jurnal praktikum week5

Upload: nor-maliza-mat-sulong

Post on 08-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 jurnal praktikum week5

    1/2

    MINGGU KELIMA (5)

    TARIKH : 25 Februari 2011

    HARI : Jumaat

    1. Masalah

    Pada minggu ini, secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran

    dapat dijalankan dengan baik seperti yang dirancang. Walaubagaimanapun, saya

    masih kekurangan idea untuk mempelbagaikan teknik pengisian dalam setiap topik

    yang ingin disampaikan. Hal ini menyebabkan kadang-kala beberapa orang murid saya

    kurang memberikan tumpuan sewaktu pengajaran dijalankan. Adakalanya saya perlu

    bertegas dengan mereka dengan memberi amaran dan sebagainya. Hal ini seterusnya

    menyebabkan gangguan terhadap pelajar lain yang ingin belajar dan disampingmenjejaskan tempoh pengajaran yang telah dirancang.

    2. Analisis

    Secara jujurnya saya dapati masih banyak kekurangan dalam diri saya yang

    perlu dibaiki. Saya kadangkala kurang memahami topik yang ingin disampaikan secara

    mendalam kepada murid menyebabkan kurangnya langkah dan teknik pengajaran yang

    diterapkan. Adakalanya, saya tidak berfikir lebih panjang dalam menerapkan teknik

    yang bersesuaian terhadap murid saya menyebabkan kadang-kala teknik yangdiajarkan tidak begitu berjaya disampaikan dengan baik. Apapun, saya tetap cuba

    bereksperimen dengan pelbagai teknik yang lain untuk menjadikan pengajaran dan

    pembelajaran yang lebih berkesan di masa akan datang.

    3. Cadangan untuk Memperbaiki

    Di masa akan datang, saya akan memastikan setiap pengisian dalam setiap topik yang

    ingin disampaikan akan difahami secara mendalam terlebih dahulu. Saya juga akan

    membuat lebih banyak perbincangan bersama guru pembimbing agar setiap masalah

    yang timbul dapat di atasi demi melancarkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran

    kelak.

  • 8/7/2019 jurnal praktikum week5

    2/2

    4. Tempoh Masa

    Saya akan cuba mengatasi masalah ini dari masa ke semasa untuk memperbaiki

    segala kelemahan saya dalam pelbagai perkara ini. Masih belum terlewat untuk saya

    memperbaiki mutu kelemahan saya dalam menjayakan sesuatu sesi pengajaran dan

    pembelajaran yang berkesan. Di masa akan datang saya akan sedaya upaya mencariteknik pengajaran yang lebih sesuai untuk diterapkan agar objektif pengajaran tercapai

    dan segala apa yang dirancang dilaksanakan dengan begitu berkesan.

    5. Penilaian Kejayaan

    Segala teguran membina dan pandangan yang diberikan dari rakan sekerja, guru

    pembimbing dan pensyarah akan saya ikuti dalam memastikan keberkesanan

    pengajaran dan pembelajaran yang akan dirancang kelak disamping boleh

    meningkatkan kemahiran saya untuk menjadi guru yang lebih berdedikasi dalam

    mendidik anak murid menjadi seorang insan yang berjaya.

    6. Tindakan Susulan

    Saya akan cuba menjadi lebih kreatif dalam merencanakan aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran supaya murid saya lebih seronok dan tidak mudah bosan dalam

    memahami setiap apa yang diajarkan kelak.