jurnal-mingguan.doc

25
Bilangan Jurnal : 1 Minggu Praktikum : Pertama Tarikh Peristiwa / Kejadian : 1 FEBRUARI 2015 – 4 FEBRUARI 2015 Tajuk Jurnal : Minggu Pertama Di SK Rantau Panjang Pada minggu pertama saya dan rakan saya Abdul Wafi b Abdullah, telah diperkenalkan dengan semua guru yang terlibat dalam pentadbiran Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kedah Darul Aman. Bermula dengan sesi lapor diri bersama Guru Besar, En Salim b Salleh dan Guru Penolong Kanan 1, Puan Rukinah bt Omar. Walaupun terdapat beberapa masalah rasa kekok kami pada pertemuan ini, kami dilayan dengan baik oleh beliau berdua. Kami kemudian telah ke tapak perhimpunan sebelum berjumpa sekali lagi dengan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan 1 secara formal di dalam biliknya. Pada keesokan harinya, kami berjumpa dengan Guru Pembimbing, Ustaz Mohd Iswandy b Abd Wahab untuk berbincang dan melaporkan diri akan kedatangan kami di sana untuk menjalani Praktikum Fasa 3. Dalam pada masa yang sama, kami telah diberi jadual kelas ganti oleh Guru Penolong Kanan 1 sekolah ini yang agak mesra dan kami berasa selesa untuk berurusan dengan beliau. Antara perkongsian yang dapat semasa perjumpaan dengan mereka adalah penyertaan aktif dalam semua aktiviti sekolah adalah suatu keperluan dalam menjadi guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Manakala pada esok hari, kami telah bercuti sempena hari Thaipusam dan masa yang ada digunakan untuk melengkapkan bahagian-bahagian portfolio praktikum. Selain itu, kami turut berjumpa dengan guru-guru khas bagi menimba pengalaman mereka. Antara guru yang kami berjumpa ialah Ustazah Siti Khalijah bt Mohd Shokri, iaitu membincangkan mengenai perjalanan kelas dan pengajaran yang berlaku di sekolah ini. Kami juga bertemu dengan guru pembimbing kami sepanjang berada di sekolah tersebut. Oleh kerana mempunyai kefahaman yang jitu, kami telah dapat bekerjasama dengan baik hingga akhir minggu ini. Beliau merupakan

Upload: abdul-wafi-al-fendangi

Post on 15-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: jurnal-mingguan.doc

Bilangan Jurnal : 1

Minggu Praktikum : Pertama

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 1 FEBRUARI 2015 – 4 FEBRUARI 2015

Tajuk Jurnal : Minggu Pertama Di SK Rantau Panjang

Pada minggu pertama saya dan rakan saya Abdul Wafi b Abdullah, telah

diperkenalkan dengan semua guru yang terlibat dalam pentadbiran Sekolah

Kebangsaan Rantau Panjang, Kedah Darul Aman. Bermula dengan sesi lapor diri

bersama Guru Besar, En Salim b Salleh dan Guru Penolong Kanan 1, Puan Rukinah

bt Omar. Walaupun terdapat beberapa masalah rasa kekok kami pada pertemuan

ini, kami dilayan dengan baik oleh beliau berdua. Kami kemudian telah ke tapak

perhimpunan sebelum berjumpa sekali lagi dengan Guru Besar dan Guru Penolong

Kanan 1 secara formal di dalam biliknya.

Pada keesokan harinya, kami berjumpa dengan Guru Pembimbing, Ustaz

Mohd Iswandy b Abd Wahab untuk berbincang dan melaporkan diri akan

kedatangan kami di sana untuk menjalani Praktikum Fasa 3. Dalam pada masa yang

sama, kami telah diberi jadual kelas ganti oleh Guru Penolong Kanan 1 sekolah ini

yang agak mesra dan kami berasa selesa untuk berurusan dengan beliau. Antara

perkongsian yang dapat semasa perjumpaan dengan mereka adalah penyertaan

aktif dalam semua aktiviti sekolah adalah suatu keperluan dalam menjadi guru yang

cemerlang, gemilang dan terbilang. Manakala pada esok hari, kami telah bercuti

sempena hari Thaipusam dan masa yang ada digunakan untuk melengkapkan

bahagian-bahagian portfolio praktikum.

