hubungan sikap dengan pencapaian dalam mata … · sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi...

24

Upload: others

Post on 31-Aug-2019

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA … · sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi (3.552) dan berwawasan (3.544). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan

 

Page 2: HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA … · sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi (3.552) dan berwawasan (3.544). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan

 

Page 3: HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA … · sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi (3.552) dan berwawasan (3.544). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan

HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA PELAJARAN

MATEMATIK PELAJAR TINGKATAN DUA DI DUA BUAH SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN DI KAWASAN SKUDAI, JOHOR

MOHD ROSMADI BIN PAIMIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER 2009

 

Page 4: HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA … · sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi (3.552) dan berwawasan (3.544). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan

 

Page 5: HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA … · sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi (3.552) dan berwawasan (3.544). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan

iii  

DEDIKASI

Buat ayahanda dan bonda tercinta..

Hj. Paimin Bin Hj. Sadio dan Hjh. Siti Zaleha Bte Hj. Mohd Taib

Terima kasih di atas doa, nasihat dan sokongan untukku selama ini...

Buat adik-beradik tersayang..

Mohd Amin, Siti Zamnah dan Khairul Ariffin

Kalianlah pembakar semangatku..

terima kasih di atas kesabaran kalian,

sokongan dan dorongan yang diberikan dalam meneruskan perjuangan ini..

Untuk semua saudaraku, teman dan sahabat yang dikasihi

Terima kasih di atas persahabatan dan sokonganmu....

Semoga mendapat rahmat dari Allah S.W.T

Page 6: HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA … · sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi (3.552) dan berwawasan (3.544). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan

iv  

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah S.W.T dan selawat ke atas junjungan besar Nabi

Muhammad S.A.W. Dengan izin dan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan

Projek Sarjana Muda ini.

Setinggi perhargaan kepada Dr. Mohd Anuar Bin Abd. Rahman selaku

penyelia Projek Sarjana Muda atas bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan beliau

sehinggalah saya dapat menyiapkan tesis ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan

kepada pihak sekolah yang terlibat iaitu dua sekolah menengah di kawasan Skudai.

Kerjasama dari mereka amatlah dihargai.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada keluarga dan

rakan-rakan saya yang sentiasa memberi sokongan moral sepanjang saya

menyiapkan tesis ini. Semoga Allah akan memberi sebaik-baik ganjaran dan

balasan di atas sumbangan yang tidak ternilai.

Sekian, terima kasih

Page 7: HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA … · sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi (3.552) dan berwawasan (3.544). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan

v  

ABSTRAK

Kajian korelasi ini dijalankan bertujuan untuk melihat sikap pelajar terhadap

pembelajaran Matematik dan hubungannya dengan pencapaian mereka dalam

Matematik. Responden kajian terdiri daripada 236 orang pelajar Tingkatan Dua di

dua buah sekolah menengah kebangsaan di kawasan Skudai, Johor. Alat kajian

yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang mengandungi 30 soalan

berkaitan sikap pelajar terhadap pembelajaran Matematik. Hasil kajian rintis yang

dijalankan ke atas 10 orang pelajar mendapati nilai kebolehpercayaan (Alpha

Cronbach) soal selidik adalah 0.814. Data kajian dianalisis secara kuantitatif

menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS Version 13.0) yang

melibatkan penggunaan statistik deskriptif, ujian-t dan korelasi. Dapatan kajian

menunjukkan sikap pelajar terhadap pembelajaran Matematik berada pada tahap

sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi (3.552) dan berwawasan (3.544).

Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan sikap emosi dan berwawasan

yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan manakala sikap komitmen

memperlihatkan tiada perbezaan yang signifikan. Seterusnya hasil kajian

menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara aspek komitmen dan emosi

dengan pencapaian Matematik tetapi sebaliknya aspek berwawasan tidak

mempunyai hubungan yang signifikan. Akhir sekali, beberapa cadangan

dikemukakan bagi mempertingkatkan lagi pencapaian Matematik pelajar Tingkatan

Dua.

Page 8: HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA … · sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi (3.552) dan berwawasan (3.544). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan

vi  

ABSTRACT

This correlation research was carried out to survey students attitudes towards

learning Mathematics and relationship with their’s achievement in Mathematics.

