hafsah binti mad arip.tt - fp.utm.my binti mad arip... · 1.8 kerangka konseptual kajian 14 1.9...

36
PERLAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN STAF DI SEKOLAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU HAFSAH BINTI MAD ARIP UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: truongthuan

Post on 23-Mar-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

PERLAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN STAF

DI SEKOLAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU

HAFSAH BINTI MAD ARIP

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PERLAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN STAF DI SEKOLAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU

SESI PENGAJIAN: 2012/2013

Saya HAFSAH BINTI MAD ARIP (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis membenarkan hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian

tinggi. 4. ** Sila tandakan ( / )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: TN HAJI HASSAN BIN HUSHIN 1223, Blok 10, Felda Sening, 81900 Kota Tinggi, Johor. Tarikh: Tarikh:______________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara peyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan)

Tandatangan: ……………………………………

Nama Penyelia: TN. HAJI HASAN BIN HUSHIN

Tarikh: …………………………………….

Page 4: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

PERLAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN STAF

DI SEKOLAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU

HAFSAH BINTI MAD ARIP

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

(Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2013

Page 5: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adala hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :………………………………………

Nama Penulis : HAFSAH BINTI MAD ARIP

Tarikh : MEI 2013

Page 6: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

DEDIKASI

Di tujukan istimewa kepada:

Suami tercinta yang sentiasa mendoakan dan mendorong saya dengan kesabaran

Hasranjumari Bin Hashim

Buat anak-anak ku yang sentiasa memahami Adam dan Balqis.

Buat bonda dan ayahda yang dikasihi Hajah Zaleha Bt Hj Sayuti

Dan Haji Mad Arip Bin Alhom. Kasihmu dan pengorbanan mu tiada taranya.

Tidak lupa kepada satu-satunya adikku yang dikasihi Siti Aryati Mad Arip.

Ini adalah kejayaan kita bersama.

Page 7: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin berterima kasih dan beryukur kepada Allah kerana

limpah dan kurnianya kajian ini dapat dihasilkan dengan begitu lancar. Seterusnya, saya

ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia iaitu Tuan Haji Hassan Bin

Hushin yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan, nasihat dan teguran yang

membina di samping tidak jemu memberikan bantuan sepanjang melaksanakan kajian

ini.

Tidak ketinggalan juga kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak

langsung dalam membantu saya menyiapkan kajian ini terutamanya kepada Ketua

Eksekutif Pusat Pendidikan Hidayah iaitu Tuan Haji Jelany Bin Ramli, Pengetua SMIH,

Guru Besar SRIH, Guru-guru SRIH dan SMIH di PPH dan seterusnya seluruh warga

PPH.

Seterusnya kepada rakan-rakan di sekolah yang sentiasa bersedia untuk

menghulurkan bantuan, memberi galakan dan dorongan kepada saya. Tidak lupa juga

kepada rakan-rakan seperjuangan pesisir Bandar Penawar yang sudi memberi tunjuk ajar

semasa saya menghadapi masalah dalam menjalankan kajian.

Jasa baik dan pengorbanan semua pihak amat saya hargai dan sanjung tinggi.

Sungguhnya kejayaan ini adalah milik kita bersama. Dengan ini saya akhiri dengan

jutaan terima kasih.

Page 8: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

ABSTRAK

Kajian deskriptif dengan menggunakan kaedah campuran ini bertujuan untuk

mengkaji persepsi guru terhadap keberkesanan program pembangunan staf di sebuah

sekolah agama swasta. Responden kajian terdiri daripada 97 orang guru daripada

Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH)

di Pusat Pendidikan Hidayah (PPH). Borang soal selidik yang diedarkan mengandungi

lima bahagian yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang

responden, keberkesanan dari aspek meningkatkan ilmu pengetahuan, keberkesanan dari

aspek meningkatkan kemahiran, keberkesanan dari aspek membentuk sikap dan perkara-

perkara yang mempengaruhi keberkesanan program. Instrumen kajian telah diuji untuk

menentukan kebolehpercayaan berdasarkan skala Alpha Cronbach kepada 20 orang guru

di sekolah yang sama. Hasil kajian rintis ini menunjukkan nilai kebolehpercayaan item

yang tinggi iaitu 0.848. Data kajian dianalisis menggunakan program Statistical Package

For The School Science (SPSS) Version 16.0 bagi mendapatkan min, sisihan piawai dan

peratusan. Dapatan kajian menunjukkan min setiap bahagian yang dikaji adalah pada

tahap yang tinggi dan ini menunjukkan majoriti guru-guru amat bersetuju dengan

keberkesanan program dalam meningkatkan ilmu pengetahuan, meningkatkan

kemahiran serta membentuk sikap guru-guru. Dalam pada itu temubual juga telah di

jalankan dengan dua orang guru di PPH bagi menguatkan lagi dapatan hasil kajian

melalui soal selidik. Daripada analisis yang dilakukan, didapati program pembangunan

staf dapat membantu guru –guru dalam bidang akademik, melaksanakan Tarbiyyah dan

Dakwah serta meningkatkan sahsiah pelajar-pelajar. Akhir sekali, beberapa cadangan

kajian lanjutan telah dikemukakan untuk tujuan penyelidikan pada masa hadapan.

Page 9: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

ABSTRACT

This descriptive study seeks the perception of teachers towards the effectiveness

of professional development program among school staff in a private religious school

using the mixed method. Data were gathered from 97 respondents who were teachers of

Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) and Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH)

in Pusat Pendidikan Hidayah (PPH). The questionnaires that were used and distributed

were divided into five parts which are aimed to retrieve information regarding the

respondents’ background, the effectiveness through the aspect of knowledge

development, the effectiveness of professional development program through the aspect

of skills development, the effectiveness through the aspect of attitude development and

other things which can affect the effectiveness of the program. The research instrument

has been tested to identify its reliability according to Alpha Cronbach scale towards 20

teachers of the same school. The result of the pilot study showed a high reliability value

item which is 0.848. Research data is analyzed through Statistical Package For The

School Science (SPSS) Version 16.0 program to get the mean, percentage and standard

deviation. The findings showed that mean value of the whole parts were very high level

and means that majority of teachers agreed that professional development program

effect in the aspects of knowledge development, skills development and shaping the

teachers’ attitude. In addition, interviews have been conducted with two teachers in

PPIH to support the findings gained through questionnaire. Through the analysis,

professional development program was able to help teachers in academic, and to

implement Tarbiyya dan Dakwah to raise the attitude of pupils. Finally, a few

suggestions for further study have been propose for future research.

