·a·o - ir.unimas.my kaunselor di dalam organisasi-satu kajian kes di... · dalam dunia global...

24

Upload: others

Post on 07-Sep-2019

25 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: ·A·O - ir.unimas.my Kaunselor di dalam organisasi-satu kajian kes di... · Dalam dunia global yang penuh dengan cabaran, pelbagai masalah serta tekanan yang dihadapi oleh masyarakat
Page 2: ·A·O - ir.unimas.my Kaunselor di dalam organisasi-satu kajian kes di... · Dalam dunia global yang penuh dengan cabaran, pelbagai masalah serta tekanan yang dihadapi oleh masyarakat

UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL:

SESIPENGAJUlN:________

Saya (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi

5. ** sila tandakan (..J )

D SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

D kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh ~ organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)

~ TIDAK TERHAD

J~mhw (T ANDAT ANGAN PENULIS) (TANDAT

Alamat Tetap:

I ·A·O JTarikh: Tarikh: ~-JI_L......-_.--'-_________4-J4- /03 1 -----~--=--------

Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsatah, Sarjana dan Sarjana Muda *Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasalorganisasi berkenaan dcngan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Page 3: ·A·O - ir.unimas.my Kaunselor di dalam organisasi-satu kajian kes di... · Dalam dunia global yang penuh dengan cabaran, pelbagai masalah serta tekanan yang dihadapi oleh masyarakat

Pusat Khidm~Mitl 7AQdendk UNIVERSlTI MALAYSIA SARAWAY

94300 KOla Samarahan PERANAN KAUNSELOR DI DALAM ORGANISASI: SATU KAJIAN KES DI ENAM

BUAH ORGANISASI TERPILIH DI MALAYSIA

P.KHIDMA TMAKLUMA TAKADEMIK UIiIMAS

1111111111111111111' 111111 1000129692

Oleh /'

SUHANA BINTI mRAHIM

Projek ini merupakan salah satu keperluan kursus uotuk mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Kaunseling Organisasi) dari

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak

c

Page 4: ·A·O - ir.unimas.my Kaunselor di dalam organisasi-satu kajian kes di... · Dalam dunia global yang penuh dengan cabaran, pelbagai masalah serta tekanan yang dihadapi oleh masyarakat

Projek bertajuk Peranan Kaunselor Di Dalam Sesebuah Organisasi: Satu Kajian Kes Di Enam Buah Organisasi Terpilih Di Malaysia telah disediakan oleh Suhana Binti Ibrahim dan diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Kaunseling Organisasi).

Diterima dan diperiksa oleh:

(Encik Mohd Razali Othman)

Tarikh :

ii

Page 5: ·A·O - ir.unimas.my Kaunselor di dalam organisasi-satu kajian kes di... · Dalam dunia global yang penuh dengan cabaran, pelbagai masalah serta tekanan yang dihadapi oleh masyarakat

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia kajian ilmiah ini, iaitu Encik Mohd Razali Othman atas nasihat, bimbingan, sokongan dan tunjuk ajar serta idea dan masa yang diberikan sepanjang tempoh kajian ilmiah ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah dalam membantu memberi pendapat ke atas kajian ini.

Penghargaan juga disarnpaikan kepada organisasi-organisasi yang terlibat seperti Bintulu Port Sdn.Bhd., Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Ke1antan, Telekom Malaysia Berhad, EON Bank, Majlis Perbandaran Kota Bharu dan Dewan Bandaraya Kuching Utara yang sudi memberi bantuan dalam proses pengumpulan data yang dijalankan.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan adik-beradik saya yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan yang tidak ternilai. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan iaitu Program Kaunseling Organisasi yang sarna­sarna memberi sokongan serta idea dalam menjayakan kajian ilmiah saya ini, juga rakan-rakan lain. Jasa kalian tidak akan dapat dilupakan.

III

Page 6: ·A·O - ir.unimas.my Kaunselor di dalam organisasi-satu kajian kes di... · Dalam dunia global yang penuh dengan cabaran, pelbagai masalah serta tekanan yang dihadapi oleh masyarakat

!

.

!

.,.

Jadual Kandungan

Penghargaan iii Jadual Kandungan iv Senarai Garnbarajah vii Senarai Jadual Vll1

Abstrak x Abstract xi

1. Pengenalan l.0 Pengenalan 1 1.1 Latar Belakang Kajian 2 l.2 Latar Belakang Organisasi 3 1.3 Kenyataan Masalah 3 1.4 Kepentingan Kajian 3 1.5 ObjektifKajian

1.5.1 ObjektifUrnurn 4 l.5.2 ObjektifKhusus 4

l.6 Rangka Konseptual 4 l.7 Skop Kajian 5 l.8 Definisi Istilah Dan Konsep 5 l.9 Batasan Kajian 7 1.10 Kesimpulan 7

2. Sorotan-Sorotan Kajian Lepas 2.0 Pengenalan 8 2.1 Peranan Kaunselor 8

2.1.1 Kaunselor Sebagai Pernbimbing 9 2.1.2 Kaunselor Sebagai Penyelesai Masalah 9 2.1.3 Kaunselor Sebagai Pernangkin 9 2.l.4 Peranan-Peranan Lain Kaunselor 9 2.1.5 Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Organisasi

Dan Majikan 10 2.2 Jenis-Jenis Masalah Yang Dialarni Pekerja

2.2.1 Masalah Kewangan 11 2.2.2 Masalah Keluarga 11 2.2.3 Masalah Kerja 11 2.2.4 Masalah Kerjaya 12

2.3 Ciri-Ciri Kaunselor 2.3.1 Etika Kaunselor 13 2.3.2 Personaliti 13 2.3.3 Berpengetahuan 14 2.3.4 Kerahsiaan 14 2.3.5 Berkernahiran 14

2.4 Kajian-Kajian Lepas 15 2.4 Kesirnpulan 15

iv

3. Metodologi Kajian 3.0 Pengenalan 3.1 Reka Bentuk 3.2 Responden 3.3 Instrumen K~

3.3.1 Soa 3.4 PengurnpulaI

3.4.1 Dat 3.5 Analisis Dau

3.5.1 Ana 3.6 Kesimpulan

4. Dapatan dan Perbin 4.0 Pengenalan 4.1 Latar Belaka

4.1.1 Urn 4.l.2 Bah 4.1.3 Tell

4.2 Peranan Kaun 4.3 Masalah-Masl 4.4 Masalah Perill 4.5 Cara Penyeles 4.6 Persepsi Pihal

DalarnMenye 4.7 Perkhidmatan

4.7.1 Pe. 4.7.2 Pe~

4.8 Pendapat Pihl Atau TidakB 4.8.1 Ka 4.8.2 Ka

4.9 Isu-Isu Yang 4.10 Ciri-Ciri Yanj 4.11 Nilai-Nilai Yl 4.12 Harapan Piha 4.13

4.14.1 Masalah-Ma

4.14.2

4.14.3

4.3 Kesirnpulan

5. Ringkasan, 5.0 5.1 5.2

Page 7: ·A·O - ir.unimas.my Kaunselor di dalam organisasi-satu kajian kes di... · Dalam dunia global yang penuh dengan cabaran, pelbagai masalah serta tekanan yang dihadapi oleh masyarakat

