kajian penyelidikan

41
RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN Abstrak Program Pemulihan Khas merupakan program untuk membantu murid-murid normal di kelas aliran perdana yang menghadapi maslah penguasaan 3M. Mereka yang telah dikenalpasti bermasalah dalam subjek Bahasa Malaysia atau Matematik akan dicalonkan ke kelas pemulihan khas.Fokus program ini ialah murid Tahap Satu. Murid pemulihan khas adalah berbeza dengan murid bermasalah pembelajaran. Murid pemulihan khas adalah murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran. Manakala murid bermasalah pembelajaran pula telah diakui oleh pakar perubatan menghadapai masalah disebabkan oleh faktor kognitif. Murid di kelas pemulihan khas jika diajar dengan pendekatan, strategi dan teknik yang bersesuaian dengan keperluan murid, InsyaAllah akan pulih kerana mereka bukan bermasalah disebabkan oleh faktor kognitif. Memang menyeronokkan dan agak mencabar mengajar murid di kelas pemulihan khas. Jika cikgu-cikgu berupaya untuk mengajar dan mendekati murid-murid ini, saya percaya pengalaman mengajar di kelas pemulihan khas ini akan menjadikan cikgu, guru yang sebenarnya. Kertas cadangan ini akan membincangkan hasil kajian yang berkaitan dengan penggunaan kad perkataan dalam usaha 1

Upload: rithuan-zainal-abidin

Post on 21-Jul-2016

69 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

KAJIAN TINDAKAN

TRANSCRIPT

Page 1: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Abstrak

Program Pemulihan Khas merupakan program untuk membantu murid-murid normal di

kelas aliran perdana yang menghadapi maslah penguasaan 3M. Mereka yang telah dikenalpasti

bermasalah dalam subjek Bahasa Malaysia atau Matematik akan dicalonkan ke kelas pemulihan

khas.Fokus program ini ialah murid Tahap Satu.

Murid pemulihan khas adalah berbeza dengan murid bermasalah pembelajaran. Murid

pemulihan khas adalah murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M

disebabkan oleh faktor persekitaran. Manakala murid bermasalah pembelajaran pula telah diakui

oleh pakar perubatan menghadapai masalah disebabkan oleh faktor kognitif.

Murid di kelas pemulihan khas jika diajar dengan pendekatan, strategi dan teknik yang

bersesuaian dengan keperluan murid, InsyaAllah akan pulih kerana mereka bukan bermasalah

disebabkan oleh faktor kognitif. Memang menyeronokkan dan agak mencabar mengajar murid di

kelas pemulihan khas. Jika cikgu-cikgu berupaya untuk mengajar dan mendekati murid-murid

ini, saya percaya pengalaman mengajar di kelas pemulihan khas ini akan menjadikan cikgu, guru

yang sebenarnya.

Kertas cadangan ini akan membincangkan hasil kajian yang berkaitan dengan

penggunaan kad perkataan dalam usaha meningkatkan kemahiran membaca dalam

program pemulihan khas.

1

Page 2: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan

yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Penguasaan asas

kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi

membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan.

Kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) amat penting kearah menuju alaf

baru selepas tahun 2000 di mana perkembangan teknologi maklumat semakin pesat dan

mencabar. Walau bagaimanapun berdasarkan laporan daripada hasil penyelidikan menunjukkan

antara sepuluh hingga lima belas peratus dalam kalangan murid-murid sekolah masih

menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dan gagal menguasai kemahiran asas 3M.

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) semenjak tahun 1960-an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang

menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca,

menulis dan mengira ( 3M ).

Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru

Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula

kepada asas pendidikan dengan memberi fokus kepada 3M dan murid-murid yang tidak

menguasainya dibantu melalui Program Pemulihan Khas. Pengajaran dan pembelajaran pada

Tahap 1 (Tahun 1-3) akan membolehkan guru-guru mengenalpasti murid-murid yang

mempunyai masalah penguasaan asas 3M. Seterusnya pihak sekolah berusaha menyediakan

Program Pemulihan Khas bagi mengatasi masalah penguasaan asas 3M.

Fokus ke arah membasmi masalah 3M ini turut termaktub di dalam teras ketiga :

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan teras keempat : Merapatkan Jurang Pendidikan dalam

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006–2010 . Melalui kedua-dua teras ini, beberapa

pelan tindakan dirancang untuk memastikan murid-murid menguasai kemahiran asas 3M pada

2

Page 3: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

tahap 1. KPM akan memperkasakan Program Pemulihan Khas dengan menaik taraf kelas

pemulihan dan menyediakan guru pemulihan khas terlatih yang mencukupi termasuk di Sekolah

Kurang Murid (SKM).

Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip “menyelesaikan masalah seawal

mungkin” supaya tidak menjadi kronik dan berterusan. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan

gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau ‘terbelakang’

menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi

pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi

mereka akan menjadi sia-sia.

Kurikulum kebangsaan yang sedia ada tidak sesuai untuk murid pemulihan

khas kerana tahap pencapaian akademik mereka secara amnya rendah dan perlahan.

Oleh itu Jabatan Pendidikan Khas , Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka

dan menggubal satu kurikulum alternatif untuk murid yang ditempatkan dalam program

pemulihan khas ini. Kurikulum ini menyediakan pendekatan pengajaran dan

pembelajaran yang lebih fleksibel,berfokus dan releven dengan keupayaan murid

khas.

Pelaksanaan kurikulum pemulihan khas membolehkan guru mengubah suai

kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran , masa dan bahan bantu mengajar bagi

mencapai tujuan dan matlamat pemulihan khas. Melalui proses pengajaran dan

pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu diharapkan dapat melahirkan individu yang

memiliki ciri-ciri seperti mampu berdikari, berdisiplin, bersikap positif, produktif dan

boleh menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara.

3

Page 4: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

1.2 Penyataan Masalah Kajian

Masalah tidak boleh membaca merupakan satu pemasalahan yang tidak asing

dengan murid-murid pemulihan khas. Murid-murid pemulihan khas berfokus kepada

murid-murid yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan

menerima pendidikan biasa.

Sebagaimana kanak-kanak biasa, kanak-kanak pemulihan khas juga perlu

menguasai kemahiran membaca kerana ini merupakan perkara asas yang perlu

dikuasai. Sekiranya kanak-kanak pemulihan khas ini tidak dapat menguasai kemahiran

bacaan ia akan memberi kesan besar kepada proses pengajaran dan peembelajaran.

Malahan urusan harian mereka amat sukar apabila dewasa kelak.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melengkapkan murid- -

murid khas dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi mencapai perkembangan

menyeluruh subjek Bahasa Melayu juga diajar kepada murid-murid pemulihan

khas. Murid-murid ini didedahkan dengan perkataan yang mudah untuk difahami sesuai

dengan tahap keupayaan mereka.

Semasa tinjauan awal dibuat didapati kebanyakan murid-murid pemulihan khas tidak

pandai membaca, malah ada yang tidak pandai mengeja suku kata meskipun suku kata

terbuka Keadaan ini menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran terhadap

kemahiran tersebut terpaksa diulang-ulang. Pengkaji menyedari kekurangan yang

dialami oleh murid pemulihan khas harus ditangani dengan pendekatan dan strategi

pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian agar mereka juga mendapat pendidikan yang

seimbang dengan murid normal.

4

Page 5: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Oleh itu, pengkaji mengambil kesempatan untuk menjalankan kajian mengenai

tahap penguasaan murid-murid pemulihan khas dalam kemahiran membaca dengan

menggunakan kad perkataan. Fokus kajian ini ialah meningkatkan kemahiran membaca

murid-murid pemulihan khas dengan kaedah latih tubi menggunakan kad perkataan.

1.3 Soalan Penyelidikan atau Kajian

Berdasarkan kepada pernyataan masalah maka persoalan-persoalan kajian yang ingin

dijawab dalam kajian ini adalah seperti berikut :

1.3.1 Bolehkah kaedah pembelajaran latih tubi menggunakan kaedah suku kata terbuka

dipertimbangkan sebagai kaedah pembelajaran yang berkesan bagi meningkatkan

pencapaian murid pemulihan khas dalam menguasai kemahiran membaca?

1.3.2 Adakah kaedah pembelajaran latih tubi menggunakan suku kata terbuka ini sesuai

dijalankan dalam kalangan murid-murid pemulihan khas?

1.3.3 Apakah faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan

murid pemulihan khas?

1-3.4 Apakah jenis instrumen yang digunakan untuk mengenalpasti tahap penguasaan

kemahiran membaca murid pemulihan khas?

1.3.5 Apakah cadangan untuk meningkatkan perlaksanaan program latih tubi

membaca dalam kalangan murid pemulihan khas?

5

Page 6: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

1.4 Objektif Penyelidikan atau Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk ;

1. Mengkaji tahap penguasaan membaca perkataan yang mengandungi suku kata

terbuka dalam kalangan murid-murid pemulihan khas.

