jurnal reflektif minggu 4

2
JURNAL REFLEKTIF MINGGU 4 (23-27/02/2015) Isu/ Masalah/ Peristiwa: Murid yang tidak menghantar kerja sekolah. Pandangan dan perasaan terhadap isu/ masalah/ peristiwa: Isu ini bukanlah isu yang baharu bagi saya. Masalah murid tidak menghantar kerja sekolah merupakan masalah yang kerap saya hadapi sepanjang praktikum fasa I dan fasa II dan sekarang fasa ke III. Murid selalu sahaja lambat menghantar kerja mereka. Malah terdapat murid yang tidak membuat kerja sekolah yang diberikan walaupun diberikan empat soalan sahaja. Sebagai seorang bakal guru, isu ini haruslah di ambil perhatian daripada semua pihak. Tujuan kerja sekolah diberikan bukanlah untuk membebankan murid. Malah untuk memberikan pengukuhan kepada murid. Oleh itu, kerja rumah yang diberikan haruslah disiapkan dan dihantar untuk membolehkan guru untuk menganalisis pencapaian murid sama ada murid telah menguasai kemahiran yang di ajar atau belum. Analisis isu/ masalah/ peristiwa: Punca: Pada pandangan saya, punca masalah ini terjadi disebabkan kurang motivasi dalam diri murid. Mereka tidak memahami apa tujuan kerja sekolah ini diberikan. Mereka berasa malas untuk menyiapkan kerja. Terdapat juga murid yang terlupa untuk menyiapkan kerja rumah. Kekuatan/ Kelemahan:

Upload: felisca-farah-rubert

Post on 26-Sep-2015

68 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

jurnal praktikal

TRANSCRIPT

JURNAL REFLEKTIF MINGGU 4 (23-27/02/2015)Isu/ Masalah/ Peristiwa:Murid yang tidak menghantar kerja sekolah. Pandangan dan perasaan terhadap isu/ masalah/ peristiwa:Isu ini bukanlah isu yang baharu bagi saya. Masalah murid tidak menghantar kerja sekolah merupakan masalah yang kerap saya hadapi sepanjang praktikum fasa I dan fasa II dan sekarang fasa ke III. Murid selalu sahaja lambat menghantar kerja mereka. Malah terdapat murid yang tidak membuat kerja sekolah yang diberikan walaupun diberikan empat soalan sahaja. Sebagai seorang bakal guru, isu ini haruslah di ambil perhatian daripada semua pihak. Tujuan kerja sekolah diberikan bukanlah untuk membebankan murid. Malah untuk memberikan pengukuhan kepada murid. Oleh itu, kerja rumah yang diberikan haruslah disiapkan dan dihantar untuk membolehkan guru untuk menganalisis pencapaian murid sama ada murid telah menguasai kemahiran yang di ajar atau belum. Analisis isu/ masalah/ peristiwa:Punca:Pada pandangan saya, punca masalah ini terjadi disebabkan kurang motivasi dalam diri murid. Mereka tidak memahami apa tujuan kerja sekolah ini diberikan. Mereka berasa malas untuk menyiapkan kerja. Terdapat juga murid yang terlupa untuk menyiapkan kerja rumah.Kekuatan/ Kelemahan: Kerja sekolah amat membantu perkembangan kemahiran murid dalam sesuatu mata pelajaran. Namun begitu kita juga harus memberikan pertimbangan yang wajar sekiranya kita ingin memberikan kerja sekolah kepada murid. Kita haruslah memberikan jumlah soalan yang bersesuaian. Tidak terlalu banyak, tidak terlalu sedikit namun sesuai dengan tahap murid. Cadangan Penambahbaikan:Cadangan untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memberikan pendedahan kepada murid tujuan kerja sekolah yang diberikan. Selain daripada itu memberikan ganjaran kepada murid yang menghantar kerja tepat pada masanya. Dengan ini, murid lebih bersemangat untuk menyiapkan kerja sekolah. Selain daripada itu, peringatan yang berulang haruslah diberikan kepada murid. Meminta murid untuk mengambil masa setiap jam 8.00 malam untuk menyiapkan kerja mereka. Sekian.