Pu at Kh'dm l Maklumats~~n UNlVERSlTl MALAYSLA

94300 KOla Samardhan

3. Metodologi Kajian 3.0 Pengenalan 17 3.1 Reka Bentuk Kajian 17

III 3.2 Responden 17 IV 3.3 Instrumen Kajian Vll 3.3.1 Soal Selidik 18 Vll1 3.4 Pengumpulan Data x 3.4.1 Data Sekunder 19 xi 3.5 Analisis Data

3.5.1 Analisis Statistik Diskriptif 19 3.6 Kesimpulan 19

4. Dapatan dan Perbincangan 1 4.0 Pengenalan 20 2 4.1 Latar Belakang Responden 3 4.1.1 Umur 20 3 4.1.2 Bahagian Berkhidmat 21 3 4.1.3 Tempoh Berkhidmat 21

4.2 Peranan Kaunselor Dalam Merancang Kerjaya Pekerja 22 4 4.3 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Pekerja 23 4 4.4 Masalah Peribadi Yang Dihadapi Oleh Responden 24 4 4.5 Cara Penyelesaian Pihak Pengurusan Terhadap Masalah Pekerja 25 5 4.6 Persepsi Pihak Pengurusan Terhadap Keberkesanan Kaunseling 5 Dalam Menyelesaikan Masalah Pekerja 25 7 4.7 Perkhidmatan Kaunselor Dalam Organisasi 26 7 4.7.1 Pembimbing 26

4.7.2 Perancang Kerjaya 26 4.8 Pendapat Pihak Pengurusan Berhubung Kaunselor Yang Bertauliah

8 Atau Tidak Bertauliah 27 8 4.8.1 Kaunselor Yang Bertauliah 27 9 4.8.2 Kaunselor Tidak Bertauliah 27 9 4.9 Isu-Isu Yang Perlu Ditekankan Oleh Kaunselor Dalam Organisasi 28 9 4.10 Ciri-Ciri Yang Perlu Ada Pada Seorang Kaunselor 30 9 4.11 Nilai-Nilai Yang Perlu Ada Pada Seorang Kaunselor 31

4.12 Harapan Pihak Pengurusan Terhadap Kaunselor Yang Berkhidmat 31 10 4.13 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Pekerja Secara Keseluruhan

4.14.1 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Pekerja Berdasarkan 11 Umur Menurut Pihak Pengurusan 32 11 4.14.2 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Pekerja Berdasarkan 11 Bahagian Berkhidmat Menurut Pihak Pengurusan 33 12 4.14.3 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Pekerja Berdasarkan

Tempoh Berkhidmat Menurut Pihak Pengurusan 34 13 4.3 Kesimpulan 35 13 14 14 5. Ringkasan, Rumusan Dan Cadangan14 5.0 Pengenalan 36 15 5.1 Ringkasan 36 15 5.2 Rumusan 37

Page 8: ·A·O - ir.unimas.my Kaunselor di dalam organisasi-satu kajian kes di... · Dalam dunia global yang penuh dengan cabaran, pelbagai masalah serta tekanan yang dihadapi oleh masyarakat

5.3 Cadangan Kepada Enam Buah Organisasi Yang Terlibat 40 5.3.1 Cadangan Kepada Organisasi 40 Senarai Gambarajah 5.3.2 Cadangan Kepada Kaunselor Atau Pengamal

Kaunseling 41 Rajah 1 : 5.4 Cadangan Kepada Penyelidik Masa Depan 42 Rangka Konseptual Kaj ia 5.5 Kesimpulan 43

Rajah 4.1 : Rumusan Daripada Semu'

Bibliografi 44 Pekerja Lampiran 47

vi

Page 9: ·A·O - ir.unimas.my Kaunselor di dalam organisasi-satu kajian kes di... · Dalam dunia global yang penuh dengan cabaran, pelbagai masalah serta tekanan yang dihadapi oleh masyarakat

40 40 Senarai Gambarajah

41 Rajah 1 : 42 Rangka Konseptual Kajian 4 43

t Rajah4.1 : Rumusan Daripada Semua Jenis Masalah Yang Dihadapi Oleh

44 Pekerja 23 47

vii

Page 10: ·A·O - ir.unimas.my Kaunselor di dalam organisasi-satu kajian kes di... · Dalam dunia global yang penuh dengan cabaran, pelbagai masalah serta tekanan yang dihadapi oleh masyarakat

Senarai Jadual

Jadual 3.1 : Bilangan Responden Mengikut Organisasi 17

Jadual 3.2 : Bahagian Dalam Borang Soal Selidik 18

Jadual4.1 : Taburan Responden Mengikut Umur 20

Jadual4.2 : Taburan Responden Mengikut Bahagian Berkhidmat 21

Jadual4.3 : Taburan Responden Mengikut Tempoh Berkhidmat 21

Jadual4.4 : Pandangan Responden Terhadap Peranan Kaunse10r Dalam Merancang Kerjaya Pekerja 22

Jadual4.5 : Kekerapan Masalah-Masalah Biasa Yang Dihadapi Oleh Pekerja 23

Jadual4.6 : Kekerapan Masalah Peribadi Yang Dihadapi Oleh Pekerja 24

Jadual4.7 : Kekerapan Cara Penyeiesaian Masalah Pihak P~ngurusan Terhadap Masalah Pekerja 25

Jadual4.8 : Perkhidmatan Kaunselor Dalam Organisasi 26

Jadual4.9 : Pendapat Responden Berhubung Kaunselor Bertauliah Atau Tidak Bertauliah 27

Jadual4.10 : Isu-Isu Yang Perlu Ditekankan Oleh Kaunselor Dalam Organisasi 28

Jadual 4.1 I : Peratusan Sama Ada Wujudnya Konflik Atau Tidak Pada Seorang Kaunselor 29