2. Meningkatkan kemahiran membaca perkataan yang mengandungi suku kata

terbuka dalam kalangan murid-murid pemulihan khas dengan kaedah latih tubi

menggunakan kad perkataan.

3. Mengkaji keberkesanan kaedah latih tubi menggunakan kad perkataan dalam

meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan yang mengandungi

suku kata terbuka dalam kalangan murid-murid pemulihan khas.

1.5 Kepentingan Penyelidikan atau Kajian

1.5.1 Kepentingan kepada pentadbir

Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu pentadbir sekolah membuat

perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk murid-murid, guru-guru dan

penjaga serta membuat pelan bertindak terhadap kelemahan-kelemahan yang dikesan

1.5.2 Kepentingan kepada guru dan pengkaji

Dapatan kajian diharap dapat menarik dan memberikan maklumat kepada guru-

guru Bahasa Melayu khususnya guru-guru yang mengajar murid-murid bermasalah

pembelajaran (slow learner) tentang kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar

kemahiran bacaan.

6

Page 7: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

1.5.3 Kepentingan kepada ibu bapa

Kajian ini juga penting kepada ibu bapa kerana maklumat yang diperolehi boleh

dijadikan ukuran sejauh mana penguasaan kemahiran membaca anak-anak mereka.

Seterusnya, ibu bapa boleh bekerjasama dengan pihak sekolah bagi mengatasi kelemahan

yang ada pada murid-murid.

1.5.4 Kepentingan kepada murid

Dapatan kajian ini dapat menunjukkan dengan jelas tahap penguasaan kemahiran

membaca murid-murid. Diharapkan agar murid-murid menyedari kelemahan mereka dan

berusaha untuk mempertingkatkan penguasaan mereka bagi memenuhi matlamat

wawasan pendidikan masa kini. Ini adalah penting memandangkan murid adalah aset

yang amat berharga untuk kemajuan pada masa hadapan.

1.6 Batasan Penyelidikan atau Kajian

Di antara batasan kajian ini adalah kajian ini hanya melibatkan tujuh orang murid

pemulihan khas yang terdiri daripada murid-murid lelaki daripada Sekolah Kebangsaan

Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang. Semenjak peringkat awal kajian, pengkaji

mendapat kerjasama yang sangat baik daripada pentadbir dan guru kelas pemulihan

khas di sekolah yang dipilih. Hasil daripada perbincangan dengan guru kelas dan

pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji semasa proses pengajaran dan pembelajaran

dijalankan, didapati murid-murid yang dipilih menghadapi masalah membaca meskipun

perkataan mudah.

Kajian ini bertumpu kepada kemahiran membaca perkataan menggunakan kad

perkataan. Instrumen kajian ialah ujian pra dan ujian pos yang mengandungi perkataan -

perkataan dan ayat-ayat yang mengandungi suku kata terbuka.

7

Page 8: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Masa yang diambil untuk menjalankan kajian adalah terhad. Pengkaji tidak dapat mengenali

murid-murid yang dijadikan sampel kajian dengan lebih mendalam. Pengkaji juga tidak

mempunyai pengalaman berhadapan dengan murid-murid pemulihan khas sebelum ini.

Justeru, hasil kajian ini tidak dianggap sebagai muktamad menyebabkan generalisasi

kajian tidak boleh diterima pakai untuk kajian-kajian lain.

1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Kemahiran Membaca

Kebanyakan definisi membaca menekankan dua proses penting iaitu mengenal

pasti simbol-simbol dan hubungan makna yang sesuai atau cocok dengan simbol-simbol

tersebut. Membaca memerlukan pengenalpastian dan pemahaman. Deboer dan Dallman

berpendapat bahawa membaca melibatkan pemahaman dan interpretasi idea-idea yang

disimbolkan melalui penulisan atau simbol yang tertulis.

Gibson pula menegaskan bahawa membaca ialah penerimaan komunikasi,

bertindak balas terhadap simbol-simbol grafik, mentafsir simbol-simbol grafik kepada

pertuturan dan mendaptkan makna daripada bahan-bahan bercetak.

Satu aspek lagi yang ditekankan dalam definisi membaca ialah proses bahasa dan

komunikasi iaitu proses meletakkan pembaca berhubung dan berkomunikasi dengan idea-

idea tertentu. Membaca melibatkan interaksi antara pembaca dengan penulis.

Harris dan Sipay (1980) menyifatkan kemahiran membaca sebagai proses untuk

memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.

Selanjutnya dikatakan bahawa seseorang itu akan dapat memahami apa yang dibacanya

apabila berlaku interaksi antara pengamatannya tentang lambang-lambang yang dibaca,

kebolehannya berbahasa dan pengetahuannya tentang alam sekeliling.

8

Page 9: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Kenedy (1981) mentafsirkan membaca sebagai keupayaan seseorang untuk

mengecam bentuk visual ( lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau

perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui,

dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya.

1.7.2 Suku Kata Terbuka

Suku kata adalah pecahan atau pemenggalan perkataan berdasarkan kepada

kehadiran bunyi vokal. Setiap vokal membentuk satu suku kata dan vokal itu boleh

diikuti atau tidak oleh konsonan. Contohnya perkataan api terdiri daripada dua suku kata

iaitu a dan pi .

Di dalam Bahasa Melayu, terdapat dua jenis suku kata iaitu:

1. Suku kata terbuka ; suku kata yang diakhiri oleh vokal Contohnya a pi, sa ya, ru pa.

2. Suku kata tertutup ; suku kata yang diakhiri oleh konsonan.Contohnya kam pung, tim bun,

ban tal.

1.7.3 Murid-murid pemulihan khas

AE Tanseley dan R. Culliford

“ kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang

rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa, ”

9

Page 10: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

M. F . Clough

“ kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang

berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang

perkara yang agak abstrak. ”

Sharifah Rahman Ali

“ kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan

mempunyai kecerdasan yang tinggi , yang sederhana dan di bawah paras sederhana . Kita tidak

masukkan kategori kanak-kanak yang lemah (mentally retarded).”

” Kanak-kanak Pemulihan Khas adalah kanak-kanak yang tidak dapat menguasai

kemahiran asas 3M pada masa yang sepatutnya.”

Kementerian Pelajaran Malaysia

“Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan

oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”.

1.7.4 Latih tubi

Teknik latih tubi adalah satu teknik pengajaran yang telah lama digunakan. Latih

tubi ialah pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya ialah

untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping itu menjamin

kekekalannya. Teknik latih tubi boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran,

misalnya kemahiran melukis, menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta

yang penting.

10

Page 11: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

1.7.5 Kad perkataan

Kad-kad perkataan berguna untuk membina ayat. Kad-kad perkataan terdiri

daripada kad-kad cantum gambar, suku kata, perkataan atau ayat. Kad-kad perkataan

boleh digunakan di peringkat awal pengajaran untuk memperkembangkan kemahiran

membaca.

1.8 Rumusan

Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan pengenalan kepada kajian

yang dijalankan. Gambaran awal mengenai kajian yang telah diperihalkan dalam bab ini

akan dijelaskan dalam bab seterusnya.

11

Page 12: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Hasil daripada tinjauan dan bacaan yang telah dilakukan oleh pengkaji, penyelidikan

terhadap tahap penguasaan bacaan di kalangan murid bermasalah pembelajaran masih kurang

dikaji oleh para pengkaji tempatan mahupun luar negara. Di sini pengkaji akan

membentangkan beberapa kaiian yang berkaitan dari segi teori dan fakta kajian yang

menepati dengan proses penyelidikan yang dijalankan.

2.2 Literatur Berkaitan

Masalah membaca merupakan salah satu masalah utama bagi kanak-kanak bermasalah

pembelajaran. Lebih kurang 80% daripada pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi

masalah membaca (Lerner, 2000; Lynmoat, 1997). Oleh itu, ramai murid- murid

bermasalah pembelajaran ini gagal di sekolah. Kegagalan ini adalah penyumbang kepada

pengurangan harga diri dan keyakinan diri.

Menurut Torgensen dan Wagner (1988), masalah pembacaan yang paling ketara

ialah kesukaran pelajar mendekod perkataan dan kurang kesedaran fonologi iaitu kekurangan

kefahaman terhadap peraturan yang mengawal kesamaan antara bunyi sebenar dan huruf-huruf

tertentu yang membina perkataan (Raskind, 2001). Contohnya, sesetengah pelajar tidak

memahami iaitu, perkataan "kucing" terdiri daripada huruf dan gagal mengaitkan bunyi

dengan huruf. Kesukaran mendekod menyumbang kepada masalah membaca.

