modul latihan kelab kitar semula sekolah rendah.pdf
TRANSCRIPT
-
MODUL LATIHANKELAB KITAR SEMULA
PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM
SEKOLAH RENDAH
SELAMATKAN BUMI KITA AMALKAN KITAR SEMULA
KEMENTERIANPENDIDIKANMALAYSIA
KEMENTERIANPENDIDIKANMALAYSIA
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
KANDUNGAN
KATA ALU-ALUAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF iPERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM
KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN iiKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM AKTIVITI PROGRAM KITAR SEMULA iii
RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI KELAB KITAR SEMULA iv
PELAJARAN 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL 1.1 Definisi 2 1.2 Hierarki Pengurusan Sisa Pepejal 3 1.3 Komponen Pengurusan Sisa Pepejal 5 1.4 Jenis Sisa Pepejal Terkawal a) Sisa Pepejal Isi Rumah 6 b) Sisa Pepejal Awam 8 c) Sisa Pepejal Import 11 d) Sisa Pepejal Khas 13 e) Sisa Pepejal Institusi 15 f) Sisa Pepejal Komersial 17 g) Sisa Pepejal Pembinaan 19 h) Sisa Pepejal Perindustrian 20
PELAJARAN 2 : 3R
2.1 Definisi 3R 22 2.2 Elemen-Elemen 3R 22 2.3 Cadangan Aktiviti 3R 23 2.4 Halaman Seni Kreatif 2.4.1 Melabel pokok-pokok dengan barangan kitar semula 26 2.4.2 Menghias taman dengan bahan-bahan terbuang 27 2.4.3 Menghias pagar dengan barangan kitar semula 28 2.4.4 Sudut kitar semula dan alam sekitar 29 2.5 Cadangan Program 3R 2.5.1 Gotong-royong dan program khidmat masyarakat 30 2.5.2 Minggu inovasi 31 2.5.3 Pertandingan keceriaan kelas 32
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
PELAJARAN 3 : KITAR SEMULA
3.1 Definisi Kitar Semula 34 3.2 Warna Tong Kitar Semula Dan Kegunaannya 35 3.3 Kraftangan Kreatif Kitar Semula 3.3.1 Mencipta Kolaj 36 3.3.2 Sisa Asah Pensel Warna Yang Berguna 37 3.3.3 Kumbang Di Taman 41 3.3.4 Bunga Straw 42 3.3.5 Merekacipta Pokok Kitar Semula 43
PELAJARAN 4 : PENGKOMPOSAN
Definisi Pengkomposan 45 4.2 Objektif Pengkomposan 45 4.3 Pengkomposan Menggunakan Pasu Bunga 46
PELAJARAN 5 : SISTEM BANK KITAR SEMULA 5.1 Objektif Bank Kitar Semula 50 5.2 Pelaksanaan Bank Kitar Semula 50
PELAJARAN 6 : PROGRAM PERKHEMAHAN
6.1 Objektif Perkhemahan 61 6.2 Jadual Tentatif Perkhemahan 62
7.0 PENILAIAN AKHIR TAHUN 64
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Modul Latihan Kelab Kitar Semula ini merupakan modul yang pertama diterbitkan pada tahun 2013. Modul ini merupakan bahan rujukan dan panduan kepada Guru Penasihat dalam membimbing dan melatih ahli ahli kelab di dalam pelaksanaan aktiviti aktiviti Kelab KItar Semula.
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA (Edisi 1)
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
KATA ALU-ALUANKETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM
Pengurusan sisa pepejal adalah satu proses dimana sisa pepejal diuruskan bermula dari penjanaan, penyimpanan, pemungutan, pemindahan, pengangkutan dan pelupusan supaya ianya diurus dengan sistematik dan teratur. Proses tersebut memerlukan peruntukan kewangan yang tinggi dan bertambah dari tahun ke tahun. Oleh kerana kos pengurusan sisa pepejal semakin meningkat, maka program kitar semula perlu dilaksanakan bagi mengurangkan kuantiti sisa pepejal yang dibuang dipunca. Transformasi minda masyarakat perlu dilaksanakan bagi mengatasi isu penjanaan sisa pepejal yang terus meningkat setiap tahun disebabkan dengan peningkatan jumlah penduduk dan pembangunan yang semakin rancak. Menyedari hal ini, PPSPPA dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah bersetuju dan meluluskan Modul Latihan Kelab Kitar Semula digunapakai dan dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan menengah di seluruh Semenanjung Malaysia. Modul ini merupakan bahan rujukan dan panduan kepada guru-guru penasihat untuk membimbing dan melatih pelajar-pelajar untuk menjadi seorang individu yang mementingkan penjagaan kebersihan persekitaran dan membudayakan aktiviti kitar semula dalam kehidupan seharian. Disamping itu, memastikan mesej pengurusan sisa pepejal dan amalan kitar semula dapat diterima oleh pelajar dengan lebih terancang dan berkesan. Aspirasi PPSPPA adalah supaya negara kita dapat mentransformasikan minda masyarakat dan generasi akan datang yang prihatin dan mempunyai kesedaran yang tinggi dalam kebertanggungjawaban menjaga kebersihan dan alam sekitar yang mampan. Dengan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan PPSPPA di atas usahasama menerbitkan Modul Latihan Kelab Kitar Semula.
Sekian, Terima Kasih
SELAMATKAN BUMI KITA, AMALKAN KITAR SEMULA
(DATUK AB. RAHIM BIN MD NOOR)Ketua Pegawai EksekutifPerbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awami
Isu pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam mungkin adalah perkara yang amat mudah dan remeh bagi sebahangian kita. Namun sebenarnya ia adalah suatu masalah yang amat kritikal untuk diatasi dengan pertambahan sampah yang dijana setiap hari semakin meningkat. Anggaran sisa yang dijana oleh setiap penduduk Malaysia pada tahun 2013 telah mencapai antara 30,000 tan 33,000 tan. Dengan itu pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam perlulah diuruskan secara bersepadu, cekap dan berkesan bagi menjamin kelestarian alam sekitar dalam kehidupan kita.
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
KATA ALU-ALUANKETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Pelaksanaan kelab ini juga memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan potensi murid secara holistik dan bersepadu demi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, saya percaya ianya selari dengan tuntutan untuk melahirkan modal insan yang berilmu, berkemahiran, berakhlak mulia dan berketerampilan.
Saya berharap semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Kelab Kitar Semula ini akan memberikan sepenuh kerjasama dalam menjayakannya.
SELAMAT MAJU JAYA
(DATUK DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF)Ketua Pengarah Pelajaran MalaysiaKementerian Pendidikan Malaysia
iiPerbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia atas penghasilan Modul Kelab Kitar Semula. Modul ini merupakan garis panduan pengajaran serta aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Kelab Kitar Semula di dalam aktiviti kokurikulum sekolah.
Bersesuaian dengan matlamat penubuhannya, Kelab Kitar Semula berperanan untuk melahirkan generasi celik bahan di kalangan generasimuda khususnya murid sekolah. Dengan terbitnya Modul Kelab Kitar Semula ini diharapkan dapat membantu guru-guru dalam menjalankan aktiviti alam sekitar di sekolah secara terancang dan sistematik sekaligus menyalurkan pengetahuan dan kemahiran asas pengurusan sisa pepejal dan kitar semula agar mereka dapat membudayakan amalan kitar semula dan kepentingan penjagaan kebersihan persekitaran di dalam kehidupan seharian.
