SPSS - ‘Statistical Package For The Social Science’

% - Peratus

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: Judul; Persepsi Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru ... file1.8 Definisi Istilah Kajian 9 1.9 Penutup 14 BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Pengurusan 16

xiv

SENARAI LAMPIRAN

JADUAL PERKARA MUKA SURAT

Lampiran A Borang Soal Selidik 83 - 87

Lampiran B Data Kajian Rintis Program SPSS 88 - 89

Lampiran C Data Kajian Dengan Program SPSS 90 - 97

Lampiran D Jadual Penentu Saiz Sampel Kajian 98

Page 17: Judul; Persepsi Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru ... file1.8 Definisi Istilah Kajian 9 1.9 Penutup 14 BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Pengurusan 16

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia di bawah kepemimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir

Mohamad telah meletakkan matlamat negara untuk mencapai taraf sebagai sebuah

negara maju pada tahun 2020. Perkara ini telah diwar-warkan oleh beliau dalam

salah satu daripada kertas kerjanya yang bertajuk "Malaysia: Melangkah Ke Hadapan

(Wawasan 2020)" yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Pertama Majlis

Perniagaan Malaysia pada tahun 1991 yang lalu. Wawasan tersebut secara tidak

langsung telah meletakkan sasaran negara untuk menjadikan perindustrian sebagai

teras kepada pembangunan negara.(Mahathir, 1991)

Kepemimpinan baru oleh Perdana Menteri Malaysia hari ini, Datuk Seri

Abdullah Ahmad Badawi berkata:

“ekonomi berasaskan pengetahuan yang menjadi matlamat negara memerlukan pembangunan industri berasaskan ilmu seperti sains, bio-teknologi, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta berlandaskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D). “Sejajar trend ini, corak permintaan untuk tenaga manusia berubah ke arah pekerja berpendidikan tinggi yang mahir dalam bidang sains dan teknologi, serta mempunyai kemahiran teknikal, ” ( Berita Harian, 23 Dis 2003)

Page 18: Judul; Persepsi Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru ... file1.8 Definisi Istilah Kajian 9 1.9 Penutup 14 BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Pengurusan 16

2

Berdasarkan petikan di atas, dapatlah kita lihat betapa pentingnya keperluan

sumber manusia di mana ia dengan sendirinya merupakan cabaran yang besar kepada

latihan teknik dan vokasional. Menurut pandangan Siti dan Nor Azizah (1995),

"Pendidikan vokasional semakin penting dalam era pembangunan ekonomi dan

sosial negara. Untuk mencapai hasrat tersebut, pembangunan sumber manusia

merupakan isu yang amat penting dan strategik. Pembangunan sumber manusia

adalah bertitik-tolak daripada sistem pendidikan sekolah dan persoalannya ialah

setakat mana sistem itu berjaya melengkapkan pelajar-pelajar dengan kebolehan

kognitif dan kemahiran tangan iaitu mengintegrasikan kemahiran mental dan

kemahiran tangan. Kedua-dua kemahiran ini adalah sebenarnya tunggak kekuatan

manusia sesebuah negara untuk menghadapi daya saing globalisasi. Tenaga kerja

untuk alaf akan datang perlu dididik dengan kaedah yang akan menghasilkan

‘Knowledge Worker’ pekerja berpengetahuan.

Untuk menjadi sebuah negara maju, kita mestilah menyediakan lebih ramai

tenaga kerja mahir dan separuh mahir. Oleh itu berbagai usaha sedang dilakukan

untuk mendidik masyarakat berilmu berteraskan perindustrian. Salah satu kaedahnya

ialah melalui sistem pendidikan negara. Pada tahun 1988, PPK memutuskan untuk

memperkenalkan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) menggantikan

mata pelajaran elektif. Oleh itu, mata pelajaran KH Program Peralihan

diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989 bermula dengan

Tingkatan 1 (satu). KH Program Peralihan ini pula digantikan dengan satu program

baru yang dikenali sebagai KH Bersepadu mulai tahun 1992.

Secara umumnya banyak perubahan dalam pendidikan di negara ini telah

diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan melalui reformasi pendidikan di

mana bidang kurikulum menjadi teras. Perubahan ini bertujuan menjadikan proses

pendidikan semakin kemas dan jitu dalam melahirkan generasi yang bakal mewarisi

kepimpinan negara menjelang tahun 2020. Berbagai usaha sedang dilakukan untuk

mendidik masyarakat berilmu berteraskan perindustrian. Kurikulum pendidikan

telah diubahsuaikan supaya mampu menyediakan rakyat yang cenderung ke arah

Page 19: Judul; Persepsi Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru ... file1.8 Definisi Istilah Kajian 9 1.9 Penutup 14 BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Pengurusan 16

3

kemahiran dan vokasional. Sistem pendidikan negara sentiasa berubah selaras

dengan perkembangan sains dan teknologi masa kini. Bidang pendidikan

memainkan peranan yang penting di dalam merealisasikan wawasan 2020 ke arah

pembentukan sebuah negara maju. Menyedari pentingnya peranan bidang

pendidikan, maka pihak Kementerian Pendidikan telah mengambil berbagai langkah

yang positif bagi memastikan ianya dapat berkembang sejajar dengan perkembangan

teknologi terkini. Bagi mencapai matlamat tersebut, (HSP) mata pelajaran KHB

disemak semula pada tahun 2002. Ia merupakan salah satu mata pelajaran teras

dalam KBSM.

Dalam (HSP) semakan terbaru (2002), Mata pelajaran KHB adalah satu mata

pelajaran teras berunsurkan teknologi di Tingkatan I hingga Tingkatan III. Mata

pelajaran ini digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia

dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui penglibatan

masyarakat dan tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan

dasar dan keperluan negara. ( PPK, 2002 )

Mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha pendidikan ke arah

mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan. Selain daripada itu

mata pelajaran ini juga membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar

murid boleh bertindak dan mengendalikan kehidupan harian secara produktif dalam

dunia teknologi dan industri yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid dipupuk

sikap yang positif seperti menghargai kerja yang berkualiti tinggi, berinovasi dalam

pembinaan projek, penuh yakin dan berdikari dalam daya usaha. Aktiviti yang diberi

tumpuan adalah bercorak kerja-buat sendiri yang mudah berkaitan dengan

pemasangan, pembinaan, baik pulih dan penyenggaraan. Nilai murni, sikap yang

positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali

agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini dapat diwujudkan. ( PPK, 2002 )

Page 20: Judul; Persepsi Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru ... file1.8 Definisi Istilah Kajian 9 1.9 Penutup 14 BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Pengurusan 16

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Mata pelajaran KHB terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teras dan Pilihan.

Bahagian Teras mengandungi satu bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan

Teknologi. Manakala Bahagian Pilihan mempunyai empat bidang pembelajaran

iaitu Kemahiran Teknikal (KT), Ekonomi Rumah Tangga (ERT), Sains Pertanian

(SPN) dan Perdagangan dan Keusahawanan (PK). Murid mengambil semua bidang

pembelajaran dalam Bahagian Teras dan pilih salah satu daripada empat bidang

pembelajaran dalam Bahagian Pilihan. ( PPK, 2002 )

Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran yang melibatkan kerja-kerja

amali atau pratikal (hands-on). Ia memerlukan bengkel bagi tujuan tersebut. Oleh

itu, pengurusan dan penyenggaraan bengkel yang sistematik sangat penting bagi

memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

( Unit Pendidikan Teknikal JPNJ, 1998 )

Bengkel Kemahiran Hidup terbahagi kepada 3 jenis bengkel iaitu bengkel

komponen Kemahiran Teknikal, Bengkel Pertanian dan Bengkel Ekonomi

Rumah Tangga. Di antara ketiga-tiga bengkel ini, tumpuan diberikan kepada

bengkel Kemahiran Teknikal kerana ia paling sukar dari segi pengurusan dan

penyenggaraannya. Faktor ini disebabkan terdapat pelbagai alat, bahan serta mesin

yang dibekalkan dalam bengkel oleh pihak kementerian pendidikan melibatkan

perbelanjaan yang tinggi. Bengkel Kemahiran Teknikal pula dipecahkan kepada

4 jenis bengkel iaitu bengkel Kerja Kayu dan Logam, bengkel Paip Asas, bengkel

Elektrik dan Elektronik dan bengkel Enjin. ( PPK, 2002 )

Page 21: Judul; Persepsi Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru ... file1.8 Definisi Istilah Kajian 9 1.9 Penutup 14 BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Pengurusan 16

5

Mohd Ariffin (1999), dalam kajiannya mendapati tahap beban tugas guru,

menunjukkan guru-guru KH mempunyai tahap beban tugas yang membebankan

terutamanya dalam kerja-kerja yang melibatkan pengurusan dan penyenggaraan

bengkel KT. Masalah ini disebabkan guru dibebankan dengan tugasan lain

antaranya menjadi guru disiplin, guru persatuan, guru kelas, guru sukan dan

permainan serta melakukan tugas-tugas perkeranian yang lain. Selain daripada itu,

guru KH mempunyai waktu mengajar yang banyak dan juga terpaksa menjadi guru

ganti. Disebabkan guru KH mempunyai berbagai-bagai tugas lain selain dari

mengajar, ini telah menjejaskan mereka untuk mengurus dan menyenggarakan

bengkel KT.

Beban tugas terlalu banyak menyebabkan guru KH atau ketua Panitia tidak

dapat mengurus dan menyenggarakan bengkel KT dengan baik dan bersistematik.

