kajian identiti korporat kedai cenderamata … identiti korporat kedai... · membimbangkan lagi,...
TRANSCRIPT
KAJIAN IDENTITI KORPORAT KEDAI CENDERAMATA D'KITAR
HAZLIN BINTI HALIM
Projek ini rnerupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian
Teknologi Senireka Gratik
, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARA WAK
2007
lSI KANDUNGAN
Lampiran A
Lampiran B
Penghargaan
Lampiran C
lsi Kandungan
Abstrak
Abstract
Bab 1 Pendahuluan
1.1 Pengenalan
1.2 Penyataan Masalah
1.3 Skop Penyelidikan
1.4 Objektif Kajian
1.5 Definisi
1.5.1 Identiti Korporat
1.5.2 Jenama
Bab 2 Metodologi Penyelidikan
2.1 Pengenalan
2.2 Sumber Pengumpulan Data
2.3 Kajian Kes
2.4 Kaj ian Lepas
i
ii
vii
viii
1
2
4
5
6
7
8
8
9
11
~
11
Bab 3 Hasil Dapatan Kajian
3.1 Pengenalan 12
3.2 Dapatan Kajian 12
3.3 Langkah-langkah Kajian 13
Bab 4 Analisa Data
4.0 Pengenalan 14
4.1 Borang Soal Selidik 14
Bahagian A
4.1.1 Purata responden mengikut Jantina. 16
4.1.2 Purata responden mengikut Bangsa. 17
4.1.3 Purata responden mengikut Umur. 18
4.1.4 Purata responden mengikut Pekerjaan. 19
4.1.5 Purata responden mengikut Pendapatan. 20
Bahagian B
4.1.6 Purata responden berkunjung ke kedai cenderamata 21
Lovely Lace.
4.1.7 Kedai cenderamata yang sering dikunjungi. 22
4.1.8 Produk Lovely Lace yang Digemari. 23
111
,....- ....,..~--
Bahagian C
4.1.9 Purata pendapat respond en tentang perlu wujudnya 24
kedai barangan cenderamata menggunakan
bahan kitar semula.
4.] .10 Barangan yang sesuai dijadikan cenderamata 25
dari bahan kitar semula.
4.1.11 Kaedah promosi yang berkesan kepada responden 26
Bahagaian D
4.1.12 Konsep Reka Bentuk Produk yang mempengaruhi 27
Responden.
4.1.13 Produk yang mempengaruhi Responden untuk 28
membuat pembelian.
4.2 Rumusan Kaj ian Soal Selidik 29
4.3 Kesimpulan 30
Bab 5 Cadangan
5.0 Pengenalan 31
5.1 Cadangan Identiti Korporat, Konsep dan Tema
5.1.1 Nama 32
5.1.2 Sasaran Pengguna 32
5.1.3 Konsep dan Tema 33
5.1.4 Cadangan Identiti Korporat 34
IV
5.1.5 Promosi
5.2 Analisa Unique Selling Proposition (USP)
5.3 Analisa SWOT
5.3.1 Strenght ( Kekuatan )
5.3.2 Weaknesses ( Kelemahan )
5.3.3 Opportunity ( Peluang )
5.3.4 Threat ( Ancaman )
Bab 6 Kesimpulan
Kesimpulan
Bibliografi
39
Appendik
Appendik 1 6.0.1 Borang kaji Selidik (Bahagian Hadapan)
6.0.2 Borang kaji Selidik (Bahagian Hadapan)
Appendik2 6.0.3 Perkembangan Idea 1
6.0.4 Perkembangan Idea 2
6.0.5 Perkembangan Idea
6.0.6 Perkembangan Idea
6.0.7 Perkembangan Idea
6.0.8 Perkembangan Idea
6.0.9 Perkembangan Idea
34
35
36
36
36
37
37
38
6.0.10 Perkembangan Idea
v
I r- -,.--
Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tentang keberkesanan dan
kelemahan identiti korporat serta peluang komersial bagi sesebuah kedai
cenderamata. Oleh itu, wujudnya kedai cenderamata 'D 'Kitar', menggunakan bahan
kitar semula sebagai cenderamata.