Page 10: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN i

DEDIKASI ii

PENGAHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 6

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Persoalan Kajian 10

1.5 Objektif Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 12

1.7 Skop Kajian 13

1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14

1.9 Definisi Istilah 16

1.9.1 Perlaksanaan 16

Page 11: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

1.9.2 Pembangunan Staf 16

1.10 Rumusan 17

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 19

2.2 Program Pembangunan Staf 20

2.3 Program Pembangunan Staf Di Sekolah 22

2.4 Perlaksanaan Program Pembangunan Staf 26

2.4.1 Model Program Pembangunan Guru 27

2.5 Objektif Pembangunan Staf 28

2.6 Merangka Program Pembangunan Staf 31

2.7 Penilaian Program Pembangunan Staf 33

2.8 Pembangunan Staf Di Bawah MUSLEH 35

2.9 Program Tarbiyyah Merupakan Program Pembanguan Staf 38

2.10 Program Latihan Dalaman 41

2.11 Rumusan 44

BAB3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 46

3.2 Reka Bentuk Kajian 47

3.3 Lokasi Kajian 50

3.4 Populasi Dan Sampel 50

3.5 Instrumen Kajian 52

3..5.1 Soal Selidik 52

3.5.2 Temubual 55

3.6 Pengumpulan Data 56

3.7 Kajian Rintis 57

3.8 Ujian Kebolehpercayaan Dan Kesahan Instrumen Kajian 58

3.8.1 Kesahan 58

3.8.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 59

3.9 Penganalisaan Data 60

Page 12: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

3.9.1 Tatacara Analisis Data Kajian 61

3.10 Kesimpulan 64

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 65

4.2 Taburan Pengagihan Soal Selidik Kajian 67

4.3 Latar Belakang Responden 67

4.3.1 Jantina 68

4.3.2 Umur 68

4.3.3 Pengalaman Mengajar Di Sekolah Ini 69

4.3.4 Kelulusan Akademik Tertinggi 70

4.3.5 Kelayakan Ikhtisas 70

4.4 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 71

4.4.1 Analisis Persoalan Kajian 1 72

4.4.2 Analisis Persoalan Kajian 2 75

4.4.3 Analisis Persoalan Kajian 3 78

4.4.4 Analisis Persoalan Kajian 4 81

4.4.5 Analisis Persoalan Kajian 5 84

4.4.5.1 Dapat Mempelajari Sesuatu Yang Baru 85

4.4.5.2 Mengaplikasikan Ilmu Yang Di Perolehi 86

4.4.5.3 Meningkatkan Kemahiran Dan Memahirkan Diri 87

4.4.5.4 Memberikan Kesedaran Dan Motivasi Kepada

Pelajar 88

4.4.6 Analisis Persoalan Kajian 6 90

4.4.6.1 Mempelajari Ilmu Yang Baru Untuk Disampaikan

Kepada Para Pelajar 91

4.4.6.2 Mempertingkatkan Ilmu Yang Sedia Ada 93

4.4.6.3 Menjadi Lebih Bersemangat Dalam Menyebarkan

Ilmu Kerana Allah 94

4.4.7 Analisis Persoalan Kajian 7 95

Page 13: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

4.4.7.1Meningkatkan Sahsiah Pelajar Dengan

Menggunakan Pendekatan Tarbiyyah 95

4.4.7.2 Memberikan Kesedaran Dan Motivasi Kepada

Pelajar 97

4.4.7.3Memahirkan Diri Untuk Menjadi Pendakwah

Kepada Pelajar-Pelajar 98

4.5 Rumusan Analisis Data 99

4.6 Kesimpulan 101

BAB 5 DAPATAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 102

5.2 Perbincangan 103

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 105

5.2.2 Persepsi Guru Terhadap Keberkesanan Program

Pembangunan Staf Dalam Meningkatkan Ilmu

Pengetahuan Guru-Guru 106

5.2.3 Persepsi Guru Terhadap Keberkesanan Program

Pembangunan Staf Dalam Meningkatkan Kemahiran

Guru-Guru 108

5.2.4 Persepsi Guru Terhadap Keberkesanan Program

Pembangunan Staf Dalam Membentuk Sikap

Guru-Guru 110

5.2.5 Persepsi Guru Terhadap Perkara-perkara yang

Mempengaruhi Keberkesanan Program 112

5.2.6 Persepsi Guru Terhadap Kesan Daripada Program

Pembangunan Staf Yang Dapat membantu Guru-Guru

Dalam Bidang Akademik Dan Kecemerlangan Sekolah 113

5.2.7 Persepsi Guru Terhadap Kesan Daripada Program

Pembangunan Staf Yang Dapat membantu Guru-Guru

Dalam Melaksanakan Tarbiyyah Dan Dakwah Kepada

Pelajar-Pelajar 115

Page 14: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

5.2.8 Persepsi Guru Terhadap Kesan Daripada Program

Pembangunan Staf Yang Dapat membantu Guru-Guru

Dalam Meningkatkan Sahsiah Pelajar-Paelajar 116

5.3 Implikasi Dan Cadangan Tindakan 118

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 120

5.5 Penutup 121

RUJUKAN 122

LAMPIRAN 128

Page 15: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan Popilasi kajian 50

