kaedah pengajaran

21
1.0 PENDAHULUAN Penguasaan kemahiran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar bukan sahaja pelajar Cina mahupun India, malahan pelajar Melayu sendiri masih belum memuaskan. Persoalan ini sering dipaparkan dalam akhbar dan media massa yang lain. Laporan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan menunjukkan prestasi pelajar pada semua peringkat peperiksaan masih belum boleh dibanggakan. Pelbagai seminar, konvesyen, forum dan bengkel telah diadakan dari semasa ke semasa bertujuan untuk menangani kelemahan pelajar dalam bahasa Melayu. Pelbagai pihak yang terlibat sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi pengajaran bahasa Melayu pada semua peringkat. Pelbagai pelan pembangunan telah diperkenalkan untuk sentiasa meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran murid. Sekolah bestarinya umpamanya, berpotensi untuk mencapai tujuan berkenaan kerana fokus sekolah bestari, seperti yang disarankan oleh Perkins (1992) dan Fiske (1993), berpusatkan penguasaan ilmu serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, mereka menekankan pentingnya guru menguasai pelbagai teori pembelajaran dan sekaligus menguasai pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran.

Upload: puteri-farisya

Post on 01-Feb-2016

301 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

KAEDAH PENGAJARAN BACAAN1. PENDEKATAN SINTESIS2. KAEDAH ABJAD3. KAEDAH SUKU KATA

TRANSCRIPT

Page 1: KAEDAH PENGAJARAN

1.0 PENDAHULUAN

Penguasaan kemahiran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar bukan sahaja

pelajar Cina mahupun India, malahan pelajar Melayu sendiri masih belum memuaskan.

Persoalan ini sering dipaparkan dalam akhbar dan media massa yang lain. Laporan yang

dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan menunjukkan prestasi pelajar pada semua peringkat

peperiksaan masih belum boleh dibanggakan. Pelbagai seminar, konvesyen, forum dan

bengkel telah diadakan dari semasa ke semasa bertujuan untuk menangani kelemahan pelajar

dalam bahasa Melayu. Pelbagai pihak yang terlibat sentiasa berusaha untuk meningkatkan

prestasi pengajaran bahasa Melayu pada semua peringkat.

Pelbagai pelan pembangunan telah diperkenalkan untuk sentiasa meningkatkan

prestasi pengajaran dan pembelajaran murid. Sekolah bestarinya umpamanya, berpotensi

untuk mencapai tujuan berkenaan kerana fokus sekolah bestari, seperti yang disarankan oleh

Perkins (1992) dan Fiske (1993), berpusatkan penguasaan ilmu serta kemahiran pengajaran

dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, mereka menekankan pentingnya guru menguasai

pelbagai teori pembelajaran dan sekaligus menguasai pendekatan, kaedah dan teknik

pengajaran.

Pemahaman tentang konsep-konsep ini dapat membantu gutu memilih kaedah

dan teknik pengajaran serta membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling

sesuai untuk digunakan bagi mengajar bahasa kepada murid di dalam bilik darjah dan

mencapai objektif pengajarannya. Perkaedahan pengajaran yang digunakan oleh seseorang

guru bahasa tidak dibentuk secara sewenang-wenangnya, tetapi berasaskan teori dan prinsip

peganganya tentang apa itu bidang linguistik dan psikologi.