VI
F P
Abstract
This research is to investigate the effectiveness and weakness of the corporate
identity for a recycle product gift shop. Hence, creating a gift shop call 'D 'Kitar'
that used recycle material as a souvenir.
Vll
•
Bab 1
Pendahuluan
1.1 Pengenalan
Kitar semula ialah proses mengitar semula yang melibatkan usaha
mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan yang pemah dianggap
sebagai sampah untuk digunakan semula. Perlunya kita untuk mengitar semula untuk
memelihara ruang hidup kita. Pada masa kini, berdasarkan maklumat yang diperolehi
dari laman web, terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap
satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah
sampah yang dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi
sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan
menular mencerobohi ruang hidup kita.
Menurut sumber petikan artikel utusan online, Di Malaysia setiap hari kita
menghasilkan 15,000 tan sampah, keadaan ini membuatkan kita semakin kesempitan
ruang untuk menampung segal a sampah-sampah di masa akan datang. Kapasiti tapak
pelupusan sampah kini semakin terhad. Di masa yang sarna kita terpaksa
menghabiskan jutaan ringgit untuk mengangkut dan melupuskan sampah. Lebih
membimbangkan lagi, kini timbul rungutan ten tang pencemaran, resapan bahan
kimia ke dalam sumber air bawah tanah dan isu isu keselamatan yang berkaitan.
Melalui proses kitar semula ini, ia dapat mengurangkan pencemaran,
menjimatkan kos, menjimatkan sumber kita, menjimatkan tenaga, menyelamatkan
1
•
hutan serta untuk menjadikan persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih. Cara
cara paling mudah untuk melaksanakan kitar semula hanyalah dengan mengasingkan
sampah-sampah yang boleh di kitar semula dan yang tidak boleh di kitar semula
dengan hanya menghantar barangan yang dikumpulkan untuk di kitar semula ke
pusat kitar semula yang terdapat di seluruh negara.
Pusat kitar semula adalah tempat di mana anda boleh membawa sejumlah
besar barangan yang boleh dikitar semula. Selain daripada pengumpulan barang
barang yang dikitar semula, terdapat juga pusat-pusat jualan yang dibuka untuk
membeli barangan terpakai, dan ini dikendalikan oleh beberapa NGO yang
membantu mempromosikan program kitar semula inL Terdapat 4 jenis item yang
disarankan kepada orang ramai untuk di kitar semula. Bahan-bahan tersebut adalah
plastik, kertas, aluminium dan kaca.
Antara badan-badan yang terlibat dengan aktiviti kitar semula ini ialah
sekolah-sekolah, pertubuhan bukan kerajaan, syarikat-syarikat konsesi, pengumpul
bahan kitar semula, persatuan kitar semula, persatuan penduduk dan sektor awam.
,
1.2 Penyata masalah
Berdasarkan kajian yang dijalankan, terdapat pelbagai kelemahan yang
didapati pada kedai cenderamata yang ada dipasaran sekarang. Antara kelemahan
yang terdapat pada kedai yang sedia ada ialah dari segi promosi, ketidakseragaman
jenama dan tidak mengaplikasikan jenama secara menyeluruh. Didapati kelemahan
2
f p •
ini amat ketara pada kedai-kedai cenderamata. Oleh kerana kedai tersebut kurang
mengadakan promosi untuk mempromosikan kedai mereka. Cara mereka
mengadakan promosi ialah mereka hanyalah melekatkan perkataan 'sale' misalnya
pada bahagian dalam dan luar kedai mereka selain itu mereka mempromosikan kedai
mereka melalui internet. Hal ini menyebabkan kesukaran kepada pengguna untuk
mengetahui tentang kedai tersebut. Dengan itu, promosi perlu dilakukan, antara
promosi yang dijalankan adalah melalui media massa, iaitu media cetak dan media
elektronik. Manakala melalui media elektronik pula akan dibuat melalui pengiklanan
dalam televisyen dan laman web.