Jadual4.12 : Ciri-Ciri Kuanselor Mengikut Keutamaan Yang Dinyatakan Oleh Responden 30

Jadual4.13 : Nilai-Nilai Kaunselor Yang Dinyatakan Oleh Responden 31

viii

Jadual4.14 : Harapan Pihak V ..r,m"" i

Jadual4.15 Masalah-Masalah Y Pihak Pengurusan

Jadual 4.16 : Masalah- Masalah Y Menurut Pihak Pt>'lOu:nJ

Jadual4.17 : Masalah- Masalah Y Menurut Pihak V"r, m ,n,

Page 11: ·A·O - ir.unimas.my Kaunselor di dalam organisasi-satu kajian kes di... · Dalam dunia global yang penuh dengan cabaran, pelbagai masalah serta tekanan yang dihadapi oleh masyarakat

17

18

20

21

21

Jadual4.14 : Harapan Pihak Pengurusan Terhadap Kaunselor

Jadual4.l5 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Pekerja Berdasarkan Umur Menurut Pihak Pengurusan

Jadual4.16 : Masalah- Masalah Yang Dihadapi Oleh Pekerja Berdasarkan Bahagian Berkhidmat Menurut Pihak Pengurusan

Jadual4.17 : Masalah- Masalah Yang Dihadapi Oleh Pekerja Berdasarkan Tempoh Berkhidmat Menurut Pihak Pengurusan

31

32

33

34

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

ix

Page 12: ·A·O - ir.unimas.my Kaunselor di dalam organisasi-satu kajian kes di... · Dalam dunia global yang penuh dengan cabaran, pelbagai masalah serta tekanan yang dihadapi oleh masyarakat

,

,

ABSTRAK

Peranan Kaunselor Di Dalam Sesebuah Organisasi: Satu Kajian Kes Di Enam Buah Organisasi Terpilih Di Malaysia

Suhana Binti Ibrahim

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi pihak pengurusan terhadap peranan kaunselor di enam buah organisasi terpilih iaitu Bintulu Port Sdn.Bhd, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) , Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Telekom Malaysia Berhad dan EON Bank. Dapatan kajian menunjukkan peranan kaunselor adalah pembimbing, penyelesai masalah, dan peranan lain yang harus dilakukan sebagai konsultan dan penyelia sesuatu program. Manakala masalah­masalah yang dihadapi oleh pekerja seperti masalah keluarga (25 .0%), kewangan (58.3%), bebanan tugas (50.0%), kerja (8.3%) dan kerjaya (16.7%). Dari segi personaliti, kaunselor mestilah memiliki sifat yang menarik, berkemahiran, berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang kaunseling. Secara keseluruhannya, responden rnempunyai persepsi yang positif terhadap peranan. kaunselor di dalam organisasi Melalui kajian ini, pengkaji mencadangkan kepada organisasi dan kaunselor yang merangkurni perkhidmatan-perkhidmatan dan tugas yang perlu ditekankan oleh kaunselor.

Role OfCounselor In Organizat,

The purpose ofdoing this resea ofcounselor in six organization Kelantan (SUK) , Majlis Perbal (DBKU), Telekom Malaysia 1 motivator, problem setting ane problem of workers such asfa" (50.0%), work (8.3%) and prl experienced, knowledgeable respondents toward role of c researcher has proposed to 0

counselor.

x

Page 13: ·A·O - ir.unimas.my Kaunselor di dalam organisasi-satu kajian kes di... · Dalam dunia global yang penuh dengan cabaran, pelbagai masalah serta tekanan yang dihadapi oleh masyarakat

Buah Organisasi

pengurusan terhadap Sdn.Bhd, Pejabat (MPKB), Dewan

Dapatan kajian dan peranan lain

Manakala masalah­kewangan (58.3%),

. kaunselor pcl:pt:lrlga,lanrlan dalam

yang positif mencadangkan dan tugas yang

ABSTRACT Role OfCounselor In Organization :A Research In Six Selected Organization In Malaysia

Suhana Binti Ibrahim

The purpose ofdoing this research is to identify the p erception ofmanagement towards the role ofcounselor in six organizations in Bintulu Port Sdn.Bhd, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) , Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Telekom Malaysia Berhad and EON Bank. However, roles of counselor are motivator, problem setting and other roles like a consultant and supervisor. Whereas, the problem ofworkers such as family problem (25.0%), monetary problem (58.3%), work burden (50.0%), work (8.3%) and profession (J 6.7%). Personality of counselor must be attractive, experienced, knowledgeable and qualified in counseling area. In sum, perception of respondents toward role of counselor are positive. While the result of this research, the researcher has proposed to organization and counselor consists the services and roles of counselor.

Xl

Page 14: ·A·O - ir.unimas.my Kaunselor di dalam organisasi-satu kajian kes di... · Dalam dunia global yang penuh dengan cabaran, pelbagai masalah serta tekanan yang dihadapi oleh masyarakat

BABSATU PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Dalam dunia global yang penuh dengan cabaran, pelbagai masalah serta tekanan yang dihadapi oleh masyarakat hari ini yang melibatkan semua lapisan dan golongan tidak kira profesional, pekerja bawahan dan pelajar seperti bebanan tugas, tekanan, dan keperluan hidup yang semakin meningkat semakin ketara berlaku yang mengharuskan satu penyelesaian yang baik iaitu bidang kaunseling yang dahulunya terpinggir dan dipinggirkan oleh kebanyakan masyarakat, sedangkan bidang ini mampu menjadi landasan dan membantu menangani kekusutan serta permasalahan yang dihadapi dapat dileraikan dengan baik.

Perkhidmatan kaunseling menjadi satu agenda penting khususnya dalam dunia pekerjaan masa kini sarna ada melibatkan sebuah organisasi besar mahupun organisasi kecil. Menurut Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA), kaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor yang profesional bagi menghasilkan peru bahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela. Manakala menurut America Psychological Association (AP A) mentakrifkan kaunseling sebagai satu pendekatan pada masa lalu yang menekankan pencapaian individu dalam mencapai keharrnonian diri dengan meningkatkan sumber yang dirniliki untuk perkembangan diri berdasarkan persekitaran.

