kaifiat majlis khatam al-quran
DESCRIPTION
Panduan Khatam al-QuranTRANSCRIPT
Kaifiat Khatam Al-Quran
Cara Melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran 1. Secara Individu
Majlis diadakan oleh ahli keluarga berkenaan.
Qatadah berkata “ Adalah Anas bin Malik, apabila ia mengkhatam al-Quran, dikumpulkan
anggota keluarganya lalu beliau berdoa dalam majlis itu”. Riwayat Abu Daud dengan sanad yang
sahih.
2. Secara Berkumpulan (ramai-ramai-majlis dianjurkan oleh satu badan tertentu)
Sabda Rasulullah SAW, daripada Mujahid dengan sanadnya yang sahih ia berkata “ Mereka
berkumpul ketika khatam al-Quran kerana mengharapkan rahmat Allah SWT yang turun ketika
itu”.
Panduan melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran
Majlis Khatam Al-Quran secara individu
Majlis diketuai oleh seorang khalifah.
Membaca istighfar 3 kali kemudian diikuti
dengan:
الى حضرة النبي صلى هللا عليه وسلن
الفاتحت
Pengkhatam membaca daripada Surah Ad-Dhuha sehingga Surah An-Nas dan diikuti oleh
pengkhatam secara beriringan.
Membaca beramai-ramai pada ayat terakhir surah-surah yang dibaca.
Membaca takbir beramai-ramai apabila hendak beralih ke surah yang seterusnya.
ال اله اال هللا وهللا اكبر وهلل الحود
Apabila selesai hendaklah membaca :
111ن )سورة األنعام : وتوت كلوت ربك صدقا وعدال ال هبدل لكلوته وهو السويع العلي
2. Majlis Khatam Al-Quran secara beramai-ramai
Majlis diketuai oleh seorang khalifah.
Membaca istighfar 3 kali kemudian diikuti dengan membaca :
الى حضرة النبي صلى هللا عليه وسلن
الفاتحت
Pengkhatam pertama membaca Surah Ad-Dhuha hingga akhir.
Membaca beramai-ramai pada ayat terakhir surah-surah yang dibaca.
Membaca takbir secara beramai-ramai apa
bila hendak beralih ke surah yang seterusnya :
ال اله اال هللا وهللا اكبر وهلل الحود
Pengkhatam kedua membaca surah seterusnya, kemudian diikuti oleh pengkatam lain secara
bergilir-gilir sehinggalah ke surah an-Nas.
Kemudian membaca :
111وتوت كلوت ربك صدقا وعدال ال هبدل لكلوته وهو السويع العلين )سورة األنعام :
Membaca doa khatam al-Quran.
Jika ingin mengadakan Majlis Tahlil belehlah diteruskan dengan bertahlil.
Membaca doa arwah.
Membaca doa penutup.