amirudin bin abdul rashid - fp.utm.my · bab ii kajian literatur 2.1 pengenalan 12 2.2 pengetahuan...

25
PERSEPSI GURU MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP TERHADAP PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP (MENYIMPAN REKOD) DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ZON SKUDAI, JOHOR DARUL TA’ZIM AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Mac, 2004

Upload: others

Post on 31-Aug-2019

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID - fp.utm.my · BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12 2.2 Pengetahuan Guru 12 2.3 Kemahiran Guru 14 2.4 Bahan Bantu Mengajar 16 2.5 Minat 16 2.6 Rumusan

PERSEPSI GURU MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP TERHADAP

PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP (MENYIMPAN

REKOD) DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ZON SKUDAI, JOHOR

DARUL TA’ZIM

AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mac, 2004

Page 2: AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID - fp.utm.my · BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12 2.2 Pengetahuan Guru 12 2.3 Kemahiran Guru 14 2.4 Bahan Bantu Mengajar 16 2.5 Minat 16 2.6 Rumusan
Page 3: AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID - fp.utm.my · BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12 2.2 Pengetahuan Guru 12 2.3 Kemahiran Guru 14 2.4 Bahan Bantu Mengajar 16 2.5 Minat 16 2.6 Rumusan
Page 4: AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID - fp.utm.my · BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12 2.2 Pengetahuan Guru 12 2.3 Kemahiran Guru 14 2.4 Bahan Bantu Mengajar 16 2.5 Minat 16 2.6 Rumusan

i

PERSEPSI GURU MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP TERHADAP

PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP (MENYIMPAN

REKOD) DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ZON SKUDAI, JOHOR

DARUL TA’ZIM

AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID

Dissertasi ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mac, 2004

Page 5: AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID - fp.utm.my · BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12 2.2 Pengetahuan Guru 12 2.3 Kemahiran Guru 14 2.4 Bahan Bantu Mengajar 16 2.5 Minat 16 2.6 Rumusan

ii

Page 6: AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID - fp.utm.my · BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12 2.2 Pengetahuan Guru 12 2.3 Kemahiran Guru 14 2.4 Bahan Bantu Mengajar 16 2.5 Minat 16 2.6 Rumusan

iii

DEDIKASI

Buat...

Ayahanda dan Bonda

“ Itulah Permulaan Hidup Ini ”

“ Tempat Melihat Bulan dan Matahari ”

Buat...

Kekandaku,

Bakri, Mokhtar, Nordin

Adindaku,

Mohd Nazri, Mohd Azrin

“ Semangat Kalian Dalam Perjuangan Ini ”

Buat...

Encik Zainudin Hassan

“ Tanpa Telunjukmu, Gelitalah Jalan Ini ”

Buat...

Cik Noorashiqin

“ Hadirmu Menguatkan Langkah Ini ”

Buat...

Sahabat Sejatiku,

Arbain, Muharam, Mustamin, Izhar, Rustan, Kasman

“ Pengorbanan Kalian Menghasilkan Kejayaan Ini “

Page 7: AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID - fp.utm.my · BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12 2.2 Pengetahuan Guru 12 2.3 Kemahiran Guru 14 2.4 Bahan Bantu Mengajar 16 2.5 Minat 16 2.6 Rumusan

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah segala puji bagi Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya

dapatlah penulis menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Universiti Teknologi

Malaysia.

Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan khas kepada penyelia iaitu

Encik Zainudin bin Hassan atas nasihat, bimbingan dan sokongan yang diberi sepanjang

tempoh penyelidikan laporan projek ini.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua-dua orang tua saya yang tidak putus-

putus memberi semangat dan sokongan moral dalam menyiapkan projek ini. Tanpa

mereka, mungkin saya tidak dapat menyiapkan projek ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan iaitu Arbain, Muharam,

Mustamin, Rustan, Kasman, Izhar dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung membantu menyiapkan laporan projek ini.