Selain itu, kami turut berjumpa dengan guru-guru khas bagi menimba

pengalaman mereka. Antara guru yang kami berjumpa ialah Ustazah Siti Khalijah bt

Mohd Shokri, iaitu membincangkan mengenai perjalanan kelas dan pengajaran yang

berlaku di sekolah ini. Kami juga bertemu dengan guru pembimbing kami sepanjang

berada di sekolah tersebut. Oleh kerana mempunyai kefahaman yang jitu, kami telah

dapat bekerjasama dengan baik hingga akhir minggu ini. Beliau merupakan Guru

Pendidikan Islam yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ini. Mereka

merupakan tulang belakang sekolah dalam bidang masing-masing. Antara maklumat

Page 2: jurnal-mingguan.doc

yang diperoleh semasa perjumpaan dengan mereka ialah jangan menolak terus

kerja yang diberi, fikir dengan rasional apa yang ditugaskan kepada kita.

Pada awal minggu kami meminta agar tidak masuk ke kelas untuk mengajar

walaupun jadual telah diterima. Namun kami telah diberi peluang untuk melihat

pengajaran guru pembimbing bagi menyediakan kami dalam mengajar kelas-kelas di

sekolah tersebut. Pada akhir minggu pertama, kami telah masuk ke beberapa kelas

untuk memantau dan melihat cara bagaimanakah guru asal mengajar kelas tersebut.

Pada sesi ini, saya medapati kaedah dan pendekatan yang digunakan mereka

sangat mudah dan berkesan. Saya berazam untuk mencontohi pengajaran mereka

dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran adalah berkesan kepada murid

khususnya. Saya berharap saya dapat menjadi guru dan contoh teladan yang baik

kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang ini terutama yang kelas

yang saya mengajar.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Page 3: jurnal-mingguan.doc

Bilangan Jurnal : 2

Minggu Praktikum : Kedua

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 08 FEBRUARI 2015 – 12 FEBRUARI 2015

Tajuk Jurnal : Masalah Pengurusan Masa

MASALAH

Saya mendapati bahawa saya telah dapat menyesuaikan diri dengan jadual

persendirian peribadi iaitu pengajaran yang diterima pada hari pertama minggu ini.

Saya dapat membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran hasil

perbincangan dan analisis pembelajaran lepas dengan baik. Saya juga telah mampu

untuk mengingati setiap kelas. Dengan ini, saya tidak perlu lagi gopoh-gapah dan

kelam-kabut kerana sudah mengetahui lokasi bagi kelas-kelas yang berada di

bawah tanggungjawab pengajaran saya.

Ini merupakan praktikum fasa 3 bagi saya. Masalah yang timbul adalah saya

masih tidak mampu untuk mengikut masa yang telah dirancang dalam rancangan

pengajaran harian (RPH) dan menyebabkan saya tidak dapat menghabiskan

pengajaran pada hari tersebut. Keadaan ini secara tidak langsung membuatkan ada

aktiviti yang tergendala. Pengubahsuaian secara spontan terus terjadi semasa

mengajar.

ANALISIS

Keadaan ini berlaku lantaran saya mengambil terlalu lama masa untuk satu

langkah pengajaran iaitu memberikan penerangan pada set induksi. Hal ini berlaku

disebabkan saya khuatir murid-murid tidak memahami perkaitan set induksi dengan

topik yang akan diajar pada hari tersebut dan ia menjadikan saya terlalu leka hingga

mengabaikan masa dalam perancangan yang dibuat. Hal ini juga terjadi semasa

penerangan guru pada langkah 1. Saya seringkali menggunakan strategi

berpusatkan guru pada langkah penerangan kerana walaupun kelas tersebut

merupakan kelas pertama, namun masih terdapat murid-murid yang tidak faham

dengan topik yang saya ajar. Saya merasakan penerangan yang telitit perlu

dijalankan bagi mencapai objektif pada hari tersebut.

Selain itu, masalah masa juga terjadi akibat daripada kawalan kelas yang

masih longgar. Saya sering kali terganggu dalam aktiviti-aktiviti akibat tumpuan

Page 4: jurnal-mingguan.doc

murid yang kerap membuat bising dan tidak fokus. Saya percaya bahawa masalah

ini terjadi disebabkan kurangnya pengalaman saya dalam pengurusan masa

mengajar. Akibatnya, ada aktiviti yang dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan

jayanya akibat kekangan masa dan ini menyebabkan kegagalan untuk mencapai

objektif pengajaran dan pembelajaran terutamanya objektif terakhir. Ini

menyebabkan perancangan terpaksa ditangguh.

CADANGAN / IDEA MENGATASI MASALAH

1. Pemakaian jam tangan

Saya akan pastikan sentiasa memakai jam tangan setiap kali ke sekolah dan

memasuki kelas untuk dijadikan rujukan masa. Ia juga mudah dibawa ke mana-

mana. Saya tidak mahu bergantung dengan jam telefon bimbit kerana kemungkinan

akan tertinggal di dalam beg.