12

Page 13: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Ada beberapa jurnal, buku-buku dan majalah yang telah dijadikan bahan bacaan oleh

penulis sebagai bahan rujukan untuk dijadikan bahan kajian literatur. Antaranya ialah :

2.2.1 Teori Pembelajaran Sosial : Bandura (1977)

Sebelum seseorang murid itu dapat melakukan pengulangan atau latih tubi, ia perlulah

melalui satu proses pembelajaran sosial yang menyatakan bahawa proses pembelajaran berlaku

menerusi peniruan. Menurut Bandura, kita boleh memahami proses peniruan melalui empat

langkah, iaitu:

(i) Tumpuan

(ii) Penyimpanan

(iii) Mengingat

(iv) Motivasi

2.2.2 Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Prinsip asas Pavlov ialah tindak balas yang diulang-ulang atau latih tubi akan menjadi

kebiasaan atau amalan. Nama penuh beliau ialah Ivan Pavlov dan dilahirkan di Kyazan, Rusia

pada tahun 1894. Pada tahun 1904 beliau telah menerima hadiah Nobel dan bergelar professor

farmakologi dari St. Petersburg, Institute of Experimental Medicine pada tahun 1980. Menurut

Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa-apa

sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan. Rangsangan pula ialah apa-apa

sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas.

Ganjaran seperti hadiah, makanan atau hukuman digunakan untuk membimbing tingkah

laku kanak-kanak yang sesuai. Pengulangan diutamakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Oleh itu pada pendapat beliau, kanak-kanak perlu diberi banyak latihan sebagai

peneguhan.

13

Page 14: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

2.2.3 Teori Pelaziman Operan Thorndike

Prinsip Thorndike menyatakan bahawa dengan mencuba berkali-kali akhirnya akan dapat

mencapai matlamat kejayaan yang diingini. Pembelajaran ini dikenali sebagai pembelajaran “

cuba jaya.Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara

rangsangan ( stimulus ) dan gerak balas ( response ). Dengan itu Thorndike menyarankan

bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu, yang disebut sebagai hukum

pembelajaran. Hukum-hukum pembelajaran ini dibahagikan kepada tiga, iaitu (a) Hukum

Kesediaan, (b) Hukum Latihan dan (c) Hukum Kesan.

2.3 Tinjaun Kajian Lepas

2.3.1 Kajian Dalam Negara

Zaidah Haji Othman dalam kajian mengenai kemahiran asas bacaan bahasa Melayu

murid tahun dua dari segi huruf, suku kata dan gabungan bunyi-bunyi suku kata menyatakan

bahawa pengetahun mengenai nama dan bunyi huruf abjad di kalangan murid tahun dua

merupakan faktor asas yang penting untuk menentukan kebolehan mengenal dan membunyikan

suku kata dengan betul.

Berdasarkan dapatan tersebut, amat jelas menunjukkan bahawa pengetahuan mengenal

nama, bentuk dan fonik huruf adalah mempunyai perkaitan yang rapat dengan kebolehan

penguasaan awal bacaan di kalangan murid di peringkat sekolah rendah

Terdapat kajian lain yang telah dijalankan menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran

latih tubi dapat meningkatkan prestasi pencapaian pelajar-pelajar dalam menulis huruf abjad.

Kajian yang telah dijalankan oleh Madihah bt Musa dari SK (LKTP) Sungai Retang, Jerantut

Pahang Darul Makmur ( April 2005). Dalam kajian yang telah dijalankan oleh Madihah , telah

dapat mempastikan bahawa pembelajaran melalui kaedah latih tubi ini dapat membantu

meningkatkan prestasi dan pencapaian pelajar berbanding sebelumnya. Seorang lagi guru yang

14

Page 15: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

telah menjalankan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara latih tubi ialah Roziah bt Abdul

Hamid dari SK Kuala Tahan, Jerantut Pahang Darul Makmur ( Mac hingga April 2005). Beliau

telah menjalankan kaedah latih tubi membaca ayat mudah.

2.3.2 Kajian Luar Negara

Merujuk kepada pentingnya mengenal bentuk dan nama huruf abjad pada awal bacaan,

Silvaroli (1965) melaporkan bahawa pada peringkat darjah satu pengetahuan penguasaan

mengenal bentuk dan nama huruf abjad amatlah penting untuk meramal dan mengenalpasti

pencapaian murid dengan kebolehannya dalam bacaan di saat akhir tahun satu.