The respondents of the study were 236 Form Two students from two secondary

schools in the Skudai area, Johor. The research instrument was a 30 item

questionnaire on students attitudes towards learning Mathematics. A total of 10

students were involved in the pilot study and the Cronbach Alpha reliability for the

instrument was 0.814. The data was analyzed quantitatively using the Statistical

Package for Social Science (SPSS Version 13.0) and descriptive statistic, t-test and

correlation were employed. The findings of the study showed that the attitude level

of students towards learning Mathematics in moderate level with comittment

(3.447), emotion (3.552) and vision (3.544). The findings of the study also revealed

that there were significant differences between male and female students in emotion

and vision attitude but not for comittment. Furthermore, this research also revealed

that there was a significant relation between comittment and emotion with

Mathematics achievement but not for vision. Finally, several suggestions have been

implicated to upgrade the level of Mathematics Form Two achievement.

Page 9: HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA … · sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi (3.552) dan berwawasan (3.544). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan

vii  

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Hipotesis Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Skop dan Batasan Kajian 8

1.9 Definisi Kajian 9

Page 10: HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA … · sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi (3.552) dan berwawasan (3.544). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan

viii  

1.9.1 Sikap 9

1.9.2 Komitmen 10

1.9.3 Emosi 11

1.9.4 Berwawasan 11

1.9.5 Pencapaian Matematik 11

1.9.6 Pelajar 12

1.10 Penutup 12

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Sikap 13

2.2.1 Sikap Dari Aspek Komitmen 16

2.2.2 Sikap Dari Aspek Emosi 18

2.2.3 Sikap Dari Aspek Berwawasan 20

2.3 Hubungan Sikap Dengan Pencapaian 21

2.4 Penutup 26

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 27

3.2 Rekabentuk Kajian 27

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 28

3.4 Instrumen Kajian 29

3.5 Lokasi Kajian 31

3.6 Kajian Rintis 32

3.7 Prosedur Kajian 32

3.8 Kaedah Penganalisaan Data 33

3.9 Penutup 34

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 35

Page 11: HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA … · sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi (3.552) dan berwawasan (3.544). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan

ix  

4.2 Bahagian A (Analisis Faktor Demografi

Terpilih Responden) 36

4.3 Bahagian B (Analisis Berdasarkan Persoalan

Kajian) 38

4.3.1 Tahap Sikap Pelajar Terhadap

Pembelajaran Matematik 38

4.3.2 Perbezaan Sikap (Komitmen, Emosi

Dan Berwawasan) Di Antara Pelajar

Lelaki Dengan Pelajar Perempuan

Terhadap Pembelajaran Matematik 44

4.3.3 Hubungan Komitmen, Emosi Dan

Berwawasan Dengan Pencapaian

Matematik 46

4.4 Penutup 47

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 48

5.2 Rumusan 48

5.3 Perbincangan 49

5.3.1 Sikap Pelajar Tingkatan Dua

Terhadap Pembelajaran Matematik 50

5.3.2 Hubungan Sikap (Komitmen, Emosi

Dan Berwawasan) Pelajar Dengan

Pencapaian Matematik Tingkatan Dua 53

5.4 Cadangan 54

5.4.1 Cadangan Tindakan 54

5.4.1.1 Pihak Pentadbiran Sekolah 54

5.4.1.2 Guru Matematik 55

5.4.1.3 Pelajar Tingkatan Dua 56

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 56

5.5 Penutup 57

Page 12: HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA … · sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi (3.552) dan berwawasan (3.544). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan

x  

RUJUKAN 58

LAMPIRAN 65

Page 13: HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA … · sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi (3.552) dan berwawasan (3.544). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan

xi  

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Bilangan, peratusan dan sampel pelajar

