jurnal new

42
P3-Jurnal Minggu 6 P3-Jurnal Minggu 6 JURNAL (Minggu keenam) Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal : : : : 5/12 Minggu keenam 27 Februari 2013 Murid tidak fokus 1. Masalah / Peristiwa Hari ini (27 Februari 2013) saya sekali lagi memasuki kelas ini.bagi tugasan amali di dalam kelas. Kelas ini perlu melalukan aktiviti memotong kay proses pembelajaran dan pengajaran saya berjalan dengan lancar, tetap murid y sama di mana dia tidak fokus dengan arahan yang diberikan oleh guru. Berdasarkan apa yang saya lihat, pelajar berkenaan seakan-akan mahuka tidak mempunyai ramai kawan lelaki dan lebih gemar bergaul dengan pelajar per tersebut sengaja membuat sesuatu itu untuk menarik perhatian guru. Dalam kelas amali yang dijalankan, pada mulanya pelajar berkenaan masih masih bergaul dengan rakan-rakannya yang lain. Namun, apabila masuk ke penghu kikir parut, dia mula mengasingkan diri dari kawan yang lain dan melakukan ak tersebut membuat aktiviti yang diarahkan, murid tersebut lebih gemar membuat dilakukan adalah kurang tepat dan dalam keadaan yang agak membahayakan. Apabi tetapi setelah beberapa minit kemudian, pelaja tersebut mula berada dalam dun

Upload: lilo2012

Post on 03-Sep-2015

239 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

jurnal praktikum

TRANSCRIPT

P3-Jurnal Minggu 6

P3-Jurnal Minggu 6

JURNAL (Minggu keenam)

Bilangan JurnalMinggu PraktikumTarikh Peristiwa / KejadianTajuk Jurnal::::5/12Minggu keenam27 Februari 2013Murid tidak fokus dengan arahan guru(rentetan)

1. Masalah / Peristiwa

Hari ini (27 Februari 2013) sayasekali lagi memasuki kelas ini.bagi pembelajaran pada hari ini, saya mula melakukan tugasan amali di dalam kelas. Kelas ini perlu melalukan aktiviti memotong kayu dan memaku. Walaupun secara keseluruhannya proses pembelajaran dan pengajaran saya berjalan dengan lancar, tetap murid yang berkenaan masih juga dengan keadaan yang sama di mana diatidak fokus dengan arahan yang diberikan oleh guru. Berdasarkan apa yang saya lihat, pelajar berkenaan seakan-akan mahukan perhatian yang lebih daripada gurunya. Dia tidak mempunyai ramai kawan lelaki dan lebih gemar bergaul dengan pelajar perempuan. Oleh sebab yang demikian, pelajar tersebut sengaja membuat sesuatu itu untuk menarik perhatian guru.

Dalam kelas amali yang dijalankan, pada mulanya pelajar berkenaan masih boleh mengikuti arahan guru dengan betul dan masih bergaul dengan rakan-rakannya yang lain. Namun, apabila masuk ke penghujung langkah iaitu mengikis kasar menggunakan kikir parut, dia mula mengasingkan diri dari kawan yang lain dan melakukan aktiviti tersebut bersendiri. Walaupun murid tersebut membuat aktiviti yang diarahkan, murid tersebut lebih gemar membuat kikir parut seorang diri. Aktiviti yang dilakukan adalah kurang tepat dan dalam keadaan yang agak membahayakan. Apabila ditegur, dia akan membetulkan kedudukannya tetapi setelah beberapa minit kemudian, pelaja tersebut mula berada dalam dunianya semula.

Oleh kerana pada pendapat saya dia mungkin seorang pelajar yang lembut dan memerlukan perhatian yang lebih dari guru, jadi sayabercadang untuk meletakkan dia bersama kawan-kawan lelaki kelasnya supaya dia tidak berada dalam dunianya sendiri dan dapat berubah menjadi seorang kanak-kanak lelaki yang biasa.Setelah berbincang dengan pensyarah, mungkin jalan ini boleh mengubah pelajar berkenaan supaya dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap p&p guru. Saya berharap agar pelajar yang berkenaan dapat berubah pada kelas yang akan datang apabila dimasukkan dengan kumpulan lelaki yang lain di dalam kelasnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan : .............................................Nama : .............................................Tarikh : .............................................Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : .............................................Nama .............................................Tarikh ............................................