Menurut Shaw (2002) menyatakan bahawa mengajar kanak-kanak bermasalah

pembelajaran secara konkrit adalah lebih mudah daripada abstrak. Pembelajaran akan

lebih mudah apabila mereka nampak daripada mereka disuruh membayangkan sesuatu

maklumat. Kemahiran membaca boleh diajar secara pengajaran sistem fonik dan

menggunakan bahan bantu seperti buku-buku dan kad-kad perkataan.

Seterusnya Llyod (1988), dalam kajiannya membuktikan pengajaran secara terus

dengan menggunakan kaedah latih tubi, latihan dan memberi maklum balas memberikan

kesan dalam jangka pendek dan juga untuk mencapai matlamat jangka panjang di dalam

pembelajaran kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Havinghurst (1953) menyatakan bahawa seseorang itu perlu menjalankan

beberapa tugasan dan tugasan ini dinamai tugasan perkembangan. Beliau mengenal pasti

tugasan perkembangan ini sebagai tugasan yang wujud pada sesuatu peringkat hidup

seseorang individu yang menolongnya mencapai kejayaan seterusnya jika ia berjaya

melaksanakan tugasan tersebut. Sebaliknya jika ia gagal melaksanakan tugasan tersebut,

ini akan mengakibatkan kegagalannya dalam melaksanakan tugasan-tugasan selanjutnya.

Ini jelas menunjukkan membaca melibatkan tugasan perkembangan yang tidak

15

Page 16: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

dipero l eh i dengan sempurna o leh kanak-kanak be rmasa lah pembela ja ran .

Bagaimanapun, kanak-kanak bermasalah pembelajaran masih perlu menjalankan tugas

membaca untuk memenuhi keperluannya sendiri.

Berdasarkan dapatan di atas, amat jelas menunjukkan bahawa kekurangan yang ada

dalam diri kanak-kanak bermasalah pembelajaran menyebabkan mereka sukar untuk menguasai

kemahiran membaca. Bagaimanapun, penggunaan bahan konkrit misalnya kad perkataan

dapat membantu mengatasi kekurangan tersebut.

2.4 Rumusan

Daripada hasil kajian literatur dapatlah disimpulkan bahawa perkembangan dan

kebolehan kanak-kanak bermasalah pembelajaran untuk menguasai kemahiran membaca

adalah berbeza dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran

memerlukan bahan konkrit dan proses pengulangan untuk mencapai kemahiran yang

diinginkan. Harus diingat bahawa tiap-tiap kanak-kanak adalah individu yang berbeza

terutama dalam tahap mereka mencapai satu-satu kemahiran. Kajian ini akan seterusnya

mengkaji sejauh mana keberkesanan penggunaan kad perkataan untuk meningkatkan

penguasaan kemahiran membaca murid-murid pemulihan khas.

BAB 3

16

Page 17: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Bab ini menghuraikan aspek-aspek kajian yang berkaitan dengan kaedah dan prosedur

kajian yang dijalankan. Di antara aspek-aspek yang dibincangkan ialah reka bentuk kajian,

sampel kajian, instrument kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisaan data.

Persediaan yang dilakukan dengan teliti bagi memastikan segala perancangan dapat dijalankan

dengan lancar dan teratur. Oleh itu metodologi kajian ini amat penting dalam membantu

menghasilkan satu kajian yang berkualiti.

3.2 Reka bentuk kajian

Pengkaji memilih kajian kuantitatif untuk mengukur keberkesanan, penggunaan kad

perkataan dalam pengajaran kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid pemulihan

khas. Bagi mendapatkan data yang sesuai dengan persoalan kajian dan agar dapatan kajian

menjadi benar atau mempunyai kesahan yang tinggi pengkaji menggunakan kajian berbentuk

eksperimen.

Hasil perbincangan dengan guru kelas berkenaan, pengkaji telah memilih tujuh

orang murid yang mempunyai masalah pembelajaran (slow learner) untuk diberikan ujian

pra bacaan yang mengandungi perkataan-perkataan yang mempunyai suku kata terbuka.

Setelah mendapatkan skor bagi ujian pra, pelaksanaan rawatan iaitu menjalankan kaedah

pengajaran menggunakan kad perkataan dijalankan ke atas murid-murid berkenaan.

Seterusnya ujian pos yang menggunakan soalan yang sama seperti ujian pra diberikan

kepada murid-murid untuk mendapatkan skor pencapaian setelah rawatan diberikan.

Perbandingan dibuat antara skor pencapaian ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan yang

sama.

