kajian kemahiran manipulatif sains

19
PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PULAU PINANG TAJUK: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MANIPULATIF SAINS MURID TAHUN 5 SEMASA MENJALANKAN EKSPERIMEN DIKEMUKAKAN OLEH : NAMA : MOHD ANUAR B. IBRAHIM NO.MATRIK : JD/1212/98 NO.I/C : 690303-01-5439 PUSAT WILAYAH : KUANTAN ALAMAT : NO.11065 TAMAN SRI JAYA, FASA III, GONG PAUH, 24000 CHUKAI, KEMAMAN. NO.TEL : 09-8582620 1

Upload: mohdanuaribrahim

Post on 09-Jun-2015

5.909 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Merupakan kertas kajian tindakan ke atas subjek sains sekolah rendah

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Kemahiran Manipulatif Sains

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PULAU PINANG

TAJUK:

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MANIPULATIF SAINS

MURID TAHUN 5 SEMASA MENJALANKAN EKSPERIMEN

DIKEMUKAKAN OLEH :

NAMA : MOHD ANUAR B. IBRAHIMNO.MATRIK : JD/1212/98 NO.I/C : 690303-01-5439PUSAT WILAYAH : KUANTAN ALAMAT : NO.11065 TAMAN SRI JAYA,

FASA III, GONG PAUH, 24000 CHUKAI, KEMAMAN.

NO.TEL : 09-8582620

1

Page 2: Kajian Kemahiran Manipulatif Sains

Tajuk Kajian : Meningkatkan Kemahiran Manipulatif

Sains Murid Tahun 5 Semasa menjalankan eksperimen

1.0 Menyebabkan mereka sukar membuat laporan berkaitan

dengan eksperimen yang dibuat. 2.0 Tidak dapat menepati masa yang diperuntukan. 3. BERTINDAK : Dalam pelaksanaan tindakan :- i. Masa diperlukan selama 3 minggu ii. Melibatkan 4 kerja amali. iii. Pemerhatian semasa eksperimen yang dijalankan dianggap

sebagai data awal untuk melakukan tindakan iv. Laporan eksperimen / ujian Pengesanan dan ujian lisan akan

digunakan sebagai alat untuk penilaian. 3.0 PENILAIAN : i. Proses penilaian akan dibuat setelah murid berjaya menjawab

beberapa soalan ujian / laporan eksperimen dan keputusan daripada ujian pengesanan.

ii. Saya akan terus membuat pemerhatian ke atas setiap murid

Tahun 5 yang berkaitan dengan penggunaan alatan sains semasa menjalankan eksperimen.

4.0 REFLEKSI :

Setelah proses penilaian selesai dibuat, saya akan dapat menentukan samada tindakan yang saya lakukan berkesan, sesuai dan boleh diteruskan. Sekiranya perlu dilakukan pengubahsuaian. Tajuk ini akan menjadi fokus dalam gelungan yang ke – 2.

2

Page 3: Kajian Kemahiran Manipulatif Sains

5.0 SUBJEK :

Kumpulan murid yang menjadi sasaran ialah murid-murid Tahun 5 Al-Hilmi dan murid Tahun 5 Al-Fathonah . Ini adalah kerana ramai dikalangan mereka masih belum dapat menguasai Kemahiran Manipulatif Sains dalam menggunakan alatan sains dengan betul semasa menjalankan eksperimen. Mereka akan dijadikan model kepada saya dalam melaksanakan Kemahiran Manipulatif Sains di sekolah ini.

6.0 INSTRUMENT KAJIAN :

i. Instrument : Data pemerhatian, Data Ujian Pengesanan dan Ujian Lisan.

ii. Alatan dan Bahan: Alat dan radas sains, Bilik Sains dan bahan-bahan eksperimen yang digunakan.