3.2 Jadual Penentuan Saiz Sampel, Krejcie

dan Morgan (1970) 51

3.3 Pecahan Item Mengikut Konstruk 53

3.4 Skala Likert 54

3.5 Analisis Pekali Kebolehpercayaan Alpha

Cronbach Mengikut item Soal Selidik Bagi

Kajian Rintis 58

3.6 Pekali Saiz Cronbach Alpha 59

3.7 Tahap Pemeringkatan Min 61

3.8 Proses Pengalisaan Data Kuantitatif 63

3.9 Kaedah Analisis Data Berdasarkan Persoalan

Kajian 64

4.1 Taburan Pengagihan Soal selidik Kajian 67

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 68

Page 16: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 69

4.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman

Mengajar Di sekolah Ini 69

4.5 Taburan Responden Mengikut Kelulusan

Akademik Tertinggi 70

4.6 Taburan Responden Mengikut Kelayakan

Ikhtisas 71

4.7 Maklumbalas Responden Terhadap Item-Item

Persepsi Guru Terhadap Keberkesanan Program

Pembangunan Staf Dalam Meningkatkan Ilmu

Pengetahuan Guru-Guru 74

4.8 Maklumbalas Responden Terhadap Item-Item

Persepsi Guru TerhadapKeberkesanan Program

Pembangunan Staf Dalam Meningkatkan Kemahiran

Guru. 77

4.9 Maklumbalas Responden Terhadap Item-Item

Persepsi Guru Terhadap Keberkesanan Program

Pembangunan Staf Dalam Meningkatkan sikap

Guru 80

4.10 Maklumbalas Responden Terhadap Item-Item

Persepsi Guru Terhadap Perkara-perkara

Yang Boleh Mempengaruhi Keberkesanan

Program 83

4.11 Rumusan dapatan Kajian Berdasarkan Persoalan

Kajian 99

Page 17: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka Konseptual Kajian 15

3.1 Rangka Kerja Keseluruhan 44

Page 18: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 128

B Transkrip Temubual Guru A 133

C Transkrip Temubual Guru B 140

D Nilai Analisis Data Kajian Rintis 145

E Nilai Analisis Data sebenar 154

F Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 171

Page 19: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia merupakan satu isu yang sering mendapat perhatian

semua pihak. Menyedari kepentingan pendidikan kepada masyarakat, pelbagai institusi

pendidikan kerajaan dan swasta seperti prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah,

pusat pengajian tinggi, pusat-pusat latihan vokasional dan sebagainya diwujudkan bagi

memenuhi permintaan rakyat Malaysia yang kini mementingkan ilmu pengetahuan.

Rakyat Malaysia terutamanya para ibu bapa kini lebih berpandangan jauh dalam

memikirkan kepentingan pendidikan anak-anak mereka dan akan mencari institusi yang

terbaik walaupun berbelanja lebih. Dengan ini, pelbagai institusi pendidikan swasta telah

diwujudkan bagi memenuhi permintaan ibu bapa yang inginkan perbezaan dan

penambahan dalam struktur pendidikan yang sedia ada.

Page 20: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

Sekolah swasta ialah sekolah bukan milik kerajaan dan bukan bantuan kerajaan.

Sekolah ini dibiayai sendiri tanpa bantuan kewangan kerajaan negeri atau kerajaan

persekutuan. Ia merupakan sebuah institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh pihak

swasta, kumpulan masyarakat, persatuan dan juga pihak korporat serta syarikat-syarikat.

Sekolah swasta juga disebut sebagai sekolah persendirian. Selain mempunyai

pengurusan sendiri, sekolah ini mudah dikenali kerana tidak menggunakan perkataan

“kebangsaan” atau “jenis kebangsaan” yang hanya khusus diguna pakai untuk sekolah

kerajaan dan bantuan kerajaan. Manakala bagi sekolah swasta aliran agama, penggunaan

nama sekolah rendah Islam (SRI), sekolah menengah Islam (SMI), maahad dan sekolah

tahfiz memudahkan kita untuk membezakannya dengan sekolah bantuan kerajaan seperti

sekolah agama rakyat (SAR), sekolah menengah agama negeri (SMAN) dan juga

sekolah agama kerajaan persekutuan.

Mengikut peruntukan Seksyen 44 dalam Akta Pelajaran 1961, semua sekolah

swasta di semua peringkat mesti berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia

(Laporan Kabinet: 1988). Manakala penubuhan, pengurusan dan pengoperasian institusi

ini adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan yang dibuat

di bawahnya. Perlaksanaan akta khusus yang berkaitan dengan sekolah ini menjelaskan

kepada kita bahawa sekolah atau institusi pendidikan swasta tidak boleh ditubuhkan

sesuka hati. Ia dikawal dengan peraturan yang mengikatnya bagi mengekang

penyalahgunaan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, disamping mengawal mutu

perkhidmatan pendidikan yang disediakan,(Tie Fatt Hee, 2002). Begitu juga dengan

sekolah agama swasta, semua urusan penubuhan, pendaftaran dan kawalselia sekolah

agama swasta diletakkan dibawah pengurusan dan pentadbiran Jabatan Pendidikan

Swasta (JPS), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan sokongan Bahagian Perancangan

Dan Penyelidikan Pendidikan Swasta, Bahagian Pendaftaran dan Piawaian serta

Bahagian Penguatkuasaan.

Page 21: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

Secara dasarnya penubuhan sekolah agama swasta (SAS) adalah bagi memenuhi

permintaan masyarakat dan beberapa faktor penting pertumbuhannya dari pelbagai

aspek. Antaranya ialah mewujudkan pendidikan sepadu atau dwi-kurikulum yang dapat

menggabungkan komponen akademik dan agama di dalam satu kesepaduan yang saling

lengkap melengkapi di antara satu sama lain. Aspek yang lain ialah kelemahan sistem

pendidikan yang masih terkesan dengan sekularisme di dalam melahirkan individu

pelajar yang seimbang terhadap keperluan dunia dan kepentingan akhirat. Dengan ini,

masyarakat mulai sedar keperluan terhadap sistem pendidikan yang lengkap

merangkumi agama dan akademik sangat diperlukan pada masa kini lantaran arus

kemodenan yang sangat deras amat membimbangkan ibu bapa.

