jurnal reflektif mingguan 1

2
Jurnal Reflektif Mingguan Minggu 1 (27 September- 1 Oktober) Ini adalah minggu pertama saya melaporkan diri di SJKC Masai untuk menjalani internship. Saya hadir ke sekolah pada sesi pagi untuk berjumpa dengan guru besar dan guru penolong kanan serta memperkenalkan diri. Saya berasa amat syukur kerana mempunyai rakan dari IPG yang sama turut menjalani program internship di sekolah yang sama. Selain itu, saya juga berkenalan dengan rakan baru dari IPG lain, jumlah orang adalah 8 orang yang akan menjalani internship di SJKC Masai. Kedatangan kami amat dialu-alukan oleh pihak sekolah. GPK 1 telah menyediakan makanan kepada kami semua dan beliau turut memperkenalkan persekitaran sekolah kepada kami. Sekolah ini mempunyai kawasan yang agak luas dan mempunyai 4 buah bangunan yang tiga arasnya. Infrastrukturnya juga sangat lengkap, setiap bilik darjah turut dilengkapi dengan smartboard dan komputer, bilik darjah yang berunsurkan ICT mesti dapat meningkatkan kadar keberkesanan pembelajaran. Saya ditempatkan di sesi petang. Pada minggu ini, saya belum ada jadual kelas, maka saya membantu guru-guru untuk menguruskan pelbagai perkara termasuk persediaan hari kanak-kanak. Saya juga dipanggil untuk menganti kelas. Saya menganggap ini sebagai peluang-peluang untuk

Upload: willson-lim

Post on 04-Dec-2015

185 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

Jurnal Reflektif Mingguan 1 for intership, simply do

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal Reflektif Mingguan 1

Jurnal Reflektif Mingguan

Minggu 1

(27 September- 1 Oktober)

Ini adalah minggu pertama saya melaporkan diri di SJKC Masai untuk

menjalani internship. Saya hadir ke sekolah pada sesi pagi untuk berjumpa

dengan guru besar dan guru penolong kanan serta memperkenalkan diri.

Saya berasa amat syukur kerana mempunyai rakan dari IPG yang sama turut

menjalani program internship di sekolah yang sama. Selain itu, saya juga

berkenalan dengan rakan baru dari IPG lain, jumlah orang adalah 8 orang

yang akan menjalani internship di SJKC Masai.

Kedatangan kami amat dialu-alukan oleh pihak sekolah. GPK 1 telah

menyediakan makanan kepada kami semua dan beliau turut

memperkenalkan persekitaran sekolah kepada kami. Sekolah ini mempunyai

kawasan yang agak luas dan mempunyai 4 buah bangunan yang tiga

arasnya. Infrastrukturnya juga sangat lengkap, setiap bilik darjah turut

dilengkapi dengan smartboard dan komputer, bilik darjah yang berunsurkan

ICT mesti dapat meningkatkan kadar keberkesanan pembelajaran.

Saya ditempatkan di sesi petang. Pada minggu ini, saya belum ada

jadual kelas, maka saya membantu guru-guru untuk menguruskan pelbagai

perkara termasuk persediaan hari kanak-kanak. Saya juga dipanggil untuk

menganti kelas. Saya menganggap ini sebagai peluang-peluang untuk

menyesuaikan diri dengan sekolah baru supaya segala aktiviti yang dirancang

nanti boleh dijalankan dengan lancar. Saya mendapati sekolah ini banyak

diduduki oleh murid dari pelbagai kaum walaupun sekolah ini ialah SJKC,

fenomena ini adalah sangat bagus bersepadu dengan matlamat 1 Malaysia

kerana murid dari pelbagai kaum serta latar belakang yang berbeza dapat

belajar bersama-sama malah boleh memupuk perpaduan.

Pada hari bulan 29 dan 30 September, bacaan API jerebu telah

mencapai tahap yang amat tidak sihat, sekolah di negeri Johor terpaksa

dihentikan. Pada pendapat saya, langkah ini adalah baik bagi menjaga

kesihatan murid-murid kerana tahap immunasi mereka tidak bagus. Maka

Page 2: Jurnal Reflektif Mingguan 1

tindakan henti sekolah adalah wajib. Namun begitu, guru-guru dan pihak

pengurusan sekolah pula bimbang tentang proses pengajaran dan

pembelajaran mereka akan turut tertangguh, kebetulan minggu peperiksaan

sedang berhampiran. Walaubagaimanapun, guru-guru akan cuba sedaya

upaya demi murid-murid.