jurnal refleksi minggu 1

Upload: joseph-hong

Post on 08-Mar-2016

298 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Zx

TRANSCRIPT

Minggu

Minggu: PertamaTarikh: 25 Januari 29 April 2016Tajuk : Pelajar Kerap Pergi Ke Bilik AirIsu / Masalah

Pada minggu yang pertama ini,masalah yang dihadapi ialah murid kerap meminta kebenaran untuk keluar kelas pergi ke tandas. Dalam waktu P&P mesti ada sebilangan murid yang ingin keluar untuk pergi tandas. Lebih teruk lagi, seorang murid akan meminta kebenaran keluar lebih dari sekali. Sebenarnya, beberapa orang murid yang nakal ini keluar dari kelas semata- mata untuk melepak di perkarangan sekolah. Ada juga yang pergi ke tandas lebih daripada 5 minit. Pada pandangan mata saya masalah ini berlaku dari tahun satu hingga tahun enam.

Analisis Masalah

Masalah ini bukannya masalah baru tetapi telah lama berlaku sejak zaman-berzaman. Adakah murid-murid ini benar-benar ingin membuang air atau disebabkan tidak suka akan apa yang diajar guru serta bosan dengan pengajaran yang diajar oleh guru? Apabila ditanya kepada murid ke mana mereka hendak pergi, mereka akan menjawab ingin membuang air. Ketika saya mengajar di tahap 3, saya melihat ada saja alasan diberikan oleh murid untuk keluar kelas dengan alasan ingin pergi ke tandas dengan rakan-rakan kelas mereka.

Cadangan/ TindakanUntuk mengatasi masalah ini, saya mencadangkan untuk membuat rekod keluar kelas dengan mencatat nama pelajar serta jumlah masa yang digunakan. Buku rekod tersebut hendaklah disimpan oleh guru mata pelajaran yang mengajar murid tersebut. Apabila murid ingin keluar, dia mestilah menunggu guru setiap matapelajaran mengikut jadual waktu kelas. Ini akan membuatkan ia lebih sistematik. Saya juga dapati murid-murid lebih bekerjasama dalam P&P yang melibatkan permainan. Oleh yang demikian, saya memperbanyakkan aktiviti-aktiviti seperti berikut berdasarkan topik yang di ajar dalam menarik minat mereka terhadap pengajaran yang dijalankan. Dengan itu, murid lebih berminat untuk belajar dan kurang untuk meminta kebenaran keluar kelas ke tandas.