2. Penyediaan kad atau kertas masa

Saya akan menulis masa sebenar bagi setiap aktiviti yang perlu dijalankan pada kad

atau kertas masa agar tidak mencampuradukkan perancangan masa yang telah

dibuat. Sebagai contoh, sekiranya kelas yang dijalankan selama satu jam iaitu

daripada jam 8.45 pagi – 9. 45 pagi, turutan masa pada kad atau lembaran kerja

adalah seperti berikut :

i. 8.45 pagi –set induksi

ii. 8.50 pagi – langkah 1

iii. 9.05 pagi – langkah 2

iv. 9.25 pagi – langkah 3

v. 9.40 pagi – penutup

3. Bimbingan guru dan pensyarah pembimbing

Saya akan sentiasa mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan

pensyarah pembimbing dari masa ke masa kerana mereka lebih berpengalaman

dan pakar dalam hal ini. Di samping itu, perbincangan yang kerap turut akan

dijalankan bersama rakan-rakan bagi mendapatkan pandangan dan berkongsi-

kongsi pendapat tentang penyelesaian isu sebegini.

4. Pembacaan bahan-bahan ilmiah

Saya perlulah menyedari bahawa untuk membudayakan ilmu, guru perlu banyak

meluangkan masa dengan lebih banyak membaca terutamanya mengenai aspek-

Page 5: jurnal-mingguan.doc

aspek perguruan seperti pengurusan masa. Ini adalah penting agar dapat membantu

guru menguruskan masa dengan baik.

TEMPOH MASA

Penyelesaian kepada masalah ini haruslah ditangani secepat mungkin. Pengurusan

masa yang baik amatlah perlu dalam memastikan kelancaran proses pengajaran

dan pembelajaran. Sekiranya perkara begini masih berterusan, sudah pasti objektif

yang telah dirancang tidak dapat dicapai.

TINDAKAN SUSULAN

Merujuk kepada cadangan yang telah dibuat, saya akan sentiasa memastikan

bahawa saya bersedia dengan sebarang keadaan yang berlaku. Saya akan

memastikan pemakaian jam tangan disertai dengan kad atau kertas masa

dipandang serius agar pelajaran pada hari-hari berkenaan dapat dikawal dengan

baik.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Page 6: jurnal-mingguan.doc

Bilangan Jurnal : 3

Minggu Praktikum : Ketiga

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 15 FEBRUARI 2015 – 19 FEBRUARI 2015

Tajuk Jurnal : Masalah PdP (Kerja Kumpulan)

MASALAH / PERISTIWA

Pada minggu ini saya telah menghadapi sedikit masalah dalam kawalan kelas

yang melibatkan kerja berkumpulan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran PdP

saya. Saya telah mengajar dalam kelas 4 Cemerlang semasa waktu pembelajaran

Pendidikan Islam.

ANALISIS

Saya mendapati masalah ini timbul apabila dalam melaksanakan aktiviti

berkumpulan dalam kalangan pelajar lemah. Mereka lebih menjurus kepada

melakukan perbuatan lain seperti bersembang dan bergaduh sesama ahli kumpulan

mereka. Hal ini demikian kerana mereka tidak suka dengan ahli dalam kumpulan

tersebut. Semasa pembahagian kumpulan juga, mereka bergerak secara tidak

teratur dan lebih menjurus untuk bermain-main sehingga meyebabkan kelas tidak

terkawal dan bising. Perkara sedemikan menyebabkan masa yang lama diambil

untuk pembahagian kumpulan sehingga menyebabkan kesuntukan masa.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

a. Saya perlu bijak dalam mengenalpasti kemampuan murid dan membahagikan

kumpulan dengan betul agar mempunyai keseimbangan antara murid pandai

dan murid sederhana dalam satu kumpulan.

b. Saya perlu lebih tegas dalam memberi arahan untuk aktiviti berkumpulan.

c. Menegur pelajar yang sering membuat bising dalam aktiviti berkumpulan.

d. Menegur murid yang tidak memberi kerjasama sepenuhnya dalam aktiviti

berkumpulan.

Page 7: jurnal-mingguan.doc

TEMPOH MASA DAN KEBERKESANAN TINDAKAN SUSULAN

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam masa yang sesegera mungkin.