Maka, kaunseling adalah satu perhubungan antara kaunselor yang terlatih dengan kliennya untuk mencapai satu matlamat yang telah ditetapkan bersama dalam usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Dalam sesebuah organisasi, kaunseling berkait rapat dengan pengurusan manusia yang menjadi tunggak bagi sesebuah organisasi. Keadaan ini menjadikan peranan kaunselor amat perlu ditekankan dan diberi perhatian terutamanya dalam membangunkan pekerja secara tidak langsung meningkatkan keunggulan organisasi. Menurut Tan Sri Samsudin Osman, Ketua Pengarah labatan Perkhidmatan Awam (1999) menyatakan, perkhidmatan kaunseling merupakan salah satu aspek penting dalam pengurusan manusia. Perkhidmatan kaunseling yang berkesan boleh membantu pekerja menyelesaikan masalah peribadi, masalah berkaitan dengan kerjaya dan masalah keluarga. Walaupun petikan ini menyatakan kepentingan perkhidmatan kaunseling, namun seandainya ia tidak dilakukan oleh kaunselor yang berada dalam sesebuah organisasi, sudah tentu matlamat untuk mencapai ke arah yang diinginkan tidak akan tercapai.

Page 15: ·A·O - ir.unimas.my Kaunselor di dalam organisasi-satu kajian kes di... · Dalam dunia global yang penuh dengan cabaran, pelbagai masalah serta tekanan yang dihadapi oleh masyarakat

Namun begitu, kaunseling bukan bererti nasihat seperti yang difaharni oleh kebanyakan masyarakat walaupun terdapat un sur nasihat yang diberikan semasa kaunseling dijalankan oleh seorang kaunselor, jawapan terhadap sesuatu masalah yang dihadapi oleh klien tidak akan dilakukan oleh kaunselor secara langsung. lni kerana keistimewaan kaunseling adalah ia membimbing klien untuk mencari sumbemya sendiri untuk diadaptasikan sejajar dengan masalah yang dihadapi.

1.1 Latar Belakang Kajian

Setelah berakhimya dunia pengajian yang dilalui dan ditempuhi oleh setiap insan, sudah pasti mereka akan cuba menempatkan diri mereka dalam dunia pekerjaan yang memerlukan kesungguhan, kebolehan, pengetahuan serta kemahiran yang tinggi untuk menjadi seorang pekerja yang mempunyai kemahiran yang pelbagai. Namun begitu, setiap organisasi mempunyai budaya dan cara kerjanya yang tersendiri untuk membezakan an tara satu organisasi dengan organisast yang lain dengan 'gayanya' yang tersendiri.

Kebanyakan individu yang menempatkan diri mereka dalam sesebuah organisasi tidak peka dengan nilai-nilai serta kriteria-kriteria yang harns diambilkira dengan kehendak dan keperluan organisasi sehingga mendatangkan tekanan dan rasa ketidakselesaan dalam melakukan tugas. Selain itu juga, pihak pengurusan sesebuah organisasi harus memahami dan mengetahui cara yang terbaik untuk meningkatkan prestasi organisasi mereka dengan tidak mengabaikan kebajikan serta keperluan pekerjanya yang bemaung di bawah penguasaan mereka.

Namun begitu, setiap permasalahan yang timbul dalam sesebuah organisasi memerlukan satu perkhidmatan yang kbusus untuk membantu serta membendung masalah tersebut. Apa yang pasti, peranan dilakukan oleh kaunselor yang berkecimpung dalam organisasi masih lagi 'mentah' dan tidak diambil berat serta tidak dipedulikan oleh kebanyakan pihak pengurusan organisasi hari ini. Sedangkan keperluan ini semakin jelas dan nyata keperluannya dengan berbagai-bagai masafah yang tirnbul seperti yang disuarakan oleh masyarakat kini.

Kajian-kajian lepas yang dijalankan serta perbahasan yang ditimbulkan sebelum ini banyak menekankan kepentingan perkhidmatan kaunseling hanya di sekolah-sekolah. Contoh kajian yang pemah dilakukan oleh Suradi Salim (1992) telah menjalankan kajian mengenai perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Hasil dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling walaupun telah dilaksanakan masih lagi menghadapi beberapa halangan dalam memastikan keberkesanan perkhidmatan tersebut. Mohd Zain Abdul Kader (1994) pula telah membincangkan keperluan-keperluan pelajar terhadap perkhidmatan birnbingan dan kaunseling di institusi pengajian tinggi menurut pengalaman beliau sendiri dan hasil-hasil kajian yang telah dilakukan mengenai perkara yang sarna.

Bonebrake dan Borgers (1984) telah mengkaji pandangan para pengetua dari sekolah menengah atas dan rendah tentang fungsi kaunselor sekolah. Mereka mendapati bahawa para pengetua sependapat bahawa kaunselor sekolah perlu melibatkan diri mereka dalam fungsi-fungsi seperti

2

menjalankan kaunseling iJ perundingan dengan ibu bal

Akan tetapi, tidak ramai yaJ ditekankan dalam sesebual untuk meningkatkan presta! perunding dan sebagainya tentang peranan seorang iG serta keprihatinan inilah, I dengan tidak diabaikan 0

kaunselor yang dimainkan seorang kaunselor.

1.2 Latar Belakang Orga

Kajian berkaitan peranan I organisasi seperti Bintulu Majlis Perbandaran Kota I Malaysia Berhad dan EON

1.3 Kenyataan Masalab

Kebanyakan organisasi lu seorang kaunselor yang be meningkatkan prestasi da sendiri. Sedangkan dengar pandangan yang jauh terh hala tuju serta tempat ru dengan itu, ada di kaJar ketidaksesuaian yang WUjl

1993).

Berdasarkan keperluan in tentang peranan kaunselOl penting bagi pihak pengu produktiviti dan prestasi y

1.4 Kepentingan Kajiall

Kaj ian yang dijalankan i organisasi-organisasi terp pekerja yang bermasalah. perlunya penilaian term berkenaan sistem dan ten2

Page 16: ·A·O - ir.unimas.my Kaunselor di dalam organisasi-satu kajian kes di... · Dalam dunia global yang penuh dengan cabaran, pelbagai masalah serta tekanan yang dihadapi oleh masyarakat

oleh kebanyakan "LUQ'Olil.l~ dijalankan oleh

oJeh klien tidak akan kaunseling adalah ia

sejajar dengan

setiap insan, sudah pasti . yang memerlukan untuk menjadi seorang

setiap organisasi antara satu organisasi

harus memahami dan mereka dengan tidak

di bawah penguasaan

. memerlukan satu tersebut. Apa yang

organisasi masih lagi pihak pengurusan

keperluannya dengan kini.

sebelum ini banyak ...,."v.uu. Contoh kajian

kajian mengenai menengah di

bimbingan dan halangan dalam

(1994) pula telah .&V'~'OL'" dan kaunseling

kajian yang telah

. sekolah menengah

menjalankan kaunseling individu, perundingan dengan guru, membuat penilaian pelajar, perundingan dengan ibu bapa serta membuat penilaian terhadap aktiviti bimbingan.

