kata aluan naib canselor universiti malaysia …...ukiran sejarah kami. semoga kejohanan sam 2020 di...

23

Upload: others

Post on 19-Jul-2020

19 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA …...ukiran sejarah kami. Semoga Kejohanan SAM 2020 di negeri Sarawak akan dapat mencungkil bakat di samping dapat membentuk atlet yang
Page 2: KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA …...ukiran sejarah kami. Semoga Kejohanan SAM 2020 di negeri Sarawak akan dapat mencungkil bakat di samping dapat membentuk atlet yang

KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera, Salam Ibu Pertiwiku dan Salam UNIMASKu Sayang

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Pusat Pengajian Pra-Universiti (PPPU) dan Pusat Sukan UNIMAS atas kejayaan dalam mengelolakan penganjuran Sukan Asasi Malaysia 2020 buat pertama kalinya di negeri Sarawak Bumi Kenyalang.

Saya percaya kejohanan sukan bertaraf kebangsaan ini akan dapat memberi peluang kepada semua warga Pusat Asasi Universiti Awam dan Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia menunjukkan bakat dan kemahiran dalam bersukan serta bersaing dalam kategori-kategori sukan yang dipertandingkan.

Kejohanan sukan ini sudah tentunya akan menjadi pemangkin dalam memartabatkan warga Pusat Asasi Universiti Awam dan Kolej Matrikulasi dalam pengurusan sukan selain memupuk semangat kesukanan dan setiakawan di kalangan peserta yang datang dari pelbagai latar belakang dan negeri.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Sukan Asasi Malaysia 2020. Saya berharap kejohanan ini akan mencapai sasaran yang ditetapkan.

Datang kalian membawa harapan, semoga pulang kalian bersama kejayaan.

Sekian, terima kasih.

YBhg Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi

Naib Canselor

Universiti Malaysia Sarawak

Page 3: KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA …...ukiran sejarah kami. Semoga Kejohanan SAM 2020 di negeri Sarawak akan dapat mencungkil bakat di samping dapat membentuk atlet yang

KATA ALUAN TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam UNIMASKu Sayang

Alhamdulillah buat pertama kalinya Pusat Pengajian Pra-Universiti (PPPU) dengan kerjasama Pusat Sukan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) diberi ruang dan peluang untuk menganjurkan satu acara sukan yang cukup berprestij di Negeri Sarawak. Akal yang cergas datangnya daripada jasmani yang sihat. Begitulah Kejohanan Sukan Asasi Malaysia 2020 (SAM 2020) membawa mesej yang baik kepada atlet yang terlibat. Semoga dengan adanya acara sukan ini dapat merapatkan lagi ikatan ukhwah di antara pelajar dan staf pusat asasi serta matrikulasi dari seluruh Malaysia. Kalian sangat bertuah untuk bersama kami mewarnai kegemilangan SEDEKAD PPPU dan menjadi sebahagian ukiran sejarah kami. Semoga Kejohanan SAM 2020 di negeri Sarawak akan dapat mencungkil bakat di samping dapat membentuk atlet yang lebih berdaya saing untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Selamat datang dan semoga pulang dengan kejayaan. Kalianlah wira dan wirawati kebanggaan institusi masing-masing. Semoga berjaya.

YBhg Profesor Datu Mohd Fadzil bin Abd Rahman

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni,

Universiti Malaysia Sarawak

Page 4: KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA …...ukiran sejarah kami. Semoga Kejohanan SAM 2020 di negeri Sarawak akan dapat mencungkil bakat di samping dapat membentuk atlet yang

