kaedahpembelajarankontekstual-130226040036-phpapp02

Upload: peah-j-jambu

Post on 06-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ctl

TRANSCRIPT

  • KAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUALKONSEP DAN PELAKSANAANNYA DI BILIK DARJAH

  • PENGENALANKaedah pembelajaran kontekstual menjadi kaedah pembelajaran utama dalam program Tech Prep USA (Hull, 1999)

    Pengenalan pembelajaran kontekstual disebabkan timbul persoalan-persoalan dalam sistem pendidikan di USA

    Pengenalan pembelajaran kontekstual dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan persoalan-persoalan yang timbul dalam sistem pendidikan itu sendiri

  • PERSOALAN-PERSOALAN DALAM SISTEM PENDIDIKANApakah bentuk kerjaya yang diperlukan pada masa akan datang?Apakah jenis pekerjaan yang diperlukan pada kurun ke- 21?Bagaimanakah kita boleh membina kurikulum yang boleh menyediakan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran atau kepakaran berteknologi tinggi?Adakah sistem persekolahan yang sedia ada ini telah mencukupi untuk menyahut cabaran ke arah penghasilan tenaga kerja bertaraf dunia?Bagaimana caranya kita boleh mengimbangkan keperluan mata pelajaran akademik dan vokasional supaya kedua-duanya dapat mencakupi aspek teori dan praktikal dalam pekerjaan pada masa akan datang?

  • OBJEKTIF PEMBELAJARAN KONTEKSTUALUntuk menyediakan pelajar menghadapi pekerjaan selepas persekolahan menengah dan kehidupan dewasa nanti

    Untuk menarik lebih ramai pelajar dalam kerjaya kesihatan, perniagaan, komputer, media, teknologi maklumat, elektronik dan kejuruteraan

    Untuk memperkukuhkan sikap, pengetahuan dan kemahiran pelajar dengan menambahkan isi kandungan akademik melalui applied academic

  • Makna pembelajaran kontekstualPembelajaran mengikut konteks atau dalam konteksKonteks= keadaan, situasi dan kejadianSecara umum, kontekstual membawa pengertian:1. Yang berkenaan, releven ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks.2. yang membawa maksud, bermakna (meaningful)

  • Konsep pembelajaran kontekstualMenurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau bermakna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri.

    Ia mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semulajadi iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu.

    Membina persekitaran pembelajaran melalui proses pengalaman, penemuan, pengukuhan dan menghubungkait

    Pembelajaran melibatkan pelajar berfikir dan hands on

    Ahli pendidik lain menggunakan istilah experiental learning, real-world education, active learning dan learner-centred instruction

  • CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONTEKSTUALMENGHUBUNGKAIT (Relating)- menghubungkaitkan pengajaran dalam konteks pengalaman hidup dan menghubungkaitkan pengetahuan baru dan pra-pengetahuan pelajar dan bidang pekerjaan

    MENGALAMI (experiencing)- memberi pendedahan, penemuan dan penciptaan kepada pelajar. Pelajar aktif membuat ujikaji dan menemui sendiri idea dan fakta.

    MENGAPLIKASI (applicating)- pelajar menggunakan maklumat yang ada untuk menyelesaikan masalah.aplikasi aktiviti dalam kelas dengan akitiviti di luar sama ada dalam kehidupan atau pekerjaan pada masa akan datang.

    BEKERJASAMA (cooperating)- pembelajaran dalam konteks perkongsian dan berkomunikasi antara satu sama lain bagi mewujudkan sikap kerjasama. Individu akan dapat mengenalpasti minat dan keperluan pembelajaran yang unik, perbezaan individu dan pelajar memahami aspirasi kumpulan

    MEMINDAHKAN (transfering)- pelajar menemui pengetahuan baru memalui penerokaan, pengujian dan mencari jawapan. Pelajar lebih mudah membuka peluang sedia ada mereka melalui pelbagai situasi pembelajaran

  • 7 PRINSIP KELAS PEMBELAJARAN KONTEKSTUALPrinsip berobjektif: Guru membantu pelajar memahami tujuan mempelajari sesuatu tajuk; bukan sahaja apa yang mereka harus belajar tetapi mengapa tajuk itu harus dipelajariPrinsip membina: Pengetahuan baru dihubungkan kepada pra-pengetahuan pelajar supaya pembelajaran baru dibina di atas pengalaman lama pelajarPrinsip aplikasi: Pengetahuan baru dihubungkan secara spesifik kepada aplikasinya dalam peranan pelajar sekarang dan masa depan sebagai rakyat, pengguna, pekerja, ahli keluarga, ahli masyarakat yang bergunaPrinsip penyelesaian masalah: Pelajar digalak menjadikan pembelajaran aktif dengan menggunakan pengetahuan baru untuk menyelesaikan masalahPrinsip berpasukan: pelajar membina semangat berpasukan dan kerjasama apabila bekerja bersama untuk menyelesaikan masalahPrinsip penemuan: pelajar sentiasa digalakkan untuk cubalah. Mereka dibimbing ke arah menemui pengetahuan baru dan bukan menerimanya secara pasif. Guru membantu pelajar meneroka, menguji dan mencari jawapanPrinsip hubungan: guru membantu pelajar melihat hubungan antara isi kandungan pelajaran dan konteks, pengetahuan dan aplikasi satu bidang dengan bidang yang lain.