WASSALAM.

Page 8: AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID - fp.utm.my · BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12 2.2 Pengetahuan Guru 12 2.3 Kemahiran Guru 14 2.4 Bahan Bantu Mengajar 16 2.5 Minat 16 2.6 Rumusan

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi di kalangan guru Kemahiran Hidup

di SMK Zon Skudai mengenai pengajaran Kemahiran Hidup (Menyimpan Rekod).

Terdapat enam objektif kajian yang ingin dicapai. Pertama, untuk meninjau sejauh mana

tahap penguasaan guru-guru Kemahiran Hidup terhadap pengajaran mata pelajaran

Kemahiran Hidup (Menyimpan Rekod) dari segi pengetahuan mengenai subjek pelajaran

Menyimpan Rekod. Kedua adalah untuk meninjau sejauh mana kemahiran penerangan

oleh guru-guru Kemahiran Hidup dalam pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup

(Menyimpan Rekod). Ketiga pula adalah untuk meninjau sejauh mana kemahiran

pengukuhan oleh guru-guru Kemahiran Hidup dalam pengajaran mata pelajaran

Kemahiran Hidup (Menyimpan Rekod). Keempat adalah untuk meninjau sejauh mana

kemahiran menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) oleh guru-guru Kemahiran

Hidup dalam pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup (Menyimpan Rekod). Kelima,

untuk meninjau sejauh mana minat guru-guru Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah

Kebangsaan di Zon Skudai, Johor Darul Ta’zim terhadap pengajaran mata pelajaran

Kemahiran Hidup (Menyimpan Rekod). Keenam, untuk meninjau sejauh mana faktor

jantina, kaum dan kelulusan akademik guru dalam mempengaruhi pengajaran

Menyimpan Rekod. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, penyelidik telah membina

soal selidik untuk diedarkan kepada guru-guru Kemahiran Hidup di SMK Zon Skudai.

Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan pakej “SPSS For Window”. Hasil

kajian menunjukkan pengetahuan guru, kemahiran penerangan dan kemahiran

pengukuhan dalam pengajaran adalah berada pada tahap yang baik. Manakala, kemahiran

guru dalam menggunakan BBM serta minat guru terhadap Menyimpan Rekod adalah

berada pada tahap yang kurang memuaskan.

Page 9: AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID - fp.utm.my · BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12 2.2 Pengetahuan Guru 12 2.3 Kemahiran Guru 14 2.4 Bahan Bantu Mengajar 16 2.5 Minat 16 2.6 Rumusan

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to observe perception among teachers at SMK Zon

Skudai about teaching subject of Living Skills (Storage Data). There are six research

objectives to be achieved. Firstly is to observe the mastery level teachers in the subject

Living Skills from perspective of knowledge teaching subject. Secondly is to survey the

level of explaination skill among teachers to teach this subject. Thirdly is to survey the

ability of filching skill among the teachers. Fourthly is to survey as long the skill using

the teaching method (BBM) among the teachers. Fifthly is to survey the interest in

teaching this subject among the teachers at SMK Zon Skudai. Sixly, to survey the factor

of sex, race and academic qualification to influent the teaching of this subject. To achieve

all the objectives, the researches has been generated the questionnaire to distribute for the

teachers at SMK Zon Skudai. All data has been analyze using “SPSS for Windows”

package. As a result, these studying shows the knowledge, explanation and filching skills

in the satisfy level. The other wise, teachers skills using BBM and the interest in Storage

Data are not in the satisfy level.

