jurulatih membentuk motivasi atlet

10
AKTIVITI 2 : PASANGAN PRAKTIKUM ( JESSYCA ANAK UNGAT & ESTHER ROBERT ) Sekiranya anda menjadi jurulatih di sekolah. Huraikan bagaimana anda akan membentuk motivasi pemain-pemain anda.

Upload: jezsyca-atun

Post on 26-Jan-2016

289 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Psikososial Sukan

TRANSCRIPT

Page 1: Jurulatih membentuk motivasi atlet

AKTIVITI 2 : PASANGAN PRAKTIKUM

( JESSYCA ANAK UNGAT & ESTHER ROBERT )

Sekiranya anda menjadi jurulatih di sekolah. Huraikan bagaimana anda akan membentuk motivasi pemain-

pemain anda.

Page 2: Jurulatih membentuk motivasi atlet

PEMBENTUKAN MOTIVASI

a) Mewujudkan Pengalaman

Kejayaan

b) Meningkatkan Keyakinan Diri

Alet

c) Latihan Berperingkat

d) Penglibatan Pemain dalam

Membuat Keputusan

e) Latihan Simulasi

Page 3: Jurulatih membentuk motivasi atlet

A) MEWUJUDKAN PENGALAMAN KEJAYAAN

Kejayaan atlet boleh dipastikan dengan menstrukturkan aktiviti di setiap latihan.Misalnya, dalam latihan jaringan, saiz bola boleh dibesarkan atau dikecilkan mengikut kebolehan pemain hingga dia berjaya. Dengan bertambahnya kejayaan dalam penguasaan kemahiran dan persembahan dalam latihan, atlet akan ditingkatkan keyakinan kejayaan dalam sesuatu pertandingan.Pengalaman kejayaan itu dapat menguatkan lagi keinginan bersaing.

Page 4: Jurulatih membentuk motivasi atlet

Keyakinan diri penting untuk persembahan

yang baik dan perlu dibina.

Aktiviti yang boleh meningkatkan keyakinan

diri atlet adalah memberi maklum balas positif

kepada atlet terhadap perlakuan yag betul dan

tepat, berfikiran positif, berlatih dengan pemain

yang berkebolehan dan sebagainya.

B) MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI ALET

Page 5: Jurulatih membentuk motivasi atlet

Proses latihan berperingkat akan membina keyakinan diri atlet dengan menilai keupayaan kendiri.

Atlet akan berlatih menguasai kemahiran dengan latih tubi.

Setelah kemahiran dikuasai, atlet itu boleh menilai diri sendiri berbanding dengan orang lain untuk memperbaiki kelemahan.

Proses terakhir ialah atlet telah dapat mengintegrasikan penguasaan kemahiran dan telah bersedia untuk membuat perbandingan dengan orang lain.

C) LATIHAN BERPERINGKAT

Page 6: Jurulatih membentuk motivasi atlet

Jurulatih harus memberi atlet tanggungjawab

untuk membuat sesuatu keputusan dan

peraturan.

Dengan ini, kawalan persepsi akan ditingkatan

dan pencapaian peribadi dapat dirasai.

Misalnya, pemain-pemain diberi peluang 

merancang atau membuat perubahan terhadap

aktiviti-aktiviti latih tubi. 

D) PENGLIBATAN PEMAIN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

Page 7: Jurulatih membentuk motivasi atlet

Latihan simulasi dijalankan dalam keadaan

yang hampir sama dengan pertandingan

sebenarnya.

Atlet akan dapat membiasakan diri dengan

pertandingan sebenar yang akan dihadapinya.

Kelemahan penguasaan kemahiran dan strategi

dapat dikesan dan dibaiki dalam latihan

simulasi.

Atlet akan bersedia untuk menghadapi

pertandingan dengan penuh keyakinan. 

E) LATIHAN SIMULASI

Page 8: Jurulatih membentuk motivasi atlet

KESIMPULANNYA . . .

Seseorang jurulatih yang baik dan berkesan akan cuba meningkatkan dan mengekalkan motivasi atletnya.

Motivasi intrinsik harus dipupuk dan dikembangkan dalam diri setiap atlet.

Peranan jurulatih adalah berusaha memastikan atlet mereka memilih motivasi intrinsik.

Sebaliknya, atlet yang mempunyai motivasi ekstrinsik biasanya bermain untuk ganjaran yang berupa kebendaan, penghargaan dan publisiti.

Ganjaran kebendaan akan hilang lebih cepat jika dibanding dengan ganjaran kepuasan atau motivasi intrinsik.

Page 9: Jurulatih membentuk motivasi atlet

Tahap motivasi intrinsik meningkat bila atlet merasakan dia telah mempamerkan prestasi yang baik berbanding dengan mereka yang mempunyai persepsi kejayaan yang rendah.

Menang atau kalah adalah tidak penting dalam penentuan motivasi intrinsik.

Apa yang perlu dilakukan oleh jurulatih atau guru ialah memberikan maklum balas yang subjektif terhadap perlakuan yang baik walau pun objektifnya tidak tercapai.

Justeru itu, jurulatih harus menstruktur dan menggunakan ganjaran (dan strategi-strategi lain) untuk meningkatkan persepsi kejayaan melalui motivasi intrinsik atlet mereka.

Page 10: Jurulatih membentuk motivasi atlet