Selain daripada penguasaan konsep-konsep tersebut, guru juga perlu kreatif dan

inovatif supaya dapat merancang dan menyampaikan pengajaran dan pembelajaran secara

berkesan, menarik dan menyeronokkan. (KPM 2006 dalam Juriah Long 2010). Guru mestilah

Page 2: KAEDAH PENGAJARAN

kreatif bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang tenang, santai, menarik dan

menyeronokkan. Keupayaan ini membolehkan guru menyediakan persekitaran pembelajaran

yang lebih kondusif. Hal ini perlu kerana kreativiti juga memperkasa guru untuk

menyerapkan humor dalam pengajaran mereka. Bahan-bahan seperti jenaka, cerita lucu,

perlakuan lucu dapat merangsang keselesaan dan keseronokan ketika belajar (Roselan Baki,

2006)

Page 3: KAEDAH PENGAJARAN

1.0 PENGENALAN PENDEKATAN PENGAJARAN

Pengajaran bahasa adalah satu tugas amali yang boleh dijalankan melalui dua

cara. Iaitu dengan cara mengikuti prosedur yang lengkap tentang tatacara melaksanakannya.

Yang kedua, dengan cara menggunakan satu set prinsip bagi menjalankan tugas tersebut.

Cara yang pertama tidak semestinya menjamin keberkesanan sesuatu tugas amali kerana

panduan yang diberi mungkin tidak dapat dijalankan seperti dalam situasi asalnya oleh

individu yang belum biasa dengan tugas mengajar. Oleh itu, seorang guru bahasa yang baik

perlu memiliki satu set prinsip yang boleh dijadikan panduan bagi menjayakan tugasnya itu.

Dengan erti lain, guru perlu mempunyai teori yang boleh membimbingnya memahami apa itu

bahasa dan bagaimana murid belajar bahasa.

Kebiasaannya, prinsip-prinsip umum tentang pengajaran bahasa tidak terhasil

sewenang-wenangnya, tetapi berasaskan teori ilmu linguistik dan psikologi. Prinsip umum

daripada teori linguistik dan psikologi menentukan pendekatan pengajaran guru bahasa.

Dalam pengajaran Bahasa Melayu terdapat beberapa pendekatan seperti pendekatan

komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan,

pendekatan nahu dan pendekatan sintesis. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan

teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya, jika kita

mengikuti teori mentalis atau kognitif, maka pendekatan yang digunakan adalah seperti

pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu.

Menurut Kamaruddin Husin (1998), pendekatan ialah satu kumpulan andaian

yang saling berkaitan yang mencerminkan suatu pandangan yang saling berkaitan dengan

proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 4: KAEDAH PENGAJARAN

1.1 ISI

1.1.1 LATAR BELAKANG TAJUK

Pendekatan dalam pengajaran membaca adalah sangat penting. Hal ini kerana

dapat menarik minat pembaca untuk terus membaca. Terdapat pelbagai pendekatan yang

boleh digunakan untuk memupuk minat pelajar dalam membaca.

Pendekatan sintesis merupakan salah satu pendekatan dalam pengajaran

membaca. Pendekatan ini dikenali juga sebagai pendekatan binaan. Pengajaran pendekatan

ini dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur terlebih dahulu kemudian diikuti dengan

suku kata, perkataan, rangkai kata, ayat dan cerita.

Hal ini bermaksud pelajar mula didedahkan dengan huruf kemudian suku kata

dan seterusnya perkataan. Perkataan-perkataan ini mesti dibentuk dalam ayat dengan

perkataan-perkataan yang lain yang telah diketahui oleh murid.

Kaedah yang sesuai digunakan dengan pendekatan ini ialah kaedah abjad. Ia

sering digunakan dalam pengajaran membaca di sekolah-sekolah rendah.

1.1.2 CIRI-CIRI PENDEKATAN SINTESIS (BINAAN)

1.1.3 PELAKSANAAN PENDEKATAN SINTESIS

Pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan unsure kecil kepada unsure

yang besar. Murid-murid diperkenalkan dengan huruf-hurf dahulu iaitu a, b, c hinggalah z.

Page 5: KAEDAH PENGAJARAN

Kemudian huruf menjadi suku kata seperti sa, be, la, ya, li, dan bo. Suku kata digabungkan

menjadi perkataan iaitu bola, saya, beli. Seterusnya perkataan akan membentuk ayat iaitu

saya beli bola. Pendekatan ini akan menghasilkan kaedah abjad.

1.2 PENUTUP

2.0 PENGENALAN

Kaedah pengajaran merupakan salah satu faktor penting yang diberi perhatian

serius dalam melatih guru melalui kursus-kursus pedagogi. Pelbagai kaedah pengajaran telah

direka, diuji dan diamalkan dalam pendidikan hari ini. Setiap kali guru melakukan aktiviti

dalam kelas seperti membaca, berlakon, menulis, meminta murid menjawab soalan, guru

sebenarnya sedang membimbing muridnya untuk memperoleh maklumat dan menguasai

sesuatu kemahiran. Di luar kelas pula guru mengendalikan lawatan sambil belajar, membuat

ujikaji sama ada disedari ataupun tidak, guru sebenarnya telah memilih kaedah pengajaran

tertentu. Kebiasaannya, guru menggunakan lebih daripada satu kaedah pengajaran bagi

mendapatkan hasil pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Dunia kini ibarat di hujung jari, perhatian serius perlu diberi kepada aspek

kepelbagaian murid, bukan sahaja dari segi latar belakang ras, budaya dan agama, tetapi juga

dari segi gaya pembelajaran yang dimiliki oleh murid-murid yang sedang belajar. Bagi

memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berupaya menjana kejayaan, guru perlu

menjadi individu yang kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Pada masa kini, terdapat banyak murid sekolah rendah terutamanya yang

tinggal di luar bandar yang tidak boleh membaca atau tidak cekap membaca bahasa Melayu.

Antara penyebab ialah kesediaan murid-murid untuk membacaa tidak dititikberatkan pada

awal persekolahan. Kesediaan membaca merujuk kepada kemampuan seseorang murid

Page 6: KAEDAH PENGAJARAN

menerima pengajaran dan pembelajaran dari segi mental, emosi dan fizikal yang melibatkan

peringkat mendirikan asas membaca, memperkukuh asas membaca dan seterusnya ke

peringkat yang lebih tinggi.

Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca

sangat penting. Menurutnya jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk

mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan

yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru. Konsep kesediaan membaca ini

samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan

otot-otot tubuh mereka. Justeru itu, terdapat pelbagai kaedah mengajar membaca yang boleh

digunakan oleh guru, antaranya kaedah abjad, kaedah fonik, kaedah pandang sebut dan

sebagainya.

2.1 ISI

2.1.1 LATAR BELAKANG KAEDAH ABJAD

Kaedah abjad merupakan kaedah klasik yang paling tua untuk mengajar

membaca dalam kalangan kanak-kanak. Kaedah ini digemari oleh kebanyakan guru yang

ingin mengajar membaca di peringkat permulaan. Murid-murid diperkenalkan 26 huruf

bahasa Melayu dan diikuti dengan menyebut huruf-huruf tersebut. Kemudian murid-murid

diajar menghafal nama-nama huruf ini mengikut aturannya a, b, c, d ..... hingga z. Kadang-

kadang disertakan dengan nyanyian dengan menggunakan huruf-huruf ini sebagai lirik.

Kaedah ini hanyalah menegaskan hafalan semata yang agak kurang bermakna

bagi kanak-kanak. Memulakan pengajaran membaca dengan menegaskan pengenalan dan

hafalan nama-nama huruf sebenarnya menegaskan sesuatu yang boleh membsankan murid-

Page 7: KAEDAH PENGAJARAN

murid dan saya kira mengambil masa yang agak panjang sebelum murid-murid itu dapat

merasa gembira atau ‘puas’ dari kebolehan membaca sendiri (dalam Mohd Hilmi Hj Ismail,

1982).