Menyedari tuntutan tersebut, Pusat Pendidikan Hidayah (PPH) telah ditubuhkan

pada tahun 1989. Pusat Pendidikan Hidayah adalah merupakan pusat pendidikan swasta

yang tidak berorentasikan keuntungan. Pembangunan pusat ini adalah hasil bayaran

yuran pelajar dan sumbangan orang ramai. PPH ditubuhkan semata-mata untuk

memberikan pendidikan alternatif berteraskan Islam yang diurus dengan prosesional.

PPH terbahagi kepada dua iaitu Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan Sekolah

Menengah Islam Hidayah (SMIH). Pada awal penubuhannya, sekolah ini bermula

dengan 12 orang pelajar dan 4 orang guru di sebuah rumah teres kediaman di Skudai,

Johor bahru. Pada tahun seterusnya, pelajarnya telah meningkat kepada 65 orang dan

sekolah ini terpaksa dipindahkan ke pusat operasi yang lebih besar iaitu di rumah banglo

Taman Dawani, Senai, Johor. Permintaan ke atas sekolah ini semakin meningkat

sehingga memaksa Lembaga Pemegang Amanah (BOT) membesarkan sekolah ini ke

tapak yang lebih sesuai. Hasil daripada bantuan orang ramai dari seluruh negara dan

sumbangan sukarela, sekolah ini dapat membeli tanah dan memdirikan bangunan

sendiri.

Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan Sekolah Menengah Hidayah (SMIH)

adalah sekolah yang menawarkan pendidikan bersepadu menggabungkan matapelajaran

Page 22: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

akademik dan Deeniah. Ia beroperasi tanpa bantuan kewangan kerajaan sebaliknya

semata-mata bergantung kepada bantuan orang ramai dan bayaran yuran pelajar. Walau

bagaimanapun SRIH dan SMIH tetap mendapat pengiktirafan kerajaan apabila diterima

pendaftarannya di bawah Kementerian Pelajaran dan Majlis Agama Islam Johor. SRIH

dan SMIH telah diterima mengendalikan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Kini, pusat

ini telah mengendalikan 30 kelas iaitu 5 bilik darjah untuk setiap tahun pembelajaran .

Senarai 67 guru kini berkhidmat sepenuhmasa mendidik 1,047 orang pelajar dengan

dibantu oleh 4 orang kakitangan sokongan. Pencapaian sekolah ini sehingga tahun 2011

ialah kejayaannya dalam bidang akademik kerana telah mendapat Anugerah Akademik

Terbaik atas pencapaian sekolah terbaik seluruh Johor dan sekolah swasta ke 4 terbaik

seluruh Malaysia. Kejayaan lain ialah pelajar SMIH telah diiktiraf sebagai antara pelajar

terbilang seluruh Malaysia apabila berjaya mencapai keputusan 12 A1 dalam

peperiksaan SPM. Selain daripada itu, SMIH juga telah mencipta sejarah cemerlang

dalam pertandingan debat antara sekolah-sekolah seluruh Malaysia dengan menjadi

johan dalam debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengalahkan sekolah-sekolah

ternama. SMIH juga telah mencipta kejayaan selama beberapa tahun didalam

pertandingan ini. Kejayaan ini juga telah mengejutkan semua pihak terutamanya

sekolah-sekolah menengah berasrama penuh ternama yang telah sekian lama cemerlang

dalam arena pendebatan.

Sesuai dengan falsafah pendidikan Islam iaitu proses pendidikan yang

berterusan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani yang

berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri,

masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah

melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu menyeluruh dan berterusan.Maka

tidak hairanlah jika sekolah-sekolah di pusat ini mencapai kejayaan akademik dan

kerohanian secara seiring. Visi dan Misi yang dijadikan matlamat asas sistem

pendidikan di pusat ini ialah menjadi sebuah institusi Pendidikan Islam yang unggul

menjelang 2020 dan membangunkan sistem Pendidikan Islam yang syumul dan lestari

kearah melahirkan insan rabbani yang mampu memimpin masyarakat. Bagi mencapai

Page 23: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

visi dan misi pusat ini, maka organisasi di peringkat pusat amatlah memainkan peranan

penting bagi melancarkan proses pengurusan dan pentadbiran di pusat ini. Asas

pengurusan sekolah-sekolah di bawah pusat ini juga berbeza dengan sekolah-sekolah

dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia ini adalah kerana sekolah-sekolah agama

swasta akan diselaraskan pengurusannya di bawah satu pusat yang dikenali sebagai

MUSLEH. MUSLEH akan menjalankan usaha-usaha untuk mengurusperdanakan

pendidikan Islam melalui pendekatan berkualiti dan global. Diantara pendidikan yang

telah diambil ialah memurnikan kurikulum pendidikan Islam dengan menggabungkan

metodologi pendidikan tradisional serta unjuran cabaran masa depan berdasarkan

prinsip-prinsip Islam yang universal.

Dalam pada itu, program pembangunan guru di PPH ini juga di selaraskan di

bawah MUSLEH. Ini adalah di mana sekolah-sekolah di bawah MUSLEH mempunyai

sistem pembangunan staf yang sama iaitu guru-guru akan mengikuti beberapa bahagian

di dalam program pembangunan staf yang telah diselaraskan oleh MUSLEH. Guru-

guru di PPH akan mengikuti Manhaj Tarbiyyah MUSLEH (MTM), Syahadah Perguruan

Islam MUSLEH dan Kursus Dalaman (In House Traning). Program Syahadah Perguruan

adalah program pengajian profesional bagi guru-guru di sekolah rendah dan menengah

gabungan MUSLEH. Matlamat program ini adalah untuk melatih para guru dalam

latihan perguruan yang teratur , seimbang dan professional. Dalam pada itu, guru-guru