Se1ain itu, adalah masalah limitasi media atau media yang salah digunakan
untuk mempromosikan kedai cenderamata. Hal ini juga merupakan satu masalah
yang boleh berlaku. Melalui masalah ini juga pengguna sukar untuk mengetahui
tentang kewujudan sesuatu kedai cenderamata tersebut.
Antara lain, ketidakseragaman atau keseluruhan jenama yang pelbagai dan
berbeza juga menyebabkan pengguna sukar untuk menentukan sesuatu barangan atau
jenama yang dikeluarkan oleh kedai tersebut. Jenama penting untuk sesuatu
barangan, supaya pengguna mudah untuk membuat pilihan serta pengguna dapat
membezakan kualiti sesuatu produk yang dikeluarkan oleh sesebuah kedai
cenderamata.
Selain itu, kelemahan yang terdapat pada kedai cenderamata adalah melalui
permasalahan dimana kedai cenderamata yang terdapat di pasaran sekarang tidak
3
mengaplikasikan strategi penjenamaan secara menyelurnh. Hal ini menyebabkan
identiti korporat yang terdapat pada kedai cenderamata yang sedia di Malaysia
adalah tidak beIjaya jika dibandingkan dengan kedai cenderamata yang terdapat di
luar negara. Contohnya, dari segi reka letak, warna, pembungkusan dan lain-lain
amat berbeza dengan kedai cenderamata yang terdapat di negara kita. Kebanyakan
kedai cenderamata yang terdapat kini gagal menambat hati
pelanggan. Oleh itu, dalam penyata masalah ini mencadangkan satu identiti korporat
yang barn akan diwujudkan untuk kedai cenderamata yang menggunakan bahan dari
bahan kitar semula.
Hal ini dapat dilihat dengan jelas pada kedai-kedai yang berada di pasaran
sekarang, ini menyebabkan terdapat banyak saingan antara kedai-kedai cenderamata
yang lain. Oleh itu, identiti yang tersendiri memainkan peranan yang penting pada
sesebuah kedai atau organisasi.
1.3 Skop penyelidikan
Lokasi yang dijalankan adalah bertumpu di dua bandaraya iaitu Kuala
Lumpur dan Sarawak untuk menjalankan penyelidikan. Di Kuala Lumpur, Kedai
Cenderamata Lovely Lace, One Utama Shopping Complex, telah menjadi pilihan
kerana kedudukan kedai serta kedai tersebut merupakan salah satu kedai
cenderamata yang beIjaya serta mempunyai identiti yang tersendiri.
Manakala di Sarawak ialah di sekitar Kuching, juga merupakan temp at
pcnyelidikan dijalankan. Kedai-kedai cenderamata yang terdapat di kawasan
4
•
kawasan ini dijadikan sebagai idea untuk menghasilkan kedai cenderamata yang
mempunyai identiti yang tersendiri serta menggunakan bahan kitar semula.
Selain itu, kajian penyelidikan juga adalah berkaitan seperti promosl,
perkhidmatan serta identiti korporat dan rekaan grafik secara umum. Ini juga
tennasuklah perkembangan terkini yang berkaitan dengan tahap kesesuaian untuk
membina jenama cenderamata barn serta menggunakan konsep yang tersendiri.
Kajian ini juga bertumpu kepada satu jenama produk cenderamata yang telah kukuh
di pasaran sebagai produk sampel dan beberapa jenama lain yang dirasakan sesuai
untuk membuat perbandingan.
Kajian dilakukan adalah berdasarkan penggunaan tipografi, reka letak,
penggunaan wama yang sesuai serta penggunaan bahan yang sesuai dan penggunaan
konsep identiti korporat yang sesuai untuk diterapkan dalam kedai cenderamata yang
dihasilkan.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tentang konsep identiti korporat
kedai cenderamata yang terdapat di pasaran sekarang. Melalui kaedah mengkaji
kedai cenderamata yang sedia ada di pasaran, hal ini dijalankan bagi mengenalpasti
elemen-elemen cenderamata yang terbaik untuk mewujudkan satu jenama produk
cenderamata yang barn serta mempunyai konsep yang tersendiri.