Saya perlu memastikan bahawa bilangan murid dalam satu kumpulan adalah lebih

kecil dan bijak membahagikan murid dalam satu kumpulan yang mempunyai

pelbagai tahap daripada pandai, sederhana sehinggalah yang lemah agar berlaku

keseimbangan dalam kerja berkumpulan. Hal ini dilihat merupakan cara yang paling

berkesan untuk memastikan kerjasama antara ahli kumpulan dan penglibatan aktif

murid dalam aktiviti berkumpulan.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Page 8: jurnal-mingguan.doc

Bilangan Jurnal : 4

Minggu Praktikum : Keempat

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 22 FEBRUARI 2015 – 27 FEBRUARI 2015

Tajuk Jurnal : Masalah PdP Kerja Kumpulan

MASALAH / PERISTIWA

Pada hari Isnin, 25 Februari 2015 saya telah dipantau semasa mengajar

kelas Pendidikan Islam oleh Ustaz Iswandy, guru pembimbing. Kelas yang diajar

ialah Tahun 4 Cemerlang. Saya telah menjalankan aktiviti kumpulan sebelum

memberi murid latihan pengukuhan. Walau bagaimanapun, kelas berada dalam

keadaan yang tidak terkawal. Murid-murid sangat bising sehinggakan mengganggu

proses PdP. Namun saya sempat untuk menghabiskan setiap langkah dalam

pengajaran saya

ANALISIS

Masalah yang dihadapi ini, adalah disebabkan saya tidak peka terhadap

pengalaman mereka menjalankan PdP di dalam bilik-bilik khas. Mereka terlampau

seronok sehingga menjadikan kelasa tidak terkawal dan mengganggu proses PdP.

Walaubagaimanapun penyertaan mereka dalam aktiviti kumplan adalah di tahap

yang baik setelah dimarah dan diberi galakkan. Namun kelas menjadi tidak terkawal

sekali lagi selepas mereka sudah siap melakukan tugasan kumpulan. Dalam pada

itu, kesan lain ialah murid-murid tidak betul-betul bersedia dengan jawapan yang

dibincangkan di dalam kumpulan. Hal ini sedikit sebanyak menyebabkan murid-

murid yang sama yang akan dapat menjawab soalan.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

a. Saya patut lebih mengenal pasti daripada awal lagi tahap dan

kesesuaian murid dalam menjalani aktiviti yang diberikan.

b. Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan

berjalan dengan baik, saya perlu lebih tegas dalam memastikan semua murid

bersama-sama menyelesaikan soalan yang diberikan dan banyakkan bertanya

Page 9: jurnal-mingguan.doc

kepada beberapa murid lain selain daripada mereka yang membentangkan

jawapan agar mereka lebih peka dengan apa yang telah mereka pelajari.

c. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan

pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru

pelatih.

TEMPOH MASA DAN KEBERKESANAN TINDAKAN SUSULAN

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Walaupun

dilihat masalah dalam memberi latihan ini agak kurang berlaku, namun bagi saya

yang menghadapinya, merasakan ia amat penting bagi saya mengenal pasti

sebanyak banyak latihan yang perlu diberikan bersesuaian dengan keadaan atau

aktiviti yang dilaksanakan. Saya berharap agar, saya dapat mengatasinya dengan

sebaik mungkin.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Page 10: jurnal-mingguan.doc

Bilangan Jurnal : 5

Minggu Praktikum : Kelima

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 01 MAC 2015 – 05 MAC 2015

Tajuk Jurnal : Kawalan Kelas

MASALAH

Masalah yang sering dihadapi semasa dipantau oleh pensyarah pembimbing

iaitu kawalan kelas. Kelas yang terlibat ialah kelas 5 Gemilang. Dalam kelas ini,

terdapat beberapa orang murid yang sangat aktif dan sering mengganggu murid

apabila mereka sudah siap kerja yang diberi. Murid-murid lain turut terganggu

dengan mereka sehingga menyebabkan kelas sangat bising dan berada di luar

kawalan.

ANALISIS

Permasalahan ini berlaku sejurus selepas murid-murid telah siap membuat

latihan yang diberi. Murid-murid ini akan berkeliaran dalam kelas sambil

mengganggu rakan-rakan mereka yang masih lagi membuat kerja yang diberi.

Mereke tidak mempunyai rasa untuk membantu sebaliknya terus mengeruhkan

keadaan kelas.

Sekiranya guru tidak memberi perhatian yang serius terhadap masalah ini,

kawalan kelas adalah terganggu dan keberkesanan proses PdP akan terganggu.

Hal ini amat serius dan tindakan perlu diambil segera. Banyak guru-guru yang

memberi cadangan dengan mengalihkan pelajar tersebut kepada guru pemulihan

semasa pensyarah datang memantau. Saya kurang setuju dengan cadangan

tersebut kerana perkembangan murid-murid tersebut tidak sama dengan rakan-

rakan sekelas yang lain. Saya turut mengharapkan kawalan kelas saya pada masa

akan datang.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pada pendapat saya, persediaan saya untuk mengajar perlu lebih ditekankan.