yang mengikuti program ini diharap berkemampuan untuk memikul amanah sebagai

muaddib, mu’alim, muddaris dan murabbi. Di sekolah pula, bagi memastikan bahawa

setiap guru akan melalui suatu proses pembangunan diri yang komprehensif dengan

mengikuti Program Tarbiyyah MUSLEH. Semua guru mestilah telah disusunkan

kedalam program ini. Program ini adalah sesuatu yang bersepadu, menyeluruh,

seimbang dan berterusan iaitu bermula daripada pembentukan falsafahnya sehinggalah

kepada perlaksanaanya. Bagi program Kursus Dalaman pula, pihak PPIH akan

mengadakan program ini mengikut keperluan Panitia dan sekiranya terdapat perubahan

dalam struktur kurikulum, penambahbaikan dan pembaharuan dalam silabus

Page 24: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

matapelajaran. Proses program ini juga tidak berbeza dengan sekolah-sekolah kerajaan

harian biasa.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) merupakan salah satu institusi

pendidikan swasta yang ditubuhkan bertujuan memberikan perkhidmatan secara swasta

kepada murid-murid dimana ibu bapa yang inginkan kelainan daripada institusi

pendidikan awam yang sedia ada. SMIH menawarkan pendidikan bersepadu

menggabungkan matapelajaran akademik dan Deeniah. Ia beroperasi tanpa bantuan

kewangan kerajaan sebaliknya semata-mata bergantung kepada bantuan orang ramai dan

bayaran yuran pelajar. Ini adalah konsep dan falsafah sekolah ini yang mementingkan

kerohanian berbanding sekolah awam menimbulkan minat kepada golongan ibu bapa

yang berkemapuan. Visi sekolah ini adalah ingin menjadi sebuah institusi pendidikan

Islam yang unggul menjelang 2020, manakala misinya pula ialah membangunkan sistem

pendidikan Islam yang syumul dan lestari kearah melahirkan insan Rabbani yang

mampu memimpin masyarakat. Jika kita lihat kedua-dua visi dan misi sekolah ini cukup

hebat dalam menjadi sebuah institusi pendidikan yang dapat melahirkan generasi-

generasi yang Rabbani yang seiring dari segi kehebatan akademiknya, akhlaknya,

aqidahnya sehingga mampu menjadi pemimpin kepada masyarakat. Atas dasar itu

jugalah para pendidik di PPH mestilah menyiapkan diri dan membangunkan diri mereka

dengan pelbagai ilmu yang cukup dalam membimbing dan melatih pelajar kearah

menjadi insan Rabbani yang dapat menjadi pemimpin kepada masyarakat.

Page 25: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

Dalam mempersiapkan diri para pendidik, Program Perguruan Syahadah telah

diadakan untuk melatih guru-guru dalam mendidik dan memantapkan penguasaan asas

dan prinsip ilmu pendidikan bagi menjalankan tugas secara ihsan dan profesional.

Program Perguruan Syahadah atau lebih dikenali sebagai Syahadah Pendidikan Islam

MUSLEH (SPIM) terbahagi kepada tiga iaitu Syahadah Perguruan SRI (Sekolah

Rendah Islam), Syahadah Perguruan SMI (Sekolah Menengah Islam) dan Syahadah

Kepengetuaan MUSLEH. Para pendidik akan mengikuti program ini selama beberapa

semester sehingga mereka menerima penganugerahan Syahadah iaitu calon yang

memenuhi semua kehendak peraturan dan telah diperakui soleh MUSLEH akan

menerima diploma yang setaraf dengan diploma pendidikan. Para pendidik di bawah

gabungan MUSLEH akan menjalani kursus ini di satu pusat iaitu di ibu pejabat

MUSLEH. MUSLEH akan menjalankan kursus dan latihan berterusan kepada para

pendidik SRI dan SMI. Setelah tamat, mereka akan diberi Syahadah Perguruan. Ini

adalah untuk memastikan bahawa para pendidik merupakan pendidik dan murobbi yang

dihormati, disayangi serta berkesan untuk menjalankan tanggungjawab.

Bagi semua warga pendidik dan staf di PPH dan semua sekolah dibawah

gabungan MUSLEH Program Syahadah Perguruan atau SPIM masih tidak memadai

untuk mencapai Falsafah Pendidikan Islam dalam melahirkan insan Rabbani yang

berilmu, beriman, berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri

sendiri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-quran dan As-

Sunnah. Dengan itu, terdapat beberapa program lagi yang dijalankan dan dianjurkan di

peringkat sekolah dalam membangunkan diri warga pendidik di PPH. Program yang

dimaksudkan ialah Program Manhaj Tarbiyyah MUSLEH. Setiap warga PPH

termasuklah warga pendidik, pelajar dan juga staf sokongan dikehendaki mengikuti

program Tarbiyyah. Tarbiyyah merupakan satu program yang terdapat pelbagai aktiviti

yang terancang didalamnya. Antara aktiviti tersebut ialah Halaqah, Daurah, Qiamullail,

Perkemahan dan Rehlah. Setiap program tersebut telah dirancang dengan teratur didalam

takwim sekolah. Program ini dianggap begitu penting bagi sekolah-sekolah Islam

dibawah gabungan MUSLEH dalam membentuk diri para pendidik menjadi mukmin

Page 26: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

yang sejati dan pemimpin kepada para pelajar. Ini adalah kerana Tarbiyyah bukan

sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa

seorang diri sahaja bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat,

memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah serta mampu

memperbaiki sesuatu keadaan kearah yang lebih sempurna.

