jurnal minggu 8

3
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH JURNAL Bilangan Jurnal : 8 / 8 Minggu Praktikum : Minggu Kelapan Tarikh Peristiwa Kejadian : 14-15 September 2015 Tajuk Jurnal : Masalah berkaitan peningkatan diri dalam profesionalisme perguruan 1. Masalah / Peristiwa Pada pandangan saya, pada minggu terakhir saya menjalani praktikum di SK Dato Ahmad Said telah memberi kesan yang mendalam dalam membentuk diri menjadi warga pendidik. Pelbagai pengalaman yang berguna telah saya pelajari di sekolah ini dan ramai kenalan baru dari guru-guru dan murid-murid yang begitu membuatkan saya terharu dengan layanan yang di berikan oleh mereka. Sebagai seorang guru saya perlu mengambil inisiatif untuk memajukan kualiti dan kemahiran-kemahirannya sebagai individu yang menyumbang kepada masyarakat dan Negara. Dalam profesion perguruan, seorang guru yang berdedikasi perlu yang mahu berjaya harus mempertingkatkan imej diri, status dan pengetahuan kendiri melalui program- program peningkatan profesionalisme keguruan 2. Analisis Apabila seseorang memulakan kerjayanya sebagai seorang guru, akan menghadapi pelbagai cabaran dan melalui beberapa pengalaman. Segala pengalaman manis dan pahit akan memperkayakan diri mereka. Guru- guru professional yang cemerlang belajar melalui segala kesilapan dan pengalaman mereka. Selepas 8 minggu menjalani praktikum di SK Dato Ahmad Said ini, saya menyedari bahawa setiap sekolah mempunyai kekuatan dan kelemahan serta budaya dan iklim yang tersendiri. Saya tidak boleh membandingkan sekolah ini dengan sekolah-sekolah lain. Malah saya sebagai guru perlulah menyesuaikan diri serta mengambil peluang ini untuk memperbaiki diri dan mengambil sebanyak ilmu dan pengetahuan serta pengalaman yang boleh dripada warga sekolah.

Upload: nina-dapris

Post on 26-Jan-2016

283 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

praktikum

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal minggu 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS IPOH

JURNAL

Bilangan Jurnal : 8 / 8

Minggu Praktikum : Minggu Kelapan

Tarikh Peristiwa Kejadian : 14-15 September 2015

Tajuk Jurnal : Masalah berkaitan peningkatan diri dalam profesionalisme

perguruan

1. Masalah / Peristiwa

Pada pandangan saya, pada minggu terakhir saya menjalani praktikum di SK Dato

Ahmad Said telah memberi kesan yang mendalam dalam membentuk diri menjadi warga

pendidik. Pelbagai pengalaman yang berguna telah saya pelajari di sekolah ini dan ramai

kenalan baru dari guru-guru dan murid-murid yang begitu membuatkan saya terharu dengan

layanan yang di berikan oleh mereka. Sebagai seorang guru saya perlu mengambil inisiatif

untuk memajukan kualiti dan kemahiran-kemahirannya sebagai individu yang menyumbang

kepada masyarakat dan Negara. Dalam profesion perguruan, seorang guru yang

berdedikasi perlu yang mahu berjaya harus mempertingkatkan imej diri, status dan

pengetahuan kendiri melalui program-program peningkatan profesionalisme keguruan

2. Analisis

Apabila seseorang memulakan kerjayanya sebagai seorang guru, akan

menghadapi pelbagai cabaran dan melalui beberapa pengalaman. Segala pengalaman

manis dan pahit akan memperkayakan diri mereka. Guru-guru professional yang cemerlang

belajar melalui segala kesilapan dan pengalaman mereka. Selepas 8 minggu menjalani

praktikum di SK Dato Ahmad Said ini, saya menyedari bahawa setiap sekolah mempunyai

kekuatan dan kelemahan serta budaya dan iklim yang tersendiri. Saya tidak boleh

membandingkan sekolah ini dengan sekolah-sekolah lain. Malah saya sebagai guru perlulah

menyesuaikan diri serta mengambil peluang ini untuk memperbaiki diri dan mengambil

sebanyak ilmu dan pengetahuan serta pengalaman yang boleh dripada warga sekolah.

Page 2: Jurnal minggu 8

3. Cadangan Tindakan Susulan

a) Guru hendaklah peka dengan keadaan sekeliling dan iklim serta budaya

sekolah.

b) Guru juga perlu mendekatkan diri dengan warga sekolah supaya dapat

menimba ilmu dan pengetahuan serta pengalaman yang lebh banyak dan tidak

hanya menumpukan kepada sesi pembelajara sahaja.

c) Guru hendaklah bersikap terbuka dan tidak prejudis terhadap jenis dan

kawasan sekeliling sekolah supaya guru dapat menerima perbezaan budaya

sekolah dengan terbuka dan cuba melakukan penambahbaikan dalam diri.

d) Guru hendaklah lebih banyak melakukan perbincangan dengan guru dan para

pentadbir mengenai profesion keguruan kerana mereka lebih banyak

pengalaman dan boleh memberi nasihat yang berguna kepada guru baru.

4. Tempoh Masa

14-18 September 2015

5. Tindakan Susulan

Sebagai seorang guru, saya akan perlu sentiasa fokus dalam melaksanakan

tanggungjawab sebagai pendidik. Saya juga perlu memberikan perhatian terhadap

persekitaran sekeliling agar proses pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan keadaan

pelajar di sesuatu tempat. Ini kerana pelajar dibandar dan dikampung tidak sama cara

pergaulannya disebabkan faktor budaya, cara pergaulan dan juga rutin kehidupan harian.

Faktor ini perlu diambil berat agar guru dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling

dalam melaksanakan tugas sebagai guru.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :.......................................... Tandatangan :....................................

Tarikh :............................................... Tarikh :..........................................

Nama :...................................................... Nama :...................................................