Saya harus bersedia dengan latihan tambahan kepada mereka yang sudah siap

Page 11: jurnal-mingguan.doc

dengan latihan yang diberi dengan harapan agar mereka tidak mengganggu rakan-

rakan lain yang sedang menyiapkan latihan yang diberikan. Oleh itu, kelas akan

terkawal dengan terkawalnya kumpulan-kumpulan ini.

TEMPOH MASA DAN KEBERKESANAN TINDAKAN SUSULAN

Tempoh praktikum di sekolah ini tinggal 7 minggu lagi. Oleh itu, saya

amat mengharapkan agar dapat memperbaiki kawalan kelas saya. Selain

dapat mengajar mereka kemahiran-kemahiran berbahasa yang terlibat. Segala

apa sahaja yang dirancangkan diharapkan berjaya serta dapat menjadikan

murid lebih terkawal khususnya semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Page 12: jurnal-mingguan.doc

Bilangan Jurnal : 6

Minggu Praktikum : Keenam

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 08 MAC 2015 – 12 MAC 2015

Tajuk Jurnal : Pengurusan Masa

MASALAH

Aktiviti di sekolah pada bulan ini sangat padat sehingga menyebabkan saya

kurang cakna dengan pengurusan masa saya sendiri. Namun, saya telah

menyebabkan beberapa kerja hakiki saya tidak dilaksanakan. Laporan-laporan

berkaitan dengan praktikum tidak dilaksanakan mengikut jadual.

Saya amat kesal dengan masalah ini. Beberapa perkara telah menjadi

bertangguh. Jadi kerja-kerja ini dapat dibereskan pada waktu cuti hujung minggu

tersebut.

ANALISIS

Dalam permasalahan ini, saya merasakan bahawa saya masih belum matang

dalam menguruskan masa sendiri. Beberapa perkara yang sepatutnya diambil berat

dan diberi kepentingan diabaikan. Perkara-perkara dalaman yang tidak sepatutnya

diberi perhatian perlu dielakkan kerana boleh membebankan diri sendiri dan

seterusnya menyebabkan perjalanan praktikum ini tergendala.

Pada peringkat ini, saya mendapati terdapat beberapa orang guru yang

kadangkala suka memberi tugas kepada guru pelatih di atas alasan sebagai projek

praktikum kami. Pada pandangan saya, projek untuk guru praktikum boleh dilakukan

tetapi perlu ada hadnya. Bukan semua aktiviti di sekolah perlu diuruskan oleh guru

pelatih.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Dalam masalah ini saya mendapati bahawa terdapat budaya daripada pihak

sekolah untuk memberikan tugas kepada guru-guru praktikum. Ini bukan satu

budaya yang baik kerana guru praktikum mempunyai banyak tugas yang perlu

Page 13: jurnal-mingguan.doc

diselesaikan dengan pihak IPG. Mungkin beberapa aktiviti boleh di uruskan oleh

guru pelatih tetapi bukanlah semua aktiviti diletakkan kepada guru praktikum.

Sebagai guru praktikum, saya perlu memilih kerja-kerja yang diberikan oleh

guru-guru di sekolah ini. Saya agak ‘berat mulut’ untuk mengatakan tidak apabila

diberikan kerja. Sikap seperti ini yang menjadikan saya sering menjadi ‘mangsa’

untuk diberikan kerja.

TEMPOH MASA PENAMBAHBAIKAN

Tempoh praktikum masih lagi berbaki selama 6 minggu lagi. Saya

mengetahui bahawa untuk mendapatkan sesuatu kemahiran perlu usaha dan

banyak bertanyakan pengalaman daripada guru-guru senior. Namun dalam masa

yang masih berbaki ini, saya mengharapkan saya dapat kemahiran yang

dimaksudkan ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Page 14: jurnal-mingguan.doc

Bilangan Jurnal : 9

Minggu Praktikum : Kesembilan

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 5 APRIL 2015 – 9 APRIL 2015

Tajuk Jurnal : Peranan Lain dan Projek di Sekolah

MASALAH

Saya merasakan praktikum pada kali ini merupakan praktikum yang paling

sibuk antara fasa-fasa lain. Pada kali ini saya dapat merasakan keakraban kami

sebagai guru pelatih dengan guru-guru di sekolah. Namun terdapat beberapa

perkara yang perlu diambil perhatian sebagai panduan untuk kami sebagai guru

pelatih semasa dalam praktikum ini.

Antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah masalah dalaman sekolah.

Saya berpendapat setiap sekolah mempunyai masalah tersendiri dan jika di

‘cangkul’ sedikit demi sedikit akan diketahui juga. Pada pendapat saya masalah-

masalah dalaman perlu dielakkan dan hubungan dengan semua pihak dalam

sekolah perlu dijaga bukan memilih mana-mana pihak di sekolah.