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.0 Asas pengurusan sisa pepejal Definisi sisa pepejal Hierarki pengurusan sisa pepejal Komponen pengurusan sisa pepejal Jenis-jenis sisa pepejal
2.0 3R Definisi 3R Elemen-Elemen 3R Cadangan amalan 3R Halaman Seni Kreatif 3R Cadangan program 3R
3.0 Kitar Semula Definisi kitar semula Warna tong kitar semula dan kegunaannya Kraf tangan kreatif kitar semula
1.1 Memahami definisi sisa pepejal1.2 Memahami hierarki pengurusan sisa pepejal1.3 Memahami komponen-komponen pengurusan sisa pepejal1.4 Mengetahui jenis jenis sisa pepejal yang dijana
2.1 Memahami definisi 3R2.2 Memahami elemen elemen 3R2.3 Mengetahui cara cara mengamalkan 3R 2.4 Mengetahui cara-cara untuk mempelbagaikan kegunaan bahan terbuang2.5 Mengetahui cara cara melaksanakan program 3R
3.1 Memahami definisi kitar semula3.2 Mengetahui jenis warna tong kitar semula3.3 Menghasilkan kraf tangan kreatif daripada barang-barang kitar semula
4.1 Memahami definisi pengkomposan4.2 Memahami objektif pengkomposan4.3 Memahami teknik pengkomposan menggunakan pasu bunga
5.1 Memahami konsep pelaksanaan Bank Kitar Semula 5.2 Melakukan Bank Kitar Semula5.3 Mengetahui kepentingan Bank Kitar Semula
6.1 Memahami objektif perkhemahan yang dilaksanakan6.2 Jadual tentatif perkhemahan yang akan dilaksanakan berdasarkan kesesuaian dan kreativiti guru
4.0 Pengkomposan Definisi pengkomposan Objektif pengkomposan Teknik pengkomposan menggunakan pasu bunga
5.0 Bank Kitar Semula Pengenalan aktiviti Bank Kitar Semula Pelaksanaan Bank Kitar Semula Kepentingan Bank Kitar Semula
6.0 Program perkhemahan Objektif perkhemahan Jadual tentatif perkhemahan
KURIKULUM AKTIVITI PROGRAM KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAHKELAB : KELAB KITAR SEMULA
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awamiii
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI KELABKITAR SEMULA
KELAB : KELAB ALAM SEKITAR/KITAR SEMULAPENGENALAN : ASAS SISA PEPEJAL DAN KITAR SEMULAMATLAMAT : MELAHIRKAN GENERASI YANG MEMENTINGKAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR DAN KITAR SEMULA
PERJUMPAAN KANDUNGAN OBJEKTIF AKTIVITI ALATAN
PelantikanJawatankuasa danSuai kenal :
Mesyuarat:-Pendaftaran ahli-Suai kenal-Lantikan AJK-Perancangan program
Murid dapat:-berinteraksi antara satu sama lain-mengenali guru penasihat -memberikan dan menyatakan pendapat-merancang aktiviti dengan berkesan
- Ice Breaking- Memperkenalkan diri- Melantik dan memilih AJK- Membuat perancangan aktiviti
-Siar raya
Pelajaran 1 : Asas PengurusanSisa Pepejal :- Definisi sisa pepejal- Hierarki pengurusan sisa pepejal
Murid dapat:-memahami maksud sisa pepejal
-Menonton tayangan video/ slide mengenai asas pengurusan sisa pepejal-Mendapat penerangan daripada guru-Mengadakan kuiz -Menyuai padan gambar
- Siar raya- Gambar/ Video/Slaid- Soalan Kuiz- Penerangan daripada pegawai PPSPPA/Guru
Pelajaran 1 ; Asas PengurusanSisa Pepejal-Penjanaan-Pengasingan dan penyimpanan-Kutipan dan pengangkutan-Perpindahan dan rawatan-Pemerolehan semula bahan dan tenaga-Pelupusan akhir
Murid dapat:-memahami komponen pengurusan sisa pepejal.
-Gambar/gambar slaid/ video yang menerangkan mengenai komponen pengurusan sisa pepejal
-Siar raya-Komputer riba
1
2
3
ivPerbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
- Siar raya- Gambar/ Video
Pelajaran 1 : Asas PengurusanSisa Pepejal Jenis Sisa PepejalTerkawal- Sisa Pepejal Isi Rumah- Sisa Pepejal Awam- Sisa Pepejal Import- Sisa Pepejal Khas- Sisa Pepejal Institusi- Sisa Pepejal Komersial- Sisa Pepejal Pembinaan- Sisa Pepejal Perindustrian
Murid dapat:-memahami punca punca sisa pepejal dihasilkan
-Mendapat penerangan daripada guru-Menonton tayangan video/ slideshow berkaitan sisa pepejal terkawal-Menyuai padan gambar tentang pemahaman murid mengenai sisa pepejal terkawal
Pelajaran 2 : 3R- Definisi 3R- Elemen-elemen 3R- Amalan 3R di sekolah dan di rumah
Murid dapat:-mempelajari maksud 3R-membezakan elemen reduce, reuse dan recycle-mempelajari amalan-amalan 3R yang dapat dipraktikkan di sekolah dan di rumah
-Mendapat penerangan daripada guru-Menonton gambar /video yang menerangkan elemen 3R-Mewarnakan logo 3R
-Siar raya-Gambar/video-Soalan kuiz-Gambar logo 3R
Pelajaran 2 ; 3R-Halaman seni kreatif 3R
Murid dapat:-Menanamkansikap bekerjasama-Memperkukuh jati diri untuk menjadi manusia yang bertanggung- jawab pada alam sekitar-Menjanakan idea kreatif dalam menggunakan barang-barang terbuang
-Melabelkan pokok dengan barangan kitar semula-Menghiasi taman dengan barangan kitar semula-Menghiaskan pagar dengan barangan kitar semula-Membajakan kawasan landskap sekolah-Mewujudkan sudut /taman 3R
-Tin aluminium, botol plastik, kadbod,baja, kompos
4
5
6
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awamv
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Pelajaran 2 :3R-Gotong-royong dengan menerapkan elemen pengasingan sisa
Murid dapat:-mengenal pasti bahan yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh dikitar semula-pengalaman amali selain daripada pembelajaran di dalam bilik darjah sahaja
-Mengadakan pembahagian kumpulan-Mendapat penerangan daripada guru-Mengambil bahagian dalam aktiviti gotong- royong dengan penerapan elemen pengasingan sisa
-Plastik sampah-Penyapu-Tong sampah
Pelajaran 3 : Kitar Semula- Pengenalan mengenai kitar semula- Bahan bahan yang boleh dikitar semula- Tong kitar semula- Langkah-langkah mengitarkan barangan dengan betul
Murid dapat:-mempelajari kitar semula-mencari maklumat mengenai bahan- bahan yang boleh dikitar semula-mengetahui jenis-jenis tong kitar semula-cara-cara mengitar barangan dengan betul
-Mendapat penerangan daripada guru-Melihat gambar- gambar dan tong kitar semula bagi memperkukuh pemahaman-Mengenal pasti barang-barang di persekitaran sama ada boleh dikitar semula atau tidak
-Gambar tong kitar semula-Barangan kitar semula contoh: surat khabar, tin aluminium
Pelajaran 3 :Kitar Semula-Mencipta kolaj
Murid dapat:-mempelajari teknik teknik membuat kolaj- merangsang daya reka cipta dan kreativiti
-Mendapat penerangan daripada guru-Menghasilkan lukisan berasaskan bahan-bahan terbuang
-Kulit kerang-Telur-Batang aiskrim-Bahan-bahan terbuang
Pelajaran 3 : Kitar Semula-Sisa asah pensel yang berguna
Murid dapat:-merangsang daya kreatif dalam menghasilkan lukisan yang menarik-mempelajari teknik menggunakan sisa asah pensel dalam lukisan yang dihasilkan