17

Page 18: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

3.3 Sampel Kajian

Kajian ini dibuat ke atas tujuh orang murid pemulihan khas di Sekolah Kebangsaan

Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang. Pemilihan sekolah ini sebagai tempat kajian dibuat

dengan mengambil kira pandangan Marshall dan Rosman (1995) yang menggariskan empat

perkara yang perlu diberi perhatian iaitu :

1. Tiada halangan untuk menjalankan kajian

Dalam hal ini pengkaji mendapati guru-guru dan guru besar sekolah ini telah memberikan

kerjasama yang baik. Pihak sekolah dan murid-murid yang dipilih memberikan persetujuan

untuk pengumpulan data.

2. Mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk melaksanakan proses pengumpulan

data dengan baik serta wujudnya minat dan kerjasama daripada murid-murid terpilih.

Dalam hal ini pengkaji yakin dapat memperoleh data yang diperlukan untuk kajian

ini kerana pengkaji mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pentadbir sekolah dan

semua murid yang dipilih.

3. Berkemampuan untuk membina hubungan percaya-mempercayai dengan murid-

murid yang dipilih

Dalam hal ini pengkaji berjaya mewujudkan suasana kemesraan serta saling mempercayai,

hormat-menghormati dan sentiasa bersedia untuk berbincang. Pengkaji telah memaklumkan

kepada murid-murid yang dipilih tujuan kajian dijalankan

18

Page 19: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

4. Berkeyakinan boleh mendapatkan data yang berkualiti dan mempunyai kredibiliti untuk

tujuan kajian

Dalam hal ini, murid-murid yang dipilih adalah terdiri daripada murid-murid pemulihan

khas yang mengalami masalah membaca . Murid-murid lain yang mengalami masalah

pembelajaran lain tidak terlibat dalam kajian ini.

Murid-murid yang dipilih adalah dalam lingkungan umur sembilan hingga sebelas tahun.

Hasil pemerhatian awal, murid-murid yang dipilih mengalami masalah dalam menguasai

kemahiran menulis, membaca dan mengira. Murid-murid ini diberikan ujian pra, rawatan dan

ujian pos yang sama.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Rohana (2003) menyatakan persampelan ialah satu

proses di mana sebilangan kecil pelajar dipilih dan dikaji dan mengikut Mohd Majid (1990) saiz

sampel bukan isu penting tapi yang penting sampel yang diambil dapat mewakili populasi.

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang dijalankan ialah ujian pra dan ujian pos. Bagi menentukan

keberkesanan penggunaan kaedah pengajaran menggunakan kad perkataan bentuk clan soalan

bagi kedua-dua ujian adalah sama tetapi menggunakan perkataan yang berbeza.

Setiap set ujian mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A yang menguji murid-

murid untuk membaca suku kata terbuka contohnya ba, ma, di, ku. Bahagian B pula menguji

kebolehan murid-murid membaca perkataan yang mengandungi dua suku kata terbuka seperti

kuku, dagu, muka dan Bahagian C memerlukan murid-murid membaca ayat pendek yang

mengandungi perkataan dua suku kata terbuka seperti Nani ada bola. Bahagian A dan B

mengandungi sepuluh soalan manakala bahagian C mengandungi lima soalan.

Semasa menjalankan rawatan, pengkaji menyediakan kad perkataan yang berbentuk kad

cantum gambar, kad cantum suku kata, kad cantum perkataan dan kad cantum ayat. Murid-

19

Page 20: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

murid dibenarkan memegang dan mengamati sendiri kad perkataan yang disediakan secara

individu mengikut keupayaan mereka.

3.5 Prosedur Pengumpulan Data

Sebelum kajian dijalankan, pengkaji terlebih dahulu memohon kebenaran membuat

kajian kepada pentadbir sekolah beserta dengan Surat kebenaran daripada Kementerian

Pelajaran. Setelah mendapat kebenaran daripada guru besar sekolah berkenaan, pengkaji

membuat temu janji dengan guru kelas murid-murid pemulihan khas untuk menentukan masa

yang sesuai untuk menjalankan kajian. Perbincangan ringkas dengan guru kelas berkenaan

juga dilakukan untuk mendapat maklumat latar belakang murid-murid yang dipilih.

Kajian ini dijalankan dalam masa dua minggu dengan sepuluh jam tempoh masa

pengajaran. Ujian pra ditadbir kepada murid-murid yang dipilih untuk mendapatkan

skor awal penguasaan kemahiran membaca perkataan suku kata terbuka. Setelah

didedahkan dengan kaedah pengajaran menggunakan kad perkataan, ujian pos dijalankan

kepada murid-murid berkenaan. Skor yang diperolehi semasa ujian pra dan ujian pos

dijadikan perbandingan untuk memastikan keberkesanan kaedah pengajaran menggunakan

kad perkataan untuk meningkatkan kemahiran membaca perkataan suku kata terbuka dalam

kalangan murid-murid pemulihan khas.

3.6 Analisis Data

Markah-markah ujian pra dan pos telah dianalisis mengikut turutan persoalan

kajian secara kuantitatif yang mana setiap item dapat menjawab persoalan-

persoalan kajian. Di dalam kajian ini, semua data yang diperolehi dianalisis secara

kuantitatif menggunakan kajian statistik berkomputer. Kaedah statistik deskriptif

iaitu kekerapan, peratusan dan skor min digunakan dalam menganalisis data bagi

menjawab persoalan kajian berikut : Sejauh mana keberkesanan kaedah latih tubi

20

Page 21: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

menggunakan kad perkataan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca

perkataan suku kata terbuka dalam kalangan murid-murid pemulihan khas.

3.7 Rumusan

Kesimpulannya, hasil kajian ini dapat membuktikan keberkesanan kaedah latih

tubi menggunakan kad perkataan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca

perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dalam kalangan murid-murid

pemulihan khas.

Perancangan perlu dibuat dengan teliti untuk mendapatkan hasil kajian yang

terbaik. Kesabaran dan komitmen pengkaji adalah amat penting untuk memastikan kajian

ini dapat dijalankan seperti yang dirancang. Selain itu kerjasama dari semua pihak sangat

diperlukan terutamanya dari pihak sekolah dan murid-murid yang dijadikan sampel

kajian. Perkara yang paling penting untuk dicapai adalah untuk meningkatkan

penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid pemulihan khas.

21

Page 22: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

LAMPIRAN A

UJIAN PRA

Bahagian A

Membaca suku kata terbuka

1 . b a 2. co3 . p e 4. ra5 . s i 6. gu7 . d e 8. ki9 . t u 10. no

22

Page 23: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

LAMPIRAN B

UJIAN PRA

Bahagian B

Membaca perkataan dua suku kata

1. bola 2. baju3. lori 4. duri

5. laci 6. guru

7. lima 8. ceri

9. kaki 10. mata

23

Page 24: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

LAMPIRAN C

UJIAN PRA

Bahagian C

Membaca ayat

1. Nani ada bola

2. lbu cuci baju

3. Lori bawa ceri

4. Kaki ada duri

5.Guru buka laci

24

Page 25: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

LAMPIRAN D

UJIAN POS

Bahagian A

Membaca suku kata terbuka

1. da 2. po

3. se 4. la

5. mi 6. ku

7. be 8. ci

9. nu 10. ro

25

Page 26: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

LAMPIRAN E

UJIAN POS

Bahagian B

Membaca perkataan dua suku kata

1. guli 2. nasi

3. top 4. muka

5. gusi 6. gigi

7. satu 8. sawi9. cili 10. ratu

26

Page 27: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

LAMPIRAN F

UJIAN POS

Bahagian CMembaca ayat

1. Lina ada guli

2.Abu cuci kaki

3. Topi saya biru

4. Guru bawa topi

5. Nasi itu basi

27

Page 28: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

LAMPIRAN G

CONTOH KAD PERKATAAN

Kad cantum gambar

Kad cantum perkataan

Kad cantum ayat

28

bola

ba ju tu

Ali ada

topi baru

Page 29: kajian penyelidikan

RITHUAN BIN ZAINAL ABIDIN 660408086375 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

RUJUKAN

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, (2003. Sukatan Pelajaran

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah.

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, maklumat Pendidikan Khas

2005. Putrajaya.

Jamila K.A Mohamed (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Bentong:

PTS Professional Publishing

Juriah Long (1993). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Penerbit Fajar Bakti Sdn.

Bhd., Petaling Jaya

Kamarudin Hj. Husin (1993). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia (2005). Buku Maklumat Pendidikan Khas. Kuala

Lumpur.

Mat Nor Hussin (1990). Alat Bantu mengajar Dalam Pengajaran Bahasa. Petaling Jaya:

Longman Malaysia.

Mohd. Sharani Ahmad. Mengurus Kanak-kanak yang Susah Belajar.

http://www.pts.com.my/modules.php?name=News&ftle=article&sid=4

http://ppp.upsi.edu.my/eWacana/Kaedah`/`20Stesen.htm

29