Page 10: AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID - fp.utm.my · BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12 2.2 Pengetahuan Guru 12 2.3 Kemahiran Guru 14 2.4 Bahan Bantu Mengajar 16 2.5 Minat 16 2.6 Rumusan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI GRAF xiii

SENARAI SIMBOL xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Objektif Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 Persepsi 10

1.8.2 Guru 10

1.8.3 Pengajaran 11

1.8.4 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup (MR) 11

1.8.5 Kemahiran 11

Page 11: AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID - fp.utm.my · BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12 2.2 Pengetahuan Guru 12 2.3 Kemahiran Guru 14 2.4 Bahan Bantu Mengajar 16 2.5 Minat 16 2.6 Rumusan

viii

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 12

2.2 Pengetahuan Guru 12

2.3 Kemahiran Guru 14

2.4 Bahan Bantu Mengajar 16

2.5 Minat 16

2.6 Rumusan Kajian Lepas 17

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 20

3.2 Reka Bentuk Kajian 20

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 21

3.4 Instrumen Kajian 21

3.4.1 Bahagian A : Maklumat Responden 21

3.4.2 Bahagian B 22

3.5 Kajian Rintis 23

3.6 Prosedur Kajian 23

3.7 Kaedah Pengumpulan Data 24

3.8 Analisis Data 25

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 26

4.2 Latar Belakang Masalah 26

Page 12: AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID - fp.utm.my · BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12 2.2 Pengetahuan Guru 12 2.3 Kemahiran Guru 14 2.4 Bahan Bantu Mengajar 16 2.5 Minat 16 2.6 Rumusan

ix

4.3 Analisis Data Bahagian A 27

4.3.1 Jantina 27

4.3.2 Bangsa 27

4.3.3 Umur 28

4.3.4 Kelulusan Akademik 29

4.3.5 Pengalaman Mengajar 30

4.3.6 Pengalaman Mengajar KHB 30

4.3.7 Bilangan Waktu Mengajar KHB Dalam Seminggu 31

4.4 Analisis Data Bahagian B 32

4.4.1 Jadual Silang Persepsi Guru Mengikut Jantina, 43

Bangsa Dan Kelulusan Akademik Terhadap

Pengetahuan

4.4.2 Jadual Silang Persepsi Guru Mengikut Jantina, 47

Bangsa Dan Kelulusan Akademik Terhadap

Kemahiran Penerangan

4.4.3 Jadual Silang Persepsi Guru Mengikut Jantina, 51

Bangsa Dan Kelulusan Akademik Terhadap

Kemahiran Pengukuhan

4.4.4 Jadual Silang Persepsi Guru Mengikut Jantina, 55

Bangsa Dan Kelulusan Akademik Terhadap

Kemahiran Menggunakan BBM

4.4.5 Jadual Silang Persepsi Guru Mengikut Jantina, 60

Bangsa Dan Kelulusan Akademik Terhadap

Minat Pengajaran Menyimpan Rekod

BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 65

5.2 Pencapaian Objektif 65

Page 13: AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID - fp.utm.my · BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12 2.2 Pengetahuan Guru 12 2.3 Kemahiran Guru 14 2.4 Bahan Bantu Mengajar 16 2.5 Minat 16 2.6 Rumusan

x

5.2.1 Pencapaian Objektif Pertama 66

5.2.2 Pencapaian Objektif Kedua 68

5.2.3 Pencapaian Objektif Ketiga 68

5.2.4 Pencapaian Objektif Keempat 69

5.2.5 Pencapaian Objektif Kelima 71

5.2.6 Pencapaian Objektif Keenam 71

5.3 Cadangan 73

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 74

5.5 Penutup 75

BIBLIOGRAFI 76

LAMPIRAN 79

Page 14: AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID - fp.utm.my · BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12 2.2 Pengetahuan Guru 12 2.3 Kemahiran Guru 14 2.4 Bahan Bantu Mengajar 16 2.5 Minat 16 2.6 Rumusan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Komponen Kem. Hidup (Program Peralihan) 1

1.2 Perlaksanaan Mata Pelajaran Kem. Hidup 3

1.3 Kandungan Teras & Pilihan Bagi Mata Pelajaran 3

(Kemahiran Hidup)