-Mendapat penerangan daripada guru-Melukis lukisan mengkut kreativiti-Menampalkan sisa asah pensel di atas lukisan yang dihasilkan secara kreatif
-Kertas lukisan/ kertas A4/ manila kad-sisa asah daripada pensel warna yang beraneka-pensel warna/ krayon-gam-butang bentuk mata
7
8
9
10
viPerbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Pelajaran 3 : Kitar Semula-Lawatan ke Pusat kitar semula
Murid dapat:-pendedahan kepada keadaan sebenar pusat kitar semula-melihat sendiri langkah-langkah yang dilakukan untuk penghantaran dan penjualan barang di pusat kitar semula-memahami kaedah penghantaran barangan kitar semula
-Melawat ke Pusat kitar semula-Menyediakan soalan sebelum lawatan (tanggapan awal)-Membuat refleksi-Menyediakan laporan yang terbaik
Contoh:-Pusat kitar semula komuniti-Kilang kertas-Kilang plastik-Kilang kaca-Pusat kitar semula TESCO
Pelajaran 3 : Kitar Semula-Mereka cipta pokok kitar semula
Murid dapat:-menjana idea kreatif dalam menghasilkan pokok kitar semula-menghargai barang-barang terbuang dan menggunakannya untuk dijadikan perhiasan
-Mendapat penerangan daripada guru-Mereka cipta pokok kitar semula mengikut daya kreativiti murid-murid
-Ranting kayu-Tin-tin-Tali
Pelajaran 3 : Kitar Semula-Melukis dan mewarna bertemakan kitar semula
Murid dapat:-memperkembang daya kreativiti
-Penerangan daripada guru-Melukiskan dan mewarnakan gambar yang berkaitan dengan kitar semula
-Kertas lukisan-Pensel warna-Warna air
Pelajaran 3 : Kitar Semula-Hari Kitar Semula
Murid dapat:-memperkembang daya komunikasi dan interaksi-berkongsi ilmu yang dipelajari dalam kelab bersama dengan murid-murid lain-memahami cara penjualan barang kitar semula-meningkatkan semangat kerja berpasukan
-Membuat pameran mengenai 3R-Mengadakan pengumpulan dan jualan barangan kitar semula-melukis dan mewarna bertema kitar semula-Menyertai kuiz- Mengadakan pertandingan keceriaan bilik darjah
-Bahan-bahan pameran-Penimbang-Kalkulator-Buku stamp-Barang- barang kitar semula-Kertas lukisan-Pensel warna-Warna air
11
12
13
14
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awamvii
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Pelajaran 4 :Pengkomposan-Membuat kompos menggunakan pasu bunga
Murid dapat:-mempelajari teknik-teknik mengkompos menggunakan pasu bunga-mempraktikkan kaedah pengkomposan ini di rumah
Pembahagiankumpulan-Penerangan daripada guru-Membuat kompos dengan menggunakan pasu bunga mengikut langkah-langkah yang telah diterangkan
-Pasu-pasu bunga kosong-Sisa-sisa dapur/sisa-sisa kebun-Tanah-1 pasu-Air
Pelajaran 5: Bank Kitar Semula
Murid dapat:-memahami perjalanan Bank Kitar Semula-mengaplikasi aktiviti kitar semula dalam kehidupan seharian-memahami nilai yang ada pada sisa pepejal
-Mendapat penerangan daripada guru atau pihak yang berkaitan-membuat buku setem-mengenal pasti stesen penerimaan barang-merancang sesi penghantaran barangan kitar semula
-Siar raya-Slaid-Garis panduan Bank Kitar Semula-Penimbang-Kalkulator
-Mengadakan bengkel tentang kesedaran alam sekitar dan teknik penanaman pokok bakau dan pemuliharaan pantai-Mengadakan bicara berirama-Mengadakan penerokaan-Memburu harta karun-mengadakan Raja rimba-Resolusi dari rimba-Mengadakan program perkhemahan di sekitar taman rekreasi
-Plastik sampah-Penyapu-Tong sampah-Khemah-Beg-Makanan dan minuman-Bahan-bahan untuk kompos-Barangan kitar semula
Menjalankan majlispenghargaan danpengiktirafan ahlikelab danmurid-muridberkenaan dengankutipan barangankitar semula tertinggisetiap akhir tahun.
Pelajaran 6 : Perkhemahan
Mewujudkanperasaancintakan alamsekitar di sampingmengumpulbarangankitar semula
Penilaian akhirtahun
Laporan akhiraktiviti kutipanbarangan kitarsemula
15
16
17
18 Guru dapat :-Membuatrumusan markahkepada ahli kelabdan murid-muridyang berjayadalampengumpulanbarangan kitarsemula terbanyak
viiiPerbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
FAKTA
GAS RUMAH HIJAU TERDIRI DARIPADA..
- Karbon dioksida dibebaskan ke atmosfera apabila sisa pepejal, bahan api, kayu dan barang buatan kayu dibakar.
- Metana dibebaskan semasa proses pembuatan dan pengangkutan arang, gas asli dan minyak; penguraian sisa organik ditapak pelupusan sampah dan perternakan.
- Nitrous oksida dibebaskan semasa aktiviti dalam pertanian dan industri serta pembakaran sisa pepejal dan bahan api.
- Hydrofluorocarbons (HFCs), perfluorocarbons (PFCs), dan sulfur hexafluoride (SF6) merupakan gas rumah hijau yang merbahaya disebabkan oleh aktiviti industri. Punca pembebasan HFC adalah dari peti sejuk, hawa dingin, aerosol dan pelarut. PFCs and SF6 kebanyakan dibebaskan oleh industri / kilang pemprosesan seperti pembuatan semikonduktor.
Untuk setiap 3500 tan sampah yangdihasilkan (satu tan sampahmenghasilkan 150 liter leachate/air sampah), lebih kurang 525000 liter leachate dihasilkan.
Sumber : StarMetro : Isnin, 27 April 2009
-
ASAS PENGURUSANSISA PEPEJALYANG SISTEMATIK
ASAS PENGURUSANSISA PEPEJALYANG SISTEMATIK
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
BERDASARKAN AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJALDAN PEMBERSIHAN AWAM 2007 (AKTA 672)
SISA PEPEJAL Termasuklah
Apa-apa bahansekerap atau bahan
lebihan lain yangtidak dikehendaki
atau keluaran yangditolak yang timbul
daripadapenggunaan
apa-apaproses
Apa-apa bahanlain mengikut akta
ini atau mana-manaundang-undangbertulis lain yangdikehendaki olehpihak berkuasa
untuk dilupuskan
Apa-apa benda yangdikehendaki
dilupuskan keranasudah pecah,lusuh,
tercemar atauselainnya rosak
Tidak termasuk buangan terjadual sebagaimana yang diperihalkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Tidak termasuk kumbahan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. Tidak termasuk sisa radioaktif sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984
1.1 Definisi
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam2
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
1.2 Hierarki Pengurusan Sisa Pepejal
Pelan Perancangan Strategik Nasional untuk Pengurusan Sisa Pepejal (2005) menggariskan pengurusan sisa pepejal hendaklah berteraskan kepada hierarki pengurusan sisa pepejal. Hierarki ini terdiri daripada elemen-elemen berikut yang disusun mengikut keutamaan:
Memilih bahan yang digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan
Bahan atau produk yang digunakan secara berulang-ulang
Proses penghasilan produk baru daripada bahan kitar semula
Insinerator, pengkomposan, MRF,RDF
Lebihan sisa pepejal akan dihantar ke tapak pelupusan sanitari.