7.0 OBJEKTIF KAJIAN :

i. Meningkatkan Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif.

ii. Memupukkan keyakinan diri murid dalam pengendalian alatan sains yang diberikan

iii. Melahirkan kepuasan dan keseronokan semasa mendapat hasil eksperimen yang tepat.

iv. Murid dapat menepati masa yang ditetapkan dalam sesuatu eksperimen yang diberikan.

8.0 REKA BENTUK KAJIAN :

10.1- Mengenalpasti masalah:

3

Page 4: Kajian Kemahiran Manipulatif Sains

Fokus kajian, saya dapat kenalpasti melalui pemerhatian yang dibuat ketika murid menjalani eksperimen. Kami dapati ramai murid Tahun 5 masih belum mahir menggunakan beberapa jenis alatan sains.

.1 –Taksiran Keperluan : Adalah diharapkan apabila kajian ini dijalankan, murid-murid akan dapat memperolehi kemahiran penggunaan alatan sains dengan betul dan berkesan. Di akhir setiap eksperimen yang dibuat, murid dapat membuat laporan yang tepat berdasarkan keputusan eksperimen yang dibuat. .2 – Merancang : Dalam perancangan yang akan dilakukan ini. Saya akan menggunakan masa sains sebenar yang disediakan dalam jadual waktu kelas Tahun 5. Saya akan menggunakan alatan yang sedia ada ataupun meminjam daripada Pusat Kegiatan Guru yang berdekatan. Bagi kajian ini saya akan membuat beberapa pendekatan iaitu :-

.2.1 – Mengadakan tunjuk cara penggunaan alatan dengan betul

.2.2 Menulis langkah-langkah penggunaan alatan secara sistematik.

.2.3 Melebelkan nama alatan sains yang terdapat di dalam Bilik Sains.

.2.4 Menemubual murid Tahun 5

.2.5 Menjalankan 5 siri eksperimen menggunakan alatan sains yang telah dikenalpasti mempunyai masalah kepada murid.

Setelah semua langkah dilaksanakan satu ujian pengesanan dan ujian lisan akan diadakan.

4

Page 5: Kajian Kemahiran Manipulatif Sains

9.0 ANGGARAN PERUNTUKAN KEWANGAN MENGIKUT

KEPALA : Pecahan Kepala : 24000 Sewa dan Upah: 1. Upah menaip 45 x RM 1.00 RM 45.00 2. Photostat 120 x RM 0.10 RM 12.00 3. Sewa Alatan Komputer RM 60.00 27000 Bahan-bahan : 1. 1 Kotak Riben Komputer RM 80.00 2. 1 Kotak Disket komputer HD 1.22 RM 20.00 3. 2 Rim Kertas A4 x RM 8.00 RM 16.00 4. 1 Roll Master Reso x RM 150 RM 150.00 5. Bahan-bahan untuk eksperimen RM 30.00 JUMLAH RM 413.00

5

Page 6: Kajian Kemahiran Manipulatif Sains

SKEDUL KERJA BIL TINDAKAN MINGGU

1 MINGGU

2 MINGGU

3 MINGGU

4

1 Membuat Pemerhatian

X

2 Menulis Kertas Cadangan

X

3 Membina Item Amali / Soalan Lisan

X

4 Melaksanakan Amali sains

X

5 Melaksanakan Ujian Pengesanan

X

6 Menjalankan Ujian Lisan

X

7 Memproses Data Ujian Pengesanan

X

8 Menyemak laporan amali

X

9 Refleksi / Renungan

X

10 Penulisan Pelaporan Kajian

X

11 Menghantar Laporan Kajian Tindakan

X

6

Page 7: Kajian Kemahiran Manipulatif Sains

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PULAU PINANG

LAPORAN KAJIAN

TAJUK: MENINGKATKAN KEMAHIRAN

MANIPULATIF SAINS MURID TAHUN 5 SEMASA MENJALANKAN

EKSPERIMEN

DIKEMUKAKAN OLEH : NAMA : MOHD ANUAR B. IBRAHIM NO.MATRIK : JD/1212/98 NO.I/C : 690303-01-5439 PUSAT WILAYAH : KUANTAN ALAMAT : NO.11065 TAMAN SRI JAYA,

FASA III, GONG PAUH, 24000 CHUKAI, KEMAMAN.

NO.TEL : 09-8582620 UNTUK PERHATIAN PENSYARAH :

7

Page 8: Kajian Kemahiran Manipulatif Sains

ABSTRAK Daripada soal selidik dan perhatian , didapati salah satu masalah yang terus menerus menyukarkan murid dalam pembelajaran Sains ialah ketidak upayaan mereka menjalankan eksperimen. Daripada temubual dan analisis yang dibuat didapati bahawa ramai dikalangan murid Tahun 5 kurang mahir dalam mengendalikan alatan sains semasa menjalankan eksperimen. Perancangan Kajian Tindakan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menggunakan alatan sains semasa mereka menjalankan eksperimen. Empat sesi amali sains telah dijalankan dalam tempoh 4 minggu, di mana dalam setiap sesi amali peralatan sains yang dikenalpasti menimbulkan masalah telah digunakan , bermula dari pengenalan alatan tersebut sehinggalah kepada kaedah penggunaan alatan secara sistematik diajarkan kepada setiap murid. Pemerhatian yang dilakukan semasa murid menjalankan eksperimen telah memberikan satu maklum balas yang positif. Ramai di kalangan murid telah mula mahir serta seronok menggunakan alatan sains semasa mereka menjalani eksperimen. Hasil-hasil eksperimen yang dibuat oleh murid amat membanggakan dan ianya dengan sendiri menjadi bukti kejayaan Projek Kajian Tindakan ini. Soalan analisa pengetahuan murid mengenai penggunaan alatan sains sebelum dan selepas kajian dapat dijadikan satu pengukuran kemajuan yang telah diperolehi dalam kajian ini. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa murid-murid dapat menerima segala tunjuk ajar yang diberikan secara sistematik semasa mereka menjalankan eksperimen daripada dengan memberikan penjelasan penggunaan alatan hanya daripada gambar yang ditunjukan sahaja.

8

Page 9: Kajian Kemahiran Manipulatif Sains

1.0 PENGENALAN : Tumpuan kajian adalah kepada penggunaan alatan sains semasa murid menjalankan eksperimen, ia mencakupi pengenalan kepada alatan , cara mengendalikan alatan, kegunaan alatan sains tersebut dalam sesuatu eksperimen untuk mendapatkan satu keputusan yang tepat dan cepat. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah murid Tahun 5 Al- Hilmi dan murid Al-Fathonah yang terdiri daripada 72 orang murid kesemuanya. Sungguhpun kelas ini merupakan kelas Kedua dan ketiga terbaik tetapi masalah penggunaan alatan sains dikalangan mereka begitu ketara sekali. 2.0 TUJUAN KAJIAN : i. Meningkatkan Kemahiran Manipulatif Sains dikalangan murid 5

Al-Hilmi dan murid 5 Al-Fathonah. ii. Memupuk keyakinan diri murid dalam pengendalian alatan sains

yang diberikan. iii. Melahirkan kepuasan dan keseronokan semasa mendapat hasil

eksperimen yang tepat. iv. Murid dapat menepati masa yang ditetapkan dalam sesuatu

eksperimen yang diberikan.