Akan tetapi, tidak ramai yang menyedari bahawa peranan kaunselor juga amat penting dan perlu ditekankan dalam sesebuah organisasi. lni kerana peranan kaunselor merupakan satu wadah untuk meningkatkan prestasi organisasi itu sendiri dan juga pekerjanya sebagai saluran rujukan, perunding dan sebagainya yang tidak terfikir oleh kebanyakan masyarakat yang memahami tentang peranan seorang kaunselor yang merangkumi bidang yang luas. Dengan ketidakpekaan serta keprihatinan inilah, perlunya seorang kaunselor ditempatkan dalam sesebuah organisasi dengan tidak diabaikan oleh kerana pemikiran dan anggapan yang salah terhadap peranan kaunselor yang dimainkan berlandaskan etika kaunseling yang dipegang dan diamalkan oleh seorang kaunselor.

1.2 Latar Belakang Organisasi

Kajian berkaitan peranan kaunselor di dalam sesebuah organisasi telah dijalankan di enam buah organisasi seperti Bintulu Port Sdn.Bhd, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK), Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Telekom Malaysia Berhad dan EON Bank.

1.3 Kenyataan Masalah

Kebanyakan organisasi hari ini tidak mengetahui dengan jelas peranan yang dimainkan oleh seorang kaunselor yang berkhidmat dalam organisasi dengan dunia pekerjaan dalam membantu meningkatkan prestasi dan pembangunan kerjaya sarna ada pekerja ataupun organisasi itu sendiri. Sedangkan dengan adanya kaunselor yang terlatih secara profesional akan memberi satu pandangan yang jauh terhadap apa yang 'harus dicapai tanpa perlu melalui kebuntuan, tiadanya hala tuju serta tempat rujukan dalam membincangkan masalah yang dihadapi. Sehubungan dengan itu, ada di kalangan pekerja yang meninggalkan dunia pekerjaan mereka lantaran ketidaksesuaian yang wujud antara diri dengan pekerjaan yang dilakukan (Isaacson & Brown, 1993).

Berdasarkan keperluan inilah, kajian yang dilakukan ini adalah untuk memberi satu infonnasi tentang peranan kaunselor yang diharapkan oleh pihak pengurusan. Oleh yang demikian, adalah penting bagi pihak pengurusan untuk membantu pekerja yang bennasalah untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi yang cemerlang.

1.4 Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengkaji peranan seorang kaunselor di organisasi-organisasi terpilih. Hasil kajian akan membantu pihak pengurusan untuk membantu pekerja yang bennasalah. Cunningham (1994) dalam Zaleha (2002), menekankan kepentingan perlunya penilaian terhadap persepsi dari pelbagai sudut dan peringkat dengan melihat berkenaan sistem dan tenaga kerjanya.

3

Page 17: ·A·O - ir.unimas.my Kaunselor di dalam organisasi-satu kajian kes di... · Dalam dunia global yang penuh dengan cabaran, pelbagai masalah serta tekanan yang dihadapi oleh masyarakat

Justeru itu, adalah penting bagi pihak pengurusan mengetahui serta memahami peranan seorang kaunselor yang berkhidmat dalam membantu menyelesaikan dan menangani pelbagai masalah yang dihadapi oleh pekerja.

1.5 Objektif Kajian

Objektifkajian yang dijalankan melibatkan objektifumum dan objektifkhusus iaitu:

1.5.1 Objektif Umum

Mengkaji peranan seorang kaunselor di dalam sesebuah organisasi yang diharapkan oleh pihak pengurusan.

1.5.2 Objektif Khusus

Objektif khusus ten tang kajian yang dijalankan adalah untuk mengkaji persepsi pihak pengurusan terhadap peranan kaunselor dalam sesebuah organisasi.

1.6 Kerangka Konseptual

Pembolehubah bersandar Pembolehubah tidak bersandar

Persepsi pihak pengurusan terhadap Ciri-ciri demografi terpilih kaunselor dalam organisasi

• Umur • Peranan kaunselor • Bahagian berkhidrnat • Jenis-jenis masalah yang dapat • Tempoh berkhidmat

diatasi • Ciri-ciri kaunselor

• Harapan pihak pengurusan

Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual Kajian

Berdasarkan kerangka konseptual inilah kajian tentang peranan kaunselor dilakukan untuk mengkaji persepsi pihak pengurusan di beberapa organisasi yang terpilih. Penggunaan borang soal selidik digunakan untuk mengenalpasti persepsi pihak pengurusan terhadap peranan kaunselor, jenis-jenis masalah yang dapat diatasi, ciri-ciri kaunselor dan harapan pihak pengurusan terhadap kaunselor.

4

1.7 Skop Kajian

Kajian yang dijalankan i organisasi -organisasi yan:

Kajian ini juga akan mel dijadikan sebagai respon<

1.8 Definisi Istilah Dan

(a) Kaunseling

Definisi Konseptual :

Satu proses pembetulan bidang ini dan individu sesuai dengan dirinya 54

yang terlibat akan mela yang sesuai untuknya me

Menurut Carroll (199 menyesuaikan diri deni meningkatkan kesihatan

Definisi Operasional :

Dalam kajian ini, kau bersemuka (face to fae penyelesaian serta kepu sumber yang ada di sekl

(b) Persepsi

Definisi Konseptual :

Menurut Ainon dan At apabila seseorang inc tanggapan individu ter seharian.

Page 18: ·A·O - ir.unimas.my Kaunselor di dalam organisasi-satu kajian kes di... · Dalam dunia global yang penuh dengan cabaran, pelbagai masalah serta tekanan yang dihadapi oleh masyarakat

peranan seorang pelbagai masalah

iaitu:

diharapkan oleh pihak

persepsi pihak

dilakukan untuk Penggunaan borang

terhadap peranan dan harapan pihak

1.7 Skop Kajian

Kajian yang dijalankan ini akan melibatkan beberapa organisasi yang terpilih dengan memilih organisasi-organisasi yang berminat dan tidak berminat tentang perkhidmatan kaunseling.

Kajian ini juga akan melibatkan pihak pengurusan dan pekerja yang dipilih secara rawak untuk dijadikan sebagai responden terhadap kajian yang dijalankan.