1. Pengurangan
2. Guna Semula
3. Kitar Semula
5. Pelupusan
4. Rawatan Perantaran
3Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Sumber : Pelan Rancangan Strategik Nasional Untuk Pengurusan Sisa Pepejal (2005)
KINI MASA HADAPAN
PENGURANGAN
GUNA SEMULA
KITAR SEMULA
RAWATANPERANTARAAN
PELUPUSANAKHIR
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam4
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
1.3 KOMPONEN PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Pengurusan sisa pepejal bersepadu merupakan sistem yang menggabungkan 6 elemen penting yang sejajar dengan konsep pembangunan mapan dari segi kesihatan awam, ekonomi, kejuruteraan, pemuliharaan, nilai estetika, kesedaran awam serta persekitaran. Eleman yang dimaksudkan adalah seperti di bawah:
PenjanaanIsi Rumah,Komersial,
Perdagangan &Institusi
Pengasingan danPenyimpanan
Kutipan danPengangkutan
Perpindahan dan RawatanStesen pemindahan, MRF, RDF,
Pengkomposan & Rawatan Termal
Pelupusan AkhirTapak Pelupusan
Sanitari
5Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
1.4 Jenis Sisa Pepejal Terkawal
A) Sisa Pepejal Isi Rumah
Sisa pepejal terkawal sebagaimana yang ditetapkan di dalam Akta 672 adalahterdiri daripada :-
Apa-apa sahaja sisa pepejalyang dihasilkan oleh
sesuatu isi rumah,dan daripada jenis yang biasanya
dihasilkan oleh ataudikeluarkan oleh mana-mana
premis apabila dihunisebagai rumah kediaman, dan
termasuklah sisa taman.
Contoh Sisa Pepejal Isi RumahSisa makanan, kertas, kadbod, plastik,
tekstil, kulitsisa taman, kayu, kaca bahan logamseperti tin aluminium dan sebagainya
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam6
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Sisa Pukal
Sisa Isi Rumah
Sisa Kebun
7Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam8
B) Sisa Pepejal Awam
Apa-apa sisa pepejalyang dihasilkan di
tempat awam, yang di bawahpenyeliaan atau
kawalan mana-manapihak berkuasa tempatan
Contoh Sisa Pepejal AwamSampah yang terdapat di jalan-jalan di bawah senggaraanoleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sisa landskap, sisa dari
taman permainan, pantai dan kawasanrekreasi yang lain
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
9Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
Sisa PepejalDi Kawasan Awam
Sisa PepejalDi Taman Rekreasi
Sisa PepejalDi Kawasan Kemudahan Awam
Contoh Sisa Pepejal Awam
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam10
Sisa Pepejal di Kawasan Pantai
Sisa Pepejal Di Kawasan Jalan Awam
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
11Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
Apa-apa pepejal yangdihasilkan oleh negara lain
dan diimport ke negarakita untukdiproses
ataupun dilupuskan
Contoh Sisa Pepejal ImportKertas, kadbod, tin, kaca dan
lain-lain bahan yang diimport dariluar untuk digunakan oleh industri pembuatan
sebagai bahan mentah dan dikitar semula.
C) Sisa Pepejal Import
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam12
Punca Sisa Pepejal Import
Sisa yang telah dihasilkan di negara luar yang diimport ke Malaysia.
Contoh Sisa Pepejal Import
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
13Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
D) Sisa Pepejal Khas
Apa-apa jenis sisa pepejalterkawal yang ditetapkan
sama ada :-
1. Berbahaya atau bolehmembahayakan kesihatan awam.
2. Sukar untuk diolah,disimpan atau dilupuskan
Contoh Sisa Pepejal Khas
Tayar terpakai dan bahagian kenderaan yang dibuang
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam14
Contoh Sisa Pepejal Khas
Premis perindustrian dan bengkel kenderaan
Punca Sisa Pepejal Khas
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
15Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
E) Sisa Pepejal Institusi
Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh:-
Contoh Sisa Pepejal Institusi
Contoh Sisa Pepejal Institusi
Apa-apa jenis sisa yang dijanakan hasil daripada aktiviti harian institusi yang disebutkan di atas dan ini adalah tidak sisa pepejal khas yang memerlukan cara pelupusan yang berasingan.
- Mana-mana premis yang diluluskan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk digunakan keseluruhan atau sebahagian besarnya bagi rumah ibadat
- Mana-mana premis yang dihuni oleh mana-mana JabatanKerajaan Persekutuan atau Negeri, Mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan atau mana-mana badan berkanun
- Mana-mana premis pendidikan
- Mana-mana kemudahan jagaan kesihatan termasuklah hospital,klinik dan pusat kesihatan.
- Mana-mana premis yang digunakan sebagai zoo awam, muzium awam, perpustakaan awam dan rumah anak yatim
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam16
Punca sisa Pepejal institusi
Sekolah, universiti, hospital, penjara dan bangunan kerajaan
Punca Sisa Pepejal Institusi
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
17Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
F) Sisa Pepejal Komersial
Ialah merangkumi sisa pepejal yang dihasilkan daripada apa-apa aktiviti komersial
Contoh Sisa Pepejal Komersial
Kertas, kadbod plastik, kayu, sisa makanan, kaca, logam dan apa-apa jenis sisa yang terhasil dari aktiviti yang tidak termasuk dalam sisa pepejal
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam18
Punca Sisa Pepejal Komersial
Stor, restoran, pasaraya, rumah tumpangan,kedai percetakan, stesen-stesen perkhidmatan
dan sebagainya
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
19Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
G) Sisa Pepejal Pembinaan
Merupakan apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan daripada apa-apa aktiviti pembinaan atau perobohan termasuk kerja pemajuan, penyediaan, pembaikan atau pengubahan
Punca Sisa Pepejal Pembinaan
Kawasan pembinaan baru, kerja-kerja pengubahsuaian atau perobohan bangunan dan sebagainya.
Contoh Sisa Pepejal Pembinaan
Kayu, papan lapis, konkrit, besi, drywall, permaidani, kadbod, gentian kaca, tanah, danlain-lain sisa yang dihasilkan dari aktiviti di atas
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam20
H) Sisa Pepejal Perindustrian
Contoh Sisa Pepejal Perindustrian
Sisa yang terhasil dari proses pengilangan tidak termasuk sisa pepejal khas
Sisa Pepejal Perindustrian
Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan daripada aktiviti perindustrian
Punca Sisa Pepejal Perindustrian
Industri fabrik, industri pembuatan makanan,ndustri ringan, industri berat dan sebagainya
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
3R
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam22
2.1 Definisi 3R
3R bermaksud Reduce (Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula). Elemen 3R juga merupakan sebahagian daripada Hierarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak lang-sung dapat mengurangkan penjanaan sisa pepejal serta jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan.
