kaedah pengajaran presentation

17
KAEDAH PENGAJARAN: KAEDAH PENYELIDIKAN/EKSPERIMEN DISEDIAKAN OLEH: SITI NORIJAH BT MUDA DP00155 ZAIHASNIE BT ZAINUDDINDP00236 SITI NURSALEHA BT MASRI DP00181

Upload: siti-norijah-muda

Post on 18-Jul-2015

3.374 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah pengajaran presentation

KAEDAH PENGAJARAN:KAEDAH

PENYELIDIKAN/EKSPERIMEN

DISEDIAKAN OLEH:

SITI NORIJAH BT MUDA DP00155ZAIHASNIE BT ZAINUDDINDP00236SITI NURSALEHA BT MASRI DP00181

Page 2: Kaedah pengajaran presentation

Maksud Kaedah Eksperimen:

Kaedah eksperimen merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang biasa digunakan di dalam pendidikan sains.

Istilah eksperimen ini sering diertikan dengan proses menjalankan kajian atau penyiasatan tentang sesuatu fenomena yang berlaku dalam alam sekitar.

Daripada pemerhatian dan pengumpulan butiran data yang diperolehi melalui eksperimen, akan dibuat kesimpulan atau dibentuk konsep tentang perkara yang berkenaan.

Page 3: Kaedah pengajaran presentation

Tujuan menggunakan kaedah eksperimen:

membantu murid mengembangkan intelek bagi mencari jawapan akibat daripada rasa ingin tahu.

menunjukkan kepada murid supaya tidak

mempercayai sahaja sesuatu yang telah dianggap betul oleh orang lain atau orang yang berwibawa sebelum membuktikan kebenarannya secara bersendirian.

memberi peluang kepada murid mengalami satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna

Page 4: Kaedah pengajaran presentation

Prinsip-prinsip menggunakan kaedah eksperimen:

1. Mengenal pasti masalah. 2. Membuat hipotesis. 3. Membuat perbincangan mengenai tujuan

eksperimen dibuat .4. Penyediaan alatan.5. Eksperimen yang hendak dijalankan sebaiknya

dicuba oleh guru dahulu.6. Mengelak dari memberi jawapan dan kesimpulan

yang diharapkan kepada murid. 7. Mengadakan perbincangan sebaik sahaja

eksperimen yang dijalankan selesai.

Page 5: Kaedah pengajaran presentation

Perkaitan Kaedah Eksperimen dengan Prinsip P&P

Mengaitkan pengalaman murid dalam P&P dapat mengoptimumkan pemahaman murid terhadap isi pelajaran.

Matlamat dan objektif yang diketahui dengan terang akan memudahkan pengajaran dan pembelajaran.

Konsep yang dicipta oleh murid-murid akan menentukan jenis tingkah lakunya.

Penglibatan murid dalam P&P akan meningkatkan pemahaman dalam pembelajaran.

Page 6: Kaedah pengajaran presentation

Kebaikan dan kelemahan kaedah Eksperimen

Page 7: Kaedah pengajaran presentation
Page 8: Kaedah pengajaran presentation

Peranan Dan Masalah

Page 9: Kaedah pengajaran presentation

samb

Page 10: Kaedah pengajaran presentation

7. Penilaian yang sesuai : Kognitif, psikomotor ( proses, produk), afektif.

Dalam penilaian kaedah ini,penilaian yang sesuai di gunakan adalah dengan cara menilai hasil inkuiri pelajar yang telah disiapkan. Oleh kerana kaedah ini gabungan jalin antara kaedah inkuiri dan kaedah penemuan, ianya memerlukan domain kognitif yang mana proses menjalankan eksperimen dan juga psikomotor bagi menghasilkan produk iaitu hasil ujikaji eksperimen tersebut.

Guru seharusnya bijak dalam membuat penilaian sekiranya menggunakan kaedah eksperimen ini. Guru boleh menggunakan borang ujikaji dan juga modul bagi memudahkan pelajar membuat kesimpulan daripada hasil eksperimen yang dijalankan.

Page 11: Kaedah pengajaran presentation

8. Tajuk-tajuk yang sesuai dengan ERT

Bagi kaedah eksperimen ini tajuk yang sesuai dengan ERT adalah dalam penyediaan makanan dan juga klasifikasi jenis-jenis fabrik. Contoh dalam penyediaan makanan, guru boleh menggunakan kaedah ini untuk membuat eksperimen tentang bahan manakah yang lebih bagus untuk dibuat pelekat bagi melekatkan doh popia. Adakah tepung ubi ataupun telur putih ,yang manakah lebih baik untuk menjadi pelekat.