JURNAL MINGGU KELIMA

Bilangan JurnalMingguPraktikumTarikh Peristiwa / KejadianTajuk Jurnal::::5Minggu kelima25 Februari hingga 1 Mac 2013Masalah murid tidak mematuhi arahan guru

1.Masalah / Peristiwa

Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah murid tidak mematuhi arahan guru. Semasa guru memberikan arahan, murid tidak mendengar dengan teliti dan apabila guru meminta murid melakukan tugasan, hanya segelintir murid sahaja dapat menyiapkan tugasan tepat pada masanya manakala murid yang lain tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan kerana mereka tidak memahami apa yang perlu dilakukan.

2.Analisis

Masalah ini timbul kerana murid tidak menumpukan sepenuh pehatian terhadap pengajaran guru dan gemar berbual semasa guru sedang mengajar. Begitu juga semasa guru memberikan arahan, murid tidak mendengar dengan teliti arahan yang diberikan menyebabkan mereka tidak memahami dengan jelas apa yang perlu dilakukan. Oleh itu, mereka tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya.

3.Cadangan Tindakan Susulan

a.)Guru perlu sentiasa bergerak ke setiap ruang kelas agar murid tidak membuat bising dan berbual semasa guru sedang mengajar.b.)Guru perlu menerapkan nilai tekun dalam diri murid agar mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru dan mendengar arahan guru dengan teliti.

4.Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu agar murid-murid di sekolah ini dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan dapat memahami dengan jelas apa yang ingin disampaikan oleh guru

JURNAL MINGGU KELAPAN

Bilangan JurnalMingguPraktikumTarikh Peristiwa / KejadianTajuk Jurnal::::8Minggu kelapan18 Mac 2013 hingga 22 Mac 2013Masalah kawalan murid

1.Masalah / Peristiwa

Masalah yang telah saya hadapi sepanjang minggu ini adalah masalah kawalan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana, Sekolah Lelaki Bandar merupakan sekolah yang mempunyai murid lelaki sahaja, masalah pengawalan kelas juga adalah berbeza dengan sekolah-sekolah yang saya pernah menjalani praktikum sebelum ini. Murid-murid lelaki lebih gemar melakukan aktiviti yang berbentuk amali berbanding aktiviti yang biasa dijalankan disetiap pengajaran dan pembelajaran yang lain. Mereka akan mula mengganggu rakan-rakannya yang lain apabila bosan. Hal ini akan mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang bakal berlansung.

2.Analisis

Minggu ini merupakan minggu yang terakhir bagi tempoh pelaksanaan penyelesaian masalah kwalan murid.Alhamdulillah, murid-murid semakin menunjukkan prestasi yang baik bagi faktor pengawalan kelas. Saya selaku guru mereka, perlu lebih peka dan mengambil berat tentang keperluan anak-anak murid saya.Oleh itu, murid-murid akan memberikan kerjasama yang baik kepada saya sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlansung.

3.Cadangan Tindakan Susulana.)Saya perlu menggunakan pendekatan yang berbeza sekiranya pendekatan yang saya cuba lakukan tidak berjaya.b.)Saya perlu mula menggunakan penegasan dengan murid-muridtetapi tidak menghilangkan minat mereka untuk turut serta dalam aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlansung.c.)Saya perlu sentiasa memahami masalah serta keperluan murid-murid supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan seperti yang telah dirancang.

4.Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh lima minggu keranamasalah pengawalan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ini akan mengambil masa yang agak lama untuk berjaya diselesaikan. Masalah ini juga dapat mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasisecepat mungkin,sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak dapat dicapai sepenuhnya oleh guru

JURNAL MINGGU KEEMPAT

Bilangan JurnalMingguPraktikumTarikh Peristiwa / KejadianTajuk Jurnal::::4Minggu keempat18 hingga 22 Februari 2013Masalah murid tidak menghormati guru

1.Masalah / Peristiwa

Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah muridtidak menghormati guru dan tidak mendengar kata.Ketika guru mengajar di hadapan, ada sahaja murid yang bercakap di belakang. Apabila ditegur oleh guru, murid tersebut akan diam untuk seketika dan bising kembali setelah guru meneruskan pengajaran. Walaupun telah didenda oleh guru, namun mereka masih melakukan kesalahan yang sama seolah-olah mempersendakan tindakan guru itu.

2.Analisis

Masalah ini timbul kerana guruterlalu baik dan gemar melayan karenah murid.Apabila guru sering berbual dan berbuat baik dengan murid, mereka mula menyalahgunakan kebaikan guru itu. Mereka mula menganggap guru seperti rakan mereka dan rasa hormat kepada guru juga telah hilang dalam diri mereka kerana mereka merasakan bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja pada rakan mereka.