Masalah ini telah diluahkan oleh guru KHB dalam ruangan rencana, guru KHB

menuntut “Bayaran Insentif Khidmat Kritikal” ( Berita Harian, 30 Mei 2002).

Masalah beban kerja guru telah mula mendapat perhatian oleh pihak Kementerian

Pendidikan di mana terdapat laporan mengatakan bahawa beban kerja guru adalah

berat berikutan terpaksa melaksanakan kerja-kerja lain selain daripada mengajar.

Hal ini boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terjejas.

(Berita Harian 5 Feb 2000 ).

Pada lazimnya tugas mengurus dan menyenggarakan bengkel KHB diserahkan

kepada guru-guru KH yang terdiri daripada guru-guru yang berbeza pengkhususan

iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga dan Kemahiran

Hidup. Sebelum mata pelajaran KHB diperkenalkan, guru-guru yang berbeza

pengkhususan mengajar mata pelajaran elektif mengikut opsyen masing-masing.

Anuar (1999) dalam kajiannya mendapati, kebanyakan guru KH sekarang

menghadapi masalah dalam mengurus dan menyenggarakan bengkel kecuali guru

pengkhususan Seni Perusahaan.

Page 22: Judul; Persepsi Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru ... file1.8 Definisi Istilah Kajian 9 1.9 Penutup 14 BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Pengurusan 16

6

Bengkel KHB adalah tempat menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran KH. Program pengajaran dan pembelajaran adalah

bertujuan untuk mencapai satu matlamat bagi melahirkan produk yang positif.

Keberkesanan ini akan dapat dicapai jika perlaksanaan penyenggaraan bengkel

seperti penyusunan, penyenggaraan alatan dan bahan serta langkah-langkah untuk

mengelak berlakunya kemalangan di tempat kerja sentiasa dititik beratkan. Guru

berfungsi sebagai pembimbing di dalam bengkel haruslah menunjukkan perbuatan

yang selamat dan tidak bertentangan dengan peraturan keselamatan. Ahmad Jamil

(1993) dalam kajiannya mendapati sebahagian daripada guru tidak memberi

penekanan pentingnya langkah keselamatan. Dapatan daripada kajian beliau juga

menunjukkan sebahagian daripada kemalangan yang berlaku adalah disebabkan tidak

mematuhi langkah keselamatan. Oleh itu guru perlu bersikap positif kerana ia boleh

mempengaruhi sikap pelajar dalam pengajaran amali di bengkel.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru-

guru KH di dalam melaksanakan pengurusan bengkel KT di sekolah-sekolah

menengah. Melalui laporan dan kajian yang lepas, didapati bahawa bengkel KT

adalah tidak terurus dengan sempurna dan teratur. Salah satu punca yang telah

dikenal pasti adalah beban tugas guru KH yang terlalu banyak. Ekoran daripada

itu tahap amalan pengurusan bengkel KT masih tidak mencapai tahap yang

memuaskan. Persoalannya sejauh manakah guru dapat mengimplementasikan

pengurusan dan penyenggaran bengkel KT? Dari masalah yang dinyatakan,

penyelidik ingin melakukan satu kajian tinjauan berdasarkan “Persepsi pelajar

Program Khas Pensiswazahan Guru bagi kursus SPH dalam mengimplementasikan

pengurusan bengkel Kemahiran Hidup - komponen (KT) di sekolah dari segi aspek

tahap pengetahuan , kemahiran, beban tugas guru dan amalan keselamatan.

Page 23: Judul; Persepsi Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru ... file1.8 Definisi Istilah Kajian 9 1.9 Penutup 14 BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Pengurusan 16

7

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah untuk :

1.4.1 Mengenal pasti aspek pengetahuan guru KH dalam melaksanakan

penyenggaraan bengkel KHB - KT.

1.4.2 Mengenal pasti aspek kemahiran guru KH dalam melaksanakan

penyenggaraan bengkel KHB - KT.

1.4.3 Mengenal pasti aspek beban tugas guru KH dalam melaksanakan

penyenggaraan bengkel KHB – KT

1.4.4 Mengenal pasti aspek amalan keselamatan yang diamalkan oleh guru

KH di bengkel KHB - KT.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini ialah :

1.5.1 Adakah guru KH mempunyai pengetahuan untuk melaksanakan

penyenggaraan bengkel KHB - KT?

1.5.2 Adakah guru KH mempunyai kemahiran untuk melaksanakan

penyenggaraan bengkel KHB - KT?

1.5.3 Apakah beban tugas guru KH untuk melaksanakan penyenggaraan

bengkel KHB - KT?

1.5.4 Adakah guru KH mengamalkan amalan keselamatan semasa

mengendalikan kerja amali di bengkel KHB -KT?