jurnal praktikum week6

3
MINGGU KEENAM (6) TARIKH : 4 Mac 2011 HARI : Jumaat 1. Masalah Pada minggu ini, secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik, walaupun tanpa kehadiran beberapa orang murid. Walaaubagaimanakan, ketidakhadiran mereka menyebabkan banyak aktiviti dirancangkan kadang-kala tidak dapat dilakukan seperti yang dirancang. Hal ini menyebabkan proses pengajaran kadang-kala perlu diulang agar rakan yang tidak hadir dapat memahami pengajaran seterusnya menyebabkan gangguan terhadap tempoh pengajaran yang telah dirancang untuk minggu seterusnya. 2. Analisis Murid pendidikan khas umumnya senang untuk menerima penyakit dan memerlukan tempoh waktu yang panjang untuk sembuh. Begitu jugalah dengan beberapa anak murid saya yang kerap kali mendapat penyakit. Oleh itu, jalan yang terbaik untuknya adalah dengan mendapatkan rawatan di klinik dan beristirehat di rumah sehingga sembuh agar tidak menjangkiti murid yang lain. 3. Cadangan untuk Memperbaiki Di masa akan datang, saya akan memastikan setiap pengisian dalam setiap topik yang ingin disampaikan akan difahami secara mendalam terlebih dahulu. Saya juga akan membuat lebih banyak perbincangan bersama guru pembimbing agar setiap masalah yang timbul dapat di

Upload: nor-maliza-mat-sulong

Post on 30-Jun-2015

1.365 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: jurnal praktikum week6

MINGGU KEENAM (6)

TARIKH : 4 Mac 2011

HARI : Jumaat

1. Masalah

Pada minggu ini, secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik, walaupun tanpa kehadiran beberapa orang murid. Walaaubagaimanakan, ketidakhadiran mereka menyebabkan banyak aktiviti dirancangkan kadang-kala tidak dapat dilakukan seperti yang dirancang. Hal ini menyebabkan proses pengajaran kadang-kala perlu diulang agar rakan yang tidak hadir dapat memahami pengajaran seterusnya menyebabkan gangguan terhadap tempoh pengajaran yang telah dirancang untuk minggu seterusnya.

2. Analisis

Murid pendidikan khas umumnya senang untuk menerima penyakit dan memerlukan tempoh waktu yang panjang untuk sembuh. Begitu jugalah dengan beberapa anak murid saya yang kerap kali mendapat penyakit. Oleh itu, jalan yang terbaik untuknya adalah dengan mendapatkan rawatan di klinik dan beristirehat di rumah sehingga sembuh agar tidak menjangkiti murid yang lain.

3. Cadangan untuk Memperbaiki

Di masa akan datang, saya akan memastikan setiap pengisian dalam setiap topik yang ingin disampaikan akan difahami secara mendalam terlebih dahulu. Saya juga akan membuat lebih banyak perbincangan bersama guru pembimbing agar setiap masalah yang timbul dapat di atasi demi melancarkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran kelak.

Page 2: jurnal praktikum week6

4. Tempoh Masa

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan membuat ulangan ataupun menyelitkan pelajaran yang telah mereka tertinggal dengan pengajaran yang diajarkan. Diharapkan dengan cara ini, murid yang tercicir akan dapat mengikuti pembelajaran dan pengajaran bersama-sama dengan murid. Biarpun agak lambat daripada perancangan yang asal, aktivtiti pengukuhan dan pengajaran ulangan ini penting bagi mengelakkan murid tercicir dalam pembelajaran.

5. Penilaian Kejayaan

Segala teguran membina dan pandangan yang diberikan dari rakan sekerja, guru pembimbing dan pensyarah akan saya ikuti dalam memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang akan dirancang kelak disamping boleh meningkatkan kemahiran saya untuk menjadi guru yang lebih berdedikasi dalam mendidik anak murid menjadi seorang insan yang berjaya.

6. Tindakan Susulan

Saya akan cuba menjadi lebih kreatif dalam merencanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan mempelbagaikan kaedah dan teknik, walaupun topik pengajaran berulang, supaya murid saya mudah seronok dalam memahami setiap apa yang diajarkan kelak.