jurnal mggu 6

Upload: nur-raili-akhmal-kiplie

Post on 18-Jan-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

6

TRANSCRIPT

Tajuk Jurnal : Murid Tidak Pandai Membaca dan Menulis JawiMuhammad Rozaimie bin Arbaa

MasalahMinggu ini merupakan minggu keenam saya menjalani praktikum diSK Bekenu. Selama lima minggu saya mengajar kelas tahun 5, saya mendapati sebilangan besar daripada mereka kurang pandai membaca mahupun menulis Jawi dengan baik. Segelintir mereka apabila disuruh membaca atau menulis hanya akan berdiam diri dan apabila ditanya mereka menyatakan bahawa mereka belum pandai menulis dan membaca.Analisis MasalahPunca utama yang menyebabkan mereka tidak pandai membaca dan menulis berkemungkinan besar kerana mereka tidak begitu didedahkan dengan ilmu pengetahuan sejak di awal usia pembelajaran mereka di peringkat tadika lagi. Punca seterusnya pula adalah mereka tidak mendapat pendidikan awal yakni pendidikan tidak formal yang selalunya bermula dari rumah. Kebiasaannya pendidikan tidak formal bermula daripada didikan ibu bapa. Murid-murid di sekolah ini berkemungkinan besar tidak didedahkan oleh ibu bapa mereka kepentingan sesuatu pembelajaran. Pembelajaran berlaku sepanjang hayat dan tidak terbatas di dalam bilik darjah sahaja. Ia merangkumi penguasaan pengetahuan dan kemahiran, perkembangan sikap, emosi dan nilai estetika. Selain itu pembelajaran juga membawa kepada perubahan hasil interaksi dengan persekitaran.Menurut Carlson (1987), pembelajaran ialah satu proses individu mendapatkan informasi-informasi, tingkah laku atau kebolehan yang baru. Namun begitu pembelajaran dalam konteks psikologi ditakrifkan sebagai perubahan ke atas tingkah laku individu yang dihasilkan oleh peristiwa-peritiwa alam sekitar. Beberapa masalah yang telah dikenalpasti semasa proses pembelajaran berlangsung adalah : 1. Murid tidak memahami apa yang ditulis oleh guru2. Murid tidak pandai membaca nota yang terdapat dalam buku teks3. Murid tidak pandai menulis setelah diarahkan untuk menulis.CadanganPendekatan pengajaran guru di dalam bilik darjah amat bergantung kepada cara pelajar tersebut mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran. Untuk melihat kepada keadaan ini, beberapa orang ahli psikologi mengkaji dan mewujudkan beberapa teori. Antaranya adalah Teori Pembelajaran Behaviorisme.Secara umumnya, Teori Pembelajaran Behaviorisme lebih menekankan kepada tingkah laku dan persekitaran. Menurut ahli psikologi behavioral, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu. Mengikut teori ini, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan.Antara cadangan yang telah diusulkan sebagai langkah penambahbaikan serta langkah pemulihan murid-murid di sekolah ini adalah :1. Mengadakan kelas tambahan bagi setiap murid yang lemah2. Mengadakan kelas pemulihan bagi membantu mereka yang kurang pandai membaca dan menulis.3. Mengadakan bengkel pemulihan sebagai inisiatif membantu murid-murid yang tidak pandai menulis dan membaca.4. Memberi saranan kepada ibu bapa untuk menjadi pendorong kepada anak-anak mereka untuk mengikuti proses pembelajaran

Tempoh 25 Ogos 29 Ogos 2014 ( seminggu )

Tindakan SusulanSebagai gurusaya bertanggungjawab untuk senantiasa memberikan dorongan serta tunjuk ajar. Saya sentiasa memberi nasihat dan kata-kata perangsang kepada mereka agar menanamkan sikap mahu belajar. Apabila sikap mahu belajar telah wujud dalam diri pelajar secara automatiknya pelajar tersebut akanberusaha untuk mengubah diri mereka serta memperbaiki kelemahan diri mereka yang sedia ada. Di samping itu juga, sebagai seorang guru saya akan cuba untuk mempelbagaikan tenik serta kaedah pengajaran saya semasa proses pengajaran di dalam kelas untuk memupuk minat mereka untuk belajar. Minat yang akan tumbuh dalam diri mereka ini seterusnya akan menjadi pendorong untuk mereka mempelajari asas pembelajaran yang sedia ada. Ini akan membantu mereka untuk memperbaiki diri mereka menjadi lebih baik.

KesimpulanSetiap masalah yang timbul pasti ada jalan penyelesaiannya. Saya sentiasa mencari idea untuk memastikan murid-murid di sekolah ini terutamanya murid kelas saya Tahun 5 Bijak agar sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri mereka untuk belajar menulis dan membaca yang mana kedua-dua nya merupakan asas kepada teori pembelajaran. Teknik-teknik yang dipelajari secara teori saya cuba mengaplikasikannya di sekolah. Ternyata, murid-murid mula menunjukkan sedikit minat untuk cuba belajar membaca dan menulis. Di samping itu juga,guru harus mempunyai ketegasan dan pendirian yang teguh di dalam bilik darjah supaya murid lebih menghormati guru dan sentiasa mengikut arahan yang diberikan. Dalam konteks ini, sikap menghormati guru perlu ada dalam diri seorang murid.