kajian literatur xop 2106

9
KAJIAN LITERATUR Pengenalan Di dalam bab ini diterangkan dengan lebih lanjut berkaitan kajian dan rekabentuk yang telah dibangunkan. Selain itu, pengkaji juga telah menerangkan tentang peringkat pembangunan projek serta teori-teori yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Dalam bab ini, membincangkan tentang kajian lepas, pendapat dan hasil kajian yang telah dikemukakan oleh beberapa penulis dan pengkaji yang lalu tentang pelaksanaan P&P. Kajian lepas berkaitan pelaksanaan pengajaran berpusatkan guru yang dibincangkan dalam bab ini adalah merangkumi aspek-aspek pendekatan pengajaran berasaskan kit latihan, kaedah pengajaran dengan model dan penilaian yang digunakan. Selain itu, perkara-perkara seperti kebaikan, kelemahan dan keberkesanannya juga dibincangkan secara terperinci. Sumber-sumber maklumat diperoleh daripada jurnal, artikel, buku dan ringkasan kajian yang berkaitan dengan tajuk rekabentuk yang digunakan dalam kajian ini. Sorotan kajian juga memberi bukti empirikal keperluan kajian. Perhatian diberikan kepada pengumpulan maklumat yang terkini dalam bidang dengan tujuan supaya tidak ketinggalan dari segi ilmu. 2.1 Kaedah pengajaran dan pembelajaran Cara pengajaran tradisional tidak boleh membantu para pelajar dalam mempraktikkan gaya pembelajaran berkesan pada masa kini. Oleh itu, gaya pengajaran guru perlu diubahsuai kepada bentuk gaya pengajaran lain seperti gaya pengajaran inkuiri yang boleh memantapkan gaya pembelajaran dan seterusnya meningkatkan pencapaian akademik. Gaya pembelajaran berkesan di kalangan pelajar juga banyak bergantung kepada motivasi, minat dan cara pengajaran yang diperkenalkan guru. Saranan Abdul Rashid, A.R. (1998), seorang tokoh pendidikan merumuskan kaedah pengajaran guru dan pembelajaran pelajar dalam matapelajaran yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut: (i) Guru perlu menyesuaikan kaedah pengajaran dengan gaya pembelajaran pelajar dengan lebih menekankan soal

Upload: azam-cahaya-matahari

Post on 09-Apr-2016

31 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Kajian Literatur Xop 2106

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Literatur Xop 2106

KAJIAN LITERATUR

Pengenalan

Di dalam bab ini diterangkan dengan lebih lanjut berkaitan kajian dan rekabentuk

yang telah dibangunkan. Selain itu, pengkaji juga telah menerangkan tentang

peringkat pembangunan projek serta teori-teori yang berkaitan dengan pengajaran

dan pembelajaran. Dalam bab ini, membincangkan tentang kajian lepas, pendapat

dan hasil kajian yang telah dikemukakan oleh beberapa penulis dan pengkaji yang

lalu tentang pelaksanaan P&P. Kajian lepas berkaitan pelaksanaan pengajaran

berpusatkan guru yang dibincangkan dalam bab ini adalah merangkumi aspek-aspek

pendekatan pengajaran berasaskan kit latihan, kaedah pengajaran dengan model dan

penilaian yang digunakan. Selain itu, perkara-perkara seperti kebaikan, kelemahan

dan keberkesanannya juga dibincangkan secara terperinci. Sumber-sumber maklumat

diperoleh daripada jurnal, artikel, buku dan ringkasan kajian yang berkaitan dengan

tajuk rekabentuk yang digunakan dalam kajian ini. Sorotan kajian juga memberi

bukti empirikal keperluan kajian. Perhatian diberikan kepada pengumpulan

maklumat yang terkini dalam bidang dengan tujuan supaya tidak ketinggalan dari

segi ilmu.

2.1 Kaedah pengajaran dan pembelajaran

Cara pengajaran tradisional tidak boleh membantu para pelajar dalam

mempraktikkan gaya pembelajaran berkesan pada masa kini. Oleh itu, gaya

pengajaran guru perlu diubahsuai kepada bentuk gaya pengajaran lain seperti gaya

pengajaran inkuiri yang boleh memantapkan gaya pembelajaran dan seterusnya

meningkatkan pencapaian akademik. Gaya pembelajaran berkesan di kalangan

pelajar juga banyak bergantung kepada motivasi, minat dan cara pengajaran yang

diperkenalkan guru.

Saranan Abdul Rashid, A.R. (1998), seorang tokoh pendidikan merumuskan

kaedah pengajaran guru dan pembelajaran pelajar dalam matapelajaran yang

berkesan perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

(i) Guru perlu menyesuaikan kaedah pengajaran dengan gaya

pembelajaran pelajar dengan lebih menekankan soal minat, intelektual,

kreativiti, sikap, penghayatan dan apresiasi sesuatu matapelajaran dalam

kehidupan pelajar.