3.Cadangan Tindakan Susulan

a.)Gurutidak boleh terlalu baikdengan murid dan tidak boleh melayan karenah mereka.b.)Guru perlumenerapkan nilai hormat-menghormatidalam diri murid agar mereka dapat menghormati guru serta orang lain di sekeliling mereka.c.)Guru perlumemberikesedaran kepada murid tentang pentingnya menghormati guru kerana gurulah yang memberi ilmu kepada mereka. Jika guru tidak redha pada ilmu yang diberikan kepada mereka, mereka tidak akan faham dan ingat apa yang telah diajar oleh guru.d.)

4.Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh empat mingguagar murid-murid di sekolah ini dapat menunjukkan sikap hormat-menghormati, bukan sahaja kepada guru malah orang lain yang berada di sekeliling mereka termasuklah rakan-rakan mereka sendiri.

JURNAL (Minggu kedua)

Bilangan JurnalMinggu PraktikumTarikh Peristiwa / KejadianTajuk Jurnal::::2/12Minggu kedua1 Februari 2013Masalah pengurusan masa.

1. Masalah / Peristiwa

Hari ini (1 Februari 2013) saya telah menghadapi masalah pengurusan masa dalam kelas Bahasa Melayu Tahun 4 Gigih. Masa yang diberikan kepada saya untuk menguruskan kelas agak mengelirukan kerana kami mendapat maklumat jadual baru agak lambat. Hal ini menyebabkan saya tersilap waktu masuk ke kelas dan menghadapi sedikit salah faham dengan guru yang mengajar kelas tersebut.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana masa untuk hari Jumaat berubah menjadi 25 minit dan setiap waktunya berubah. Sekolah kami mengalami perubahan jadual yang melibatkan seluruh warga pengajar SK Bandar T6. Saya tersilap dan masuk pada waktu yang lebih awal dan secara kebetulan pada waktu itu guru mata pelajaran yang sepatutnya berada di dalam kelas tersebut. Setelah diterangkan oleh guru tersebut tentang pembahagian masa, saya mula memahami tentang tempoh masa yang diperuntukkan untuk satu waktu. Selain itu, masa yang diperuntukkan juga kurang 10 minit dari masa yang saya rancang. Jadi, saya terpaksa mempercepat proses p&p sya supaya objektif pembelajaran untuk hari ini tercapai. Saya bernasib baik kerana murid dalam kelas tersebut merupakan murid kelas kedua dan boleh mengikuti p&p yang dijalankan dengan baik.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a.)Saya patut menyemak semula tempoh waktu dalam jadual waktu saya supaya pada masa yang akan datang saya tidak mengalami kecelaruan untuk merancang masa p&p saya.b.)Saya perlu mengurangkan aras pengajaran supaya murid dapat mengikuti proses p&p dengan lancar kerana waktu berubah dari 60 minit kepada 50 minit.c.)Bagi memastikan bahawa semua aktiviti berjalan dengan lancar, saya akan menyemak semula objektif pengajaran saya supaya bersesuaian dengan tahap dan masa yang diperuntukkan.d.)Saya akan mendapatkan pendapat daripada rakan-rakan yang lain untuk merancang pengajaran saya pada masa yang akan datang.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada masa yang akan datang. Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga boleh menentukan ssesuatu obejktif itu berjaya di capai ataupun tidak

Contoh Penulisan Jurnal 1PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

MINGGU PERTAMA

( 21 JANUARI 2013 25 JANUARI 2013)

ISU : PENGURUSAN MASA

1.Masalah :Pada minggu ini,masalah yang saya hadapi adalah pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang telah saya rancangkan di dalam rancangan pengajaran harian yang telah dibuat.

Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana masa yang tidak mencukupi dan bimbang jika terambil masa guru untuk mata pelajaran selepasnya.

2. Perkembangan isu yang difokuskan :Apa yang dapat saya lihat masalah ini bermula dari hari pertama saya mendapat jadual waktu kelas di mana saya juga mempunyai masalah untuk menguruskan masa di antara waktu kelas Kemahiran Hidup dan juga kelas Bahasa Melayu kerana saya memerlukan masa yang lebih awal untuk kelas Kemahiran hidup kerana untuk menyediakan peralatan tangan untuk murid-murid.