2.1.2 DEFINISI KAEDAH ABJAD

Kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf yang digunakan di

dalam tulisan Melayu iaitu A, B, C ....... hingga Z (Azman Wan Chik, 1993). Zulkifley

Hamid (1994) pula berpendapat kaedah abjad berpegang kepada prinsip bahawa setiap

perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Untuk membolehkan murid-murid membaca

perkataan, mereka terlebih dahulu diperkenalkan dengan huruf-huruf yang menjadi unsur-

unsur perkataan. Dengan kata lain, murid-murid perlu menghafal nama-nama huruf terlebih

dahulu sebelum didedahkan kepada peringkat membaca perkataan-perkataan mudah.

2.1.3 CIRI-CIRI KAEDAH ABJAD

2.1.4 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PENGGUNAAN KAEDAH ABJAD

2.1.5 PELAKSANAAN KAEDAH ABJAD

Menurut Abd Aziz Abd Talib (2000), biasanya huruf besar diperkenalkan

terlebih dahulu sebelum huruf kecil. Manakala, Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam

(1985) pula berpendapat bahawa kedua-dua bentuk huruf kecil dan besar didedahkan

serentak. Teknik latih tubi menyebut nama huruf, mengeja suku kata dan perkataan untuk

meningkatkan penguasaan dan pemahaman murid.

Page 8: KAEDAH PENGAJARAN

2.2 PENUTUP

Sebagai kesimpulan, guru sewajarnya mempelbagaikan kaedah pengajaran dan

pembelajaran agar bersesuaian dengan tujuan dan objektif pengajaran, bahan-bahan

pengajaran, latar belakang murid serta persekitaran pembelajaran yang ingin diwujudkan.

Pengajaran yang disudahkan dengan berhasil akan mengubah murid daripada tidak tahu

kepada tahu tentang sesuatu perkara. Di sini, guru dapat melihat hasil perubahan murid, dan

merasa berpuas hati dan bermotivasi dalam menjalankan tugasannya. Kini, kita berada di

dunia teknologi yang memberikan peluang yang cukup luas untuk mengaplikasikan pelbagai

kaedah mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Apa yang diperlukan ialah guru yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi

memiliki ciri-ciri kreatif dan inovatif untuk menghasilkan satu kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang efektif serta berupaya menawan hati murid untuk terus menimba ilmu.

3.0 PENGENALAN KAEDAH PENGAJARAN

3.1 ISI

3.1.1 LATAR BELAKANG KAEDAH SUKU KATA

3.1.2 DEFINISI KAEDAH SUKU KATA

3.1.3 CIRI-CIRI KAEDAH SUKU KATA

3.1.4 KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PENGGUNAAN KAEDAH SUKU KATA

3.1.5 PELAKSANAAN KAEDAH SUKU KATA

Page 9: KAEDAH PENGAJARAN

3.2 PENUTUP

4.0 PENGENALAN TEKNIK PENGAJARAN

Pengajaran ialah satu usaha ke arah mempertingkatkan dan memperkembangkan

potensi diri dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seseorang individu.

Pengajaran juga mampu menambah pengetahuan, kebolehan, kemahiran dan pengalaman

murid agar dapat memberi kemajuan, kegembiraan dan faedah dalam kehidupannya. Ini

sekaligus dapat mendorongnya bertindak dengan cara yang lebih sihat untuk diri sendiri dan

masyarakat, bangsa dan negaranya.

Bagi mencapai hasrat tersebut, guru merupakan individu yang penting untuk

merealisasikannya. Melalui daya kreativiti guru, pengubahsuaian strategi dan teknik

mengajar dapat dilakukan untuk menjadikan pengajarannya lebih menarik, bermakna dan

memberi kesan yang semaksimum mungkin lebih-lebih lagi guru berdepan dengan murid

yang bermasalah.

Salah satu teknik yang mampu memenuhi ciri-ciri tersebut adalah melalui

pelaksaan teknik lakonan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa

Melayu. Matlamat ini akan menjadi realiti sekiranya guru dapat melaksanakan set pengajaran

dan pembelajaran dengan berpaksikan ilmu kemahiran yang tinggi, perancangan yang

sistematik. Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik lakonan dalam bilik

darjah mampu menyuburkan minat belajar dan menanam sikap yang positif terhadap mata

pelajaran Bahasa Melayu khususnya.