2.1 Minat Guru Terhadap Pengajaran 17

3.1 Skala Likert 22

3.2 Pecahan Item Mengikut Persoalan Kajian 22

3.3 Tahap Penilaian Terhadap Min 25

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 27

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 28

4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 28

4.4 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik 29

4.5 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 30

4.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar KHB 30

4.7 Taburan Responden Mengikut Bilangan Waktu Mengajar 31

KHB Dalam Seminggu

4.8 Pengetahuan Guru Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran 33

Hidup (Menyimpan Rekod)

4.9 Kemahiran Guru Dalam Menerangkan Mata Pelajaran 35

Kemahiran Hidup (Menyimpan Rekod)

4.10 Kemahiran Guru Dalam Mengukuhkan Pengajaran Dalam 37

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup (Menyimpan Rekod)

4.11 Kemahiran Guru Menggunakan BBM Dalam Pengajaran 39

Kemahiran Hidup (Menyimpan Rekod)

4.12 Minat Guru Terhadap Pengajaran Mata Pelajaran 41

Kemahiran Hidup (Menyimpan Rekod)

4.13 Pengetahuan Guru Mengikut Jantina 43

4.14 Pengetahuan Guru Mengikut Bangsa 44

Page 15: AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID - fp.utm.my · BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12 2.2 Pengetahuan Guru 12 2.3 Kemahiran Guru 14 2.4 Bahan Bantu Mengajar 16 2.5 Minat 16 2.6 Rumusan

xii

4.15 Pengetahuan Guru Mengikut Kelulusan Akademik 46

4.16 Kemahiran Guru Dalam Penerangan Mengikut Jantina 47

4.17 Kemahiran Guru Dalam Penerangan Mengikut Bangsa 48

4.18 Kemahiran Guru Dalam Penerangan Mengikut Kelulusan 50

Akademik

4.19 Kemahiran Guru Dalam Pengukuhan Mengikut Jantina 51

4.20 Kemahiran Guru Dalam Pengukuhan Mengikut Bangsa 52

4.21 Kemahiran Guru Dalam Pengukuhan Mengikut Kelulusan 54

Akademik

4.22 Kemahiran Guru Dalam Penggunaan BBM Mengikut 55

Jantina

4.23 Kemahiran Guru Dalam Penggunaan BBM Mengikut 57

Bangsa

4.24 Kemahiran Guru Dalam Penggunaan BBM Mengikut 58

Kelulusan Akademik

4.25 Minat Guru Mengikut Jantina 60

4.26 Minat Guru Mengikut Bangsa 61

4.27 Minat Guru Mengikut Kelulusan Akademik 63

Page 16: AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID - fp.utm.my · BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12 2.2 Pengetahuan Guru 12 2.3 Kemahiran Guru 14 2.4 Bahan Bantu Mengajar 16 2.5 Minat 16 2.6 Rumusan

xiii

SENARAI GRAF

NO. GRAF TAJUK MUKA SURAT

4.1 Pengetahuan Guru Mengikut Jantina 44

4.2 Pengetahuan Guru Mengikut Bangsa 45

4.3 Pengetahuan Guru Mengikut Kelulusan Akademik 47

4.4 Kemahiran Guru Dalam Penerangan Mengikut 48

Jantina

4.5 Kemahiran Guru Dalam Penerangan Mengikut 49

Bangsa

4.6 Kemahiran Guru Dalam Penerangan Mengikut 51

Kelulusan Akademik

4.7 Kemahiran Guru Dalam Pengukuhan Mengikut 52

Jantina

4.8 Kemahiran Guru Dalam Pengukuhan Mengikut 53

Bangsa

4.9 Kemahiran Guru Dalam Pengukuhan Mengikut 55

Kelulusan Akademik

4.10 Kemahiran Guru Dalam Penggunaan BBM Mengikut 56

Jantina

4.11 Kemahiran Guru Dalam Penggunaan BBM Mengikut 58

Bangsa

4.12 Kemahiran Guru Dalam Penggunaan BBM Mengikut 59

Kelulusan Akademik

4.13 Minat Guru Mengikut Jantina 61

4.14 Minat Guru Mengikut Bangsa 62

4.15 Minat Guru Mengikut Kelulusan Akademik 64

Page 17: AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID - fp.utm.my · BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12 2.2 Pengetahuan Guru 12 2.3 Kemahiran Guru 14 2.4 Bahan Bantu Mengajar 16 2.5 Minat 16 2.6 Rumusan