Selain itu, antara perkara yang penting yang ingin dibincangkan ialah peranan

lain serta projek di sekolah. Sebagai guru pelatih, kami semestinya akan dihujani

dengan beberapa peranan untuk membantu pihak sekolah.

ANALISIS

Antara yang menjadi masalah untuk kami sebagai guru pelatih ialah menolak

kerja daripada pentadbir dan guru-guru sekolah ini. Pada masa yang sama kami

sangat sibuk dengan urusan kami sebagai guru pelatih. Kadang kala kami turut

diberi tugas ‘ad-hoc’ bagi membantu urusan para pentadbir. Dalam perkara ini, saya

mengakui adalah salah kami untuk tidak menolak. Apa yang merisaukan kami ialah

kami ingin menjaga hubungan baik dengan pihak sekolah disamping kerja kami

sebagai guru pelaih tidak terabai.

Page 15: jurnal-mingguan.doc

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara langkah yang boleh diambil ialah belajar untuk menolak kerja secara

berhemah. Perhubungan dengan guru perlu dijaga. namun, tanggungjawab sebagai

guru pelatih perlu diberi keutamaan dalam tempoh praktikum. Selain itu, kami turut

boleh merujuk kepada guru pembimbing kami kerana mereka merupakan

penghubung kami dengan guru-guru lain. Khidmat nasihat daripada mereka dapat

memberi suatu gambaran terhadap keputusan yang akan dibuat.

TEMPOH MASA DAN KEBERKESANAN TINDAKAN SUSULAN

Masih lagi berbaki 3 minggu lagi untuk berpraktikum. Dalam tempoh ini, kami akan

cuba untuk menyelesaikan masalah ini. Kami turut berharap agar mendapat

kerjasama dariapada semua pihak bagi membantu kami untuk belajar menjadi

pengajar pada masa akan datang.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Page 16: jurnal-mingguan.doc

Bilangan Jurnal : 8

Minggu Praktikum : Kelapan

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 29 MAC 2015 – 02 APRIL 2015

Tajuk Jurnal : Kebersihan Itu Separuh Daripada Iman

MASALAH

Sepanjang minggu ini saya berdepan dengan pelbagai gelagat murid-murid

yang agak merisaukan. Antara masalah yang paling ketara adalah berkaitan dengan

hal kebersihan diri, merangkumi kebersihan pakaian, dan diri sendiri. Kebanyakan

murid memandang enteng akan hal ini. Mereka tidak begitu mengambil berat

tentang isu penjagaan diri. Ada di antara murid yang memakai pakaian sekolah yang

tidak berbasuh selama 5 hari (Ahad hingga Khamis) dan tidak menyerika pakaian

dan lain-lain.

Pada pandangan saya, ini tidak sepatutnya berlaku kepada seorang murid

sekolah. Mereka sewajarnya berpakaian kemas dan bersih. Namun, ia amat

mendukacitakan apabila ada di kalangan mereka yang mempunyai masalah bau

badan yang agak kuat sehingga boleh menyesakkan nafas orang di sekelilingnya.

Masalah kebersihan ini bukan sekadar berlaku kepada murid Tahap 1, malahan

ianya berlaku kepada murid di Tahap 2. Lebih menyedihkan apabila murid Tahun 6

yang sepatutnya menjadi contoh kepada mrid-murid lain juga berkeadaan yang

sama.

Sebagai seorang guru, saya menyifatkan keadaan ini dalam fasa

membimbangkan dan perlu diatasi segera. Murid-murid sepatutnya berada dalam

keadaan bersih dan selesa. Setelah itu, baru mereka boleh belajar dalam keadaan

tenang dan bersemangat. Bau yang tidak menyenangkan akan mengganggu guru-

guru dan rakan-rakan lain. Oleh yang demikian, masalah ini mesti diambil tindakan

dan perlu diselesaikan secepat mungkin.

ANALISIS MASALAH

Page 17: jurnal-mingguan.doc

Kebersihan diri adalah antara elemen terpenting yang perlu dititikberatkan

oleh setiap individu khususnya murid-murid sekolah. Lagipun, di sinilah mereka

sepatutnya menjadikan ia suatu tabiat untuk berpakaian bersih dan kemas.

Sekiranya murid-murid bersikap tidak endah dengan hal ini, mereka sememangnya

boleh dianggap melanggar peraturan sekolah kerana setiap sekolah meletakkan

syarat agar murid berpakaian kemas ketika ke sekolah. Ini membuktikan bahawa

kebersihan sangat penting bagi murid-murid.