Page 10: KAEDAH PENGAJARAN

4.1 ISI

4.1.1 LATAR BELAKANG TEKNIK BERLAKON

Berlakon atau berdrama ialah satu teknik yang melibatkan tubuh badan. Teknik

merupakan segala bentuk perlakuan yang meliputi segala hidup manusia. Kebiasaannya,

teknik ini dilakukan oleh watak-watak tertentu sebagai mencerminkan keadaan sebenar atau

meniru cara dan bentuk kegiatan yang berlaku dalam hidup masyarakat. Teknik ini sering

digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu

kaedah terus, elektif dan audio-lingual.

Mengikut pandangan Mok Soon Sang (1989), tujuan utama teknik drama

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk melatih pelajar menggunakan

unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, inotasi dan nahu) dan bukan lingusitik seperti mimik

muka, kepala dan gerak tangan dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa. Dalam

pengajaran bahasa teknik lakonan digunakan secara meluas. Teknik ini dapat memberi

peluang kepada pelajar berlatih menggunakan bahasa untuk berinteraksi.

Di sekolah, berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh pelajar

kerana berlakon dijalankan dalam bentuk bermain dan bersukaria. Pelajar diberi peranan

untuk berkata-kata secara bebas, melahirkan pandangan dan pendapat, bergaya dan beraksi

sesama sendiri, berhibur dengan telatah dan gaya rakan sebaya, melibatkan diri, bekerjasama

Page 11: KAEDAH PENGAJARAN

dan sebagainya. Aktiviti seperti ini, walaupun berjalan dalam keadaan tidak formal, tetapi

aktiviti ini dapat membantu menambahkan kemahiran bahasa pelajar.

Terdapat beberapa bentuk lakonan yang boleh digunakan dalam pengajaran

bahasa. Antaranya ialah lakonan bisu, lakonan spontan, lakonan bersenikata dan

menggunakan pergerakan, lakonan berkait dan lakonan berskrip. Lakonan bisu

bertujuan untuk melatih pelajar memahami dan menggambarkan maksud melalui unsur-unsur

bukan linguistic. Kebiasaannya, lakonan bisu dijalankan secara pasangan atau kumpulan

kecil. Lakonan tidak menggunakan apa-apa dialog tetapi beraksi. Lakonan spontan pula

bertujuan melatih pelajar berlakon secara spontan bagi menggmbarkan perasaan yang ingin

disampaikan melalui penggunaan unsur-unsur bahasa, paralinguistik dan bukan linguistik.

Sementara lakonan berskrip bertujuan untuk membolehkan pelajar membaca, memahami dan

menghayati dan kemudian melakonkan skrip yang diberi dengan menggunakan unsur-unsur

paralinguistik dan bukan linguistik yang betul.

Lakonan berkait ini sesuai dijalankan pada murid-murid sekolah peringkat

rendah. Guru menyebut sesuatu perkataan sambil melakonkannya sekali, contohnya duduk,

saya minum air, saya mencuci rambut dan sebagainya. Kanak-kanak akan dapat menangkap

perkaitan antara percakapan dengan lakonan dan akan membuatnya berulang-ulang kali.

Lakonan bersenikata dan menggunakan pergerakan biasanya dilaksanakan dengan dua cara

iaitu lakonan yang tidak sengaja dan lakonan yang bersengaja.

4.1.2 DEFININI TEKNIK LAKONAN

Teknik merupakan tindakan yang dijalankan oleh guru semasa proses pengajaran

dan pembelajaran. Guru mestilah menguasai teknik pengajaran yang pelbagai supaya mereka

mendapat menyesuaikan diri teknik tersebut dengan objektif pengajaran dan pembelajaran,

Menurut Abdul Rahman Napiah (1984:2), drama ialah bentuk karya fiksyen atau cereka yang

Page 12: KAEDAH PENGAJARAN

mementingkan dialog dan aksi watak. Sesebuah drama yang lengkap ditulis dinamakan skrip.

Manakala Mustafa Kamal Yasin (1963:23) pula menyatakan bahawa drama satu bentuk seni

sastera untuk mempersembahkan terus perlakonan dan watak manusia menerusi lakonan

seseorang di hadapan para penonton.

4.1.3 CIRI-CIRI TEKNIK BERLAKON

4.1.4 PELAKSANAAN TEKNIK BERLAKON

Lakonan bersenikata dan menggunakan pergerakan boleh dilaksanakan dengan

lakonan yang tidak bersengaja dan lakonan yang bersengaja. Lakonan yang tidak bersengaja

boleh dilakukan dengan murid-murid melakonkannya selepas mendengar guru bercerita atau

tentang sesuatu kejadian dengan tidak memerlukan persediaan yang panjang lebar. Guru

hanya memberi nasihat dan cadangan sahaja. Murid-murid diberi kebebasan dalam berlakon

dengan menggunakan perkataan mereke sendiri.

Lakonan yang bersengaja disediakan khas daripada buku-buku cerita. Iaitu

murid-murid dilatih dan diberi tugas untuk menjayakannya. Kebiasaannya guru menyediakan

Page 13: KAEDAH PENGAJARAN

seni kata untuk mereka. Lakonan berseni kata ini dilaksanakan dengan guru memberi

penerangan terlebih dahulu apa yang perlu dibuat oleh murid-murid sama ada dengan

menceritakan peristiwa yang hendak dilakonkan atau memberi seni katanya.

Selepas itu, guru memilih para pelakonnya. Semasa pemilihan dibuat, guru perlu

memastikan peluang diberi kepada semua murid. Guru tidak sepatutnya hanya bergantung

kepada murid yang pandai sahaja. Kemudian, murid-murid akan melakonkannya dengan

bebas sebagaimana yang dikehendaki oleh jalan cerita. Guru tidak perlu untuk mengganggu

murid-murid berlakon walaupun didapati tidak memuaskan. Setelah selesai baharulah guru

membetulkan kesilapan mereka dan sekiranya perlu murid diminta untuk melakonkan sekali

lagi sebelum memberi peluang kepada murid yang lain.

Lakonan menggunakan patung boleh menggunakan patung kayu, patung tali

ataupun patung sarung tangan. Patung kayu ialah terdiri daripada gambar binatang atau

manusia yang diwarnakan dan kemudian dilekatkan kepada kayu. Patung tali ialah anak-anak

patung yang digerakkan dengan menggunakan kuasa tali yang diikatkan kepada patung. Dan

patung sarung tangan pula kepala pelbagai jenis hidupan yang diperbuat daripada pelbagai

alat dan diberi pakaian.

Guru boleh menjalankan aktiviti membuat patung bersama-sama dengan murid

terlebih dahulu sebelum aktiviti berlakon. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah guru

menunjukkan lakonan patung itu kepada murid dan melaluinya murid boleh membetulkan

kesalahan bahasa. Manakala untuk murid darjah 5 dan 6, mereka digalakkan mereka cerita

lakonannya sendiri dan meminta mereka sendiri melakonkannya. Di sini, guru hanya sebagai

pembimbing dengan memberi nasihat dan arahan kepada murid apa yang difikirkan

berfaedah.

Page 14: KAEDAH PENGAJARAN

Sebelum melaksanakan lakonan berskrip, guru perlu memberi arahan yang jelas

tentang lakonan tersebut serta aktiviti lanjutan yang akan dilakonkan selepas lakonan. Murid-

murid perlu diberi masa yang mencukupi untuk berlatih dalam kumpulan kecil sebelum

diminta untuk mempersembahlan lakonan mereka untuk dinilai oleh guru dan murid-murid

yang lain.

4.2 PENUTUP