9

Page 10: Kajian Kemahiran Manipulatif Sains

3.0 PELAKSANAAN KAJIAN : Kajian ini menggunakan pendekatan Gelungan Skema Kajian Tindakan Generatif mengikut kitaran berikut :

MENGENALPASTI MASALAH

TAKSIRAN KEPERLUAN

MERANCANG TINDAKAN BERTINDAK

MELAKUKAN REFLEKSI DAN

MEMBUAT PENILAIAN

Gambarajah 1:

Gelungan Skema Kajian Tindakan Generatif Meningkatkan Kemahiran Manipulatif Sains Murid Tahun 5 4.0 KENALPASTI MASALAH: Untuk menentukan fokus kajian ini, kaedah pemerhatian , soalselidik, Temu bual murid dan analisa dapatan digunakan. Bermula dengan pemerhatian yang dibuat semasa murid menjalankan eksperimen dalam Bilik Sains diikuti dengan temu bual yang dijalankan secara tidak formal terhadap 35 orang murid, data-data dikumpul dan satu soal selidik diedarkan kepada semua murid Tahun 5 Al-Hilmi dan 5

10

Page 11: Kajian Kemahiran Manipulatif Sains

Al-Fathonah untuk dijawab oleh mereka. Dapatan daripada soal selidik ini didapati bahawa beberapa alatan sains seperti di bawah telah menimbulkan masalah kepada mereka semasa menjalankan eksperimen. Alatan tersebut adalah seperti betrikut :

i. Mikroskop ii. Termometer Didih iii. Penunu Bunsen iv. Bikar-bikar-bikar dan selinder penyukat v. Alatan Elektrik

.1 SOAL SELIDIK :

Dalam melaksanakan soal selidik ini, seramai 36 responden telah dikehendaki menjawab 10 soalan yang dikemukakan seperti di lampiran A. 10 soalan itu dibina berdasarkan temu bual dan pemerhatian yang dibuat ketika murid menjalanan eksperimen. Berdasarkan keputusan dapatan soal selidik pada lampiran B, didapati bahawa bagi soalan no 1, seramai 58 % murid gagal menjawab hanya 42 % yang berjaya menjawab. Bagi soalan no 2 pula 69 % murid gagal menjawab dan hanya 31 % sahaja yang berjaya menjawab. Soalan no 3 menunjukkan seramai 75 % murid gagal menjawab berbanding 25 % yang boleh menjawab . Bagi soalan 4 pula peratus yang boleh menjawab adalah seramai 56 % berbanding 44 % yang gagal menjawab. Soalan no 5 yang tertumpu kepada penggunaan penunu bunsen menunjukkan seramai 66 % yang tidak dapat menjawab berbanding 34 % yang boleh menjawab. Soalan no 6 tertumpu kepada kegunaan Tungku Kaki Tiga pula menunjukkan seramai 75 % pelajar tahu menggunakan alatan tersebut berbanding 25 % yang masih kurang mahir menggunakan alatan ini. Soalan 7 dan 8 yang menerangkan tentang fungsi Tabung didih dan Tabung Uji telah menunjukkan satu kekeliruan berlaku dimana murid yang tidak dapat menjawab 2 soalan ini adalah seramai 75 % dan 91 % berbanding yang dapat menjawab kedua-dua soalan ini iaitu 25 % dan 9 % sahaja. Soalan no 9 menyentuh tentang penggunaan alatan Mikroskop. Kesemua pelajar gagal dengan tepat cara menggunakan alat ini. Keadaan

11

Page 12: Kajian Kemahiran Manipulatif Sains

ini amat membimbangkan . Bagi soalan yang terakhir pula yang menyentuh kepada satu Litar Elektrik Lengkap hanya 24 % sahaja yang boleh menjawab dengan tepat berbanding 86 % yang gagal menjawab. Melalui analisa ini saya telah merancang empat amali sains yang akan membantu murid dalam meningkatkan lagi Kemahiran Manipulatif murid untuk mengendalikan alatan sains semasa eksperimen. 5.0 MERANCANG TINDAKAN Dapatan yang diperolehi telah dianalisis bagi menyediakan empat amali sains yang berkaitan dengan penggunaan alatan yang menimbulkan masalah kepada murid semasa menjalankan amali sains. Empat amali sains yang dirancangkan itu adalah seperti yang dikepilkan pada lampiran C1, lampiran C2, lampiran C3 dan Lampiran C4. Setiap amali sains yang dirancang itu lebih memfokuskan kepada kemahiran Manipulatif Sains terutamanya dalam pengendalian alatan sains semasa membuat eksperimen. Antara tajuk atau objektif khusus yang dipilih adalah seperti berikut ; Amali Satu : Tajuk : Menyatakan Bahawa Bahan Makanan Boleh Menjadi Rosak Disebabkan Oleh Bakteria dan Kulat. Amali Dua : Tajuk : Menyukat Takad Didih Air dan Takad Lebur Ais Amali Tiga : Tajuk : Memperihalkan Satu Litar Elektrik Yang Lengkap Amali Empat :