  • STRATEGI PENGAJARANObjektif- menerangkan bahawa pada akhir pengajaran, pelajar seharusnya boleh mencapai objektif yang ditetapkanLangkah pembelajaran- memerlukan proses pengajaran mengikut langkah yang telah digariskan iaitu membaca teks, ambil bahagian dalam perbincangan kelas dan membuat latihanIdea utama- Pelajar didedahkan dengan proses berkaitan dengan isi pelajaranTeks- isi pelajaran yang dijelaskan secara keseluruhan

  • LANGKAH PEMBELAJARANInduksi set

    Mempelajari kemahiran

    Mempraktikkan kemahiran

    Renungan kembali

  • PENGGUNAAN BAHAN DALAM PEMBELAJARAN KONTEKSTUALKomputer untuk menghubungkaitkan secara langsung dengan tempat kerja dan dunia pembelajaran dan menyediakan motivasi untuk belajarTeks memperkembangkan lagi pengetahuan, membantu menjelaskan lagi senario, aktiviti, contoh dan tunjuk cara dalam kelasMakmal untuk memudahkan kajian kumpulan dan analisis serta gunakan alat yang releven untuk selesaikan masalah dalam makmalBahan ujian dan penilaianpenyediaan bahan ujian, kuiz dan soalan latihan. Penilaian melalui kaedah Competency base Education

  • SENARAI SEMAK PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

    Belajar melalui pemerhatian dan amalixBerhubungkait dengan dunia sebenarxMensimulasikan tempat pekerjaanxMenghubungkaitkan teori dan amalixMenggalakkan pembelajaran secara koperatifxMembenarkan interaksi dengan orang lainxMempunyai penggunaan peribadixMenghubungkait dengan kehidupan seharianxMemerlukan kemahiran minda dan tanganxMembenarkan aplikasi di rumahxMenunjukkan aplikasi pekerjaanx

  • PERBANDINGAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DENGAN PEMBELAJARAN SECARA ABSTRAK

    ABSTRAKKONTEKSTUALBerpusat pada guruBerpusat pada pelajarPelajar dinilai berdasarkan fakta dan kemahiran yang tertentuPelajar dinilai berdasarkan prestasiPengetahuan adalah satu bentuk maklumatPengetahuan berkembang dan sentiasa dinamikPengajaran adalah proses menyampaikan pengetahuanPengajaran ialah proses membantu pelajar memperolehi pengetahuanBilik darjah adalah terasing daripada dunia sebenarBilik darjah dilengkapi dengan alat elektrinik dan dikaitkan dengan dunia sebenarPelajar belajar sendiriPelajar belajar secara kumpulan

  • BANDINGAN BILIK DARJAH

    BILIK DARJAH KONVENSIONALBILIK DARJAH SECARA KONTEKSTUALGuru berperanan sebagai pemberi pengetahuanGuru sebagai fasilitatorHanya guru yang mengetahui jawapanTerdapat lebih banyak jawapan/penyelesaian yang sesetengahnya guru tidak dapat menjawabPerbincangan profil kerjaya tidak diberi penekananSenario kerja dan profil kerjaya sentiasa dibincangkanPengajaran dihadkan satu, dua atau tiga waktuWaktu anjal diamalkanBilangan pelajar sangat besarBilangan pelajar harus kecilPemikliran biasanya adalah secara teori dan akademikPemiliran secara penaakulan, penyelesaian masalah dan membuat keputusan digalakkanAktiviti lebih menitik beratkan kemahiran mindaAktiviti menitikberatkan kemahiran minda dan tanganGuru yang memutuskan kaedah penilaianPelajar sendiri menilai dan menguji sendiri dengan bantuan guruPenilaian lazimnya berasaskan pen dan penselPenilaian lebih daripada pen dan pensel, termasuk kerja amaliGuru merancang segala aktivitiPelajar dan guru bersama-sama merancang dan membincangkan aktiviti

  • KEPENTINGANNYABerasaskan maksud kontekstual, mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.

    Memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja.

    Menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginiMembantu guru mengaitkan bahan

    subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat san pekerja.

    Mencetuskan impak yang mendalam kepada pengalaman dan perkembangan diri pelajar

  • KESIMPULAN Pandangan John Dewey:Education is not a mere preperations for life, but process of life itself. School should teach students practice living in a social context.Menurut Mark L. Merickel:Contextual Learning independent thinkerIni bermakna bahawa guru-guru harus melihat proses pengajaran dan pembelajaran dalam perspektif yang lebih luas ke arah membawa pelajar memahami dan mampu membawa diri dalam dunia yang serba mencabar