xiv

SENARAI SIMBOL

BBM - Bahan Bantu Mengajar

BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

ERT - Ekonomi Rumah Tangga

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah

KH - Kemahiran Hidup

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

KK - Kekeluargaan

KLSM - Kurikulum Lama Sekolah Menengah

KM - Kemahiran Manipulatif

KMT - Kemahiran Manipulatif Tambahan

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

LM - Latihan Mengajar

MR - Menyimpan Rekod

PK - Perdagangan dan Keusahawanan

PMR - Penilaian Menengah Rendah

PP - Program Peralihan

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

RC - Reka Cipta

S - Setuju

SPN - Sains Pertanian

SPSS - Statistical Package For Special Science

SPU - Seni Perusahaan

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID - fp.utm.my · BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12 2.2 Pengetahuan Guru 12 2.3 Kemahiran Guru 14 2.4 Bahan Bantu Mengajar 16 2.5 Minat 16 2.6 Rumusan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Surat Kebenaran KPM Bhg. Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan

C Surat Kebenaran KPM, Jab. Pend. Johor

D Surat Kebenaran UTM, Skudai, Johor

Page 19: AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID - fp.utm.my · BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12 2.2 Pengetahuan Guru 12 2.3 Kemahiran Guru 14 2.4 Bahan Bantu Mengajar 16 2.5 Minat 16 2.6 Rumusan

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pengajaran guru memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat Falsafah

Pendidikan Negara. Guru harus bersedia untuk menghadapi sebarang permasalahan yang

timbul dalam perkembangan pengajaran dan perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran

Hidup sama ada ia berpunca dari faktor luaran atau dalaman. Mengikut Noran (1992),

tugas guru bukan hanya untuk mengajar sahaja, tetapi mestilah melibatkan komunikasi

yang baik dengan pelajar-pelajarnya supaya pelajar dapat memberi tindakbalas yang

positif semasa proses pembelajaran berjalan di bilik darjah.

Sementara itu mengikut Laporan Jawatankuasa Kabinet, “Mengkaji Perlaksanaan

Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979’’, pengajaran mata pelajaran elektif di dalam sistem

aneka jurusan tersebut adalah terpisah sehingga memerlukan pengkhususan digubal dan

diperkenalkan ke semua sekolah menengah pada tahun 1989 bagi menggantikan mata

pelajaran elektif yang terdapat pada Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM). Mata

pelajaran Kemahiran Hidup Program Peralihan ini kemudiannya digantikan dengan satu

program baru yang dikenali sebagai Kemahiran Hidup Bersepadu mulai tahun 1990.

Tujuan utama mata pelajaran ini diperkenalkan ialah untuk melahirkan pelajar

yang mempunyai kemahiran asas bagi membolehkan mereka mengendalikan kehidupan

serta memperolehi ilmu dalam dunia teknologi dan perdagangan yang sentiasa berubah.

Page 20: AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID - fp.utm.my · BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12 2.2 Pengetahuan Guru 12 2.3 Kemahiran Guru 14 2.4 Bahan Bantu Mengajar 16 2.5 Minat 16 2.6 Rumusan

2

Guru merupakan orang yang bertanggungjawab di peringkat sekolah bagi menggerakkan

minda pelajar dalam menjayakan perlaksanaan mata pelajaran ini.

Setiap pelajaran bermula dari Tingkatan Satu diwajibkan mengambil salah satu

dari komponen teras dan tidak terkecuali dari mengambil semua komponen tambahan.