12

Page 13: Kajian Kemahiran Manipulatif Sains

Tajuk : Menyiasat Sifat Keasidan Bahan Dalam pada itu , saya juga akan melaksanakan beberapa lagi langkah susulan antaranya adalah seperti berikut ;

.1 Mengadakan Tunjukcara Penggunaan Alatan Dengan Betul.

Langkah ini dijalankan semasa aktiviti amali berlaku, di mana tunjukcara akan dilakukan ke atas alatan yang hendak digunakan. Tunjukcara ini dilakukan secara sistematik dan ianya mengambil masa lebih kurang 10 minit sebelum amali bermula.

.2 Menulis Langkah-langkah Penggunaan Alatan Secara Sistematik

Langkah ini dibuat sebaik sahaja guru selesai melakukan tunjuk cara. Setiap murid dikehendaki menulis semula langkah-langkah penggunaan alatan yang telah diterangkan oleh guru dalam buku nota mereka. Langkah ini dibuat bertujuan agar murid dapat membuat rujukan semula jika mereka terlupa cara menggunakan sesuatu alatan sains.

.3 Melebelkan Nama Alatan Sains Yang Terdapat Di dalam Bilik Sains

Langkah ini dilakukan oleh beberapa orang guru sains, ia bertujuan memudahkan murid mencari dan mengenali alatan sains yang terdapat di dalam Bilik Sains. 6.0 MELAKSANAKAN TINDAKAN Keempat-empat sesi amali sains telah dilakukan oleh saya sendiri ( Mohd Anuar b. Ibrahim ) dan dibantu oleh 2 orang guru sains yang lain. 6.1 Amali Sains Satu:

13

Page 14: Kajian Kemahiran Manipulatif Sains

Dalam Perancangan Tindakan ini, amali sains satu telah menekankan kepada Kemahiran Manipulatif Sains berkaitan penggunaan alatan sains seperti Mikroskop, Sirip Kaca dan Piring Petri. Objektif utama saya dalam amali sains satu ini ialah supaya murid tahu mengendalikan alatan Mikroskop dengan cekap. Amali sains ini bermula dengan penerangan daripada saya mengenai cara menggunakan alatan Mikroskop secara Sistematik satu demi satu dan kemudiannya meminta murid agar dapat mencatatkan langkah-langkah penggunaan yang telah saya terangkan. Langkah seterusnya ialah meminta semua murid menjalankan amali dengan berpandukan kepada lampiran C1. Semasa murid menjalankan amali , saya telah dibantu oleh dua orang guru sains , masing-masing membimbing murid semasa mereka melakukan eksperimen. Setelah selesai melaksanakan amali sains , murid telah menuliskan keputusan eksperimen mereka pada lampiran C1. Melalui analisa yang dibuat menunjukkan satu peningkatan yang baik di mana 9 daripada 36 murid dari 5 Al-Hilmi dan 7 daripada 36 murid dari 5 Al- Fathonah sahaja yang masih kurang mahir dalam penggunaan Mikroskop dengan tepat. Gambarajah Kulat yang dilukis menunjukkan kemahiran penggunaan Mikroskop telah diperolehi. 6.2 Amali Sains Dua Dalam amali sains dua, penekanan kepada kemahiran menggunakan alatan seperti Termometer, Bikar,Tungku Kaki Tiga, Kai Retot, Kasa Dawai, Gas Penunu Bunsen, Pemetik Api dan Jam Randik. Amali ini dimulakan dengan tunjukcara oleh saya tentang penyusunan alatan bagi menjalankan amali, dalam pada itu juga saya telah memberikan penerangan cara menggunakan alatan sains yang dipilih dengan cara yang betul dan sistematik. Saya turut memberikan penekanan kepada langkah-langkah keselamatan yang