KATA ALUAN PENGARAH PUSAT PENGAJIAN PRA UNIVERSITI UNIMAS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran dan sukacitanya Pusat Pengajian Pra Universiti (PPPU) dengan kerjasama Pusat Sukan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sebagai penganjur bersama, telah diberi peluang dan amanah untuk menganjurkan Kejohanan Sukan Asasi Malaysia 2020 (SAM 2020) edisi yang ketiga ini. Lebih bermakna lagi, Kejohanan SAM 2020 ini menjadi acara pembukaan sambutan SEDEKAD PPPU pada tahun ini. Kami warga PPPU mengalu-alukan kehadiran semua kontinjen dari 13 buah Pusat Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi ke UNIMAS di bumi kenyalang yang bertuah ini. Kami sangat berbangga kerana dapat bersama-sama dengan warga Asasi dan Matrikulasi mencatat sejarah yang bakal mewarnai kegemilangan SEDEKAD PPPU. Semoga penganjuran Kejohanan SAM 2020 ini bukan sahaja menjadi satu medan pertarungan yang sihat untuk meraih kemenangan, tetapi apa yang lebih utama, Kejohanan SAM 2020 ini menjadi satu platform yang bermanfaat untuk semua staf dan pelajar mencipta hubungan dan jaringan persahahatan yang erat dan berfaedah. Semoga nilai-nilai murni yang dipupuk melalui Kejohanan SAM 2020 ini juga menjadi satu indikator kepada keberlangsungan sukan asasi pada masa akan datang. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam persiapan dan penganjuran kejohanan ini. Segala usaha, idea, kreativiti dan penat lelah semua ahli jawatankuasa pelaksana amat dihargai dan menjadi bukti keserakanan keluarga besar UNIMAS.

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada semua atlet yang bertanding. Semoga kejayaan kalian mencipta kenangan indah di bumi Sarawak dan menjadi ukiran bermakna di lipatan sejarah kami di PPPU.

Semoga Berjaya.

SEDEKAD PPPU GEMILANG

TEGUH BERSAMA UNIMASKU SAYANG.

Profesor Madya Dr Muna Binti Sabri

Pengarah Pusat Pengajian Pra- Universiti

Universiti Malaysia Sarawak

Page 5: KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA …...ukiran sejarah kami. Semoga Kejohanan SAM 2020 di negeri Sarawak akan dapat mencungkil bakat di samping dapat membentuk atlet yang

PENGENALAN

Sukan Asasi Malaysia (SAM) merupakan kejohanan sukan tahunan yang disertai oleh

kesemua dua belas buah Pusat Asasi Universiti Awam di Malaysia dan Bahagian

Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bermula tahun 2018, Sukan Inter Asasi (IAG) Universiti Awam mula diperkenalkan

sebagai satu wadah jaringan kerjasama antara Pusat Asasi UA seluruh negara dan

Matrikulasi, sebagai satu usaha membudayakan gaya hidup sihat serta bertujuan

mencungkil dan mengetengahkan bakat kesukanan dalam kalangan pelajar asasi.

Bermula tahun 2020 Sukan Inter Asasi Games (IAG) akan dikenali sebagai Sukan

Asasi Malaysia (SAM).

Penganjuran kejohanan ini adalah mengikut sistem pengggiliran yang telah

dipersetujui pada IAG pertama yang diadakan di Pusat Asasi UITM Dengkil dan Pusat

Asasi UKM pada tahun 2018. Kini tibalah giliran UNIMAS melalui penganjuran

bersama Pusat Pengajian Pra Universiti dan Pusat Sukan untuk menjadi tuan rumah

bagi kejohanan peringkat kebangsaan ini untuk edisi yang ketiga. SAM UNIMAS 2020

juga menjadi sebahagian daripada acara yang disenaraikan sebagai salah satu aktiviti

sambutan Sedekad PPPU pada tahun 2020.

Page 6: KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA …...ukiran sejarah kami. Semoga Kejohanan SAM 2020 di negeri Sarawak akan dapat mencungkil bakat di samping dapat membentuk atlet yang

OBJEKTIF

1. Menggalakkan penyertaan sukan prestasi tinggi dalam kalangan warga Institusi

Pendidikan Tinggi Awam di Malaysia.

2. Mengeratkan hubungan di antara pelajar dan staf asasi serta matrikulasi dari seluruh

Malaysia.

3. Menggalakkan persaingan secara sihat melalui penganjuran sukan secara

professional.

4. Platform untuk mengetengahkan bakat-bakat sukan untuk digilap ke peringkat lebih

tinggi.

Page 7: KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA …...ukiran sejarah kami. Semoga Kejohanan SAM 2020 di negeri Sarawak akan dapat mencungkil bakat di samping dapat membentuk atlet yang

SENARAI ACARA SUKAN YANG DIPERTANDINGKAN

Bil Acara

Venue

1 FUTSAL LELAKI Arena Futsal 2 FUTSAL PEREMPUAN Arena Futsal 3 BADMINTON LELAKI Stadium

Badminton 4 BADMINTON PEREMPUAN Stadium

Badminton 5 KAROM LELAKI Stadium UNIMAS 6 KAROM PEREMPUAN Stadium UNIMAS 7 BOLA JARING Arena Futsal 8 SEPAK TAKRAW Stadium

Badminton 9 OLAHRAGA (LELAKI & PEREMPUAN)

• 100M • 200M • 400M • 800M • 4X100M • 4X200M • RELAY MEDLEY

(100m,100m,200m,400m)

Stadium UNIMAS

10 E -SPORT (TERBUKA) • FIFA 19 • MOBILE LEGEND BANG BANG • DOTA 2

Student Pavillion

Page 8: KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA …...ukiran sejarah kami. Semoga Kejohanan SAM 2020 di negeri Sarawak akan dapat mencungkil bakat di samping dapat membentuk atlet yang

JADUAL PERTANDINGAN SAM UNIMAS 2020 MASA KHAMIS - 16 JANUARI JUMAAT - 17 JANUARI SABTU - 18 JANUARI AHAD - 19 JANUARI

0800 KETIBAAN KONTINJEN FUTSAL LELAKI

BADMINTON LELAKI BADMINTON WANITA

DOTA 2 FIFA’19

BOLA JARING MOBILE LEGEND BANG

BANG DOTA 2

BADMINTON LELAKI SEPARUH AKHIR & AKHIR

BADMINTON WANITA SEPARUH AKHIR & AKHIR

SEPAK TAKRAW

MOBILE LEGEND BANG BANG

PENUTUPAN KEJOHANAN

1500 TAKLIMAT KETUA KONTINJEN DAN

PENGURUS PASUKAN

FUTSAL LELAKI BADMINTON LELAKI BADMINTON WANITA

DOTA 2 FIFA’19

MOBILE LEGEND BANG BANG

DOTA 2 FUTSAL WANITA SEPAK TAKRAW

AKHIR

2000 PERASMIAN KEJOHANAN OLAHRAGA KAROM

Page 9: KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA …...ukiran sejarah kami. Semoga Kejohanan SAM 2020 di negeri Sarawak akan dapat mencungkil bakat di samping dapat membentuk atlet yang

Aturcara Majlis Perasmian Sukan Asasi Malaysia 2020 (SAM2020)

Khamis, 16 Januari 2020 Stadium Badminton UNIMAS

Masa Aturcara 7.00 malam - Ketibaan Pelajar 7.30 malam - Ketibaan Tetamu Jemputan 7.45 malam - Ketibaan YBhg Prof Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi,

Naib Canselor UNIMAS 7.55 malam - Ketibaan YB Datuk Snowdan Lawan,

Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak - Perarakan Masuk Kontinjen - Lagu Negaraku dan UNIMAS Gemilang - Bacaan Doa - Ucapan Aluan oleh YBhg Prof Datuk Dr Mohamad Kadim bin

Suaidi, Naib Canselor UNIMAS

- Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Snowdan Lawan,

Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak - Gimik Perasmian - Penyampaian Cenderamata - Perarakan Masuk Bendera Kejohanan - Bacaan Ikrar - Persembahan Selamat Datang - Penyampaian Cenderamata Kepada Kontinjen - Selesai

Page 10: KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA …...ukiran sejarah kami. Semoga Kejohanan SAM 2020 di negeri Sarawak akan dapat mencungkil bakat di samping dapat membentuk atlet yang

Aturcara Majlis Penutupan Sukan Asasi Malaysia 2020 (SAM2020)

Ahad, 19 Januari 2020 Student Pavillion UNIMAS

Masa Aturcara 11.00 pagi - Ketibaan Pelajar 11.30 pagi - Ketibaan Tetamu Jemputan 11.45 pagi - Ketibaan YBhg Prof Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi,

Naib Canselor UNIMAS - Lagu Negaraku dan UNIMAS Gemilang - Bacaan Doa - Ucapan Aluan oleh YBhg Prof Madya Dr Muna Bt Sabri,

Pengarah Pusat Pengajian Pra-Universiti UNIMAS

- Gimik Majlis Penutupan - Penyampaian Piala Pusingan - Upacara Menurun Bendera Kejohanan - Penyerahan Bendera Kejohanan Kepada Tuan Rumah 2021 - Selesai

Page 11: KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA …...ukiran sejarah kami. Semoga Kejohanan SAM 2020 di negeri Sarawak akan dapat mencungkil bakat di samping dapat membentuk atlet yang