3. Analisis :Masalah yang timbul berkenaan perancangan masa kerana semasa saya menerangkan set induksi ianya adalah terlalu panjang menyebabkan aktivitidan isi pelajaran yang telah saya rancangkan terpaksa dilaksanakan secara pantas dan menyebabkan murid belajar dalam keadaan tidak bersedia dan fokus terutama bagi kelas 4 Tekun yang mempunyai masalah pembelajaran yang ketara.

Begitu juga ketika aktiviti kumpulan dijalankan,ia mengambil masa yang lama dari yang dirancangkan.

Ini dapat dilihat apabila murid berasa teruja dengan sesuatu aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung mengakibatkan terlalu tertumpu kepada satu-satu aktiviti sahaja.

Namun apa yang saya perolehi hasil daripada pemerhatian saya terhadap murid mendapati bahawa murid lebih memahami pengajaran dan pembelajaran secara lebih mendalam kerana apabila dilakukan aktiviti berkumpulan murid sangat memberi kerjasama sehingga mereka tidak sedar akan masa yang bergerak pantas.

Namun saya juga perlu mempertimbangkan bahawa penguasaan terhadap masa adalah penting agar murid lebih mencapai objektif yang telah disasarkan kepada mereka.

4. Kajian lampau yang berkaitan isu :Good,1973 : Pengurusan masa ialah perancangan masa yang berkesan sama ada secara harian,mingguan atau jangka masa yang panjang untuk memberikan masa bagi aktiviti Kuliah,belajar ,rehat,riadah,dan tanggungjawab.

Kajian kes : Seorang guru Bahasa Melayu masuk ke bilik darjah dua puluh minit lewat.Beliau mengajar secara tergopoh gapah kerana ingin menghabiskan masa,beliau tidak memberi peluang untuk menyoal atau melakukan sesi perbincangan mengenai topik yang ingin diajar.Adakalanya,beliau terpaksa mengambil waktu yang berikutnya kerana perlu menyelesaikan tugasnya serta menghabiskan sukatan pelajaran.

5. Cadangan :Saya perlu membaiki pengurusan masa saya dari semasa ke semasa dan memperbaikinya dengan memperbanyakkan maklumat dan pengetahuan tentang pengurusan masa.

Saya akan memperbanyakkan aktiviti yang menarik minat murid dengan matapelajaran Kemahiran Hidup dan meningkatkan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer.

Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing,guru pembimbing dan guru-guru di samping berbincang dengan rakan-rakan lain.

6. Tempoh masa:Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin.Pengurusan masa yang baik adalah yang utama untuk mencapai objektif yang telah dirancangkan.

7. Tindakan susulan:Tindakan yang dapat saya buat bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menyediakan rancangan pengajaran harian pada masa tersebut mengikut kehendak masa dan tahap penguasaan dan kefahaman murid-murid serta perlu menitik beratkan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian mengikut ketetapan masa.

8. Penilaian kejayaan/ Pelaksanaan terhadap langkah-langkah penambahbaikan:Saya akan meminta pandangan dari pensyarah pembimbing saya untuk memberi penilaian dan komen tentang tahap penilaian kejayaan saya agar saya akan dapat memperbaiki segala kelemahan dari semasa ke semasa.Pelaksanaan penambahbaikan : Mengkaji kesilapan Merancang aktiviti yang bersesuaian dengan masa Berbincang dan meminta pandangan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing. Merangka pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

9. Kesimpulan/Refleksi :Saya perlu mengkaji semula apa kesilapan dan strategi yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.Langkah yang terbaik adalah dengan berbincang dan meminta pandangan daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing agar mendapat tips yang berguna untuk diaplikasikan.

Menjadi persoalan sekiranya tidak dapat menguruskan masa dengan baik adakah segala perancangan yang telah diatur akan berjaya

P2-Jurnal Minggu 4

Bilangan JurnalMingguPraktikumTarikh Peristiwa / KejadianTajuk Jurnal::::4/12Minggu keempat18 Februari 201322 Februari 2013Murid mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tugasan yang diberi.

1.Masalah / Peristiwa

Masalah yang saya hadapi pada minggu ini adalah muridmengambil masa yang lama untuk meyiapkan tugasanyang diberikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Perkara ini terjadi selepas beberapa pemerhatian yan g saya lakukan terhadap beberapa kelas yang berbeza tetapi hasil pemerhatian yang saya perolehi adalah sama.

Murid mengambil masa yang sangat lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan. Pemerhatian saya adalah berdasarkan beberapa tugasan yang saya berikan kepada amereka iaitu untukmembuat satu lakaran mengenai bingkai gambar,murid mengambil masa yang sangat lama untuk meyiapkan tugasan tersebut.