2.2 Elemen-Elemen 3R
Pengurangan (Reduce)
- Memilih bahan digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan
Penggunaan Semula (Reuse)
- Aktiviti menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan yang mana masih boleh digunakan lagi.
Kitar Semula (Recycle)
-Proses penghasilan produk baru daripada bahan kitar semula.
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
23Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
2.3 Cadangan Aktiviti 3R
PENGURANGAN (Reduce)
Fikir Dulu Sebelum Buang
Banyak barang yang dianggap sebagai sisa boleh digunakan untuk tujuan lain. Jadi pengurangan sisa boleh dilakukan dengan mempelbagaikan penggunaan.
Cadangan: Beli barangan mengikut keperluan dan bukan mengikut perasaan. Minimumkan penggunaan kertas dengan menggunakan kedua-dua belah halaman kertas semasa membuat cetakan. Edarkan dokumen seperti laporan atau memo dalam bentuk mel elektronik. Elak beli barangan yang dibalut dengan bahan yang tidak boleh dikitar semula Guna beg guna semula semasa membeli belah Gunakan bekas makanan sendiri Gunakan bateri yang boleh dicas semula
REDUCE
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam24
PENGGUNAAN SEMULA (Reuse)
Daripada sentiasa membuang barang, fikirkan cara-cara untuk menggunakannya semula. Dengan mengguna semula barangan, anda boleh mengurangkan ruang yang diperlukan bagi tapak pelupusan sampah dan memulihara sumber-sumber semulajadi.
Cadangan:Gunakan belakang kertas terpakai atau belakang sampul surat sebagai catatan nota. Gunakan semula pakaian lama (contohnya baju, tuala) untuk tujuan pembersihan Dermakan buku lama, perabot dan pakaian kepada orang yang memerlukan atau badan kebajikan daripada dibuang Guna semula bekas plastik dan kaca sebagai pasu untuk tanaman Gunakan bekas terpakai (contohnya bekas plastik dan kaca) untuk menyimpan barangan.
REUSE
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
25Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
KITAR SEMULA (Recycle)Kitar semula adalah merujuk kepada memperbaharui atau menggunakan semula barang-barang terbuang dan terpakai untuk dijadikan bahan-bahan mentah. Langkah awal kitar semula yang efisien adalah dengan mengetahui jenis barang yang dibeli dan cara untuk mengitarnya semula.
KITAR SEMULA MENGIKUT JENIS BARANG Banyak barang yang boleh dikitar semula contohnya kertas, plastik, logam dan kaca. Barangan lain seperti perabot, barangan elektrik, bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula tetapi masyarakat kurang peka untuk memulakannya.
BELI PRODUK YANG BOLEH DIKITAR SEMULA Jika membeli barang di pasar raya, kita harus membeli barang dalam bekas yang boleh dikitar semula seperti tin, bekas plastik dan bekas kaca.
BELI PRODUK YANG DI BUAT DARIPADA BAHAN KITAR SEMULA Anda boleh mengetahui sesuatu produk itu mesra pengguna daripada label produk tersebut.
MENGHASILKAN KRAFTANGAN DARIPADA BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULAAnda boleh menghasikan kraftangan daripada barangan yang biasanya dibuang. Satu botol plastik boleh menghasilkan satu bekas pensel yang cantik.
TONG KITAR SEMULA DAN PUSAT PENGUMPULAN Kenalpasti lokasi tong kitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran dengan kawasan anda bagi memudahkan penghantaran barangan kitar semula.
PLEASE RECYCLE
RECYCLABLE ONLY
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam26
2.4 HALAMAN SENI KREATIF 3R 2.4.1 MELABEL POKOK-POKOK DENGAN BARANGAN KITAR SEMULA
Objektif :Memberi pengetahuan kepada umum mengenai nama- nama pokok-pokok
Aktiviti : Menampal barangan kitar semula seperti kadbod keras, dan botol-botol plastik pada kawasan sekitar pokok-pokok
Peralatan : Botol minuman plastik dan kertas kadbod
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
27Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
2.4.2 MENGHIAS TAMAN DENGAN BAHAN-BAHAN TERBUANG SEPERTI BOTOL PLASTIK, TIN ALUMINIUM DAN TEMPURUNG
Objektif : Mencantikkan taman sekolah dengan bahan-bahan terpakai
Aktiviti : Mewujudkan papan tanda daripada bahan terbuang menerangkan nama taman
Peralatan : Botol minuman plastik dan kertas kadbod
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam28
2.4.3 MENGHIAS PAGAR DENGAN BARANGAN KITAR SEMULA
Objektif : Mewujudkan landskap yang lebih menarik di sekeliling sekolah
Aktiviti : Memperindahkan pagar contoh dengan barangan kitar semula sepanjang pagar membentukkan nama sekolah
Peralatan : Contoh botol minuman plastik,tin dan lain-lain
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
29Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
2.4.4 SUDUT KITAR SEMULA DAN ALAM SEKITAR
Objektif : Supaya murid-murid celik minda berkenaan dengan kempen kitar semula dan memelihara alam sekitar
Aktiviti : Membangunkan atau mewujudkan sudut, lorong, galeri, bilik, dan rumah kitar semula
Peralatan : Cat
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam30
2.5 CADANGAN PROGRAM 3R
2.5.1 GOTONG-ROYONG DAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
Objektif : Meningkatkan hubungan antara pihak sekolah dengan masyarakat
Aktiviti : Mengadakan hari gotong-royong pihak sekolah, murid-murid, ibu bapa dan komuniti di sekitar sekolah
Peralatan : Plastik sampah, penyapu, tong sampah
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
31Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
2.5.2 MINGGU INOVASI
OBJEKTIF:
1) Murid dapat melahirkan idea dan kreativiti yang tersendiri
PELAKSANAAN:
1) Pembahagian kumpulan2) Pembentangan dari setiap kumpulan mengenai barang yang telah direkacipta
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam32
2.5.3 PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS MENGGUNAKAN BAHAN KITAR SEMULA
OBJEKTIF:
1) Melahirkan pelajar yang kreatif2) Mengurangkan kos untuk menceriakan kelas
PELAKSANAAN:
1) Menghasilkan barang hiasan menggunakan barang-barang 3R
-
KITARSEMULARECYCLE
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam34
3.1 DEFINISI KITAR SEMULA
Kitar Semula ialah proses penghasilan produk baru daripada bahan kitar semula Diantara bahan-bahan yang boleh dikitar semula adalah surat khabar, majalah-majalah, buku-buku dan risalah, kertas putih dan bercampur, kadbod (termasuk kotak tisu,kotak kasut, dan kotak kadbod lain),botol,tin aluminium, botol plastik,dan lain-lain
Bayangkan jika berpuluh-puluh juta helai kertas di kitar semula, ia dapat menyelamatkan hampir 75,000 juta batang pokok balak di Brazil dan Filipina. Ini menjimatkan kos penebangan pokok-pokok dan mengimbangi ekosistem dalam bumi.
