kajian model addie

Upload: puteri-ayunie

Post on 08-Apr-2018

343 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Kajian Model Addie

    1/7

    1

    Rekabentuk Instruksional Berdasarkan Model ADDIE : Analisis Kajian di

    Emporia State University Korea Selatan dan Universiti Teknologi Malaysia.

    Khairuddin bin NisaPendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris

    [email protected]

    Abstark

    Terdapat beberapa model yang digunakan dalam menghasilkan rekabentuk

    instruksional, antara model yang terawal ialah model ADDIE. Artikel ini akan memfokuskan

    model ADDIE kerana model ini boleh dikatakan menjadi sumber kepada kemunculan model-

    model lain seperti model Morrison, Ross dan Kemp, model Seels dan Glasgow, serta model

    Dick and Carey. Buktinya hampir semua model rekabentuk instruksional mempunyai limaprinsip utama ADDIE iaitu Analyze, Design, Develop, Implement, dan Evaluate

    (Kruse, 2004, p. 1).

    Kata kunci : rekabentuk instruksional, model rekabentuk instruksional, model ADDIE

    1. Pengenalan

    Terdapat banyak model-model rekabentuk instruksional yang dihasilkan dengan

    strategi tersendiri untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Model-model rekabentuk

    instruksional ini mestilah direkabentuk berpandukan teori-teori pembelajaran seperti teori

    pembelajaran behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Contoh model rekabentuk

    instruksional yang akan diperbincangkan dalam artikel ini ialah model ADDIE. Terdapat dua

    kajian yang pernah dilakukan menggunakan model ADDIE ini iaitu kajian yang dibuat oleh

    Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan pada tahun 2006 dan kajian yang

    dibuat oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali,

    Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia juga pada tahun

    2006. Pada bahagian analisis rekabentuk instruksional model ADDIE, kelebihan-kelebihan

    penggunaan model ini akan diperbincangkan.

    2.Sejarah dan Definisi Rekabentuk Instruksional

    Rekabentuk instruksional mula wujud semasa meletusnya perang dunia ke-2, apabila

    golongan psikologi membuat kajian dan penyelidikan kaedah yang akan digunakan bagi

    latihan perkhidmatan ketenteraan. Selepas tamat perang, program latihan ini diteruskan oleh

  • 8/6/2019 Kajian Model Addie

    2/7

    2

    ahli psikologi untuk menyelesaikan masalah instruksional dibidang pendidikan seperti Institut

    American (Reiser, 2001, p. 58). Kegunaan rekabentuk instruksional terus berkembang di

    dalam bidang pendidikan sehingga kini. Dalam bidang pendidikan, rekabentuk instruksional

    boleh didefinisikan sebagai strategi, kaedah yang sistematik dan teknologi yang digunakan

    dengan tujuan untuk memudahkan pelajar menguasai objektif yang dikehendaki ( Molenda,

    Reigeluth, & Nelson, 2003; Yusup Hashim, 2006).

    3. Pengenalan Model ADDIE

    Terdapat beberapa model rekabentuk instruksional yang sering digunakan pakai bagi

    menghasilkan courseware seperti model ADDIE, model Dick & Carey, model Hanafin &

    Peck, model Knirk & Gustafson, model Robert Gagne, model Kemp, model ASSURE dan

    model pembelajaran. Dalam artikel ini, fokus utama lebih kepada model ADDIE kerana akan

    dikaitkan dengan kajian-kajian lepas tentang keberkesanan penggunaan model ADDIE ini.

    Model ADDIE mempunyai lima pembahagian utama iaitu (1) analisis, (2) rekabentuk, (3)

    pembangunan, (4) implimentasi, dan (5) penilaian.

    Analisi atau Analyze bertujuan untuk mengenalpasti objektif sesuatu courseware

    diperkenalkan. Kenapa rekabentuk instruksional ini diperlukan? Apakah ilmu-ilmu yang

    perlu ada kepada pelajar sebelum courseware itu boleh digunakan? Juga melihat

    kesesuaian isi kandungan courseware kepada pelajar dan adakah ia sesuai untuk kegunaan

    individu atau kumpulan? Perlu difikirkan juga logistik sesuatu courseware yang dihasilkan,

    adakah ia boleh diakses di internet atau pun disebarkan melalui CD dan DVD.