5
•
Selain itu, kajian dijalankan untuk mengkaji promosi kedai cenderamata yang
menggunakan bahan kitar semula. Kajian mendapati kedai yang menggunakan bahan
kitar semula yang terdapat dipasaran adalah kurang dan tidak mempunyai jenama
yang kukuh. Kajian ini juga dijalankan bagi mencadangkan identiti korporat kedai
cenderamata dari bahan kitar semula diwujudkan serta diperkenalkan. Identiti
korporat ini akan dipastikan mampu memberi impak yang besar serta mampu
bersaing di pasaran dengan jenama-jenama produk lain yang telah kukuh dipasaran.
1.5 Definisi
1.5.1 Identiti Korporat
Identiti korporat mengandungi tiga element iaitu reka bentuk korporat,
komunikasi korporat dan corporat behaviour atau gelagat atau tabiat korporat. Reka
bentuk korporat ialah typo, pembungkusan, papan tanda, logo, wama, uniform,
interior dan sebagainya. Komunikasi korporat pula mengandungi promosi, business
card, business letter, public relation, informasi komersial dan iklan. Selain itu,
corporal behaviour pula adalah mengandungi misi, visi, objektif, polisi dan
sebagainya.
Selain itu, Identiti korporat menurut buku 'Corporal Identity making
bussiness strategy visible through design' oleh Wally Olins didefinisikan sebagai,
untuk menjadikan sesebuah organisasi lebih efektif, organisasi itu perlu
6
p"
menunjukkan maksud atau tujuan yang jelas kepada pengguna agar pengguna atau
audien memahami apa yang ingin disampaikan oleh organisasi tersebut. Se1ain itu,
sesebuah organisasi memerlukan kekuatan dan keunikan serta identiti yang ingin
ditonjolkan hendaklah berdasarkan organisasi yang tersendiri seperti personaliti,
keistimewaan dan kekuatan sesebuah organisasi itu sendiri.
'Identiti adalah bermaksud watak tersendiri atau keperibadian,' Joyce M.
Hawkins (1991) Kamus Dewibhasa Oxford Fajar Cetakan ke-12 1995: Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
1.5.2 Jenama
"Jenama adalah satu idea yang berkesan dalam pemiagaan sesebuah syarikat
akan bertindak untuk mengawal dan mengubah jenama mereka. Jenama juga
dianggap sebagai satu gambaran, emosi yang rasional dan garnbaran kepada
sesebuah budaya yang berkaitan dengan syarikat dan produk mereka". (Duanne E.
Knapp (1976) The Brand Mindset. United State of Amerika: Quebecor.)
Melalui jenama pengguna dapat rnembezakan produk yang ada di pasaran.
Jenama penting untuk melengkapkan sesuatu barangan. Melalui jenama dan konsep
yang tersendiri yang diwujudkan dapat membezakan produk tersebut dengan produk
yang lain.
7
p
Bab 2
Metodologi Penyelidikan
2.1 Pengenalan
Dalam penyelidikan ini, kaedah yang akan digunakan untuk mengumpul data
primer serta data sekunder adalah melalui kajian kuantitatif dan kajian kualitatif.
Melalui kaedah pengumpula data tersebut, data yang telah diperolehi dapat dijadikan
bahan untuk mengukuhkan kajian ini.
2.2 Sumber Pengumpulan Data
Kajian kualitatif yang dijalankan ialah melalui borang soal selidik atau
"Questionnaire". Selepas mendapat data me1alui pandangan dan pendapat dari
borang soal selidik, data akan dianalisis. Keputusan daripada data analisis dapat
menunjukkan pendapat responden tentang identiti korporat bagi kedai cenderamata
yang menggunakan bahan kitar semula mengenai permintaan serta kedudukan
pasaran kedai tersebut.