Walaupun program Tarbiyyah menjadi keutamaan dalam membentuk jati diri

mukmin yang sejati namun sebagai sebuah institusi pendidikan, PPH juga mempunyai

sistem kurikulum yang tersendiri. Kurikulum di Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH)

contohnya mempunyai dua bahagian iaitu Kurikulum KSSR dan Deeniah. Setiap

matapelajaran yang terdapat di kurikulum sekolah rendah mempunyai panitia

matapelajaran masing-masing. Dengan itu, kursus dalaman ataupun In House Traning

akan dijalankan atas permintaan panitia sendiri dalam membuat penambahbaikan ahli-

ahli didalam panitia. Ini adalah kerana pendidikan bersifat dinamik yang sentiasa

mengalami perubahan dari semasa kesemasa mengikut arus perubahan. Sekiranya sistem

kurikulum mengalami perubahan dan pembaharuan adalah menjadi tanggungjawab

panitia untuk merancang dan seterusnya menjalankan kursius dalaman dengan tujuan

untuk menyebarkan maklumat dan melatih ahli-ahli supaya mengikut keseragaman

didalam panitia matapelajaran. Contohnya pada beberapa tahun yang lepas, sistem

kurikulum sekolah rendah telah diubah dari KBSR kepada KSSR, untuk membuat

perubahan di peringkat sekolah oleh ahli-ahli dalam panitia maka kursus dalaman perlu

dijalankan dengan tenaga pengajar dari kalangan mereka sendiri yang telah mengikuti

kursus terlebih dahulu.

Ketiga-tiga program pembangunan untuk para pendidik di PPH adalah penting

dalam membentuk sebuah organisasi supaya stabil, mempunyai penghayatan dan

melahirkan para pendidik yang berinovasi. Dengan itu, perancangan yang jitu dari

organisasi sekolah adalah penting bagi memastikan program berjalan lancar sepertimana

yang telah dirancang sehingga menimbulkan kepuasan kepada diri peserta dan

Page 27: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

seterusnya dapat mendidik dan mempraktikkannya bersama pelajar-pelajar. Menurut

Bradley et.al (1991), program latihan pembangunan professional harus memainkan tiga

fungsi utama pada organisasi iaitu kestabilan , penghayatan dan inovasi. Dengan itu,

sesuatu program latihan yang dirancang dan dilaksanakan wajar mempunyai unsur-unsur

yang dinyatakan. Sebelum program dilaksanakan beberapa perkara perlu diambil

perhatian contohnya, jantina, umur, pengalaman dan kelayakan. Ini adalah penting bagi

mengelakkan terdapat masalah keberkesanan dalam penyampaian. Guru-guru sekolah

ini merupakan peserta dan ahli di dalam program-program tersebut.

Dalam pada itu, terdapat juga beberapa faktor yang boleh memungkinkan sesuatu

program yang telah dijalankan berkesan atau pun tidak serta dapat memberikan

kepuasan kepada ahlinya. Faktor fasilitator dan penggunaan pendekatan serta kaedah

penyampainan yang sesuai juga sedikit sebnayak akan memberikan kesan kepada ahli

ataupun peserta. Faktor lain ialah proses penyeliaan terhadap program yang terdiri

daripada pihak pengurusan. Ini dikira aspek penting semasa dan selepas program untuk

melihat kekuatan dan kelemahan daripda program itu sendiri. Dengan itu, tindakan

susulan wajar diambil untuk memperbaiki atau mempertingkatkanprogram pada masa

akan datang. Howton (1988), ini menunjukkan tindakan selepas aktiviti itu akan

memastikan segala kekurangan diperbaiki malah segala kebaikan di pertingkatkan bagi

semua yang terlibat.

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam kajian ini, keberkesanan program pembangunan staf berdasarkan 3 aspek

utama terhadap guru-guru adalah diberi fokus utama. Oleh itu, frasa Program

Pembangunan Staf akan digunakan dalam penulisan penyelidikan ini. Melalui kajian ini,

Page 28: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

kajian akan dijalankan terhadap keberkesanan program- program yang telah dijalankan

di sekolah. Berdasarkan dari kenyataan di atas penyelidikan ini ingin menjalankan kajian

untuk meninjau sejauhmana kepuasan dan keberkesanan program pembangunan staf

yang telah dijalankan ini kepada para pendidik di PPH. Oleh itu, tumpuan dalam kajian

ini, berkenaan dengan persepsi guru-guru dari pelbagai latar belakang samada jantina,

pengalaman mengajar jawatan serta umur. Justeru itu, kajian ini dibuat untuk mengkaji

keberkesanan program pembangunan staf dan perkara-perkara yang mempengaruhi

keberkesanan program yang boleh dijadikan panduan kepada institusi pendidikan lain

disamping mempertingkatkan kualiti diri dan juga para pelajar.

1.4 Persoalan kajian

Kajian ini bertujuan mencari jawapan kepada beberapa persoalan di bawah :

(i) Apakah persepsi guru-guru terhadap kesan program pembangunan staf

dalam aspek meningkatkan ilmu pengetahuan guru- guru ?

(ii) Apakah persepsi guru-guru terhadap kesan program pembangunan staf

dalam aspek meningkatkan kemahiran guru-guru ?

(iii) Apakah persepsi guru-guru terhadap kesan program

pembangunan staf dalam aspek meningkatkan sahsiah dan sikap

guru-guru ?

(iv) Apakah aspek-aspek yang mempengaruhi keberkesanan objektif program

pembangunan staf di sekolah?

Page 29: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

(v) Adakah program pembangunan staf dapat membantu guru dalam bidang

akademik dan kecemerlangan sekolah?

(vii) Adakah program pembangunan staf dapat membantu guru dalam

melaksanakan Tarbiyyah dan Dakwah kepada para pelajar?

(viii) Adakah program pembangunan staf dapat membantu guru dalam

meningkatkan sahsiah pelajar ?

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan secara khusus adalah:

(i) Mengenalpasti kesan program pembangunan staf dalam meningkatkan

ilmu pengetahuan guru-guru.

(ii) Mengenalpasti kesan program pembangunan staf dalam meningkatkan

kemahiran guru-guru.

(iii Mengenalpasti kesan program pembangunan staf dalam membentuk sikap

guru-guru.

(iv) Mengenalpasti perkara yang mempengaruhi keberkesanan program.

Page 30: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

(v) Mengetahui sama ada program pembangunan staf dapat membantu guru-

guru dalam bidang akademik dan kecemerlangan sekolah.

