jurnal prac

3
  INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS D ARULA MAN  06000 JITRA KEDAH JURNAL PRAKTIKUM Nama Pelajar : Kalay arasi A/P Gnanasearan K!rs !s " A m#ilan : PISMP Am# ilan J an!ar i $0% $ Tem&'( Pra)*i)!m : %$ min! / + #!lan Pe n )(!s! san : Pen ,i ,i) an Pem!li(an -a *a* an Mi n ! : Ke, !a #e la s .% $ Tari)( : $ /01/$0%2 Nama G!r! P em#im#in : Pn3Ra(ma( 4in*i H!seen Nama P ensy ara( Pem#im#in : P!an Salma ( 4in*i 5*(man Masala( Pada minggu terak hir ini saya tidak banyak mengh adapi masalah p engurusan dan pembelajaran sebagaimana yang telah saya rancangkan. Namun begitu terdapat beberapa masalah yan g say a had api iaitu masalah dis pli n yang agak kur ang memuaskan. Ia berpunca daripada murid-murid yang suka mencelah ketika saya meng ajar . Kesa nnya pela jar yang lain akan hilang tumpu an bela jar disebabkan beberapa orang yang mempunyai masalah displin ini. Hal ini menimbulkan masalah bagi saya untuk mencapai objekt if khususnya objekt if yang akhi r dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari berikutnya. ANALISIS Masalah mungkin timbul kerana penerimaan guru baru yang mengajar di kelas dan mereka sangat teruja sehi ngga memper li hatkan si ka p mereka yang kurang memuaskan seperti suka bercakap, mahu diberi perhatian, menjaab soalan tetapi tidak meng angk at tanga n seba likny a masi ng-ma sing terus meny atakan sesuatu

Upload: gkalai-arasi

Post on 03-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH

JURNAL PRAKTIKUMNama Pelajar : Kalayarasi A/P Gnanasegaran Kursus & Ambilan : PISMP Ambilan Januari 2012 Tempoh Praktikum : 12 minggu / 3 bulanPengkhususan : Pendidikan Pemulihan Catatan Minggu : Kedua belas (12) Tarikh : 27 /04/2015Nama Guru Pembimbing: Pn.Rahmah Binti Huseen Nama Pensyarah Pembimbing: Puan Salmah Binti Othman

MasalahPada minggu terakhir ini saya tidak banyak menghadapi masalah pengurusan dan pembelajaran sebagaimana yang telah saya rancangkan. Namun begitu terdapat beberapa masalah yang saya hadapi iaitu masalah displin yang agak kurang memuaskan. Ia berpunca daripada murid-murid yang suka mencelah ketika saya mengajar. Kesannya pelajar yang lain akan hilang tumpuan belajar disebabkan beberapa orang yang mempunyai masalah displin ini. Hal ini menimbulkan masalah bagi saya untuk mencapai objektif khususnya objektif yang akhir dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari berikutnya.ANALISISMasalah mungkin timbul kerana penerimaan guru baru yang mengajar di kelas dan mereka sangat teruja sehingga memperlihatkan sikap mereka yang kurang memuaskan seperti suka bercakap, mahu diberi perhatian, menjawab soalan tetapi tidak mengangkat tangan sebaliknya masing-masing terus menyatakan sesuatu (menjadikan kelas tidak terkawal dan keadaan menjadi bising), suka berdiri semasa guru menerangkan langkah akiviti, sikap suka mentertawakan rakan dan berbual sesame mereka. Masalah ini timbul kerana mungkin berpunca daripada pelajar yang mempunyai masalah hiperaktif yang terlalu banyak bercakap dan bertanya sehinggakan mendatangkan gangguan kepada rancangan pengajaran dan pembelajaran saya tetapi bukan saya sahaja terganggu malah murid-murid yang berada di kelas itu turut terganggu dengan masalah ini. Ini akan menyukarkan proses memahami apa yang saya ajarkan.CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI1. Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing samada cikgu Salinda mahupun cikgu Nazri berkenaan dengan tips cara-cara untuk mendapatkan perhatian murid semasa proses P&P berlangsung.2. Jika perkara ini berlaku juga, saya akan menegur sikap mereka. Menyatakan pada mereka bahawa mereka perlu memberikan perhatian agar mereka dapat melakukan aktiviti atau tugasan yang akan diberikan dengan langkah yang betul.3. Saya juga akan mendapatkan tips atau cadangan untuk mengawal murid dan kelas dari guru-guru yang lain dan rakan guru pelatih.TEMPOH MASASaya akan mengatasi masalah ini secepat mungkin kerana keadaan kelas yang tidak terkawal akan menyebabkan perjalanan atau kelancaran P&P mungkin terganggu, malah objektif P&P juga tidak akan tercapai.TINDAKAN SUSULANSemasa membuat rancangan persediaan mengajar (RPH), saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti yang sesuai yang melibatkan penglibatan semua murid agar mereka yang bermasalah dapat dikawal dan lebih bersedia untuk belajar.

KESIMPULANJusteru, sebagai guru kita harus mahir dalam cara-cara menguruskan murid-murid yang mempunyai masalah masalah displin seperti ini. Kita perlu tegas pada waktu tertentu supaya keadaan kelas dapat dikawal dengan baik.

Pandangan / Komen Guru Pembimbing :.............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................Tarikh : ............................................. Tandatangan : ......................................... Nama : .....................................................

Pandangan / Komen Pensyarah Pembimbing :.............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................Tarikh : ............................................. Tandatangan : ......................................... Nama : .....................................................