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam36
3.3 KRAFTANGAN KREATIF 3R
3.3.1 MENCIPTA KOLAJ
OBJEKTIF:1) Melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif
PELAKSANAAN:1) Menghasilkan lukisan berasaskan bahan-bahan terbuang
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
37Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
3.3.2 SISA ASAH PENSEL WARNA YANG BERGUNA
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:1. Sisa asah dari pensel warna yang beraneka2. Manila kad, kertas A43. Pensel warna/ krayon4. Gam5. Butang bentuk mata/ atau apa-apa butang yang sesuai
Sebelum aktiviti bermula, pastikan sisa asahan dari pensel-pensel warna telah dikumpulkan. Jika kanak-kanak mengasah pensel-pensel warna yang masih elok sudah pasti ini akan menjadi satu pembaziran pensel-pensel warna yang masih elok. Jadi, pastikan guru telah meminta kanak-kanak mengasah pensel warna mereka (yang memang perlu diasah) ke dalam bekas tertentu beberapa hari sebelum aktiviti berjalan. Tunjukkan cara mengasah terlebih dahulu bagi memastikan sisa yang diasah itu tidak terlalu pendek. Sisa sisa asahan kemudian dipilih dan dikumpulkan.
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam38
LANGKAH-LANGKAH:
Lakarkan bentuk seekor ikan di atas beberapa keping kertas manila kad. Jika hendak lebih mudah lagi lakarkannya di atas sekeping kertas A4 dahulu kemudian difotostat untuk diagihkan kepada kanak-kanak. Pastikan ruang dalam badan ikan itu luas supaya kanak-kanak lebih mudah dan bebas mencorakkan ikan mereka. Namun terpulang kepada guru samada hendak kanak-kanak menjalankan aktiviti ini secara individu, berpasangan mahupun berkumpulan.
Bimbing kanak-kanak untuk mulakan dengan menampal pada bahagian badan berhampiran ekor terlebih dahulu. Seterusnya penuhkannya dengan menampal secara bertindih-tindih mengikut bahagian. Cara ini akan membuatkan bahagian sisik ikan yang terhasil akan lebih kemas dan menarik.
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
39Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
Setelah berjaya memenuhi seluruh baha-gian badan ikan, bahagian sirip dan ekor akan diwarnakan dengan pensel warna
Sudahkan hasil kerja dengan melekatkan butang mata pada ikan dan kemaskan bentuk ikan yang terhasil.
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam40
Hasil kerja ini boleh digunakan sebagai kad ucapan ataupun hiasan dinding. Secara tidak langsung melalui projek ini guru berjaya menggalakkan kanak-kanak untuk kitar semula bahan-bahan terbuang.
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
41Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
3.3.3 KUMBANG DI TAMAN
BAHAN-BAHAN: 1. Sudu plastik 2. Marker hitam dan merah 3. Kad manila (lebihan kertas keras) 4. Gunting 5. Gam UHU
LANGKAH-LANGKAH a) Potong tangkai sudu plastik. Tinggalkan untuk bahagian kepala sahaja. b) Lukis bentuk sayap kumbang di atas kepala sudu. c) Kemudian lukis beberapa bulatan yang kecil untuk menggambarkan badan kumbang dengan menggunakan marker warna hitam. d) Warnakan seluruh sayap dengan marker warna merah. e) Tekapkan kepala sudu di atas kad manila dan lukiskan bulatan mengikut bentuk sudu. f) Potong manila kad kecil-kecil untuk dibuat kaki kumbang. Kemudian tampalkan kaki tersebut di kad manila yang telah dipotong mengikut bentuk sudu tadi. g) Warnakan kaki kumbang dengan marker hitam. h) Tampal kaki kumbang dengan menggunakan gam UHU. I) Hiaskan mengikut kreativiti masing-masing
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam42
3.3.4 BUNGA STRAW
BAHAN-BAHAN : 1. Penyedut minuman (straw) 2. Beg Plastik (pelbagai warna) 3. Pita pelekat berwarna hijau 4. Gunting LANGKAH-LANGKAH : a) Potong bucu plastik mengikut segitiga. b) Ambil 5 plastik yang telah dipotong dan cantumkan untuk dijadikan kelopak bunga. c) Kemudian lekatkan plastik yang sudah menjadi kelopak menggunakan pita pelekat yang berwarna hijau. d) Lekatkan kelopak yang telah bercantum itu pada straw. e) balut straw dengan pita pelekat hijau untuk dijadikan tangkai bunga.
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
43Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
3.3.5 MEREKACIPTA POKOK KITAR SEMULA
OBJEKTIF:
1) Menjana idea kreatif dalam menghasilkan pokok kitar semula2) Meningkatkan semangat kerjasama berpasukan
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam44
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
45Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
4.0 Pengkomposan
Terdapat pelbagai jenis kaedah pengkomposan tetapi di sini hanya dinyatakan satu kaedah sahaja iaitu pengkomposan menggunakan pasu bunga.
4.1 Definisi Pengkomposan
Pengkomposan adalah cara semulajadi untuk mengitar semula bahan organik. Ianya satu proses di mana bahan organik yang mudah reput diuraikan oleh mikroorganisma dalam kehadiran oksigen. Hasil proses ini adalah kompos yang bermanafaat kepada alam sekitar sebagai baja semulajadi untuk berkebun dan berladang.
Oleh itu, anda boleh menggunakan baja kompos ini kepada pokok buah-buahan atau sayur sayuran anda bagi menghasilkan hasil tanaman organik yang bermutu tinggi, bernilai dan baik untuk pengguna mengamalkan pemakanan yang sihat.
4.2 Objektif Pengkomposan
Mengurangkan kuantiti sisa pepejal ( sisa organik ) yang perlu dilupuskan di tapak pelupusan sampah dan membantu memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah. Mengubah bahan organik yang boleh mereput menjadi bahan yang stabil. Menyediakan nutrient yang boleh menyuburkan tanah. Meningkatkan tahap kebersihan persekitaran dan penjagaan alam sekitar.
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam46
4.3 Pengkomposan Menggunakan Pasu Bunga
Bahan Untuk Pengkomposan Menggunakan Pasu Bunga
Pasu-pasu bunga kosong Sisa-sisa dapur
Sisa-sisa kebun Tanah 1 pasu
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
47Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
4.3.1 Langkah-Langkah Pengkomposan Menggunakan Pasu Bunga
- Letakkan selapis batu kerikil di dasar pasu bunga untuk tujuan peredaran udara.
- Tambahkan selapis tanah (lebih kurang 2 inci) ke atasnya. Masukkan sisa-sisa dapur dan daun kering (sekiranya ada).
- Lapisan hijau diselang-selikan dengan lapisan bahan kering dalam kadar yang sama tebal. Proses ini diulangi sehingga ruang itu hampir penuh.
- Tutup lapisan ini dengan selapis tanah (rengangkan). Semua lubang dan celah hendaklah ditutup dengan tanah untuk mengelakkan serangga perosak dan haiwan seperti lalat, lipas, kucing, dan anjing daripada menggali sisa-sisa makanan dalam kompos.
- Isipadu tanah hendaklah 20% daripada isipadu sisa-sisa buangan. Ulang proses ini setiap hari sehingga pasu bunga itu penuh. Gunakan pasu lain apabila pasu yang pertama itu sudah penuh.
- Kompos anda akan siap dalam masa 4-5 minggu dan boleh digunakan sebagai baja tumbuh-tumbuhan, pokok dan halaman rumput.
- Anda boleh menggunaka pasu ini sekali lagi untuk mengambus sisa-sisa atau menggunakan pasu baru. Pasu-pasu ini boleh dihimpunkan di atas pasu-pasu lain, tetapi kandungan di dalamnya hendaklah selalu lembap.