(vi) Mengetahui sama ada program pembangunan staf dapat membantu guru-

guru dalam melaksanakan Tarbiyah dan Dakwah kepada para pelajar.

(vii) Mengetahui sama ada program pembangunan staf dapat membantu guru-

guru dalam meningkatkan sahsiah pelajar.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan kepada guru-guru di Sekolah Menengah Islam Hidayah,dan

Sekolah Rendah Islam Hidayah di Johor bahru. Hasil penyelidikan ini diharap dapat

mengembangkan satu perspektif yang menyeluruh tentang perlaksanaan program

pembangunan staf diperingkat sekolah. Iannya juga dapat dijadikan suatu sumber

rujukan dalam penambaikan pembangunan profesional perguruan pada masa akan

datang. Bagi MUSLEH dapatan kajian ini diharap boleh dijadikan piawaian atau data

emprikal dalam merancang program-program pembangunan staf yang lain serta

membuat keputusan secara kolektif dalam pembangunan professional keguruan untuk

melatih guru-guru sekolah menjadi pendidik, pemimpin dan Murobbi dalam

menghadapi cabaran era globalisasi dan pembangunan akhlak yang semakin meruncing

pada masa kini. Dapatan hasil kajian ini boleh dijadikan panduan kepada pihak

perlaksana dasar iaitu pentadbiran sekolah. Pihak pentadbiran sekolah harus peka dan

mengesan keperluan sekolah dan guru-guru dalam melaksanakan program-program

pembangunan diri para pendidik. Hasil kajian dapat memberi panduan kepada pengetua

dan guru besar dalam merancang, mereka bentuk, membangun dan menilai tahap

kompetensi pembangunan staf di sekolah masing-masing.

Page 31: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

Guru-guru merupakan peserta utama dalam latihan di sekolah. Hasilan

penyelidikan ini diharap dapat memberi suatu kesedaran tentang kepentingan program

pembangunan diri yang professional ini supaya bertindak menggunakan strategi

program latihan untuk menjadikan program ini lebih daripada apa yang diharapkan.

Pemahaman pembangunan staf adalah penting dalam menggalakkan guru-guru berusaha

memperkembangkan pembelajaran kendiri secara berterusan melaui program-program

dalaman dalam mencapai matlamat kerjaya yang lebih tinggi. Selain daripada itu, kajian

ini diharapkan dapat memberikan maklum balas mengenai aktiviti-aktiviti serta

pengisian yang diperlukan oleh seorang guru bagi mendapatkan kepuasan menjalani

program dengan maksimum. Kajian ini juga dapat membantu pihak pentadbir dalam

membuat penilaian dan keperluan tentang latihan kepada anggota sekolah iaitu guru

besar dan pengetua agar dapat mewujudkan suasana pekerjaan yang dapat memberikan

kepuasan kerja secara lebih praktikal. Kajian ini adalah wajar bagi mewujudkan

kerjasama dalam pengurusan, memahami masalah dan tanggungjawab anggota serta

perhubungan yang baik antara pentadbir dan anggotanya agar tercapai matlamat yang di

sasarkan.

1.7 Skop Kajian

Kajian ini terbatas kepada guru-guru di Pusat Pendidikan Hidayah sahaja iaitu

guru-guru di Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan juga Sekolah Menengah Islam

Hidayah (SMIH). Walaupun responden berbeza dari segi kumpulan umur, jantina,

kelulusan akademik, pengalaman mengajar dan kelayakan ikhtisas. Skop dan batasan

kajian ini boleh dirangkumi kepada 4 aspek iaitu :

(i) Populasi kajian ini terdiri daripada guru-guru di PPH sahaja.

Oleh itu, hasil kajian tidak melambangkan pendapat guru-guru di

sekolah Islam swasta di bawah gabungan MUSLEH.

Page 32: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

(ii) Kajian secara kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan

kaedah temuramah dan soal selidik sebagai alat penyelidikan.

(iii) Instrumen soal selidik dan soalan temuramah yang digunakan

hanya berdasarkan kesan perlaksanaan program pembangunan

staf dan aspek-aspek yang mempengaruhi keberkesanan program.

Ianya tidak mengkaji semua aspek secara terperinci mengenai

pembangunan profesionalisme keguruan.

(iv) Keikhlasan responden kajian merupakan faktor penting dalam

menjamin kesahihan dapatan kajian ini. Oleh itu, penyelidikan

menganggap bahawa segala maklumat yang disumbangkan

adalah pesepsi diri responden terhadap kajian ini.

1.8 Kerangka Konseptual Kajian

Matlamat kajian ini ialah meninjau kesan perlaksanaan Program Pembangunan

Staf kepada guru-guru yang merupakan pendidik dan Murobbi kepada para pelajar di

sekolah. Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konseptual kajian yang akan digunakan

dalam kajian. Latarbelakang responden yang dikaji ialah jantina, umur, kelulusan

akademik, kelayakan ikhtisas dan pengalaman mengajar. Kajian yang dijalankan

meliputi beberapa perkara yang mempengaruhi keberkesanan program berdasarkan

persepsi guru-guru iaitu jangkamasa program, tenaga pengajar, fasilitator, refleksi,

ketetapan tarikh, masa dan tempat serta modul digunakan.

Objektif program pembangunan staf pada dasarnya ialah menyampaikan ilmu

kepada para pendidik, meningkatkan kemahiran profesionalisme guru dan membina diri

dengan ciri-ciri peribadi muslim sebelum menjadi pemimpin dan Murobbi kepada para

Page 33: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

pelajar. Sekiranya objektif program pembangunan staf ini tercapai, namun terdapat

beberapa kesannnya terhadap para pendidik di sekolah ini. Dengan itu kajian akan

dijalankan terhadap keberkesanan program pembangunan staf dalam kalangan guru-

guru. Kajian keberkesanan program yang akan dijalankan meliputi tiga perkara utama

iaitu keberkesanannya dalam peningkatan ilmu pengetahuan, peningkatan kemahiran

guru dan pembentukan sikap guru.