Sementara itu, seperti yang kita semua sedia maklum, agama Islam juga

menitikberatkan soal kebersihan. Justeru, Islam meletakkan kebersihan sebagai

sebahagian daripada Iman. Kita juga sedar bahawa kebersihan dapat

menghindarkan diri dari terkena jangkitan penyakit. Maka, berdasarkan analisa dan

pendapat ini, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk terus menjaga

kebersihan terutamanya kebersihan diri sendiri. Setelah itu, barulah kita dapat

menjaga kebersihan persekitaran.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Usaha membendung masalah ini (tidak menjaga kebersihan diri) patut

dipertanggungjawabkan kepada semua individu. Guru-guru perlu memberi nasihat

dan bimbingan kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan diri.

Guru-guru boleh menganjurkan kempen-kempen seperti ”Personaliti Indah”, Diri

Bersih dan Sihat” dan lain-lain. Melalui kempen seperti ini, murid-murid secara tidak

langsung akan menyedari kesilapan mereka dan akan mula berfikir untuk melakukan

perubahan demi menjaga kesihatan mereka.

Untuk menyuntik kesedaran murid-murid tentang peri pentingnya kebersihan,

guru bimbingan boleh mengadakan bimbingan kelas terutamanya yang dikenalpasti

mempunyai masalah kebersihan yang serius. Melalui aktiviti pengajaran dan

pembelajaran (P&P) yang bermodulkan aspek/ tajuk kebersihan, murid-murid akan

memahami kepentingan menjaga kebersihan diri dan pengaruh kebersihan tersebut

kepada diri sendiri , juga persepsi masyarakat terhadap mereka.

Walaubagaimanapun, ibubapa di rumah adalah antara individu yang paling

bertanggungjawab untuk menyedarkan anak-anak tentang hal ini kerana mereka

individu pertama yang berinteraksi secara terus dengan anak-anak. Kesedaran ini

Page 18: jurnal-mingguan.doc

sepatutnya bermula dari rumah. Ibubapa perlu memantau dan memberi perhatian

kepada anak-anak mereka dari segi amalan kebersihan. Walau bagaimanapun,

murid-murid yang dewasa juga sewajarnya boleh berfikir secara rasional dan

bertindak untuk kebaikan mereka.

TEMPOH MASA DAN KEBERKESANAN TINDAKAN SUSULAN

Tempoh yang diambil adalah boleh dianggarkan selama 12 hari. Keberadaan

saya di sini juga tinggal lagi sebulan, diharapkan mampu membawa kebaikan

kepada murid-murid. Murid-murid harus diberi nasihat yang berterusan. Guru-guru

bertanggungjawab untuk memastikan masalah ini tidak berterusan. Kempen-kempen

mesti dilakukan secara berterusan (seminggu sekali-diselitkan ketika perhimpunan

pagi sekolah). Guru disiplin harus memantau keadaan ini dari semasa ke semasa.

Kebersihan diri adalah elemen penting yang perlu diterapkan dalam diri setiap murid.

Keadaan bersih akan membantu mereka meningkatkan potensi diri dan

sememangnya mempengaruhi keselesaan mereka ketika belajar. Selain itu,

kebersihan diri juga mempamerkan personaliti murid-murid, juga mencerminkan

keperibadian guru-guru dan sekolah. Semuanya akan saling mempengaruhi antara

satu sama lain.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Page 19: jurnal-mingguan.doc

Bilangan Jurnal : 9

Minggu Praktikum : Kesembilan

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 05 APRIL 2015 – 09 APRIL 2015

Tajuk Jurnal : Hubungan Dengan Guru-guru di Sekolah

MASALAH

Saya mendapati sejak akhir-akhir ini saya agak memilih untuk rapat dengan

warga Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang. Antara sebab pemilihan ini adalah

kerana sikap guru itu sendiri iaitu suka memberi kerja kepada guru praktikum.

Namun saya berasa amat rugi kerana terdapat beberapa perkara yang tidak saya

perolehi dengan mengelak untuk beramah mesra dengan mereka. Perkara ini amat

merugikan saya. Kadangkala, saya amat sensitif apabila guru tersebut berkata

sesuatu. Perkara ini amat merunsingkan saya sehinggakan ada pada suatu ketika

saya tidak berfikir apa yang hendak saya perkatakan.