Tingkatan Dua mengikut sekolah 29

3.2 Jadual skala Likert 30

3.3 Bilangan item mengikut bahagian 31

3.4 Jenis ujian statistik mengikut bahagian 33

3.5 Skor min keseluruhan tahap sikap 34

3.6 Kekuatan hubungan dalam kaedah korelasi 34

4.1 Taburan responden mengikut kelas 36

4.2 Taburan responden mengikut jantina 37

4.3 Taburan responden mengikut keputusan pencapaian

Matematik 37

4.4 Min keseluruhan sikap (komitmen, emosi dan

berwawasan) pelajar Tingkatan Dua terhadap

pembelajaran Matematik 39

4.5 Taburan kekerapan, peratus dan min sikap (emosi) 39

4.6 Taburan kekerapan, peratus dan min sikap (berwawasan) 41

4.7 Taburan kekerapan, peratus dan min sikap (komitmen) 42

4.8 Analisis min dan ujian-t perbezaan sikap (komitmen)

pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan Dua 44

4.9 Analisis min dan ujian-t perbezaan sikap (emosi) pelajar

lelaki dan perempuan Tingkatan Dua 45

4.10 Analisis min dan ujian-t perbezaan sikap (berwawasan)

pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan Dua 45

4.11 Analisis hubungan sikap (komitmen, emosi dan

Page 14: HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA … · sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi (3.552) dan berwawasan (3.544). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan

xii  

berwawasan) pelajar Tingkatan Dua dengan pencapaian

Matematik 47

Page 15: HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA … · sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi (3.552) dan berwawasan (3.544). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan

xiii  

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Komponen Sikap Manusia 14

2.2 Model Proses Pendidikan 22

Page 16: HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA … · sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi (3.552) dan berwawasan (3.544). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan

xiv  

SENARAI SINGKATAN

PPSMI - Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam

Bahasa Inggeris

ICT - Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SS - Sangat setuju

S - Setuju

TP - Tidak pasti

TS - Tidak setuju

STS - Sangat tidak setuju

Page 17: HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA … · sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi (3.552) dan berwawasan (3.544). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan

xv  

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 65

B Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia 70

C Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan, UTM 72

D Keputusan Analisis Kebolehpercayaan Instrumen

Kajian 73

E Keputusan Kekerapan, Ujian-t dan Korelasi 75

Page 18: HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA … · sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi (3.552) dan berwawasan (3.544). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matematik merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting dan

penggunaanya amat meluas di dalam kehidupan seharian. Mata pelajaran ini

diperkenalkan kepada pelajar bertujuan untuk melahirkan individu yang

berketrampilan dalam mengaplikasikan pengetahuan Matematik dalam kehidupan

seharian secara berkesan dan bertanggungjawab semasa menyelesaikan masalah dan

membuat keputusan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Oleh itu,

pembelajaran Matematik dengan menggunakan kaedah atau pendekatan yang

berkesan pastinya akan melahirkan individu yang dapat mengaplikasikan

pengetahuan Matematik. Perkara ini penting untuk merealisasikan hasrat negara

mencapai matlamat Wawasan 2020 kerana Matematik merupakan jentera atau

penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan

teknologi.

Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam

bahasa Inggeris (PPSMI) bertujuan untuk menyediakan rakyat Malaysia berdaya

saing pada era globalisasi ke arah pencapaian Wawasan 2020. Mata pelajaran Sains

dan Matematik akan mendominasikan kepesatan bidang Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (ICT) disamping penggunaan bahasa antarabangsa iaitu bahasa

Page 19: HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA … · sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi (3.552) dan berwawasan (3.544). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan

  2

Inggeris. Sehubungan dengan itu, kesediaan diri dalam mempelajari mata pelajaran

ini adalah sangat penting.

Pembelajaran dan pengajaran Matematik di sekolah memerlukan

kemampuan, kecekapan, kesediaan pelajar untuk memahami, menganggap,

membina konsep dan pemahaman tentang mata pelajaran tersebut. Kemampuan

yang diperlukan oleh pelajar dalam konteks ini tidak terbatas pada kebolehan

kognitif sahaja, malah faktor-faktor psikologi seperti sikap, motivasi, minat dan

personaliti turut menyumbang kepada pencapaian pelajar. Azizi et al. (2006)

berpendapat bahawa faktor yang mempengaruhi kejayaan pembelajaran adalah

banyak tetapi pakar psikologi sosial pendidikan bersetuju bahawa faktor sikap

adalah faktor yang terpenting.

Menurut ahli psikologi sosial, sikap meliputi tiga komponen yang utama

iaitu afektif, perilaku dan kognitif (Rajecki,1989). Komponen afektif merangkumi

emosi positif dan negatif individu terhadap sesuatu iaitu bagaimana perasaan

seseorang terhadapnya. Komponen perilaku pula terdiri daripada kecenderungan

atau bertujuan untuk bertindak pada tingkah laku tertentu yang berkait dengan sikap

kita. Manakala komponen kognitif merujuk kepada kepercayaan dan pemikiran

yang dipegang oleh seseorang terhadap sesuatu objek. Ketiga-tiga komponen dalam

sikap ini saling berhubungan dan seterusnya berfungsi dalam pembentukan dan

pemantapan sikap individu.