Komponen yang dipilih ini harus dikekalkan sehingga ke Tingkatan Tiga. Jadual 1.1

menunjukkan kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup Program Peralihan. (Sukatan

Pelajaran Sekolah Menengah Tingkatan 1-3, KH Program Peralihan, 1989).

Jadual 1.1 : Komponen KH Program Peralihan (1989-1991)

PILIHAN KOMPONEN ASAS KANDUNGAN

A Seni Perusahaan (SPU) SPU + PK + KK

B Perdagangan + Keusahawanan (PK) PK + KK

C Ekonomi Rumah Tangga (ERT) ERT + KM + KK

D Sains Pertanian (SPN) SPN + KM + PK + KK

Sumber : Sukatan Pelajaran Sek. Men. Ting. 1-3, KH Program Peralihan, 1989

Kemahiran manipulatif yang merupakan teras terdiri daripada komponen-

komponen berikut :-

i. Kerja Kayu dan Logam

ii. Kerja Paip Asas

iii. Elektrik

iv. Elektronik

v. Perkebunan

Pada tahun 1991, mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu mula

diperkenalkan hasil dari reformasi Kemahiran Hidup (Program Peralihan). Ia

dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dengan pelajar Tingkatan Satu seperti yang

ditunjukkan pada Jadual 1.2.

Page 21: AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID - fp.utm.my · BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12 2.2 Pengetahuan Guru 12 2.3 Kemahiran Guru 14 2.4 Bahan Bantu Mengajar 16 2.5 Minat 16 2.6 Rumusan

3

Jadual 1.2 : Perlaksanaan Mata Pelajaran KH (Program Peralihan dan Bersepadu)

Tingkatan 1989 1990 1991 1992 1993-2003

1 KH (PP) KH (PP) KH (PP) KH ( B ) KH ( B )

2 Elektif

(KLSM)

KH (PP) KH (PP) KH (B) KH (B)

3 Elektif

(KLSM)

Elektif

(KLSM)

KH (PP) KH (PP) KH (B)

Sumber : Sukatan Pelajaran Sek. Men. Ting. 1-3, KH Program Peralihan, 1989

Mata pelajaran ini juga mengandungi dua bahagian utama iaitu bahagian teras

dan pilihan. Kandungan mata pelajaran ini dimantapkan lagi selaras dengan Dasar

Perindustrian Negara oleh Kementerian Pendidikan melalui mata pelajaran Reka Cipta di

peringkat menengah rendah mulai sesi persekolahan 1996 dan diletakkan sebagai

komponen baru dalam bahagian teras mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kandungan

teras dan pilihan adalah seperti di Jadual 1.3 di bawah.

Jadual 1.3 : Kandungan Teras dan Pilihan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bahagian Tingkatan 1, 2, 3

Teras

Kemahiran Manipulatif (KM)

Perdagangan dan Keusahawan (PK)

Kekeluargaan (KK)

Reka Cipta (RC)

Pilihan

Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT)

Ekonomi Rumah Tangga (ERT)

Sains Pertanian (SPN)

Sumber : Sukatan Pelajaran Sek. Men. Ting. 1-3, KH Program Peralihan, 1989

Page 22: AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID - fp.utm.my · BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12 2.2 Pengetahuan Guru 12 2.3 Kemahiran Guru 14 2.4 Bahan Bantu Mengajar 16 2.5 Minat 16 2.6 Rumusan

4

Berdasarkan jadual di atas, Menyimpan Rekod adalah salah satu komponen

daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup di bawah tajuk Perdagangan dan

Keusahawanan. Oleh yang demikian, setiap guru yang terlibat dengan pengajaran mata

pelajaran Kemahiran Hidup akan mengajar mata pelajaran tersebut.