ANALISIS

Sikap ini merupakan sikap yang perlu dibuang kerana amatlah membawa

keburukan dan tiada langsung kebaikan yang diperoleh daripada sikap ini. Perlu

diberi peringatan bahawa setiap perkara perlu dipandang pada bahagian yang

positif supaya tidaklah terlalu ekstrem dalam membuat sesuatu keputusan. Setiap

orang mempunyai kemahiran masing-masing. Mungkin daripada pengalaman seperti

dengan orang ini lain daripada orang lain. Oleh sebab itu, tiada sebab untuk kita

tidak bergaul dengan rakan-rakan sekerja.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Saya perlu lebih memotivasikan diri untuk mencapai tahap seperti guru-guru

lain yang dapat mengaal perasaan mereka apabila bersama-sama dengan rakan

sekerja. Walaupun terdapat beberapa perkara yang tidak puas hati dengan

seseorang itu, tidak semestinya kita tidak menggauli mereka.

Selain itu, saya turut mendapati bahawa sikap saya yang terlalu ekstrem ini

perlu di’tenang’kan bagi membolehkan hubungan dengan guru-guru di sekolah ini

Page 20: jurnal-mingguan.doc

dapat dijaga. Perkara-perkara yang remeh tidak sepatutnya dibesar-besarkan

kerana tiada faedah jika diambil berat.

TEMPOH MASA PENAMBAHBAIKAN

Dalam masa tiga minggu ini, saya berharap agar saya dapat menimba ilmu

daripada pelbagai pihak di sekolah ini. Pada saya persekitaran kerja di sekolah ini

amat baik dan saya perlu lebih berhati-hati dan berusaha untuk mendapatkan ilmu

daripada warga sekolah ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Page 21: jurnal-mingguan.doc

Bilangan Jurnal : Ke - 7

Minggu Praktikum : Ketujuh

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 9-13 Mac 2014

Tajuk Jurnal : bulan anti-dadah

MASALAH

Pelancaran untuk sambutan tahunan ini berlaku dengan kurang meriah.

Tambahan pula dengan hebahan yang kurang efisyen Hal ini menjadikan murid

kurang peka dan penyertaan daripada murid adalah kurang memberansangkan.

Terdapat juga murid yang berulang-ulang kalli bertanya kepada saya berkaitan

dengan sambutan bulan anti dadah ini. Lebih menyedihkan kebanyakan guru turut

mengalami masalah yang sama iaitu tidak termaklum dengan sambutan peringkat

sekolah ini.

ANALISIS

Dalam masalah ini dapat saya rumuskan bahawa terdapat 2 pihak yang

bermasalah iaitu jawatankuasa pengelola sambutan dan guru-guru sendiri. Pihak

jawatankuasa tidak menjalankan proses hebahan yang efisyen sehinggakan guru-

guru tidak cakna dengan sambutan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Seharusnya seluruh warga sekolah perlu mengetahui tentang aktiviti yang akan

dijalankan. Perlu ditekankan bahawa yang akan membantu jawatankuasa ialah guru-

guru yang mengajar kelas-kelas yang berkaitan.

Seterusnya, pihak kedua yang bermasalah dalam kes ini ialah guru-guru

sekolah itu sendiri. Guru tidak ambil peduli tentang aktiviti-aktiviti yang berlangsung

di dalam sekolah. Tiada kejelekitan antara guru mengakibatkan keberkesanan

sesuatu program dijalankan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Sesuatu program yang dijalankan di sekolah seharusnya mempunyai kerjasama

antara kedua-dua pihak iaitu jawatankuasa program dan guru-guru. Sekiranya

kejekitan dapat diwujudkan, keberkesanan sesuatu program dapat ditingkatkan.

Selain itu, kerjasama ini dapat meningkatkan kelancaran dan penyertaan pelajar

Page 22: jurnal-mingguan.doc

dalam sesuatu aktiviti dalam program yang dijalankan. Seterusnya dapat membina

kemesraan antara staf akademik dan sokongan dalam menjalankan kerja-kerja di

sekolah.

Page 23: jurnal-mingguan.doc

Bilangan Jurnal : Ke - 8

Minggu Praktikum : Kelapan

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 16-20 Mac 2014

Tajuk Jurnal : Pengurusan Masa

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Page 24: jurnal-mingguan.doc

Bilangan Jurnal : Ke - 9

Minggu Praktikum : Kesembilan

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 30 Mac - 3 April 2014

Tajuk Jurnal : Hubungan Dengan Guru-guru di Sekolah.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Page 25: jurnal-mingguan.doc

Bilangan Jurnal : Ke - 10

Minggu Praktikum : Kesepuluh

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 6-10 April 2014

Tajuk Jurnal : Perkhemahan TKRS

ISU

Pada minggu ini, saya ditugaskan untuk membantu guru pembimbing TKRS

bagi menguruskan dan menjalankan aktiviti di dalam perkhemahan Menjejaki Perak

Man. Semasa sesi

KELEBIHAN

KEKURANGAN

PERISTIWA MENARIK