1.8 Definisi Istilah Dan Konsep

(a) Kaunseling

Definisi Konseptual :

Satu proses pembetulan diri untuk berkembang secara biasa dengan bantuan orang pakar dalam bidang ini dan individu tersebut dapat merasakan satu pengalaman yang belum dirasai yang sesuai dengan dirinya sendiri dan situasi sekeIiIing (Mansur & Siti Nordinar,1993). Individu yang terlibat akan melalui proses pertolongan yang membimbingnya atau mencari altematif yang sesuai untuknya membuat keputusan menyelesaikan masalah sendiri.

Menurut Carroll (1996), kaunseling merupakan satu cara untuk menyokong pekerja menyesuaikan diri dengan perubahan organisasi. Kaunseling dilihat sebagai satu cara untuk meningkatkan kesihatan mental.

Definisi Operasional :

Dalam kajian ini, kaunseling merujuk kepada peranan kaunselor dalam proses hubungan bersemuka (face to face) yang bertujuan untuk membantu klien dalam mencari dan membuat penyelesaian serta keputusan yang berkesan. Kaunseling juga turut menekankan konsep aplikasi sumber yang ada di sekeliling diri klien untuk membantu diri mereka sendiri.

(b) Persepsi

Definisi Konseptual. :

Menurut Ainon dan Abdullah (1993), persepsi merupakan proses yang berlaku di dalam rninda apabila seseorang individu memaharni apa yang dilihat. Keadaan ini berkaitan dengan tanggapan individu terhadap · sesuatu perkara atau fenomena yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

5

Page 19: ·A·O - ir.unimas.my Kaunselor di dalam organisasi-satu kajian kes di... · Dalam dunia global yang penuh dengan cabaran, pelbagai masalah serta tekanan yang dihadapi oleh masyarakat

Definisi Operasional :

Dalam kajian ini, persepsi merupakan tanggapan terhadap peranan kaunselor dalam organisasi yang dikaji. Persepsi adalah sarna ada dari sudut positif atau negatif bergantung kepada organisasi yang dikaji.

(c) Kaunselor

Definisi Konseptual :

Menurut Mansur (1987), kaunselor merupakan seseorang yang dipertanggungjawabkan sebagai pemberi khidmat kepada orang lain yang benar-benar memerlukan khidmat bimbingan dan kaunseling.

Kaunselor yang dilantik sepatutnya mengikuti kursus-kursus formal yang diiktiraf dalam bidang kaunseling. Peranan kaunselor dalam memberi bimbingan dan nasihat mungkin mempengaruhi kliennya, tetapi pada dasamya peranan kaunselor adalah hanya se"bagai memberi tunjuk ajar dan nasihat, bukannya menyelesaikan masalah kliennya.

Menurut Nugent (1990), kaunselor merupakan orang yang membantu klien sarna ada secara peribadi, kerjaya, sosial dan pembangunan pendidikan dalam membuat keputusan.

Definisi Operasional :

Dalarn kajian yang dijalankan., kaunselor merupakan subjek pengkaji untuk mengkaji peranan dan ciri seorang kaunselor yang cuba rnembantu dalam penyelesaian masalah.

(d) Organisasi

Definisi Konseptual :

Mescon, Albert dan Khedouri (1981) mendefinisikan organisasi sebagai sekumpulan manusia yang mempunyai aktiviti-aktiviti atau tugas-tugas yang ditentukan ke arah satu objektif yang sarna.

Definisi Operasional :

Organisasi yang terlibat dalam kajian ini adalah enam buah organisasi yang terpilih.

6

(e) Pekerja Ber

Definisi Konsept

Menurut Brou (I menunjukkan pre bermasalah tidak

Definisi Operasic

Pekerja bennasal kerja yang men: kerja.

1.9 Batasan Kaj

Dalam kajian ya dan maklumat ya organisasi dan 1

mendapatkan rna menjalankan kajic

Ekoran dari itu ju mana responden r

1.10 KesimpulaJ

Dalam bab ini, se juga, menjelaskal kajian ini serta rn<

Page 20: ·A·O - ir.unimas.my Kaunselor di dalam organisasi-satu kajian kes di... · Dalam dunia global yang penuh dengan cabaran, pelbagai masalah serta tekanan yang dihadapi oleh masyarakat

organisasi kepada

peranan

I O[)JeKlur yang

(e) Pekerja Bermasalah

Definisi Konseptual :

Menurut Brou (1999), pekerja bermasalah ialah pekerja yang tidak dapat menjalankan tugas dan menunjukkan prestasi kerja yang dikehendaki oleh majikannya. Namun begitu, pekerja yang bermasalah tidak memiliki sifat yang teruk.

Definisi Operasional :

Pekerja bermasalah merujuk kepada pekerja yang menghadapi masalah peribadi atau masalah kerja yang menyebabkan masalah-masalah tersebut mempengaruhi prestasi dan produktivi kerja.

1.9 Batasan Kajian

Dalam kajian yang dijalankan, pengkaji tidak dapat memperolehi keseluruhan maklum balas dan maklumat yang diperlukan ekoran kesibukan dan kesuntukan masa waktu kerja organisasi­organisasi dan responden-reponden yang dipilih. lni telah menyukarkan pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh seperti yang diharapkan dalam membantu pengkaji menjalankan kajian ini.

Ekoran dari itu juga, pengkaji telah menjadikan soalan temuramah kepada borang soal selidik di mana responden menyatakan pendapat mereka dengan mengisi borang terse but.

1.10 Kesimpulan

Dalam bab ini, seeara ringkasnya menerangkan latar belakang kajian yang dijalankan, Selain itu juga, menjelaskan penyataan masalah yang menimbulkan hasrat pengkaji untuk menjalankan kajian ini serta menerangkan objektifkajian sarna ada objektif seeara umum dan khusus.

7

Page 21: ·A·O - ir.unimas.my Kaunselor di dalam organisasi-satu kajian kes di... · Dalam dunia global yang penuh dengan cabaran, pelbagai masalah serta tekanan yang dihadapi oleh masyarakat

BABDUA SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan peranan kaunselor di dalam sesebuah organisasi. Teori-teori yang berkaitan juga akan turut diterangkan selain mengambilkira keperluan-keperIuan serta faktor­faktor yang diberikan. Di samping itu, bahagian ini turut menyentuh tentang kajian-kajian lepas yang berkaitan bagi menyokong kajian yang telah dijalankan.