JAWATANKUASA EKSEKUTIF

YBhg Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi Penaung

YBhg Profesor Datu Mohd Fadzil bin Abd Rahman Penasihat

Profesor Madya Dr. Muna binti Sabri Pengerusi I

Profesor Dr. Azhaili bin Baharun Pengerusi II

Profesor Madya Dr. Ruhana binti Hassan Naib Pengerusi I

Haji Zambari bin Haji Baijuri Naib Pengerusi II

Farah Liyana binti Azizan Setiausaha I

Olizer Olivina anak Abdul Setiausaha II

Nur Syamsiah binti Jeman Bendahari I

Sukiah binti Merais Bendahari II

Page 12: KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA …...ukiran sejarah kami. Semoga Kejohanan SAM 2020 di negeri Sarawak akan dapat mencungkil bakat di samping dapat membentuk atlet yang

JAWATANKUASA PENGELOLA

SEKRETARIAT Mohamad Razif bin Othman

Ketua

JK TEKNIKAL

Haji Zambari bin Haji Baijuri Pengerusi

Ealfy ak Graggory Dullie Pembantu Pengerusi

JK PENAJAAN Chew Khui Tat

Ketua

JK HADIAH

Dzetty Soraya binti Abdul Aziz Ketua

JK SUKARELAWAN

Abd. Al-Hafiz bin Ismail Ketua

JK PENGELOLAAN MAJLIS &

PROTOKOL Mohmad Hidayat bin Badar

Ketua

Nor Syamsiah binti Jeman

JK PERSEMBAHAN DAN TEKNIKAL PENTAS

Noor Azrul bin Mohd. Ariff Ketua

JK MULTIMEDIA & PUBLISITI Ahmad Deedat bin Ibrahim

Ketua

JK PENGINAPAN

Dr. Farah binti Zaini Ketua

JK KESELAMATAN

ASP/PB Idzhar Shaffarul Hasli Ketua

JK PERUBATAN

Dr. Dessmon Weydon anak Ajong Ketua

JK PENGANGKUTAN

Hafiz Aizat bin Ali Ketua

JK MAKANAN

Nur Syamsiah binti Jeman Ketua

Page 13: KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA …...ukiran sejarah kami. Semoga Kejohanan SAM 2020 di negeri Sarawak akan dapat mencungkil bakat di samping dapat membentuk atlet yang

SENARAI KONTINJEN BERTANDING

Pusat Pengajian Pra Universiti UNIMAS

Pusat Asasi Sains UM Program ASASIpintar

UKM Pusat Asasi Sains

Pertanian UPM

Pusat Asasi UIAM Pusat Asasi Pengurusan

UUM Pusat Persediaan Sains

dan Teknologi UMS

Pusat Tamhidi USIM Pusat Asasi UITM

Kampus Dengkil Pusat Asasi STEM UMT

Pusat Asasi Sains dan

Perubatan UniSZA Pusat Asasi Pertahanan

UPNM Majlis Sukan Matrikulasi

Malaysia

Garden of Knowledge and Virtue

Page 14: KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA …...ukiran sejarah kami. Semoga Kejohanan SAM 2020 di negeri Sarawak akan dapat mencungkil bakat di samping dapat membentuk atlet yang

SENI REKAAN: LOGO DAN IDENTITI

Bentuk bunga hasil abstrak lingkaran manusia yang sedang mengangkat tangan bersama-sama diwarnakan dengan warna logam emas. “Semangat kebersamaan untuk menuju suatu cita-cita tinggi adalah sesuatu yang indah.”

Motif burung Enggang Kenyalang dan motif obor sukan dengan tiga lidah api disatukan. Empat helai daun dibentuk

menjadi aksara 2020.

“Selamat datang ke Universiti Malaysia Sarawak, tuan rumah Kejohanan Sukan Asasi Malaysia ke-3 tahun

2020. Mari bertanding dengan semangat keadilan, etika, hormat, dan

persahabatan.”

Page 15: KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA …...ukiran sejarah kami. Semoga Kejohanan SAM 2020 di negeri Sarawak akan dapat mencungkil bakat di samping dapat membentuk atlet yang

SENI REKAAN: PINGAT DAN PIALA

Logo Kejohanan diangkat tinggi di atas topografi piramid-piramid segitiga.

“Kegemilangan tidak terbina di atas puncak kejayaan tinggi yang satu. Kegemilangan terbina di atas puncak-puncak kejayaan kecil yang banyak.”

Sfera kristal mengapungkan Logo Kejohanan, bertenggek tinggi di atas

kaki piala.

“Di kala kau menjulang tinggi piala ini, ingatlah untuk mengangkat ideal yang

ingin dibawa oleh kejohanan ini.”

Page 16: KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA …...ukiran sejarah kami. Semoga Kejohanan SAM 2020 di negeri Sarawak akan dapat mencungkil bakat di samping dapat membentuk atlet yang

SENI REKAAN: BENDERA

Bendera kejohanan dikibarkan buat julung kalinya di Kejohanan Sukan Asasi Malaysia Ke-3

UNIMAS 2020.

Logo SAM, logo kejohanan, rekaan pingat dan bendera adalah hasil rekaan pensyarah Pusat Pengajian Pra Universiti UNIMAS, Encik Ahmad Deedat Ibrahim

Page 17: KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA …...ukiran sejarah kami. Semoga Kejohanan SAM 2020 di negeri Sarawak akan dapat mencungkil bakat di samping dapat membentuk atlet yang

NOMBOR TELEFON UNTUK DIHUBUNGI

BIL NAMA JAWATANKUASA NO. TELEFON

1. Mohamad Razif b Othman Sekretariat 016-8005141

2. Hafiz Aizat bin Ali Pengangkutan 011-1616 1010

3. ASP/PB Idzhar Shaffarul Hasli Keselamatan 016-8603972

4. Dr Dessmon Weydon anak Ajong Perubatan 016-8991977

5. Dr Farah Binti Zaini Penginapan 019-727 0309

6. Semawi bin Mohamat Badminton 014-892 1470

7. Amiruddin bin Sapiee Futsal 013-572 9670

8. Mohd Suhaidzul bin Suep Sepak Takraw 013-802 4887

9. Ramli Bin Bujang Bola Jaring 012-845 0455

10. Mohamad Afif Zulhusmi bin Alet Olahraga 016-856 9496

11. Zikri bin Saraee Karom 012-872 1321

12. Ahmad Alif bin Kamal E Sport 012-852 5520

Page 18: KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA …...ukiran sejarah kami. Semoga Kejohanan SAM 2020 di negeri Sarawak akan dapat mencungkil bakat di samping dapat membentuk atlet yang

PETA UNIMAS

Page 19: KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA …...ukiran sejarah kami. Semoga Kejohanan SAM 2020 di negeri Sarawak akan dapat mencungkil bakat di samping dapat membentuk atlet yang

SEKALUNG PENGHARGAAN

Rafulin Holdings Sdn Bhd

LEA Sports Centre Sdn Bhd

Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd

Musyati Sdn Bhd

Jurutera Minsar Consult Sdn Bhd

PU Engineering Sdn Bhd

MMSB Consult Sdn Bhd

Jurutera Jasa (Sarawak) Sdn Bhd

Page 20: KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA …...ukiran sejarah kami. Semoga Kejohanan SAM 2020 di negeri Sarawak akan dapat mencungkil bakat di samping dapat membentuk atlet yang

PENGHARGAAN PENAJA E-SUKAN

Page 21: KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA …...ukiran sejarah kami. Semoga Kejohanan SAM 2020 di negeri Sarawak akan dapat mencungkil bakat di samping dapat membentuk atlet yang

WAKTU SOLAT KOTA SAMARAHAN

PERKATAAN LAZIM BAHASA SARAWAK

Bahasa Sarawak

Terjemahan

Kamek Saya Kitak Kamu/Awak Sitok Sini Sinun Sana Klaka Bersembang

Padah/Madah Beritahu Sik Tidak

Sikda Tiada Sikboh Jangan Di siney Di mana Kinektok Sekarang

Lawa Sombong Bulak Bohong

Nyaman Sedap Pusak Kucing Belon Kapal terbang

Berekot Berlari Limpas Lalu Polah Buat

Page 22: KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA …...ukiran sejarah kami. Semoga Kejohanan SAM 2020 di negeri Sarawak akan dapat mencungkil bakat di samping dapat membentuk atlet yang

AUTOGRAF

Page 23: KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA …...ukiran sejarah kami. Semoga Kejohanan SAM 2020 di negeri Sarawak akan dapat mencungkil bakat di samping dapat membentuk atlet yang