Persepsi individu terhadap sikap seseorang itu bergantung kepada kejayaan

atau kegagalan yang diperolehinya. Seseorang itu akan dianggap mempunyai sikap

yang salah apabila gagal di dalam sesuatu perkara. Guru-guru di sekolah sering

menyatakan bahawa kegagalan pelajar-pelajar disebabkan oleh sikap mereka yang

negatif seperti malas, tidak berminat dan sebagainya.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran boleh ditingkatkan sekiranya

guru dapat memahami sikap pelajar terhadap mata pelajaran yang diajarinya.

Page 20: HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA … · sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi (3.552) dan berwawasan (3.544). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan

  3

Maklumat yang diperolehi itu boleh digunakan oleh guru untuk merancangkan

strategi pengajaran yang bersesuaian demi mengubah sikap pelajar dan seterusnya

membawa kepada pencapaian yang cemerlang. Persoalan yang timbul ialah sama

ada pencapaian Matematik juga dipengaruhi oleh sikap pelajar. Perkara ini perlu

diterokai sebagai langkah untuk membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian

Matematik mereka.

1.2 Latar Belakang Masalah

Mata pelajaran Matematik dan Sains merupakan mata pelajaran teras di

sekolah rendah dan sekolah menengah. Bahasa Malaysia telah di gunakan sebagai

bahasa pengantar bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik sebelum

tahun 2003. Bermula tahun 2003, pengajaran dan pempelajaran Sains dan

Matematik dilaksanakan dengan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.

Perlaksanaannya telah mengundang beberapa persoalan dan pandangan yang

dikemukakan oleh segenap lapisan masyarakat mahupun yang terlibat secara

langsung ataupun tidak langsung.

Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa

Inggeris telah memberi kesukaran kepada pelajar yang lemah dalam menguasai

Matematik. Menurut Aziz (2005), majoriti pelajar menyatakan kesukaran mengikuti

pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris. Pelajar yang lemah

tidak dapat memahami dan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran disebabkan

oleh penggunaan bahasa dan masalah untuk memahami bahasa Inggeris itu sendiri.

Menurut Jumrang (2004), menyatakan jika pelajar tidak memahami segala

penyampaian dan pengajaran guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran

kerana penggunaan bahasa maka pastinya membawa kepada masalah pembelajaran

kepada pelajar tersebut.

Page 21: HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA … · sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi (3.552) dan berwawasan (3.544). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan

  4

Menurut Farahasnida (2004), menyatakan bahawa kesan pengajaran Sains

dan Matematik dalam bahasa Inggeris terhadap pencapaian pelajar masih berada

pada tahap sederhana. Hasil kajian mendapati kesediaan pelajar kurang mencukupi

dan menghadapi banyak masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar adalah masalah dengan sebutan dan

pemahaman istilah Matematik dalam bahasa Inggeris serta masalah menstrukturkan

ayat. Ini menyebabkan pelajar jarang bertanya soalan kerana kesukaran untuk

berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Masalah kelemahan-kelemahan pelajar dalam Matematik didapati masih

wujud dan menjadi agenda utama pendidikan sehingga kini. Kelemahan pelajar

dalam menguasai Matematik akan mengakibatkan berlakunya kemerosotan dalam

pencapaian mata pelajaran ini. Faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan ini

telah dikaji dari aspek afektif mahupun kognitif. Banyak kajian yang telah

dijalankan bagi mengenalpasti kemerosotan pencapaian Matematik dari aspek

afektif dan di antaranya ialah harga diri dan sikap.

Menurut Azizi et al. (2000) berpendapat bahawa kemerosotan sering kali

dikaitkan dengan sikap pelajar seperti tidak berminat atau dengan mengatakan

Matematik adalah mata pelajaran yang sukar dan takut semasa mempelajarinya.

Kebanyakkan pelajar berasa bimbang, takut dan kurang berkeyakinan untuk

mempelajari mata pelajaran ini.