2.Analisis

Masalah ini timbul keranamereka sering berbual bersama sama dengan rakan sebelah menyebelah. Murid akan terleka dan akan mengambil masa yang lama untuk meyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu, mereka kurang memahami tugasan yang diberikan oleh guru tetapi mereka takut untuk bertanya dengan guru. Sebaliknya mereka kebih memilih untuk tidak bersuara dan tidak bertanyakanpermasalahan mereka kepada guru yang mengajar.

Permasalahan ini sedikit sebanyak memberi impak yang negatif kepada saya dan guru guru pelatih yang lain. Permasalahan ini terjagi kerana mereka kurang rangsangan daripada grur guru. Guru guru seharusnya memberi peneguhan yang positif kepada murid yang dapat menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan dengan baik dan kemas. Secara tidak langsung itu dapat mendorong mereka untuk menyiapkan tugasan yang diberi tepat pada masanya dengan betul, kemas dan menepati kehendak tugasan yang diberi tersebut.

Mereka sentiasa berada di dalam zon berehat dan berada di zon yang selesa. Perkara ini telah menyebabkan mereka selalu tidak dapat menyiapkan tugasan pada masa yang saya telah tetapkan. Perkara ini berlaku kerana guru tidak memberikan mereka ganjaran terhadap pelajar yang dapat menjawab serta melengkap kerja tepat pada masanya serta betul dan kemas.

Menurut Albert Bandura pembelajaran bermula apabila seseorang telah mula bertindak dengan sesuatu rangsangan. Oleh itu, murid murid akan bertindak mengikut rangsangan yang diberikan oleh guru. Rangsangan tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu rangsangan berbentuk ganjaran dan juga rangsangan daripada sistem arahan masa yang memerlukan murid untuk menyiapkan tugasan dengan lebih cepat, kemas dan betul.

Saya akan cuba untuk menerapkan kaedah ini kepada murid murid saya setiap kali mereka dapat melaksanakan tugasan dengan cepat, kemas dan betul. Saya berharap agar dengan cara sebegini murid murid akan lebih teruja untuk menyiapkan tugasan mereka.

3.Cadangan Tindakan Susulan

a.)Sayaperlumemberi tekanankepada mereka untuk memyiapkan tugasa dengan lebih pantas, betul dan juga kemas. Memberi tekanan kepada mereka dengan mengira naik daripada 1 hingga ke 10, dengan cara ini secara tidak langsung dapat mendorong murid untuk menyiapkan tugasan dengan lebih cepat.b.)Saya akanmenyediakan ganjarankepada mereka yang dapat menyiapkan tugasan tepat pada masanya, betul dan kemas. Setelah menyemak jawapan murid yang dapat meyiapkan tugasan dengan betul dan cepat akan diberikan ganjaran seperti hadiah, pujian dan juga dorongan seperti bintang dan sebagainya.

Bibliograf

P3-Jurnal Minggu 7

JURNAL (Minggu ketujuh)

Bilangan JurnalMinggu PraktikumTarikh Peristiwa / KejadianTajuk Jurnal::::6/12Minggu ketujuh6 Mac 2013Murid Bermain Semasa Kelas Amali Dijalankan

1. Masalah / Peristiwa

Pada 6 Mac 2013, saya telah menjalani kelas amali bagi kelas tahun 6. Pada awal kelas berjalan, semua murid masih boleh memberikan perhatian mereka untuk terus menjalani dan mendengar arahan guru untuk membuat aktiviti amali. Tetapi apabila mula membuat kelas amali dan diberikan alatan, saya mendapati seorang pelajar lelaki kelas ini bermain dan bergurau dengan rakan yang lain dengan menggunakan alatan. Murid ini tidak menghadirkan diri semasa kelas yang lalu, jadi kehadiran dia baru disedari oleh saya pada hari ini dalam kelas amali. Walaupun dia merupakan seorang pengawas, namun sikapnya yang kurang memberikan kerjasama dan perhatian mengganggu kelas amali yang dijalankan.