Page 2: Kajian Literatur Xop 2106

(ii) Proses pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu matapelajaran

yang melibatkan guru-guru dan pelajar perlu kepada cara pembelajaran

dengan menggunakan alat bahan bantu mengajar.

(iii) Pelajar-pelajar perlu didedahkan atau diberi bimbingan melalui gaya

pembelajaran dengan cara pengumpulan data atau maklumat dan cara satu

bahan itu disusun atau dianalisis.

(iv) Bagi menguatkan ingatan dan tidak mudah luput apa yang dipelajari,

gaya pembelajaran dalam sesuatu matapelajaran seharusnya sentiasa

mengaplikasikan apa yang dipelajari kepada situasi baru adalah amat perlu

dilakukan oleh pelajar.

(v) Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu matapelajaran

perlu menarik minat dan mencabar kebolehan pelajar. Kriteria ini amat

penting menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bersifat inovatif dan

kreatif untuk mengembangkan minda kritis dan kreatif pelajar. Manakala,

kaedah dan metodologi pengajaran yang bersifat spoon feed, induktif dan

khutbah yang hanya mementingkan supaya murid menerima sahaja apa yang

disogok oleh guru telah tidak lagi sesuai dengan pembaharuan kurikulum dan

perubahan budaya belajar dan budaya mengajar pada era perkembangan

informasi maklumat yang berlaku dalam masyarakat moden .

2.2 Pembelajaran dan konstruktivisme

Konstruktivisme dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan construct yang

bermaksud membina. Konstruktivisme merupakan satu pendapat pembelajaran (view

of learning) yang beranggapan bahawa pengetahuan seseorang tidak boleh wujud di

luar minda pelajar, tetapi ia hendaklah dibina dalam minda berdasarkan pengalaman

sebenar pelajar (Aris, B., Sharifudin, R.S. & Subramaniam, M. 2002).

Manakala Nik Pa, N.A. (1999), menyatakan konstruktivisme adalah

sebahagian daripada komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina

pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh

seseorang pelajar adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh pelajar tersebut

dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada

luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang pelajar

Page 3: Kajian Literatur Xop 2106

kepada pemikiran pelajar yang lain. Setiap pelajar membentuk pengetahuan sendiri

dengan menggunakan pengalamannya yang sedia ada secara terpilih.

Sepertimana saranan McBrien, J.L. & Brandt, R.S. (1997), menyatakan

konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan

tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat bahawa,

setiap pelajar membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan

daripada orang lain. Di samping itu, pelajar dapat mengaitkan pembelajaran baru

dengan pembelajaran lama yang sedia ada. Perspektif konstruktivisme menitik

beratkan pengalaman pendidikan yang boleh membantu para pelajar membina ilmu

pengetahuan dan bukan sekadar menerima ilmu pengetahuan.

Selain itu, konstruktivisme menegaskan kepentingan membina pengetahuan

secara aktif melalui proses saling mempengaruhi antara pembelajaran yang terdahulu

dengan pembelajaran terbaru. Unsur teori konstruktivisme yang paling utama adalah

seseorang pelajar itu dapat membina pengetahuan dalam dirinya sendiri secara aktif

dengan membandingkan maklumat baru dengan pemahamannya yang sedia ada.

Cara ini digunakan untuk mengatasi masalah perselisihan idea untuk mencapai

pemahaman baru dalam proses P&P. Fokus konstruktivisme adalah menyelesaikan

masalah yang tidak jelas dan nyata (Aris, B. et. al. 2002).

Proses pembinaan pengetahuan juga berlaku dalam konteks sosial, iaitu

pelajar melakukan proses bertukar idea dan pendapat dengan pelajar lain tentang

tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Proses ini biasanya berlaku dalam kumpulan

kecil atau kelas yang besar dalam proses P&P. Selain daripada proses pembinaan

pengetahuan, perkembangan proses metakognitif juga memainkan peranan yang

penting. Daripada proses kognitif ini, pelajar perlu melengkapkan diri dengan

merancang, menilai dan membuat refleksi tentang sesuatu pembelajaran. Selain itu,

pelajar harus sedar tentang strategi pembelajarannya dan memikirkan cara-cara untuk

mempertingkatkan lagi proses pembelajarannya (Aris, B. et. al. 2002).

Berdasarkan kepada pandangan-pandangan golongan konstruktivisme, maka

pengertian pembelajaran secara konstruktivisme merupakan satu fahaman bahawa

pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan

pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar menyesuaikan

pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina

pengetahuan baru.