Dalam buku Falsafah Pendidikan (1994), ada menyebut bahawa matlamat

Pendidikan di Malaysia terbahagi kepada beberapa aspek. Salah satu daripadanya aspek

ekonomi. Matlamatnya adalah untuk menghasilkan individu yang mahir serta cekap

untuk membolehkannya menjadi seorang pekerja produktif. Pengetahuan yang mendalam

dan kemahiran yang tinggi, individu itu akan menjadi perancang, pengeluar dan

pengguna yang rasional dan cekap. Ia akan dapat memberikan sumbangan terhadap

kemajuan serta pembangunan negara.

Selaras dengan itu, matlamat pembelajaran tajuk Menyimpan Rekod dalam mata

pelajaran Kemahiran Hidup adalah membekalkan pengetahuan asas kepada pelajar

mengenai bidang perdagangan dan keusahawanan serta berpengetahuan dalam bidang

ekonomi. Berikut merupakan kandungan mengenai Menyimpan Rekod yang terdapat

pada Intensif Merit PMR, Kemahiran Hidup Bersepadu, Ting 1, 2 dan 3 (2002).

a. Menyimpan Rekod bermaksud membuat catatan tentang setiap urusniaga dalam

buku-buku tertentu.

b. Buku-buku tersebut dipanggil buku akaun.

c. Urusniaga melibatkan pembayaran dan penerimaan barang perkhidmatan dan

wang semasa menjalankan perniagaan.

d. Setiap urusniaga disertai dengan dokumen-dokumen yang tertentu.

e. Dokumen-dokumen ini menjadi sumber asas untuk membuat catatan dalam buku

akaun.

f. Urusniaga dalam buku akaun dibuat dengan cara yang sistematik dan mengikut

jenisnya.

Page 23: AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID - fp.utm.my · BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12 2.2 Pengetahuan Guru 12 2.3 Kemahiran Guru 14 2.4 Bahan Bantu Mengajar 16 2.5 Minat 16 2.6 Rumusan

5

1.2 Latar Belakang Masalah

Menyimpan Rekod adalah salah satu daripada komponen mata pelajaran

Kemahiran Hidup dan wajib dipelajari oleh semua pelajar. Mata pelajaran ini diwujudkan

adalah untuk mengimbangi keperluan pendidikan selaras dengan keperluan negara. Ia

membekalkan pelajar ilmu asas dan dapat mengembangkan lagi minat pelajar untuk

menceburi bidang keusahawanan. Ilmu keusahawanan ini dapat dipupuk dari awal lagi

dengan adanya pembelajaran Menyimpan Rekod.

Selaras dengan matlamat ini, pembelajaran Menyimpan Rekod juga dapat

memperluaskan lagi peluang-peluang pelajar bagi menceburi bidang yang diminati di

peringkat sekolah menengah atas. Ia juga dapat melahirkan sikap individu yang mampu

berdikari, berketerampilan, bertanggungjawab, peka kepada kemajuan perkembangan

teknologi dan ekonomi serta berkeupayaan mencari kesejahteraan di masa hadapan.

Guru-guru mata pelajaran Kemahiran Hidup yang terlibat perlu mendalami

pengetahuan yang berkaitan dengan pembelajaran Menyimpan Rekod serta minat

terhadap pembelajaran dan pengajaran bagi mencapai matlamat tersebut.

Pengetahuan yang cetek tentang perkara yang hendak disampaikan akan

melahirkan perasaan gugup apabila dipersembahkan kepada pelajar. Sebagai tenaga

pengajar, guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan yang cukup tentang perkara

yang hendak disampaikan. Penguasaan dan kebijaksanaan mengolah tajuk yang

disampaikan akan menarik minat dan perhatian pelajar. Oleh itu, guru perlu mengetahui

dengan lebih mendalam mengenai pengajaran yang hendak disampaikan. Guru perlu

bijak memberi rangsangan terhadap pelajar supaya minat untuk mempelajari

pembelajaran ini dapat dicetuskan. Menurut Marlone (1981), rangsangan atau dorongan

untuk melakukan sesuatu aktiviti itu terjadi apabila adanya iklim, fantasi dan perasaan

ingin tahu. Dengan ini, pengukuhan dapat diwujudkan.