* Bahan Hijau- Kulit buah-buahan, sayur-sayuran, kulit telur, sisa-sisa makana dan bahan- bahan yang boleh dikompos.* Bahan Kering- Daun kering, rumput-rumput, kayu-kayan, jerami, serbuk kayu.
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam48
Teknik Pengkomposan Menggunakan Pasu Bunga
Tanah
Daun kering
Sisa makanan
Daun kering
Sisa makanan
Tanah
Batu kerikil
-
BANK KITARSEMULA
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam50
5.0 BANK KITAR SEMULA DI SEKOLAH
5.1 Objektif Bank Kitar Semula
Berikut adalah objektif pelaksanaan Bank Kitar Semula di sekolah:
(1.1) Meningkatkan tahap kesedaran, keperluan serta kepentingan kitar semula di kalangan para pelajar sekolah rendah dan menengah melalui pendidikan secara teori dan praktikal.
(1.2) Menggalakkan para pelajar mengamalkan konsep dan kaedah 3R melalui program yang dijalankan.
(1.3) Mengajar amalan kitar semula secara betul di kalangan para pelajar. (1.4) Memupuk dan memperkukuhkan amalan kitar semula di kalangan generasi muda seperti pelajar sekolah.
(1.5) Memupuk sikap suka menabung di kalangan para pelajar.
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
51Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
1. Taklimat kepada pihak yang terbabit
Memberi taklimat kepada pihak pengetua sekolah / Guru Besar serta pihak JPN/ PPD bagi membincangkan perkara-perkara berikut: (1.1) Menetapkan tarikh, program dan sasaran pelajar pelajar yang terlibat.
(1.2) Penubuhan jawatankuasa urusetia program iaitu Skuad Bank Kitar Semula di sekolah.
(1.3) Tatacara pengumpulan barangan kitar semula, perlantikan vendor bagi mengutip barangan kitar semula, penyimpanan dan pengagihan hasil jualan.
2. Promosi Bank Kitar Semula di sekolah
(2.1) Pihak sekolah mengadakan taklimat kepada para pelajar mengenai Bank Kitar Semula. (2.2) Mengedarkan pamplet Bank Kitar Semula kepada pelajar. Memasang kain rentang di tempat yang mudah dilihat oleh para pelajar.
3. Kutipan dan kaedah bayaran
(3.1) Membuka akaun. Dua akaun asas yang perlu dibuka untuk Bank Kitar Semula di Sekolah iaitu:
(3.1.1) Akaun pelajar. Setiap pelajar yang terlibat dengan Bank Kitar Semula ini akan dibekalkan denga buku akaun Bank Kitar Semula. (Seperti lampiran 2)
** SETIAP PELAJAR BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA BUKU INI DENGAN BAIK DAN DIBAWA
SETIAP KALI PROGRAM BANK KITAR SEMULA
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam52
(3.1.2) Akaun Skuad Kitar Semula (Hasil jualan kitar semula setiap pelajar akan dipotong 5% untuk kos pentadbiran dan pengurusan. Hasilnya akan diserahkan kepada pihak sekolah)
(3.2) Aktiviti kutipan barangan kitar semula:
(3.2.1) Pelajar membawa barangan kitar semula ke sekolah setiap minggu pada hari yang telah ditetapkan.
(3.2.2) Skuad Bank Kitar Semula akan mengumpulkan barangan kitar semula di tempat pengumpulan iaitu di perkarangan sekolah atau tempat yang telah ditetapkan.
(3.2.3) Skuad Bank Kitar Semula akan merekodkan maklumat seperti jumlah berat dan nilai jualan barangan kitar semula ke dalam buku log.
(3.2.4) Nilai jualan akan ditukarkan ke bentuk setem dengan nilai RM 0.10, RM 0.20, RM0.30, RM0.50 dan RM1.00 setiap cetakan. Pelajar perlu melengkapkan kad setem yang disediakan dan memenuhkan satu muka surat bernilai RM10.00 untuk dimasukkan ke dalam akaun pelajar.
(3.2.5) Hasil jualan barangan kitar semula dimasukkan ke dalam akaun pelajar.
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
53Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
4. Jualan barangan kitar semula
(4.1) Penentuan dan pelantikan agen kutipan samada konsesi atau swasta. Antara kriteria yang diperlukan:
(4.1.1) Vendor yang menawarkan harga pembelian yang tinggi.
(4.1.2) Dapat memberi perkhidmatan kutipan pada hari yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
(4.2) Barangan kitar semula yang telah dikumpulkan oleh Skuad Kitar Semula dijual kepada agen yang dilantik. (4.3) Skuad Kitar Semula mendapatkan wang dan resit jualan serta merekodkan nilai jualan ke dalam buku log. (4.4) Penyelarasan hendaklah dibuat di antara pihak sekolah, guru,pihak PPSPPA dan vendor bagi memastikan semua barangan kitar semula yang dikumpulkan pada hari yang ditetapkan dijual serentak pada hari yang sama. Ini boleh mengelakkan masalah ketiadaanruang bagi penstoran barangan kitar semula di sekolah.
(4.5) Rekodkan jualan ke dalam buku log. (4.6) Hasil jualan barangan kitar semula akan disimpan oleh pihak sekolah.
5. Pengeluaran wang hasil jualan barangan kitar semula
(5.1) Pengeluaran wang hasil jualan barangan kitar semula daripada akaun pelajar bergantung kepada keputusan yang dipersetujui oleh pihak sekolah.
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam54
(5.2) Pelajar perlu mengemukakan buku akaun Bank Kitar Semula semasa proses pengeluaran wang.
(5.3) Guru bertanggungjawab akan merekodkan jumlah wang yang dikeluarkan dan tarikh pengeluaran di dalam buku akaun bank pelajar berkenaan. Segala maklumat pengeluaran berkenaan perlu direkodkan secara kemas dan betul di ruangan catatan di dalam buku akaun tersebut. (5.4) Jumlah wang yang dipohon dan buku akaun bank akan diserahkan kepada pelajar berkenaan. 6. Kemaskini data dan laporan
(6.1) Mengemaskini maklumat belian, jualan, serta urusan pengeluaran wang jualan barangan kitar semula. (6.2) Menyediakan laporan penyata bulanan bank kitar semula.
7. Pemantauan program
(7.1) Mesyuarat penyelarasanJawatankuasa Skuad Kitar Semula diadakan setiap enam bulan sekali bagi membincangkan permasalahan serta cadangan penambahbaikan untuk Bank Kitar Semula di sekolah. (7.2) PPSPPA negeri menganalisis program dan mengatasi masalah yang berbangkit bagi tujuan penambahbaikan. (7.3) PPSPPA negeri menghantar laporan kepada Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA pada minggu pertama setiap bulan.
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
55Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
CARTA ALIR BANK KITAR SEMULA DI SEKOLAH
2. PROMOSIPROGRAM
3R DI SEKOLAH
- Mengadakan taklimat kepada
pelajar.- Memasang banner
di pintu masuk sekolah
3. KUTIPAN BARANGANKITAR SEMULA
- Membuka akaun setiap pelajar dan akaun skuad
kitar semula.-Pelajar membawa
barangan kitar semulake tempat pengumpulan di
sekolah- Skuad Bank Kitar Semula
merekodkan maklumat jumlah berat dan nilai
jualan ke dalam buku log.- Nilai jualan akan
ditukarakan ke bentuk setem dengan nilai
RM 0.10, RM 0.20, RM 0.30, RM 0.50 dan RM 1.00
-Hasil Jualan akan dimasukan ke dalam akaun
pelajar
7. PEMANTAUANPROGRAM
- Mengadakan mesyuarat
penyelarasan Jawatankuasa 3R
setiap 6 bulan.- PPSPPA negeri
menganalisa prgoram dan
mengatasi masalah berbangkit.
