jurnal minggu 3

4
BILANGAN JURNAL : MINGGU KETIGA TARIKH : 26 APRIL – 30 APRIL 2015 TAJUK JURNAL : MASALAH MURID-MURID TAHUN 6 TIDAK DAPAT MEMAHAMI KONSEP “LIPATAN DAN GUNTINGAN” DALAM MENGHASILKAN KARYA. a) Masalah / Peristiwa Proses pengajaran yang dilaksanakan oleh saya agak memberikan kejayaan kerana 90% murid mampu untuk menghasilkan karya walaupun mereka tidak memahami konsep lipatan dan guntingan yang akan dipelajari. Namun begitu, kejayaan aktiviti yang dilaksanakan ini kurang memuskan, ini adalah disebabkan murid-murid tidak memahami dan mendapat gambaran yang jelas apa mengenai aktiviti lipatan dan guntingan yang dihasilkan oleh mereka. Terdapat sebilangan besar murid-murid tidak menggunakan cara yang betul dalam proses mengunting kertas warna dengan bahan yang disediakan, mereka mengambil jalan mudah dengan mengunting mengikut kesukaan mereka dengan apa yang diajar. Tindakan yang dilakukan oleh murid ini memberikan sedikit masalah kepada saya dalam mencapai objektif yang telah digariskan. b) Analisis Berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan oleh saya di dalam kelas, masalah ini timbul kerana saya kurang memberikan penerangan terhadap aktiviti yang akan dilaksanakan. Masalah ini timbul kerana murid tidak menerima dengan baik input yang cuba diberikan oleh saya semasa melaksanakan aktiviti pengajaran. Selain itu, masalah ini juga timbul kerana murid kurang memberikan perhatian terhadap apa yang cuba diterangkan oleh saya kerana mereka lebih tertarik dengan bahan-bahan yang terdapat di

Upload: la-suerte-aiman

Post on 14-Jul-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

zsxddz

TRANSCRIPT

Page 1: jurnal minggu 3

BILANGAN JURNAL : MINGGU KETIGA

TARIKH : 26 APRIL – 30 APRIL 2015

TAJUK JURNAL : MASALAH MURID-MURID TAHUN 6 TIDAK DAPAT MEMAHAMI KONSEP “LIPATAN DAN GUNTINGAN” DALAM MENGHASILKAN KARYA.

a) Masalah / PeristiwaProses pengajaran yang dilaksanakan oleh saya agak memberikan kejayaan kerana

90% murid mampu untuk menghasilkan karya walaupun mereka tidak memahami

konsep “lipatan dan guntingan” yang akan dipelajari. Namun begitu, kejayaan aktiviti

yang dilaksanakan ini kurang memuskan, ini adalah disebabkan murid-murid tidak

memahami dan mendapat gambaran yang jelas apa mengenai aktiviti lipatan dan

guntingan yang dihasilkan oleh mereka. Terdapat sebilangan besar murid-murid tidak

menggunakan cara yang betul dalam proses mengunting kertas warna dengan bahan

yang disediakan, mereka mengambil jalan mudah dengan mengunting mengikut

kesukaan mereka dengan apa yang diajar. Tindakan yang dilakukan oleh murid ini

memberikan sedikit masalah kepada saya dalam mencapai objektif yang telah

digariskan.

b) AnalisisBerdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan oleh saya di dalam kelas, masalah ini

timbul kerana saya kurang memberikan penerangan terhadap aktiviti yang akan

dilaksanakan. Masalah ini timbul kerana murid tidak menerima dengan baik input yang

cuba diberikan oleh saya semasa melaksanakan aktiviti pengajaran. Selain itu, masalah

ini juga timbul kerana murid kurang memberikan perhatian terhadap apa yang cuba

diterangkan oleh saya kerana mereka lebih tertarik dengan bahan-bahan yang terdapat

di atas meja, dan mereka tidak sabar untuk melaksanakan aktiviti terbabit tanpa

mengetahui cara untuk melakukanya. Situasi yang telah berlaku membuktikan bahawa

murid tidak boleh diberikan bahan-bahan dengan lebih awal kerana mereka tidak akan

menumpukan perhatian kepada guru dan mereka akan menjadi kurang terkawal. Selain

Page 2: jurnal minggu 3

itu, budaya guru yang kurang memberikan penerangan kepada murid telah

mengakibatkan murid tidak mendapat gambaran dengan lebih jelas mengenai

perjalanan aktiviti yang akan dilaksanakan.

c) Cadangan Tindakan SusulanCadangan tindakan susulan yang boleh dikemukakan untuk mengatasi

masalah ini adalah :-

a) Saya perlu peka dan cuba memberikan penerangan yang ringkas

namun masih mampu difahami oleh murid-murid. Saya perlu

memberikan penerangan yang lebih jelas dan menggunakan bahasa

yang mudah kerana murid-murid tahun satu tidak pernah didedahkan

dengan aktiviti seni yang baharu. Murid juga harus diberikan

peneguhan yang bersesuaian kerana langkah ini mampu membantu

saya mengawal murid ketika saya memberikan penerangan aktiviti

yang akan dilaksanakan.

b) Cadangan tindakan susulan yang kedua adalah saya menggunakan

aplikasi ICT dengan menyediakan carta alir ataupun video agar murid

mudah memahami proses teknik lipatan dan guntingan.

Pengaplikasian teknologi ini akan memberikan kelebihan kepada saya

dalam mengawal kelas kerana murid akan lebih berminat untuk

melibatkan diri dalam aktiviti, ini adalah disebabkan proses pengajaran

yang dilaksanakan akan menjadi interaktif.

c) Saya juga akan menyediakan contoh karya yang menggunakan teknik

lipatan dan guntingan dengan lebih menarik dan pelbagai. Penyediaan

bahan bantu mengajar sebegini boleh membantu memberikan

gambaran awal kepada murid-murid mengenai aktiviti yang akan

dilaksanakan.

Page 3: jurnal minggu 3

d) Tempoh Masa Tindakan SusulanSaya akan cuba untuk membaiki masalah ini di minggu yang keempat.

Perlaksanaan dan penambahbaikan dalam proses pengajaran yang akan

dilaksanakan diharapkan mampu memberikan impak yang positif terhadap

murid-murid pada minggu hadapan dan minggu-minggu yang seterusnya.

e) Penilaian kejayaan

Penilaian keberhasilan untuk masalah ini dapat dinilai oleh saya sendiri

apabila guru pembimbing dan pensyarah pembimbing membuat penilaian. Saya

juga dapat melaksanakan setiap aktiviti dengan lancar.

f) Tindakan susulan

Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-

sungguh. Di mana saya akan cuba mencari maklumat-maklumat untuk

mendapatkan idea yang menarik dan dapat memudahkan pelajar memahami

konsep pengajaran dengan lebih mudah. Di harapkan saya akan berjaya

mengatasi masalah ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :