kaedah pelupusan sisa kumbahan & sistem pembentungan

31
KAEDAH PELUPUSAN SISA KUMBAHAN & SISTEM PEMBENTUNGAN

Upload: norfatila-binti-isa

Post on 12-Jun-2015

14.337 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

KAEDAH PELUPUSAN SISA KUMBAHAN & SISTEM

PEMBENTUNGAN

Page 2: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

Senario pembuangan air sisa di Malaysia

• Pengolahan air sisa di Malaysia adalah moden, tetapi ini benar untuk kawasan bandar dan kawasan yang maju.

• Di kawasan luar bandar dan pinggir pantai, air sisa biasanya dibuang terus ke persekitaran.

Page 3: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

Senario pembuangan air sisa di Malaysia

• Di sesetengah kawasan, sistem tangki septik / kolam septik/ kolam pengoksidaan adalah kaedah yang utama.

• Dalam kaedah ini, air sisa ditakung dalam tangki septik untuk menjalani tindakan penguraian

• Seterusnya air akan dilepaskan ke tanah @ badan air

Page 4: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

Senario pembuangan air sisa di Malaysia

• Masalah utama bagi kebanyakan negara ialah pengurusan sistem septik yang tidak teratur dan tidak efisien.

• Selain itu, rekabentuk sistem septik tidak sesuai dan penyelenggaraan yang tidak baik turut menjadi masalah utama.

Page 5: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

SISTEM PEMBENTUNGAN

1. Tangki septik 2. Tangki imhoff3. Sistem ‘aerated lagoon’4. Kolam pengoksidaan

Page 6: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

Tangki Septik (ST)

Page 7: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

Tangki septik (ST)

Merupakan jenis pembentungan yang paling ringkas

ST meliputi dua ruang bersambung secara bersiri

Dalam ruang pertama, pepejal daripada kumbahan akan mendap dan membentuk ‘enapcemar’ manakala gris dan minyak akan terapung di permukaan dan membentuk lapisan scum

Page 8: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

Tangki Septik (ST)

Effluen diantara lapisan scum dan enapcemar akan mengalir ke ruang kedua di mana pemendapan seterusnya akan berlaku

Akhirnya, effluen akan meninggalkan ruang kedua dan akan dilepaskan ke longkang atau dibenarkan untuk menyerap ke dalam tanah

Page 9: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

Tangki Septik (ST)

Enapcemar di dalam tangku akan melalui proses anaerobik dan ditukarkan kepada sebatian organik yang lebih stabil dan gas-gas seperti CO2, CH4 dan H2S

muatan disimpan di dalam tangki simpanan yang mencukupi disediakan supaya skum dan enapcemar najis boleh disimpan di dalam tangki selama 2 tahun yang mana selepas itu ia perlu dikosongkan untuk tangki itu beroperasi dengan baik

Page 10: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

Tangki septik

Sesuai untuk sesuatu kediaman atau bangunan individu dengan kesetaraan penduduk yang tidak mempunyai sistem pembentungan terpusat dan pengaliran efluennya tidak akan memberikan kesan buruk kepada persekitaran

Hanya merawat enapcemar secara separa dan tumpuan dari kumpulan tangki-tangki ini akan membebankan kapasiti penerimaan alam sekeliling mengakibatkan masalah-masalah kesihatan dan bau

Page 11: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

Tangki septik

Page 12: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

Tangki Imhoff

• Menyediakan olahan kumbahan yang terhad dan tidak sesuai untuk jangka masa panjang.

• Effluen daripada tangki imhoff boleh menjadi semakin teruk dengan pantas jika tangki-tangki tersebut tidak diselenggara dengan betul

• Tangki imhoff mempunyai 2 ruang diletakkan di atas satu sama lain

Page 13: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

Tangki Imhoff

• Merupakan loji kumbahan yang paling ringkas dan memerlukan kemahiran pengendali yang sedikit

• Tiada perkakasan mekanikal untuk diselenggarakan dan operasi meliputi penyingkiran skum, penukaran arah aliran untuk penyebaran enapcemar yang sama rata dan juga penyingkiran enapcemar

Page 14: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

Tangki Imhoff

• Di ruang atas, pemendapan berlaku dengan pepejal melalui pembukaan ke ruang yang di bawah

• Pepejal termendap akan membentuk enapcemar di ruang bawah dan akan melalui pencernaan anarobik

• Gas-gas daripada tangki akan dilepaskan ke udara dan skum pula dikumpulkan di bahagian atas tangki

Page 15: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

Tangki Imhoff

• Kumbahan daripada premis-premis bersambung akan memasuki tangki pemendapan.

• Pepejal yang lebih berat akan mendap di bahagian bawah tangki sebagai enapcemar.

• Cecair daripada tangki pemendapan akan menitis menerusi tapak penuras batu batan

Page 16: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

Tangki Imhoff

• Organisma-organisma yang tinggal di dalam penuras batu batan akan memakan kumbahan dan merawatnya pada masa yang sama

• Efluen terawat akan diambil dan dilepaskan ke saliran

• Selalunya, proses pemendapan di ruang atas akan disusuli dengan efluen penelusan ke atas media batu kasar sebelum dilepaskan ke perairan

Page 17: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

Tangki Imhoff

• Biasanya digunakan untuk komuniti komuniti kecil sehingga kesetaraan penduduk 1000

• Tangki ini murah untuk dipasang, dikendalikan dan diselenggarakan

• Ia hanya merawat kumbahan secara separa

Page 18: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

Tangki Imhoff

Page 19: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

Sistem Aerated Lagoon• Lagun pengudaraan adalahloji yang

mudah dikendalikan dan diselenggarakan

• Ia memerlukan kawasan yang luas

• Proses aerated lagoon melingkungi dua atau tiga lagun dalam susunan berturut

Page 20: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

Sistem Aerated Lagoon• Lagun yang pertama mempunyai pengudara-

pengudara permukaan yang besar

• Pengudara ini akan timbul di permukaan kolam dan akan terus mengacau air kumbahan yang masuk

• Ini bertujuan untuk mengekalkan kandungan oksigen di dalam kumbahan dan mengelakkan pepejal daripada mendap ke bawah

Page 21: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

Sistem Aerated Lagoon

• Kumbahan mempunyai purata pengekalan selama lima hari di kolam yang pertama

• Sepanjang tempoh ini, bakteria akan menggunakan oksigen untuk memecahkan bahan organik di dalam kumbahan

Page 22: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

Sistem Aerated Lagoon• Efluen disalirkan ke kolam kedua di mana

bahan organik ternyahgred dan mendapan akan mendap dan membentuk enapcemar

• Selepas itu, efluen akan disalirkan ke kolam ketiga untuk dipertingkatkan atau dilepaskan ke pengairan

• Masa pengekalan purata bagi kolam kedua adalah satu hari

Page 23: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

Sistem Aerated Lagoon

• Ketika waktu panas, kolam-kolam ini boleh terjejas akibat pertumbuhan alga dan/atau bau yang dihasilkan oleh pencernaan anerobik enapcemar di bahagian bawah kolam

• Kolam-kolam ini perlu dikosongkan setiap lebih kurang 10 tahun

Page 24: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

Sistem Aerated Lagoon

Page 25: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

Kolam pengoksidaan

• Kolam pengoksidaan / kolam penstabilan merupakan kaedah olahan kumbahan yang popular untuk komuniti kecil

• Ini kerana kod pembinaan dan operasi yang rendah

Page 26: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

• Kolam pengoksidaan mempunyai satu atau lebih kolam-kolam cetek bersiri

• Proses-proses semulajadi di dalam pertumbuhan alga dan bakteria juga wujud

• Oksigen dibekalkan daripada pengudaraan permukaan semulajadi dan juga melalui proses fotosintesis alga

Kolam pengoksidaan

Page 27: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

• Bakteria yang terdapat di dalam air kumbahan menggunakan oksigen untuk memakan bahan organik, memecahkannya kepada nutrien dan karbon dioksida

• Ini akan digunakan oleh alga

Kolam pengoksidaan

Page 28: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

• Mikrob-mikrob lain di dalam kolam seperti protozoa akan menyingkirkan organik tambahan dan nutrien untuk mempertingkatkan efluen

• Selalunya, terdapat sekurang-kurangnya dua kolam akan dibina

Kolam pengoksidaan

Page 29: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

• Kolam pertama, akan mengurangkan bahan organik dengan menggunakan pencernaan aerobik

• Kolam kedua, akan mempertingkatkan efluen dan mengurangkan patogen-patogen di dalam kumbahan

Kolam pengoksidaan

Page 30: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

• Setelah pengekalan beberapa hari, selalunnya aliran akan disalirkan ke kolam kedua untuk rawatan seterusnya sebelum ia dilepaskan ke saliran

• Bakteria kumbahan akan bertindak untuk memecahkan bahan organik dengan menggunakan oksigen daripada permukaan kolam

Kolam pengoksidaan

Page 31: Kaedah Pelupusan Sisa Kumbahan & Sistem Pembentungan

• Kolam pengoksidaan perlu dikosongkan secara berjadual untuk memastikan ia berjalan lancar, lebih kurang 10 tahun sekali

• Jumlah rawatan kolam pengoksidaan bergantung kepada keadaan cuaca

Kolam pengoksidaan