model kajian tindakan

34
Model-model dan Perancangan dalam Kajian Tindakan DBK 10803 Kajian Tindakan

Upload: excellent-re-cen

Post on 31-Oct-2014

279 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Model Kajian Tindakan yang boleh dirujuk bagi menjalankan kajian tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: Model Kajian Tindakan

Model-model dan Perancangan dalam Kajian TindakanDBK 10803 Kajian Tindakan

Page 2: Model Kajian Tindakan

Pengenalan

•Terdapat pelbagai teknik dan pendekatan yang digunakan oleh pengkaji

•Model Kajian Tindakan▫Model Stephen Kemmis▫Model John Elliott▫Model Dave Ebbutt▫Model Jack Whitehead▫Model Jean McNiff ▫Model Kurt Lewin

Page 3: Model Kajian Tindakan

Model Stephen Kemmis (1983)

•Rekabentuk kitaran 4 bahagian▫Merancang (Plan)▫Tindakan (Action)▫Pemerhatian (Observe)▫Refleksi (Reflect)

•Bahagian ini berulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan tindakan seterusnya.

•Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis & Mc Taggart (1988).

Page 4: Model Kajian Tindakan

• MerancangPelajar menganggap bahawa sains adalah proses mengingat fakta berbanding perasaan ingin tahu. Bagaimana guru dapat merangsang perasaan ingin tahu dalam diri pelajar?

• Bertindak Memberikan soalan yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar• Memerhati Rekod soalan dan jawapan untuk pemerhatian yang lebih terperinci. Catat jangkaan.

•Merefleksi Persoalan guru diganggu oleh keperluan guru tersebut untuk mengawal jangkaan pelajar.

Lingkaran Pertama

Page 5: Model Kajian Tindakan

Lingkaran Kedua Mengubah rancangan Mengubah strategi menyoal untuk menggalakkan pelajar untuk mencari jawapan sendiri. Matlamat yang sama masih diteruskan, tetapi mengurangkan bilangan kawalan penyataan. Bertindak Mengurangkan penyataan kawalan dalam pelajaran.

Memerhati Rekod soalan dan jawapan. Catat kesan-kesan yang diperhatikan daripada tingkahlaku pelajar. Merefleksi Perasaan ingin tahu pelajar berkembang, tetapi tingkah laku mereka semakin tidak dapat dikawal. Apa yang perlu guru lakukan?

Page 6: Model Kajian Tindakan

Model Elliot (1991)• Idea utama Elliott ialah penyelidik

membangunkan pemahaman peribadi ke atas sesuatu masalah dan pengertian abstrak itu adalah penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157).

•Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan adalah satu usaha susila yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan.

•Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama.

Page 7: Model Kajian Tindakan

Pusingan 1Mengenalpasti Data InitialKenalpasti – Fakta dapatan dan analisisPelan Umum – T1,T2,T3.Pelaksanaan - Tindakan 1Pemantauan – perjalanan perlaksanaan dan kesanPusingan 2Kenalpasti – Fakta dapatan dan analisisLihat kembali Idea Umum – T2,T3Pelaksanaan - Tindakan 2Pemantauan – perjalanan perlaksanaan dan kesanPusingan 3Kenalpasti – Fakta dapatan dan analisisLihat kembali Idea Umum – T3Pelaksanaan - Tindakan 3Pemantauan – perjalanan perlaksanaan dan kesan

Page 8: Model Kajian Tindakan

Tujuan Model Elliot•Membuktikan sesuatu teori/Model

▫Tajuk Kajian▫L/Belakang Kajian▫Kenalpasti idea▫Tinjauan▫Perancangan Tindakan

Tindakan 1 Tindakan 2 Tindakan 3

▫Huraikan semua dapatan tindakan▫Refleksi: Huraikan kejayaan atau

kelemahan

Page 9: Model Kajian Tindakan

Model Ebbutt 1985•David Ebbutt mendakwa bahawa bentuk

pilin bukan imej yang sesuai digunakan untuk menjelaskan proses kajian tindakan.

•Ebbutt mencadangkan cara yang terbaik untuk menerangkan proses kajian tindakan adalah menggunakan satu siri pusingan berturut-turut iaitu dengan menyediakan kemungkinan menggabungkan maklum balas di dalam dan antara pusingan bagi tindakan.

•Pengertian Ebbutt adalah sama dengan model yang dikemukakan oleh penulis masa kini.

Page 10: Model Kajian Tindakan
Page 11: Model Kajian Tindakan

Model Kurt Lewin(1940-an)• Antara reka bentuk atau model yang perlu

dilihat dalam Kajian Tindakan adalah yang reka bentuk kajian oleh pelopor Action Research itu sendiri iaitu Kurt Lewin. (Terma "Action Research" telah dikreditkan kepada Kurt Lewin seorang ahli teori sosial yang mempelopori kajian tindakan).

• Reka Bentuk Kajian Tindakan Kurt Lewin telah dibina pada tahun 1940-an dan dikenali sebagai Kurt Lewin's Action Research Spiral yang mana menunjukkan penambahbaikan yang berterusan dalam pembelajaran mengenai apa yang telah dikaji.

Page 12: Model Kajian Tindakan

Mereflek

Memerhati

Melaksana

Merancang

Page 13: Model Kajian Tindakan

Model Kurt Lewin(1940-anPendekatan spiral tersebut melibatkan

beberapa langkah seperti;1. Mengenal pasti idea2. Pencarian fakta3. Perancangan pelan tindakan4. Pelaksanaan tindakan5. Penilaian tindakan yang diambil6. Ulangkaji pelan tindakan berdasarkan

apa yang dipelajari dari langkah 57. Mengambil langkah tindakan seterusnya

dan begitu berikutnya melalui beberapa kitar.

Page 14: Model Kajian Tindakan

Model McKernan 1996•Memperkenalkan model proses masa

yang menyarankan agar masalah kajian tindakan ini tidak menjadi terlalu terikat dengan masa

Page 15: Model Kajian Tindakan

Model McKernan 1996•Dilaksanakan dengan cara:-

▫Tentukan masalah▫Memerlukan penilaian▫Idea Hipotesis▫Membangunkan Pelan tindakan▫Melaksanakan Tindakan ▫Menilai Tindakan▫Keputusan – kesan, menerangkan &

memahami tindakan•Dilaksanakan secara 2 kali pusingan

Page 16: Model Kajian Tindakan

Model Interaksi Stinger (1999)•Model ini sesuai sebagai kajian tindakan

penyertaan. Melibatkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan (looking), pemikiran (thinking) dan tindakan (act).

Page 17: Model Kajian Tindakan

Kajian Tindakan Kajian Konvensional

Tujuan Untuk guru memperbaiki amalannya sendiri dan membentuk teori peribadi yang praktis dan kritis

Membuat generalisasi dan menguji teori serta menjelaskan prinsip

Rekabentuk

Boleh diubahsuai berdasarkan keadaan dan keperluan situasi sebenar sekolah

Ditetapkan terlebih dahulu sebelum kajian dilakukan

Subjek Penyelidik adalah sebahagian daripada subjek kajian diperolehi secara langsung daripada subjek kajian

Subjek kajian adalah sampel yang dipilih dengan menggunakan sampel tertentu

Kaedah Penyelidikan dilakukan dalam situasi sebenar dan analisis kajian bersifat kualitatif dengan cara menggunakan teknik dan kaedah berbentuk deskriptif dan naratif

Nilai penyelidikan bergantung kepada teknik sampling dan analisis statistik yang canggih digalakkan untuk memperkukuhkan huraian data-data yang dikutip

Laporan Menggunakan bahasa yang mudah difahami guru

Bersifat teknikal dan guru memerlukan pengetahuan yang khusus untuk memahaminya

Page 18: Model Kajian Tindakan

Perancangan Dalam Kajian Tindakan

Page 19: Model Kajian Tindakan

Rancangan dan cadangan•Fokus / aspek amalan bagi penambahbaikan •Soalan kajian•Sumber literatur•Subjek kajian•Merancang pelan tindakan•Melaksana pelan tindakan •Mengumpul data •Refleksi : analisis dan huraian data • Jadual kerja•Perbelanjaan•Sumber rujukan

Page 20: Model Kajian Tindakan

Prosedur Pelaksanaan Kajian Tindakan•Prosedur itu mengutamakan langkah-

langkah yang sistematik agar penyelidikan itu dapat dilaksanakan dengan berkesan.

•Pelaksanaan Kajian tindakan secara amalannya adalah berteraskan kepada Model-model Kajian Tindakan.

Page 21: Model Kajian Tindakan

Langkah Mengenalpasti Isu / Masalah / Situasi•Dalam konteks sekolah, masalah dan

permasalahan boleh timbul dalam mana-mana bidang juga seperti dalam bidang pentadbiran dan kewangan; pengajaran dan pembelajaran; program kokurikulum; hal-hal mengenai kakitangan; kebajikan pelajar, disiplin; perhubungan dengan ibubapa/penjaga dan sebagainya.

•Hal ini wujud apabila keadaan di sekolah tidak bersesuaian dengan aspirasi pendidikan.

Page 22: Model Kajian Tindakan

Untuk mengenalpastikan isu / masalah / situasi, kita perlu memusatkan perhatian terhadap perkara-perkara berikut:

•Apakah yang sedang berlaku?•Bagaimanakah keadaan sesuatu isu /

masalah / situasi itu boleh wujud?•Apakah yang boleh saya lakukan?

Page 23: Model Kajian Tindakan

Perkara-perkara di atas boleh digambarkan selanjutnya menerusi persoalan-persoalan seperti:

• Saya ingin memperbaiki ......................................................

• Sesetengah orang tidak gemar terhadap ........................

• Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengubah keadaan/situasi berkenaan ?

• Saya keliru tentang .............................................................

• Apakah perkara yang merupakan punca gangguan. Apakah yang dapat saya lakukan?

• Saya mempunyai idea yang ingin dipraktikkan atau cuba digunakan ?

• Bagaimana pengalaman tentang sesetengah perkara boleh digunakan terhadapmasalah ...........................

Page 24: Model Kajian Tindakan

•Apabila anda mulai tanya persoalan-persoalan di atas dan memikir serta menggambarkan idea tertentu, kegiatan-kegiatan itu merupakan tanda permulaan ands berminat dan ingin mengenali isu dan mencari idea untuk mengatasi masalah

Page 25: Model Kajian Tindakan

Garis Panduan Mengenali Isu• Cuba melibatkan persoalan kajian yang boleh diambil

tindakan.• Menghadkan kajian awal kepada persoalan yang

kecil.• Pilih persoalan yang penting bagi pelajar dan anda.• Sebaik-baiknya kajian itu boleh atau dapat dilakukan

secara kolaboratif iaitu anda akan mengkaji bersama-sama rakan sesekolah secara berkumpulan atau berpasukan

• Seboleh mungkin, laksanakan Kajian Tindakan berdasarkan keutamaan iaitu, hendak membangunkan atau rneningkatkan mutu pendidikan di sekolah.

Page 26: Model Kajian Tindakan

Contoh-Contoh Kesesuaian Isi Yang dikenalpastikan dalarn Kajian Tindakan di sekolah

Contoh-contoh Isu Kajian Yang Bersesuaian Dalam Kajian Tindakan

Contoh-contoh Isu Kajian Yang Kurang Bersesuaian Dalam Kajian Tindakan

Saya ingin meningkatkan mutu ujian lisan bahasa Inggeris

Apakah hubungan di anatara taraf sosio-ekonomi pelajar dan kegemaran dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu?

Saya hendak memperkenalkan pembelajaran berbantukan komputer dalam pengajaran sastera. Bagaimana saya dapat menentukan kesesuaiannya ?

Apakah persepsi Pengetua terhadap Jabatan Pendidikan Negeri ?

Komunikasi dalam mesyuarat adalah sehala sahaja. Bagaimana saya dapat memastikan pertukaran idea dapat dilakukan?

Kekurangan guru dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.

Page 27: Model Kajian Tindakan

Langkah Merancang Tindakan

•Semasa mengadakan langkah merancang tindakan adalah lebih bermakna dan berkesan sekiranya ramai guru yang turut terlibat dan membantu merancang kegiatan tindakan kajian.

Page 28: Model Kajian Tindakan

Rancangan Tindakan• Terbahagi kepada 2 jenisa) Rancangan yang hanya untuk mengubah cara yang

ada secara terperinci atau untuk menyelesaikan masalah tertentu yang diperolehi dalam suatu rancangan tanpa mengubah keseluruhan rancangan.

b) Rancangan itu untuk menggantikan cara yang ada dengan cara yang lain.

Rancangan jenis (a) merupakan rancangan yang menarik untuk diteruskan tetapi beberapa bahagian perlu diperbaiki.

Rancangan jenis (b) pula merupakan rancangan yang tidak boleh diteruskan berdasarkan daripada tinjauan yang lalu.

Oleh itu rancangan ini perlu ditukar ke rancangan yang lain.

Page 29: Model Kajian Tindakan

Perlu Pertimbangan•Cadangan perkara yang perlu diambil

berat atau pertimbangkan semasa merancang tindakan:-▫Matlamat cadangan tindakan.▫Sebab-sebab cadangan tindakan itu

diambil.▫Senarai tentang tindakan-tindakan yang

dicadangkan seperti:i. Tugas dan tanggungjawab baru;ii. Aktiviti-aktiviti baru;iii. Bahan-bahan baru;iv. Struktur organisasi baru ; danv. Falsafah dan konsep baru bagi perubahan

itu.

Page 30: Model Kajian Tindakan

Kepentingan Perancangan

•Kita tidak boleh menunggu sehingga tiada risiko.

•Pengkaji perlu meneliti dan menganalisis data secara terperinci supaya berkeyakinan untuk meneruskan kajian dan terdapat orang yang bersedia membantu.

•Semasa langkah-langkah tindakan dijalankan, pengkaji mungkin memerlukan rakan yang boleh mengkntik supaya pengkaji dapat gambaran yang betul apa yang sedang dibuat. Kritikan ini mestilah diberikan secara jujur.

Page 31: Model Kajian Tindakan

•Seterusnya pengkaji mungkin mendengar beberapa kegagalan orang lain. Sememangnya tidak harus berlaku kegagalan. Walau bagaimanapun pengkaji dapat berkongsi kegagalan itu bagi membina panduan seterusnya

Page 32: Model Kajian Tindakan

Langkah Meninjau dan Mengutip Data Kajian Tindakan AwaIDalam melaksanakan Kajian Tindakan adalah penting kita

memilih kaedah yang sesuai untuk meninjau dan mengutip data. Terdapat pelbagai bentuk data yang boleh dikutip.

Contoh-contoh Bentuk Data Kajian Tindakan• Bahan-bahan dokumentasi seperti kerja pelajar, jadual

kedatangan sekolah, rekod keputusan peperiksaan, rekod latar belakang pelajar dan sebagainya; R.akaman video dan audio mengenai pengajaran dark pernbelajaran dalam kelas;

• Transkrip yang dibuat basil dari temubual; misalnya temubual dengan pelajar.

• Foto dan gambar yang menunjukkan kegiatan yang ingin dikaji;

• Catatan buku diari, buku log, journal dan nota-nota aktiviti kerja.

Page 33: Model Kajian Tindakan

• Setiap bentuk data yang disebutkan di atas mempunyai fungsi yang tertentu dalam memberi maklumat yang penting.

• Untuk mendapat maklumat yang lengkap dan bermakna dalam Kajian Tindakan, kita perlu mengutip pelbagai bentuk data. Maka kita lazimnya mempelbagaikan cara mengutip data.

• Pengkalan data (database) mestilah luas dan mewakili berbagai aspek agar hasil kajian dapat menggambarkan kedudukan yang sebenar.

• Dalam proses membina pengkalan data, kaedah mengutip data yang sering digunakan yang penting adalah seperti berikut: pemerhatian (observation), temubual (interview) dan kutipan bahan-bahan dokumentasi serta bahan-bahan artifak

Page 34: Model Kajian Tindakan

Selesai…