Page 24: AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID - fp.utm.my · BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12 2.2 Pengetahuan Guru 12 2.3 Kemahiran Guru 14 2.4 Bahan Bantu Mengajar 16 2.5 Minat 16 2.6 Rumusan

6

Dalam teori pengukuhan kontigensi, Skinner (1969) berpendapat perkara seperti

respon (respone), suasana (setting) dan pengukuh (reinforcer) merupakan tiga faktor

utama yang perlu berlaku jika proses pengukuhan ingin dilaksanakan. Pengukuhan dapat

menguatkan lagi sesuatu perkara apabila guru yang berperanan sebagai ‘reinforcer’

mengadakan maklum balas kepada pelajar dengan menyatakan penerimaan perlakuan

mereka melalui ganjaran atau kata-kata pujian dan kata-kata semangat yang sesuai pada

aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Ini dapat meningkatkan lagi perasaan dan

penumpuan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam pengajaran dan pembelajaran Menyimpan Rekod, pelbagai Bahan Bantu

Mengajar (BBM) boleh digunakan. Penggunaan BBM yang baik dan menarik merupakan

sebahagian daripada keperluan untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang

dilaksanakan adalah berkesan.

Oleh yang demikian, guru perlu mempunyai bekalan ilmu pengetahuan yang

mencukupi selaras dengan kehendak pendidikan negara. Dengan itu, dapatlah guru

melahirkan sifat kepimpinan dalam pengajaran seperti menurut Mohd. Salleh Lebar

(1988) menyebut tentang kepimpinan pengajaran adalah untuk meningkatkan mutu

pengajaran dan sistem pembelajaran.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini adalah untuk meninjau persepsi guru Kemahiran Hidup terhadap

pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup (Menyimpan Rekod) dari segi pengetahuan

guru terhadap pembelajaran Menyimpan Rekod, kemahiran dalam penerangan

pengajaran, kemahiran pengukuhan dalam pengajaran, kemahiran menggunakan Bahan

Bantu Mengajar (BBM) dan minat guru terhadap pengajaran mengenai Menyimpan

Rekod.

Page 25: AMIRUDIN BIN ABDUL RASHID - fp.utm.my · BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12 2.2 Pengetahuan Guru 12 2.3 Kemahiran Guru 14 2.4 Bahan Bantu Mengajar 16 2.5 Minat 16 2.6 Rumusan

7

1.4 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada pernyataan masalah, pengkaji telah mengenalpasti beberapa

persoalan kajian :-

a. Adakah guru-guru Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Zon

Skudai, Johor Darul Ta’zim mempunyai penguasaan yang baik dari segi

pengetahuan mengenai isi pelajaran Menyimpan Rekod?

b. Adakah guru-guru Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Zon

Skudai, Johor Darul Ta’zim mempunyai kemahiran dalam penerangan mata

pelajaran Kemahiran Hidup (Menyimpan Rekod)?

c. Adakah guru-guru Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Zon

Skudai, Johor Darul Ta’zim mempunyai kemahiran pengukuhan dalam mata

pelajaran Kemahiran Hidup (Menyimpan Rekod)?

d. Adakah kemahiran menggunakan Bahan Bantu Menagajar (BBM) oleh guru-guru

Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Zon Skudai, Johor Darul

Ta’zim berkesan dalam pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup (Menyimpan

Rekod)?

e. Adakah guru-guru Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Zon

Skudai, Johor Darul Ta’zim mempunyai minat terhadap pengajaran mata

pelajaran Kemahiran Hidup (Menyimpan Rekod)?

f. Adakah faktor jantina, bangsa dan kelulusan akademik guru-guru Kemahiran

Hidup mempengaruhi pengetahuan, kemahiran penerangan, kemahiran

pengukuhan, kemahiran menggunakan BBM dan minat terhadap pengajaran

Kemahiran Hidup (Menyimpan Rekod)?