Selain itu, kajian kualitatif dijalankan menerusi temu ramah kepada pemilik
pemilik kedai, pengguna, pemerhatian, fotografi dan analisis data sekunder iaitu dari
buku dan juga internet. Data primer pula dikumpulkan melalui temu ramah terhadap
kedai cenderamata yang dijadikan kajian kes.
8
P""" p
2.3 Kajian Kes
Kajian kes yang dijalankan adalah mengenai kedai cenderamata Lovely Lace
TM Sumber kajian yang diperolehi daripada dapatan kajian tersebut akan
diaplikasikan untuk mewujudkan kedai cenderamata yang menggunakan bahan kitar
semula yang kukuh serta mantap supaya setanding dengan kedai cenderamata yang
telah wujud kini.
Lovely Lace ™ telah ditubuhkan pada tahun 1993. Lovely Lace ™ terletak di
Rawang dan Selangor. Lovely Lace ™ lebih sinonim dengan barangan untuk
perhisan rumah dan juga sebagai hadiah. Perkataan Lovely Lace ™ lahir dari
perkataan 'All things lovely and lacey', kemudian wujudnya perkataan tersebut
sebagai Lovely Lace TM.
Lovely Lace ™ mendapat cetusan idea dalam mengeluarkan produk
berdasarkan ilham persekitaran Inggeris luar Bandar. Kebanyakkan produk yang
dikeluarkan oleh Lovely Lace ™ adalah mempunyai identiti yang tersendiri dan
unik. Lovely Lace™ adalah berkonsepkan 'gift concept stores' serta mempunyai
koleksi yang unik. Kebanyakkan design Lovely Lace ™ adalah original dan dari idea
yang tersendiri.
Lovely Lace ™ mempunyai 18 buah kedai di seluruh Malaysia iaitu Jpoh,
10hor, Kedah, Selangor, Penang, Shah Alam, PutraJaya, Genting Highland dan
Kuala Lumpur. Kuala Lumpur mempunyai 7 cawangan iaitu di Suria KLCC, Mid
Valley Megamall, Sungei Wang Plaza, Alpha Angle, Wangsa Maju, Maju Junction,
9
Jusco Maluri dan Queens Park Retail Center Cheras. Selangor pula mempunyai 3
cawangan iaitu di One Utama, Giant Hypermarket dan Aeon Taman Equine
Shopping Centre Seri Kembangan.
Di luar Negara Lovely Lace ™ mempunyai cawangan di Indonesia, Hong
Kong SAR, China, Beijing, Republic of China, Arab Saudi, Egypt, Jakarta, Chengdu,
Shanghai, Xi-An, Gui Yang dan Kunming. Antara barangan yang terdapat di Lovely
Lace ™ ialah Pot Pourri, fragrance gifts, ceramik, lace creations, wedding gifts
dan teddy bears. Motto Lovely Lace ™ ialah " Enter with a Happy Heart ".
10
,..
r I
2.4 Kajian Lepas
I\
Kajian Iepas pula adalah berkaitan warna. Warna memainkan peranan
penting dalam sesuatu rekaan. Ini kerana warna sesuatu produk mampu menarik
perhatian pengguna untuk membeli. Menurut Tom Goss (1991), " For the packages,
bright colours relevant to the product categories were choosen to provide maximum
impact on the store shelves. For seed oils, this moment golden yellow; for honey,
brighter, sunny yellow; and for the fruit juices, bright oranges and deep green ",
Dengan menggunakan warna yang terang dan sesuai pada produk sudah dapat
membantu pengguna cepat mengenali jenis produk.
(Tom Goss, Print Case Book 9. The Best In Packaging),
Selain itu, menurut David Herzbun (1997), berdasarkan buku beliau yang
bertajuk Copywriting by Design: Bringing Ideas to life with words and images.
Berbunyi " one picture, married to a few of the right words is better than a thousand
words or a hundred pictures". Melalui gambar, membawa banyak maksud yang
tersirat dan membawa makna yang mendalam dari beratus perkataan. Oleh itu,
gambar memainkan peranan penting untuk menarik perhatian pengguna.
( David Herzbun, Copywriting by Design: Bringing Ideas to life with words
and images ).
