jurnal praktikum week8

Upload: nor-maliza-mat-sulong

Post on 08-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 jurnal praktikum week8

    1/2

    MINGGU KELAPAN (8)

    TARIKH : 25 Mac 2011

    HARI : Jumaat

    1. Masalah

    Pada minggu ini, secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran

    dapat dijalankan dengan baik sekali. Kehadiran murid amat memberangsangkan.

    Kehadiran mereka secara berterusan, membuatkan proses pengajaran dan

    pembelajaran berjalan dengan lancar. Murid dapat mengikut dan memahami apa yang

    diajarkan disamping aktiviti pengukuhan yang berterusan yang diberikan menyebabkan

    perkembangan murid yang lemah semakin meningkat dari minggu ke minggu.

    Walaupun proses pengajaran dan pembelajaran pada hari Khamis terpaksa ditundakehari yang berikutnya akibat murid dan guru terlibat dengan Program terapi riadah dan

    sosial di Pasar Tani Chenor, Temerloh, tetapi murid tetap dapat mengikuti

    pembelajaran dengan baik keesokan harinya. Program tersebut dijalankan untuk

    memberikan pendedahan kepada murid tentang suasana sebenar keadaan masyarakat

    diluar dan memberikan pengalaman kepada murid tentang cara-cara untuk membeli

    barang. Program terapi yang dijalankan ternyata memberikan kegembiraan terhadap

    murid kerana mereka dapat dibawa keluar kelas untuk mempelajari sesuatu yang baru

    selain dapat mempraktikkan matematik dalam kehidupan seharian diluar kelas secara

    lebih jelas dan terperinci.

    Selain itu, pertukaran salah seorang murid ke sekolah menengah telah

    menyebabkan murid kelas saya semakin berkurangan dan sedikit. Pertukarannya

    menyebabkan kemeriahan suasana pengajaran tidak lagi seperti dahulu.

    Walaubagaimanapun, murid lain tetap memberikan tumpuan yang baik dan

    memeriahkan kelas. Pertukaran murid tersebut menyebabkan saya terpaksa

    mengambil murid lain sebagai contoh untuk melakukan (rancangan pendidikan Individu

    (RPI).

    2. Analisis

    Pertukaran murid ke sekolah menengah adalah kerana umur murid berkenaan

    yang telah mencapai 13 tahun. Di mana penjaga murid berkenaan telah meminta untuk

    menyekolahkan anaknya ke sekolah menengah yang baru sahaja dibuka di Jengka 21.

  • 8/7/2019 jurnal praktikum week8

    2/2

    3. Cadangan untuk Memperbaiki

    Pertukaran murid tersebut membuatkan saya terpaksa mengambil murid lain untuk

    direkodkan perkembangan pembelajarannya di dalam RPI yang baru kelak. Biarpon

    tidak dapat melihat perkembangannya sehingga tamat latihan praktikum ini, saya tetap

    tidak akan mudah putus asa. Saya tetap akan berusaha agar murid yang lain tetapakan diberikan tumpuan yang lebih oleh kerana jumlah yang semakin sedikit dapat

    memberikan saya peluang untuk memberi tumpuan yang lebih kepada murid yang

    lemah.

    4. Tempoh Masa

    Diharapkan dalam tempoh masa yang terdekat dengan murid yang sedikit, membantu

    saya untuk memberikan sepenuh tumpuan kepada kelemahan murid dan dalam masa

    yang sama mampu membantu meningkatkan pencapaian dan prestasi semasa murid.

    5. Penilaian Kejayaan

    Prestasi murid semakin meningkat dari hari ke sehari, biarpun ada sedikit kekurangan

    dan perkara yang agak lemah, tetapi sudah lumrah bagi murid pendidikan khas,

    sesuatu penilaian tidak boleh dilihat dalam tempoh jangka masa yang singkat. Dalam

    tempoh selama tidak sampai 3bulan ini, apa yang dijangkakan sudah tercapai akhirnya.

    Segala bantuan dan idea-idea dari rakan sejawat yang tidak jemu menolong, sangat

    membantu saya dikala saya tidak memahami cara dan kaedah yang betul untuk

    mengajar kepada murid. Saya tidak akan berhenti berusaha dalam mencapai dan

    menambah ilmu dalam menjadi seorang guru yang berkaliber dalam mendidik anak

    bangsa sehingga Berjaya.

    6. Tindakan Susulan

    Berkat try and error yang diamalkan sejak mula menjalani latihan praktikum ini, kini

    saya sudah boleh memahami dan mengetahui kaedah dan teknik yang berkesan untukdiajarkan kepada murid agar mereka dapat memahami disamping seronok untuk

    belajar. Walaubagaimanapun, saya akan tetap cuba untuk menerapkan kaedah dan

    teknik pengajaran yang lain agar saya dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran kelak.