Page 12: Kaedah pengajaran presentation

Manakala contoh untuk klasifikasi lima jenis fabrik iaitu gentian kapas, sutera, triasetat, nilon dan polerster. Untuk mengklasifikan jenis kain tersebut, guru meminta pelajar menjalankan eksperimen mendekatkan setiap fabric dengan nyalaan api. Kemudian catatkan pemerhatian dalam konteks ciri samada mudah terbakar, mencair ataupun mengecut. Dari segi kesan api pula;terbakar dengan nyalaan terang, terbakar perlahan ataupun perlahan. Dari segi bau pula ; bau seperti asid, wangi ataupun busuk. Manakala untuk hasil pembakaran pula; kelabu ringan, abu hitam, manik kelabu keras atau manik hitam.

Page 13: Kaedah pengajaran presentation

9. Kemahiran dan pengetahuan yang guru/pelajar perlu semasa menggunakan kaedah eksperimen.

Kemahiran dan pengetahuan yang guru dan murid perlu semasa menggunakan kaedah ini lebih kepada kemahiran berfikir dan juga mengaplikasikannya dalam menghasilkan refleksi dalam setiap eksperimen.

Dalam proses pembelajaran,teknik ini dapat memperkembangkan kebolehan berfikir reflektif di kalangan pelajar sewaktu menyenaraikan soalan-soalan yang perlu dicari jawapannya sebelum membuat kesimpulan mengenai sesuatu perkara yang disiasat.

Page 14: Kaedah pengajaran presentation

Guru memainkan peranan sebagai pemudah cara yang berkesan bagi menggalakkan penglibatan yang aktif oleh pelajar dan juga guru berupaya membimbing dan memperbetulkan aktiviti-aktiviti pelajar yang terpesong daripada objektif pelajaran semasa kaedah eksperimen ini berlaku. Ini kerana kaedah ini sangat berpusatkan kepada pelajar dan mereka diberi kebebasan untuk meneroka sesuatu fenomena. Kebebasan tersebut meningkatkan motivasi mereka supaya berusaha melakukan yang terbaik bagi memastikan kejayaan menemui sesuatu konsep yang tepat.

Page 15: Kaedah pengajaran presentation

10. Apa kajian lepas tentang kaedah tersebut Melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

(PIPP), kerajaan menekankan penggunaan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran serta berpusatkan pelajar. Antaranya disarankan lebih banyak eksperimen, perbincangan, lawatan dan penyelesaian masalah.

Pembelajaran melalui eksperimen atau kaedah inkuiri penemuan lebih cepat berlaku kerana pelajar menjalankan penyiasatan sendiri bagi memperolehi maklumat melalui bahan yang sebenar (Ogunniyi 1983; Berg 2003). Kaedah tersebut dapat menerapkan pengetahuan, kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni (KPM 2002; Komala 2004).

Page 16: Kaedah pengajaran presentation

Kemahiran saintifik diperolehi apabila pelajar merancang, mengendalikan dan menganalisis data menggunakan pelbagai peralatan eksperimen, spesimen dan bahan kimia (Berg 2008; Harwood 2004; Noor Akmar 2007). Melalui kaedah eksperimen yang biasanya dijalankan secara berkumpulan, akan dapat menerapkan elemen sikap saintifik dan nilai murni seperti bekerjasama, sistematik dan yakin, jujur dan tepat dalam merekod data (Christensen & McRobbie 1994; KPM 2002, 2005).

Pakar-pakar pendidikan bersetuju bahawa, secara umumnya kaedah eksperimen mengandungi tiga teknik pengajaran yang berbeza: teknik penerangan, teknik penyiasatan dan teknik perbincangan (Hoftein & Lunetta 2003; Marzano 1992; Smith 1971; Tamir 1977).

Page 17: Kaedah pengajaran presentation

Kesemua teknik-teknik tersebut perlu dilengkapkan dalam satu sesi pengajaran bagi memastikan objektif pengajaran tercapai. Kepelbagaian teknik dalam kaedah eksperimen ini menyebabkan pelajar lebih aktif, tidak berasa bosan atau tertekan sepanjang kelas. Selain daripada itu, penglibatan pelajar yang aktif dalam kesemua teknik tersebut mampu menerapkan ciri-ciri modal insan sama ada secara tersurat atau tersirat.