11
,...... p
Bab3
Hasil Dapatan kajian
3.1 Pengenalan
Hasil kajian yang dijalankan dengan menggunakan kaedah pengedaran
borang kaji selidik dan temuramah, hal ini dapat mendedahkan banyak perkara dan
elemen yang berkaitan dengan identiti korporat serta promosi untuk mendapatkan
maklumat.
3.2 Dapatan Kajian
Melalui kajian yang dijalankan, didapati bahawa identiti korporat bagi kedai
cenderamata yang menggunakan konsep bahan kitar semula adalah kurang dapat
dilihat di mana-mana. Keadaan ini menyebabkan pengetahuan atau keinginan
pengguna terhadap barangan kitar semula kurang mendapat perhatian jika
dibandingkan dengan pengguna dari luar negara. Identiti korporat bagi kedai
cenderamata yang kukuh adalah dad segi konsep serta mempunyai elemen yang
tersendiri.
12
.. r •
3.3 Langkah-Langkah Kajian
Proposal dan penyelidikan
Pengumpulan maklumat
Analisa data
Pemilihan konsep senireka
Menentukan konsep senireka
Menyediakan elemen-elemen senireka
yang ditetapkan
Mereka Identiti korprat yang
ditetapkan
13
p '" :
•
Bab4
Anatisa Data
4.0 Pengenalan
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah temuramah dan dengan
mengedarkan borang soal selidik. Kedua-dua kaedah pengumpulan data ini
dijalankan untuk mendapatkan hasH perbandingan data bagi memastikan data yang
diperolehi adalah tepat.
4.1 Borang Soal Selidik
Melalui kajian serta analisa dapatan kajian dari borang soal selidik, sebanyak
100 borang kaji selidik telah diedarkan kepada responden. Borang kaji selidik
kebanyakkannya telah diedarkan di sekitar Kuala Lumpur dan selebihnya te1ah
diedarkan di sekitar kawasan di Sarawak. Melalui pendapat-pendapat responden
tersebut, kajian serta analisis telah dibuat untuk mendapatkan maklumat bagi
menghasilkan kajian ini. Me1alui hasH dapatan tersebut dapat memperkuatkan
matlamat dan objektifkajian untuk mendapatkan impak yang terbaik terhadap kajian
1m.
14
'"
r Soalan-soalan yang disediakan dalam borang soal selidik dibahagikan
kepada 4 bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Bilangan soalan yang disediakan
adalah sebanyak 20 soalan iaitu 4 dari bahagian A, 8 dari bahagian B, 4 dari
bahagian C serta 4 dari bahagian D. Soalan dari bahagian A melibatkan tentang
maklumat peribadi responden. Ciri demografi seperti jantina, bangsa, umur serta
pekerjaan dan pendapatan diperlukan bagi mengenalpasti golongan yang menjadi
sasaran pengguna kedai cenderamata. Bahagian B, C dan d melibatkan persoalan
yang berkaitan dengan topik iaitu identiti korporat, pandangan, pemasaran dan
promosl.
15
---------
Bahagian A : Latar Belakang Responden
4.1.1 Purata responden mengikut jantina .
• Lelaki
o Perempuan
Carta pai tersebut menunjukkan tentang purata responden mengikut jantina
yang berkunjung ke kedai cenderamata Lovely Lace. 26 % responden mengatakan
mereka tidak pemah berkunjung ke kedai cenderamata Lovely Lace. Manakala 34 %
mengatakan mereka pemah berkunjung ke kedai cenderamata Lovely Lace.
16
4.1.2 Purata responden mengikut bangsa.
8 Orang 3 Orang
22 Orang
o Melayu
DCina
. India 27 Orang
Lain-lain
Carta pai tersebut menunjukkan tentang purata pendapat responden mengikut
bangsa. 22 orang responden adalah daripada bangsa melayu. Manakala 27 orang
adalah daripada bangsa cina. 8 orang adalah daripada bangsa india dan 3 orang
adalah daripada lain-lain bangsa.
17