jurnal reflektif 2

3
JURNAL REFLEKTIF MINGGU KESEMBILAN (6 APRIL 2015 – 10 APRIL 2015) MASALAH: Guru memberikan murid papan tulis kecil yang berbentuk bunga semasa melaksanakan aktiviti di dalam kelas tidak dapat menarik minat murid untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Mereka semua kelihatan tidak bermaya. Tetapi, apabila guru mengedarkan papan tulis kecil yang mempunyai gambar watak kartun “Mickey Mouse” kepada setiap kumpulan, semua murid berebut ingin menyelesaikan soalan yang diberi. Keadaan sama juga berlaku apabila guru mengedarkan lembaran kerja yang bersifat cerita dan mempunyai gambar-gambar watak kartun berbanding dengan lembaran kerja yang hanya mempunyai perkataan. Menurut Teori Pembelajaran Penemuan Bruner, murid-murid dapat membentuk penanggapan atau persepsi dan membina gambaran dalam mental sekiranya mereka diberi gambaran yang jelas dan menarik. Mereka mempunyai kebolehan mental untuk menyimpan imej dalam fikiran sehingga mampu untuk menggambarkan dan membayangkan sesuatu dalam fikiran. ANALISIS: Saya berasa masalah ini timbul kemungkinan besar disebabkan oleh murid berasa jemu melihat perkataan dan gambar-gambar

Upload: lai-wai-ni

Post on 03-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

;0

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal Reflektif 2

JURNAL REFLEKTIF

MINGGU KESEMBILAN

(6 APRIL 2015 – 10 APRIL 2015)

MASALAH:

Guru memberikan murid papan tulis kecil yang berbentuk bunga semasa

melaksanakan aktiviti di dalam kelas tidak dapat menarik minat murid untuk belajar

dengan bersungguh-sungguh. Mereka semua kelihatan tidak bermaya. Tetapi,

apabila guru mengedarkan papan tulis kecil yang mempunyai gambar watak kartun

“Mickey Mouse” kepada setiap kumpulan, semua murid berebut ingin menyelesaikan

soalan yang diberi. Keadaan sama juga berlaku apabila guru mengedarkan

lembaran kerja yang bersifat cerita dan mempunyai gambar-gambar watak kartun

berbanding dengan lembaran kerja yang hanya mempunyai perkataan.

Menurut Teori Pembelajaran Penemuan Bruner, murid-murid dapat membentuk

penanggapan atau persepsi dan membina gambaran dalam mental sekiranya

mereka diberi gambaran yang jelas dan menarik. Mereka mempunyai kebolehan

mental untuk menyimpan imej dalam fikiran sehingga mampu untuk

menggambarkan dan membayangkan sesuatu dalam fikiran.

ANALISIS:

Saya berasa masalah ini timbul kemungkinan besar disebabkan oleh murid berasa

jemu melihat perkataan dan gambar-gambar biasa seperti bunga atau buah-buahan

walaupun gambar tersebut berwarna-warni. Mereka lebih berminat dan bersemangat

apabila mereka dapat melihat watak-watak kartun yang mereka gemari dalam

proses pembelajaran mereka.

CADANGAN:

Saya akan menyediakan bahan bantu mengajar yang bersifat tema dan mempunyai

watak kartun yang digemari oleh murid serta bersesuaian dengan isi pengajaran

pada hari tersebut supaya mereka dapat menumpukan perhatian dalam proses

pembelajaran. Selain itu, saya juga akan menyediakan lembaran kerja yang bersifat

cerita atau mempunyai misteri yang perlu diselesaikan supaya murid berusaha

Page 2: Jurnal Reflektif 2

menyelesaikan semua soalan untuk mendapatkan penyelesaian misteri tersebut.

Dalam proses itu, murid dapat mengukuhkan pemahaman mereka tentang tajuk

yang dipelajari secara tidak langsung.

TEMPOH MASA:

Saya akan mengaplikasikan penggunaan bahan bantu mengajar yang mempunyai

watak kartun bermula pada 13 April 2015 sehingga 17 April 2015.

TINDAKAN SUSULAN:

Saya akan memberi lembaran kerja kepada murid-murid dan menyemak hasil kerja

mereka supaya memastikan sama ada mereka telah mencapai kemajuan dalam

pembelajaran.

PENILAIAN KEJAYAAN:

Penilaian kejayaan ini akan dicatat selepas lima hari projek ini dimulakan iaitu pada

17 April 2015.