2. Analisis

Saya telah bertanya kepada rakan-rakan dan guru sekolah tersebut. Mereka menyatakan murid tersebut memang bersifat begitu. Terdapat juga guru yang menyatakan murid tersebut diserap dalam lembaga pengawas sekolah untuk memperbaiki sikapnya. Guru tersebut khuatir jika murid tersebut tidak diserap dalam lembaga pengawas sekolah, murid tersebut akan menjadi lebih agresif. Oleh yang demikian, perangai murid tersebut dapat dikawal sedikit.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a.)Saya perlu lebih tegas terhadap murid tersebut. Saya akan memberikan lebih perhatian terhadapnya supaya dia akan lebih fokus semasa di dalam kelas supaya dia tidak mengganggu pelajar lain dan bermain dengan alatan.b.)Saya juga mengugut untuk memotong markah kumpulannya. Jika murid tersebut tidak membendung tingkahlakunya, markah kumpulannya akan dipotong. Jadi bagi mengelakkan ahli kumpulan lain memarahinya, mungkin perangainya boleh dikawal.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Ini adalah kerana kelas tersebutsudah mula beramali. Bagi mengelakkan sebarang kecederaan, tersebut perlu selalu diingatkan tentang peraturan supaya mereka sentiasa beringat semasa membuat kerja amali. Selain itu, guru perlu lebih bertegas dengan murid supaya murid lebih berhati-hati dan serius di dalam kela

P3-Jurnal Minggu 8Bilangan Jurnal : 8/12Minggu Praktikum: 8Tarikh Peristiwa / Kejadian : 11 Mac 2013Tajuk Jurnal: Tiada alatan dan bahan yang mencukupi untuk membuat aktiviti Kemahiran Hidup

1. Masalah / Peristiwa

Hari ini (11 Mac 2013)saya mengajar tahun 4 Azam untuk membuat aktiviti set model bagi tajuk pemasangan model berpandukan manual. Pada tajuk minggu lepas juga saya menghadapi masalah yang sama iaitu masalah ketiadaan bahan untuk digunkan sebagai alat bantu mengajar. Oleh sebab yang demikian, kekurangan alatan dan bahan telah menyukarkan saya untuk membuat proses pembelajaran dan pengajaran pada hari ini. Tajuk tersebut merupakan antara yang terkandung dalam rancangan pengajaran Kemahiran Hidup tahun 4 dan perlu dijalankan oleh murid-murid tahun 4.

2. Analisis

Sebelum saya menulis rancangan pengajaran harian untuk tarikh tersebut, saya hanya melihat kepada buku teks dan berharap agar semua alatan dan bahan yang diperlukan ada dalam stor kemahiran hidup sekolah ini. Tetapi malangnya, apa yang saya perlukan untuk keperluan 32 orang murid tidak mencukupi. Saya juga telah bertanya kepada guru lain bagaimana mereka menangani masalah ini, ada antara guru yang hanya mengajar tajuk ini secara teori sahaja. Tetapi bagi saya, tajuk ini akan lebih seronok dan menarik jika dilakukan aktiviti membina sendiri set-set model itu sendiri. Selain ini, ia juga memberikan pengalaman bariu kepada murid yang tidak pernah bermain permainan sepertu itu sebelum ini.

3. Cadangan Tindakan Susulan

Sebagai langkah penyelesaian, saya telah berbincang dengan rakan praktikum yang lain. Kami telah membuat keputusan untuk mengumpul duit dan membeli alatan dan bahan yang diperlukan bagi tajuk p&p kali ini. Kami juga telah bersama-sama memilih permainan buka dan pasang yang bersesuaian dengan tahap murid kelas-kelas yang kami ajar kerana aras kesukaran pembuanaan set model tersebut adalah sederhana.untuk hanya memberikan setiap kumpulan satu litar yang telah disalahkan sambungannya. Oleh yang berkenaan. Oleh sebab kami tidak membeli permainan tersebut dalam kuantiti yang banyak, saya merancang aktiviti membina set model ini dalam kumpulan supaya setiap murid dalam kumpulan dapat menyumbangkan idea masing-masing dan menggunakan sepenuh pengetahuan mereka terhadap apa yang telah dipelajari tentang langkah-langkah pembinaan set model. Selain itu, aktiviti tersebut juga dapat menimbulkan nilai kerjasama dalam kumpulan dan bersaing antara kumpulan-kumpulan yang lain.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya dan rakan-rakan yang lain terpaksa mengubah sedikit apa yang telah dirancang kerana faktor bahan yang kurang dan palajar yang ramai. Walaupun terdapat bahan yang mencukupi di sekolah, tapi pada pandangan kami ia tidak sesuai digunakan untuk aras pelajar kelas yang kami ajar. Jadi, dalam setiap minggu pelajaran, kami perlu berfikir pantas dan mmebuat persediaan yang lebih awal untuk memastikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar

2. CARA PENYAMPAIAN ISI PELAJARAN

:

Program

:KDPM-KDC

Pengkhususan / Opsyen

:2010 / 11 - PENGAJIAN BAHASA CINA (SJKC) - (KUMPULAN 1)

Sekolah

:SJK(C) HUA MIN

Fasa Praktikum

:2

Minggu Praktikum

:2

Tarikh

:21-01-2014

Tajuk

:Cara penyampaian isi pelajaran

Kategori

:Pengetahuan Tentang Mata Pelajaran

1. Isu Yang Difokuskan :

Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran selama 2 minggu ini, saya dapati penggunaan bahan bantu mengajar maujud yang sesuai mampu menarik minat murid dan banyak membantu saya semasa menyampaikan isi pelajaran dengan baik. Semasa mengajar tajuk pantun, saya telah menyuruh murid membawa penyepit makanan dengan segera untuk menjadi alat muzik. Mereka tertanya-tanya apakah kegunaan bahan tersebut kerana bagi mereka biasanya mereka melihat bahan-bahan seperti ini hanya di dapur. Seterusnya, saya juga dapati ketegasan dan kelantangan suara amat penting. Suara saya yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh saya. Di sini saya telah menyedar semasa pengajaran dijalankan bahan bantu mengajar tidak perlu terlalu banyak dan semasa menjalani pengajaran suara yang sesuai dan tegas amat memerlukan.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Setelah pengajaran dan pembelajaran kali ini, saya dapati kelantangan suara akan menunjukkan ketegasan guru dalam menyampaikan sesuatu. Apabila kelantangan dan ketegasan guru berpadu ketika menyampaikan isi pelajaran, menyebabkan murid-murid lebih tertumpu kepada penyampaian guru tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan yang saya pamerkan ternyata dapat menjadikan suasana kelas lebih terkawal dan membuatkan murid hormat kepada saya. Seterusnya, kejelasan dalam memberi arahan merupakan kekuatan dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Soalan-soalan yang diajukan dapat dijawab dengan baik dan arahan yang diberikan dapat diikuti dengan mudah. Kejelasan penyampaian memainkan peranan penting dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan keberkesanan pengajaran. Pada kali ini, saya memilih teknik kelantangan suara kerana saya dapati sebelum ini saya bercakap dengan lemah lembut tidak mendapat kesan yang baik.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Pelaksanaan pengajaran di dalam kelas amat memerlu menggunakan pelbagai strategi yang berbeza untuk menarik perhatian murid-murid. Saya terlalu menggunakan kaedah pemusatan guru dan murid hanya mendengar penjelasan saya telah menyebabkan saya tidak dapat kesan adakah murid memahami atau tidak. Oleh itu, saya telah menyedar murid melakukan aktiviti dalam kumpulan manakala tugas saya sebagai fasilitator dan merumuskan apa yang telah dilakukan oleh murid adalah lebih berkesan. Begitu juga dengan teknik penyoalan juga amat penting. Semasa menjalani sesi soal jawab, suara yang lantang dan sikap yang tegas amat membantu saya untuk mendapat jawapan yang tepat.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Apabila saya dapati kelemahan dan kelebihan maka saya akan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dalam tugasan pengajaran, strategi memfokuskan kepada pemusatan murid amat memerlukan supaya saya dapat mengenalpasti murid-murid mengambil perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan maka strategi pemusatan guru akan kurang digunakan. Di sini saya perlu mempelbagaikan strategi pengajaran bagi menyampaikan ilmu yang berkualiti kepada murid-murid. Strategi yang dirancang hendaklah sesuai dengan tahap kebolehan murid dan keadaan persekitaran bilik darjah. Kebolehan guru mempelbagaikan strategi pengajaran mampu menarik minat murid dan sesi p&p akan berlangsung dengan jaya.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

5 hari

6. Tindakan Susulan :

Saya memilih menggunakan suara yang lantang dan ketegasan semasa pengajaran dijalankan telah menyebabkan murid-murid mematuhi peraturan yang ditetapkan maka disiplin murid bertambah baik. Selain itu, saya telah dapati peka dengan kehendak dan keperluan murid serta layanan yang diberikan kepada murid hendaklah adil dan saksama kerana semua murid terasa dihargai dan minat mereka belajar terus dapat dipupuk. Oleh itu, saya akan kekalkan strategi yang dirasai sesuai dan menggunakan strategi yang baru untuk menambahbaikkan lagi pengajaran dan pembelajaran.