14

Page 15: Kajian Kemahiran Manipulatif Sains

perlu dititik beratkan kerana amali ini menggunakan Gas dan Api. Selesai memberikan tunjukcara dan penerangan, saya telah mengarahkan murid menjalankan amali. Dalam amali ini dua orang guru sains telah membantu saya . Ketika amali dilaksanakan kelihatan murid-murid begitu tekun dan bersungguh-sungguh menjalankan amali mereka, ini menunjukkan bahawa mereka kini lebih yakin menjalankan eksperimen berbanding sebelumnya. Selesai sahaja amali ini, murid-murid telah menuliskan keputusan eksperimen mereka dalam lampiran C2 dan menjawab soalan yang dikemukakan. Berdasarkan kepada keputusan laporan mereka dan juga lukisan gambarajah susunan alatan menunjukkan kesemua murid berjaya menjalankan amali dengan jayanya. 6.3 Amali Sains Tiga Dalam amali sains tiga ini pula, penekanan diberikan kepada kemahiran penggunaan alatan elektrik seperti Sel Kering, Pemasangan Sel Kering, Wayar, Mentol Elektrik dan pemegang mentol elektrik. Objektif utama yang diharapkan pada amali sains tiga ini ialah murid dapat menghasilkan satu litar elektrik yang lengkap. Amali sains tiga ini , saya mulakan dengan sesi tunjukcara bagaimana untuk menghasilkan satu litar elektrik yang lengkap dengan memberikan penerangan mengenai setiap alatan yang digunakan satu persatu secara sistematik Selesai memberikan penjelasan dan tunjukcara,semua murid telah diminta untuk menjalankan eksperimen mereka. Dalam melaksanakan eksperimen ini saya telah dibantu oleh dua orang guru sains. Murid yang menghadapi masalah diberikan bimbingan dan tunjukajar. Melalui pemerhatian di dapati murid dapat membuat sambungan wayar lebih kemas dan sistematik. Mereka telah menguji litar mereka dengan membuka dan menutup suis. Kebanyakan murid dapat menyelesaikan eksperimen mereka dalam

15

Page 16: Kajian Kemahiran Manipulatif Sains

masa yang singkat, ini menunjukkan bahawa murid telah faham apa yang telah diterangkan kepada mereka. Kesemua murid dapat melukis rajah litar elektrik lengkap dengan jayanya. Mereka juga telah berjaya menjawab kesemua soalan yang dikemukakan dengan tepat. 6.4 Amali Sains Empat Dalam amali sains empat ini , penumpuan lebih kepada penggunaan kertas litmus Merah dan Kertas Litmus Biru bagi mengenali sifat keasidan sesuatu bahan yang disenaraikan. Objektif utama yang menjadi sandaran ialah murid dapat membezakan bahan asid dan bahan alkali. Oleh kerana penggunaan alatan sains tidak banyak dalam eksperimen ini maka hanya sedikit sahaja penerangan dan tunjukcara yang dapat saya berikan kepada semua murid. Langkah utama yang diterangkan ialah cara menggunakan kertas litmus dan mengukur kadar keasidan dan kealkalian sesuatu bahan. Selesai sahaja penerangan dan tunjukcara, semua murid menjalankan eksperimen seperti mana yang diarahkan dalam lampiran C4. Melalui pemerhatian yang dapat dibuat, ramai dikalangan murid agak sukar untuk mengukur kadar keasidan dan kealkalian, namun dengan bantuan dua orang guru sains dan satu sampel skala warna kertas litmus maka masalah ini dapat diselesaikan . Di akhir amali, murid telah berjaya mengelas bahan-bahan yang diuji mengikut sifat keasidan. Ini jelas menunjukkan bahawa murid-murid telah tahu menggunakan kertas litmus untuk menguji keasidan sesuatu bahan. Kesemua murid dapat memberikan jawapan yang tepat pada soalan yang dikemukakan pada lampiran C4. 7.0 PENILAIAN

16

Page 17: Kajian Kemahiran Manipulatif Sains

Proses penilaian dibuat dengan menjalankan semula soalan pengesanan pengetahuan penggunaan alatan sains . Seramai 36 Responden telah menjawab soalan ini . Penilaian ini dijalankan setelah selesai Amali Sains yang keempat, ianya bertujuan untuk melihat sejauh mana tindakan yang telah dibuat berjaya meningkatkan kemahiran manipulatif murid mengenai penggunaan alatan sains semasa murid menjalankan eksperimen. Keputusan penilaian dapat dilihat pada Graf Bar yang ditunjukkan sebagai bukti kejayaan yang diperolehi dalam Kajian Tindakan ini. Perbandingan Pengetahuan murid sebelum dan selepas amali dijalankan memperlihatkan julat perbezaan yang ketara. 8.0 REFLEKSI : Saya amat optimis dengan perlaksanaan projek Kajian Tindakan ini. Segala penat lelah dirasakan “ Berbaloi ‘ apabila melihat satu perubahan yang agak baik di kalangan murid Tahun 5 Al-Hilmi dan murid Tahun 5 Al-Fathonah melalui analisa dan pemerhatian semasa murid menjalani eksperimen. Saya amat bersyukur kerana dalam masa yang amat terbatas ini saya dapat melaksanakan tugas saya dengan jayanya. Sungguhpun begitu terdapat juga sedikit sebanyak kelemahan yang berlaku semasa saya menjalankan kajian ini. Kelemahan ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor iaitu; Faktor Murid, Faktor Masa dan Faktor Alatan. Faktor Murid ialah berkaitan dengan kehadiran dan persediaan mereka untuk menjalani beberapa siri amali sains yang telah dirancang. Faktor Masa pula berhubung rapat dengan persediaan murid untuk peperiksaan pertengahan tahun , oleh itu adakalanya saya terpaksa menunda masa untuk menjalankan amali bagi mengelakkan gangguan berlaku dalam persediaan murid menghadapi peperiksaan. Faktor Alatan pula merujuk kepada penggunaan Bilik Sains. Jadual Penggunaan Bilik Sains adalah amat padat , ini kerana Bilik Sains di

17

Page 18: Kajian Kemahiran Manipulatif Sains

sekolah ini hanya sebuah berbanding jumlah kelas yang mahu menggunakannya sebanyak 15 buah kelas. Faktor-faktor inilah merupakan kekangan yang terpaksa saya lalui dalam melaksanakan Kajian Tindakan ini. Namun begitu saya amat bersyukur kerana sokongan daripada Tuan Guru Besar telah memberikan saya semangat untuk meneruskan Kajian Tindakan ini sehingga berjaya. 9.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA: Berdasarkan kepada keputusan analisa yang dibuat, didapati kesemua murid Tahun 5 Al-Hilmi dan murid 5 Al-Fathonah dapat menguasai Kemahiran Manipulatif dengan jayanya. Maka projek kajian seterusnya ialah berkaitan dengan Kajian Penggunaan Kemahiran Proses Sains, oleh kerana Kemahiran Manipulatif dan Kemahiran Proses Sains merupakan dua elemen penting dalam kurikulum pendidikan sains sekolah rendah, maka kedua-dua elemen ini jika dapat dikuasai oleh murid sudah tentu mutu pendidikan sains sekolah ini akan meningkat.

18

Page 19: Kajian Kemahiran Manipulatif Sains

LAMPIRAN

19