Page 4: Kajian Literatur Xop 2106

Menurut Hashim, Y. & Man, R. (2006), golongan konstruktivisme

mempercayai bahawa proses pengajaran dan pembelajaran boleh ditingkatkan

sekiranya peralatan disediakan dan persekitaran yang boleh melibatkan pelajar secara

aktif serta menggalakkan pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna untuk

mereka. Penghasilan video oleh pelajar dapat membantu pelajar terlibat secara aktif

dalam proses P&P kerana pelajar akan lebih berusaha dan menerokai sesuatu perkara

untuk mendapatkan maklumat bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh

pensyarah.

Terdapat empat prinsip untuk membina persekitaran pembelajaran

konstruktif, iaitu:

(i) Konteks

Sebilangan kecil sahaja pemimpin dalam organisasi dapat diterima menjadi

pemimpin dalam semua situasi kerana kebanyakan pemimpin mempunyai

kepimpinan yang hanya boleh diterima dalam situasi-situasi tertentu sahaja

berdasarkan kepada kebolehan yang sesuai terhadap situasi itu.

(ii) Pembinaan pengetahuan

Pengetahuan yang dihasilkan adalah produk minda akibat daripada

pengalaman dan interprestasi pelajar dalam konteks. Pembelajaran menjadi

lebih bermakna melalui pengalaman dalam dunia yang sebenar dan bukan

belajar menerusi interpretasi pensyarah.

(iii) Kolaborasi

Kolaborasi antara pelajar sepanjang proses pembelajaran. Dalam

pembelajaran koperatif, pelajar dapat membina pengetahuan baru dan

memperbaiki pengetahuan sedia ada.

(iv) Perbincangan

Individu dan kumpulan dalam pembelajaran koperatif atau kolaboratif

berbincang untuk menyelesaikan masalah. Melalui proses perbincangan,

pelajar dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih bermakna. Pembelajaran

koperatif adalah satu persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah iaitu

pelajar dari kumpulan berkebolehan berlainan (zheterogeneous) atau

berkebolehan sama (homogeneous) bekerjasama dalam kumpulan kecil ke

arah pencapaian objektif.

Page 5: Kajian Literatur Xop 2106

Mengikut Aris, B. et. al, (2002), menyatakan bahawa konstruktivisme boleh

diklasifikasikan kepada tiga jenis, iaitu:

(i) Konstruktivisme endogenous

Ia lebih menekankan kepada proses pembinaan pengetahuan pelajar,

manakala guru sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran dengan

memberi pengalaman yang sesuai.

(ii) Konstruktivisme exogenous

Pengajaran formal dapat membentuk perwakilan pengetahuan yang boleh

diakomodasikan ke dalam pengalaman yang diterima kemudian.

(iii) Konstruktivisme dialektrik

Pembelajaran berlaku melalui pengalaman realistik, pelajar memerlukan

sokongan (scaffolding) oleh pensyarah dan kolaborasi dengan rakan-rakan

yang lain.

2.3 Pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dalam Mohamad, B., Esa, A. &

Junoh, H. (2007), pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme dapat

dibahagikan kepada lima format iaitu

(i) Penglibatan

Simulasi perasaan ingin tahu pelajar melalui pemberian sesuatu tugasan,

topik atau konsep, memupuk minat dan membangkitkan persoalan. Pada

peringkat ini, pelajar diberikan satu tugasan dan menghasilkannya dengan

menggunakan video secara sistematik.

(ii) Penjelajahan

Penjelajahan bertujuan untuk memuaskan perasaan ingin tahu melalui

penggunaan pendekatan inkuiri untuk menjelajah dan menyiasat melalui

eksperimen, menggalakkan pelajar untuk bekerjasama antara satu sama lain

dan proses menyoal. Pelajar menerokai sesuatu maklumat atau perkara untuk

menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

(iii) Penerangan

Page 6: Kajian Literatur Xop 2106

Pendekatan yang melibatkan definisi konsep dan pernyataan. Pertanyaan

tentang penerangan orang lain dan membuat pertimbangan serta penjelasan.

Pelajar menerangkan tentang tugasan yang dihasilkan dengan menggunakan

video kepada pelajar dalam kelas. Pelajar dapat membina keyakinan dalam

diri untuk menyampaikan sesuatu yang dihasilkan oleh mereka.

(iv) Penghuraian

Memperdalamkan lagi konsep ke dalam sudut kandungan yang lain. Pelajar

menghubungkaitkan dan melihat perhubungan sesuatu konsep atau topik

dalam sudut kandungan yang lain dan membuat perkaitan dengan konsep atau

topik ke dalam situasi dunia sebenarnya.

(v) Penilaian

Menilai pemahaman pelajar melalui demontrasi, pemahaman dan kemahiran

atau konsep pengetahuan. Pensyarah mengemukakan soalan terbuka kepada

pelajar. Keadaan ini berlaku setelah pelajar menyiapkan tugasan dan mereka

mempersembahkan tugasan kepada pensyarah dan pelajar-pelajar lain dalam

kelas (Mohamad, B. et. al, 2007).

Abdul Karim, F. (2005), yang telah menjalankan kajian tentang Keperluan

Pembelajaran Berasaskan Multimedia Bagi Subjek Sistem Elektronik 1. Kajian ini

dijalankan bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang keperluan multimedia

dari segi reka bentuk konstruktivisme, reka bentuk interaksi dan antara muka dalam

subjek Sistem Elektronik 1. Hasil dapatan kajiannya, sebanyak 34% daripada

responden menunjukkan keperluan pembelajaran multimedia bagi subjek Sistem

Elektronik 1. Manakala analisis min menunjukkan responden cenderung ke arah tiga

reka bentuk yang dikaji iaitu reka bentuk pembelajaran konstruktivisme, reka bentuk

interaksi dan reka bentuk antara muka.

2.5 Pembelajaran berasaskan model

Pembelajaran yang menggunakan model adalah satu kaedah yang amat berkesan

dalam proses P&P. Kaedah ini dapat memantapkan lagi kefahaman tehadap

pembelajaran kerana pelajar akan terdedah dengan visual terhadap objek atau sistem

yang sebenar. Hassan, M. (2000) menyatakan bahawa model terbahagi kepada tiga

iaitu model berskala, model potongan dan model olok-olok. Model tersebut adalah

Page 7: Kajian Literatur Xop 2106

bahan tiga dimensi yang mewakili struktur dan rupa bentuk yang menjelaskan

bagaimana sesuatu fungsi itu berjalan.

2.6 ABBM (Extra-Ordinary Projector 2106)

Perkara ini selalunya disalah ertikan dengan menganggap ABBM itu hanya tertumpu

kepada alat-alat yang sering diguna pakai seperti papan hitam, kapur tulis, gambar-

gambar, nota-nota dan segala bentuk perkakasan dan perisian untuk pengajaran.

Pada hakikatnya, pengertian ABBM haruslah diperluaskan kepada bentuk sama ada

konkrit atau tidak konkrit dan perkara yang dapat dirasai oleh pancaindera. Saranan

Hj. Husin, K. (1988), ABBM dikategorikan kepada tiga seperti berikut :

(i) Bahan tidak bergerak termasuk gambarajah atau penerangan kepada

kertas putih, carta, papan flannel, model dan sebagainya.

(ii) Bahan-bahan mentah yang dibentuk seperti keratin akhbar, nota

bercetak dan bahan-bahan lain selain daripada buku teks atau latihan.

(iii) Bahan media elektronik berupa OHP, filem ( filem 8mm, 15mm, strip,

slaid ), radio, video, televisyen, komputer dan sebagainya.

Oleh yang demikian, model reka bentuk yang dibangunkan adalah merujuk kepada

kategori yang ketiga iaitu bahan media elektronik. Mengikut Long, A. (1981) pula,

ABBM dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu alat pendengaran, alat pandangan

dan alat pandang dengar. Sememangnya ABBM sangat berguna dalam pendidikan

kerana ia dapat memainkan peranan dan fungsi yang melebihi daripada sekadar alat

yang membantu guru untuk mengajar. Malah ia dapat menjimatkan tenaga, masa

dan memudahkan pengendalian kelas. Menurut beliau juga penggunaan alat bahan

bantu mengajar dapat mengawal masalah seperti berikut :

(i) Masalah kekurangan tenaga pengajar.

(ii) Masalah kekurangan masa.

(iii) Masalah untuk menjalankan proses P&P terhadap kumpulan yang

sangat besar.

Alat yang dibangunkan ini merupakan gabungan beberapa fungsi alat alat bantu

mengajar yang biasa digunakan oleh guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Antara fungsi yang digabungkan adalah kamera dokumen, pengimbas dokumen,

kamera video, kamera gambar, slaid transparensi, LED projektor dan komputer

multimedia. Hasil gabungan kesemua peralatan tersebut telah menjadikan para guru

Page 8: Kajian Literatur Xop 2106

mudah untuk menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran tanpa perlu menjadi

beban untuk menyediakan kemudahan-kemudahan tersebut.

2.13 Rumusan

Di dalam bab ini, pengkaji telah membuat kajian literatur mengenai produk yang

telah dibangunkan. Ini termasuklah mengkaji tesis dan dapatan daripada kajian yang

lepas. Sumber diperolehi daripada pelbagai sumber antaranya ialah jurnal, buku-buku

rujukan dan juga tesis kajian yang lepas. Ini adalah bertujuan supaya idea-idea untuk

menghasilkan produk lebih berkembang untuk cadangan penambahbaikan. Hasil

daripada sorotan kajian yang telah dibuat, pengkaji dapat mengenalpasti beberapa

perkara yang perlu diambil kira dalam melaksanakan projek yang akan dibangunkan.