. MURID TIDAK DAPAT MENYIAPKAN TUGASAN

Program

:KDPM-KDC

Pengkhususan / Opsyen

:2010 / 11 - PENGAJIAN BAHASA CINA (SJKC) - (KUMPULAN 2)

Sekolah

:SJK(C) BEMBAN

Fasa Praktikum

:2

Minggu Praktikum

:1

Tarikh

:19-01-2014

Tajuk

:Murid tidak dapat menyiapkan kerja tugasan

Kategori

:Pengetahuan Tentang Mata Pelajaran

1. Isu Yang Difokuskan :

Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas Tahun 3A. Saya mendapati semasa saya memberi kerja tugasan seperti pentaksiran berasaskan sekolah(PBS), beberapa orang murid tidak menumpu perhatian. Terdapat seramai 5 orang murid telah dikenal pasti tidak dapat menyiapkan kerja tugasan yang dipesan dalam kelas.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Punca murid tidak dapat menyiapkan kerja tugasan dalam kelas daripada analisis terhadap isu yang telah saya kenal pasti ialah kerja tugasan yang dibagi tidak sesuai untuk semua murid. Iaitu terlalu susah untuk murid yang lemah. Kesan terhadap isu yang berlaku ini iaitu murid yang lemah tidak dapat menguasai pengajaran yang disampaikan secara sempurna. Justeru, menjejaskan kekuasaan mereka untuk menyiapkan kerja tugasan. Selain itu, ia turut akan memberi kesan tentang minat murid untuk belajar.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :Menurut Woolfolk(1997),teori kecerdasan awal adalah memfokus kepada keupayaan untuk belajar, keseluruhan pengetahuan yang telah individu perolehi dan kebolehsuaian seseorang kepada situasi atau persekitaran baru.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah : i) Menghasilkan beberapa tahap kerja tugasan berdasarkan murid. ii) Mewujudkan aktiviti kumpulan untuk tolong-menolong antara murid kepada satu sama lain. iii) Memberi perhatian kepada murid yang lemah semasa memberi kerja tugasan.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 minggu

6. Tindakan Susulan :

Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu menghasilkan beberapa tahap kerja tugasan berdasarkan tahap muri

Jurnal- Kategori Pengajaran dan Pembelajaran1. Tingkah Laku Murid Nakal

:

Program

:PISMP

Pengkhususan / Opsyen

:2011 / 01 - PA /B.ARAB/AL-QURAN

Sekolah

:SK Parit Keroma Darat

Fasa Praktikum

:3

Minggu Praktikum

:3

Tarikh

:14-02-2014

Tajuk

:Tingkah laku murid yang nakal

Kategori

:Pengajaran dan Pembelajaran

1. Isu Yang Difokuskan :

Di dalam Kelas Tahun 2, terdapat dua orang murid yang agak nakal iaitu Muhammad Kamil dan Muhammad Nafis. Mereka berdua ini suka bermain dan menggangu kawan semasa pengajaran dan pembelajaran.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah murid-murid yang tidak memberi perhatian kepada pengajaran saya . Pelbagai persoalan yang timbul di dalam fikiran saya iaitu : Apakah yang menyebabkan murid-murid ini bermain semasa pengajaran saya ? Bagaimanakah saya mengatasi masalah-masalah ini ? Adakah murid yang pandai akan berasa bosan jika saya terlalu menumpukan kepada murid yang lemah ? Apakah bentuk ganjaran yang sesuai untuk saya lakukan bagi menguruskan murid-murid ini ? Adakah saya perlu memperbaiki corak pengajaran saya untuk mengatasi semua masalah ini ?

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Jean Piaget mengkaji bagaimana kemahiran mental dibina dan berubah mengikut kematangan fisiologi dan pengalaman seorang kanak-kanak sejak kecil lagi. Teori kognitif ialah pembelajaran bergantung kepada bagaimana seseorang memikir dan mengamati sesuatu, maklumat diproses dalam minda, dan pengalaman disusun dan dibezakan dalam pemikiran dan persepsi.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Perlu rajin bertanya dengan guru yang lebih berpengalaman untuk mendapatkan tips bagi menguruskan murid yang agak nakal ini. Selain itu, saya perlu sentiasa merujuk kepada media-media seperti internet untuk mendapatkan lagi cadangan yang bernas bagi menguruskan murid-murid ini.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

2 Minggu

6. Tindakan Susulan :

Saya akan sentiasa memberi perhatian kepada murid-murid ini bagi mengelakkan mereka mengganggu rakan mereka yang ingin belajar. Selain itu, saya perlu bertidak tegas kepada murid ini bagi mengelakkan mereka berasa tidak tergugat semasa bermain di dalam kelas.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

--

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :