jurnal reflektif 1

3
Bilangan Jurnal : Ke-1 Minggu Praktikum : Pertama Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 13 hingga 17 April 2015 Tajuk Jurnal : Masalah Kawalan Kelas 1. Masalah Pada minggu pertama, saya telah menghadapi masalah mengawal kelas. Pada hari Jumaat (17 April 2015), saya telah mula mengajar dua masa penuh. Pada semester ini murid-murid tahun 3Bestari sangat sukar dikawal pada mulanya sehinggakan kawalan kelas pada semester ini pada mulanya sangat teruk. Selain itu pengurusan masa saya juga lemah. Misalnya dalam aktiviti kumpulan lebih lagi kawalan kelas masa ini saya rasa sangat susah untuk mengawal kerana murid akan bertukar dari satu stesen ke satu stesen yang lain. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan yang saya jalankan mungkin terlebih cepat dan terlalu mudah sehinggakan terdapat kumpulan yang telah awal menyiapkannya. Hal ini kerana kumpulan yang cepat menyiapkan tugasan tersebut sudah pandai dan mereka yang selalu akan memulakan membuat bising. Oleh demikian, kawalan kelas menjadi sukar untuk dikawal. Di samping itu dalam pengurusan masa , saya tidak menyedari masa bergerak terlalu cepat. Daripada satu tunjang hendak ke tunjang lain itu saya selalu lambat atau terlebih masa.

Upload: norha-nanie

Post on 27-Sep-2015

243 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

nnnnn

TRANSCRIPT

Bilangan Jurnal: Ke-1Minggu Praktikum: PertamaTarikh Peristiwa/ Kejadian : 13 hingga 17 April 2015Tajuk Jurnal: Masalah Kawalan Kelas

1.MasalahPada minggu pertama, saya telah menghadapi masalah mengawal kelas. Pada hari Jumaat (17 April 2015), saya telah mula mengajar dua masa penuh. Pada semester ini murid-murid tahun 3Bestari sangat sukar dikawal pada mulanya sehinggakan kawalan kelas pada semester ini pada mulanya sangat teruk. Selain itu pengurusan masa saya juga lemah. Misalnya dalam aktiviti kumpulan lebih lagi kawalan kelas masa ini saya rasa sangat susah untuk mengawal kerana murid akan bertukar dari satu stesen ke satu stesen yang lain.

2.AnalisisMasalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan yang saya jalankan mungkin terlebih cepat dan terlalu mudah sehinggakan terdapat kumpulan yang telah awal menyiapkannya. Hal ini kerana kumpulan yang cepat menyiapkan tugasan tersebut sudah pandai dan mereka yang selalu akan memulakan membuat bising. Oleh demikian, kawalan kelas menjadi sukar untuk dikawal. Di samping itu dalam pengurusan masa , saya tidak menyedari masa bergerak terlalu cepat. Daripada satu tunjang hendak ke tunjang lain itu saya selalu lambat atau terlebih masa.

3.Cadangan Untuk Memperbaiki-Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan cara-cara mengawal kelas dan juga perancangan masa dengan lebih sempurna.-Bagi memastikan kawalan kelas tidak lagi tidak terkawal, saya kena sentiasa bersuara dengan lebih tegas kerana selama ini suara saya terlalu perlahan.-Bagi pembahagian masa pula, saya akan sentiasa mengunci jam tangan bagi setiap peringkat rancangan pengajaran harian bagi menyelesaikan masalah ini.-Saya akan mendapatkan bantuan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah di samping berbincang dengan rakan-rakan mengenai cara mereka menghadapi situasi sebegini.

4.Tempoh MasaSaya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran akan datang kerana kawalan kelas dan pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya, masalah in tidak dapat diatasi segera, sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancang tidak dapat dicapai sepenuhnya.

5.Tindakan SusulanSemasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan dan menyediakan aktiviti pengukuhan yang berbeza bagi murid-murid yang advance bagi mengawal kelas daripada bising. Biasanya pada hari Jumaat, semasa aktiviti kumpulan, ia dijalankan selepas waktu rehat. Biasanya selepas waktu ini, kanak-kanak akan bergerak aktif kerana telah telah bertenaga. Oleh sebab itu, kawalan kelas pada masa ini sangat penting.