- PPSPPA negeri menghantar
laporan kepada Ibupejabat
PPSPPA pada minggu pertama
setiap bulan.
6. KEMASKINI DATADAN LAPORAN
- Mengemaskini maklumat belian,
jualan serta urusan jualan barangan
kitar semula.- Menyediakan
4. JUALANBARANGAN
KITAR SEMULA
- Menjual barangan kitar semula kepada vendor yang telah
dilantik- Skuad kitar semula
mendapatkan wang da resit jualan serta merekodkan
nilai jualan ke dalam buku log.
1. TAKLIMAT KEPADA PIHAKYANG TERBABIT
- Taklimat kepada pengetua / Guru Besar sekolah
mengenai: ~ Penetapan tarikh dan program ~ Penubuhan Jawatankuasa Skuad Bank Kitar Semula ~ Tatacara pengumpulan, ~ Pelantikan vendor, penyimpanan barangan kitar semula dan pengagihan hasil jualan.
Pengeluaran wanghasil jualan
barangan kitar semula daripada
akaun pelajarbergantung
kepada keputusanyang dipersetujui
oleh pihaksekolah.
5. PENGELUARAN WANGHASIL JUALAN BARANGAN
KITAR SEMULA
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam56
MUKA DEPAN BUKU BANK KITAR SEMULA
BUKU STAMP BANK KITAR SEMULA
NAMA SEKOLAH : SK TAMAN MEDANNO. AKAUN : BKSSKTM 260510 0450NAMA PELAJAR : TAHUN :
TANDATANGAN PENGESAHAN TANDATANGAN PENGESAHAN ANGGOTA PPSPPA PENJAGA
( ) ( )
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
57Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
CONTOH BUKU LOG BANK KITAR SEMULA
> >
> >
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam58
CONTOH BUKU AKAUN PELAJAR ( 'STAMP BOOK')
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
59Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
GAMBAR AKTIVITI BANK KITAR SEMULA DI SEKOLAH
Gambar 1:Antara barangan kitar semula yang
berjaya dikumpul oleh pelajar sekolah
Gambar 2: Pelajar menghantar barangan kitar
semula ke tempat pengumpulan
Gambar 3:Skuad Bank Kitar Semula sedang
menimbang barangan kitar semulayang dibawa oleh pelajar.
Gambar 4:Pelajar sedang beratur untuk
mendapatkan kad setem untuk dimasukkan ke dalam buku akaun
Gambar 5: Jumlah nilaian jualan
ditukarkan ke dalam bentuk setem
Gambar 6: Skuad Bank Kitar Semula
memasukkan data ke dalam sistem
-
PROGRAMPERKHEMAHAN
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
61Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
6.0 PROGRAM PERKHEMAHAN ALAM SEKITAR DAN KITAR SEMULA
6.1 Objektif Perkhemahan
Objektif : Mewujudkan perasaan cintakan alam sekitar di samping mengumpul barangan kitar semula
AktivitI : Mengadakan program perkhemahan di sekitar taman rekreasi
Peralatan : -Plastik sampah -Penyapu -Tong sampah -Khemah -Beg -Makanan dan minuman
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam62
6.1 JADUAL TENTATIF PERKHEMAHAN
ATURCARAJumaat3.00 3.30ptg PENDAFTARAN3.30 4.30 ptg PENGENALAN DAN UNDANG-UNDANG4.30 5.00 ptg SOLAT ASAR & MINUM PETANG & PEMASANGAN KHEMAH5.00 6.30 ptg PERMAINAN DINAMIK (1)6.30 9.00 mlm SOLAT MAGHRIB, KULIAH, SOLAT ISYAK 9.00 11.30 mlm PENCIPTAAN / PERSEMBAHAN / PERBINCANGAN KUMPULAN11.30 12.00 mlm MINUM MALAM DAN TIDUR
Sabtu5.00 7.00 pg SOLAT SUBUH DAN TAZKIRAH7.00 8.30 pg SENAMAN & SARAPAN PAGI 8.30 10.00 pg PERMAINAN DINAMIK (2) Bengkel 3R 10.00 10.30 pg MINUM PAGI10.30 1.00 ptg PERMAINAN DINAMIK (3) LDK sayangi flora dan fauna1.00 2.00 ptg MAKAN TENGAHARI, SOLAT ZOHOR2.00 4.30 ptg PERMAINAN DINAMIK (4) Treasure Hunt4.30 5.00 ptg MINUM PETANG & SOLAT ASAR5.00 6.30 ptg PERMAINAN DINAMIK (4)- Explorace6.30 9.00 mlm SOLAT MAGHRIB, KULIAH DAN SOLAT ISYAK9.00 11.30 mlmPERSEMBAHAN MALAM KEBUDAYAAN11.30 12.00 mlm MINUM MALAM DAN TIDUR
Ahad5.00 7.00 pg SOLAT SUBUH DAN TAZKIRAH7.00 8.30 pg SENAMAN / KAWAD DAN SARAPAN PAGI8.30 10.00 pg PERMAINAN DINAMIK (5) Raja dan Ratu Rimba10.00 10.30 pg MINUM PAGI10.30 11.30 pg PERMAINAN DINAMIK (6)- Aktiviti sosial (gotong royong bersihkan hutan/ pantai)11.30 12.30 T/hariRUMUSAN AKTIVITI12.30 2.00 ptgMAKAN T/HARI / BERKEMAS / SOLAT ZOHOR2.00 ptg PROGRAM TAMAT DAN BERTOLAK BALIK
Nota : Semua permainan yang terlibat merupakan permainan motivasi. Di akhir setiap aktiviti guru akan menerangkan kepada semua peserta apa pelajaran yang mereka dapat dalam setiap permainan tersebut. Guru akan kaitkan beberapa aspek iaitu diri sendiri, keluarga, guru, rakan-rakan dan sekolah.
-
PENILAIANAKHIR TAHUN
-
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam64
7.0 PENILAIAN AKHIR TAHUN
Objektif : Membuat rumusan markah kepada ahli kelab dan murid-murid yang berjaya dalam pengumpulan barangan kitar semula terbanyak
Aktiviti : Menjalankan majlis penghargaan dan pengiktirafan ahli kelab dan murid-murid berkenaan dengan kutipan barangan kitar semula tertinggi setiap akhir tahun.
Peralatan : Laporan akhir aktiviti kutipan barangan kitar semula
-
4 IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIIII
IIIII
-
PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL & PEMBERSIHAN AWAMKementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Wisma UOA Pantai, Tingkat M, 2, 3 Dan 4,No. 11 Jalan Pantai Jaya (Jalan 4/83A),
59200 Kuala LumpurTel : 03-2245 9292 | Fax : 03-2245 9293/9394 | Website : www.ppsppa.gov.my
1-800-88-7472www.aduan s i sa .my
cover Rendahlayout1layout22 12 2
layout3layout4back Rendah