2.1 Peranan Kaunselor

Dalam Hodgkinson (1992) peranan kaunselor perlu diberi penekanan dalam empat bidang utama. Pertama, kaunselor perlu mempunyai kemah iran dan kebolehan untuk mengendalikan sesi kaunseling dengan kliennya. Keduanya, kaunselor harus melengkapkan dirinya dengan segala maklumat yang tepat dan komprehensif (Barr,1993). Ketiga, kaunselor perlu menilai terlebih dahulu kehendak kliennya sebelum membantu membuat pilihan yang tepat dan akhir sekali yang keempat iaitu kaunselor perIu mempunyai kemahiran mengurus dan mengendalikan program-program kaunseling serta kemahiran menilai keefektifan program yang telah dijalankan (Zunker, 1994).

Nur Aini (1988), jangkaan dan harapan individu terhadap perkhidmatan kaunseling adalah berbeza-beza bergantung kepada kefahaman masing-masing terhadap pengertian konsep kaunseling, pendekatan dan teknik atau struktur proses dan perhubungan kaunseling dalam konteks membantu individu menghadapi serta menangani cabaran hidup.

Sebaliknya, satu altematif kepada kaunseling ialah sebagaimana dihuraikan oleh Herzberg (1976) menjelaskan situasi kerja yang menimbulkan kekecewaan dan ketiadaan peluang­peluang untuk melahirkan atau mengurangkan masalah, akan menghadapi kos yang tinggi terhadap organisasi dan individu.

Coleman (1988) dalam Hasmani (2002), mengatakan kekecewaan, ketidakselesaan, kebosanan serta terlalu banyak tanggungjawab telah menyebabkan berlakunya masalah dan tekanan di tempat kerja. Masalah-masalah yang dihadapi akan membawa kepada penurunan produktiviti serta sikap tidak peduli terhadap organisasi.

8

Page 22: ·A·O - ir.unimas.my Kaunselor di dalam organisasi-satu kajian kes di... · Dalam dunia global yang penuh dengan cabaran, pelbagai masalah serta tekanan yang dihadapi oleh masyarakat

.

l

'

Menurut Krimboltz (1969) menyatakan bahawa peranan kaunselor untuk mencapai matlamat kaunseling yang dijalankan haruslah memenuhi tiga kriteria; ia mestilah matlamat yang dikehendaki oleh klien, kaunselor haruslah bersedia membantu klien untuk mencapai matlamat tersebut dan matlamat yang akan dicapai oleh klien sepatutnya dapat dianggarkan oleh kaunselor.

Yankelovick (1974) menunjukkan keperIuan untuk mengintegrasikan kaunseling dalam organisasi iaitu pekerja mahu mengetahui apa dan bagaimana dasar-dasar yang melibatkan diri mereka dengan mengadakan dialog tentang hal-hal yang dahulunya menjadi budi bicara pengurus dan polisi dan amalan personel semakin menjadi 'transparent' . Ini kerana dalam organisasi kerap berIaku kekecewaan terhadap polisi organisasi, ketidaktentuan tentang syarat­syarat peranan serta "insecurity" tentang kebolehan dan kemahiran yang dimiliki.

Ibrahim Talib (2000) dalam penulisannya berkaitan Peranan Kaunseling Dalam Memantapkan Sesebuah Organisasi (Guide and Counseling) menyatakan beberapa peranan kaunselor yang berkhidmat dalam sesebuah organisasi iaitu:

2.1.1 Kaunselor Sebagai Pembimbing

Dalam organisasi, peranan penting harus dilakukan dalam memberi maklumat yang terkini berkaitan maklumat organisasi dan kerjaya, memberi arahan tugas, meringkaskan fakta yang diperIukan dan menjelaskan mengapa sesuatu pendekatan itu berjaya dilakukan. Kaunselor juga berperanan mengubah pandangan (point of view) dan membantu mengadaptasi dalam hid up dengan cara bertindak ke atas kandungan (content) kehidupan mereka berkenaan kerja mereka.

2.1.2 Kaunselor Sebagai Penyelesai Masalah

Kaunselor berperanan mengeluarkan serta mencungkil bukti-bukti yang ada dan mencantumkannya semula dengan membuat pemerhatian terhadap perkara-perkara yang berIaku. Oleh yang demikian, kaunselor harus memecahkan persepsi ten tang realiti dan berkonfrantasi terhadap amalan-amalan keagamaan serta menunjukkan ketidaksesuaian melakukannya.

2.1.3 Kaunselor Sebagai Pemangkin

Semasa berkhidmat di dalam organisasi juga, kaunselor menjadi perakam waktu dengan mengatur jadual pertemuan antara pihak pen gurus an dan pekerja, memberi pandangan bebas terhadap prestasi seseorang, dan menilai usaha-usaha untuk meningkatkan keupayaan serta memeriksa semula pendekatan terhadap penyelesaian masalah yang dihadapi oleh pekerja dengan cara yang berlaianantara individu dengan individu yang lain.

Kesimpulannya, bagi membolehkan kaunselor memberi pertolongan kepada pekerja dan memahami dorongan diri pekerja, teori ini sangat sesuai dijadikan panduan untuk meningkatkan

9

prestasi pekerja. [ berIainan antara se yang demikian, pil mereka dapat berge

2.1.4 Peranan-I

Kaunse~or biasanya dari perkhidmatan dijalankan, hubungc seorang kaunselor kepakaran yang d ataupun mengeluarl

Dalam keadaan tl perancangan yang ( yang dipertanggung antara pihak pengu dilakukan.

Selain itu juga, seOl yang dilakukan 01 dikendalikan. Mene putus, maka kauli perhubungan kauns(

2.1.5 Tanggungja

Dalam Kod Etika seorang kaunselor tanggungjawab ters(

• Kauns organi

• Kauns menin!

• Kauns organi

• Kauns • • • Kauns

kemuIl menye

• Kauns kerjay,

Page 23: ·A·O - ir.unimas.my Kaunselor di dalam organisasi-satu kajian kes di... · Dalam dunia global yang penuh dengan cabaran, pelbagai masalah serta tekanan yang dihadapi oleh masyarakat

Memantapkan ...,.",,,_.v. yang

waktu dengan tld<mglm bebas Itu.pa'vaaill serta

oleh pekeJja

pekerja dan meningkatkan

prestasi pekerja. Dalam men gurus pekerja, kaunselor hendaklah menggunakan kaedah yang berlainan antara seQrang pekerja dengan pekerja yang lain mengikut keperluan mereka. Oleh yang demikian, pihak pengurusan haruslah memenuhi dahulu keperluan asas pekerja supaya mereka dapat bergerak untuk mencapai tahap yang tinggi.