Rajah 1.1: Kerangka Konseptual Kajian

LATAR BELAKANG RESPONDEN

1. JANTINA 4. KELULUSAN AKADEMIK 2. UMUR 5. KELAYAKAN IKHTISAS 3. PENGALAMAN MENGAJAR

OBJEKTIF PROGRAM PEMBANGUNAN STAF

1.Menyampaikan ilmu kepada para pendidik.

2. Meningkatkan kemahiran profesionalisme guru

3.Membina diri dengan ciri-ciri peribadi muslim sebelum menjadi pemimpin dan murobbi kepada para pelajar.

KESAN PROGRAM PEMBANGUNAN STAF DALAM KALANGAN GURU

1. Meningkatkan ilmu. 2. Meningkatkan

kemahiran. 3. Membentuk sikap

guru-guru. 4. Membantu guru

meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar.

5. Membantu guru dalam perlaksanaan Tarbiyyah.

6. Membantu guru dalam meningkatkan sahsiah pelajar.

ASPEK-ASPEK YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN OBJEKTIF

1. Jangkamasa program

2. Tenaga Pengajar 3. Fasilitator 4. Refleksi 5. Ketetapan tarikh,

masa dan tempat 6. Modul

Page 34: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Perlaksanaan

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ke Empat : Perlaksanaan dimaksudkan hasil

daripada melaksanakan sesuatu, mengerjakan atau menyelesaikan sesuatu tugas atau

rancangan.

1.9.2 Pembangunan staf

Mengikut Kamus Dewan 1996: pembangunan dimaksudkan perihal atau

proses menjadikan maju atau tersebar, membiak atau meluas. Tetapi mengikut

penyelidikan Richard, Matthew dan Robbert (1992) dalam buku “Personel

Administration”, konsep pembangunan staf banyak dikaitkan dengan perkembangan

personel, latihan dan kursus dalam perkhidmatan. Dalam aspek perkembangan personel ,

beliau mengaitkannya dengan perkembangan individu, kumpulan, dan kemajuan dalam

sistem pengurusan. Manakala latihan pula dikaitkan dengan keperluan kemahiran

kakitangan. Kursus dalam perkhidmatan adalah satu bentuk latihan semasa bekerja bagi

meningkatkan kecekapan kerja dan membina motivasi diri pekerja.

Zaidatul Akhmaliah Lope Pihie (1989) pula menyatakan bahawa

perkembangan dan pembangunan staf merupakan aspek penting terutama peranan

Page 35: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

pemimpin terhadap pengaruh tingkah laku kakitangan. Bagi pengertian staf pula, Kamus

Dewan (1996), mentakrifkan staf sebagai kumpulan pekerja yang berkerja bersama-

sama iaitu di bawah ketua yang sama atau kakitangan. Manakala James A.F Stoner

Wankel (1989), menyatakan bahawa staf merupakan individu atau kumpulan yang

menyediakan nasihat dan perkhidmatan untuk pengurus lain. Berdasarkan kepada

definisi yang diberikan di atas jelas menunjukkan pembangunan staf meliputi semua

perkara yang berkaitan dengan kerjaya dan profesionalisme seseorang guru sama ada

dalam bidang pengajaran, membina sahsiah dan akhlak pelajar serta bidang pentadbiran.

Oleh itu, konsep pembangunan staf secara umumnya bertujuan membolehkan semua

pekerja dalam organisasi seperti sekolah dapat membaiki dan menambah pengetahuan

dalam bidang akademik, membina kerohanian serta tahap profesionalisme.

1.10 Rumusan

Adalah penting bagi sesebuah organisasi seperti sekolah untuk melaksanakan

program pembangunan staf atau perkembangan staf di sekolah masing-masing. Tujuan

perlaksanaan ini adalah untuk meningkatkan kapasiti dan kualiti sebagai guru dan

pendidik yang akan memimpin pelajar dan secara tidak langsung ianya dapat mencapai

matlamat sekolah. Guru yang berkualiti, berkemahiran dan berilmu pengetahuan dapat

melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti kepada negara dan bangsa serta beriman

kepada tuhan. Ianya penting kerana Malaysia memerlukan modal insan yang dapat

memimpin negara dan masyarakat. Dengan itu, kajian terhadap tahap pencapaian

program dan keberkesanan program pembangunan staf kepada para pendidik sekolah

adalah penting bagi membantu pihak sekolah dan pentadbir samada membuat

penambahbaikan, meneruskan program yang sedia ada atau menjadikan program ini

paling berkesan untuk dijadikan model dan contoh kepada sekolah lain. Ini adalah

kerana sesuatu program yang telah dirancang dan dilaksanakan akan memberikan

Page 36: Hafsah Binti Mad Arip.TT - fp.utm.my Binti Mad Arip... · 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 14 1.9 Definisi Istilah 16 1.9.1 Perlaksanaan 16 . 1.9.2 Pembangunan Staf 16 1.10 Rumusan

manfaat semaksima mungkin kepada setiap ahlinya namun terpulanglah kepada ahli

untuk mempraktikannya dalam kerjaya untuk kepentingan sekolah dalam mendidik dan

memimpin pelajar kearah pencapaian matlamat sekolah.

Ianya merupakan satu manfaat yang sangat besar dalam kerjaya sekiranya para

pendidik menjadikan program ini sebagai sesuatu program yang dapat menambahkan

kualiti diri, ilmu, pencapaian dalam memimpin pelajar dan seterusnya berusaha

mencapain visi dan misi sekolah. Oleh yang demikian adalah penting bagi pihak

pentadbir atau pelaksana program pembangunan staf di sekolah faham tentang

kehendak para pendidik dan sekolah dalam memberikan latihan ataupun kursus yang

bersesuaian dengan matlamat sekolah sendiri yang mungkin berbeza dengan matlamat

sekolah lain. Jika ini berlaku, maka segala halangan dapat diatasi bersama malah visi

dan misi sekolah tersebut dapat direalisasikan dengan lebih mudah dan efektif.