    Rekabentuk atau Design pula bermaksud menentukan dan mereka kaedah

    instruksional yang akan digunakan. Contohnya courseware tersebut mungkin akan

    menggunakan kaedah pembelajaran koperatif, penerokaan, penyelesian masalah, permainan,

    simulasi, perbincangan, latihan dan praktikal, tutorial, demonstrasi atau secara

    pembentangan. Alat yang digunakan juga perlu ditentukan, seperti sama ada menggunakan

    audio, video, komputer, internet dan sebagainya.

    Pembangunan atau Develop ialah proses menghasikan courseware yang telah

    direkabentuk. Seperti membina dahulu papan cerita, kemudian membentuk grafik yang

    diperlukan, menentukan pula bahasa pengaturcaraan, membuat ujian courseware yang

    dihasilkan dan menyebarkan bahan tersebut.

    Impliment atau Implement berperanan untuk membuat pilot test terhadap

    courseware yang telah dihasilkan. Misalnya beberapa sampel atau pelajar telah dipilih bagimenggunakan courseware tersebut.

  • 8/6/2019 Kajian Model Addie

    3/7

    3

    Penilaian atau Evaluate pula mempunyai dua jenis penilaian utama iaitu penilaian

    formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif bertujuan untuk meningkatkan serta

    memperbaiki tahap keberkesanan bahan instruksional yang telah direka. Contohnya

    meningkatkan mutu courseware selepas ujian pilot. Manakala penilaian sumatif

    bermaksud penilaian keseluruhan bahan instruksional yang telah dihasilkan. Misalnya satu

    kajian dibuat untuk menilai berapa peratuskah objektif yang tercapai setelah proses

    penggunaan courseware tersebut selesai digunakan.

    4. Kajian Berkaitan Penggunaan Model ADDIE

    Seperti yang dinyatakan di peringkat awal terdapat dua kajian yang pernah dilakukan

    bagi mengkaji keberkesanan penggunaan model ADDIE iaitu kajian yang dibuat oleh

    Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan pada tahun 2006 dan kajian yang

    dibuat oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali,

    Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia juga pada tahun

    2006. Kajian oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan

    4.1 Kajian oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan

    Kajian ini dilakukan ke atas pelajar kejuruteraan mekanikal di sekolah tinggi Korea

    Selatan. Sekolah tersebut telah membelanjakan sebanyak $350,000 USD bagi melengkapkan

    kemudahan kelas multimedia. Guru di sekolah berkenaan juga telah memanfaatkan

    kemudahan kelas multmedia ini dengan mengajar pelajar berkenaan teori kejuruteraan

    mekanikal menggunakan program PowerPoint. Namun pelajar masih tidak menunjukkan

    minat untuk belajar dengan tidur di dalam kelas, melayari internet atau bersembang semasa

    sesi pengajaran dan pembelajaran (Youngmin, 2006, pp. 1-11).

    Bagi mengatasi masalah ini pengkaji telah mempergunakan model ADDIE, di mana

    pengkaji akan menganalisis tentang keperluan dan minat pelajar. Kemudian pelajar akan

    mereka bahan multimedia berdasarkan minat pelajar. Seterusnya pelajar akan

    membangunkan bahan yang telah direka. Pengkaji juga akan bertindak sebagai fasilitator

    dan memberi motivasi bagi memastikan pelajar mengimplimentasikan aturan pembelajaran

    yang dirancang. Pengkaji dan pelajar akan bersama-sama membuat penilaian ke atas bahan

    multimedia yang telah dihasilkan. Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati pelajar

    bermotivasi untuk belajar serta dapat meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. Contohnya

    pelajar tidak lagi tidur di dalam kelas kerana dapat menghasilkan bahan pembelajaranmengikut cara pelajar dengan dibimbing oleh guru (Youngmin, 2006, pp. 12-17).

  • 8/6/2019 Kajian Model Addie

    4/7

    4

    4.2 Kajian oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad Bilal

    Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia.

    Kajian ini dilaksanakan ke atas pelajar Tingkatan 6 yang mengambil Matematik S.

    Pengkaji cuba membuat perbandingan antara dua kaedah pengajaran dan pembelajaran.

    Kaedah pertama mempelajari Matematik S melalui Goal Programming menggunakan

    multimedia interaktif (IMM). Kaedah kedua pula mempelajari matematik s melalui Goal

    Programming melalui kaedah tradisional. Multimedia interaktif (IMM) pula akan dibina

    berasaskan model ADDIE serta dibina oleh mereka yang mahir dalam bidang ICT dan mahir

    dalam topik matematik. Dalam kajian ini instrumen yang digunakan tidak akan membezakan

    antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan, sebaliknya kumpulan eksperimen dan

    kumpulan kawalan masing-masing akan menggunakan kaedah multimedia interaktif (IMM)

    dan kaedah tradisional (kuliah).

    Dapatan soal selidik yang menggunakan skala Likert mendapati kumpulan

    eksperimen dan kumpulan kawalan mendapat min yang tinggi dari segi minat untuk belajar

    Matematik S menggunakan multimedia interaktif dengan min 3.28 berbanding menggunakan

    buku teks dengan min 2.45. Pelajar juga menganggap belajar Matematik S menggunakan

    multimedia interaktif lebih berkesan dengan min 3.73 berbanding menggunakan buku teks

    dengan min 2.33 sahaja.

    Kesimpulan daripada kajian ini mendapati bahawa pelajar akan lebih bermotivasi dan

    berkesan menggunakan multimedia interaktif berbanding menggunakan buku teks. Namun

    begitu multimedia interaktif yang digunakan di dalam kelas akan lebih berkesan jika guru

    turut menjadi fasilitator di kelas (Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong,

    Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, 2006, pp. 85-94).

    5. Analisis Rekabentuk Instruksional Menggunakan Model ADDIE

    Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Youngmin Lee di Emporia State University

    Korea Selatan dan kajian yang dibuat oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon

    Shiong, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi

    Malaysia saya dapat membuat dua kesimpulan utama.

    5.1 Penggunaan bahan multimedia perlu direkabentuk.

    Biasanya guru akan merancang penggunaan bahan media di kelas supaya maklumat

    yang dikehendaki sampai kepada pelajar. Tetapi masih menjadi persoalan, adakah sekadarmerancang sudah cukup untuk memastikan maklumat sampai kepada pelajar? Buktinya

  • 8/6/2019 Kajian Model Addie

    5/7

    5

    terdapat guru yang mengajar menggunakan bahan media program PowerPoint masih tidak

    dapat menarik perhatian pelajar sekolah kejuruteraan mekanikal di Korea Selatan.

    Sebenarnya terdapat beberapa perbezaan ketara antara merancang dan mereka. Merancang

    bermaksud, mengatur terlebih dahulu, mempersiapkan atau merencanakan. Manakala mereka

    bermaksud menyusun atau memasang (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, pp. 1280-1305).

    Terdapat perbezaan yang ketara antara merancang dan mereka. Mudahnya bahan

    pengajaran yang telah dirancang iaitu Analyze perlulah melalui proses mereka pula atau

    Design serta melalui pula proses yang lain seperti model ADDIE iaitu Develop,

    Implement dan Evaluate. Di Malaysia guru-guru secara keseluruhannya juga masih

    belum mengenali penggunaan rekabentuk instruksional dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran, sebaliknya mereka hanya mengenali kaedah-kaedah pengajaran dan teori-teori

    pembelajaran sahaja. Ertinya guru-guru berkemungkinan hanya mengajar berdasarkan

    Analyze, Implement dan Evaluate sahaja dan tertinggal dari aspek Design dan

    Develop. Faktor inilah yang menyebabkan pelajar menjadi bosan semasa sesi pembelajaran

    walaupun menggunakan sokongan bahan multimedia. Jika guru memahami kelebihan

    rekabentuk instruksional, guru-guru akan menggunakan model-model yang ada di dalam

    rekabentuk instruksional dalam menghasilkan bahan pengajaran. Hasil pembelajaran

    menggunakan rekabentuk instruksional mungkin akan lebih berkesan berbanding kaedah

    pengajaran tradisional. Buktinya keberkesanan hasil kajian yang telah dibuat oleh Youngmin

    Lee di Emporia State University Korea Selatan.

    5.2 Penggunaan rekabentuk instruksional model ADDIE dapat meningkatkan minat dan

    motivasi pelajar.

    Kajian oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong, Mohamad

    Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi Malaysia telah

    dapat membuktikan terdapat perbezaan dari segi minat dan motivasi pelajar apabila

    menggunakan multimedia interaktif yang direkabentuk menggunakan model ADDIE

    berbanding kaedah kuliah. Sebenarnya Goal Programming yang digunakan bagi mengajar

    Matematik S bagi pelajar Tingkatan 6 telah mempunyai kaedah pengajaran dan pembelajaran

    yang menarik (Baharuddin Aris, et al., p. 87). Tetapi hasil kajian tetap mendapati, pelajar

    yang mempelajari Matematik S menggunakan Goal Programming serta dibantu dengan

    multimedia interaktif yang direkabentuk menggunakan model ADDIE mendapat pilihan

    pelajar yang lebih tinggi berbanding mempelajari Matematik S menggunakan GoalProgramming secara kaedah kuliah.

  • 8/6/2019 Kajian Model Addie

    6/7

    6

    6. Kesimpulan

    Guru-guru di Malaysia telah mengenali kaedah-kaedah pengajaran serta teori-teori

    pembelajaran, tetapi yang menjadi persoalan di sini adakah guru-guru di Malaysia telah

    mengenali rekabentuk instruksional? Telah dibincangkan diperingkat awal, sememangnya

    terdapat perbezaan antara kaedah pengajaran dan rekabentuk instruksional. Melalui

    rekabentuk instruksional guru-guru dapat membuat asimilasi beberapa kaedah-kaedah

    pengajaran yang telah dianalisis mengikut kehendak pelajar. Seterusnya guru-guru akan

    membuat rekabentuk kaedah pengajaran yang telah diasimilasi dan membangunkannya

    menjadi kaedah yang khusus, misalnya untuk topik tertentu. Kaedah baru yang telah

    direkabentuk dan dibangunkan itu kemudian akan melalui proses implimentasi dan

    penilaian supaya menjadi lebih berkesan untuk mencapai objektif yang dikehendaki.

    Penggunaan model ADDIE dalam rekabentuk instruksional sebenarnya dapat

    membantu guru mencipta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik

    berbanding kaedah pengajaran tradisional. Model ADDIE bukan sahaja mudah untuk

    difahami, malahan mudah untuk diamalkan oleh guru dan pelajar. Cadangan saya, rekabentuk

    instruksional dan penggunaan model ADDIE ini amat wajar diperkenalkan kepada guru-guru

    di Malaysia sebagai asas kepada guru-guru mengenali dunia rekabentuk instruksional.

  • 8/6/2019 Kajian Model Addie

    7/7

    7

    Rujukan

    Addie model. Diperolehi pada 9 Januari 2011, sumber dari http://www.tzanis.org/Courses/

    Readings/Session5.pdf

    Baharuddin Aris., Maizah Hura Ahmad., Kok Boon Shiong., Mohamad Bilal Ali.,

    Jamalludin Harun., & Zaidatun Tasir. (2006). Learning goal programming using an

    interactive multimedia courseware: design factors and students preferences.

    Diperolehi pada 7 Januari 2011, sumber dari http://eprints.utm.my/8165/1/8165.pdf

    Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dawara

    Sdn. Bhd.

    Kruse, K. (2004). Introduction to instructional design and the ADDIE model. Diperolehi pada

    10 Januari 2011, sumber dari http://mizanis.net/edu3105/bacaan design_L/e-Learning

    and the ADDIE Model.htm

    Molenda, M., Reigeluth, C. M., & Nelson, L. M. (2003). Instructional design. Diperolehi

    pada 4 Januari 2011, sumber dari http://mizanis.net/edu3105/artikel/ID_CogSci.pdf

    Reiser, A. R. (2001). A history of instructional design and technology : Part II : A History of

    instructional design. Diperolehi pada 6 Januari 2011, sumber dari

    http://www.aect.org/pdf/etr&d/4902/4902-04.pdf

    Yusup Hashim. (2006). Penggunaan teknologi instruksional dalam kurikulum dan instruksi.

    Diperolehi pada 7 Januari 2011, sumber dari http://yusuphashim.blogspot.com/2006/

    12/penggunaan-teknologi-instruksional.html

    Youngmin Lee. (2006). Applying the ADDIE instructional design model to multimedia rich

    project-based learning experiences in the korean classroom. Diperolehi pada 7 Januari

    2011, sumber dari http://www.emporia.edu/idt/graduateprojects/spring06/Lee

    Youngmin/Lee.pdf