2.1.4 Peranan-Peranan Lain Kaunselor

Kaunselor biasanya mempunyai peluang untuk memberikan perkhidmatan yang pelbagai selain dari perkhidmatan kaunseling yang diberikan. Perunding, menyelia sesuatu aktiviti yang dijalankan, hubungan sosial dan komentar secara profesional adalah antara contoh peranan lain seorang kaunselor. Menjadi satu kewajipan kepada kaunselor untuk mengetahui tahap kepakaran yang dimiliki untuk mengelakkan daripada melebihi tahap sebagai perunding ataupun mengeluarkan sebarang kenyataan umum berkaitan dengan tugas yang dijalankan.

Dalam keadaan tertentu, seorang kaunselor menjadi sebagai pentadbir dalam sesuatu perancangan yang dilakukan. lni kerana, pekerja akan melaporkan sesuatu kerja kepada orang yang dipertanggungjawabkan iaitu kaunselor. Maka, kaunselor akan menjadi orang perantaraan antara pihak pengurusan dan pekerja dengan memahami perbincangan dan strategi yang perlu dilakukan.

Selain itu juga, seorang kaunselor harus menekankan persediaan yang rapi dengan pemeriksaan yang dilakukan oleh golongan profesional untuk menilai sesuatu program yang bakal dikendalikan. Menentukan keputusan apabila berlaku konflik adalah sukar untuk mencapai kata putus, maka kaunselor berperanan untuk mengamhil tindakan berdasarkan pandangan perhubungan kaunseling dan sosialisasi klieUillya.

2.1.5 Tanggungjawab Kaunselor Kepada Organisasi Dan Majikan

Dalam Kod Etika Kaunselor, beberapa tanggungjawab yang telah digariskan agar peranan seorang kaunselor dalam organisasi tidak bercanggah dengan profesioUillya. Antara tanggungjawab tersebut adalah:

• KaunseIor hendaklah mematuhi segal a perjanjian yang ditandatangani dengan organisasi di mana dia berkhidmat

• Kaunselor hendaklah mematuhi polisi dan prosedur organisasinya, serta berusaha meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmataUillya dengan organisasi

• Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi di mana dia bertugas

• Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya

• • • '. Kaunselor hendaklah memberitahu majikannya keadaan-keadaan di mana

kemungkinan berlakunya konflik yang boleh merosakkan atau perkara yang menyekati keberkesanan tugas-tugasnya

• Kaunselor hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan keJjaya untuk dirinya dan stafnya

10

Page 24: ·A·O - ir.unimas.my Kaunselor di dalam organisasi-satu kajian kes di... · Dalam dunia global yang penuh dengan cabaran, pelbagai masalah serta tekanan yang dihadapi oleh masyarakat

'.. 2.2 Jenis-Jenis Masalah Yang Dialami Pekerja

Dalam kajian ini, antara jenis-jenis masalah yang dialami adalah seperti masalah kewangan, keluarga, kerja, kerjaya dan hubungan interpersonal. Menurut McGowen dalam Zunker (1994), sebanyak 15% hingga 20% daripada pekerja yang mengalami masalah personal mempengaruhi prestasi kerja, produktiviti dan tahap moral pekerja.

2.2.1 Masalah Kewangan

Hasil kajian oleh Williams (1996) mendapati bahawa masalah kewangan yang dialami oleh pekerja di kedua-dua sektor awam dan swasta mempengaruhi produktiviti pekerja. Beliau juga berpendapat bahawa masalah seperti ketidakhadiran kerja, masalah keluarga dan sebagainya adalah saling berkaitan dengan masalah kewangan dialami oleh pekerja. Brown (1993) juga turut menyokong kenyataan ini yang mempercayai bahawa masalah kewangan mempengaruhi tahap produktiviti pekerja.

2.2.2 Masalah Keluarga

Confucius mempercayai bahawa jika setiap orang bertingkahlaku sewajarnya sebagai ahli keluarga, maka kebahagiaan dan kemakmuran akan tercapai. Menurut Goode (1988), keluarga merupakan satu institusi sosial yang "expressive" yang berkembang secara formal dalam masyarakat.

Dalam satu kajian oleh Burke (1997), mendapati bahawa kerjaya mempengaruhi keluarga khususnya wanita dan bukannya lelaki. Beliau menjelaskan bahawa keadaan ini berlaku disebabkan kebanyakan organisasi memerlukan kornitmen, usaha dan penglibatan yang tinggi dalam pelaksanaan kerja. Justeru itu, majoriti pekerja wanita yang mempunyai anak adalah sukar untuk mencapai keperluan organisasi tersebut.

Selain itu, McDermott (1988) turut memberi penjelasan yang agak sarna dengan apa yang dikemukakan oleh Burke (1997). Beliau mengatakan bahawa pekerja wanita yang mempunyai anak akan menanggung dua kali beban (double burden). Manakala menurut Burke dan McKeen, wanita yang mempunyai anak kurang memberi perhatian terhadap kerjaya mereka. Mereka turut melaporkan bahawa wanita yang mempunyai anak juga mempunyai jam bekerja dalam serninggu yang kurang dan kurang penglibatan dalam kerja berbanding lelaki.

2.2.3 Masalah Kerja

(a) Tekanan Di Tempat Kerja

Menurut McHugh & Brennan (1993), tekanan mempengaruhi organisasi. Contohnya, kadar pusing ganti yang tinggi, ketidakhadiran yang bertambah, moral yang rendah dan penurunan produktiviti. Menurut kajian yang dijalankan oleh Institute of Management (1M) pada tahun 1994 ke atas 989 orang responden pengurus, mendapati bahawa kerja yang bertambah disebabkan oleh lebihan kerja menyebabkan kebimbangan dan mempengaruhi hubungan dengan

11

ahli ke1uarga. Ka. bimbang tentang meluangkan mas~ mereka tidak m mendatangkan td

Menurut Murphy bahawa sebanyak tahap yang sanga samping itu, seba dihadapi telah me

Salah satu kajian orang pekerja dal Amerika Syarikat menunjukkan bah prestasi kerja.

(b) Isu Prestasi 1

Menurut Brou (19 sikap yang berka lewat atau tidak n: keupayaan dalam tertentu mungkin untuk menyiapkar cuti sakit di man: ketidakhadiran tel yang tinggi.

2.2.4 Masalah

Menurut Kirkcald mendapati bahav pembangunan ket: an tara umur dengl meningkat maka n

Masalah-masalah perkhidmatan kau Perkhidmatan Ps perkhidmatan kau dihadapi seperti:

a) Ketegl b) Ketida