jurnal praktikum fasa 3 (minggu 1)-sk lapasan

3
Bilangan Jurnal : Ke-__1_ Minggu Praktikum : __1____ Tarikh Peristiwa / Kejadian : _27 Januari 2014__ hingga __29 Januari 2014_ Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di SK. Lapasan, Kota Kinabalu. Pada hari pertama tiba di sekolah, saya dan rakan-rakan praktikum saya sempat berjumpa dengan beberapa orang guru di sekolah seperti guru Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Pentadbiran dan juga guru-guru biasa. Kami berkenalan secara tidak formal dan menyatakan tujuan kehadiran kami di sekolah itu. Tidak lama kemudian, kami turut menghadiri perhimpunan pagi pada hari Isnin yang disertai oleh murid-murid Prasekolah, murid Tahun 1 hingga Tahun 6, guru-guru dan guru- guru praktikum. Guru Besar tiba ke sekolah dan turut menghadiri perhimpunan walaupun agak kelewatan. Saya melihat sistem perhimpunan yang dijalankan di sekolah itu. Sama seperti pengalaman sebelum ini di sekolah lain tidak banyak perbezaannya. Selepas perhimpunan, kami berjumpa Guru Besar di dalam pejabat am dan berkenalan dengan beliau. Kami memperkenalkan diri dan menyatakan hasrat dan harapan kami sepanjang berada di sekolah selama tempoh 12 Minggu. Selepas itu, kami pergi ke 1 | Page

Upload: pes10

Post on 21-Nov-2015

116 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

JURNAL

TRANSCRIPT

Bilangan Jurnal:Ke-__1_Minggu Praktikum:__1____Tarikh Peristiwa / Kejadian:_27 Januari 2014__ hingga __29 Januari 2014_Tajuk Jurnal:Minggu Pertama di SK. Lapasan, Kota Kinabalu.

Pada hari pertama tiba di sekolah, saya dan rakan-rakan praktikum saya sempat berjumpa dengan beberapa orang guru di sekolah seperti guru Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Pentadbiran dan juga guru-guru biasa. Kami berkenalan secara tidak formal dan menyatakan tujuan kehadiran kami di sekolah itu.Tidak lama kemudian, kami turut menghadiri perhimpunan pagi pada hari Isnin yang disertai oleh murid-murid Prasekolah, murid Tahun 1 hingga Tahun 6, guru-guru dan guru-guru praktikum. Guru Besar tiba ke sekolah dan turut menghadiri perhimpunan walaupun agak kelewatan. Saya melihat sistem perhimpunan yang dijalankan di sekolah itu. Sama seperti pengalaman sebelum ini di sekolah lain tidak banyak perbezaannya.Selepas perhimpunan, kami berjumpa Guru Besar di dalam pejabat am dan berkenalan dengan beliau. Kami memperkenalkan diri dan menyatakan hasrat dan harapan kami sepanjang berada di sekolah selama tempoh 12 Minggu. Selepas itu, kami pergi ke bilik guru untuk berjumpa dengan guru-guru atas tujuan memperkenalkan diri dan mencari guru pembimbing yang diberikan kepada kami sepanjang menjalani praktikum di sekolah ini.Bagi saya dan rakan saya dari Unit PISMP Sains, kami diberikan tanggungjawab dibawah seliaan Cikgu Suhaila iaitu guru Sains di sekolah itu. Kami mendapat jadual mengajar daripada Cikgu Raidah yang memainkan peranan dalam mengatur jadual mengajar setiap guru di sekolah itu. Setelah mendapat jadual masing-masing, kami berjumpa dengan guru pembimbing untuk berbincang mengenai serba sedikit latar belakang murid-murid, tahap kognitif mereka, gaya pembelajaran mereka, sikap dan perangai di dalam kelas dan huraian sukatan pelajaran.

Sepanjang minggu pertama ini, saya ada masuk ke dalam kelas sebagai minggu suai kenal bersama dengan murid-murid. Selain itu juga, saya turut menetapkan peraturan saya sendiri setiap kali saya masuk ke kelas untuk mengajar. Saya meminta murid untuk menulis dan menghafal beberapa peraturan yang ringkas dan mudah difahami ini untuk kebaikan dua belah pihak. Taktik ini merupakan salah satu cara untuk mengawal kelas dengan baik sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Pada hari Rabu pula dalam minggu pertama ini, saya dan rakan-rakan praktikum diberikan tanggungjawab untuk mengatur dan mengendalikan Kokurikulum pada waktu petang selepas waktu persekolahan tamat. Ini memberikan pengalaman yang berguna kerana ianya amat berguna sebagai pengalaman yang bermakna sewaktu di sekolah nanti. Saya dapat mengenali beberapa orang murid dan serba sedikit memahami ragam mereka masing-masing.Harapan saya berada di sekolah ini ialah semoga kedatangan saya dan rakan-rakan yang lain ke sekolah ini disenangi oleh guru-guru dan staf sekolah serta murid-murid sekolah. Selain itu, saya berharap agar tujuan dan niat saya ikhlas untuk mengajar dan mendidik murid-murid agar dapat menjadi seorang yang berilmu pengetahuan dan berakhlak sopan bukan sahaja semasa keberadaan kami malah selepas pemergian kami nanti. Saya berharap segala ilmu yang dicurahkan kekal bersama murid-murid dan dapat diaplikasikan di dalam rutin seharian.

Disemak oleh Guru PembimbingDisahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan:___________________Tandatangan:___________________Nama :___________________ Nama :___________________Tarikh:___________________Tarikh:___________________2 | Page