Dalam usaha membantu pelajar memahami dan mengaplikasikan

pengetahuan dan kemahiran Matematik, guru perlu mengetahui faktor-faktor yang

mempengaruhi pembelajaran seperti sikap. Menurut Morris (1981) mendapati

bahawa kebanyakkan pelajar tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam

Matematik disebabkan oleh sikap negatif mereka terhadap subjek itu.

Sikap mempengaruhi segala usaha dan tindakan yang dilakukan terhadap

sesuatu perkara. Menurut Nur Ashiqin (2006) berpendapat bahawa sikap

Page 22: HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA … · sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi (3.552) dan berwawasan (3.544). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan

  5

merupakan salah satu faktor terpenting di dalam menentukan kejayaan. Semakin

positif sikap pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik semakin

tinggi pencapaian mereka.

Hubungan antara sikap pelajar dengan pencapaian dalam mata pelajaran

Matematik perlu ditinjau berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dijalankan.

Salah satu faktor yang telah dibuktikan bahawa perkara yang banyak menyumbang

kepada pencapaian akademik pelajar ialah sikap. Dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran Matematik di Malaysia, hubungan antara sikap dengan pencapaian

mata pelajaran Matematik perlu dikenalpasti sebelum langkah-langkah

penambahbaikan boleh diambil.

1.3 Pernyataan Masalah

Peranan pendidik untuk merealisasikan perubahan dan pencapaian Malaysia

menjadi negara maju sepenuhnya selaras dengan wawasan 2020 merupakan agenda

yang begitu mencabar dan kritikal. Sebagai waris kepimpinan pelajar

bertanggungjawab untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan bersedia

menempuh apa jua dugaan dan halangan yang akan datang. Dalam hal ini terdapat

banyak faktor seperti latar belakang, umur, personaliti serta gaya pembelajaran dan

pengajaran di sekolah perlu dikaji dari segi kaitannya dengan pencapaian pelajar.

Faktor sikap merupakan salah satu faktor yang dikaji dalam meninjau

hubungan daripada pelbagai faktor yang lain dengan pencapaian Matematik. Faktor

sikap dikaji kerana sikap memberi kesan terhadap pembelajaran (McLeod, 1991 dan

Stage et al., 1998). Banyak kajian mengenai sikap dan di antaranya ialah pengaruh

sikap terhadap perilaku (Wiswanto, 2000) dan mengaitkan sikap dengan pencapaian

Matematik (Adnan, 1986). Menurut dapatan Adnan (1986), wujudnya hubungan

yang lemah di antara sikap dengan pencapaian Matematik.

Page 23: HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA … · sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi (3.552) dan berwawasan (3.544). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan

  6

Sehubungan itu, kajian ini ingin mengkaji lebih mendalam lagi hubungan

sikap dengan pencapaian akademik khususnya bagi mata pelajaran Matematik

dikalangan pelajar.

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa objektif untuk dicapai dan

antara objektif-objektif kajian ini adalah seperti berikut :

i. Mengenalpasti tahap sikap (komitmen, emosi dan berwawasan) pelajar

Tingkatan Dua terhadap pembelajaran Matematik.

ii. Mengenalpasti perbezaan sikap (komitmen, emosi dan berwawasan) di

antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan Tingkatan Dua terhadap

pembelajaran Matematik.

iii. Mengkaji hubungan sikap (komitmen, emosi dan berwawasan) pelajar

Tingkatan Dua dengan pencapaian dalam mata pelajaran Matematik.

1.5 Persoalan Kajian

Bagi mencapai objektif kajian di atas, kajian ini dijalankan untuk menjawab

beberapa persoalan kajian yang dibentuk iaitu:

i. Apakah tahap sikap (komitmen, emosi dan berwawasan) pelajar Tingkatan

Dua terhadap pembelajaran Matematik?

ii. Adakah terdapat perbezaan sikap di antara pelajar lelaki dengan pelajar

perempuan Tingkatan Dua terhadap pembelajaran Matematik?

Page 24: HUBUNGAN SIKAP DENGAN PENCAPAIAN DALAM MATA … · sederhana dari aspek komitmen (3.447), emosi (3.552) dan berwawasan (3.544). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan

  7

iii. Adakah terdapat hubungan antara sikap (komitmen, emosi dan berwawasan)

pelajar Tingkatan Dua dengan pencapaian dalam mata pelajaran Matematik?